Lokasi : Ofis
Masa : 5 petang
Aktor : Big Bos omputeh yg kami gelar 'Mr Bean' pasai muka mcm mr bean tapi versi Tua.
Staf berjawatan besar kat ofis masuk bilik mesyuarat. Bilik meeting yg senyap sunyi tiba2 bergegar suara bos tengking marah staf. Siap tum tam tum tam tepuk meja. Dengar sampai luar.
Cik yg dekat ngan bilik mesyuarat terperanjat sakan lah. Ish, macam marah aku pulak. Jantung laju dowh.
Haih, sejak dia benti merokok ni menjadi jadi pulak short temper dia. Gile punye marah mcm kena tembak wo..
*Sir, I think u shud smoking back lar. I fed up to see u scolding like this like that everywhere. haiya.....
1 comment:
Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment