Thursday, July 1, 2010

Kuku kaki Kiri Ku Kaku - Kaka Brazil?

Sape geli bila kakinya disentuh. kihkih mengekek tahan geli... Cik tak. dulu ada sikit la. skrg, pantang nampak refleksologi..nonong je cik hulur kaki. Nikmat dia..wallaweh, cuba sendiri ar nak tau.

Tapi orang kata, anak dara ni tak elok berurut. esok lepas kawin badan jadi manja. letih sikit mintak di urut, bawak baby dalam perut pun tak larat. kata orang tua la. Tapi yeke? dah kawen sok klu letih mintak suami urut la...kannn

Adat org dok KL yg tak berkereta, kaki sangat diperlukan. Tapi senang jaga, tak macam kereta. free parking, free minyak, free enjin.. tapi ada korang service kaki korang? ada? ada?.. cik ada,

Kadang2 Cik ke footspa. amek urut kaki hok 30minit tu. sambil2 urut dia kasi green tea.. momen hebat. Tapi jarang la ke sini. Kalau stress sgt pegi je sorang2. Manjakan diri sekali sekala tak salah. Harga standard RM25. murahkan, 

Kalau pandang kaki, berlunu. euww, tak lalu. Ni mesti malas sental masa mandi, kann. takpun memang spesis kaki berkerak.. Jadi cik pi FishSpa menjernihkan kulit kaki. Caranya kasi 15minit bagi ikan hurung  kaki kita. Feeling mula2 memang la geli. Lama2 macam sedap pulak.

Sabar noks, jgn berebut!!

Nampak tak ikan tu. Besar tak!. Ni FishSpa kat dalam Central Market. Kat sini je satu2 nya tempat cik jumpa ikan godang2. Tempat lain taruk ikan bilis dalam kolam. Apa rasa weh. kaki lambat bersih la. ha, sini memang terasa la ikan dok sedut kaki. sekali tgk macam piranha pun ada.

Ramailah foreigner jakun. yela, tempat depa takde. Omputih lain matam sket excited.nye.  yela tgk ikan makan kaki kan. pastu cuba pastu tak dok diam. pastu jerit2 gelak tahan geli. 

Cara diorg express perasaan memang salute la. serius tak malu. tak macam org kita. geli geli pun dok tahan perasaan. dok pendam2. kannn..tu la ramai org malaysia sakit mental tu...eh cerita lain.

Aunty jaga fishspa ni pun dah kenal cik. Asal lama tak pi je dia dah tanye, 'u lama tak dtg mae'... katanye lagi, tak ramai org melayu datang kedai dia. tu dia cam Cik. lepas potpet siap dah 15 minit,  Pastu bilas kat paip. Fuhh, putih ar kaki cik.

Ada org kata FishSpa ni mengarut, kotor..bla bla bla.. Semua benda nak pandang negatif.. Pada cik, Dia bagus tuk buang sel mati selain boleh urut kaki. Kaki pun boleh stress tahu. eleh, sebenarnye org yg cakap tu pengGeli. Buat la ayat FishSpa tu Bullshit, kann...





4 comments:

myoliza said...

waa...mcm best jer fish spa tuu,..nak try laa,..akak x penah try.mesti kaki cik cantik kn,,selalu pi spa,..;D

cik xxx said...

cantik pe,
slalu berkerak je kak..

::@.L.I.N:: said...

hish..rasa geli2 ler tgk ikan2 itu..dok makan sel2 mati kat kaki tu..
Rasa cam nak try...tunggu tak tau biler...
Kat sini cam susah jer nak dapat

cik xxx said...

alin,
nak carik nanti carik ikan hok besar2 tau.
yg kecik ikan bilis tu tak best.
tak rasa dia sedut kaki.pi la cuba