Banyak benda nak cite sampai taktau nak cite apa..
Banyak pengalaman ni since cik ubah angin..
nanti la cik karang dulu atas kertas.. baru sedap kita kita bergosip.
hehehe
~chow nak pi open house... fuhhhh banyak tul undangan..
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts
Thursday, July 28, 2011
DAIFUKU
Korang ni tak suke habis baca kannn.. banyak lak komen pasal daifuku ni. korang scroll sampai bawah tak ha...?
Lepas tu Kan cik suruh google.. korang malas ek.. haish
Nah resepi DAIFUKU..
tepung pulut
any chocolate sebagai inti
tepung ubi (potato starch)
cara sediakan;
Uli tepung pulut. letak garam sikit n air. Jangan keras sangat. nanti liat yang amat.
buat bulat bulat macam buah melaka/tepung gomak. pastu letak inti kat tengah (makesure chocolate tu keras. lembik payah lak ko nak gentel)
kasi bentuk leper sikit.
Dah siap ko masuk kat air yang tengah mendidih. Dah masak dia akan timbul naik ke permukaan periuk.
Kau angkat letak jarak jarak dalam pinggan. kasi dia sejuk sikit. Jangan letak rapat. naik dia jadi kembar siam. melekat.
Pastu potato starch kau goreng sikit atas kuali tanpa minyak. Orang kata sangai ke sagai tah.
then kau golek golek kan daifuku tu dengan tepung. tujuan tak bagi melekat je. Kau jangan dok setempek tebal pulak.
Nak cantik lagi kau hias la apa yang patut.
Inti ikut citarasa. Nak letak butter pun boleh. Jadi DAIFUKU versi rotiboy.. oh, macam sedap la pulok. leh try nanti. Tapi coklat sedap lar.. melting,
~jangan masuk peti ais. nasi keras keletung. Liat yang amat. Gigi kau pun boleh patah tahu
Ok, good try kepada sesiapa rajin
bye

karipap Dah Mai
Holla...
Say hi to KARIPAP..
Pagi ni bawak segerombolan kawan baik.. karipap...
1st komen yang cik dapat... "PEDAS"..
Aah, memang.. sangat bermasalah dalam masakan sebab 'tak reti tak masak pedas'.. thats the problem i face off..
So later on, kena carik suami yang makan pedas ah.. kalau tak, dia akan cirit birit once makan masakan cik..
Cane korang makan benda tak pedas weh?. heaven ke dunia ni tanpa cili.. cik wajib ada cili. Lagi pedas lagi Heaven. Pedas yang mencapai kriteria cik adalah pedas sampai berpeluh peluh.. Fuhfuh, semangat cili membara..
Bye
~ko jangan buat ayat "abu ______ ibunya di dapur"..
" abu mengaripap ibunya di dapur"
satgi cik lesing karang.. Kumpulan Balas ah ni. Dah karipap jadi bahan lucah.. cis!
Wednesday, July 27, 2011
BeautifulNara
Bercakap tentang DAIFUKU, ada resepi cik link kan kat entry tajuk DAIFUKU CHOCOLATE. so sape nak buat tu boleh lah klik klik klik. takmo malas malas ar. Nanti punggung makin besar. Cik pun try and error jugak. Kau improvise je apa yang ada. jadi je..
Eh, Tadi boring yang amat tau. Cik terklik beautifulnara..TER yea. Jangan salah paham. Apa kelas baca gosip artis ni. Bagi virus kat otak ngan kumpul dosa kering. Ada je nak berkata kata dalam hati. Si Jimmy Shanley tu. Hah, kan dah cakap awal awal haritu.. pe kes kau nak bukak hal rumah tangga bagi satu Malaysia tahu. kan dah kena batang hidung sendiri.Rasakan bini kau pulak buat press conference.. KAU MALU tak?!
Ouw, wedding noh hujan sangat awesome. Pengantin yang tak posing-buat-buat dihari bahagia mereka. Begitu jugak dengan Farah breep breep. Pun nice jugak. Sape lagi sorang tu. Nurul Syuhada Nurul Ain.. wah wah wah, sepadan ngan suami dia tu.
Tapi yang tak boleh blah seMemey Suhaiza dengan Norman Hakim... Loh, baru nak announce nikah ke? bukan dah KAWIN ke diorang. Eh?! pasangan basi. mueheheh!
