Monday, February 28, 2011

Tertelan sejibik Candy

cik sakit tekak. perit pedih.. argh, tak selesa gile...Amek fisherman's frend hisap sebijik.

Tengah tengah tekan kakulator boleh lak tertelan. Tercekik woo..

Ok, tutup cite.

Berapa ramai kalangan kite yang kalau mengantuk amek gula gula masuk mulut. Dengan harapan boleh hilangkan ngantuk plus boleh konsentrate keje. Itu takpe lagi.

Apakah pilihan gula gula anda. Adakah,
a) Fruitale perisa gula gula boleh kunyah macam chewing gum.
b) Gula gula hacks berangin dalam mulut
c) Gula gula sugar free, berangin dan tahan lama dalam mulut

Korang tau tak, tiap tiap hari korang hisap gula gula semasa keje 5 hari seminggu, dalam sepanjang tahun boleh menaikkan berat badan. sekurang kurangnya 5kg semata mata makan gulagula. Gula gula kan manis. tu belum campur makanan berlemak dalam perut korang tu lagi.

Jadi, macam mana nak elakkan gulagula manis ni menjadi kegemaran korang diwaktu bosan atau mengantuk time ofis.
1. pilih lah choice yang lebih baik. Soalan ABC kat atas tu.jawapan C adalah lebih baik. Mint boleh menyegarkan mata. tak payah gigit, biar je dia cair dalam mulut dan tahan lama tau. dan penting sugar free. yea tau. takdelah free gula mana pun. but better than gulagula manis gila kann..

2. or else, takmo gulagula. carik chewing gum yang sugar free jugak. long lasting dalam mulut. boleh hilangkan mengantuk. boleh konsentrate keje. dan boleh exercise mulut. Tapi makesure yang korang bukan jenis keje depan kaunter. Tak ke kurang sopan keje mengadap customer sambil mulut kunyah chewing gum. nak kena lesing?

When it becomes to gulagula, cik akan ambil bila sakit tekak sahaja. agak2 perit atau takleh telan airliur. Pilihan cik Fisherman' Friend Mint Sugar Free kaler hijau. jenama lain tuk gulagula sakit tekak tu sume manis woo.. tak tertelan rasanya. when it become cik mengantuk tahap gaban, cik akan kunyang wrigleys Dentyne Splash. kaler biru extra mint sugar free, packet dia mcm papan panadol tu. flavor longlasting tau. Sesuai tuk cik wat senaman mulut. Pipi tembam harus di shape kan. hahaha.

Ini apa yang cik buat lar. kalau kau nak makan gulagula HACKS yang semut pun sama sama nak hurung tu.. Its all ur decision. Cik tak campur bila kau dapat kencing manis

ok bye


Blog Library Hidup Cik


Cik taknak cite pasal diet here. Asyik asyik la diet.. borrrrriingg...kalau setakat nak tengok apa yang kau makan dan apa yang kau exercise. Yeah rite.. menunjukkan kau makan dengan cara betul dan gaya exercise peluh percik percik comel.. bagusss! satu pencapaian buat diri kau. Cik tumpang gembira. But at last, what benefit to ur readers. yea yea, blog kau. gasak la nak tulis apa. Ok. Fullstop k.. takmo gaduh k. But at least cerita la petua petua yang orang tak tau lagi. How to step move forward behind the diet itself. Then cik akan baca dengan jayanya. Info berguna tuk geng blog misalnya.

Cik taknak cite pasal cintan cintun sangat. Asyik asyik la berbangga kau dapat pakwe hensem. Pakwe berjaya. Pakwe banyak duit. Pakwe i makan sushi.Pakwe u hade?..Pakwe i penjaga gol. pakwe u hade? Hello hello hello... kau takde life sendiri ke ha. Kau takde impian sendiri ke ha.. kau tak boleh bahagiakan diri kau sendiri ke ha.. Same goes to yang ada suami.. My hubby kannn, my hubby comell,, my hubby masak..my hubby itu my hubby ini.. Hello, dont to much tayang hubby masing masing. Start berdiri di kaki sendiri but support with ur love. then itu takpe. Be independent thinking sayang sayang ku.

Selama berkecimpung baca blog ni. Cik biasa akan excited membaca bila blogger itu memaparkan pendapat dan pendirian tentang sesuatu isu. Walau pahit tapi itu lah kebenarannya. Walau kasar tapi betul..masih boleh diterima akal. Dan bahasa yang sempoi yang boleh buat cik sengih atau gelak dpn pc. Kadang kadang kita tak berkesempatan jadi extraordinary kat luar. Kat blog boleh curahkan hasrat itu. Kau nak jadi gila gila ke. kau nak jadi hardcore ke. Kau nak pedas cili ke.. But plis dont be ordinary. too boring to read and too boring to u. Hakikatnya hari hari yang kita lalui adalah rutin hidup. Tiada istimewanya tapi bila kita olah dari sudut special.. ia akan jadi extra. X-factor comes first beybeh.

Apa yang penting jadilah diri sendiri. tak guna kau jadi orang lain tapi hati kau macam tongkang pecah.





Friday, February 25, 2011

Kategori Lelaki Hensem Yang Perasan

Lelaki hensem ni kalau yg jenis jaja sana sini nak orang tengok dia, it's not hensem kat mata cik.

Apa? kau ingat perangai kau hensem? ha... macam GAY kau tau tak

ce, kau down to earth. Baru la ramai orang kata kau hensem. then bagi senyuman ikhlas bila orang puji kau hensem. thats look nice dimata cik.

So, sape sape yang rasa muka dia ada market. gaya boleh jadi artis. pandai dress up. plis plis plis perangai pun hensem sekali. Kalau tak kau akan cik cop sebagai

LELAKI GILA GLAMER!

euww, meluat!

~ Elakkan lelaki hensem, sebab bila berpasangan perempuan lain akan tengok dia. Ai penjeles


Little Pantry ioi mall

Ini cerita lama, tapi memandangkan patut di kongsi..
so mari kita terjah...

marihhh

tengok ke-eksaited-an muka dapat menu

Restoren ini namanya LITTLE PANTRY..tapi sekali imbas macam LITTLE PINKY.. sebab... kedai dia banyak base kaler pink.. termasuk pelayan dia.. bertempat di IOI mall..


view dalam restoren

 
Dan lagi..

attractive bila masuk kedai ni rasa macam berada dalam WALT DISNEY. cik rasa macam dalam cite Fantagiro, ala pe tah tajuk penuh. ingat THE GOLDEN ROSES je..
dan lagi..

See decoration.. kau tau tak? (mood jakon)..  dinding kaler hijau tu adalah wallpaper rumput timbul.. eh ,memang rumput pun. serius unik.. macam karpet hijau lekat kat dinding


Order air mint laici (berdaun tu) and sea coconut klu tak silap

pendapat : Rasa dua2 air ni tak berapa nak sedap. firstime cik rasa daun mint. rasa dia ala ala sirih. bukan berangin pun tapi pedas. ha, boleh ar letak kapur, pinang lepas nie.. nyut nyut macam makan sirih..

 
Ni chicken chop kot..

pendapat : rasa = tasteless. dalam rate 10 cik kasi 4.


cake choc moist

pendapat : Rasa keras dan kering. kek moist perlu lembab tapi nan ado.. dan manis yang amat. betul la orang kata. kalau dah makan kek secret recipe, kek lain jadi tak best. setuju sangat. apa secret recipe letak dalam kek dia ha.. ! ish, nanti cik siasat

bukti pelayan dia memakai baju kartun

pendapat : sweet gile sume pelayan kat sini. pakai gaun pink, ada apron, pakai topi nurse. yang pasti sume badan kecik kecik. comel lah.. ce pikir kalau cik pakai gini..mesti terlebih comel!!!. pelanggan berduyun duyun masuk..! mau aplai partime kat sini lah! heh


Terpaksa rela..makan brokoli je kononnya diet.. nan ado

Pendapat

Restauran ni tarik pelanggan dengan decoration yang amat cantik dan sweet. Tapi malang, semua menu kat sini bese bese sahaja. untuk makanan cik bagi 3/10

confirm, sape datang sini sure first and last masuk. so,

 to manager restoren nie.

 "fire old chef, hire new chef that can cook taste good"


~nak cuba silakan, mungkin expectation cik terlalu tinggi masa tu.. tapi cik boleh jadi juri Top Chef tahu.. percayalah pendapat2 cik diatas

Thursday, February 24, 2011

Mamat Mental Keluar Dengan Senyuman

Ini berita yang baru cik terima..

Mamat Mental masuk meeting room di evaluate. keluar je dari meeting senyum simpul..

Cik agak probation dia dah habis.

confirm...!

confirm dia menjadi permanent staff kat sini..

Nah,.,, jadilah ofis pengumpul staf staf mental di abad ini..

Cik tau kenapa company ni carik orang sebegini..

sebab, orang macam ni akan kekal lama dan tak akan carik keje lain... dah save masa company carik staf baru.. kannnn

owh, plis plis plis letakkan dia jauh jauh dari cik.

* Ini pulak gosip yang cik terima. tak tau kesahihan. akak yang dok sebelah dia tertengok dia bukak laman web ala ala Jobstreet.. tapi cap USA..hah  ngko..USA! ... Kau ade nak aplai keje kat US?

ura ura bekerja di Amerika tu.. cik yang lagi terror cakap omputih pun takde keinginan nak keje kat Indon. Dia pulak lebih lebih..

Allu Mamat? ko nak keje apa kat sana?.. doktor saiketrik?!



Kasih Yang Tak Di Anggap

Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar

ku yakin kau kan berubah

~ Time cik feeling feeling duka lagu ni cik dengar dari kul 9 sampai habis keje non-stop.

Kump KERTAS ni selalu bagi mood cik 'Sedar-lah-Diri-Kau'..

oh,, sedih sedih!





Bila Korang Sedar Yang Blog Nie .....

Bila korang baca blog ni nampak macam cik negative thinking. Sume benda nak komplen. Ada je tak kena ngan orang keliling cik. no no no.. ini bukan real cik 100% pun. Kalau korang jumpa cik kat luar. I am a different person. Blog ni kan tempat luah perasaan. Luahkan je la.Takkan kau nak pi kat person yang kau hangin tu. Kau ludah kat muka dia.. tak kannn.. Manusia seperti kita perlu berfikiran waras. Tapi takde niat sampai nak membunuh lah. tu dah jadi lain cite.

Bila korang baca blog ni nampak macam cik tak diet. No no No lagi sekali. Korang tau ke jadual pemakanan dan workout cik sepanjang minggu. Kalau dulu yea, hari hari cik update 'Apa Yang Cik Makan'. tapi bila dah lama lama. No point cik bagitau kat sini. Ada point ke kau nak ikut diet cik. result cik yang kadang ke laut. Eh, buat malu kaum je la.. Once berat cik angka 70 akan cik bukak pekung di dada apa yang cik buat dan makan dalam satu entry.

Bila korang baca blog ni nampak macam cik menggedix dengan ayat tak censored. No no no. Itu sifat sementara. Cik yang sebenarnye adalah wanita melayu terakhir. Cakap lemah gemalai. jalan catwalk muka tunduk bawah. Kat luar adalah malu malu kucing wokeh. Kucing kalau jumpa cik, cik lari sembunyi. Malu tahap macam tu sekali. Ada percaya? tanyalah sape sape blogger yang pernah jumpa cik kat luar. hehehe.. (kalau perasan cik tu tegur la, InsyaAllah korang dapat senyuman manis cik..freeeee)

Bila korang baca blog ni nampak macam tak banyak komen. Ha, ini betul. Takde sape nak komen pun. Entry tak berilmu. Tapi kalau korang sekejam KuraKura. Cik Sukaaaa... Walau pahit ditelan tapi manis bila  hati tersentap. Heh, bakpe puji mu KuraKura haih...! kembang kempis ar tuh,

Bila korang rasa cik ni sebenarnya ada couple. No no No. Cik single and available. Borang menimbun takde sape nak aplai.. Sape nak nikah ngan cik nie.. tak sabar heh nak jadi bibik kat rumah..


huwaaaaaa

~ Entry penambah perisa..











Bukan Orang Suci

Mestinya kau mengerti Saat pertama kali


Kala kau peluk diriku


Jangan pernah biarkan Diri terhanyut nafsu


Aku bukan orang suci


Bukalah matamu Berpaling dari diriku


Benamkan semua mimpi-mimpimu


Jujur pada hati Masih banyak cinta menanti


Jangan kau harapkan aku


Lupakan semua rayu Jangan kagumi aku


Karna ku tak cinta kamu


Mohon kau tinggalkan aku Tak usah kau harap lagi


Karna cinta untuk mu palsu




Lalala lala lalala lala


Lalala lala lalala lala






tak pelu lagi sesali


Anggap tak pernah terjadi


Saat kau lepas diriku


Pernahkah kau sadari


Aku tak pernah berjanji


Untuk setia padamu


Bukalah matamu Berpaling dari diriku


Benamkan semua mimpi-mimpimu


Jujurlah pada hati Masih banyak cinta menanti


Jangan kau harapkan aku


* Macam nak lempang Kump Element nyanyi lagu nie. ye ye tau, ini lagu lama.. tapi tapi... lagu ni tuk playboy yang merosakkan memainkan perasaan dan hati perempuan. Kau dah bagi harapan, kau dah hanyutkan perempuan pastu ko say bye bye.. cik harap lelaki macam ni tak aman dok dalam kubur sok.. Argh!!!


~ dengar lagu pun sakit hati kannnnnn !


Wednesday, February 23, 2011

Perangai Tak Dan Dan

Minggu lepas cik beli henfon baru. Kalau tak kerana fon lama buat hal takde nye cik mengusha bagai nak rak. Huih canggih ea teknologi sekarang. Tercengang cengang tengok model fon. Harga pun cengang cengang jugak.

Cik ni lembs sikit bab bab gadget nie.Orang dah pakai touch screen cik masih ingin kan style lama. Last last pilihan cik Nokia jugak. Hmm takpela.. biaq pi la orang sibuk guna BlackBerry ke guna Iphone ke. Cik malas bukak buku manual. Janji boleh kol boleh mesej sudah. So stick to same brand cuma up sikit model. E72..

Perangai tak dan dan cik ni kalau beli barang tak sabar nak pakai lepas beli. Memang tak sempat sampai rumah lah. Kalau boleh setiap baju baru beli pun nak buat macam tu. tapi tak sume la. Haritu Jam polar. Kat Fitness Concept tu jugak cik pakai. Henfon pun. sambil jalan sambil tekan punat fon. Sifat ingin tahu benda baru sangat tinggi time tu. Sampai berlanggar bahu mamat bangla. cit, dia sound cik tau.. 'mata letak mana adik manes!' eh, sukahati aku la mata nak letak mana...kannnn, di akhiri dengan jelingan tajam cik. heh

Pernah jadi, dulu beli earphone Sony. Mahai tue. keluar je dari kedai cik bukak kotak dia. Jumpa tong sampah cik buang kotak dia. Sampai rumah tengok takde pun earphone tu. Rupanya cik terbuang sekali. Adoi, rugi woo.. beli mahai mahai. jumpa tong sampah buang semua. Sesaje je bayar kannn..

Ha, ada tu cik beli kasut. Dah bayar sume pastu terus sarung. Taknak kotak. Cik fikir watpe menyemakkan lagi rumah ngan sampah. Kasut tuk pakai bukan simpan. Dengan bangga cik keluar dari Sogo. Pastu tet tet tetttt... censor berbunyi.. Pak guard tahan konon cik tak bayar. Bahan bukti yilek. Lagi satu kelebihan cik, kalau beli barang resit cepat nak taruk tong sampah. Watpe serabut purse ngan kertas kann.. Pastu pak guard tu tarik cik pi counter. Nasib baik adik cashier tu cakap cik dah bayar. cek bukti pembelian sume lah.. Haih, selamat tau.

Kalau part membeli, cik tersangat lah juara. Sifat tak dan dan ni sangat bagus tuk surirumah yea. Barang dapur habis je mesti la la tu jugak mau gi beli. Bertuah lah bakal suami nanti.. huhu.. Jap, jangan sok nak kawen pun tak dan dan jugak dah la.. Tang ni memang cik yoyo o sikit.

Ahaks,!





Snow White Mirror Mirror on The Wall

Mirror mirror on the wall whose the beauty of them all?

no answer

Mirror mirror on the wall whose the fairest of them all..

no answer
Mirror mirror on the wall whose the fattest one of all..

yeah, its me..

ko hade?

kelemak, ular melingkar kat perut, bumper besar, muka bulat, daging lembik lembik.. ketinggian yg kelihatan ayam katik sebab gemuk

Nah.... serahkan pada yang berhak..


Kalau lah Dean Supernatural ni coach training cik.. Mwuah la.. membakar lemak dengan jayanya sebab boleh cuci mata sekali..

Alololo, comelnya kau..


Tuesday, February 22, 2011

25500

Dah angka tu... fulamak.. memang byk..

ramai nye usha blog nie... tak tulis pape pun korang usha. Memang baik hati.. Timekasih

Ba Bai

Segmen Sentap Hati Kau Nyah!

holla korang.. dalam seminggu tak tulis ni, bersarang kepala cik tak dapat luah perasaan. seminggu ke, ahh.. lebih kurang la. Cik kan garang, ada je tak kena sana sini. Harus luah kat blog kann...

Ada kata rindu tak dengar gosip hangat.. tahniah pada yang rindu cik. Deh,, rindu la lelaki. rindu cik pekejadahnya. Cik tak dapat memenuhi nafsu kau.. hahaha

ok, ..hmmm hmmm hmmmmmmm... idea tak datang. macam macam nak tulis tapi tak jari tak bagi..

begini lah, esok je cik tulis.. hari ni kasi warm up dulu. macam exercise.. huheee..


bye


Sunday, February 20, 2011

Diet Yang Selalu Terbabas Dan Hasilnya Kekal Bulat Seperti Selalu

MaLU NAK CAKAP BILA DIET SELALU MACAM HAMPAGAS JE.. BAIK DUK DIAM DIAM MUHASABAH DIRI. TAH BILA MAU KURUS..

Friday, February 11, 2011

Cara Cara Menggunakan Tandas (Pelajaran Budak Umur 3 Tahun)

Eh, Meh sini cik ajar cara cara gunakan tandas..

Dowh, malu weh.. atas bawah berbulu masih tak reti menghygienekan penggunaan toilet. Ofis cik ada 2 toilet. Toilet banyak pintu jamban. Dengan toilet Executive yang kecik. Cik suka masuk toilet Executive. Walaupun cik bukan berpangkat Exec.. feeling pun cukup ar.

Tapi tadi masuk masuk ada sisa kaler coklat kat mangkuk tandas. Weh, orang sebelum cik membuang camane ni...memang Cheese la...!  Dulu cik masuk toilet banyak pintu. Sering kelihatan sisa kumbahan tak terhadam. Tu pasal cik beralih kat toilet exec. Sedikit hygiene. Tapi tadi....Euwww. Kadang tu ada darah. Ni sah flush terus blah. tak cek cek dah..

Orang kata nak tau tuan rumah tu pembersih ke tidak ce cek tandas rumah dia. Ha ni nak tukar sikit. Nak tau perempuan tu cantik ke tidak tengok cara dia guna toilet. Orang cantik macam mana pun kalau berak bersisa, akan nampak sangat buruk. Buruk perangai!

Cara cara menggunakan toilet yang betul, (aktiviti pelaburan)

1- Flush dulu, yea tau mangkuk jamban tu dah bersih tapi kau tau tak dia kering! lembabkan jamban tu supaya tak terlekat sisa di kemudian. PAHAM!

2- dah buang tu, seperti biasa basuh.. ikut dan camne la korang nak buat.

3- Flush, sambil2 nak zip seluar tu.. tunggu. tengok ada lagi tak sisa. kalau ada flush lagi sekali.

4- Makesure clean, baru keluar..

Adoi, itu pun nak ajar ke.. apa..kau ingat ini sisa makanan ke? nak tinggal dalam mangkuk

Baca LINK terdahulu ==> Terlalu-kreatif-sampai-hurmmm   DAN Kesah-kedai-jamban-lagi

Ini kes lain, kau sanggup makan tak?

Lepas ni kau mesti terbayang makanan best dalam toilet bowl nanti...


Hahahahaha


Polar HR

Hari ni internet macam siput B***. Terngut ngut pastu refresh banyak kali baru ok..

Hei Telekom, staff korang tak buat keje ke.. awat server sini asyik problem je lately. ~nada seorang boss..ngahngah

Sudah la tu marah, cik oi. Jangan marah nanti cepat tua. Bila tengok cermin sepertinya ada kedut diwajah..Dah tua ke..? takmo lagi... nak kawen dulu... :(

Ok, berbalik pada gambar entry lepas... hehehe, cik lama idam benda ni weh..Usha usha usha..dah berada kat pergelangan tangan cik pun :D yeahh!! tak tido malam nkoo.. Dok gode gode tengok function apa yang ada..

Kenapa cik perlukan ni bukan la untuk menjadi atlet. Bukan jugak menjadi Safee Sali. Eh, apesal main tuk Indon, takde negara lain ke nak tunjukkan bakat. Bangga la tu setakat over the sea. Ceh.. kerat jari la lepas ni banyak laser tala kat muka kau pulak. Ok, enough membebel. Selingan...biasa la...

Sejak 2 bulan lepas. bila cik workout je degupan jantung laju dari kebiasaan. Ni bukan biasa biasa macam cik workout selalu tu. Yang amat hampir collapse. Bila peluh percik hebat tu. Asma mesti datang. Asma ni jenis datang dia attack terus tak bernafas. Macam ada orang cekik.. Gila ah.. oksigen oksigen

Jadi, function jam ni cik boleh pantau setiap masa heart beat sepanjang workout. Pada masa sama boleh pantau kesihatan cik jugak. Taknak sampai maksima rate. 80% je cukup. .. Lebih dari tu mau sakit jantung pulak kang. Ada sape sape oferkan diri bawak cik gi HKL?.. Jadi cik boleh pantau time bila workout hardcore time bila kena slow down.. huhu

Jam ni akan di set setiap kali sebelum workout. Habis train nanti dia show Duration, Calories, HeartBeat Average n Maksimum, Fat Burn, Fitness (ni cik taktau menatang ape. Tengah gode lagi carik dia nak show apa)... Gila ah, heaven betul analyse badan sendiri..

Ingat nak amek kaler hitam merah. Tapi kata Fitness Concept tu, itu new model. mungkin In Stock bulan depan. Mungkin stock takkan sampai sampai. Cilakak... saje je kannn suruh cik beli kaler lain. Pastu pastu pastu, masa beli kannn.. cik try sarung dulu. kot kot tak muat tuk tangan cik. Pastu dah sarung datang adik FC tu nak setting pape yang patut. Jam kan kecik kann.. dan jarak kami adalah saaangat rapat.. Auwmm... best la bau ko dik.. Perfume ape dik.. of cos la lelaki..dengan perempuan takde nya cik bergedik begini. ouh, adik comey..nanti ahkak koling koling u eh.. nasib baik kau muda tau. kalau tak jam tu jugak ahkak takel.. nyum...

Ni lah kaler yang cik idamkan tu..


smart look


takde rezeki..takpe ar, kaler gold pun ok what. :( macam mainan je cik tengokk..

~ Takpe ar, yang penting lepas ni rajin workout..

Im Into It...

I LOVE U...

..Heart Rate Monitor Watch...

jap jap lagi cik cite pe dia nie... :)

Thursday, February 10, 2011

Kalau Tunjuk Gambar Ni Agak Agak Diorang Cakap Apa..

Godek blog orang pastu ternampak gambar nie

Tengok yang pempuan tu.Wow

dan ini


teka siapa

dan ini


..seksi

Ni gambar dari zaman jepun tonggek..

Umi Aida dan Minah Senget (sape nama dia ni.Tak igt la)..

Kalau lah 2011 style ni kuar balik tuk berworkout.. tak sanggup heh nak pakai

Salut kat sesiapa yang sanggup scan gambar gambar lama ni.
Serius weh, zaman 90an mana ada scanner kat setiap rumah kann...
Nak harap scan kat ofis je lah kot, ke time tu guna mesin taip lagi


~ Budak budak sekarang mesti malu tengok gambar sendiri 20 tahun akan datang. Legging with baju pokok krismas. 



Wednesday, February 9, 2011

Ofis Mental Suram

Banyak sebab kenapa ofis ni jadi suram;

PERTAMA
Cik tak larat nak happening happening lagi. Muak, jelak, bosan.. Bosan mengadap keje yang sama, dan situasi yang cik rasakan dah tiada cabaran hari hari tuk ditempuh. Arg, desperado nyieee carik keje lain. Nak jumpa keje baru lagi mencabar, orang ofis baru dan mungkin jodoh (:P) dan paling penting hari hari belajar benda baru. Tak sabarnya...
Jadi kat ofis ni cik suka diam dari bercakap. Selamat tinggal MULUT MURAI ku

KEDUA
Minah poyo nak berhenti dah. Aritu tanya cik camne nak print surat resign. Oh Nice.. kau nak berhenti dah yea. Nak sambung MASTER dah yea.. tapi bukan hari tu kata bulan 4 ke. ooo kau pun tak tahan ngan ofis mental ni ke? Okk, mungkin berita baik buat cik tapi berita buruk jugak. sebab lepas ni takde assistant tolong bukak kan pintu ofis. Tettt.. ouh, minah poyoku..jangan la kau pergi.. :D ok gimik je

KETIGA
Mamat mental tidak lagi melakukan aktiviti bergendang di petang hari. Boringnya cik tak dengar bunyi drum :( ..Sejak system elok bulan lepas. Dia semakin tekun buat keje. Kalau intai pc dia. Mana ada icon internet explorer kat tepi button START tu. Clean n Clear okk.. Buat keje tak mengular langsung bukak tenet.. Wow, bakal pekerja cemerlang tahun ni. Kalau dan la cik tengok.

KEEMPAT
Bila melihat Makcik Cina acum acum Terkena gencatan masa press button pintu.. Kau sorang je kot kena letrik, orang lain ok je cik tengok.. Muahahaha.. begitu suram ofis mental hari ini :)) :p


Tuesday, February 8, 2011

Injection Bila Perlu

Holla...

Henfon cik masuk air.. Cinnabon betul la.. Baik punya tadah kat paip time basuh muka kat bilik air. Mata cik rabun tahap 5. tak pakai lense tak pakai spec. Nampak kaler itam tu ingatkan katak. Separuh sawan bila tengok henfon lemas. poket seluar bocor la ni.

Lepas 5 tahun pakai N70 cik terpaksa say babai kat dia. Henfon ni tahap 3310 jugak. Hempas kat dinding pun tak jadi apa. Lama tak usha henfon kat kedai. Agak terkejut beruk bila tengok harga fon ni jatuh jadi RM299. Gilak. Dulu beli RM900 woo.. Patut ar orang cakap henfon cik cekai. Yeah rite. 'Aku tak malu pun pakai henpon nie. Ada aku kesah?'

Relatenya dengan cerita di atas. Masa cik kat Wad kecemasan tempoh hari. baca link ni => sakit, time menunggu nebulizer nak habis. Ada gak cik snap snap gambar. Gmbr ubat, jarum, darah.. eh, banyak la.. Sume tu tak transfer lagi. nak letak kat blog la konon.. Tinggal harapan je la.

Jadi, menggantikan gambar original yang takde, mari kita saksikan gambar ala ala macam cik punya..

Marih...


Hardcore tak.. ni spesis takde penyakit carik penyakit. Mat gian

Gambar kedua tu memang saja nak kena la tu. Eh, napa tak hunus je kat leher. Biar keok terus. Diorang ni jenis senang carik urat gamaknya. jenis urat tak berselirat. cucuk sekali je dadah masuk darah. pastu lalok. 'oh indahnya dunia..' Ea?..

Sepanjang hidup cik la.. Dari sehalus halus jarum sampai sekasar kasar jarum pernah sumbat kat urat ni. Tak jumpa kat tangan, kat kaki.. kalau tak jumpa jugak nak shave rambut cari urat kat kepala pulak. Janji boleh sumbat dadah cepat. Tu kerana cik sakit. Ni yang sihat walafiat sejak azali sesaja nak tempa maut pehal?..

Pengalaman paling sial pernah cik lalui pasal pencucukan ni. Doktor nak amek darah kat nadi tangan. kau tau ke nadi kat mana. dia terletak betul betul tengah tulang pergelangan tangan. bila hunus jarum halus tu 3/4 mesti terbenam. Jarum pulak dicucuk menegak.

Rasa dia macam shit sikit. Ngilu campur sakit campur nak hentak kepala doktor. Lepas doktor main mainkan jarum bagi betul masuk kat nadi. Rasa jugak jarum tu macam terlanggar tulang. Tak dapat kanan pi kiri pulak. Paling lama dia menggode tangan cik dalam sejam gitu. Selagi tak dapat darah selagi tu dia takkan blah dari katil. Mau tak mengalir airmata. Dalam otak pikir 'hancur la daging aku'..

Bila doktor cakap sikit je lagi sikit je lagi. Dalam hati cik 'kepala hotak kau Doktor. Aku da sakit la bodoh..' memang rasa nak terajang dia time tu jugak. Motif amek darah ditempat paling sensitif? kononnya nak cek samada cukup oksigen tak dalam darah. oh niceeeee sangat. Meh aku cucuk kat nadi kau pulak meh!

Pendapat cik la. Doktor ni bukan tau buat keje sangat. Baik cik serah lengan kat MA takpun nurse. Doktor ni tau teori je. Praktikal hancur. Serius weh. Ni kes hospital gomen la. Kalau swasta cik tak pakar. Ha, lagi satu. Jangan la pi hospital yang banyak doktor pelatih. setiap 5 minit sekali akan ada diorang datang kacau kau kat katil.

Bila pergelangan tangan lebam lebam harus lah orang consent kannn.. makcik tukang jaga katil sebelah tanya,

Sakit apa masuk hospital,nak? Cuba bunuh diri ke - makcik sibuk

Eh, memang pantang bagi cik orang sendiri bertanya sendiri nak jawab kannn..

ooo, nie?! (sambil show off lengan lebam) saje main toreh toreh. Nak nak lagi ada orang tolong torehkan. Memang suka suka, makcik - cik

Cinnabon.. apa, kau suka ke tengok orang mati bunuh diri kat sebelah katil anak kau.. cis makcik. ni semua angkara doktor lahh..

So, sape sape rasa nak cuba dadah baik jauhkan la.. tak pekdahnya.. mula mula rokok, pastu main pil, pastu dadah pulak.. ada otak pikir la.. Yang sakit tu nak sangat baik. yang sihat tu jangan la tempa penyakit. Memang tak sayang nyawa la diorang ni.

~ Ada ke mat gian baca blog blog ni sume.. takde kot.. jadi ini dibaca buat tatapan kaum keluarga si mat gian. cepat la hantar orang tersayang tu kat rumah pengasih.

ok bye

Monday, February 7, 2011

Realiti Hidup

Renungan...