Tuesday, June 28, 2011

Kawan Dan Gemuk

Lagi pasal muka seiras

Mana mana pegi orang tanye, "kembar ke?"


Walaupun ukuran pinggang kami lebih kurang. tapi cik lagi berat dari dia..haish!


Walaupun kami berlainan identiti.. tapi kami suka tersenyum = sama


Perbezaan Wanita Saiz M dengan Saiz XXXL..sesuai la kan nama Cik XXX (bukan cik porno)


pun begitu, KAMI OK KAMI SEPESEN


Ada manusia gemuk yang bila dia gemuk dia malu nak jalan dengan kawan kawan gemuk sekali. Kenapa, sebab takut pandangan orang bila bakal di Buuuu, atau di usik..."sihatnya korang...".. oleh orang ramai. Then si gemuk tadi start cari kawan kawan yang lagi cantik atau kategori kurus dari diorang tuk dijadikan teman berjalan. ~ itu kawan berdasarkan rupa lah tu.

Ada manusia gemuk pulak. Dia pakai tagline "ADA AKU KESAH". lepas tu tak kesah langsung pakai baju macam kawan kawan kurus dia pakai. contoh legging, cardi ketat nak mamps, t shirt terbojol lemak perut. ~ Itu membinasakan diri namanya

Ada manusia gemuk pulak yang couple dengan pasangan dikatakan kurang sepadan. Girlfriend gemuk tak cantik + boyfriend kemain hensem hot market lagi muka = Euwww tak padan..~ Pada cik diorang adalah sweet couple. terima diri masing2 seadanya. Cinta saling melengkapi, bukan saling mencari perfectionis.

Ini nasihat untuk orang gemuk kat luar sana. Plis plis plis BE YOURSELF. Bila kau ikhlas dengan diri sendiri dan kau bijak bawak diri kat luar. kau akan dapat confident diri yang kau sendiri takkan terpikir.
Dan orang kat luar sana takkan melihat kau sebagai orang gemuk tapi melihat kau dengan feeling bangga. sebab personaliti kau sangat awesome. Diorang takkan tengok kau sebagai seketul lemak yang berjalan.

Begitu juga dengan berkawan. Kau jangan carik sebab luaran dia. kau selami dalaman dia. Dan kau akan jumpa beauty seseorang tu walaupun lemak badan diorang terjojol sana sini.

~ pada masa sama jangan lupa kuruskan badan. Tak la kau asyik2 blame diri and orang lain bila diorang cakap yang kau tu GEMUK.


3 comments:

Mimy Hamid said...

tapi aku nampak gambar ni ko taklah gemuk sgt...pipi je tembam

ariana8733 said...

btl tu, nmpak gak cutting bdn..& yg paling pnting cik cute sgt2..suke tgk, ase cam nak cubit2 je pipi tu..

La dOLcE mEa_nAtt said...

aah stuju ngan kak mimy...ce tgk kaki cik xxx ok pe...peha pun x besor...i olls lagi gumuk..