Monday, July 11, 2011

Utama


Ini adalah bas yang cik naik tiap kali balik Pekan. Nak tak nak. Cik akan naik bas ni..TIADA PILIHAN. Sebab bas ini sahaja yang terus ke Pekan. Bas lain semua drop kat Kuantan je.

Wahai Utama Ekspress. Dengarlah rintihan hati seorang penumpangmu ini;

1- Malam 8hb Julai, Sepatutnya kau sampai kul 9 malam tapi dek kerana Roadblock sana sini di Malam BERSIH, kau muncul lagi 15 minit jam 12. Kau tahu tak berulatnya penumpang mu ini menunggu di puduraya. Alih alih bila kau sampai. Tiada ucapan maaf pun terucap di bibir driver mu.

2- Driver takde perasaan merokok di dalam bas yang berAircond. Kau kenapa driver weh. Kau tau tak asap rokok itu terlalu biadap berarak ke belakang. Kasi penumpang menghirup sekali. Kau sungguh tak berperikemanusian. Nextime kat kaunter time beli tiket. Cik akan request seat belakang sebab ur driver is so cruel smoking in the bus.

3. Kalau naik bas pagi. naik dari Pekan jam 10 sampai KL jam 4. Apa ke Lembs kau ni. Naik kereta pun tak sampai 4 jam. Kenapa kau perlu mengambil masa sehingga 6 jam nak sampai ke Pekeliling. Kau jawab?..ouh, cik tau jawapannya. Sebab kau lembs bawak bas, bercintan cintun dengan kekasih gelap sambil memandu kenderaan berat. So tak IN bercinta dengan pemandu bas utama ekspres.

~ Plis syarikat bas lain. Sila lah adakan bas anda ke Pekan. Supaya Utama ekspress ini ada competitive and secara tak langsung memperbaiki cara melayan penumpang. Im begging u Transnasional, plusliner, maraliner, Sani Ekspres, Konsortium...bla bla bla...

bila nak ada driver sendiri nih! hai la

4 comments:

noradzlina.kamdani said...

aah..kene ade sykt bas len supaya dia akan berdaya saing.

Mimy Hamid said...

cik sila la beli kereta...gaji sure byk ni..haihhh kuar kan duit simpannan mengunun gtu...cepatttttt

Faz Fazrin said...

muahaahahhaha!

Utama Ekspres said...

Assalamualaikum.

Cikxxx, saya telahpun membaca komen saudari.

1. Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf di atas kelewatan bas pada 8hb Julai 2011 gara-gara roadblock perhimpunan BERSIH.

2. Jika pemandu kami merokok semasa memandu bas, cikxxx boleh terus menghubungi pihak pengurusan kami di talian 019-9527252 untuk memaklumkan tentang perkara ini.

3. Tentang kelewatan tiba ke destinasi, cikxxx tolong beri penjelasan dengan lebih sempurna kerana pihak kami tak berapa faham dengan ayat cikxxx ini.

4. Jika ada syarikat lain yang masuk ke Pekan, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak kami juga ingin mencari rezeki yang halal kerana Utama Ekspres adalah pegangan 100% milik bumiputera Melayu.

Sekian, wassalam.