Showing posts with label Tips Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips Tips. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

How U Handle Stress


uish, sibuk betul minggu ni kat ofis. Kena ajar 2 staff baru. Nasib dapat pengganti sebelum cik blah. Kalau tak dapat, lepas raya terkial kial lah team leader cik. Kesian kat dia. Tak sampai hati betul tinggalkan dia dengan tak cukup staff.

Walaupun company ni ada buat taik sikit kat cik. Pun begitu. kita perlu berhati mulia di hari baik bulan baik ni. Ececehh!. Cik tak sampai hati pulangkan semula taik itu. Tak pe lah.. biar lah orang buat kita jangan kita buat orang. Kalau dah itu tertulis bukan rezeki cik. Fight lah camana pun hak kita. Akan tetap bukan menjadi hak kita. Cik redhoo kan aje. Tapi ia bakal menjadi pengalaman taik terhebat sepanjang berkhidmat di sini.

Bulan lepas ada orang tanya kat cik "how u handle stress?".. seriusly, 2 3 saat cik tak tau nak jawab apa. Setelah balik, tidur, berfikir, makan, berak, mandi.. baru cik fikirkan camne sebenarnye cik handle stress?



Benda ni kadang kita buat tanpa sedar. Bila stress cik akan nampak makanan. Sebab itu je yang mampu di lakukan. Amek, bukak mulut dan ngap..! Senang.. Tapi akibatnya badan mengembang ataupun time diet..badan takkan kempis. berat statik ke angka asal walau pun kau workout hardcore sekalipun.

Tapi kadang kalau ada duit lebih sikit. Bila sedih sedih tu. Pi jalan sorang sorang kat shopping mall. usha sana usha sini. rembat kain baju dua tiga pasang. Setel..! hakikatnya bila shopping time emosi.. sampai rumah bila test baju depan cermin.. nampak macam tak ngam pulak. Last last donate kepada orang yang lebih memerlukan. Jadi buang duit sendiri namanya tu.

Itu handle stress tak melibatkan orang lain tapi memusnahkan diri sendiri. Tapi kalau jenis yang memasukkan orang lain sebagai peng-HEAL stress.

Kalau tak puas hati dengan orang atau kita ni sebagai mangsa keadaan amat jarang untuk cik menangis. Kebanyakan feeling sedih tu di convert ke feeling MARAH. kalau menangis tu dah tahap kronik sangat lah tu. Kalau kat kampung. Mangsa dia adalah adik. Tak sependapat dengan Mak tapi tuju marah kat adik/anak buah. Owh, heaven wokeh dapat lepaskan marah tu. Tapi hakikatnya. Bila kepala kembali waras baru la rasa nak menyesal kannn. Jadi nasihat cik. Jangan la tuju stress kat orang yang tak sepatutnya. Kesian kat dia yang tak bersalah.

Itu dulu punya cerita. Ini kira hypothesis ke atas diri sendiri la. Setelah sedar diri ni. So camne nak handle stress sebenarnye.

Lebih baik diam dari berkata kata. Takut nanti terlepas cakap. Time stress tau je la ayat censor banyak keluar. Dalam pada diam tu. baik kita fikir camne nak setel masalah dari fikir camne boleh jadi masalah tu. Cepat setel cepat kau heal dari stress.

Tapi kann. sekarang ni. Cik ada buat sedikit perubahan untuk handle stress. Daripada kita meratapi menyesali stress tu. baik kita dengar LAGU (sepatutnya kau berzikir ke, dengar ayat Qur'an ke..lagi baik la kann..) Kita bukak lagu yang bermaksud. Macam cik, Cik layan Oldies song. Jadi kita dengar bait bait tu sambil hentak hentak sikit kepala. Confirm. Sedikit sebanyak melegakan hati.

Lepas tu kalau berhadapan dengan orang yang bagi kita stress tu. Bagi kuntuman senyum paling manis. Confirm. Dia pulak yang stress tengok kita tak berperasaan. Memandangkan dulu cik ni wanita berEmosional dan naik memek muka di wajah. Jadi perlu kurangkan stress stress itu dengan muka innocent girl. :) supaya melambatkan kedutan diwajah.. mau awet muda kan kan kannnn..

Muka time stress. Kedut, berminyak, Hidung kembang? (erk? ada ea..)

Ini lagi bagus. Daripada kau layan baca novel cinta (itu fantasi je semua tu. Manade semua cinta berakhir dengan happy ending..kau tak payah la percaya konon jalan hidup kau sama seperti telenovela. buang masa okay).. Baik kau layan buku MOTIVASI. ada jugak pekdahnya. Ataupun buku buku AGAMA. Ada jugak ilmunya. Dapat jugak membantu heal stress.

Jadi Berbalik kita kepada soalan 'How U handle Stress?' dan jawapan cik


"I will giving my smiles to people around me. 
So I can collect ion positive as much as i can to heal stress."

Adakah cik menjawab soalan?

Ok korang. Manage stress sebaiknya yea.








Friday, July 29, 2011

Tips Duit dan Kawan

Pernah kau mengalami kawan kawan pinjam duit?

Tengah sesak dia datang carik kau pinjam duit sekian sekian. Dengan setinggi gunung janji manis akan membayar balik secepat mungkin. Tapi bila kita mintak banyak pulak alasan yang dia bagi. Pernah?

At last, sampai ke sudah tak bayar bayar. Patut ke, kau yang tukang bagi pinjam berasa segan untuk meminta hutang. Si peminjam wat dunno macam takde pape yang berlaku.. Dunia hari ni dah terbalik agaknye.

Ini stigma berkawan yang sampai hari ni kalau cik dengar rasa nak ketuk je kepala kawan amek kesempatan tu. Kau kalau berhutang bayar la cepat. Demi duit sanggup putus kawan kann. Sanggup mengelak dengan seribu satu alasan kann..

Ini tips yang cik nak bagi. Kepada perempuan perempuan di luar sana. Cik tau jiwa korang ni selembut sutera. Bila kawan2 dalam kesusahan, kau dengan lembut hati ingin menghulurkan bantuan.

Kalau orang datang kat kau mintak pinjam;

1. Kau kena kaji dulu karektor dia tu camane. Berapa lama kau dah kenal dengan dia.

2. Agak agak dia boleh bayar ke tidak kemudian hari.

3. Berapa peratus kepercayaan kau terhadap dia?

4. Tanya kenapa nak pinjam. Dan selidik alasan yang diberi. Betul ke idak!

5. yang penting berapa banyak amount yang dia nak pinjam.

Lepas tu kalau percaya, hati kau sebulat suara nak tolong.. baru hulurkan uwang.

Sebab, ramai yang cik jumpa.. kawan makan kawan. Bab bab duit ni boleh carik gaduh. Kau taknak tambahkan lagi masalah yang ada kann.. Baik kau avoid benda benda yang tak perlu berkaitan kawan dan duit.

Tapi sifat cik, kalau kau ada hutang. aku tak kesah la nak tuntut. Kau jangan ingat kau ada hutang, aku PENYEGAN mau tuntut. Kau silap besar la..

Pengalaman sebelum ni mengajar cik erti BERKAWAN yang sebenar.. Mostly yang liat bayar adalah kaum adam. Jadi to those out there. Baru kenal lelaki sehari dua jangan bermurah hati sangat hulurkan duit kau. Demi sayang Demi cinta.. Sanggup ku harungi lautan api..Walau segunung duit sanggup ku beri...

Cit poddah!.. takde nye pengakhiran yang gembira.

Satu je la..dah ada ikatan keseriusan, kau nak golok bergadai pun apa de hal.. Tapi takat kawan kawan je baru.. Jangan harap kau merasa joli duit aku.. Biasa la dunia.. Ramai yang mengambil kesempatan untuk HIDUP..


Pesanan Khidmat Masyarakat


Monday, July 25, 2011

Penantian


Cuba fikirkan dalam hidup kita ni berapa lama masa kita ambil untuk menanti sesuatu..Selepas di lumpsum keseluruhannya adakah 1 Tahun, 5 tahun, 10 tahun Atau seluruh hidup kau hanya dihabis untuk menunggu..

Adakah benda yang anda nantikan itu sudah cukup usahanya, penuh dengan kesabarannya, Sudah cukup keredhaan.. dan yang paling penting time menunggu tu adakah tunggu dengan penuh keihklasan atau penuh dengan sumpah seranah marah marah..

Aish, jangan begitu tuan puan hadirin sekalian. Anda perlu belajar untuk bersabar. Setiap benda yang lambat datang kat kau tu hanyalah satu ujian dari Allah..

So sementara kau menunggu durian gugur tu.. Kau kena belajar chill k.. Dan cik pun tengah belajar menjadi cool..asyik asyik hot je.. boring. telur rebus pun boleh masak tahu..biar cool, lepas ni boleh makan aiskrim pulak.

Setiap benda yang berlaku tu ada hikmahNya..

So CHILL k


Wednesday, July 6, 2011

Sakit FastFood Femes..


Mata berpinar, panas dalam, hingus meleleh kena hirup setiap 10 saat.. Well Done.. Semalam cik MC. konon gagah lah pi keje hari Isnin. Nan ado. Balik rumah terus collapse. Pastu ada hati lagi lepak makan A&W.. (kau senyap. Diet cik ke laut sekarang nie) tension punya pasal. So esok nye Selasa cik terus tido tak bangun bangun.. Adeh!

Doktor kedekut bagi MC sehari.. Weh, aku demam la DEMAM.. patutnya kau kasi la cik 2 hari paling koman pun. Ini sehari? rehat celah gigi je kot. Lepas tu dia bagi ubat migrain. Owh no.. Cik tak migrain la. Dah demam of coz la menangkap kepala sekali. Sakit kepala tak bermaksud migrain. Nak suruh pulak aku telan pil pil migrain.. Lenkali nape tak bagi terus pil perancang, kan senang.. 

Sekarang ni konsep pi klinik dah berubah. Jumpa doktor sebabkan MC, bukan jumpa mintak ubat. MC sangat bermakna woo kalau kau jenis insan pemalas datang keje. Nak AL sayangkan cuti. Tindakan bijak la jugak cuma kau kena invest sikit uwang ringgit to those yang medical tak dicover. 

ubat ni jangan dimakan sangat. Badan kita dah cukup antibodi tuk heal segala penyakit. Unless la kau ada HIV ke. itu kena hati hati la. Ubat2 ni cik jadikan bahan tontonan atas peti ais. Lepas expired buang tong sampah. Begitulah hayat menjadi ubat ubatan. 

Kau ikut cara cik. Lagi kau batuk selsema demam..kau telan aiskrim.. Sure cepat baik woo.. Dia kasi kau penangan batuk paling azab. Kasi semua kahak lendir lendir bagai keluar. Pastu kau HEAL.. tak caya cakap cik. Kau TRY! esok kau baik datang jumpa cik. Kalau kau masuk spital jangan datang mengadu kat cik pulak. Itu kau punya pasal. eh?..

Berkenaan anti-FASTFOOD. Rasanya sebulan tanpa fastfood berjaya. makan A&W pada tarikh 4hb 7. Assume sebulan dah. So, berjaya la menkuarantinkan diri selama sebulan. Lepas ni nak planning tuk setahun tanpa fastfood pulak. tapi macam mana la nak mengelak dari belanja kat kedai fastfood nie.. Godaan keliling woo.. Dah la kalau bersosial je mesti ada acara makan sampai pengsan. Betul lah Malaysia ni kaya dengan makanan.

Salah satu usaha eat clean food adalah kurangkan fastfood. French fries? burger? ayam goreng? cheesy wedges? air gas? apa tu...! semua FAT tahu FAT.. badan dah berlemak lagi mau tambah lemak lagi ka?.. ok insap diri jap.. kalau pun rindu makan kat fastfood. Jom kita terjah SUBWAY.. 

Sejak dua menjak ni identiti cik sedikit tercalar. Semakin ramai kenal siapa cik xxx. Ni yang nak privatekan blog nih.. Risau la kot kot satgi orang datang umah nak meminang ke apa.. hahaha,

Tapi serius. Cik seriau kalau orang kenal luar dalam cik. Cik ni kan berlemak.. Sape suke orang berlemak jadi fames.. Dah dah la.. kau tak yah la admire cik lebih lebih.. Kita ni sama tala je.. Semua pangkat kawan kawan..kannnnn

Tuesday, June 28, 2011

Kawan Dan Gemuk

Lagi pasal muka seiras

Mana mana pegi orang tanye, "kembar ke?"


Walaupun ukuran pinggang kami lebih kurang. tapi cik lagi berat dari dia..haish!


Walaupun kami berlainan identiti.. tapi kami suka tersenyum = sama


Perbezaan Wanita Saiz M dengan Saiz XXXL..sesuai la kan nama Cik XXX (bukan cik porno)


pun begitu, KAMI OK KAMI SEPESEN


Ada manusia gemuk yang bila dia gemuk dia malu nak jalan dengan kawan kawan gemuk sekali. Kenapa, sebab takut pandangan orang bila bakal di Buuuu, atau di usik..."sihatnya korang...".. oleh orang ramai. Then si gemuk tadi start cari kawan kawan yang lagi cantik atau kategori kurus dari diorang tuk dijadikan teman berjalan. ~ itu kawan berdasarkan rupa lah tu.

Ada manusia gemuk pulak. Dia pakai tagline "ADA AKU KESAH". lepas tu tak kesah langsung pakai baju macam kawan kawan kurus dia pakai. contoh legging, cardi ketat nak mamps, t shirt terbojol lemak perut. ~ Itu membinasakan diri namanya

Ada manusia gemuk pulak yang couple dengan pasangan dikatakan kurang sepadan. Girlfriend gemuk tak cantik + boyfriend kemain hensem hot market lagi muka = Euwww tak padan..~ Pada cik diorang adalah sweet couple. terima diri masing2 seadanya. Cinta saling melengkapi, bukan saling mencari perfectionis.

Ini nasihat untuk orang gemuk kat luar sana. Plis plis plis BE YOURSELF. Bila kau ikhlas dengan diri sendiri dan kau bijak bawak diri kat luar. kau akan dapat confident diri yang kau sendiri takkan terpikir.
Dan orang kat luar sana takkan melihat kau sebagai orang gemuk tapi melihat kau dengan feeling bangga. sebab personaliti kau sangat awesome. Diorang takkan tengok kau sebagai seketul lemak yang berjalan.

Begitu juga dengan berkawan. Kau jangan carik sebab luaran dia. kau selami dalaman dia. Dan kau akan jumpa beauty seseorang tu walaupun lemak badan diorang terjojol sana sini.

~ pada masa sama jangan lupa kuruskan badan. Tak la kau asyik2 blame diri and orang lain bila diorang cakap yang kau tu GEMUK.


Tuesday, June 14, 2011

Tips Melepaskan Diri Dari salesman/pemintak derma/flyers people


Jalan mana mana mesti ada salesman datang kacau atau peminta sedekah atau nak bagi flyers kann,

Ini apa yang cik buat..

Salesman,
~ Kita sebagai pengguna ada hak untuk buat keputusan beli barang/services dia atau tidak.. jangan tertipu dengan janji manis tukang mulut manis tu..
~ Kalau orang hulur kad kredit suruh aplai cakap je yang ' Dah berlambak kad credit.. yang ini pun saya dah ada ' . For sure dia takkan cakap banyak dah
~ Same goes with broadband
~ Kalau produk kecantikan, dia akan aplai sikit (contoh calit kat tangan tanpa permission)... sila larikan tangan anda.. Anda ada hak untuk tidak mencuba produk dia.. (agak sedikit kurang ajar promosi cara ini) Cik ban siap siap..
~ Ini lagi bengong.. Peraduan gores dan menang. Plis la jadi cerdik sikit.. kena ingat tiada yang percuma zaman sekarang nie. Dia akan korek duit kau sebelum dapat hadiah yang dijanjikan. Tapi sebenarnya anda bayar lebih dari harga barang tu. Set dalam kepala anda yang takkan deh bertuah dapat hadiah nie kecuali lucky draw dinner ofs anda. Kau gores Kau Sadis!

Peminta Sedekah
~ Tengah rancak anda berborak bersama teman. Datang pakcik buta bersama seorang celik  - baju compang camping menjual tisu , budak sekolah tahfiz (konon) datang jual kismis, jual buku islamik tapi harga dia mark up gila gila ( konsep menderma jugak) .... ke meja anda.
~ Tak bagi derma kang dia akan berdiri berjam jam lamanya kat meja anda.
~ Ini Ini.... derma secara paksaan
~ Anda berhak geleng atau berkata TIDAK.. sebab kita perlu ikhlas menderma. tapi apakejadahnya kalau dia siap buat resit paksa orang derma fix amount contoh RM10, RM20, RM50..pastu anda mendapat surah al fatihah yang dilaminate.. Apakah itu konsep derma yang sebenar?
~ Menderma harus ikhlas. Tapi kalau anda betul betul niat dengan ikhlas...boleh je derma.. mungkin hati anda suci dan bersih walaupun tahu itu konsep menipu (sebahagiannya). Takpe,, amal jariah harus dalam Islam.
~ Pada cik, biar tangan cik yang menghulur dulu..bukan tangan yang meminta.. sebab ikhlas itu penting dan perlu

Flyers people
~ ini tak serius mana
~ tapi jadi serius kalau flyers tu dia tuju kat kau sorang sebab flyers ini flyers kuruskan badan.. hahaha
~ Agak rasa terhina tak? ataupun kau memang tak berperasaan..
~ pastu lalu kedai healthy food.. Dia bagi flyers restaurant dia.. "instead u eat fastfood why not u try our restaurant"..agak bangang marketing macam nie.. orang gemuk rasa terhina tahu :P
~ okk, kalau flyers produk lain.. kau amek la kalau kesian tengok dia orang lalu lalang wat dunno huluran kertas tu. lepas lepas tu kau campak tong sampah. tak susah kannn.
~ Tapi kalau kau sayang, nak sumbat dalam beg pun takpe. its up to you
~ tapi salute la cara diorang nie. tak pernah putus asa.
~ baru sat tadi dapat flyers kat lrt. beli kereta 0 downpayment.. 'nak beli ke tak nak beli ke tak.." heh, nan ado cik beli skrg.. keta tidak diperlukan :P





Thursday, June 9, 2011

Double Chin (dagu berlapis)


Ramai yang tidak suka akan kewujudan ‘dagu berlapis’ kerana ia membawa maksud seseorang itu gemuk atau obese. Bagi perempuan yang mengenakan tudung, kewujudan dagu berlapis pasti akan menjadi semakin ketara kerana pemakaian tudung itu sendiri akan ‘mencekak’ dan menolak kulit di bahagian yang berkenaan ke hadapan, membuatkan mereka seolah-olah memiliki “dua dagu”.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Dagu Berlapis’ atau ‘Double Chin’? Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher. Secara umumnya, untuk menyingkirkan Dagu berlapis ini, seseorang itu perlu menurunkan paras lemak badan secara keseluruhan.
Walaubagaimanapun, 5 langkah-langkah berikut boleh diamalkan untuk menyingkirkan dagu berlapis yang dimiliki dengan lebih efektif.
  1. 1.
    Kawal pengambilan kalori (defisit kalori). Untuk menurunkan paras Body Fat, kita kena memastikan yang body fat itu digunakan sebagai sumber tenaga alternatif secara optimum dan bukannya otot (catabolism). Dan untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga alternatif, kita kena memastikan yang bekalan tenaga harian (Daily Calorie Requirement) adalah kurang dari yang sepatutnya, namun janganlah terlalu rendah. Pastikan juga pengambilan makanan (macronutrien) adalah seimbang.
  2. 2.
    Kardio, bersukan, bersenam. Apabila badan kekurangan sumber tenaga yang sepatutnya (muscle glycogen) badan akan mula menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga alternatif. Sumber tenaga ini (lemak) tidak terhad diambil dari satu-satu bahagian sahaja kerana apabila badan membakar lemak, ia akan mengambil lemak dari seluruh badan. Boleh jadi ia adalah lemak dari bahagian tangan, kaki, dada dan bawah dagu. Perut (bagi lelaki) dan punggung (perempuan) adalah 2 tempat terakhir (paling liat) di mana badan akan ‘mengorek’ lemak badan. Maka, anda masih mempunyai peluang untuk menyingkirkan lemak di bawah dagu dengan sedikit mudah.
  3. 3.
    Kunyah gula-gula getah. Otot muka perlu dilatih untuk menjadi ‘kuat’ agar boleh membakar kalori secara teratur. Salah satu daripadanya ialah dengan mengunyah gula-gula getah (pilih yang sugarfree). Ubah mentaliti bahawa mengunyah gula-gula getah adalah kerana manisnya. Jika boleh, sebiji gula-gula getah hendaklah dikunyah berjam-jam lamanya, sehingga muka menjadi kebas (baru berhenti). Namun janganlah disalah anggap kerana ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka sebenarnya TIDAK MEMBAKAR LEMAK, tetapi hanya membakar kalori. Lemak badan hanya dibakar secara intensif dengan banyaknya ketika kardio.
  4. 4.
    Senaman muka. Berdiri di hadapan cermin dan sebut A – E – I – O – U, gerakkan secara perlahan, namun cuba cekangkan otot muka (platysma) ketika menyebutnya. Kemudian masamkan muka (mencebik) untuk beberapa saat, sambil diselang selikan dengan senyum yang amat lebar. Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali di hadapan cermin, setiap pagi, selepas menggosok gigi.
  5. 5.
    Senyum dan ketawalah selalu. Selain dari mewujudkan suasana yang lebih ceria dan harmoni bersama orang-orang sekeliling, senyum dan ketawa juga sebenarnya merupakan senaman-senaman kecil muka yang boleh dilakukan setiap hari. Tahukah anda, sekurang-kurangnya 15 otot terutamanya di bahagian muka akan bekerja sekiranya anda ketawa?
Semoga tip-tip ini membantu anda dalam meningkatkan lagi keyakinan diri, disamping tidak perlu lagi gusar akan kewujudan dagu berlapis yang mungkin akan mempengaruhi imej anda. Selamat mencuba!

~ Di cilok dari Kevin zahri

Thursday, June 2, 2011

KEVIN ZAHRI

Kalau kau jenis pemalas mencari info pasal diet or else kau nak tunggu orang suap je info kat kepala kau..

Ini ada blog untuk starter dieters tuk kau,

Info berguna dari KEVIN ZAHRI BLOG

Last post dia pasal vitamin.. Bagus dia ni. Even melayu celup tapi still boleh buat karangan bahasa melayu. Salute ar dia nie.

"Eh Kevin, tak pe pun kalau u nak buat full english blog.. I paham.. i kan dari Key ELLLL"

Euw,,,, hahahahaha

Wednesday, June 1, 2011

Tips Mendapatkan Bibir Seperti Kilafairy


Ini Kilafairy


Baru berlakon satu filem dah meletup gila babas. Motip dia meletup? sebab punya bibir tebal, menDada, dan ponggong congek.

