Showing posts with label entry pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label entry pengetahuan. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Sifat Ingin Tahu 2

Belum tahu anda kategori apa? sila klik sifat-ingin-tahu  untuk mencari jawapan

Jika jawapan A, kebanyakan situasi kau bergantung (dependent) kepada seseorang.

Jika jawapan B, kebanyakan situasi kau berusaha buat sendiri (independent) kalau terdesak sangat baru minta pertolongan.

Ini yang cik dapat dari Buku motivasi. kalau dia salah. tandanya cik salah lah. Kalau dia betul maknanya teori ni boleh digunapakai. Tapi pendapat cik, bukan 100% betul tapi ada benarnya.

Cuba tengok lelaki. Cik pasti kalau sesuatu melintas kat tingkap bilik dia. Sure dia pi check benda apa yang lalu tu. Lagi lah buat dia berani kalau nak protect orang tersayang. Bini or family. Dia rasa dah jadi tanggungjawab ketua keluarga menyelesaikan masalah walaupun ada rasa takut. Itu Independent. Sesuai sangat sifat ego yang dimiliki lelaki. yea, ego bertempat.

Itulah gunanya wanita penakut. Supaya lelaki boleh tunjukkan kejantanan yang sebenar. Ek?

Untuk cik, jawapan yang sesuai adalah B. kalau ada sesuatu kat tingkap. Lagi mata cik nak terbeliak sambil otak ligat pikir "pebenda la tuh? Pocong kot, dia je kaler putih. Ke orang minyak sebab lembaga tu kaler hitam. ke Orang datang nak samun".Lepas tu cik bukak tingkap nak say hai. Serius Sifat ingin tahu melebihi rasa takut. Ayat paling mudah hati besar untuk mengetahui sesuatu sampai lubang cacing.

Ini kisah dulu kala. Relate kepada soalan dan jawapan SIFAT INGIN TAHU

Berkenaan Kisah Misteri..

Pernah sekali tu, Pi kelas REPS- study group malam time duk hostel (camni ek eja dia, tah lupa. lama dah tinggal zaman dok dorm). Ramai member sanggup study kat cafe je dari study kat kelas. Sebab pakcik guard kata tempat ni keras. Cik ni jenis selagi belum sahih depan mata. Jangan harap nak percaya. Tariklah telinga dengan kedegilanku.

Sorang sorang ni lalu surau. Kosong dan gelap. Dalam hati cik. Takkan setan nak muncul dari surau kot. tempat suci ni. Lepas tu kat hujung lorong nampak kucing hitam duduk sambil pandang direct tengok cik. Mata merah wokeh. Buat cam bese. 'Pedehal kucing biarlah dia nak main pun'. 2 3 hari lepas tu, sedar sedar cik kat hospital. Koma. Gila tak?

Bangun dari koma, kepala terhangguk hangguk macam nenek kebayan. Lepas kuar dari hospital ayah cik bawak pi berubat pulih semangat semua. Cik balik hostel macam biasa. Instead of terpaksa mengharungi orang tengok kita macam tengok hantu. Cik tak peduli. Dari sehari ke sehari cik nak tahu sape dia kucing hitam tu.

Tiap malam kelas reps (silalah betulkan kalau salah), cik pi balik tempat jumpa kucing hitam tu. Jantung ni laju takut tapi kaki ni jalan jugak sepanjang lorong tu. Maksudnya sifat ingin tahu sangat menebal. Kalau jumpa kucing tu cik nak azan kat  telinga dia. kalau dia hilang maksudnya ENTITI menyerupai kucing. kalau ENTITI ni muncul cik nak tau apa hajat dia tenung cik pada hari berkenaan. Kalau dia dok diam tandanya itu memang kucing (tapi kesian sebab dia dipilih menjadi kucing berbulu hitam. Dah semua orang takut kucing hitam.)

Pernah tanya kat pak guard. kucing hitam tu memang ada berlegar sekitar tempat ni. Selalu jumpa kat sungai belakang hostel. Then, cik carik kucing tu tiap petang sebelum Maghrib. Sorang2 wokeh. Pernah jumpa sekali tapi jarak jauh. Dia perhati cik sama macam dia perhati malam tu. Agaknya penat kot tengok muka yang sama last last dia blah macam tu je.

Cik tak dapat rungkaikan misteri kucing hitam tu. Cik suspect nenek kebayan menyerupai kucing hitam lar. sebab lepas bangun dari koma kepala terhangguk hangguk macam nenek tua. Apa dia nak dari cik, tak tau.

Sehingga ke hari ini kalau jumpa kucing hitam, automatik cik nak azan kat telinga dia. Macam kelakar kann.. tapi kalau sebut 'Allah' tu konon konon ENTITI takut lah.. LOL, mana datang la teori ni. Dulu pahit sekarang pengalaman ni jadi manis bila terserempak dengan kucing kaler hitam.


Say hi to kucing hitam 


Berbalik kepada sifat ingin tahu dan hati besar. Sejauh mana berani dan independent nye korang merungkai sesuatu perkara dalam hidup ni? fikir fikirkan

Monday, August 15, 2011

Sifat Ingin Tahu

Sila jawab soalan ini bagi mewakili sifat anda


Pada satu malam yang hening, anda tidur sorang sorang dalam bilik. Dan katil anda menghadap tingkap. Anda seperti terbayangkan sesuatu melintas. Apakah tindakan anda;

a) Tutup mata, tarik selimut, membelakangi tingkap dan baca pape ayat yang patut sebab TAKUT

atau

b) Bangun, tarik langsir, bukak cermin tingkap. Usha apa kat luar sebab sifat INGIN TAHU mengatasi segalanya.

Kalau A, anda adalah seorang _____________________

kalau B, anda adalah seorang ______________________

Esok la cerita..! jawab dulu k. hmmm




Wednesday, April 6, 2011

pengumuman

Pada siapa siapa nak dvd jm 3o days shred. tuan jual dvd tu ada komen kat previous entry. korang add la dia kat fb.sebab katanya dia stop bloging untuk tempoh masa yg tak tau sampai bila. see enaz, cikxxx tukang promot bisnes u..apa yg ai dapat ek..agak dapat percutian 2 hari 3 malam kat genting tak? hehe..

Friday, February 11, 2011

Polar HR

Hari ni internet macam siput B***. Terngut ngut pastu refresh banyak kali baru ok..

Hei Telekom, staff korang tak buat keje ke.. awat server sini asyik problem je lately. ~nada seorang boss..ngahngah

Sudah la tu marah, cik oi. Jangan marah nanti cepat tua. Bila tengok cermin sepertinya ada kedut diwajah..Dah tua ke..? takmo lagi... nak kawen dulu... :(

Ok, berbalik pada gambar entry lepas... hehehe, cik lama idam benda ni weh..Usha usha usha..dah berada kat pergelangan tangan cik pun :D yeahh!! tak tido malam nkoo.. Dok gode gode tengok function apa yang ada..

Kenapa cik perlukan ni bukan la untuk menjadi atlet. Bukan jugak menjadi Safee Sali. Eh, apesal main tuk Indon, takde negara lain ke nak tunjukkan bakat. Bangga la tu setakat over the sea. Ceh.. kerat jari la lepas ni banyak laser tala kat muka kau pulak. Ok, enough membebel. Selingan...biasa la...

Sejak 2 bulan lepas. bila cik workout je degupan jantung laju dari kebiasaan. Ni bukan biasa biasa macam cik workout selalu tu. Yang amat hampir collapse. Bila peluh percik hebat tu. Asma mesti datang. Asma ni jenis datang dia attack terus tak bernafas. Macam ada orang cekik.. Gila ah.. oksigen oksigen

Jadi, function jam ni cik boleh pantau setiap masa heart beat sepanjang workout. Pada masa sama boleh pantau kesihatan cik jugak. Taknak sampai maksima rate. 80% je cukup. .. Lebih dari tu mau sakit jantung pulak kang. Ada sape sape oferkan diri bawak cik gi HKL?.. Jadi cik boleh pantau time bila workout hardcore time bila kena slow down.. huhu

Jam ni akan di set setiap kali sebelum workout. Habis train nanti dia show Duration, Calories, HeartBeat Average n Maksimum, Fat Burn, Fitness (ni cik taktau menatang ape. Tengah gode lagi carik dia nak show apa)... Gila ah, heaven betul analyse badan sendiri..

Ingat nak amek kaler hitam merah. Tapi kata Fitness Concept tu, itu new model. mungkin In Stock bulan depan. Mungkin stock takkan sampai sampai. Cilakak... saje je kannn suruh cik beli kaler lain. Pastu pastu pastu, masa beli kannn.. cik try sarung dulu. kot kot tak muat tuk tangan cik. Pastu dah sarung datang adik FC tu nak setting pape yang patut. Jam kan kecik kann.. dan jarak kami adalah saaangat rapat.. Auwmm... best la bau ko dik.. Perfume ape dik.. of cos la lelaki..dengan perempuan takde nya cik bergedik begini. ouh, adik comey..nanti ahkak koling koling u eh.. nasib baik kau muda tau. kalau tak jam tu jugak ahkak takel.. nyum...

Ni lah kaler yang cik idamkan tu..


smart look


takde rezeki..takpe ar, kaler gold pun ok what. :( macam mainan je cik tengokk..

~ Takpe ar, yang penting lepas ni rajin workout..

Friday, July 16, 2010

Wanita Paling Gemuk Kesal Layanan Buruk Hospital



CHELMSFORD - Seorang wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler (gambar), 40, mendakwa doktor-doktor di sebuah hospital dekat rumahnya di sini sengaja membiarkan dia supaya mati kerana tubuhnya amat gemuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang memiliki berat 286 kilogram kini menghabiskan masa di atas katil hospital dengan ditemani suaminya, Tyler selain menggunakan topeng oksigen bagi membantu pernafasan.

Ibu empat anak itu mendakwa, pihak hospital membatalkan satu pembedahan pintasan usus yang melibatkan kos £30,000 (RM147,496) disebabkan tubuhnya terlalu besar bagi menjalani pembedahan.

"Tiada sesiapa yang mahu bersimpati dengan nasib orang gemuk," kata Sharon.
Pada mulanya, berat badannya normal ketika dia berkahwin pada usia 20-an.

Berat badannya bertambah selepas dia menjadi penagih makanan kesan daripada tekanan selepas melahirkan anak. - Agensi

* Kesian wanita ni. Apa akan jadi pada 4 anaknya jika umurnya tak panjang.

Wednesday, July 7, 2010

Pernah Minum 20 Tin Coke Sehari



BENTUK badan terkini Lisa McKay.



LONDON - Berat seorang wanita, Lisa McKay meningkat dengan mendadak sehingga mencecah 120.6 kilogram (kg) gara-gara ketagihannya meminum minuman berkarbonat Coca-Cola sebanyak 20 tin sehari, lapor sebuah akhbar semalam.

Akibat ketagihannya itu, dia sanggup bangun pada pukul 4 pagi untuk minum minuman tersebut.

Pada usia 24 tahun, McKay perlu membeli dua kerusi ketika menaiki kapal terbang dan akan berasa keletihan walaupun berjalan sejauh beberapa meter.

Namun akhirnya, ibu kepada dua orang anak itu terpaksa menjalani satu pembedahan di Hospital Dolan Park kerana masalah kegemukannya. Selepas pembedahan itu, dia mengharamkan minuman Coca-Cola di rumahnya.

Kini, McKay sudah berjaya mengurangkan hampir 63.5kg berat badannya.

"Bukan senang menghilangkan ketagihan minum Coke. Saya mengalami simptom yang serius seperti menggeletar selepas berhenti meminumnya," kata McKay yang turut gemar memakan makanan ringan dan snek.

Dia menyedari perlu melakukan sesuatu mengenai berat badannya apabila badannya tersangkut di kawasan permainan kanak-kanak ketika menemani anaknya dan menyifatkannya sebagai satu pengalaman yang memalukan.

"Saya sekarang hanya mengambil 1,000 kalori sehari."

"Saya makan dua keping roti bakar untuk sarapan, sebiji pisang dan oren pada waktu makan tengah hari dan menjadikan sayur-sayuran sebagai juadah makan malam," kata McKay. - Agensi

* Berat dia sekarang 57.1kg. Wowww!

Tuesday, July 6, 2010

10 Tips Motivati Kurangkan Berat Badan





  1. Be Realistic! Pastikan goal weight loss anda realistic. Mulakan dengan matlamat dengan kecil seperti 1kg dalam masa 2minggu.
  2. Baju Lama! Buka almari dan keluarkan baju lama anda yang cantik tetapi tidak muat lagi. Jadikan ia sebagai azam untuk anda so that one day you can wear them again.
  3. Beli Buku! Keluar dari rumah dan beli buku atau ebook. Dengan pembelian buku, ia boleh menjadikan pendorong semangat untuk mulakan “kehidupan” yang baru.
  4. Buku yang mana satu? Pastilah ebook “Kurangkan 5kg Dalam Masa 5 Minggu” untuk RM20. Dapatkannya online di sini.
  5. Jangan terlalu drastik! Bila menyusuan jadual pemakanan ataupun senaman yang baru, jangan terlalu drastik. Buatlah perubahan yang sederhana supaya ia tidak memberikan shock kepada diri anda.
  6. Dapatkan Inspirasi. Get inspiration daripada mereka yang telah berjaya mengurangkan berat badan. But pastikan case study berkenaan relevant dengan gaya hidup anda. Example, kisah Hafiz kurang 12kg dalam 11 minggu atau Adalina kurangkan 25kg boleh dijadikan inspirasi tetapi jangan tertipu dengan produk2 komerisal and TV.
  7. Keep track! Mulakan blog atau journal sendiri adalah idea yang bagus. Ia menunjukkan committment anda kepada matlamat dan forces you to keep track as orang ramai semuanya ingin mengetahui progress anda.
  8. Gambarkan Diri. Bayangkan diri anda apabila sudah kurus dan kelihatan mantap …. imaginasi anda perlu menjadi pendorang utama sebagai goal setter. Selepas anda bayangkan diri anda yang kurus, fix that image in your head dan mulakan transformasi anda. It is never too late to start!
  9. It is never too late to start. Jangan lengahkan masa lagi. Andalah pendorang dan motivator diri anda yang nombor satu
  10. Kaji Selidik! Buatlah research mengenai keburukkan, penyakit dan macam2 masalah yang boleh dihadapi sekiranya anda tidak mengurangkan berat badan ke tahap normal. Let that be your motivation to lose weight.
  11. Jangan Simpan Makanan Ringan Di Rumah! Makanan ringan adalah pitfall atau kelemahan semua orang. Sebagai langkah permulaan, “buang” segala makanan ringan. Aktiviti membuag snacks pun sebenarnya can be symbolic dan motivasikan anda. Just do it!
  12. Dapatkan Jurulatih! Sekiranya anda mampu, dapatkan seorang jurulatih peribadi (seperti saya) untuk membimbang dan motivasikan diri anda. Bila memilih seorang trainer, pastikan anda selesa dengan cara dan philosophy mereka and yeah, tidak perlu engage trainer sampai bila2 – 1-2 session pun ok to get you started.

    informasi bagus dari Kevin Zahri.

Tuesday, June 1, 2010

Dumbell Bukan DumbAss

Haha, sangat happy hari ini. :-)...
Dumbell sudah berada di genggaman cik. Baru beli semalam. Agak payah pencarian ye. 

Cari kat Fitness concept Pavilion. Dumbell yg cik nak tggl sebelah jerk. Apa barang sebelah. tak kaw ar muscle tak naik sgt an.. Berlari jugak carik kat KLCC. fuyoo..giler banyak pilihan..

Cik berkenan ngan yang ini
Adus, jatuh cinta dah weh... adjustable dumbell 7.5kg sebelah. harga 1 set RM198. Alamak lari budget ar. Tapi... nak beli jugak satu hari nanti. Last2 cik amek yg 5lb punye. Harga ..jap2 tgk resit jap.....Harga dia RM44.60 sepasang. Kaler Merah ko.. Agak2 RedMummy marah tak. Warna kegemaran dia tuh..

Bermula lah perjalanan cik membina otot di sekitar upper body. Takmau lembik2 takmau.

* Misi, kasi balance upper n lower body. Boleh?


Tuesday, May 25, 2010

The 'No Rice' Diet?

 We have all heard about this one. People staving away from rice (or nasi) in the hopes to lose weight. Now it works for some and probably doesn’t work for others but whatever the outcome, at the end of the day, its not rice at fault. Let me explain:

Why It Works

Now as all know that weight loss is about about calories – eating more than you need will lead to weight gain. Now cutting our rice completely can make up about 500-600 calories per day (probably a decent average for most Asians or Malaysians). So cutting out say 500 calories per day workout to be 3,500 per week or 15,000 calories per month. When converted to kgs, that’s 0.45kg or 1.95kg respectively. So clearly, as long as you are creating that kind of calorie deficit, you will lose weight

Why it Does Not 

There are two problems with the “no rice” diet. If you replace your rice with say breads, fruits or pasta, you are in fact not changing anything at all as they all are carbohydrate sources. The idea of getting rid of rice is all about getting rid of carbohydrates. Period! Secondly, rice is our staple food! For how long can you completely ignore rice. Sooner or later most people will go back to rice and if they don’t watch the quantity of rice, they will surely regain the weight again!
Verdict: The problem is not rice. Its the amount of rice or calories we consume. Rice is an important source of energy but again, we Malaysians eat too much rice. In a single serving you only need about a fistful of rice. That’s it! It is your choice to go on a “no rice” diet but at the end of the day, you need to make a decision that is based on know-how and not what is popular.

souces: Kevin Zahri Blog

* Anda tentukan diet anda

Thursday, May 20, 2010

Dipecat Kerana Bertubuh Gemuk


GAMBAR menunjukkan tubuh Lance Padersen yang dipecat kerana dianggap oleh majikannya memiliki tubuh yang gemuk.



BRISBANE - Seorang lelaki, Lance Padersen mendakwa dia dipecat daripada bekerja di sebuah kilang gula pada Isnin lalu kerana memiliki tubuh yang gemuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 57 tahun pada mulanya bekerja sebagai pemandu trak angkat susun di kilang Golden Circle itu tetapi ditukarkan ke bahagian makanan dan minuman pekerja.Padersen berkata, selepas menjalani satu pemeriksaan kesihatan, pihak pengurusan kilang tersebut menyatakan dia tidak cergas untuk bertugas di bahagian baru itu.Menurutnya, pihak pengurusan kilang memberi alasan kesihatan seperti tubuhnya yang terlalu gemuk dan penyakit lutut yang dihadapinya.

Padersen yang telah bekerja selama 14 tahun di kilang itu memfailkan aduan pemecatan tidak adil di sebuah agensi pembela pekerja kelmarin.Dalam aduan itu, dia menyatakan majikannya tidak memberi sebarang amaran mengenai tahap kesihatannya.

Seorang pegawai Kesatuan Pekerja Kebangsaan Australia, Duncan Pegg berkata: "Dia lebih daripada layak untuk melakukan pekerjaan asalnya."

Bagaimanapun, ulasan yang diberikan oleh syarikat Heinz Australia yang memiliki kilang itu ialah: "Pihak Golden Circle mempunyai kewajipan bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan untuk semua pekerja kami. Justeru, kami tidak mampu untuk terus menggaji Padersen."

Pemecatan itu menyebabkan hidup Padersen sukar kerana dia dan pasangannya masih mempunyai hutang bank yang perlu dibayar.

* Gemuk menyusahkan diri sendiri bukan

Monday, May 10, 2010

DVD WORKOUT

Malas betul kena bersiap tuk pi jogging. Pastu malas betul pi sorang2. klu geng ada pun bukannye tiap kali nak jog dia sentiasa di sisi. Pastu lagi, alasan takde masa. Blk keje dah lewat tak kan nak pi jog kul 7 mlm kot. Weekend pulak macam sayangkan bantal dari segalanya.

Pi Gym, lagi lah hai.. memerlukan kos yg banyak. Lagi pulak, gim yg hebat2 tu kena ada kontrak bagai. paling singkat pun setahun. hui, takut tak boleh commit. Pastu nak letak beskal tak begerak kat umah, mahai weh. Lagipun umah tingkat 4, idak le larat bawak naik ke atas.

Ha, macam2 alasan mengelak dari workout. Bese la tu, nama pun manusia. dari sifat tak pernah puas... terkenal jugak ngan sifat berusaha cari banyakkk alasan. ok, apa penyelesaiannya?

Workout kat rumah lar.. selain jimat masa jimat jugak wang ringgit anda. Lepas ada niat tuk workout kat rumah apa pulak kite kena buat?

Cari DVD2 yg menyemangatkan diri tuk workout. cari la yg senonoh sikit dan terbaru. Bukan DVD tahun jepun tonggek punye hek. DVD rakamannya tahun 2000 ke atas kira okay la. Kalau DVD lama sangat, nafsu nak workout boleh luntur jam2 tu jugak.

Memandangkan banyak request tanya pasal DVD workout JM (Jillian Michael) yg cik buat tu. Cik letak entry ni.

Kalau korang rajin an, sebenarnye cik dah bagi hint kat part comment entry sebelum ni pasal kat mana nak cari DVD ni. Mungkin korang bukan rajin sgt nak tgk entry2 sebelum kan, jadi cik merajinkan diri kasi link dia skrg.

DVD JM ni susah nak carik kat pasaran Malaysia. Cari lah kat speedy ke Video Ezy ke.. memang hampeh la di adakan. Yg banyak DVD erobik zaman jepun tonggek, takpun step poco2 dikelola wanita2 indo. Yg boleh tahan sikit pun DVD ajar kite step menari. kire berselera la skt. takpun DVD Paula Abdul. Jadi, apa yg kite perlu buat...

Cik surf tenet. cari2 punye cari, jumpa satu blog ni. Ada la sorang hamba Allah ni bisnes copy DVD JM then jual (hui, byk untung tu..selain dapat pahala la dapat tolong org buang lemak). Walaupun copy tapi dia siap compile sume workout JM. Boleh pasang kat Lappy dan sesetengah player DVD boleh main jugak. Bagaimana dengan 'hakcipta terpelihara', cik tak boleh komen. sila tanya kat penjual DVD ini.

Nah, terhenjut2 la korang kat ruang tamu ber workout ngan JM. Macam org gila? ala yg tgk pun seisi rumah je. klu malu jugak pi dok diam2 kat bilik.Tupun klu space lebar la. Jgn lupa kunci pintu..

Lihatlah hasilnye nanti, sure puas hati. Jgn gila workout sampai muscle ketak2 pulak. nanti takut kawan nak dekat. hahaha

* Link si jual DVD,  JM DVD
klu dia tanya tau mana, sebut2 la nama Cik Xxx. mesti dia kasi diskaun..hehe

Monday, May 3, 2010

Apakah Jenis Gemuk Anda

Bagaimana Mengenali Jenis gemuk anda?

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :-

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN
– Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.
GEMUK DAGING – Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

* Nak tambah, gemuk air memang berat boleh turun dengan mudah..tapi pada masa yg sama boleh juga naik dgn cepat.

Cik Gemuk Air n Gemuk Angin.
~ lengan yg mengelebeh skrg
~ perut mudah kembung, masuk angin dan jika tak kentut atau sendawa perut mudah mengeras.

Friday, April 2, 2010

Penting menikmati sarapan


SELEWAT mana pun anda bangun tidur, pastikan anda makan sesuatu. - Gambar hiasan.


INGIN ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

"Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei.

Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.

Berat badan dan mood

Siew Wei berkata, memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.

"Tidak menghairankan, jika diberi sarapan yang kaya dalam karbohidrat yang kompleks seperti roti jagung, minuman bijirin penuh dan sarapan bijirin penuh, akan meningkatkan paras glukos otak," kata beliau.

Makan untuk turunkan berat badan mungkin satu konsep yang paradoks kepada sesetengah orang. Namun begitu, kajian telah membuktikan bahawa makan sarapan pagi membantu membendung selera anda untuk hari berkenaan di samping mempertingkatkan metabolisme . Ini sudah pasti membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan.

Siew Wei berkata, peningkatan metabolisme bermula dengan pembakaran maksimum jumlah kalori untuk menjana aktiviti anda.

Adakah anda seorang penggemar karbohidrat yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan? Sarapan pagi adalah masa terbaik untuk mengambil karbohidrat memandangkan anda mempunyai masa sepanjang hari untuk membakar dan menggunakannya sebagai tenaga untuk badan dan otak untuk bekerja. tetapi, pastikan untuk memilih bijian penuh yang tinggi serat.

Pengambilan karbohidrat waktu pagi adalah 'lesen' untuk anda tanpa menjejaskan usaha menguruskan badan.

Siew Wei berkata, mereka yang meninggalkan sarapan pagi juga dilihat cenderung memilih makanan yang mengandungi tinggi kalori pada waktu makan berikutnya. Untuk jangka panjang, ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik.

"Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

"Hasilnya mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi setiap hari adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan," kata beliau.

Rutin pagi

Satu lagi kajian oleh Universiti Texas, El Paso di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mengambil sarapan pagi boleh meningkatkan pengeluaran leptin, sejenis hormon yang menyekat selera.

Bagaimanapun kajian Nutrisi Dewasa Malaysia (2003) menunjukkan bahawa satu daripada 10 orang dewasa Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.

Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.

Alasannya? Daripada 11,371 pelajar sekolah rendah, 45 peratus berkata, mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana tidak mempunyai masa, 22.2 peratus tidak lapar manakala 17.6 peratus tidak berselera.

"Tiada selera atau tiada masa untuk sarapan pagi adalah sama dengan 'saya tidak mempunyai masa untuk bersenam' sebagai alasan," kata Siew Wei.

"Jika anda mahu membiasakan semula diri untuk bersarapan pagi tetapi 'tiada selera' menjadi halangan, mulakan dengan sesuatu yang sedikit dan senang untuk disediakan dan tumpukan perhatian untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin pagi," katanya.

Tiada istilah lambat untuk sarapan pagi! Sarapan pagi ditafsirkan sebagai hidangan pertama pada hari anda yang perlu diambil dalam tempoh satu jam selepas bangun daripada tidur.

"Jadi, walaupun anda bangun hampir waktu makan tengah hari, makanlah sesuatu. Ia masih dianggap sarapan pagi," kata Siew Wei.

Sesetengah kita mungkin memilih untuk menunggu waktu makan tengah hari dan mengambil kedua-duanya sekali. Siew Wei menasihatkan agar ini tidak dilakukan.

"Sarapan pagi adalah permulaan pengambilan makanan selepas 'berpuasa' waktu tidur, jadi sekiranya anda bangun lewat, jangan tunggu untuk hidangan makanan selepasnya. Makan dulu sesuatu.

"Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan," katanya. - Bernama


* Jadi makanlah Breakfast, jgn terus brunch. bahaya tuk kesihatan

Wednesday, March 31, 2010

Diet Atkins menurut pendapat Kevin Zahri

semalam cik tanya kat kevin zahri kat facebook (pakar pemakanan tu, ala yg jadi cikgu fitness kat AF dulu tu) pendapat dia tentang Diet Atkins.

Cik nak share kat u all. manalah tau membantu. ni just pendapat. Jgn follower Atkins marah pulak erk.

soalan,

Cik xxx
Apa pendakat Kevin tentang diet Atkins?

Kevin Zahri
Hello XXX, like any diet .... its really a personal choice ... what works for some, may not work for others .... now for Atkins, I personally feel that:

YES - you will lose weight as you cut out carbs completely. Carbs are the most dominant macro-nutrient in your diet.
NO - I dont think the Atkins diet is sustainable long term as carbs are much needed and bring you joy as well....

My advice: You can go on the Atkins diet for as long as you need 2 but be careful once you get off it coz otherwise you will just regain the weight semula ...Hope this makes sense.
Yesterday at 11:34am · Report

*gitulah yea. kredit thanx to kevin sebab sudi menjawab soalan tanpa sbrg bayaran. kata pakar pemakan yea dok.

sihat melalui pilihan makanan



Pilihan sayur-sayuran berwarna terang membantu merangsang sistem imun badan.
- Gambar hiasan



BERAPA kerap anda mendapat selesema atau batuk? Adakah luka yang anda alami mengambil masa yang agak lama untuk sembuh? Adakah anda sering mengalami keletihan amat sangat atau sakit kepala? Semua gejala di atas merupakan simptom-simptom penyakit yang kerap mengganggu sistem imunisasi tubuh manusia yang setiap waktu dikeliling bakteria dan virus.
Untuk itu selain mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam dan menjaga pemakanan, setiap individu juga dinasihatkan memantau kedudukan sistem daya tahan badan.
Pakar Terapi Rawatan Semulajadi dan Nutrisi Kordel, Esther Peh berkata, untuk meningkatkan sistem daya ketahanan badan, pemilihan kombinasi makanan yang berkhasiat amat penting di samping pengambilan vitamin-vitamin tambahan.
Jelas beliau, tabiat mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula tetapi kurang atau tidak langsung melakukan senaman juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada gangguan sistem daya ketahanan badan seseorang.
''Corak pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat mengakibatkan masyarakat Malaysia hari ini mudah dijangkiti penyakit.
''Ini kerana dunia yang semakin maju turut mengakibatkan gaya hidup serta pemakanan masyarakat hari ini menjadi semakin moden.
''Ia ditambah pula dengan kesibukan bekerja dan tiada masa untuk bersenam yang secara tidak langsung menjadi penyumbang untuk dijangkiti penyakit berjangkit,'' ujarnya ketika pada forum terbuka mengenai gaya hidup sihat di Pusat Perubatan Sunway, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tambah beliau, untuk merangsang daya ketahanan badan, disaran agar minum banyak air - sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Selain itu, seseorang individu turut dinasihatkan mengamalkan diet yang seimbang di samping memperbanyakkan pengambilan sayuran serta buah-buahan berwarna terang.
Senaman juga salah satu cara paling cepat dan berkesan untuk merangsang sistem imun badan.
Rehat dan tidur yang mencukupi juga salah satu cara untuk tampil sihat.
"Tidur adalah salah satu cara terbaik untuk merehatkan badan dan disarankan agar tidur antara enam atau tujuh jam satu malam.
"Selain itu elak ketagihan terutama alkohol, dadah dan rokok kerana semua itu boleh merosakkan sistem imun kita," katanya.
Dalam pada itu menurut Esther, mengurangkan pengambilan ubat juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan sistem ketahanan badan.
Ini kerana pengambilan terlalu banyak ubat akan menjejaskan sistem pertahanan badan disebabkan kandungan dadah di dalamnya.
Bagi penyelesaian kepada masalah sistem imunisasi badan, Esther menyarakan agar orang ramai mengambil kombinasi vitamin seperti vitamin C, zink dan selenium
Ketiga-tiga kombinasi vitamin tersebut merupakan kombinasi yang bagus kerana ia memberikan perlindungan yang diperlukan.
''Ini kerana ketiga-tiganya mempunyai peranan masing-masing dalam memberi perlindungan kepada sistem imunisasi badan anda,'' katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa vitamin C banyak terkandung dalam buah kiwi berbanding buah oren di samping buah jambu dan betik.
''Seperti yang kita ketahui vitamin C terkenal sebagai perangsang daya tahan dan juga diperlukan dalam pembentukan kolagen.
''Pada masa sama, ia turut mengekalkan sistem imun badan di samping mempercepatkan proses penyembuhan,'' katanya.