Friday, July 30, 2010

Jodoh Lambat ke Cepat Semua Dah DiTentukan

Biasa kita dengar Frasa Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Kadang kadang kita dengar cerita yang orang tu suka kat orang lain, bercinta dengan orang lain, Bertunang dengan orang lain, tup tup kahwin dengan orang lain. Wow, dugaan cinta yang dahsyat. Berapa cinta hadir dalam hidup dia sebelum berumah tangga. Mesti orang tu banyak pengalaman cinta kan.

Ada yang jodoh dia lambat. Macam kura kura. kura kura pun laju lagi kot. kenal, kawan, kawan lagi, cinta, tunang lama lama, dah 11 tahun kenal baru ready nak kahwin. tah tah delay lagi. Penat weh perempuan tunggu. Kematu tak di gunakan. eh, lari topik.

Ada yang jodoh dia cepat. Datang macam kilat. Berkenalan, bercinta, bertunang dan kahwin dalam tahun yang sama. Siap ada kata 'tah la weh, aku tak sempat nak pikir. Tiba2 dah kahwin'.

Motif cerita di atas sebab nak cerita pasal kawan cik yang nak kahwin esok kat kedah. senang je jodohnye. Terjumpa mamat ni kat kenduri kahwin, mintak no fon, mesej mesej, kol kol, first dating kat kedai mamak, dating 3 kali, bawak jumpa famili, semua setuju, then bersatulah mereka pada 31 July 2010. Awat cepat sangat, tak kenal hati budi ke?.. mereka ni jauh. PJJ (percintaan jarak jauh) memerlukan masa, tenaga dan wang ringgit tuk bercinta. Bila Dua dua hati dah ready, nak tunggu apa lagi.

First date mereka dikelilingi kawan kawan si perempuan. si lelaki tu cuak la, baru first dating dah di soal macam macam. Pastu second date pun dibawaknya kawan jadi peneman. Peneman tu cik la. Hahaha, memang tak sangka jodoh mereka kuat. sebelum 1st date tu cik gurau kata kat dia 'kalau ko reject dia ko kasi aku tau'..Haha, giler macam desperado. tapi melawak je la. 
 Wajib pergi kenduri mereka. Macam cik ni pengikat mereka berdua lah....!

Begitulah adatnya orang bertemu jodoh. Kalau lah dari kecik tahu dengan siapa dia kahwin takdelah si puteri runsing fikir di mana si puteranya. Anggap je putera raja tu tak turun lagi dari kayangan. sesat gamaknya.
Jadi jangan risau, yang bercinta belum tentu kahwinnya, yang solo belum tentu ber'andartunya...
Serah jodoh pada Allah tapi jangan lupa berusaha.
Jodoh tak datang bergolek dik


Mr P a.k.a Mr Bean

*cerita ofis,

Selepas 2 tahun tiada acara ofis. Dengan alasan 'Financial Crisis', company telah baik hati mengadakan annual Lunch (macam annual Dinner korang yang best tu) di Nando's semalam. 2 tahun lepas di kenny Rogers. 3 tahun lepas khabarnya dinner kat hotel.

Bukan nak cerita sangat pasal Nando's. Tapi nak cerita perihal Big Bos cik. Pernah keluarkan entry pasal dia di Big Bos Jgn La Marah2 dan juga di TQ Kerana Pujian Tak Seberapa

Dia ni asal Belgium. Umur 59. kahwin ngan perempuan Hanoi usia 24 (erk, lagi muda dari cik). Ada anak lelaki usia 3 tahun. Comel gile sebab darah campur. Bila dia jenguk branch KL pasti cik macam tersibuk jugak. Cik bakal menjadi setiausaha tak bertauliah dia. Suruh photostat, scan buku, email blabla, pi pejabat pos, taip surat menyurat,.. tinggal lagi tak wat air je (kot la terjadi Tea Lady pulak lepas ni). Tak cukup tangan nak buat.

Masa awal awal kemunculan cik kat ofis ni, suka dia panggil cik nama Gloria. sebab dia kata cik ni slang english philippines. Pastu usya cik ada bf dari sana ke tidak? haha, serius kecoh satu ofis. Kot yea pun slang cik oversea. yang ko kata dari philipines tu kenapa. Dah takde negara lain. Cakap la dari London ke. Best jugak cik nak bangga. pastu lama2 baru dia panggil nama betul cik.

Bila cik kerja luar, dia boleh usya cik 'ada jumpa bf baru tak kat sana?' (dalam BM je lah ye, kang korang tak paham pulak :p). macam tau tau je cik takde special. Tapi memang pun :-(

Suka tepuk bahu cik. tapi bukan sexual harassment la. suka bagi semangat kat cik suruh kurus. Bila cik makan salad dia senyum. bila dia intai cik makan cupcake dia kata "Euww, disgusting not good for ur health". Hehe, off diet la boss.

Walau kadang stress dengan short tempered dia, cik tetap suka hati bekerja dengan dia. Pandai jaga hati staff dengan lawak mr. Bean dia. 

Mr P. u nice person la
TQ belanja kami

Nampak tak perkataan tu? erk, sensitip.
nak makan byk tak tertelan rasa. I tau I Bigger than u

Thursday, July 29, 2010

Adegan Yang Tak Sanggup Kita Lihat Bab 2

.....sambungan dari SINI

" Senang senang kita putus je..." - Ana

" Erk, sejak bila kita couple " - Ali mengekek.

Ana tersentap. Apa ingat ni cerita lawak?

" kalau macam tu kita putus sahabat " - Ana

" Ala, awak jangan macam ni. saya selesa kawan ngan awak " - Ali

Ana tersentap lagi. Pelik dowh lelaki ni. Taknak ada hubungan tapi nak kawan. Tapi nak lelebih. Ana pantang ngan laki macam ni. Nak cakap nak. Apa, Setengah tahun tak puas lagi ke berkawan. Nak lelebih mintak couple la. Kenal hati budi pastu rasa serasi terus kawin. Jangan bazirkan masa depan wanita seperti Ana.

* Bukan kisah Benar

Adegan Yang Tak Sanggup Kita Lihat

" Nak tanya awak sikit boleh?" - Ana

" Apa dia.." - Ali

" Apa hubungan kita.. Hampir 6 bulan kita kenal. Apa status kita sebenarnya " - Ana

Sunyi

"Awak..." - Ana

" Apa " - Ali

sunyi lagi

" Mungkin kita ditakdirkan sebagai kawan. Awak tau kan saya tak suka komitment. Biarkan ia berakhir sebagai kawan. Mungkin suatu hari awak akan jumpa orang lebih baik dari saya" - Ali

Ana Tersentap..

~ Jangan berharap lebih dalam suatu hubungan walau si dia melayan kita lebih dari seorang kawan.

* Bukan Situasi Sebenar

Wednesday, July 28, 2010

Terima Kasih Bebeh Bebeh

Terima Kasih kawan kawan. Walau di alam nyata cik terasa sunyi. tapi di alam tenet ramai rupanya kawan kawan yang support cik. Terima kasih geng, walau tak kenal korang tapi korang macam dah 10 tahun kenal. Terubat hati lara nih.

Kecik Hati

Pagi pagi dah buat cik sentap. Kecik hati ngan budak ofis. Mula rasa nak carik keje lain secepat mungkin. Kenapa hai ko cik. Masalah datag bertimpa timpa. Hati terus terusan di duga. Hati ni rasa berat je, sebak tak tertahan tahan. Airmata asyik nak tergenang genang je. Ya Allah, larikan lah perasaan ini jauh jauh. Tak best la.

Sekarang rasa sunyi, Rasa dah takde sapa nak kawan, wat hal sendiri, pi keje balik keje, jiwa kosong, merana, tak leh tidur, lengan ni asyik dok atas dahi je time tidur. Alhamdulillah dugaan ini datang ketika cik kuat. Tapi cik tak sekuat mana. 

Istilah 'Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang' boleh di guna pakai tika ini. Sedih....

* Jap Jap, nak gi toilet nak nangis puas puas

Tuesday, July 27, 2010

TQ Kerana Pujian Tak Seberapa

Tadi tengahari cik tak kuar lunch pun. Dok je ngadap pc baca paper. Big Bos datang ke meja cik.

" I saw u lose weight a bit. But..just a little bit." - Boss
" Thank you, i appreciate it" - Cik

Well, terima kasih kat bos sebab terperasankan cik hari ni. Tiga bulan tak nampak muka baru nak jenguk branch KL. Pastu dia cakap macam ni. ok lah dari takde, pujian yg tak seberapa pun jadilah. Ingatkan kewujudan cik tak pernah di endahkan. Nak kata seronok? tak.  Tapi dapatlah mengubat hati lara tika ini.

Nak nak lagi tengah dengar lagu Mazlela _ TABAH. Yea, cik sedang menabahkan diri... hua, sebak giler rasa. Nasib dalam ofis, kalau tak mesti dah meraung nih

Bila Jiwa Kacau



Bila Jiwa Kacau, Semua benda tak jadi
Bila Jiwa Kacau, Mulalah nak sensitip bagai
Bila Jiwa Kacau, Mula pikirkan benda tu
Bila Jiwa Kacau, hati rasa nak nangis je
Bila Jiwa Kacau, rasa nak amek halfday balik tidur
Bila Jiwa Kacau, semua orang taknak layan
Bila Jiwa Kacau, Mula rasa keseorangan

Huhu...sobsobsob

Wanita Paling Gemuk Britain Meninggal

Ingat tak cik pernah post entry INI . Wanita ini telah meninggal dunia.


IMEJ yang disiarkan oleh stesen televisyen GMTV menunjukkan Sharon Mevsimler dirawat di sebuah hospital di Britain pada 2007.
 

LONDON - Wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler berumur 40 tahun meninggal dunia kerana sakit jantung selepas keluarganya menyeludup masuk makanan segera ke dalam bilik hospitalnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sharon seberat 254 kilogram (kg) menggunakan topeng oksigen kerana tubuhnya memberi tekanan ke atas jantung dan paru-paru.

Beberapa saksi di Hospital Broomfield menyatakan beberapa saudaranya membawa makanan segera seperti ayam goreng kepada Sharon yang merupakan ibu empat orang anak.

Pada 2007, beberapa doktor memberitahu bahawa dia cuma ada beberapa bulan untuk hidup kerana beratnya ketika itu ialah 266.71kg.

Dia meninggal dunia pada minggu lalu selepas menjadi pesakit di hospital tersebut dua bulan lepas.
Suaminya terpaksa meletakkan jawatan sebagai tukang masak semata-mata untuk menjaga Sharon semasa dia masih hidup.

Sharon yang tinggi cuma 1.5 meter diberi penjagaan rapi selama 24 jam sejak 2005 termasuk tiga bulan di Klinik Priory dengan kos £5,000 (RM24,797) sebulan tetapi dibiayai oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain.

Dia yang kuat makan dipercayai menjalani pembedahan gastrik dengan kos £30,000 (RM148,783) pada awal tahun ini. - Agensi

* Tengah perang ngan nyawa pun masih ada nafsu makan.

Yang buruk dijadikan sempadan. 

Monday, July 26, 2010

Bila Kita Dilanda Masalah, Kadang Kadang Kita...

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang jalan penyelesaian yang mudah adalah tidur. Dan bila kita tidur seakan akan tak mahu terjaga semula. sebab bila terjaga otak kita ligat memikirkan masalah yang kita hadapi itu. Nak nak lagi bila berada dalam mimpi yang indah.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita termoody tak bertempat. Marah orang lain tanpa sebab atau sebab sebab kecil yang tak masuk dek akal. Kita terlepas marah kat orang tak sepatutnya seperti teman rapat, teman lelaki, dan keluarga. Terlepas geram kat barang barang seperti menumbuk dinding, pecahkan cermin, selerakkan bilik. semua ini akibat 'pengurusan marah' yang kurang sistematik. Tapi dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.
Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita lepas geram pada makanan. Nak nak lagi jika kita marahkan seseorang. Bila makan seolah olah kita kunyah daging orang yg buat kita geram tu. Nikmatnya perut kenyang. kesannya berat badan naik.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita pencilkan diri. Lari dari rutin harian untuk meratapi nasib. Menangis sampai mata bengkak. Berdiam diri dan hampir alami kemurungan. sampai orang keliling perasan yang kita ada masalah.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita rasa dah takde kawan tuk berkongsi masalah. Rasa sunyi, sedih dan mula sensitif. kawan ajak bergurau pun di ambil serius. Mula menjauh hati.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita ambil benda yang tak sepatutnya. Akibat akal pendek dan kurang waras mula mendekati rokok, arak, ice, pil kuda dan lain lain.

Adakah semua di atas adalah diri anda? JIKA YA..anda sebenarnye memikirkan masalah yang telah berlaku. Apa kata lepas ini kita memikirkan cara jalan penyelesaian dan bukannya meratapi masalah sampai berkurun lamanya. Tidak membantu sebenarnya.

Saturday, July 24, 2010

Rindu BerTandang Lagi

Dah dua bulan tak balik kampung. Rinduuuu.. Nasib baik along datang berkursus dekat2 KL ni. Hilang jugak rindu kampung. Siap membawa bau-an kampung. Heheh,

Rindu kat anak sedara :-(

"Yea yeh, Makteh balik. Bawak Coklat!"  Owh, rindunya kat anak anak ku...

Sabar ye sayang2 ku, nanti ateh balik awal puasa nanti. Jangan demam rindu tau. Erk, korang demam ke atteh takde. Haramm




Bila la cik ambik alih peranan menambah ahli keluarga. Haih, nak ada anak mesti kena buat dulu. Nak buat kena kahwin dulu. Tapi skarang tak kahwin lagi nie. Camaneee

Friday, July 23, 2010

Antara Spec dan BerTukar Rupa

Kadang kadang cik malas pakai lense. Bukan renyah ke apa. Cuma mata ni pun pandai letih jugak. Kalau nak kuar malam tak kuasa deh nak sarung balik lense. Lagipun sehari suntuk dah pakai pastu malam nak sarung lagi. heh, memang tak ahh.

Jadi cik pakai le spec. Ada orang kata macam cikgu skolah, macam makcik, macam datin (erk, datin pakai spec ke?)...yang pasti banyak versi komen cik dengar. owh, ada tu puji cik comel. hahaha

Yang tak tahan pakai spec ni, tak pasal2 orang tengok cik ni kaum kerabat lain. Bukan lagi melayu. hoho, ini sudah lebih. Adakah berbeza pakai spec dan tidak?

Semalam cik pi Jusco, beli barang dapur. Sorang2 laju je arah tujuan. Dengan laju bawak troli pi kat telur. Budak cina ni pup pap pup pap promote telur cap baru. cong ceng cong ceng. Cik geleng pala. Pastu lari pulak ke tempat air yogurt. makcik cina ni pung pang pung pang cakap cina gak. Promote air terbaru. cik geleng lagi. pi kat sayur mayur, nenek cina pung pang pung pang.. " aunty woo, i melayu. cakap melayu lor..." sambil tepuk dahi nenek pun berkata "haiya, u melayu kaa..itu mana mau calik cheese?" ..Loh, Cik dah serupa pekerja Jusco dah (Jusco sila bagi tips mempromote barang ko) menuding jari arah cheese.

Ada macam cina ke? yilek, kaler tinted jugak. makan belacan jugak weh!

Abih camne kalau baka ayah banyak sangat. Moyang belah ayah cina. Tapi ni dah 4 keturunan harus Baka melayu semua. Tapi serius, dulu2 masa keje part time kat Sungai Wang. Penat nak cakap yg cik ni melayu tulin. siap tanya asal usul pun ada. Hey, korang tak nampak ke yg cik ni sawo matang. Aduss,

Ayah dan adik cik pun melalui benda yang sama. Pi kedai, cina cong ceng ngan depa. Hai, mata sepet sangat kah?

* Rugi tak pandai cakap cina. Kalau tak mesti dah tackle pakwe cina sorang. Lalalala


Thursday, July 22, 2010

Nak Mintak Tolong Korang - TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK


Korang, cik nak mintak tolong. Ada tak sesaper pernah tengok buku ni. Cik nak beli Novel TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK oleh Dr. Hamka ni secepat mungkin. Emergency!

Alkisahnya, cik nak ganti buku kawan cik. Pinjam2 pastu terbuat hilang. Nak ganti. Dah cari kat kedai buku tapi semua edisi baru. Buku sama tapi cover dia dah lain lah. Cik nak ganti sejibik cover ni. Yang ni Cover edisi lama. Yang baru tu belakang dia kaler hitam. Cik taknak. Pastu saiz pun tak sama. Edisi baru tu lebar macam novel cinta. Yang lama ni besar sikit.

Kalau ada sesiapa nampak buku ni sila bagitau cik. Cik mintak tolong sangat2 nih..

Cik besarkan, kot kot korang tak nampak

TERIMA KASIH SEMUA

Wednesday, July 21, 2010

Try Test Tgk Baju Tak Jadi

Pernah tak anda pi window shopping. Tengok tengok pastu terminat kat baju tu. Dengan niat 'ala, pi test jap la. test je bukan beli pun'. pastu pi masuk fitting room. Test2, e'eh cantik kat badan. Kuar fitting room letak balik baju tu. Tak jadi beli. Samada purse nipis atau, pasang niat 'takpe tunggu hujung bulan'. Hari pertama masuk gaji datang balik mall tu. Tengok2 baju tu dah takde. Mula rasa sedih, depress dan menyesal. Itulah dilema seorang wanita.

Ni tabiat cik, mungkin tabiat anda jugak. Kalau orang tanya 'apa hobi kau?'. cik segan nak cite. Tapi takpe, cik berani cite kat sini. Hobi cik test baju. Snap snap. Letak balik baju. kat rumah telek hp tengok gmbr yg cik tangkap tadi. Tengok baju2 cantik terbalut di badan. Tak jadi beli takpe, janji tersarung jugak baju tu kat badan. Rasa puas woo. Aktiviti ni biasa berlaku bila cik tengah ada masalah, boring keje, rasa life tak berguna lagi, dan tgh bulan bila poket kering.

Tadi belek2 koleksi gambar dalam folder 'Try Test Tgk'. Ada baju yang cik tak sempat terkam. Menyesal tak sudah tak angkut terus baju yang berkenan masa tu. Huhu, nangis.

Ni koleksi yg cik suka,

Kat scarletplus Jusco. Baju ni maxi takde lengan dipadankan ngan cardigan putih. cik suka yg kat dalam kaler purple tu. Tang breast dia strechable. Fit2 ikut badan kita. pastu kembang dari perut ke bawah. Rasa terletak je baju ni. Tgk harga, mak ai...tak padan ngan baju. cik lepaskan terus baju ni. Tapi cute sebab ada line putih tu..alaaa

Ni pulak, kat Sogo. Cik tak pernah pakai skirt sebab punggung flat. Tak konfiden lah cik. takde shape lower body. Tapi teringin sangat nak sarung skirt. Mesti comel ngan heels. Skirt ni ala ala Gipsy sikit, ada riben boleh ikat tepi. Fungsi dia takyah dah pakai belt sure tak terlucutnye. jerut je ngan riben tu. skirt ni klu bawak pi pantai, berjalan tepi gigi air ngan topi besar bersama husband. Opsss!. haha, mengarut. Harga seingat cik dalam RM259. Hoho, tak berbaloi ar beli.

Ni kat FOS. Nak tunjuk baju tu yea. Macam blous tapi kemeja bunga2. Ada butang kat depan. Apa yang cik suka tentang baju ni ialah kain dia nipis dan lembut. walau nipis tapi tak jarang. Pastu leher dia luas. wow, meletops. Bila Pakai baju ni terletak je kat badan. memang tailor tu buat khas tuk cik kot. owh, so selesa. Harga dia RM50. cepat2 cik pi withdraw duit. Balik semula FOS, tgk2 org dah angkut baju ni. Auwh, tersentap cik. Time ni sedih giler. Macam dunia ni berputar2. Life's Not Fair. yang tinggal hanyalah kenangan bergambar ngan baju ni.Sedih!

Ni kat Isetan. Cap apa dah tak ingat. Ni sebenarnye dress tapi nampak macam tops n skirt kan. comel la baju ni tapi tak mampu. Owh, ada tak macam Cik Bee... hahaha,... bila pikir2 balik macam terlepas dari penjara pudu pun ye jugak. Then cik tak berani pakai sebab line dia melintang. Kalau ada corak lain harus cik dah renbat. (masa ni pinggang takde shape lagi, skrg ada cutting sikit la)

Itulah serba sedikit cerita pasal wardrobe tak jadi. Tapi kan, kalau cik jual Baju Preloved. agak2 ada orang nak beli tak? Erk, korang bukan besar sangat pun. Tak payah lah

Pengemis Seksi

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet



PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu.
NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet. Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta). Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.
Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi

*Erk, Dunia Dunia..
Bila banyak duit orang pasti suka kita.

Tuesday, July 20, 2010

"Tak Suka......BlaBlaBla"



Jangan keluarkan ayat 'tak suka....'  bila anda tak sukakan sesuatu.

Kot2 nanti benda yang anda tak suka, menyampah, sumpah seranah bergelen gelen itulah yang akan anda dapat di kemudian hari,

Tiba tiba anda tersuka, tersyok, terbuat, terminat...

Orang yang mendengar ketidaksukaan anda itu akan memperlekeh anda kembali.. percaya lah

Anda suka jilat balik apa yang anda ludah? suka suka!!?

contoh ayat,
1- 'tak suka la orang negeri blabla....' last2, terkawan ngan mereka
2- 'tak suka la kaler rambut, blabla...' last2, kaler rambut lagi karat dari biasa
3- 'tak suka pakai baju kurung, Rimas blabla..'. last2, inilah yg dipakai hari2 pi keje
4- 'tak suka la sipolan bt sipolan tu. blabla...' last2, perangai lagi teruk dari dia.
5- 'tak suka lelaki pendek. blabla...'  kang terkahwin ngan laki rendah kang...
Alhamdulillah, murah rezeki. Erk!

Jadi, apa yang anda tak suka... Dok Diam Diam Sudeh..

* Entry ini tiada berunsur peribadi. Abaikan...

Asam Pedas Mak Paling Heaven

'Long, cepat la ko sampai KL. Org sangat mengidam Asam pedas Mak.'

Asam Pedas, Serunding, nasi Himpit. OMG, cik sangat angau tika ini. Buat kerja separuh hati. asyik teringat kat lauk pauk mak. Long, ko bawak leklok lauk orang tau. :-)

Petang ni santapan sampai mual harus dilakukan. Wow, masakan mak paling heaven di dunia okay.

Along cik ada kursus kat Bangi. Wajib menghantar bekalan ke adik kesayangan dia terlebih dahulu. Sayang ko, Long.

* Inilah adat orang merantau. Sentiasa merindui kampung.

Monday, July 19, 2010

Luahan Hati Yang Jujur

Diet sudah lari lor...
Walaupun nasi tetap tak sentuh tapi benda lain seperti coklat dan brownies masih lagi disentuh.
Ini gara2 perasaan cik yg tak stabil dan melepaskan geram kepada makanan.
Yg masih konsisten adalah salad dan sayur2 hijau juga senaman.
Pastinya, berat maintain ke angka 82kg. tak turun2 sejak 2 bulan lepas.
What to do... Raya dah nak dekat. Berat jauh lagi dari angka 6*kg.
Argh, kenapa la perasaan itu bergolak dikala cik sedang menguruskan badan?
Salahkan siapa? salahkan itu...salahkan itu...bley,!

Predators 2010

Anda tahu ini binatang apa?..ini predator yang ada sesungut dan punya mask tuk menutup muka seram dia. Berdarah hijau, punya deria haba, bijak dan bergaya dengan badan sasanya.

Masa awal 90an dulu filem lakonan Arnold susahNakEja sangat glamour. Lokasi kat hutan. Perkenalan kepada binatang dari langit bernama predator. Disusuli pula predator pegi bandar. Dengan adegan2 dalam bangunan. Dengan daging fresh bersalai2. Ingat tak ingat tak. Banyak versi predator sebenarnye. Ada lawan ngan alien, anaconda (eh, ada ke?). Sekarang keluar pulak versi 2010.

Jumaat lepas cik tgk midnite cerita ni. Lokasi cerita ni di planet predator (tak tahu planet nama ape). Orang2 terpilih akan diterbangkan dengan payung terjun ke hutan tuk dijadikan mangsa. Ada tu IDF, doktor, org jepun, Org Negro Islam, komando, dan banduan. Adala dalam 8 orang.
Tujuan predator adalah menganalisis manusia. Mengasah kecekapan dan belajar benda baru daripada manusia. Owh, Predator sangat fast leaner. Dan suka skodeng orang. haha.

Hero dia Adrien Brody. suara sangat seksi okay. sungguh tergoda dengar suara dia di waktu malam. cik bisik kat kawan kata suara dia seksi. takde feedback ok. Memang takde perasaan ar dia. 

Ending yang biasa2. Aksi yang bese2 jugak. Ada satu scene tu mamat jepun bawak pedang samurai. Ingin menghabiskan riwayat sampai ke titisan terakhir la konon. Boleh pulak Predator paham then simpan machine gun dia pastu keluarkan pedang jugak. Bersamurai la mereka dengan jayanya. Last2 dua2 mati. Lawak la predator paham jepun tu nak lawan camane.

Dari 5 bintang cik boleh bagi 3 bintang. Boleh ditonton la, dari kawan rumah cik bagi 2 1/2 bintang kat Mantra. Katanya dari awal sampai akhir cite dok baca mantra. Haha, ingatkan hebat sangat sampai ada scene bogel bagai. Rupanya hanya marketing kontroversi suruh org masuk panggung. Apa Daa..

Friday, July 16, 2010

Kisah Budak Budak Nurse

Ni kisah terpendam cik nak luahkan. Gasak korang la nak baca ke tidak entry hari ini. Kisah budak budak nurse kat bawah ofis cik. Hangin memanjang je kalau pasal diorang ni.

Pernah dengar tak kolej Windfield. Kolej nursing ni menyewa 3 level kat bangunan cik berkerja sekarang. Mungkin Kolej sebenar dia tak cukup menampung pelajar dia kot. Eh, apasal dua tiga tahun menjak ni ramai budak2 amek kos nursing ek. Macam la lepas ni makin banyak hospital didirikan. Jumlah Hospital supe tule tu je.

Begini ceritanya, kelas diorang level 1,2,3, dan 4. Kalau dari level G tinggi mana la sangatkan. Ini berebut rebut jugak nak naik lift. Hello, ko belajar kesihatan tinggi tinggi tapi tak aplikasi. Bukan ke naik tangga secara manual adalah senaman. Boleh meningkatkan metabolisma kannn. Lagipun ko masih muda. Tenaga membuak buak. Gunakan!!

Pastu, Bagi la org dalam lift keluar dulu baru ko masuk. Ini tak, ko meluru masuk macam lift tu ko sorang punya.Ni siap tutup jalan tak bagi keluar. deyy, sappana otak mana, cit! Belum cite lagi adegan dalam lift. Punya tak tahu malu budak2 ni bercerita. dengan lantang nye dengan tak segan nya. Di mana adat budaya Malaysia kamu ha!. Bukan orang ofis cik je hangin. satu Bangunan ni anti ngan budak2 ni.

Nak turun lift pun satu kes. Dah ofis cik tingkat 15, harusla turun menggunakan lift .Ada beberapa pelajar dari tingkat 4. masuk lift then tekan butang level 3. Heyy, ko b*****g ke hapa. takleh guna tangga? ko turun satu tingkat je. Nak guna lift jugak ke?!

Kalau cik guna tangga manual satu hal jugak. Dok berkerumun macam lalat kat tangga2 tu. Nak tunjuk kerajinan kemesraan pun tengok tempat la dik. Tau ini tangga hak public tapi ada gak makcik2 cleaner lalu. malu weh. Then langkah terbaik cik naik lift sampai tingkat 6 pastu baru naik tangga. Tak koser terserempak ngan diorang kat tangga.

Owh, ni pendapat berbaur peribadi. Lima atau sepuluh tahun akan datang jangan pergi hospital. sebab perintis nurse akan datang sangat mengerikan. sebab apa cakap gitu. Perangai bakal2 nurse ni tak mencerminkan diri sebagai nurse. Lemah lembut, ramah mesra. sopan santun, penyayang, penyabar. Dimanakah sifat2 ini pada budak2 itu? None. yang ada hanyalah, jerit pekik, kurang ajar, tak jaga kesihatan. dan dressing MasyaAllah. Benda2 asas je tu. kalau sifat ni hilang. Maka jadi lah nurse yang tutttt.

Tengok pelajar nursing ni amik kos tak seiring dengan minat. Isi tempat jadi nursing pasal trend, pasal semua mintak nurse. Pasal Kolej nursing tumbuh macam cendawan. Semua menjanjikan jaminan kerja yang pasti. Dey, tengok tak kos Sains Komputer dulu. Apa jadi ngan mangsa keadaan itu. Adakah semua masuk area IT. owh, siap menganggur tahu.

Lagi satu, Nurse lelaki adalah suatu tidak kool. Kenapa la ko amek bidang yang dikelola perempuan. Ko tahan ke esok cebuk punggung pesakit. buang air kencing, mandi pakai lampin pesakit. Ciri-ciri ini ada pada wanita la. Lelaki? ko nak keje hospital sangat kan, apply la jadi medical Assistant(MA) takpun Attendant. MA pun diploma jugak. Lagi hebat job description dia dari nurse. Tak kisah lagi kalau lelaki masuk bidang chef atau hospitality. Kalau nurse ni, ish.. apa daa. maka ramai la jumpa lelaki adik-adik jalan bergroup. so tak leh gi! owh, lagi satu kalau bakal mak mertua tanya anak keje apa? "saya keje nurse, makcik." erk! ok cik old school sikit bab2 nie.

Itu je lah kot. Terima kasih membaca luahan terpendam cik pada entry ini. Sehingga kita berjumpa lagi. Ya Salam.

Huh, tengok logo pun cik dah anti. Inikan tgk budak2 tu!

Wanita Paling Gemuk Kesal Layanan Buruk Hospital



CHELMSFORD - Seorang wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler (gambar), 40, mendakwa doktor-doktor di sebuah hospital dekat rumahnya di sini sengaja membiarkan dia supaya mati kerana tubuhnya amat gemuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang memiliki berat 286 kilogram kini menghabiskan masa di atas katil hospital dengan ditemani suaminya, Tyler selain menggunakan topeng oksigen bagi membantu pernafasan.

Ibu empat anak itu mendakwa, pihak hospital membatalkan satu pembedahan pintasan usus yang melibatkan kos £30,000 (RM147,496) disebabkan tubuhnya terlalu besar bagi menjalani pembedahan.

"Tiada sesiapa yang mahu bersimpati dengan nasib orang gemuk," kata Sharon.
Pada mulanya, berat badannya normal ketika dia berkahwin pada usia 20-an.

Berat badannya bertambah selepas dia menjadi penagih makanan kesan daripada tekanan selepas melahirkan anak. - Agensi

* Kesian wanita ni. Apa akan jadi pada 4 anaknya jika umurnya tak panjang.

Thursday, July 15, 2010

Perbualan Pasal Si Gemuk

Situasi : Ruang tamu rumah sewa.
Pelakon : Kawan2 rumah
Waktu : 14 Julai 2010 jam 1030 malam
Topik : gemuk

sedang melihat gambar di lappy.

Si Y ; A, ko nampak kurus la time ni.
Si A ; Aah, time muda remaja tu. Sekarang punggung semakin membesar. baju kurung tu pun dah tak muat. Dah gemuk lah.... *mengeluh
Cik ; Bese je aku tgk. aku lagi gemuk
Si A ; Tak la, ko tak gemuk. Ko berisi je.
Si Y; Aah, gemuk tu macam shanie dulu2 tu.
Cik : Takkk, aku gemuk.
Si Y; Ce banding ko dulu ngan skrg. Lain kan!. ce tanye kawan2 rapat ko. mesti kata ko dah kurus.
Cik : yela, kawan2 yang kenal je. yg firstime jumpa mesti kata aku gemuk.
Si A; ttaakkkk..

Moral of the story : Gemuk is subjektif. ada orang kata yg kurus tu gemuk. ada orang kata yg gemuk tu 'kurus je aku tgk'...

Haihhh, konfius cik

Perbezaan antara Kawan Lelaki, Scandal dan Kekasih

Entry ini sesuai untuk wanita yg mencari cinta, single, sepi, dan memasang niat ingin berpasangan. Anggap ia sebagai panduan.
Dari sisi cik....

Kawan Lelaki.

- Bila jumpa strait panggil Kau Aku. Saya Awak ada jugak.
- Tidak berselindung, dia selesa berkomunikasi tanpa berfikir panjang
- Garauan kasar. Contoh: ' Bluehyppo ar ko. Confirm takde bf nak. Bila nak kurus nih?'. Kasar, kan
- Confirm dia nak kawan je ngan kita.

Scandal

- Bila jumpa panggilan saya awak atau I U. tapi banyak I U.
- Bila ingin bermanja mula menaburkan kata kata manis seperti sayang, larling, sweetheart, baby.
- Suka memuji tanpa sebab, Confirm dia inginkan sesuatu. Contoh; 'tangan u cantik la', 'u ni sweet je i tgk.'
- Takut bila ditanya mengenai komitment dan hala tuju hubungan.
- Selesa melabel hubungan itu sebagai Teman Tapi Mesra. salahkan Linda Onn
- Soalan seperti "apa hubungan kita ni?" ditinggalkan tanpa jawapan.
- Lelaki macam ni mungkin ada isteri, tunang, girlfriend atau single yg tidak mahu komitment.
- Saje test market nak tgk dia laku lagi ke tak
- Menjadikan wanita sebagai mangsa mengisi masa lapang? berhati2 wahai wanita

Kekasih

- Serius dalam hubungan
- kadang2 angau tak bertempat.
- Selesa Luah masalah dan perasaan kat pasangan.
- Ingin belaian seorang perempuan. manja bila sakit.
- Menabur janji memperisterikan.
- Berani perkenal kat keluarga dan kawan kawan.
- Walau makan luar tapi hati tetap setia pada seorang.
- Hati lelaki kan bercabang.

* Sila belajar membaca isi hati lelaki. Jangan terperangkap dengan mulut manis. bak kata pepatah mulut lelaki umpama menanam tebu di tepi bibir. action haprak

~Wanita Sila berwaspada

Tuesday, July 13, 2010

Teman So So soo

Teman Riadah aka Teman Sosial Atau Teman So Sial?
Anda Sendiri tentukan..

Hala Tuju Hidup Anda

Happening Rupanya Tengok Bola Live

 sebahagian penyokong selangor

Liga Super Di stadium Shah Alam. Perlawanan antara Selangor dan Kelantan. Keputusan seri 1-1.

Bahang Piala Dunia dah berjangkit ke Bola Sepak Malaysia. Terus terang cakap cik bukan peminat fanatik bola tempatan. Tapi layan jugak tengok game ni sabtu lepas.
Nilah first time cik tgk bola secara live. Atte, sebelum ni takde sape nak ngajak. Tup Tup, member cik ajak pi tgk. apa lagi... Time ni la nak tgk lelaki2 tak dok diam, gelagat penyokong ekstrim dan gila gila. serius lawak. hahaha. Time ni jugak toilet perempuan lengang tapi toilet lelaki siap kena beratur. Time ni jugak nisbah lelaki lebih ramai dari perempuan. Ingatkan lelaki semakin pupus rupanya tak. haha,

*Jangan ditanya cik duduk sit penyokong mana. Tapi penyokong manakah yg siap dibekalkan FRU dan sebagai nya. Hahahaha

Monday, July 12, 2010

Twilight: Eclipse - Komen Dari Sisi Cik


Filem ketiga Twilight Eclipse bermula tayangannya khamis lepas. Hari Jumaat malam Sabtunya cik tgk cite ni di Alamanda. Tiket selling fast. Dapat sit 3 dari bawah. Betapa mendongaknya tgk cite ni. Mata hitam cik pening dok lari kekanan ke kiri tengok skrin besar. huhu,

Cite OK. Lagi best dari New Moon. Kalau New Moon cik rasa Edward adalah seorang hero vampire lembik yg tak larat pertahankan Makwenya. Siap nak bunuh diri sebab rasa makwe dia dah mati. Nak jaga awek sorang siap mintak bantuan keluarga. Ada barang pakwe macam ni kan.

Berbalik cite Eclipse. Kali ni banyak aksi dan romantik. Kalau korang bawak pakwe masuk panggung kira dia tak boring sangat la. perempuan pun mesti sonok sebab byk adegan romantik. sebab dua2 aksi ini balance. Banyak adegan cinta tiga segi Edward, Bella dan Jacob. Nampak Edward makan hati ngan Bella bila bersama Jacob.

Scene paling best bila ayah Bella risau bertanyakan perihal dara anak gadisnya. then Bella cakap 'He's old school'.. haha, so sweet. Nampak sangat yg diorang tak berasmaradana lagi.

Anyway, moral of the story. Bukan hati lelaki je boleh bercabang cintanya. Perempuan pun sama. Boleh mencintai ramai lelaki pada satu masa. Well Done Bella.

End

Spain Menang, I Told U!

Yes, tak sia sia sokongan cik. yabedabedu

Thursday, July 8, 2010

A.B.A.N.G?!!

Masa kecik2 cik pernah mintak 'I wish I dont have brother at all'. Cewah, kecik2 dah pandai speaking London tauu.. Sebab apa tau, sebab dia tak pernah nak mengalah ngan cik. Bese la karakter anak bongsu nak itu nak ini (bongsu takat umur 10 tahun je, pastu dapat adik lagi). suka apa yang dipegang abang.
Karektor comel inilah menjadi kebengangan dia.

Dia ni pulak pendengki. Apa yang ayah kasi cik ada je dia nak bengang. Nikmat menjadi panja ayah. Apa yang dimintak pasti akan ditunaikan. Huh, memang seronok jadi bongsu ketika itu.

Selalu terjadi, kami bertumbuk sampai lebam. macam WWF dah ngko. semata mata berebutkan remote tv (mak cik panggil 'raemoh'). Tugas Along meleraikan kami dan pemenangnya mestilah cik. konsep dalam keluarga. 'yang besar kena mengalah'. Nampak macam strategi berjaya kan. tapi tidak. Dia pi baring depan tv sambil jari kaki melunjur kat punat tv. asal cik tukar channel, dia tukar balik cite dia. Memang haram ar pendengki dia. pastu gelak jahat.

Ingat lagi masa tu ayah pakai keta Nissan putih. Time dalam keta takleh dok sebelah. mesti tangan memasing cepat je nak tumbuk. Macam anjing ngan kucing. tak tak jangan guna anjing. Macam monyet ngan kucing. alih alih along gak jadi mangsa kena dok tengah. Dia la menyempitkan diri tuk adik adiknya.

Masa darjah 3 tengah belajar puasa penuh. Dia tertangkap cik tengah santap makan kuih depan pintu peti ais. Habis dia canang cite kat mak ayah. Pastu kat along. pastu kat kawan2 cik. Memang benci giler kat dia masa tu.

Dia ni ada bantal busuk. Bantal dunlop yg takde sarong kaler coklat kelebaman. Asal malam je dok hisap bucu bantal sambil mencium bau basahan air liur dia tu. Tidur tak pakai baju pastu tangan dia dok garu2 belakang. ada kurap dibelakangnya. Uwek tak lalu weh, jijik jijik!. Pastu along ngan cik gelarkan dia ' Prak!' sebab kurapnya. sekarang takde la dah kurap tu. Tapi sampai sekarang ada lagi bantalnye. Siap perturunkan kat anak dia. Malam2 berebut bantal pusaka dia tu. bley?

Dulu2 panggil dia 'abang'. Tapi lepas dia kawen macam pelik pulak isterinya panggil abang serentak ngan cik. Terus cik tukar panggil Zam. Takmau cik kongsi nama ngan isteri dia tapi status lain. euwww,.. Sekarang dia dah mengembangkan dirinya dengan seorg isteri dan 3 anak. Walau beza kami 6 tahun tapi dah besar ni semakin ngam pulak ngan dia.

Pantun tuk ko, Zam.

Prak Prak Prak
Kerak ko Dimana mana
Prak Prak Prak
Ko tetap penyeri suasana

tetiba rindu kat ko, nanti orang balik kampung kita dating eh


Hurungan Semut Merah Menjadi


Weyh, berbaloi bangun kul 2 semata mata nak tgk Spain. Owh my, Spain-Germany 1-0. Yeay!!! Puyol jadi hero pabila tandukannya masuk ke gawang minit ke 73.

Pertembungan yang hebat bila Striker kedua dua negara, Klose dan Villa turun padang. Tapi Villa lagi menyerlah. Ternyata Perlawanan kali ni hal milik kekal Spain dengan banyak gasakan ke gawang. Cik sukee..

Tunggu je lah Final nanti Spain-Netherlands... hoho,. Tak Sabar,

Wednesday, July 7, 2010

Pernah Minum 20 Tin Coke Sehari



BENTUK badan terkini Lisa McKay.



LONDON - Berat seorang wanita, Lisa McKay meningkat dengan mendadak sehingga mencecah 120.6 kilogram (kg) gara-gara ketagihannya meminum minuman berkarbonat Coca-Cola sebanyak 20 tin sehari, lapor sebuah akhbar semalam.

Akibat ketagihannya itu, dia sanggup bangun pada pukul 4 pagi untuk minum minuman tersebut.

Pada usia 24 tahun, McKay perlu membeli dua kerusi ketika menaiki kapal terbang dan akan berasa keletihan walaupun berjalan sejauh beberapa meter.

Namun akhirnya, ibu kepada dua orang anak itu terpaksa menjalani satu pembedahan di Hospital Dolan Park kerana masalah kegemukannya. Selepas pembedahan itu, dia mengharamkan minuman Coca-Cola di rumahnya.

Kini, McKay sudah berjaya mengurangkan hampir 63.5kg berat badannya.

"Bukan senang menghilangkan ketagihan minum Coke. Saya mengalami simptom yang serius seperti menggeletar selepas berhenti meminumnya," kata McKay yang turut gemar memakan makanan ringan dan snek.

Dia menyedari perlu melakukan sesuatu mengenai berat badannya apabila badannya tersangkut di kawasan permainan kanak-kanak ketika menemani anaknya dan menyifatkannya sebagai satu pengalaman yang memalukan.

"Saya sekarang hanya mengambil 1,000 kalori sehari."

"Saya makan dua keping roti bakar untuk sarapan, sebiji pisang dan oren pada waktu makan tengah hari dan menjadikan sayur-sayuran sebagai juadah makan malam," kata McKay. - Agensi

* Berat dia sekarang 57.1kg. Wowww!

Tuesday, July 6, 2010

Pembakar Semangat

Menurut tips kevin zahri no 7;

Gambarkan Diri. Bayangkan diri anda apabila sudah kurus dan kelihatan mantap …. imaginasi anda perlu menjadi pendorang utama sebagai goal setter. Selepas anda bayangkan diri anda yang kurus, fix that image in your head dan mulakan transformasi anda. It is never too late to start

 Cik bayangkan body macam Jue Aziz. Seksi, manja dan menawan..
Ha, jangan gelak.. tau sekarang jauh panggang dari api.
Tengok la nanti

10 Tips Motivati Kurangkan Berat Badan





  1. Be Realistic! Pastikan goal weight loss anda realistic. Mulakan dengan matlamat dengan kecil seperti 1kg dalam masa 2minggu.
  2. Baju Lama! Buka almari dan keluarkan baju lama anda yang cantik tetapi tidak muat lagi. Jadikan ia sebagai azam untuk anda so that one day you can wear them again.
  3. Beli Buku! Keluar dari rumah dan beli buku atau ebook. Dengan pembelian buku, ia boleh menjadikan pendorong semangat untuk mulakan “kehidupan” yang baru.
  4. Buku yang mana satu? Pastilah ebook “Kurangkan 5kg Dalam Masa 5 Minggu” untuk RM20. Dapatkannya online di sini.
  5. Jangan terlalu drastik! Bila menyusuan jadual pemakanan ataupun senaman yang baru, jangan terlalu drastik. Buatlah perubahan yang sederhana supaya ia tidak memberikan shock kepada diri anda.
  6. Dapatkan Inspirasi. Get inspiration daripada mereka yang telah berjaya mengurangkan berat badan. But pastikan case study berkenaan relevant dengan gaya hidup anda. Example, kisah Hafiz kurang 12kg dalam 11 minggu atau Adalina kurangkan 25kg boleh dijadikan inspirasi tetapi jangan tertipu dengan produk2 komerisal and TV.
  7. Keep track! Mulakan blog atau journal sendiri adalah idea yang bagus. Ia menunjukkan committment anda kepada matlamat dan forces you to keep track as orang ramai semuanya ingin mengetahui progress anda.
  8. Gambarkan Diri. Bayangkan diri anda apabila sudah kurus dan kelihatan mantap …. imaginasi anda perlu menjadi pendorang utama sebagai goal setter. Selepas anda bayangkan diri anda yang kurus, fix that image in your head dan mulakan transformasi anda. It is never too late to start!
  9. It is never too late to start. Jangan lengahkan masa lagi. Andalah pendorang dan motivator diri anda yang nombor satu
  10. Kaji Selidik! Buatlah research mengenai keburukkan, penyakit dan macam2 masalah yang boleh dihadapi sekiranya anda tidak mengurangkan berat badan ke tahap normal. Let that be your motivation to lose weight.
  11. Jangan Simpan Makanan Ringan Di Rumah! Makanan ringan adalah pitfall atau kelemahan semua orang. Sebagai langkah permulaan, “buang” segala makanan ringan. Aktiviti membuag snacks pun sebenarnya can be symbolic dan motivasikan anda. Just do it!
  12. Dapatkan Jurulatih! Sekiranya anda mampu, dapatkan seorang jurulatih peribadi (seperti saya) untuk membimbang dan motivasikan diri anda. Bila memilih seorang trainer, pastikan anda selesa dengan cara dan philosophy mereka and yeah, tidak perlu engage trainer sampai bila2 – 1-2 session pun ok to get you started.

    informasi bagus dari Kevin Zahri.

Monday, July 5, 2010

Lepas Ke Gunung Tak Reti Penat

Dari belakang nampak macam ah peck kan.. Tak tak, laki muda ni boleh tahan hansem la. tengok gaya dia bawak motor. santai je. Ce pikir kalau ada pmpuan bonceng belakang dia, pastu tangan dok macam ni. hahaha,

Malamnye pulak kami keluar lagi. Sesiapa penduduk tetap segamat mesti tau Pot Black. Sound macam black metal je kan. Tak, Ni tempat karok, merangkap jamming merangkap Snuker. Boleh tahan gelap tempat dia. Jangan la compare ngan Red Box. Memang le jauh beza. tapi not bad la. Layan sejam dua jugak le. Pastu supper kat Mawa Cafe. Kopitiam melayu pertama kat Segamat. Member kata, segamat baru demam kopitiam. Sana sini org bukak kopitiam. sampai2 je, game Germany-Argentina baru habis. Aiseyman....

Ahadnya, cik balik ke KL. Naik bas. Tiket RM16.70 Bas Cepat Ekspress. Tidak la cecepat mana pasal kat Bukit Jalil Jam teruk tahap...... dari susur Bukit Jalil nak mendapatkan Puduraya Bergerak tu mengambil masa 1 jam 31 minit. Ci*** kann

Anyway, kredit terima kasih kat AA bawak Cik jejalan kampung kau. Nanti turun KL aku bawak kau ronda pulak k.

Babai Segamat, Babai AA..

Adegan Mandi Manda

Stage bape tak hingat. Ingat nak daki sampai jumpa kolam air panas. Haih, susah lak tak bawak lelaki sorang dua. Macam gerun lak nak daki sampai atas coz semua pempuan. cik nak lead.. haih, memang pun. kena dok belakang. memasing stamina tahap hidung panjat tangga. Risau tertinggal je.

Bape kali benti tah. Sampai cik kata, jom la turun bawah balik. kite lepak yang ada org. Nape tah lagi atas lagi kurang org. Takut jumpa Puteri Gunung Ledang jerk. Kalau ngan geng KL ni mesti depa tarik cik naik atas jugak walau tak larat pun. Air lagi dalam lagi syok, boleh terapung macam ellie suriati dalam Spinning Gasing. Best woo..

Walau misi nak cari kolam air panas tak jadi. Takpelah. Janji leh spent time ngan member2.

Batu banyak lor,.ikan pun dok renang sesama. 

Owh, nasihat pada adik2 uitm Segamat (benar, cik siap tanye depa dari mana). Kalau korang nak pi kelah sama2 laki pmpuan tak de hal. Tapi jangan mandi pakai boxer dan singlet boleh tak. Sangat mengganggu pandangan kaum keluarga nak riadah. Nak2 mata lelaki terutama pakcik. Depa tgk punggong kamu tahu. Kesian, adik remaja ini. Pakai lah baju gelap tidak seksi yg tak menampakkan bra dan spentot kamu.


Bersedia ke Kaki Gunung

Adegan gedik di pagi hari. Erk, pagi ke? kami terbabas tido ke jam 11. ye ar, malam dok sembang smpi kul 5 kan. zupzap..terus pegi. Hancur la nak mendaki sampai atas. Takpe, plan B ada. Kami pi berempat. semua wanita anggun. Baju biru tu member cik. sorry, di tutup matanya. takut Dude dia marah. huhu

 Separuh perjalanan. Niat dihati teringin makan durian. Tapi, tidak le sanggup mendaki sambil bawak duri. Seksa woo..

Dah sampai. Posing sat, (Perut cik boroi kan..haih, balik KL wat sit up 1000)
masuk fees; keta RM2, sekepala RM1. 
Aik, keta mandi jugak ker?

Kami lagi. Lagi dua tiada dalam gambar pasal wanita pemalu. Jadi abaikan diorang.

Dah sedia, Moh la kita... cuaca mendung, takut je hujan. Tak best la nanti

Perjalanan Ke Gunung Ledang

Percutian yang tak dirancang. Khamis lepas member kol tanye, 

"xxx, ko taknak datang segamat ke? lama dah kite tak kenduri ngumpat." 
terus cik cakap " On, sok aku beli tiket datang kampung ko".. 
Haha, selalu wat keputusan tanpa berfikir. Jangan di amal, sangat merbahaya. eh, takpe. slalu plan yoyo o tak jadi kan. 

Jangan pulak nanti keputusan kahwen cik wat gini jugak. kot la ayatnye gini "Mak, sok orang balik. si YYY nak masuk minang. Dia mintak nikah minggu depan"..hoho, mau satu kampung sakit jantung. berboypren tidak, bertunang tidak..zupzup terus nak nikah.. adakah...dah dah jauh lak pikir!

Inilah hasilnya, cerita bergambar


Seumur hidup tak pernah travel jauh naik ketapi KTM. Untuk pertama kali cik travel sorang diri ke Segamat menaiki Ketapi Senandung Malam Ke Singapore. Benti kat Segamat la tapi. Harga tiket RM21, berhawa dingin. Jam 1030 malam. Lagi syok dari bas. Tapi slack dapat sit ngadap ke belakang. so perjalanan terbalik. Owh, sila bawak toto. cik tgk sume dok tido selubong.

Nape staff KTM tak dipanggil Steward/Stewardess hek. Cik tengok job description diorg sama je. Tolak troli makanan. Sape nak beli sila bayar. U serve it rite.. owh, mungkin yg kat atas tu fly with fire (firefly) hek, yg kat darat ni fly wihout wing....kot?... Soo life not fair


Snap gambar sendiri pasal travel sorang kan. sebelah mamat India berkroh kroh sambil mengeluarkan bau badan. Bluekkk..

Jam 3 pagi sampai Segamat. Ngam2 member tunggu ngan mata pisat2. Aloo sian..

Sexy Hot Heel Turquoise


Serius cik berkenan ngan kasut ni. Dipadankan ngan skirt paras lutut kaler hitam then pakai kasut ni. Wallah, mesti meletup kan. Pastu bawak pi dinner. Wah, seksi weh. siap ada riben kat belakang tu. Comel kan. Design yg sama ada 3 kaler. Kuning, merah dan turquoise. Jatuh hati ngan turquoise sudeh.

Tapi memandangkan taktau nak bawak pi mana terus cik letak balik. Kalau selalu pi Dinner ke event malam ke tak pe jugak. Ni malam dok terperap kat umah, kannn. 

so, benda yang cantik tak semestinya sesuai ngan kita. Sesuai tak semesti diperlukan. Cik mengambil tindakan bijak dengan pikir dulu sebelum beli. Demi mengurangkan kos shopping jugak mengurangkan pusat mengumpulan koleksi dirumah. Jadi cik reject kasut ni tuk dijadikan koleksi.

Nasihat khidmat masyarakat dari,
cik xxx

Friday, July 2, 2010

Pendapat Orang Terdekat Cik

apa anda rasa kalau?;,

" xxx kalau kurus mesti lain,kan" sepanjang hidup cik sudah 6 orang  bagitau ayat yang sama. ni cerita bennar.

"Mesti dah tak comel, kelakar, happening, ..blablabla. muka pun nampak serius je nanti"  yeke?

"Mesti dah tak boleh hang out macam ni ngan xxx klu xxx kurus" owh apakah ayat ini,

"sebab Mesti ramai lelaki tergila gilakan xxx"... wow

" xxx jangan Kurus la camtu!" mendoakan Cik GEMUKXs selamanya ke?

PATUT LA SMPI SKRG TAK KURUS2. RUPANYA ADA ORG MENDOAKAN CIK COMEL SENTIASA.

haih

Holand - Brasil...Brasil lah Beb!


Malam ni tak dapat tgk Brasil menentang Holand. Jadual Cik bercanggah dgn jadual Keretapi. Huwwaa, macam nak sepak je KTM. ok takpe, cik kena berkorban demi aktiviti best esok.

Kepada kurakura: boleh tak ko tgk kan game ni tuk aku. Nanti ko update pe cite sepanjang game tu. Boleh la boleh la.....

Nanti aku belanja ko air gunung ledang. ko nak bape liter?


:-(

Gunung Ledang Cik Datang!



Wwehuu, Nak mendaki Gunung Ledang esok..

siapa nak ikut....
jom jom jom
 
semoga stamina cik dalam keadaan baik. 

Feuwww...

Thursday, July 1, 2010

Kuku kaki Kiri Ku Kaku - Kaka Brazil?

Sape geli bila kakinya disentuh. kihkih mengekek tahan geli... Cik tak. dulu ada sikit la. skrg, pantang nampak refleksologi..nonong je cik hulur kaki. Nikmat dia..wallaweh, cuba sendiri ar nak tau.

Tapi orang kata, anak dara ni tak elok berurut. esok lepas kawin badan jadi manja. letih sikit mintak di urut, bawak baby dalam perut pun tak larat. kata orang tua la. Tapi yeke? dah kawen sok klu letih mintak suami urut la...kannn

Adat org dok KL yg tak berkereta, kaki sangat diperlukan. Tapi senang jaga, tak macam kereta. free parking, free minyak, free enjin.. tapi ada korang service kaki korang? ada? ada?.. cik ada,

Kadang2 Cik ke footspa. amek urut kaki hok 30minit tu. sambil2 urut dia kasi green tea.. momen hebat. Tapi jarang la ke sini. Kalau stress sgt pegi je sorang2. Manjakan diri sekali sekala tak salah. Harga standard RM25. murahkan, 

Kalau pandang kaki, berlunu. euww, tak lalu. Ni mesti malas sental masa mandi, kann. takpun memang spesis kaki berkerak.. Jadi cik pi FishSpa menjernihkan kulit kaki. Caranya kasi 15minit bagi ikan hurung  kaki kita. Feeling mula2 memang la geli. Lama2 macam sedap pulak.

Sabar noks, jgn berebut!!

Nampak tak ikan tu. Besar tak!. Ni FishSpa kat dalam Central Market. Kat sini je satu2 nya tempat cik jumpa ikan godang2. Tempat lain taruk ikan bilis dalam kolam. Apa rasa weh. kaki lambat bersih la. ha, sini memang terasa la ikan dok sedut kaki. sekali tgk macam piranha pun ada.

Ramailah foreigner jakun. yela, tempat depa takde. Omputih lain matam sket excited.nye.  yela tgk ikan makan kaki kan. pastu cuba pastu tak dok diam. pastu jerit2 gelak tahan geli. 

Cara diorg express perasaan memang salute la. serius tak malu. tak macam org kita. geli geli pun dok tahan perasaan. dok pendam2. kannn..tu la ramai org malaysia sakit mental tu...eh cerita lain.

Aunty jaga fishspa ni pun dah kenal cik. Asal lama tak pi je dia dah tanye, 'u lama tak dtg mae'... katanye lagi, tak ramai org melayu datang kedai dia. tu dia cam Cik. lepas potpet siap dah 15 minit,  Pastu bilas kat paip. Fuhh, putih ar kaki cik.

Ada org kata FishSpa ni mengarut, kotor..bla bla bla.. Semua benda nak pandang negatif.. Pada cik, Dia bagus tuk buang sel mati selain boleh urut kaki. Kaki pun boleh stress tahu. eleh, sebenarnye org yg cakap tu pengGeli. Buat la ayat FishSpa tu Bullshit, kann...





Isu Diri Cik

Apesal ko ni CIK..
asyik fail mendisiplinkan diri.
Diet lah weh..
Tak sedar2 diri lagi ke.
kejap On Kejap OFFF
ko nak jadi apa weh..
TONG DRAM SELAMANYa!!!

owh Tidak...

TOLONG...