Tapi Tapi Tapi,,,, sape Zarina Anjoulie Lavocah tu. Dia artis ke wei.??? Muka tak komersial pun.
Macam manusia bese jumpa dalam tren je wei. Kenapa sampai announce tunang pun bagitau kat BeautifulNara..Aish! tak kenal la artis sekarang.
Kalau kau tension hidup kat ofis tu. Rasa dah lama tak korek cite artis Malaysia. Rasa nak gelak gelak dengan life artis. Kau baca la gosip artis. Ke tak payah tips ni kerana kau baca hari hari untuk menjaga tepi kain artis. Opps! terasa sudah!
muehehe!
Daifuku Kuasa Dua
Semalam kali kedua percubaan membuat kuih Jepun..
bahan bahan
Tepung pulut yang tiada dijual di Jusco.. Di import dari Siam
Inti Paling heaven.. lalalala
Hasilnya.... gilak sedap
Segerombolan Daifuku
Di Salut dengan kuaci (flavour hosmet)
Ini ini sangat heaven.. Bila benda ni berada dalam mulut serasa berada di negeri Jepun sebelum Tsunami..
Mueheheh!
~ ok, petang ni nak buat karipap pulak..
Tuesday, July 26, 2011
Daifuku Chocolate
Ada kawan kawan yang dedahkan cik dengan makanan jepun. Antaranya sushi.. Dalam banyak banyak sushi. Cik suke makan kacang peas tu je. Peas yang still dalam sarung dia tu. Makan cicah wasabi+kicap.. perghhh sedap sey.
Lepas tu cik memang gila gila green tea. Dan green tea restoren jepun haruslah kaler hijau. Baru bersemangat nak minum kannn.. Tapi haritu cik beli green tea cap LIPTON. Kaler dia macam kaler kencing kucing.. Siut tak selera nak teguk pun.. At last cik beli balik green tea kat COSWAY.. dulu dan kini sama je cap yang cik minum.
Lagi kegemaran cik dari kedai jepun ni, cik sukeee sangat MACHA aiskrim. Dah kalau air green tea pun cik suke. Inikan pulak aiskrim.. lagi kebabom flavourate la kannn. Dalam aiskrim tu dia letak pes kacang merah. Tapi tak IN sangat. sebab keras keletung pastu manis yang amat lak tu.. Tapi tapi tapi.. atas aiskrim tu dia letak DAIFUKU... oh mak ai.. heaven nye.
DAIFUKU ni kuih jepun. nama omputih dia RICE CAKE.. kalau kat Malaysia ni dia supe tule macam buah melaka/onde onde.. takpun macam tepung gomak.. berasaskan tepung pulut. Inti dalam dia letak kacang merah. Kalau taruk peti ais lagi sedap. Cik suke kuih kenyal kenyal nih..hikhik.. kenyal kenyal lain pun suke jugek. muehehehe!
Masa gila daifuku ni, cik selalu beli kat 7-E.. cap SWEETIE.. cik suke yang inti coklat dia..
Ada 6 bijik dalam dia. Ini gambar cik google. 4 bijik tak tau dia jual bape. tapi yang 6 bijik harga dia RM4.80.
Dan memandangkan cik gila gila dengan kuih kenyal ni. Cik berhajat untuk buat sendiri berdasarkan resepi google. So jumpa resepi nie daifuku-mochi . Dan memandangkan suke coklat. Jadi cik beli coklate hershiys dark choc sebagai inti dia. biar rasa pahit pahit sikit. Dan lupa nak beli tepung ubi. So cik improvise dengan gula icing.. konon nak cover rasa pahit coklat and tawar tepung..
Maka terhasillah....
Gula mencair ini lah jadinya... so kena tukar nama. Dah jadi DAIFUKU SIRA.. sebab ngelenyir sekali gula tu mencair..
Nak tak nak kena gak cari tepung ubi. Baru jadi DAIFUKU jepang.. So esok cik nak try lagi skali..
kalau masuk peti ais lagi heaven. Inti dia dah keras. Rasa dia ala ala kau makan choclairs cadbury..
bley?!
~ Punye susah nak carik tepung pulut. Sampai kat Jusco IOI mall cik terjah. Eh, apesal jusco tak jual tepung pulut ek? pekerja Jusco sila jawab pertanyaan cik nih..
Thursday, July 14, 2011
Updated
Ahh, tak sempat nak update. Kekurangan masa. Malam akan terbang balik kampung... Ada benda nak setel
So... chaw chincau...
Nak ngumpat pun tak sempat tau.. Tengok la minggu depan camne. kalau kepala lekat lagi la gosip tu. huhu..
bye
Wednesday, June 29, 2011
Berkawan Dengan Mat Salleh.. ehem ehem
Apa terlintas di fikiran kau kalau kau kawan dengan mat salleh.
Confirm. Confirm kepala perempuan melayu macam kita ni asyik pikir negative je pasal diorang. Sebab ada antara diorang ni berniat jahat. Nak nak lagi niger,, kannnn. tapi ni kes omputih..
Ada satu ni dok la berYM ngan cik. Dok jauh kat KK Sabah nun. keje engineer tak silap. Kau kena pandai speaking London bridge sikit dengan diorang. Kalau diorang tanya soalan sensitip jangan salahkan diorang sebab culture dia dengan culture kita macam langit dengan bumi.
Niat cik nak improve english. Nak tau sejauh mana bangsa omputeh ni paham apa yang cik cakap. (KONON). Selain itu.. Tiada niat terselindung.
Pasal INTERVIEW punya hal la ni. Bila gugup habis hilang sume consonent, vocal, grammar berterabur. So cik kena fluent kan balik speaking.hehehe
Bila cakap omputeh ngan kawan diorang kata cik mengada. Bila speaking dengan ofismate cina diorang bahan cakap melayu. Bila speaking ngan boss, Mr. Bean kemain lagi kenyit mata dengan cik. So celah mana nye cik nak improve kann.
Untung tau kalau kau jumpa omputih yang baik. Dia boleh sembang apa je kecuali seks. Seronok boleh tau life dia hari hari camne. Boleh tukar tukar pengalaman dengan dia. Yang cik jumpa ni ok (SO FAR LA). akan datang kalau dia buat taik dan nak masuk cite cite pasal seks. Cik say bye bye dulu..
Semua benda yang kita buat kena think bijak..kannnn
so, ada tak sape sape yang ada kawan omputih. bak sini satu.. Cik nak kenai..
hikhik
Tuesday, June 28, 2011
Temuduga Terbuka untuk Jawatan Kerajaan
TAWARAN KERJA
Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu negara dalam membanteras jenayah dan kemasukan anasir luar.
Syarat-syarat:
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-40 tahun
Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Kola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM200
6. Dobi RM60
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan
mengambil ujian khas
Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 30hb july 2011 di Jabatan Pertahanan Awam, Putrajaya.
Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 20 hari dari tarikh surat tawaran jawatan yang berkenaan.

Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
~ ok, ini kelakar.. telek email macam betul padahal whatthehell... hoho
Monday, June 27, 2011
Kalau Kau Terrer(rist) Sekali Pun...
Lelaki baju hitam seluar pendek ni memang serius kelakar.
Main bowling je kot. 2 3 kali strike dah muka berlagak gile macam pemain kebangsaan. Kot iye pun PRO perlu lar jalan muka tala langit. Cik senyum manja dia boleh teleng tempat lain. Ai tak rugi sedekah senyuman. Yang rugi uuuu.
Cik perasan geng dia 2 orang lagi semua bawak bola sendiri. lempar bowling gaya pro. Tapi sayang. Dek kePOYOan muka masing masing hilang dah kehenseman. Daripada admire orang macam ni baik admire orang keje bowling nie. Down to earth je perangai. Confirm diorang lagi terror main.
~ Bowling not so IN dengan cik. kalau geng nak main cik hanya pompom girl.. Not so excited about lempar bola berat berat nih
Monday, June 20, 2011
Interview
Apa la yang kau belek belek blog nie. Takde update pun kau bukak jugak. Kau stalker eaaaaaa..
k takpela, mungkin kau jenis banyak free time.. klik lar klik lar.. Cik redhooo :D
Pagi tadi payah betul bangun gi keje. Badan sakit, peha sakit, tapak kaki nak pijak macam kena paku.. Gilak!, Letih woh.. semalam buat keje amal..
So, tengahari baru cik masuk keje. AL tak banyak lagi mau cuti kann.. Lepas ni perabiskan MC pulak la nampaknya.
