Tuesday, August 16, 2011

Sifat Ingin Tahu 2

Belum tahu anda kategori apa? sila klik sifat-ingin-tahu  untuk mencari jawapan

Jika jawapan A, kebanyakan situasi kau bergantung (dependent) kepada seseorang.

Jika jawapan B, kebanyakan situasi kau berusaha buat sendiri (independent) kalau terdesak sangat baru minta pertolongan.

Ini yang cik dapat dari Buku motivasi. kalau dia salah. tandanya cik salah lah. Kalau dia betul maknanya teori ni boleh digunapakai. Tapi pendapat cik, bukan 100% betul tapi ada benarnya.

Cuba tengok lelaki. Cik pasti kalau sesuatu melintas kat tingkap bilik dia. Sure dia pi check benda apa yang lalu tu. Lagi lah buat dia berani kalau nak protect orang tersayang. Bini or family. Dia rasa dah jadi tanggungjawab ketua keluarga menyelesaikan masalah walaupun ada rasa takut. Itu Independent. Sesuai sangat sifat ego yang dimiliki lelaki. yea, ego bertempat.

Itulah gunanya wanita penakut. Supaya lelaki boleh tunjukkan kejantanan yang sebenar. Ek?

Untuk cik, jawapan yang sesuai adalah B. kalau ada sesuatu kat tingkap. Lagi mata cik nak terbeliak sambil otak ligat pikir "pebenda la tuh? Pocong kot, dia je kaler putih. Ke orang minyak sebab lembaga tu kaler hitam. ke Orang datang nak samun".Lepas tu cik bukak tingkap nak say hai. Serius Sifat ingin tahu melebihi rasa takut. Ayat paling mudah hati besar untuk mengetahui sesuatu sampai lubang cacing.

Ini kisah dulu kala. Relate kepada soalan dan jawapan SIFAT INGIN TAHU

Berkenaan Kisah Misteri..

Pernah sekali tu, Pi kelas REPS- study group malam time duk hostel (camni ek eja dia, tah lupa. lama dah tinggal zaman dok dorm). Ramai member sanggup study kat cafe je dari study kat kelas. Sebab pakcik guard kata tempat ni keras. Cik ni jenis selagi belum sahih depan mata. Jangan harap nak percaya. Tariklah telinga dengan kedegilanku.

Sorang sorang ni lalu surau. Kosong dan gelap. Dalam hati cik. Takkan setan nak muncul dari surau kot. tempat suci ni. Lepas tu kat hujung lorong nampak kucing hitam duduk sambil pandang direct tengok cik. Mata merah wokeh. Buat cam bese. 'Pedehal kucing biarlah dia nak main pun'. 2 3 hari lepas tu, sedar sedar cik kat hospital. Koma. Gila tak?

Bangun dari koma, kepala terhangguk hangguk macam nenek kebayan. Lepas kuar dari hospital ayah cik bawak pi berubat pulih semangat semua. Cik balik hostel macam biasa. Instead of terpaksa mengharungi orang tengok kita macam tengok hantu. Cik tak peduli. Dari sehari ke sehari cik nak tahu sape dia kucing hitam tu.

Tiap malam kelas reps (silalah betulkan kalau salah), cik pi balik tempat jumpa kucing hitam tu. Jantung ni laju takut tapi kaki ni jalan jugak sepanjang lorong tu. Maksudnya sifat ingin tahu sangat menebal. Kalau jumpa kucing tu cik nak azan kat  telinga dia. kalau dia hilang maksudnya ENTITI menyerupai kucing. kalau ENTITI ni muncul cik nak tau apa hajat dia tenung cik pada hari berkenaan. Kalau dia dok diam tandanya itu memang kucing (tapi kesian sebab dia dipilih menjadi kucing berbulu hitam. Dah semua orang takut kucing hitam.)

Pernah tanya kat pak guard. kucing hitam tu memang ada berlegar sekitar tempat ni. Selalu jumpa kat sungai belakang hostel. Then, cik carik kucing tu tiap petang sebelum Maghrib. Sorang2 wokeh. Pernah jumpa sekali tapi jarak jauh. Dia perhati cik sama macam dia perhati malam tu. Agaknya penat kot tengok muka yang sama last last dia blah macam tu je.

Cik tak dapat rungkaikan misteri kucing hitam tu. Cik suspect nenek kebayan menyerupai kucing hitam lar. sebab lepas bangun dari koma kepala terhangguk hangguk macam nenek tua. Apa dia nak dari cik, tak tau.

Sehingga ke hari ini kalau jumpa kucing hitam, automatik cik nak azan kat telinga dia. Macam kelakar kann.. tapi kalau sebut 'Allah' tu konon konon ENTITI takut lah.. LOL, mana datang la teori ni. Dulu pahit sekarang pengalaman ni jadi manis bila terserempak dengan kucing kaler hitam.


Say hi to kucing hitam 


Berbalik kepada sifat ingin tahu dan hati besar. Sejauh mana berani dan independent nye korang merungkai sesuatu perkara dalam hidup ni? fikir fikirkan

3 comments:

Nisa~ said...

klas prep kot cik.. kitorg dlu panggil prep mlm.. prep ptg.. huhu..

anyway saye ni sebenarnye penakut ya amat... tetapi sifat ingin tahu tu tinggi kot.. haha.. tgk cerita hantu mmg penakut.. tgk subtitle je.. tp kalau terjaga tgh mlm, saye akan intai luar tingkap, bawah katil, ats almari.. kadang siap keluar bilik intai dapur, bilik tb, luar tingkap dapur... padahal sambil gigil tapi nak jugak tgk.. sbb selagi tak tgk xleh tidur.. so far tak pernah nampak lg.. penakut2 pun jalan tgh2 mlm2 sorg berani.. eh menggigil tapi mata still akan melilau.. haha.. makin gelap tempat tu makin rancak pandang cermin sisi sume.. n of kos smbil menggigil sampai boleh pitam.. hik2..

nak relate ngn hidup.. erm tak tau la.. kdg2 mmg rase independent.. sbb anak sulung and dr form 1 jauh dgn famili kot.. mmg terpisah dgn laut.. heh.. mmg seawal form 1 dah buat mcm2 sendiri.. time tu kuar gi kl pun sorg2 naik bas.. tp kdg2 bile ade org yg boleh diharap sekali, otomatik nak ter dependent kt die.. pdhl die xde leh je wat sume.. huhu.. so kena hidup sorg ke ni? huhu

yang benar,
saya yg memang suke membebel.. hehehe =P

noradzlina.kamdani said...

mcm akk it's more to sifat utk protect ank2..laki jauh kn..kene la si ibu lbh proactive dlm mjemastikan safety ank2..kene la pastikan everything ok b4 bole smbg zzzzzz

Mimy Hamid said...

lelaki mesti la protective beb kalau tak jgn jadi husben...yeahhhhh..bini takpe penakut...