Tuesday, July 26, 2011

Daifuku Chocolate


Ada kawan kawan yang dedahkan cik dengan makanan jepun. Antaranya sushi.. Dalam banyak banyak sushi. Cik suke makan kacang peas tu je. Peas yang still dalam sarung dia tu. Makan cicah wasabi+kicap.. perghhh sedap sey.

Lepas tu cik memang gila gila green tea. Dan green tea restoren jepun haruslah kaler hijau. Baru bersemangat nak minum kannn.. Tapi haritu cik beli green tea cap LIPTON. Kaler dia macam kaler kencing kucing.. Siut tak selera nak teguk pun.. At last cik beli balik green tea kat COSWAY.. dulu dan kini sama je cap yang cik minum.

Lagi kegemaran cik dari kedai jepun ni, cik sukeee sangat MACHA aiskrim. Dah kalau air green tea pun cik suke. Inikan pulak aiskrim.. lagi kebabom flavourate la kannn. Dalam aiskrim tu dia letak pes kacang merah. Tapi tak IN sangat. sebab keras keletung pastu manis yang amat lak tu.. Tapi tapi tapi.. atas aiskrim tu dia letak DAIFUKU... oh mak ai.. heaven nye.

DAIFUKU ni kuih jepun. nama omputih dia RICE CAKE.. kalau kat Malaysia ni dia supe tule macam buah melaka/onde onde.. takpun macam tepung gomak.. berasaskan tepung pulut. Inti dalam dia letak kacang merah. Kalau taruk peti ais lagi sedap. Cik suke kuih kenyal kenyal nih..hikhik.. kenyal kenyal lain pun suke jugek. muehehehe!

Masa gila daifuku ni, cik selalu beli kat 7-E.. cap SWEETIE.. cik suke yang inti coklat dia..


Ada 6 bijik dalam dia. Ini gambar cik google. 4 bijik tak tau dia jual bape. tapi yang 6 bijik harga dia RM4.80.

Dan memandangkan cik gila gila dengan kuih kenyal ni. Cik berhajat untuk buat sendiri berdasarkan resepi google. So jumpa resepi nie daifuku-mochi . Dan memandangkan suke coklat. Jadi cik beli coklate hershiys dark choc sebagai inti dia. biar rasa pahit pahit sikit. Dan lupa nak beli tepung ubi. So cik improvise dengan gula icing.. konon nak cover rasa pahit coklat and tawar tepung..

Maka terhasillah....


Gula mencair ini lah jadinya... so kena tukar nama. Dah jadi DAIFUKU SIRA.. sebab ngelenyir sekali gula tu mencair..

Nak tak nak kena gak cari tepung ubi. Baru jadi DAIFUKU jepang.. So esok cik nak try lagi skali..

kalau masuk peti ais lagi heaven. Inti dia dah keras. Rasa dia ala ala kau makan choclairs cadbury..
bley?!

~ Punye susah nak carik tepung pulut. Sampai kat Jusco IOI mall cik terjah. Eh, apesal jusco tak jual tepung pulut ek? pekerja Jusco sila jawab pertanyaan cik nih..

1 comment:

Mimy Hamid said...

eh macam menarik je rasa dan rupanya...nak beli je la..kose nak buat..hehe