Wednesday, July 21, 2010

Try Test Tgk Baju Tak Jadi

Pernah tak anda pi window shopping. Tengok tengok pastu terminat kat baju tu. Dengan niat 'ala, pi test jap la. test je bukan beli pun'. pastu pi masuk fitting room. Test2, e'eh cantik kat badan. Kuar fitting room letak balik baju tu. Tak jadi beli. Samada purse nipis atau, pasang niat 'takpe tunggu hujung bulan'. Hari pertama masuk gaji datang balik mall tu. Tengok2 baju tu dah takde. Mula rasa sedih, depress dan menyesal. Itulah dilema seorang wanita.

Ni tabiat cik, mungkin tabiat anda jugak. Kalau orang tanya 'apa hobi kau?'. cik segan nak cite. Tapi takpe, cik berani cite kat sini. Hobi cik test baju. Snap snap. Letak balik baju. kat rumah telek hp tengok gmbr yg cik tangkap tadi. Tengok baju2 cantik terbalut di badan. Tak jadi beli takpe, janji tersarung jugak baju tu kat badan. Rasa puas woo. Aktiviti ni biasa berlaku bila cik tengah ada masalah, boring keje, rasa life tak berguna lagi, dan tgh bulan bila poket kering.

Tadi belek2 koleksi gambar dalam folder 'Try Test Tgk'. Ada baju yang cik tak sempat terkam. Menyesal tak sudah tak angkut terus baju yang berkenan masa tu. Huhu, nangis.

Ni koleksi yg cik suka,

Kat scarletplus Jusco. Baju ni maxi takde lengan dipadankan ngan cardigan putih. cik suka yg kat dalam kaler purple tu. Tang breast dia strechable. Fit2 ikut badan kita. pastu kembang dari perut ke bawah. Rasa terletak je baju ni. Tgk harga, mak ai...tak padan ngan baju. cik lepaskan terus baju ni. Tapi cute sebab ada line putih tu..alaaa

Ni pulak, kat Sogo. Cik tak pernah pakai skirt sebab punggung flat. Tak konfiden lah cik. takde shape lower body. Tapi teringin sangat nak sarung skirt. Mesti comel ngan heels. Skirt ni ala ala Gipsy sikit, ada riben boleh ikat tepi. Fungsi dia takyah dah pakai belt sure tak terlucutnye. jerut je ngan riben tu. skirt ni klu bawak pi pantai, berjalan tepi gigi air ngan topi besar bersama husband. Opsss!. haha, mengarut. Harga seingat cik dalam RM259. Hoho, tak berbaloi ar beli.

Ni kat FOS. Nak tunjuk baju tu yea. Macam blous tapi kemeja bunga2. Ada butang kat depan. Apa yang cik suka tentang baju ni ialah kain dia nipis dan lembut. walau nipis tapi tak jarang. Pastu leher dia luas. wow, meletops. Bila Pakai baju ni terletak je kat badan. memang tailor tu buat khas tuk cik kot. owh, so selesa. Harga dia RM50. cepat2 cik pi withdraw duit. Balik semula FOS, tgk2 org dah angkut baju ni. Auwh, tersentap cik. Time ni sedih giler. Macam dunia ni berputar2. Life's Not Fair. yang tinggal hanyalah kenangan bergambar ngan baju ni.Sedih!

Ni kat Isetan. Cap apa dah tak ingat. Ni sebenarnye dress tapi nampak macam tops n skirt kan. comel la baju ni tapi tak mampu. Owh, ada tak macam Cik Bee... hahaha,... bila pikir2 balik macam terlepas dari penjara pudu pun ye jugak. Then cik tak berani pakai sebab line dia melintang. Kalau ada corak lain harus cik dah renbat. (masa ni pinggang takde shape lagi, skrg ada cutting sikit la)

Itulah serba sedikit cerita pasal wardrobe tak jadi. Tapi kan, kalau cik jual Baju Preloved. agak2 ada orang nak beli tak? Erk, korang bukan besar sangat pun. Tak payah lah

4 comments:

~bee~ said...

aha.. belang2 dh mcm bee dah cik xxx.. kaler ajer.. mcm nyamuk aedes ade ler

pearls.. said...

cik..

aku ada cardigen cam kat atas tu.. beli kat scarlet plus gak.. RM15 jerk.. aku beli warna pepel...

cik xxx said...

pearls,

cardigan putih tu tak beli pun.
cardigan scarlet ni skali basuh dah nampak berbulu. pastu cepat longgar.
cik suka gak pakai cardi tapi cap lain.

Mimy Hamid said...

beb aku pun peel sama mcm ko..hehe tp aku kalau dh cuba cantek konpom esok dtg blk..eh yg preloved kalau ok leh gak..aku kan besor