Monday, July 19, 2010

Predators 2010

Anda tahu ini binatang apa?..ini predator yang ada sesungut dan punya mask tuk menutup muka seram dia. Berdarah hijau, punya deria haba, bijak dan bergaya dengan badan sasanya.

Masa awal 90an dulu filem lakonan Arnold susahNakEja sangat glamour. Lokasi kat hutan. Perkenalan kepada binatang dari langit bernama predator. Disusuli pula predator pegi bandar. Dengan adegan2 dalam bangunan. Dengan daging fresh bersalai2. Ingat tak ingat tak. Banyak versi predator sebenarnye. Ada lawan ngan alien, anaconda (eh, ada ke?). Sekarang keluar pulak versi 2010.

Jumaat lepas cik tgk midnite cerita ni. Lokasi cerita ni di planet predator (tak tahu planet nama ape). Orang2 terpilih akan diterbangkan dengan payung terjun ke hutan tuk dijadikan mangsa. Ada tu IDF, doktor, org jepun, Org Negro Islam, komando, dan banduan. Adala dalam 8 orang.
Tujuan predator adalah menganalisis manusia. Mengasah kecekapan dan belajar benda baru daripada manusia. Owh, Predator sangat fast leaner. Dan suka skodeng orang. haha.

Hero dia Adrien Brody. suara sangat seksi okay. sungguh tergoda dengar suara dia di waktu malam. cik bisik kat kawan kata suara dia seksi. takde feedback ok. Memang takde perasaan ar dia. 

Ending yang biasa2. Aksi yang bese2 jugak. Ada satu scene tu mamat jepun bawak pedang samurai. Ingin menghabiskan riwayat sampai ke titisan terakhir la konon. Boleh pulak Predator paham then simpan machine gun dia pastu keluarkan pedang jugak. Bersamurai la mereka dengan jayanya. Last2 dua2 mati. Lawak la predator paham jepun tu nak lawan camane.

Dari 5 bintang cik boleh bagi 3 bintang. Boleh ditonton la, dari kawan rumah cik bagi 2 1/2 bintang kat Mantra. Katanya dari awal sampai akhir cite dok baca mantra. Haha, ingatkan hebat sangat sampai ada scene bogel bagai. Rupanya hanya marketing kontroversi suruh org masuk panggung. Apa Daa..

No comments: