Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts
Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Tak Sangka

pst pst... rintihan cik didengar.. tapi....

MErujuk kepada entry pada July, 11 2011 bertajuk UTAMA..

Rupanya komplen ini sampai ke pihak Utama Ekspres. Dan ini komen dia,


Assalamualaikum.

Cikxxx, saya telahpun membaca komen saudari.

1. Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf di atas kelewatan bas pada 8hb Julai 2011 gara-gara roadblock perhimpunan BERSIH.

2. Jika pemandu kami merokok semasa memandu bas, cikxxx boleh terus menghubungi pihak pengurusan kami di talian 019-9527252 untuk memaklumkan tentang perkara ini.

3. Tentang kelewatan tiba ke destinasi, cikxxx tolong beri penjelasan dengan lebih sempurna kerana pihak kami tak berapa faham dengan ayat cikxxx ini.

4. Jika ada syarikat lain yang masuk ke Pekan, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak kami juga ingin mencari rezeki yang halal kerana Utama Ekspres adalah pegangan 100% milik bumiputera Melayu.

Sekian, wassalam.

Ouh! sangat hargai rintihan ini didengar, pun cik tak komplen direct kepada mereka. Maknanya mereka search kat tenet if ada komplen dari penumpang. Good!

The problem is, cik tak guna bas ekspress dah. walau pun begitu. silalah proceed buat tindakan kepada driver merokok. Tak perlu nak tunggu komplen rasmi dari penumpang. Silalah cek pemandu anda dari masa ke semasa.

Pujian harus diberi pada mereka, Ada usaha melayan kerenah penumpang. 'Customer Alaways Right' masih digunapakai. Dan Terima kasih menyediakan perkhidmatan yang selesa terutama VIP seat kepada penumpang. Clap Clap tuk Utama Ekspres





Monday, July 11, 2011

Utama


Ini adalah bas yang cik naik tiap kali balik Pekan. Nak tak nak. Cik akan naik bas ni..TIADA PILIHAN. Sebab bas ini sahaja yang terus ke Pekan. Bas lain semua drop kat Kuantan je.

Wahai Utama Ekspress. Dengarlah rintihan hati seorang penumpangmu ini;

1- Malam 8hb Julai, Sepatutnya kau sampai kul 9 malam tapi dek kerana Roadblock sana sini di Malam BERSIH, kau muncul lagi 15 minit jam 12. Kau tahu tak berulatnya penumpang mu ini menunggu di puduraya. Alih alih bila kau sampai. Tiada ucapan maaf pun terucap di bibir driver mu.

2- Driver takde perasaan merokok di dalam bas yang berAircond. Kau kenapa driver weh. Kau tau tak asap rokok itu terlalu biadap berarak ke belakang. Kasi penumpang menghirup sekali. Kau sungguh tak berperikemanusian. Nextime kat kaunter time beli tiket. Cik akan request seat belakang sebab ur driver is so cruel smoking in the bus.

3. Kalau naik bas pagi. naik dari Pekan jam 10 sampai KL jam 4. Apa ke Lembs kau ni. Naik kereta pun tak sampai 4 jam. Kenapa kau perlu mengambil masa sehingga 6 jam nak sampai ke Pekeliling. Kau jawab?..ouh, cik tau jawapannya. Sebab kau lembs bawak bas, bercintan cintun dengan kekasih gelap sambil memandu kenderaan berat. So tak IN bercinta dengan pemandu bas utama ekspres.

~ Plis syarikat bas lain. Sila lah adakan bas anda ke Pekan. Supaya Utama ekspress ini ada competitive and secara tak langsung memperbaiki cara melayan penumpang. Im begging u Transnasional, plusliner, maraliner, Sani Ekspres, Konsortium...bla bla bla...

bila nak ada driver sendiri nih! hai la

Thursday, July 7, 2011

Gangguan Bunyi

Gangguan bunyi ini bermaksud bunyi yang kau dengar berulang kali sehingga tension.

1 - Ringtone ofismate cina yang dari cik masuk keje 3 tahun lepas sampai sekarang tak tukar tukar..
Lagu dia camni " I FEEL NUMB.....lalalala it Felt nothing. lalalalal ". ok bosan. Kenapa la kau tak Silent. tak pun kasi volume dia slow sikit kalau tau ramai nak kol kau time ofis hour..
Lagu ni ada dalam henfon sony ericson je. Huh, Band henfon cap ni. Sampaikan roomate cik pakai lagu ni cik cantas siap siap suh tukar ringtone lain. DONE (taknak nightmare office even dok rumah)

2 - Hon kereta kat parking rumah flat. Eh hello, kalau setiap malam alarm kereta kau tu berdering itu tandanya kereta alarm kau dah rosak. Tak reti reti pi hantar repair. Ouw, kau rela la orang flat sumpah seranah kau dari kau paham paham sendiri yang kau tu telah membuat pencemaran bunyi. Adeh!

3 - Panggil nama anak sampai Keliling flat boleh dengar. Ada budak ni nama Haikal. Duduk umah bawah sekali. Selalu dengar penjaga dia asyik terjerit nama dia. Cik assume budak ni tak makan saman. Nakal punya spesis nie. Ada satu hari tu, Budak ni main hon dalam kereta. Berulang ulang kali. Lepas tu atuk dia kejap kejap jerit "Haikal Haikal... Dah la tu".. jap jap kang dengar balik bunyi hon. pastu atuk dia jerit lagi. Ada la sampai sejam. Eh, atuk.. dah tau budak tu tak makan saman. Kau pi la ambik budak tu bawak masuk rumah then kunci kereta. Settle masalah. Dari kau terjerit sama naik dengan buyi hon tu. Baik kau jimat anak tekak panggil nama dia.

4 - Ini cannot help.. Bunyi kucing sedang mengawan.. Ah gilak. kang cik buat aduan kat DBKL bahagian musnahkan binatang kang... mengganggu tidur malam ku tahu...

Tuesday, June 28, 2011

Serabut Dengan Artis dan Wartawan Malaysia


Wartawan hiburan takde kerja ke apa. Dok laga lagakan artis. Lagi dikorek cerita lagi macam bangang pulak storyline dia.

Contoh paling bengong, Fasha Sendat. Adoi, sibuk cipta kontroversi nak maintainkan populariti diri. Blame sana blame sini. Buat kerja sendiri sudah lah. siapkan drama tu then blah carik hero lain.

Rugi duit beli paper tahu bila cik perlukan cerita informasi mencabar minda tapi wartawan dok serabut cite pasal artis artis bangang kat Malaysia nie. Space paper habis cite pasal dia je. Patut lebihkan cerita isu isu semasa.. Harga barang naik, pemimpin makan rasuah or else cerita orang kutip derma ke.

Patut lepas nie, wartawan hiburan bersara je la.. Masuk kelas balik belajar HOW TO IMPROVE URSELF BEING MATURE

Hadoi,

Thursday, June 16, 2011

Dapat Berita Kecewa

isk, sedih pulak hati ni

Rasa tergugat pun ada jugak

cik yang yoyo o carik keje lain

Orang lain yang nak blah dulu (ok, ini konsep rezeki masing masing)

Ini tak boleh jadi.. harus tingkatkan pencarian kerja

~ tengah kecewa gini nape perut lapar... nafsu nafsu... tapi kalau dapat aiskrim sedap nie lepas geram.. eh jangan jangan... kepala sila ikut arahan.. jangan ikut nafsu nafsu last last sendiri gak kecewa..

Doakan cik kuat menempuh kesedihan ini..

Wednesday, June 15, 2011

Au Aw Lesbian


Rumah bawah cik (tingkat 3) ada bela kucing comel. Tiap kali balik keje mesti terserempak dia. Tuan punya kucing cakap jumpa dia ni kat surau.. So nama dia Au Aw.

Cik tak suka sangat kucing, main main tengok boleh la.. Bela, bagi makan, mandikan dia.. Isk, komitment lor. payah kalau yang jenis berjalan macam cik. Lagipun semput tak mengizinkan bulu bulu kucing share hidup kat rumah.

Dia ni rajin naik atas. Apalagi kitorang bagi masuk rumah la..

Au Aw

Dia ni gatai ngn cik. Tapi betina.. Kucing lesbian kowt...Siap nak tarik rantai cik tau. Calar woo leher.. G.A.T.A.I!!!

Tapi dah tak comel sangat sekarang. hilang perut boroi. Isk, kering kering ni tak comel lor. Same goes to  lelaki. Eh? hahahaha. Au Aw, kau tak makan ker?


tak sempat sarung baju. 
terpaksa censored kang satgi ada lak yg sangap.. 
gambar blur konon unik la tu.

Gara gara leher calar balar, its payback time. Kau kena bergambar ngan aku.. tak dok diam hek. Hah, kasi cekik sikit leher dia. Woh, ! geram aku..

Cik kalau geram lain matam sikit pangai.. So yang comel comel out there. Kau jangan tayang muka kat cik. kang satgi cik jadi fans saiko kau.. mueheheheh!

Ada berani!

Friday, June 10, 2011

'Kau Bila Lagi?'

Ini Sedutan Dari FB

klik tembam tuk baca lebih clear

Apa tidak kena dengan perbualan ini,

1. Budak kecik dari baby ada akaun FB.. tak nampak tu profile picture.. Hebat!!!

2. Mak mak moden tayang anak kat FB.. and add status " My son dah pandai mengagah... ouch!" " My Daughter dah pandai baca buku" "My sweet baby pandai makan bubur"...etc ~ what do you think about that?

3. Nak bagitau yang I am happily-ever-after after married (before married im not, maybe?)

4. Soalan ' Kau bila lagi?'..sangat tak relevan.. Kalau orang tu dah sampai jodoh kawen la dia...

5. Kalau Malaysia ni beradat 'Perempuan MEMINANG Lelaki' rasanya takde la kot andartu terlajak kawen lambat kann.. Masalahnya perempuan tunggu lelaki masuk minang. Adakah soalan ini sesuai dituju kat perempuan? fikir fikirkan...

~ Kesian kat kawan aku ni. di gasak soalan paling bodoh.. Weh korang korang a.k.a member.. kan dah tau yang dia tak jadi bertunang aritu!! pegi tanye 'kau bila lagi?' apesal.. takde sensitiviti langsung. cet!

Tuesday, June 7, 2011

Mintak Gambar


Ini ini ini sangat bodo..

Kawan cik mintak pendapat, pasal apa lelaki kalau kita dah bagi gambar lepas lepas tu dia mintak lagi. kalau tak bagi dia merajuk..

Dan cik jawab. Si dia mintak atas alasan  'FOR SEX'...

kau setuju? cik setuju... ini mungkin bertujuan untuk masturbasi sorang sorang.
Yea yea fikiran cik jauh ke situ. tapi ini serius babe. pasal apa dia mintak gambar suruh pakai seksi seksi.. dan di malam hari..BOOOOOOOOOOOdo.
Jumpa pun tidak. juz kenal dalam fon. Ini bukan hubungan istimewa pada cik. Ini hubungan untuk kesangapan di malam hari.

kenapa harus kau mintak gambar lagi sedangkan kau bukan nak jumpa perempuan tu pun..

Dah dah,, jangan layan lelaki macam ni.. Ramai lagi kat luar sana yang betul betul nak kenal kau babe!




Friday, May 27, 2011

Nak Wat Tele Marketing pun Hagak Hagak la K.. watch out to those marketing site


FuFuFFFFuuhhhh,

Hati tengah panas nih..  ( Entry dikarang sambil dengar lagu Ne-Yo One In A million..ok tenang sikit)

Meh cik cite rentetan kisah ini..

2 minggu lepas satu bank ni ada kol promote pasal product/service terbaru dia. Memandangkan cik ada guna khidmat perbankan dia. So dia pung pang cerita apa penting nya ambil yang baru ni. Yang tukang promote ni perempuan. Masa tu cik dengar dengan tidak sebab keje berlambak. Malas nak pasang telinga memandangkan itu hanya promotion je kan. Dah kau pun kol tak kira masa. Tah customer kau tengah berak ke, meeting  ke, apa ke. Ada kau kesah semua tu. Marketing Department bank ni kata TAK KESAH! huhhh

Pastu cik kata "can u call back?" bermaksud jangan ganggu saya. saya tak berminat..then cik off. Ehh, dia tak paham rupanya. Dia kol balik "bila u nak i call balik. is it this afternoon or tomorrow... "cik cakap esok esok pun ok. So dia pegang janji dia gamaknya.

Esoknya cik cek fon ada 6 miss kol.. oh, nombor bank ni lagi. Tak dengar bunyi fon. so tak berangkat lah.. Alih alih esok MAK cik kol dari kampung cakap "orang bank carik kau.Tah apa dia cakap omputih. Kau buat loan apa sampai tak bayar nie?" Mak marah yang amat. Kau tau la orang tua camne kann. Dia bukan reti speaking. Asal orang kol cakap dari bank.. ha, tu suruh bayar loan la tu. takde benda lain kalau bank carik kau.

Adoi, semak la kepala otak. Sekian harinya.. perempuan dari bank ni kol lagi. pe benda yang kau beria nak promote sangat nie. ha cepat cakap. Cik tak sabar nak tau sangat nie. pung pang pung pang... bla bla bla.. cik tanya, "u ada kol no rumah ke. itu kat kampung i. kan i dah noted that dont ever call my hometown. anything call my handphone. Just marketing je kann. The rest jangan menyusahkan i sebab  i bayar on time. Jangan kacau orang lain k." ooo pandai lak kau jawab orang lain yang kol. bukan dia yang jaga akaun cik. Dia takde kena mengena. KONON!

