Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

apa itu tahun baru

siapa yang sambut tahun baru? angkat tangan... soalannya sekarang. korang paham ke erti tahun baru tu? pada cik tahun baru hanya tukar kalendar baru. yang lain masih sama kalau dalam diri and hati tu maintain dan tak berusaha untuk berubah. thats it. ok lah u all... kosong kosong ea? babai

Monday, May 9, 2011

SalesGirl Yang Suka Meraba..


Semalam cik pi jusco. Mana lagi nak pegi kann. 5 minit dari rumah je kot. kadang tu weekend boring boring tahap dewa kat rumah, sampai 3 kali sehari cik tawaf Jusco tu.

E eh, semalam jumpa Myoliza. Sempat ucap sepatah dua kata.. wow, slim mlim betul akak ni.hmm, bila nak jogging sama ni kak.. tunggu stamina cik super duper hebat ek. boleh ar nanti kita compete kat titiwangsa.

Cik teman housemate cik beli bra. Cik perasan, tak kira shopping mall mana pun. salesgirl area jual bra ngan spentot ni suka raba raba badan orang lah.. iyea, tau. memang la sesama wanita. tapi patutkah sesama wanita perlu diraba raba. Contoh dia promote bra yang boleh sembunyikan lemak lemak tersentil. perlu lar tangan mengewai ngewai lemak celah ketiak customer. ha? perlu lah...?

pastu cik perasan yang punya kerja ni bese salesgirl cina ditambah lagi pangkat veteran. Pendapat cik lah. kau nak jual bra atau promote.. memang lah digalakkan. Sila keluarkan modal suara anda. Pastu boleh carikkan saiz yang customer nak. kadang customer tak reti nak geledah satu satu jenis bra yang bersusun cantik tu. yes, kau boleh tolong. Tapi kalau sampai nak meraba breast dan kawasan sensitif customer...tak perlu kot. Do i know u? u are stranger u know. kau kawan aku ke nak raba2 bagai.... tak ramai customer perempuan selesa diperlakukan begitu. tak kisah lah perempuan tu kurus kering ke gemuk gedempol ke. ini sudah melanggar hak asasi manusia.. ini tak boleh jadi. adakah ini tergolong dalam 'SEKSUAL HARASSMENT'?.. fikir fikirkan hak anda :D

Lagi satu salegirl yang cik tak berkenan. Contoh pegi guardian. Cik tengah melilau carik losyen cap kegemaran. Salesgirl tu datang tanya carik apa. pastu cik cakap la carik vaseline kaler hijau. Dia tayang losyen lain. Nivea ke hape tah. cik bukak penutup nak bau. Euw, tak best kat hidung. cik geleng tak mau. Pastu dia kata 'aiya, amoi. ini losyen ar tengok dia apa function. bukan cium itu bau saje'. cik cakap taknak. eh, suka hati la aku nak cium ke apa. yang pakainya aku. Kalau function dia hebat giler memutihkan kulit sekalipun kalau bau dia macam belacan sape nak beli. Pigi ar promote kat orang lain.

Kalau part barang personal care cik akan utamakan bau dia. pasal hidung cik ni sensitif pada bau bauan. kalau bau itu menganggu hidung cik atau menstresskan perasaan cik dengan bau tengik. Confirm selang beberapa minit akan terjadinya asthma. Jadi biarlah cik beli benda yang baunya cik suka. hak individu kann..

Sambung cite tadi, Salesgirl tu tak puas hati. Dia picit losyen tu kat jari pastu nak calit kat lengan cik. E eh, ini sudah dinamakan paksaan. Kan cik geleng tadi kann. kau nak paksa jugak aku cuba ek. 'i tak interested. kenapa u paksa i try jugak nie?'..hah, ambik kau. hilang sabar betul ngan salesgirl macam nie.

pastu cik capai vaseline yang bese cik pakai tu then cepat blah.. dan salesgirl tu pun sekaum dengan yg kat atas tu.

ok, tutup kisah salesgirl-suka-meraba. Cik jalan jalan lagi pastu nampak mamat ni pakai baju bercop

ouw, tak nampak tulisan ek..jap jap



PORKCHOP? ada jugak ek.. ingat kan chicken chop, beefchop, lambchop je ada.. Jangan kau tak kenal daging pork camne sudahlah.. takut termakan...kau boleh beza tak daging dia camne? kau boleh cam tak bau dia camne? Ini pengetahuan am jugak nih. orang Islam kena amek tahu jugak semua nie. takut kau tak makan babi tak sebenarnya kau tak tau pun yang kau dah termakan babi. sebab innocent punya pasal. so hati hati k bila makan kat luar tu..


so itulah cerita hari Ahad cik..

Tuesday, May 3, 2011

Cuti Kau Pegi Mana?

Selamat Hari Pekerja walaupun hari ni kau dah start membanting tulang balik. Heaven tak cuti 3 hari? Heaven la kalau kau reti makna cuti itu rehat. Tapi kalau kau rehat macam serupa tak rehat itu bukan dinamakan cuti

Lately hujan tak menentu je kann.. haish, dada cik ni unstable je bila cuaca macam nie. Rasa macam nak kerat dada.. simbah air panas kat paru paru dengan harapan boleh lega. serius asma asyik singgah je lately. Belum pun hujan turun, ombak kat dada cik yang naik dulu.. adeh, sabar je la.. tapi belum tahap kronik kena cucuk kat spital lagi la..

Eh, 17 haribulan nanti cuti lagi ek.. cuti apa ek. jatuh hari selasa pulak tu. hmm, kena start planning pi mana mana nih..maklum la orang kenamaan.. heh.. isnin tu macam nak mc je rasa. MC yea bukan AL.. hahaha..

Ini la rupa staff terbaik. menggunakan MC sehabis mungkin. dan sayangilah AL anda..

hehehe






Monday, April 4, 2011

Bawak Budak Budak Busok Gi Taman

Lets Picture Talk


Bawak budak budak tak cukup umur pi taman permainan tersangat la heaven.. serasa diri ini mak tiri paling hebat. Baby sitter tuk anak anak buah bila balik kampung.. cuma tak sepak terajang je.

Gara gara itu, depa ni sume dok melekat ngan cik. Even tido pun berebut nak tido bawah ketiak cik. Nasib ketiak ada dua je. berebut lah korang bau ketiak cik.

Geng dengan budak kecik ni seronok. Rasa hilang jap beban dok KL..

argh, rasa mau carik keje kat kampung lah pulak..

huhu

Monday, January 31, 2011

Patut Kecik Kecik Dulu Letak Nama Asma La

Semalam hari menduga cik. Demam cukup pakej dan asma terlampau. Penat betul nak bernafas. macam mintak nyawa setiap saat. rasa macam dunia tak cukup oksigen. Ya amat.. :(

Pagi kul 7 pi hospital, amek nabulizer 3 kali.. great! tak jalan jugak gas tu kena pulak becotide masuk dalam urat. Nice! Lagi best, MA tu tak jumpa urat cik. injek 3 tempat berbeza baru jarum masuk urat. Dia kata manja urat nie. nak kena usap usap baru timbul. urat pendek then simpang siur pulak tu.. Lagi NICE! buat la pape MA oi.. semput ni lagi sakit dari rasa cucuk jarum tu..

Balik rumah.. selang sejam asma datang balik. kat kampung ni cuaca tak berapa baik. angin kuat plus hujan.So paru paru cik tak stable. permulaan percutian tak menggembirakan lah..malam kul 7 berkejar balik ke hospital. 3 kali nebulizer pastu buat buat sihat supaya tak admited wad. Gila ah kalau admit. Lagi sakit dok dalam tu. Mental mental!

Pagi ni alhamdulillah.. Kahak hijau mula mencair. badan masih shaking macam parkinson. Badan serupa makcik umur 50. sekarang ni dadah menguasai seluruh badan. Ngeri ar bila pikir. Dan masih bertahan supaya tak ke hospital lagi. Sure masuk wad punye kalau pegi.

~ Kadang kadang takdir kita di luar kawalan. Walau dirancang smooth macam mana pun kalau Allah tak merestui. tak jadi jugak. Chill hadapi dugaan. Doakan cik cepat baik yea..

Amin

Thursday, January 6, 2011

Bunga Api New Year Dalam Kenangan

Tiap kali new year..cik akan berdengkur dulu sebelum tepat jam 12. Ape ke hal nak celebrate kann.. Tiada kepentingan. Tapi tahun ni mengidam fire work aka bunga api. Mungkin ni tahun terakhir sambut secara solo. Eh!

Walau demam + semput. Eh, sume lengkap lah.. ko nak apa? hingus pun cik boleh kasi free..

Lokasi KLCC


Sebelum gerak.. tutup mata tu sign TERUJA


Gila penipu cermin ni. Nampak Panjang dan tirus..
Khayalan belaka.
Jangan ar percaya tengok cermin di malam hari



Kau nak pi mana pakai gini? Mengedate? Tengok bunga api je pun..
Tusuk jantung jap ayat ayat gini ditelinga..
Gasak ar, aku ngidam pakai gini time demam biar ar. nampak aku sihat sikit kannn..



Bila ada kahak hijau kat dada. Semput harus lah kann.. siap beli ubat ventolin kat Guardian. Adeh, makin sesak dada ni. Carik air hot dengan harapan paru paru kembali warm. Tak jalan jugak.

Haih, punah harapan tengok bunga api. Belum lagi bersesak dengan orang ramai kat taman dah tunjuk sign semput. Marilah balik. kita sambut new year kat rumah je. kang pengsan ada ko sanggup usung aku.. tak kannn!



Tuesday, January 4, 2011

Dah Alang Alang Kat Perak

Kenduri Azue dilangsungkan kat Perak. Gogeh Gogeh seisi rumah pecut ke Taiping. Balik Hari jerp. Nak homestay bagai memang tak ar.. sume sibuk time new year. Yang penting datang. Tak datang tu bukan sahabat la.. unless la ada hal kecemasan yang sememangnya takleh di elakkan.

Kami sewa kereta. Tan Tin Tun mana ada kereta. Kami pingitan yang tak punya apa cuma ada dara. hahaha..

Isi perut Kat R&R Tapah Utara. Baru cik tau R&R tu Rehat dan Rawat.
Sape bagi nama ni.tak sedap di pendengaran ar.


Tengah2 highway ada taman atas bukit. Pe nama tah. Belakang nampak sayup2 tu IPOh menurut kata driver.


Makan Cendol dan Laksa kat Kuala Kangsar. Kalau suka Otak Udang. Jadi favvy laksa korang lah. Cik tak IN segala bentuk otak udang dan makanan berkuah.. otak? udang?


Menyusuri Kuala dengan bot.. sekepala Rm3. terbaik lah pakcik bot..


Sepohon kayu kat masjid ape tah kat Perak. Erk, no Komen beraksi baik jap :p



Kat Muzium lama Perak.. Kuning betul kaler dia..


Dan, cik beli ni ole ole tuk diri sendiri kat Kuala Kangsar. Terbaek lah. Murah dan bakal mengentutkan cik setiap hari. Bagus untuk mengalirkan darah dalam badan juga angin.



aksi manja

Cik happy dapat pergi tengok kawan kawin. Supaya hati ni puas. Pernah ar tak dapat pi kenduri kawan dan sampai sekarang rasa ralat je. Tengok anak dia lagi la cik sedih. sebab tak sempat tengok mak ayah dia buat. Eh !

Kalau korang kawin jemput la cik. InsyaAllah cik akan penuhi undangan. Kalau takde benda kecemasan macam kenduri Mimy tempoh hari la. Ni ralat lagi ni tak dapat gi kenduri Mimy.. sori babe form head to toe

Saturday, December 25, 2010

Hujung minggu Ini

what a boring weekend. plan takde.. dok rumah panas bontot. dok luar kawan takde..

serius boring. pe nak wat nih..

ini pun wifi kat mekdi. tahap boring amat dasyat nih..

ada sape sape nak kawen ngan cik tak? boleh berasmaradana sentiasa

:P

Monday, December 20, 2010

SURE diHEBOHkan

Lagi 2 jejaka tak IN dalam gambar

3 Tahun kot tak pi SureHeboh.. Sampai nama dia pun dah bertukar JomHeboh. Kan? ke cik je yang tak alert.. agak kurang ke tempat ramai orang dan merimaskan ketiak.

Kalau takat nak beli barang dalam plastik kain berharga RM10, cik tak pegi kot. Tapi sebab nak jumpa geng geng pala angin ni.. cik gagahkan jua.

Puteri lilin mana leh dok lama bawah panas terik. :P korang jeles ar tu.. tapi serius weh.. tak nampak tu merah padam dah muka.. euwww, sun burn.. tak IN ar.. tak sampai sejam cik dah ajak sume balik. Ko nak tengok konsert? korang stay ar. cik nak balik jugak..

alih alih sume ikut balik.. kuasa veto jangan main main..

~ jangan simply borong barang RM10 kat Jomheboh. Tengok expired date dulu.. Diorg kan org bisnes. Mana mau rugi mae !