Kalau tanya lelaki confirm dia ni #1 dalam list diorang, Rozita che wan jatuh nombor dua sekarang (usia main peranan jugak babe) . Tak percaya? pi tanya suami, boyfriend dan adik lelaki korang sekarang. Tunjukkan gambar nie then tanye dia ni siapa? menurut perangkaan 99 dari 100 lelaki Malaysia akan kenal dia nie. Confirm!!! yang lagi sorang tak kenal tu mungkin adalah lelaki homoseksual. Muehehe!

Goodjob Yusry, pengarah Karak sebab bawak perempuan ni berlakon sekali. Sure kutipan memberansangkan even jalan cerita nan ado. Yusry berjaya menutup kelemahan diri dengan kehadiran perempuan ni. Good job kilafairy jugak. Kau jadi femes sekarang. Tentu Rohana Jalil bangga anak dia berjaya kannn..

Walau pun lakonan dia,,hmmm.. cik rasa cik boleh berlakon lagi baik dari dia kecuali babak berkemban with tetek separuh tu cik FAIL lar.. Kilafairy je boleh buat scene tu. Kau nak ke tengok lemak lemak bergoyang cik.. Nanti ada la kang tutup mata tengok lakonan cik lagi ngeri dari hantu.. :p

Apa ada pada bibir mungil?
kau kalau bibir nipis, kau kena redhoo tu..ciptaan tuhan..
kau kalau punya bibir hitam lebam, tak pe takpe..jangan sedih! pi tonyoh daun sirih kasi merah balik
kau kalau jeles dengan bibir macam kila ni.. kau boleh cucuk botox.. kalau sanggup la

Apa kurangnya pada bibir tebal ni?
Incured kos beli Lipstik, lipbalm n lipgloss
Nak cakap mesti ayu ayu sebab takut air liur bersepai
Mungkin time cium dia je yang nak conquer. Eh! ini cerita lain.. hehehe


Seksi ker?


Hakikatnya, kau boleh jugak posing juih bibir ni. Tapi rasanya Nabil rajalawak boleh beraksi lagi baik dari ini.. hikhik

Eleh, kau pun boleh buat jugak sebenarnyeeee


Meh cik ajar yea kawan kawan.....








Tak nampak tebal ke? sila klik tembam gambar ini untuk lebih jelas


susah nak ikut ke? 

haih, korang ni

suke tau nyusahkan cik..

kau boleh jugak beraksi macam nie



Ok, nampak? paksa je bibir tu juih kedepan.. korang dapat punya bibir Kilafairy tu..

Dah dah.. takyah sedih sedih.....















Tuesday, May 31, 2011

Tips Dressing Untuk Wanita Gempal


Cik suke tengok orang. Kalau dalam lrt tu. kadang tak sedar terteleng teleng kepala tengok gelagat dan gaya orang. Tak payah tunggu partner nak mengumpat. Dalam hati pun boleh mengumpat orang. Jangan cakap kau jenis pandang orang pastu hati tak berkata kata ea.. tipu lah sangat semua benda yang kau tengok tu semuanya kau suka atau bersifat natural.. tipu tipu...

Cik perasan wanita berbadan gempal ni kurang bijak bergaya. Samada dia tak reti beli kain baju atau dia kurang konfiden nak pakai baju,Eh! mungkin lagi konfiden berbogel. :p

Dan cik perasan jugak. Wanita bertubuh gempal ni dia kurang konfiden sampai asyik asyik pakai baju yang sama (tshirt bodo = round neck yang lelaki pakai tu) atauuuuu terlebih konfiden sampai pakai baju daring gilerrr (seksi sampai seksa nak tengok lemak lemak tersembul).. ok ini cerita lain.. nanti cik up kat entry lain.


Ini contoh T Shirt bodo 

Ce bukak almari kau. Adakah baju kau banyak terdiri dari t shirt bodo dan baju kurung sahaja?  kalau yea maknanya kau tergolong dalam perempuan-tak-bergaya. Dalam erti kata lain adalah Kau tak konfiden dengan diri sendiri tuk sarung baju lain. yea tau, T shirt bodo ni saiz lelaki. Boleh up sampai XXXXXXXXXL kann dan senang dibeli, murah pun murah kannn.. Disebab malas pikir pasal baju. asyik la sarung t shirt bodo. Dan kau tau tak. Sifat malas itu memakan diri sebenarnya. konfiden jadi lagi low bila kau berhadapan dengan masyarakat. Ini Serius babe!

Kenapa harus gemuk dijadikan alasan untuk tidak bergaya. Sarung la baju yang up to date tapi still sopan. Maksud sopan sila bukak kamus diri masing masing. Istilah sopan kita tak sama. kang cik cakap pakai seluar 3 suku kau cakap tak menutup aurat pulak kann..

Sekarang ni banyak baju plusSize dijual. Cuma kau kena pandai carik kedai mana. Baju dijual kat online pun banyak. Tapi pada cik, kalau beli online kau kena berani amek risiko. Sebab kemungkinan baju tu tak muat pakai adalah sangat tinggi. Lebih baik kau rajin shopping usha baju baju yang kau berkenan. pi fitting then kalau sesuai kau boleh beli. Duit tak rugi, baju pun boleh sarung.. kau jugak untung orang perasan baju kau berganti..

Sementara nak tunggu lemak kau tu cair. Atau sementara nak tunggu kau sedar diri untuk kurus tu, apa kata kau jalani hidup seperti wanita biasa. Bergaya dan tunjukkan konfiden diri. Sayang ea kalau kau tu dah la kurang cantik, dah la gemuk, lagi memburukkan rupa dengan pilihan pakaian yang ASAL ADA kau tu. Lagi la public pandang kau serong.

 ini nota serius babe! manusia suka tengok pada benda benda cantik. itu pasti.






Thursday, March 24, 2011

Sejauh Mana Kau Touch Up Muka Kau

Holla,

kurakura dah kembali dari kawin.. yeay, lepas ni boleh main sakat sakat balik..

terima kasih kurakura. aku ingat kau dah pencen. Rupanya kau kembali dengan ayat ayat yang menyentap jiwa aku.. cik Sukeeee....

ok, tutup kisah mengembangkan hidung orang tu. huh

----------------------

kau pilih berapa di kategori perempuan mana;

a) perempuan pantang keluar rumah tanpa mekap 3 inci
b) perempuan keluar rumah dengan mekap nipis. janji nampak seri
c) perempuan keluar rumah dengan secalit lipstik
d) perempuan tak pakai mekap langsung (ura ura natural beauty) tapi nan ado
e) perempuan tak pakai mekap langsung tapi memang dia natural beauty (tak tipu)

hah, pilih kategori kau..

Cik kategori B. Memang cik keluar pi keje siap pakai foundation, bedak, eyebrow, eyeliner, blusher dan lipstik. kadang kadang tu lip balm saje. Kalau keluar berjimba, cik pastikan mekap sedikit tebal dari biasa. Dan gatai tangan taruk mascara. Kalau keluar beli barang dapur, cik suka tak pakai mekap walau secalit. pastu cik pakai spec. Lebih santai dan nak cepat sebenarnya.

Sejarah cik berkecimpung dengan mekap ni. Along cik la. Dia memang kaki mekap. Bak kata poksu cik.
'ko long, bab melawa, mekap, bergambar..serah la kat ko.. masak? nan ado!'
hahaha..

Mengikut pengalaman cik. Start kat matrik lagi cik main mekap mekap nie. Kau bayangkan belajar guna eye liner liquid. ketaq tangan nak lukis atas mata. Berlagak takmo blaja guna Eyeliner pensil konon kaler tak terang. Comot pun comot la. Sampai kawan kawan tegur, cik wat dunno je. Lantak la, janji aku pueh hati. Sebab bagi cik. Nak pandai mekap kena start experimen muka sendiri. Mekap kalau orang ajar grooming camane pun. kalau kau tak praktis tak jadi apa wokeh. Nak nak lagi mekap 2 3 kali je setahun. Tang bila nak pandai kann.. pastu bising tak reti mekap. Dah memang kau tak praktis kat muka kau.

Pastu blusher pun sama. Dulu pakai macam pipi kena lempang. merah menyala. Tapi sekarang tidak lagi. Pipi kelihatan bak pauh dilayang. peach berseri je pipi cik. hahaha..hah, muntah!

Eyeshadow tak pakai sebab mata cik kategori sepet. dan kalau pakai confirm comot sebab mata suka sangat berair. kau bayangkan, time mengantuk dia berair. time gelak pun nak berair. Time nangis jangan cakap la. Lagi la berduyun duyun airmata kann..

Lipstik, Cik stick to kaler kaler natural. Nampak macam tak pakai tapi pakai. Cik suke cap ZA. tapi sekarang macam dah takde kaler tu. Pastu lipbalm cik suke sangat SKIN FOOD.. kaler kat bibir ikut kaler darah. kalau time sejuk kaler pink. time panas kaler oren.. Ouch, seksi u..

hehe, jadi perempuan perempuan di luar sana. Belajar belajar la grooming muka sendiri kalau rasakan diri tu bukan la natural beauty sangat. takmo la keluar muka selekeh kann. Tak IN la nama perempuan melayu..

Ok bye!



Tuesday, March 15, 2011

EPO the best way for maintain kitaran period

Dulu dulu, masa berat cik bertambah dengan jayanya. Masa ni jangan harap la berat akan turun atau berat statik satu angka. Dia akan naik naik dan sampai paling tak tercapai akalku 103kg. Time ni period cik sangat tak teratur. Ikut dan dia nak datang ke tak nak. Pastu sign datang tu takde langsung. tup tup je kuar darah.

The worst part is period pain dia sangat la hardcore. Cik guling guling pun tak jadi apa.  Tetap sakit. Letak tunku  pun tak berkesan jugak. Jangan kau mimpi makan pain killer ke hapa. tahan je kat situ. Fuh, lepas period pain menyakitkan tu mesti keluar segumpal darah. Daging actually kan? Gilak experience kaum  wanita ni kann.

Tipu la kalau cik tak risau period dok main main je dengan tubuh kann.. Lepas cik lose weight sikit sekarang nie. Period jadi teratur. tiap bulan mesti datang dan the best part is cik tak rasa period pain dah sekarang. U know why? sebab cik telan EPO. Memang terasa sangat beza dia sebelum  dan selepas amek EPO.

Satu, period datang boleh dijangka. Ada tanda tanda dia bagi dulu. contoh sakit belakang dan sengal badan. Kedua, hari pertama dan kedua period cik tak rasa pain langsung. Boleh gi joging dan buat aktiviti yang cik suka. ketiga, flow period sangat smooth. Takde ketul ketul yang keluar. hak ketul ketul ni la buat sakit perut kan.. period pain tu la.. kalau darah kuar elok je takde la rasa sakit. Rasa seperti hari hari biasa cuma pakai pad je.

Side lain yang cik rasa. kulit lembut sepanjang masa. Takde masalah tangan kering ke kasar ke. kulit muka pun stay moisture dan berseri. Percaya? tak caya? terpulang... so far cik maintain makan sebab jangka masa panjang sesuai tuk awet muda. :) (klu kurus mesti lagi nampak muda kann..haih kurus kurus kurus)

Jadi, kepada sesiapa yang masalah hormon ke, kulit menggerutu ke.. cuba EPO.. tapi makesure konsisten la.. apa benda yang kita buat pun kena sabar. kalau hari ni makan nak dapat kesan esok memang tak dapat la.


Ok bye





Monday, February 28, 2011

Tertelan sejibik Candy

cik sakit tekak. perit pedih.. argh, tak selesa gile...Amek fisherman's frend hisap sebijik.

Tengah tengah tekan kakulator boleh lak tertelan. Tercekik woo..

Ok, tutup cite.

Berapa ramai kalangan kite yang kalau mengantuk amek gula gula masuk mulut. Dengan harapan boleh hilangkan ngantuk plus boleh konsentrate keje. Itu takpe lagi.

Apakah pilihan gula gula anda. Adakah,
a) Fruitale perisa gula gula boleh kunyah macam chewing gum.
b) Gula gula hacks berangin dalam mulut
c) Gula gula sugar free, berangin dan tahan lama dalam mulut

Korang tau tak, tiap tiap hari korang hisap gula gula semasa keje 5 hari seminggu, dalam sepanjang tahun boleh menaikkan berat badan. sekurang kurangnya 5kg semata mata makan gulagula. Gula gula kan manis. tu belum campur makanan berlemak dalam perut korang tu lagi.

Jadi, macam mana nak elakkan gulagula manis ni menjadi kegemaran korang diwaktu bosan atau mengantuk time ofis.
1. pilih lah choice yang lebih baik. Soalan ABC kat atas tu.jawapan C adalah lebih baik. Mint boleh menyegarkan mata. tak payah gigit, biar je dia cair dalam mulut dan tahan lama tau. dan penting sugar free. yea tau. takdelah free gula mana pun. but better than gulagula manis gila kann..

2. or else, takmo gulagula. carik chewing gum yang sugar free jugak. long lasting dalam mulut. boleh hilangkan mengantuk. boleh konsentrate keje. dan boleh exercise mulut. Tapi makesure yang korang bukan jenis keje depan kaunter. Tak ke kurang sopan keje mengadap customer sambil mulut kunyah chewing gum. nak kena lesing?

When it becomes to gulagula, cik akan ambil bila sakit tekak sahaja. agak2 perit atau takleh telan airliur. Pilihan cik Fisherman' Friend Mint Sugar Free kaler hijau. jenama lain tuk gulagula sakit tekak tu sume manis woo.. tak tertelan rasanya. when it become cik mengantuk tahap gaban, cik akan kunyang wrigleys Dentyne Splash. kaler biru extra mint sugar free, packet dia mcm papan panadol tu. flavor longlasting tau. Sesuai tuk cik wat senaman mulut. Pipi tembam harus di shape kan. hahaha.

Ini apa yang cik buat lar. kalau kau nak makan gulagula HACKS yang semut pun sama sama nak hurung tu.. Its all ur decision. Cik tak campur bila kau dapat kencing manis

ok bye


Monday, January 17, 2011

Roti Tak Berkulat

Hasil Google (pinjam jap kak blog)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.
 
~ Masih mau makan ka.. tak takut ka.. Pikir la sendiri baik buruknya. Badan sendiri kann
 
bye

Friday, January 7, 2011

Adegan Yang Tak Sanggup Di Lihat




Kalau lepas kematian suami yang punya harta lebih dari sekangkang kera. Pura pura berlakon gini. Pose baek Punya...

Hoyeh!

~ Mamat Mental masih Bergendang kuat (sakit telinga ar)

Tuesday, December 21, 2010

Sisi Gelap Capricorn... Anggap Je Paham Bahasa Indo


kalau semua pmpuan capricorn berbadan Coneyl Jay ni
maunya bintang lain jeles
:)

Potensi Positif:

praktis, realistis, berhati-hati, rajin, ambisius, cermat, tekun, hemat, bertanggungjawab, dapat diandalkan, mengejar kehormatan (of coz, klu tak maunya lelaki lenyek cik), memiliki standar yang tinggi (satu lagi cik pendengar yang baik)

Potensi Negatif:
gengsi, terobsesi dengan status (ek? cik single.. kamu mahu cik?), terlalu mengontrol (bergantung pada keadaan) atau memperalat orang lain (untuk kebaikan takpe kann) dalam memburu kekuasaan, gila kerja, terlalu serius, kolot, tidak percaya diri, suka depresi (patut ar asik2 pusing ja kepala nie)

Peran favorit kalangan Capricorn:
presiden, eksekutif (nak finance executive..), ayah, orang tua yang bijaksana (tua?)

Dasar harga diri:
karir, tradisi (a.k.a kolot), status, apa yang dapat anda sumbangkan pada dunia (recycle bin :p)
Ingin memperoleh pengakuan melalui:
sikap serius, disiplin, kerja keras, dedikasi, keterampilan dalam suasana formil (nope, cik suka melawak k)


Benar-benar hidup pada saat sedang:
berkuasa, meraih prestasi, membina struktur yang mapan (belum ada yang tercapai)
Mencurahkan semangat dalam:
profesi, kewajiban, tanggung jawab, pertimbangan praktis, mencapai puncak dalam bidang apa saja (termasuk bidang..tettttt)



Hal-hal yang diutamakan:
status, kekuasaan, wewenang, keahlian, struktur (satu lagi... penting diri sendiri dulu)

banyak tak betul ar... hanya cik tahu diri cik...

cik is unexpected person

Friday, December 17, 2010

Perempuan Suke SusahKan Diri Kann

Menjadi kebiasaan adat dok kat KL nie. Orang ramai dan traffic jam. Salute la kalau sape dok sini tapi tak tensi.. alah bisa tegal biasa. apa ada hal takat jam jam nie. kannnn.. Dan, ramai lah alternative penduduk kota yang berkereta mahupun tak mampu berkereta menjadikan public transport sebagai medium tuk smpi ke ofis setiap hari. Kononnya nak elak sesak.

Cik guna Lrt putra ulang alik pi keje. dan tempat2 sepatutnya lepas keje dan weekend. hehe.. canggih gilos sebab takde driver.. ko ada? hahahaha

ni nak cite pasal penumpang2 perempuan dalam lrt;

Bawak beg kiri kanan depan belakang
Ni spesis bawak beg, bahu kiri handbag , belakang beg laptop, bahu kanan beg recycle jusco (bekal mungkin), tangan kanan jitjit beg ofis (macam lawyer, tapi macam je), tangan kiri jitjit sokabar ngn nasik lemak. cik tak kesah kalau tindakan ko tu tak menyusahkan orang. tapi makan ruang banyak wokeh. pastu berdiri tak diam. beg2 ko tu termasuk badan ko tu bergesel kat orang sebelah menyebelah. ko ada otak pikir la. pe kata ko bawak TROLI jj pundat sume brg2 ko tu kat satu tempat. cik sure sume paham situasi ko. Nasib baik la kita ni dikurniakan 2 bahu. kalau tak maunya dia nak sangkut lagi agaknya.

Pakai heel 4 inci
Tau ko nak tunjuk kasut mahal. takpun nak cover kerendahan ko tu. tapi bila ko berdiri huyung hayang tak stabil dalam lrt pe kes. nak tunjuk ko mampu pakai kasut heel halus pun biar la ko selesa. pastu tak pasal2 terpijak kaki orang. sakit siut... jadi nak naik lrt tu pakai la berpada pada. ko naik keta lain cite.

Pakai baju tak tutup lurah
Ha, ni lagi satu kes. perempuan melayu ke cina ke india ke.. please la pakai baju tutup dada sikit. nak nak lagi yang tang tu agak berisi. ko nak tunjuk aset pun biar bertempat. apa ko pakai macam tu nak goda boss ko kat ofis ke?.. pastu dalam tren ko duduk dan depan ko pakcik tak cukup inci pandang pandang dada ko. ko tau pulak marah. sakit hati.. ni perempuan tak berapa nak cun je wat camni. dedahkan aset yg dia rasa menarik. RASA je la :p

Perempuan bila bertemu Geng
Dia kalau sorang sorang nampak baik je. alim alim kucing je. Bila jumpa geng dia.. Ya Allah, mengumpat sikit punya kuat. ko nak bagitau satu tren ea ape gosip terbaru kat ofis ko. slow slow sudah..

Budak Budak perempuan baru nak kenal dunia
Ha, ni kes sama macam kat atas. cuma masalah tuk perempuan belum akil baligh lagi. standard sek men takpun budak kolej. jap, cik nak tanya la. memang trend sekarang ni ea cakap lantang kuat kuat macam nak marah. contoh ayat biasa ' kenapa ko lambat' tapi ayat budak2 ni 'ko apahal lambat dowh.. aku tunggu lama sial..deeeehhhhhhhh'. dengan kuat dan lantangnya.. terkujat cik. ingat budak gaduh ke hape ke.. Rosak budak2 ni ek.

Nak nasihat tak bape pandai sangat tapi sindirik mau ingat la. Sensitif boleh tapi sensitip pada keadaan. Sure orang pun selesa ngan ko. Pasal ko alert kehendak orang lain.

bye


Thursday, November 18, 2010

Cik Suke Gambar Nie. Tepuk tepuk..

Ni macam angkat bakul sendiri lar. ye.. versi mempoyokan diri. sila kutuk ea..

suke lor gambar nie. supe orang lain. walau pun tak cantik mana..

kepada mata mata sepet, pipi tembam, hidung penyek. korang boleh tangkap gambar angle cenggini. InsyaAllah, korang nampak lain. pipi kurus, mata besar dari biasa, dagu kurang lapis. (walaupun tenung lama nampak macam wanita terencat sikit) hmmmmm..

owh, senyum tu buat senyum manja tau. sure korang berjaya buat aksi menggoda. dan sure pakwe2 korang puji melangit. silakan


Aksi muda remaja sweet-15 lah kunun..


~perasang

Friday, October 29, 2010

Geng Ngan Budak Terapi Terbaik Bulan Ini

Kadang kadang rutin hidup kita yang berulang ulang membosankan diri. Ketika keboringan mencelah tu kita ingin lari dari hidup kebiasaan. apakah terapi itu. Masing masing punya cara tersendiri bukan.

Ya, cik dah jumpa apa yang cik perlu carik sepanjang bulan ni. Terapi itu perlukan menyentuh, membelai, dan menghabiskan masa menjaga seorang bayi. Percaya atau tidak? cik baru sedar baru jap tadi. Sentuhan bersama budak budak boleh menyembuhkan penyakit hormon tak betul cik nie.

Bila tgk balik gambar gambar lama, yea... cik perlu balik kampung membelai budak budak...

Meerul, si budak kecik yang gila camera.


Betul kann ckp cik? budak ni serius kejar camera

Alia si mata heroin hindustan


Fahmi dan Fitri si Penyengeh


Main ngan budak lelaki lagi best dari budak perempuan. Budak lelaki cool. Bila cik lempang takkan cengeng. Budak perempuan sikit sikit nak ngadu. So gedix. Yea, Geng ngan budak laki lagi kena ngan jiwa cik.

~Arghhh, cepatlah minggu depan. Cik tak tahan dah nieee

Thursday, September 23, 2010

Tanda Tanda Yang Perut Anda Dah Second-Hand

Tanda tanda yang perut anda dah Second-Hand;

1 - Tak boleh makan pedas seperti selalu

2 - Asyik asyik gastrik, walaupun sebelum ni tak pernah gastrik

3 - Nak kuar angin takleh kontrol walau di khalayak ramai, walaupun sebelum ni jarang kuar angin atas bawah

4 - Senang gile nak muntah, walaupun dulu ko adalah insan paling susah nak kuarkan isi perut.

5 - Makan tak seselera zaman 'nak membesar'

6 - pembuangan yang kadang sembelit kadang cirit

adakah perut semakin mengecil atau bagi maksud seiring usia. Dah tua lah tue.

huhuhu, takmau....