Yang ni macam sial. Kau orang yang sama kol aku aritu then kau memang nak kejar target suh aku masuk then kau tak mengaku kol kampung aku kann.. yeah hebat. pandai kau. Pastu dia tanya keputusan cik. Cik cakap takleh buat keputusan sekarang. dia tanya "why?".. then cik cakap "u tell me what decision u can make without thinking it first." Cik tak nak la buat keputusan terburu buru. or else cik yang tanggung pape nanti. Ok dia janji akan kol balik...Sial, memang la tak putus harapan dia ni.

Tadi dia kol cik balik.. "bla bla bla... u confirm that blalalalaala, i will sending u aggrement bla bla bla...." WTH perempuan nie. "Hello, bila i cakap i setuju bla bla bla bla? "... "Eh, memang u nak mae"... " when?.. I tak nak. I think dah cukup apa yang i ada sekarang. i tak interested with that bla bla bla".."but why?!"... Ini soalan paling bangang. suka hati la what the reason aku taknak. Kau ada hak ke PAKSA orang assign benda yang kau rasa bagus tapi tidak pada orang lain. KAU CAKAP KAT AKU SEKARANG?...

We have the right to choose, rite! So biar la decision yang kita buat tu. Cik geram bila dia merendah rendahkan keputusan cik. "bla bla u akan rugi bla bla bla i will makesure u akan menyesal with that bla bla bla bla "... Cik hilang sabar betul dengan dia nie. Tak paham bahasa rupanya. Kau nak suara tinggi tinggi ke? meh aku bagi.. " I kata taknak. Terpulang la itu keputusan i. Yang bayar nye i. duit i... tak kesah la interest tinggi mana pun. i bayar guna duit u ke?" ok full stop.

kalau boleh Cik tak suka cakap kasar tak bertamadun dengan orang. tapi kalau orang yang sengaja mendidihkan hati cik, memang sengaja cari nahas la kena simbah asid tu.

Babai la marketing macam ni. Menyusahkan hidup orang nak mamps... Itu cik dah cakap full english tu tak paham. kalau cik cakap melayu tah ternganga nganga ke hape telinga cina tu nak paham.Eh?!

Ini bukan bersifat perkauman tapi serius individu macam ni tak leh dibendung dari menyemakkan hidup cik..

bye!






Monday, May 23, 2011

Tutti Frutti Yang hebat.. KONON!

The Tutti Frutti yang orang kata sedap sangat tu



Dengan harga RM20.15 bersama rasa seperti ais kepal. Cik confirm ini adalah first and last makan benda mengarut ni. Dari Tutti Frutti yang dia kata yogurt yang saaangat menyihatkan tu, baik cik pilih Baskin Robin yang dah tentu tentu aiskrim dan saaangat melazatkan.

Frustrated taste dia sampai orang masuk kedai tu cik rasa nak cakap jangannnn beli sini...syuh syuh syuh. Terbakar duit korang with benda yang tak sedap. :p



Thursday, May 5, 2011

Everybody Has Problem, The Thing Is How U Handle A Problem

Semua orang ada masalah. tinggal lagi kecik atau besar je masalah tu.

Ada orang mengaku kalau silap tu datang dari dia dan berusaha untuk membetulkan keadaan dan bermaksud bila meminta maaf. Ada orang pulak ego tak mengaku kesilapan sendiri dan berusaha cari kesilapan orang lain untuk dituding jari. Nama nak minta maaf memang tak la kot.

Ada orang banyak bercakap dan boleh buat orang terhibur tapi ada masa kata kata yang dilemparkan amat perit untuk orang terima sebab dia begitu lantang bersuara. Dan orang akan ignore cakap cakap kosong dia. Ada orang nampak pendiam dan kurang mesra alam tapi sekali dia bersuara mempunyai isi dan padat dengan cerita serius. Dan orang akan ambil peduli cakap si pendiam nie.

Ada orang nampak happy go lucky tapi kebanyakan orang tak peduli akan isi hati sebenarnya. Kerana orang menganggap dia sentiasa boleh selesaikan masalah sendiri. Ada orang nampak murung dan sedih dan sentiasa express rasa hati. dan orang kelilingnya sentiasa amek peduli dan consent tentang isi hati dia.

its all how u handle a problem. cerita kecik kecik hati ni tak payah la nak besarkan cerita. in the end kau jugak yang termalu sendiri. malu weh kalau orang cop kau tak matang.. please ignore bullshit things and think how to solve big problem here..


Thursday, April 14, 2011

Cara Nak Menyenyapkan Orang Annoying

Ada kenal kawan nie. serius WTH punya meninggi diri. Cakap taknak kalah.. Cik diamkan aje pada mulanya.. tapi lama lama.. Ini tidak boleh jadi.. Kau baca je perbualan nie

Mamat - Dok Kl takde kereta boleh hidup ke? Pi keje naik lrt..woo, menguji keimanan tu. tu pasal saya keje kat Kedah

Cikxxx - Hidup je. Public transport banyak. Kl ke tempat lain ke sama je.

Mamat - Saya tak boleh hidup. KL crowded sangant. Ni pun saya ada dua keta dua bijik motor. baru senang nak bergerak.

Cikxx - buat apa banyak banyak tu

Mamat - Saje kumpul aset

Cikxx - yeke. Bagus la..

Mamat - Umur 26 nape tak carik calon. Tua nanti susah beranak tahu

Cikxxx - belum sampai jodoh

Mamat - Klisye nye. Bese perempuan cantik cepat dapat jodoh. Tak de harta pun takpe. Tapi kalau tak lawa kena ada asset sikit. contohnya berkerjaya, rumah, keta.. baru lelaki senang datang dekat

Cikxxx - yeke? (nak cakap cik tak cantik la tu. point ada disitu yea!)

Mamat - yela, lelaki sekarang pun sama level macam perempuan

Cikxxx - habis tu kenapa lelaki carik perempuan berharta jugak kalau dah sama level.

Mamat - Dah sifat lelaki macam tu kot

Cikxxx - yeke. ke sifat awak je macam tu?

Mamat - Eh, tak la. saya ok je. Umur 30 ni baru start life tau. Rasa nak kawin esok suruh mak carikan calon. setel masalah. sekarang ni nak tumpu bisnes cyber cafe saya tu dulu

Cikxxx - oo, macam tu ek. gudluck dengan planning awak tu

Mamat - Kenapa tak aplai keje gomen

Cikxx - belum ada rezeki

Mamat - Swasta ni tak kukuh tahu.. bila bila masa je boleh kena benti

Cikxxx- tak semua macam tu. Hidup je saya makan gaji keje swasta

Mamat - Rumah sewa sebulan berapa? mesti mahal kann.. kat KL pulak tu.

Cikxxx - RM500, wangsa maju

Mamat - saya dok sorang bayar 100 je

Cikxxx- yeke. ok la tu. privacy. tapi takat kuarters esok pencen kena halau tau

Mamat - sempatnyee beli rumah dulu. awak mesti tak privacy kann. dok ramai ramai

Cikxxx - sekurang kurangnya keselamatan saya terjamin. sakit pening saya ada kawan tolong amik peduli.

Mamat - Yeke? bukan dok bujang ni masing masing buat hal sendiri ke

Cikxxx - tak pun. kami close.. rasa macam dok umah sendiri. give n take

Mamat - ooo, nape tak beli rumah sendiri. takde komitment kena beli cepat cepat. Nanti senang. kot la membujang lama lama

Cikxxx - Dah ada pun. Kat Melaka

Mamat - yeke? flat ke teres

Cikxxx - Teres. ada ke flat kat melaka? hmm

Mamat - oo, mampu ek

Cikxxx - kita hidup ni kena merancang. saya pilih beli rumah dari kereta. buat apa ada 2 3 kereta kalau lama sok jatuh jadi liabiliti. Nilai Asset makin naik tahu..

Mamat - ek. Gaji awak mesti tinggi kann

Cikxxx- Bolehlah. setakat nak shopping half dari gaji takde hal

Mamat - Dulu amek diploma ke

Cikxxx - tak. degree

Mamat - yeke? oo.. keje apa sekarang

Cikxxx - Finance Analyst

Mamat - ooo.. banyak main ngan duit la ni ek. awk, ok la, nak sambung buat keje. keje kaunter ni tak boleh YM lama lama..

Cikxxx- ok bye.

Dan dan je nak babai kann.. Dah rasa kalah ar tu..
Lenkali jangan over bangga sangat dengan hidup kau.
keje kat kaunter-taktau keje apa. malas nak tanya. yang pasti gomen la.
Cik budget dia ni blaja tak tinggi pasal pemikiran dalam tempurung. duduk pun nun terperuk kann..
ruang lingkup dia ni 2 3 kerat je kawan. itupun kawan yang lagi low low dari dia.  Tu pasal bangga tak hingat.

Ooh, another orang keje gomen yang cakap tak boleh blah.. Adoi, apa nasib la cik terbersembang dengan org macam nie.. tapi cik percaya tak semua manusia macam ni.
or even blaja tak tinggi pun kalau pemikiran class A pun cik ok. tapi ini.. haih!

Siapa la bakal isteri dia. Sure tak boleh tahan even satu jam duduk sebelah dia. Dan siapa la kawan kawan dia yea. Mesti tak tahan dengar semua-nak-A dia nie.




~ Sape makan cili dia rasa pedas. bukan salah cik k. No offense kepada siapa siapa

Tuesday, April 12, 2011

Orang Kata kalau Bibir Sumbing Jangan Di Cantum Balik.. Are They Rite?

Ada satu event yang cik jadi community..

And the talkative person of the Community asyik nak bangkang je kejenya. And the best part is. Semua idea nak datang dari dia. And the best part is, berani salahkan director of the event kalau ada part part yang tak best. . And another best part is dia adalah secretary je.

What job of secretary should do actually? write minit mesyuarat je kann.. and all the arahan datang dari director. and who are you to devide tugas to all community.

Please please please. Dont be childish. Every person of the Community got personal matter and got own job. Jangan kusutkan lagi keadaan. Lagipun event tu lambat lagi kann..

I neead some fresh air to berhadapan person like this.

air air air...

Saturday, March 26, 2011

Pelajaran Hari Ini...Pesanan Khidmat Masyarakat

pelajaran hari ini, kalau kau pergi mintak kerja kat mana mana karier fair. cakaplah english slang malaysia kerana kau tu sedang berada di tanah air. dan jangan lah terlalu konfiden yang kau akan dapat kerja tu dengan suara yang lantang bersama slang english philipina kau sebab berkotak kotak orang pass resume kat situ.
                                                                                                                                                                                                                                                                   
kalau kau tengah membeli baju dalam. tolonglah menjaga kelakuan seorang wanita. sila bersopan santun ketika meminta nasihat salegirl. perkataan kasar lagi manampak kau sungguh annoying di mata orang. kau tau tak yang salegirl tu rasa nak ketuk je kepala kau. sila hormat pelanggan lain. orang lain pun ada dada berbuah jugak.bukan kau sorang je pakai bra.  

ok bye.

--------
susah jugak update blog guna phone..adoi

Wednesday, March 16, 2011

Amoi Dan Kedai Baju

Sekarang ni mood shopping.. walaupun poket nan ade..

Suka beli barang sorang sorang. Hati tenang. Suara boleh simpan. Takde sape nak tunggu kita. Pasang mp3 lalak lalak.. heh, heaven gila..!

Time membeli mestilah menang memakai..kalau beli taknak menang bodoh lah jawabnya. Kau tak payah dicop sebagai pengguna lah. Cop tikus cukup.

Adalah satu kepantangan bagi cik bila usha baju kat kedai. Kedai tu tulis sign 'No Fitting'..  WTH! Logik tak nak beli baju tapi tak boleh try..

'kenapa takleh try?' - cik

'Free size mae' - amoi

So? - cik

Free size memang tak boleh try - amoi

how come? macam  mana i tau baju ni fit dengan i ke tak? - cik

lagipun sudah murah mae - amoi

apa kena mengena murah dengan try baju? - cik

i taktau. ini arahan bos -amoi

kata kat boss u, u dah lost 1 customer. Baik bukak kedai makan. customer nak test makanan kena bayar. think logic la. of coz beli baju kena test dulu. klu macam  ni baik i beli online je. tak de beza. - cik

amoi sengih kerang busuk

~ Cik anti tahap maksima bila kedai jual baju tapi tak bagi customer dia test. Ape kejadahnya.

ada tu kedai kasut pun tak bagi test power kasut.

Tak ke BANGANG tu!

ok bye


Tuesday, January 11, 2011

Eh, Carik Hobi Baru La Wei

Segmen membebel lagi.

Takde lagi rasanya bila cik menyampah dengan seseorang sampai bila bercakap muka dia pun langsung malas nak tengok. Kadang kadang buat senyap tak jawab soklan. Ini lah akibatnya bila sakit hati simpan lama lama. Sampai benda benda kecik pun hati rasa nak sentap.

Kau nak komen pasal lemak aku. Yes.. komen la.. tapi guna ayat tak sentap jiwa boleh tak. what u aspect bila kau tanya soalan dan kau bagi jawapan sendiri sedangkan jawapan kau tu memberi perseption salah untuk soalan yang kau utarakan. ni spesis dia tanya dia jawab. then kau nak dengar jugak ke jawapan aku kann. Dah lah kau tanya tengah orang ramai dan orang lain pun tunggu jawapan aku. WT.. 'ok, lemak aku lembik lembik. so?'

Kau nak komen pasal blog. Yes.. cik yang menjuruskan diri kau kat dunia blog nie. Sebab aku nak tunjukkan kat kau yang dunia sebenar kau tak berapa nak hebat dan kesian tengok kau berbangga sangat dengan apa yang kau ada. cuba selami sikit dunia orang lain yang lagi super duper gempak. Bila dah bagi blog tu, takyah le cite balik kat aku yang orang itu tulis apa hari ni. Tak perlu yea tak perlu. sebab aku pun baca blog dia jugak. Nyesal tak bagi blog Tun Mahathir sekali.

Kau nak komen pasal perihal orang. Yes.. boleh. tapi setakat ni telinga aku kurang mendengar komen komen yang baik. semuanya komen negative. Apa, nak aku cop kau negative thinker ke?

Kau nak lawak lawak lucah ngan aku. Yes.. boleh. sebab kadang kadang aku melucah jugak ngan kawan kawan rapat aku. Bila aku wat lawak diorang gelak. Tapi bila mulut kau yang ucapkan lawak lawak lucah tu. Erk! semua terkedu wokeh.. tak lawak langsung. Mengemang setiap bulu ada kat badan nie. Ok cukup. Jangan melawak lucah lagi. Tak sesuai dengan personaliti kau.

Kau nak amik berat pasal aku. Yes.. terima kasih banyak. Sangat hargai apa yang kau buat tu. Lepas ambil berat tu jangan membebel kat aku pulak. Contoh, ' pi mana?'..seperti biasa dia jawab sendiri..' keluar ngan amin, ke alif, ke azim, ke adam.' Eh? habis keluar semua nama kawan kawan aku. nama kawan perempuan mana? kau jeles ke aku bersosial ngan kawan kawan aku. Dia tambah lagi 'Asyik keluar tak penat ke?'. Ouh, kau tensi ea aku tak bawak kau sekali.

Get your own life la. kalau boring tu carik hobi baru yang meningkatkan sosio kehidupan. Bukan komen sana sini tapi buat tak pandai. Antara dua je kau sentap hati orang. samada kau jeles atau kau rasa kau betul dan hebat dari setiap segi.

~ cik kalau dah sentap beginilah karangannya. nice tak! sekali karang je :p

bye

Jangan Salahkan Orang Lain Bila Suami Kau Tu Yang Nak Berkawan

Kes ni berlaku tahun lepas. Cik upload gambar kawan kat Facebook bila dirasakan gambar tu takde apa yang terlebih. Dalam gambar tu dirakam di mana kawan cik(perempuan) dan kawan cik (lelaki) bergambar sekali.

Si isteri kepada lelaki tu kol then pungpangpungpang dan the ayat is ' biar je la gambar tu, tak payah delete pun takpe'.. then yang kau call aku Live aku tengah keje kenapa kann.. Motip? Cakap lurus ke subjek je la. 'akak nak saya delete gambar tu ke?' masih dengan jawapan 'akak terasa hati, takpe takyah delete'. Owh.. camtu ek?..

Bila perhatikan lama lama gambar tu takde pulak mereka bersentuhan. si wanita mangsa gambar, si tangkap gambar, dan si upload gambar terkena tempiasnya bila si isteri ni luah perasaan kat FB... kau dah kol aku suruh delete pastu kau tak puas hati lagi? ko nak satu dunia tahu suami kau bergambar ngan perempuan lain dan tahu kau sakit hati? arghh! WT..

Situasi dimana gambar itu di ambil akak a.k.a isteri orang ni ada sekali wokeh. kenapa kau tak piat je telinga suami kau bila dia bercakap or bergambar ngan perempuan lain. Bukan masalah perempuan2 ni bila kau join sekali event budak budak single okk..

Yang ni kes berlaku tahun ini. Terbaru ada event tuk meraikan Birthday kawan. pasangan suami isteri ni ada sekali.. Oh, so tak IN la pasangan dah kawin ada sekali sebab buatnya suami dia bercakap ngan geng2 single, si isteri jeling jeling tak suka.

Kau boleh tak, ada masalah rumah tangga jangan libatkan orang lain. Bincang suami isteri je lah. Yang bermasalah tu suami kau. Kalau kami kami si perempuan cantik ni nak mengorat dah lama dah kot. Tak pandang la suami orang kann..

Dan relevannya, bila kau takut bayang bayang sendiri. kau rasa rapuh bila suami kau ada kawan perempuan. walaupun kawan kawan tu hanya bersembang depan mata kau sendiri.

~ Over Jeles makan diri sendiri tahu.

Tuesday, December 28, 2010

Jue Aziz Kenapa Kau Jadi Macam Nie

Ko nak tayang apa babe !

Cik memang marah sebenarnya. Tapi hal ni serius memalukan kaum hawa. k la, cik bukan la baik sangat nak nasihat orang ni semua. Cik pun bukan la tertutup sangat. tapi ini dah melampau. Adeh, Jue... napa lah ko jadi begini... baju ko ni anak buah aku hak umo 5 tahun pun belum tentu muat pakai tahu.

Pernah ar tanya kat kawan lelaki cik. comel tak Jue Aziz? dan pe pendapat diorang. 'boleh la.. part lain slim, yang part dada tu... nampak macam tak terbawak...' ha, amek ko pendapat lelaki. Dia tengok tang tu je. dah tau lelaki obses part2 tu jangan ar lagi nak show off.. dah dah, sume tau aset ko tu bernilai..

Jue, malu weh aku canang kat sume orang ko icon body yang aku nak. Tapi ko dah calar sedikit perasaan obses aku kat kau...

~ apa beza artis Malaysia dan Hollywood?
jawapan : tiada beza.. kurang kain, kurang benang, tayang tayang tetek


blah ar.... cik langgar bahu ngan korang pun sebelah mata cik tak pandang.
Pendapat cik byk Artis Malaysia otak sempit.



Thursday, December 23, 2010

Jangan Menjadi Kawan Yang Menjengkelkan..

kau kalau berkawan dengan orang. boleh tak berkawan secara adil dan saksama. Please sensitive pada keadaan sikit boleh tak. Paham situasi orang dan orang akan paham situasi kau.

Ini tak. bila bersembang kau je nak cakap. Jadi pendengar tak nak. ye tau. susah tuk kita pasang telinga. Tapi kalau kau je cakap dari pendahuluan sampai penutup. aku takyah ar bagi conclusion. duduk senyap sudah. but in the end kau akan tanya 'kenapa senyap ni?' ataupun 'pe pendapat kau?'. oh, sangat perlu ke pendapat aku. Bukan kau dah ada jawapan ke..

Ini pun sakit jiwa jugak. Kau kalau bercakap boleh tak tunggu sekejap sampai aku habis cakap. aku cerita hal belum habis titik noktah, kau dah nak menyampuk. Drop to conclusion terus. Dan macam kau boleh baca fikiran aku. Wat the Hey.. otak kau tu boleh detect perenggan terakhir ayat aku ke? wow ! lagi hebat dari censor..

Lagi satu, kau kalau nak bagi situasi tuk memahamkan aku. boleh tak bagi contoh ruang lingkup kehidupan kita. contoh yang mudah paham. Ye, aku tahu kadang kadang aku blur dalam beberapa situasi. tapi jangan expect aku paham hidup kau. kau tak cite dari A dah jump to M sampai Z. kau ingat orang bersituasi sama macam kau ke? orang lain ada life sendiri jugak nak dijaga.

Kau kalau bercakap boleh tak jangan jadi-manusia-serba-tahu. Oh, yang ni sangat pantang untuk aku. kau tahu cite cakap kau tahu. tak tahu cakap je kau tak tahu. takdenya aku nak kondem kau 'ouh, kau sangat ketinggalan zaman kau tahu tak?'.. ataupun sebenarnya kau seronok bercerita yang takde point tuk telinga aku dengar..

~ manusia

Monday, December 20, 2010

Cik Nak Jadi Superstar.. Ko Ada

Dulu kecik kecik suka nyanyi depan cermin ngan botol bedak kononnya mikrofon. Imagine ala ala artis kat stage


Artis tunggu turn nak perform. artis pun tunggu turn ko tahu.

Budget konon cabut nombor giliran tuk anugerah Juara Lagu :)


Debaran sebelum naik stage.. butterfly in my stomach la.. See, artis pun pandai speaking tau. kau ada?


Alih alih orang lain yang nyanyi. Adoi :(


Dan lagi.. feeling giler


Hanya mampu berposing je la :(


Dan menunggu turn jika di beri belas kasihan

So tak IN pi karok ramai ramai. tak puas pegang mic. Last last semlm dan sabtu pi RED box berdua dan melalak sampai pengsan

:P