Friday, December 10, 2010

Kau Berani... Cik Bran..

Tanda telah menjejakkan kaki ke sini.. ko ingat 'jalan jalan carik makan' je boleh. cik pun buleh tau

Dalam sejarah bawak camera pi KLCC. korang ada? perasan pelancong jap


Indahnya klu boleh panjat jambatan tu malam malam. sure bergegar bila tiupan angin kencang


Bermanjaan dengan Tan. pembikinan filem 'Kami Bukan Les' bakal berada di pawagam berdekatan anda


Nak manja tiada tempat tuk bermanja. Nak peluk tiada siapa yang sanggup. jadi tongkat dagu tunggu pinangan..

Nah ciuman manja tuk korang sempena mood DECEMBER cik...
Sayang korang..

~ I feel Romantik.... muawahhhhhhh ! :*

Wednesday, December 8, 2010

Kawin Je Keje Nye... Owh, Ku Rela LepasKan Kau Pergi

Tanggal 4 Dis bersaksikan Felda Kelapa Sawit, Kawan Cik si Tik bertemu jodoh dengan jejaka bernasib baik. Di sekalikan dengan abangnyaa yang sibuk nak kawen jugak. hehehe

Eksklusif ditemani kawan sekampung menyentet di rumah pengantin sehingga majlis selesai. 

 Sebelum puteri mendapatkan puteranya. kuning persalinan bak orang istana. make up pun terbaik. cik sukeeeee..... rambut cik kejung di hari kejadian. buat rosak gambar. cet tak selesa !
Pasangan kelabu tu abang pada Tik. 'ini ke pilihan ko abe weeeey, dulu aku usha ko sikit pung abe tok pandang... ' (ok gurau, tiada hati dan perasaan pun) hehehehe 

  Pengantin peace...Comel nye pengantin nie. ke ko buat buat comel agar tak terserlah ketuaan mu... haha...

Dah tengok pengantin, mesti lapar perut kann. Haruslah melantak. Saje je makan lambat. bagi tetamu chow dulu supaya cik dapat tambah lauk macam rumah sendiri. Aiskrim dalam gambar ini mungkin third atau fourth round. tu belum bapak pengantin tolong amekkan extra bila cik tipu tak makan lagi.. :P

Owh, bapak dan mak mertua tak jadi ku. hancur punah harapan ku tuk menjadi menantu hantu mu. Biarku membawa diri hati yang lara ini ke seberang lautan. Agar hatiku terubat. Hahaha, ada hati jugek ! ini semua gara gara cik ngam kancing gigi gilos dengan mak pak Tik. Masa study dulu selalu bertepuk tampar ngan abang Tik.. eh, pecah lak rahsia.... :P


Adegan bersembang sama si pengantin,

best tak kawen ~ Cik
Tak best lagi. malam kang InsyaAllah. ~ Azm
Bodo la, soklan aku lain dowh. takpe malam ni aku kol korang ~ Cik
Malam ni kami off segala fon yg ada kat rumah ni ~ Azm
Pesanan buatmu Cikgu Azm, 'aku tau ko poyo. sepadan ngan Tik. Ko jaga dia baik baik. Ko ikat dia kemas kemas agar dia tak menggatai ngan orang lain. Kasik can kat aku lak. Bertuah sebenarnya ko dapat kawan aku sebab kawan aku baik. Macam aku jugak'

:)

Tujuan entry ini ditulis nak letak gambar ini sebenarnya. Penting ! ... Agar dunia tau yang cik xxx jugak nak kawen. hahaha.. 

~ pengantin ketepi ketepi.. gergasi sudah kembali... lalalalala


Kawin sudah ko TIK (bukan nama sebenar tapi separuh)
TAHNIAH

Tuesday, November 16, 2010

Jalan Jalan Carik Air Jatuh

Cik sukee main air. Dulu2 kat kampung suke sangat pi pantai. tahan ombak pastu.. balik tido kroh2.. yang pi tahan ombak apesal kann.. Sonok ko tahan ombak tapi tak benti. Disebalik kesukaan itu ada side effect main air laut ni. badan mengelupas, kulit bertukar tone, kalau pakai tudung tu pipi berbelang. Ish, tak best

Sekarang nie,..sejak zaman meningkat kewanitaan.. cik masih suke dengan air. tapi beralih ke air terjun pulak. sebab air terjun dalam hutan. matahari berselindung di balik celahan pokok. ok done. selamat kulit ku.

Sejak dok KL nie, Dah ceruk mana tah cik jalan jalan carik waterfall. ada tu sampai ke Gunung Ledang carik port baek. yang lain2 area KL ni Ulu Yam, Sungai Congkak, Sungai Rambai, Kanching kat Rawang, Sungai Gabai, banyak lagi kot. lupa dah..Rupa rupanya dekat ngan Ulu klang je pun ada. Kira belakang rumah je kot.

Kat belakang zoo negara ada satu hutan simpan. Dalam hutan simpan tu segala benda tersimpan. Nama dia Kemensah. Pernah 2 tahun lepas cik lepak kat kem Isi Rimba. Maen paint ball kat sini memang heaven babe. Takyah maen dalam padang dia pun takpe. Maen dalam hutan. Shit, serius adventure. pastu tido dalam kemah atap rumbia. bersedia bagi nyamuk hutan gigit. Jangan maen2 ngan hutan. Lalat dia pun kaler hijau. pastu pikir apakah itu lalat atau langau. serius konsiuf binatang dalam hutan tau.

Awal bulan lepas cik melepaskan tensi kat Teratak angah. Sebelum pergi imagine la air terjun 4 tingkat kot. sesampai je airnya macam lubuk je. macam kolam pool kat kondo kondo tu je. tak jumpa langsung air turun turun. dalam pala siap imagine nak wat massage bersama air. Haha, dah sampai kann, maka mandi aje la.. walau hati kuciwa


fesyen sebelum berendam
baju yg sama tiap kali acara rendam

Kami pi ramai, dok kat teratak tak berbumbung ni management Teratak Angah cas RM40 tak silap. ok la takpe, tempat dia agak bersih. kami pun ramai. untuk keselesaan jugak.


Acara berenang
Rugi, ada sape2 sini pandai berenang? meh ajar cik pasai cik reti terapung je. dari dulu sampai ke kertu gini. balik2 terapung sajork. bila mau berenang tah


Lokasi renang


Ada jalan2 refleksologi, ada pondok


ada tempat gayut2, ada pangkin tepi air
kat pondok kecik nun jauh tu ada karoke


tempat penyimpanan makanan
Lepas mandi makan, pastu mandi lagi, pastu naik makan lagi
ada macma2, special dish makaroni cheese
memang penternak lemak berjaya hari tu


bersama geng. sume sempoi. tengah tu tukang bawak keta
love u bro


kawan cik ni harus lah ada kannn
(sedang mengunyah. haha kantoi!)


Team ngeng. Ada lagi yg tak masuk nie.
Hepp, saje la tu takmau glamer

Kalau korang dok area hulu klang, pi la have fun kat Kemensah. Asyik indoor je boring kann. Kite berOutdoor pulak lar. Dekat je pun, keta senang parking. banyak kemudahan kat sini. tak risau kalau bawak anak anak. Bawak pakwe lagi tak risau. hehehe







Monday, November 15, 2010

RM10,000 FOR ME TO KEEP SLIM

Weekend tiada aktiviti di rumah sangat tak cool beybeh. Panas bontot. mana leh dok umah lama lama. mulut ni nak mengunyah je. Jalan terbaek marilah jalan jalan habiskan duit. Duit kann byk.. habis boleh carik lagi. hahahahaha

aksi kaki dan dada tergeliat

Asyik pelancong jepun je snap2 sini. cik pun teringin jugek.. klu malam lagi cantik. 'Tan, sila jalankan tugas photog anda'. bagusss, pandai pose sembunyik lemak belakang. Syabas tuk Cik. ;-).Sape lemak terlebih tu boleh guna aksi ini


Tan harus masuk dlm gambar juga


Tunggu Oder

Ada satu tempat makan kat BBPlaza yg sedap terutama mee kari n telur bistik dia. Hanya yg bekerja kat sgwang je tau port nie. Kalau orang lain tau memang hebat ar. nama dia SERAMbi. taktau nama dia gitu tapi tempat dia serius tersorok...dan seram..


masuk Contest DIGI walaupun bukan pengguna DIGI.. hmm


tekun siapkan slogan

Tu nak lukis orang bolat. pastu anak panah lukis org slim pulak. dah siap snap2 gmbr guna kamera DIGI pastu dia akan upload kat FB.

klu cik menang RM10,000 nak wat ape ngan duit tu

RM10,000 FOR ME TO KEEP SLIM


vote tuk cik vote tuk cik. mudah mudahan dapat pi slimworld.

muahahaha...