Tuesday, February 8, 2011

Injection Bila Perlu

Holla...

Henfon cik masuk air.. Cinnabon betul la.. Baik punya tadah kat paip time basuh muka kat bilik air. Mata cik rabun tahap 5. tak pakai lense tak pakai spec. Nampak kaler itam tu ingatkan katak. Separuh sawan bila tengok henfon lemas. poket seluar bocor la ni.

Lepas 5 tahun pakai N70 cik terpaksa say babai kat dia. Henfon ni tahap 3310 jugak. Hempas kat dinding pun tak jadi apa. Lama tak usha henfon kat kedai. Agak terkejut beruk bila tengok harga fon ni jatuh jadi RM299. Gilak. Dulu beli RM900 woo.. Patut ar orang cakap henfon cik cekai. Yeah rite. 'Aku tak malu pun pakai henpon nie. Ada aku kesah?'

Relatenya dengan cerita di atas. Masa cik kat Wad kecemasan tempoh hari. baca link ni => sakit, time menunggu nebulizer nak habis. Ada gak cik snap snap gambar. Gmbr ubat, jarum, darah.. eh, banyak la.. Sume tu tak transfer lagi. nak letak kat blog la konon.. Tinggal harapan je la.

Jadi, menggantikan gambar original yang takde, mari kita saksikan gambar ala ala macam cik punya..

Marih...


Hardcore tak.. ni spesis takde penyakit carik penyakit. Mat gian

Gambar kedua tu memang saja nak kena la tu. Eh, napa tak hunus je kat leher. Biar keok terus. Diorang ni jenis senang carik urat gamaknya. jenis urat tak berselirat. cucuk sekali je dadah masuk darah. pastu lalok. 'oh indahnya dunia..' Ea?..

Sepanjang hidup cik la.. Dari sehalus halus jarum sampai sekasar kasar jarum pernah sumbat kat urat ni. Tak jumpa kat tangan, kat kaki.. kalau tak jumpa jugak nak shave rambut cari urat kat kepala pulak. Janji boleh sumbat dadah cepat. Tu kerana cik sakit. Ni yang sihat walafiat sejak azali sesaja nak tempa maut pehal?..

Pengalaman paling sial pernah cik lalui pasal pencucukan ni. Doktor nak amek darah kat nadi tangan. kau tau ke nadi kat mana. dia terletak betul betul tengah tulang pergelangan tangan. bila hunus jarum halus tu 3/4 mesti terbenam. Jarum pulak dicucuk menegak.

Rasa dia macam shit sikit. Ngilu campur sakit campur nak hentak kepala doktor. Lepas doktor main mainkan jarum bagi betul masuk kat nadi. Rasa jugak jarum tu macam terlanggar tulang. Tak dapat kanan pi kiri pulak. Paling lama dia menggode tangan cik dalam sejam gitu. Selagi tak dapat darah selagi tu dia takkan blah dari katil. Mau tak mengalir airmata. Dalam otak pikir 'hancur la daging aku'..

Bila doktor cakap sikit je lagi sikit je lagi. Dalam hati cik 'kepala hotak kau Doktor. Aku da sakit la bodoh..' memang rasa nak terajang dia time tu jugak. Motif amek darah ditempat paling sensitif? kononnya nak cek samada cukup oksigen tak dalam darah. oh niceeeee sangat. Meh aku cucuk kat nadi kau pulak meh!

Pendapat cik la. Doktor ni bukan tau buat keje sangat. Baik cik serah lengan kat MA takpun nurse. Doktor ni tau teori je. Praktikal hancur. Serius weh. Ni kes hospital gomen la. Kalau swasta cik tak pakar. Ha, lagi satu. Jangan la pi hospital yang banyak doktor pelatih. setiap 5 minit sekali akan ada diorang datang kacau kau kat katil.

Bila pergelangan tangan lebam lebam harus lah orang consent kannn.. makcik tukang jaga katil sebelah tanya,

Sakit apa masuk hospital,nak? Cuba bunuh diri ke - makcik sibuk

Eh, memang pantang bagi cik orang sendiri bertanya sendiri nak jawab kannn..

ooo, nie?! (sambil show off lengan lebam) saje main toreh toreh. Nak nak lagi ada orang tolong torehkan. Memang suka suka, makcik - cik

Cinnabon.. apa, kau suka ke tengok orang mati bunuh diri kat sebelah katil anak kau.. cis makcik. ni semua angkara doktor lahh..

So, sape sape rasa nak cuba dadah baik jauhkan la.. tak pekdahnya.. mula mula rokok, pastu main pil, pastu dadah pulak.. ada otak pikir la.. Yang sakit tu nak sangat baik. yang sihat tu jangan la tempa penyakit. Memang tak sayang nyawa la diorang ni.

~ Ada ke mat gian baca blog blog ni sume.. takde kot.. jadi ini dibaca buat tatapan kaum keluarga si mat gian. cepat la hantar orang tersayang tu kat rumah pengasih.

ok bye

3 comments:

myoliza said...

wink! wink!
hi,cik..cam mana sakit,..dah ok kerr...semoga tabah dah sihat selalu,ya!

N a d i a said...

Seram sejuk tengok gambar-gambar tuh..


Dah lama tak kena cucuk ngan doktor, tak tahu sakit yang Cik kena camne. huu..

KuraKura said...

macam sial laa doktor yang cucuk2 tak jumpe urat.. aku tengok anak sedara aku kena cucuk masa kena demam kuning pun aku yang syahdu lebih.. macam sakit giler..

tapi aku ni jenis urat menjalar penuh satu badan.. tak perlu ketuk2, dah memang timbul dah.. tapi.. tapiiii.. tapiiii seumur hidup aku tak pernah derma darah.. takuit.. hahahaha