Thursday, May 20, 2010

Dipecat Kerana Bertubuh Gemuk


GAMBAR menunjukkan tubuh Lance Padersen yang dipecat kerana dianggap oleh majikannya memiliki tubuh yang gemuk.



BRISBANE - Seorang lelaki, Lance Padersen mendakwa dia dipecat daripada bekerja di sebuah kilang gula pada Isnin lalu kerana memiliki tubuh yang gemuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 57 tahun pada mulanya bekerja sebagai pemandu trak angkat susun di kilang Golden Circle itu tetapi ditukarkan ke bahagian makanan dan minuman pekerja.Padersen berkata, selepas menjalani satu pemeriksaan kesihatan, pihak pengurusan kilang tersebut menyatakan dia tidak cergas untuk bertugas di bahagian baru itu.Menurutnya, pihak pengurusan kilang memberi alasan kesihatan seperti tubuhnya yang terlalu gemuk dan penyakit lutut yang dihadapinya.

Padersen yang telah bekerja selama 14 tahun di kilang itu memfailkan aduan pemecatan tidak adil di sebuah agensi pembela pekerja kelmarin.Dalam aduan itu, dia menyatakan majikannya tidak memberi sebarang amaran mengenai tahap kesihatannya.

Seorang pegawai Kesatuan Pekerja Kebangsaan Australia, Duncan Pegg berkata: "Dia lebih daripada layak untuk melakukan pekerjaan asalnya."

Bagaimanapun, ulasan yang diberikan oleh syarikat Heinz Australia yang memiliki kilang itu ialah: "Pihak Golden Circle mempunyai kewajipan bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan untuk semua pekerja kami. Justeru, kami tidak mampu untuk terus menggaji Padersen."

Pemecatan itu menyebabkan hidup Padersen sukar kerana dia dan pasangannya masih mempunyai hutang bank yang perlu dibayar.

* Gemuk menyusahkan diri sendiri bukan

2 comments:

Home Sweet Home said...

hai salam..sy sentiasa follow blog awak...kalau sudi kongsi2 la tip kat blog ikin..ckikinblur.blogspot.com thanks

cik xxx said...

Tq