Rabu ni ada lagi satu interview. Harapnya cik tak blur nak cakap omputih. padahal boleh je cakap fluent (KONON) tapi memandangkan gugup tiba tiba blank tak reti nak cakap pape. Isk, sekali bantai cakap melayu. Pernah sekali tu cik cakap melayu ngan big boss cik. Ternganga nganga mr.bean tu. Ouh lupa kau omputih. Ingatkan melayu berambut Richard Gere. hahaha
Tak harap tinggi pun dengan interview kali ni. kalau ada rezeki ada la. Kalau takde, kau cakap la sebest mana pun masa interview tapi kalau bukan rezeki kau memang kau tak dapat jugak. Cumanya, cik akan being natural. Tak perlu hipokrit masa interview. Kalau tau cakap tau. Kalau tak tau cakap je taktau tapi counter back balik dengan ayat ayat sedap. Gitu la,
Bz kepala otak sekarang nie. mana nak pikir masa depan, berat badan, semput, keje (nan Ado), famili, bakal boyfriend (dalam MIMPI) ..isk, esok esok kalau tambah pasal suami, mak mertua.. haih, cukup ke space Kepala otak ni nak pikir semua tu.
Kau yang dah kawen tu camne la kau hadapi ek. Jangan gila meroyan dah la.. Jangan stress bunuh diri dah la.. eceh ceh ceh.. salut ar jadi Perempuan... APA PUN BOLEH BUAT>...
Friday, June 17, 2011
Iklan LIVE dingin pagi
so sweet bila pemandangan pi keje macam nie hari hari.. Cik sukee..
Advertising yang unik and idea fresh. Camni la nak tarik orang pandang and snap snap. hehehe
~ Lokasi LRT PASAR SENI
Jam 840 am
berapa la gaji diorang nie.. dengan menjadi bahan tontonan
Friday, June 10, 2011
Aiskrim Sedap
Ini ini ini.... bukan cerita rekaan..
Tekak cik kata aiskrim ni sedap..
ko cedok cedok jumpa buah.. walaupun cocktail sahaja bukan fresh fruit tapi ia tetap sedap..
Gara gara terpengaruh dengan iklan la nih..
tapi takpe sedap... Bukan macam tutti Frutti tu.. tak SEDAP LANGSUNG... hihi , marah tak habis lagi nie..
:P
ini dia aiskrim nye..
Makan dengan perasaaan.... eleh salad jugak.. salad = makanan sihat. :P muehehehe
~ Dieters jangan band cik.. hikhik

Tuesday, May 31, 2011
Pageview By country
Apa ke pelik stats nie. Siapa pulak yang view cik dari US, Iran, Jordan, Germany, Denmark, France..? Diorang paham ke bahasa melayu weh!
Kalau Brunei tu yes cik percaya. Sebab aritu ada insan komen blog cik. Well kalau akak ni tengah view. Hai kak (akak ker? ntah ntah lagi muda dari cik).. cik xxx bersiaran.. hehehe
Kalau dari Singapore ke Indon ke itu biasa. Sebab kitakan serumpun. Still boleh paham lagi kann..
Pada siapa siapa baca blog cik ni. Terima kasih. bacalah, tontonlah dunia cik, terokai lah otak gilak cik. Yang baik ikut. Tapi yang buruk tu letak tepi siap siap k.
Enjoy life beybeh!
Monday, May 30, 2011
Di Penuhi steamboat, makan dulu baru stimm..hahaha
Minggu lepas pecah rekod. 2 kali layan steamboat. Ini topik makan tapi to those yang tengah struggle diet tu jangan berani berani kutuk cik.. tonyoh cili mau..! hahaha (sedapkan hati sendiri). Sebab bila bab steamboat, takde nya kau makan tertahan tahan.. sekali makan macam hantu raya. sebab buffet kannnn..
First layan masa hari isnin. time lunch dengan kawan ofis cik,
bukti,
Orang jakun guna chopstik..gini la jadinya..
Macam makan tuk 4 orang.. tapi hakikatnya 2 orang je. lagi 2 adalah hantu raya
Tengok la kepala udang yang telah dipenggal.. menimbun macam makan nasi..gilak la..
Aksi terbaik dr. Rozmey, sila lah beli jusmate5. muehehehe
Secondly, ahad..semalam.. layan lagi steamboat.
Bukti,
sampai sampai terus tuju kat aiskrim.. Ini mangkuk pertama..
tak cukup, ini mangkuk kedua..,
Mangkuk ketiga tak sempat snap..
tapi macam sial makan tak ingat dunia.. Semalam membela hantu makcik karipap.. MUNGKIN!...tak layan menatang steam2 or grill sangat. layan aiskrim je 3 kali ulang. yang lain tolak tepi..
Dan terimalah wanita yang semakin membulat model aiskrim anda...
Ini bukan aksi tutti frutti.. Ini model anti-tuttti fruiti.. jangan kau sebut sebut depan cik cap eskrim tak sedap tu. baik cik makan yang ni. lagi heaven..
~ Ubat Semput.. hehehehe
Toilet Comel
Kau pernah berpengalaman carik toilet dalam shopping Mall kann..
Ikut sign anak panah, sure jumpa punya
tapi kat sini..
sign toilet dia agak comel sikit..
sebab tangan Maskot Toilet ni sendiri yang tunjuk arah..
Sooo sweet..
Tuesday, May 10, 2011
Monday, May 9, 2011
Rupa Terbaru Cik
Kau mesti rindu nak tengok rupa latest cik kann. Jarang dah nak tayang muka kat sini.. well, hot market gitu la.. kena limitkan gambar gambar tayang muka nie. nanti tak exclusive pulek. hahaha...
nah, tengok puas puas
hikhik,
nah, tengok puas puas
hikhik,
Tuesday, April 5, 2011
Serasa Diri Ini Semakin Tua
Lama tak luah perasaan..
Sejak dua menjak ni menyampah tengok berita. merosakkan Malaysia je dengan taktik kotor menjatuhkan pihak lawan dengan DVD seks. Tiap kali nak mengundi itu je la taktik menyelowkan pihak lawan. Menang kerusi parlimen dengan otak suci boleh tak. kalau betul pun aksi seks tu. plis la tak payah publish sangat cite macam tu. kotor lor. Menampakkan lagi yang orang kita ni bangang dan duduk dibawah tempurung. Gerunnya tengok orang otak tak berkembang camni. haih.. tak berpihak kat mana mana parti.
Sori lama tak menyelam blog blog geng. nak bukak kemain payah sekarang ni. nanti akan cik carik masa sehari suntuk tengok perkembangan korang ek. Geng geng diet mesti dah kurus macam liyana jasmay kann.. hmmm,
Emosi agak stabil sekarang nie. walau pun berstatus solo dan masih kekosongan. Cik chill hidup solo. Bak kata mimy, 'enjoy ur single life'. yeah i am.. tak mati pun takde pakwe. tapi mati kalau takde family. itu cik akui siang siang. ada sini nak bagi candidates kat cik. email cik k.. :) akan cik shortlistedkan segera .hehehe (kurakura, kau tak kesian ke kat aku weh. pass ar sorang :P)
Kerja kat ofis mental berlambak seperti selalu. mana pernah habis. Sebab tu cik on blog tapi tak buat pape pun. Minggu lepas buat farewell tuk staff lelaki kat sini. Dia dapat keje baru lagi terjamin. bagus lah tu. itu tandanya dia normal. lelaki normal akan cepat blah dari sini. Hanya lelaki lelaki tak normal je bertahan kat ofis ni. Maka tersimpanlah mental mental tak berapa nak normal bekerja. Sebab keje cik ni sesuai tuk kaum wanita. duduk dan buat keje masing masing. lagi sesuai kalau kau dah kawin. duk buat keje boleh pikir hal rumahtangga lagi.. cayo lah cakap den.
Serasa diri ini semakin tua. camne nak awet muda ek? ada tips tak tuk cik.. huhu

Thursday, March 31, 2011
Jangan Kau Panik Dalam Air k.. Dalam Hidup Pun Jangan
Kau jenis mudah panik? bahasa kasar nya gabra. Dan dan la pikir semua benda negatif bila satu bala menimpa kat kepala kau. pastu asyik asyik la blame orang tu orang ni, blame keadaan, blame masyarakat, blame Allah.. na-a..yang tu jangan k.. kau tu yang patut kena blame. yang kau panik apesal.
Setiap benda yang terjadi pasti ada penyelesaian. Takkan kau dok melangut fikirkan kenapa masalah tu terjadi. ce pikir macam mana nak setelkan. bukan kenapa?~ tapi bagaiman?~
Ok, topik lain nya.. cik banyak kali nak belajar berenang. tak lepas lepas. takat terapung tu boleh pulak. Bila nak kuak je terus rasa panik..adoi, kenapa harus PANIK PANIK PANIK

swimming pool kanak2..hikhik
At last, dok berkubang je.. hmm, berkira kira nak amek kelas nih.. Any suggestion?
Subscribe to:
Posts (Atom)