Monday, July 26, 2010

Bila Kita Dilanda Masalah, Kadang Kadang Kita...

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang jalan penyelesaian yang mudah adalah tidur. Dan bila kita tidur seakan akan tak mahu terjaga semula. sebab bila terjaga otak kita ligat memikirkan masalah yang kita hadapi itu. Nak nak lagi bila berada dalam mimpi yang indah.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita termoody tak bertempat. Marah orang lain tanpa sebab atau sebab sebab kecil yang tak masuk dek akal. Kita terlepas marah kat orang tak sepatutnya seperti teman rapat, teman lelaki, dan keluarga. Terlepas geram kat barang barang seperti menumbuk dinding, pecahkan cermin, selerakkan bilik. semua ini akibat 'pengurusan marah' yang kurang sistematik. Tapi dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.
Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita lepas geram pada makanan. Nak nak lagi jika kita marahkan seseorang. Bila makan seolah olah kita kunyah daging orang yg buat kita geram tu. Nikmatnya perut kenyang. kesannya berat badan naik.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita pencilkan diri. Lari dari rutin harian untuk meratapi nasib. Menangis sampai mata bengkak. Berdiam diri dan hampir alami kemurungan. sampai orang keliling perasan yang kita ada masalah.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita rasa dah takde kawan tuk berkongsi masalah. Rasa sunyi, sedih dan mula sensitif. kawan ajak bergurau pun di ambil serius. Mula menjauh hati.

Bila kita dilanda masalah, kadang kadang kita ambil benda yang tak sepatutnya. Akibat akal pendek dan kurang waras mula mendekati rokok, arak, ice, pil kuda dan lain lain.

Adakah semua di atas adalah diri anda? JIKA YA..anda sebenarnye memikirkan masalah yang telah berlaku. Apa kata lepas ini kita memikirkan cara jalan penyelesaian dan bukannya meratapi masalah sampai berkurun lamanya. Tidak membantu sebenarnya.

No comments: