Friday, July 23, 2010

Antara Spec dan BerTukar Rupa

Kadang kadang cik malas pakai lense. Bukan renyah ke apa. Cuma mata ni pun pandai letih jugak. Kalau nak kuar malam tak kuasa deh nak sarung balik lense. Lagipun sehari suntuk dah pakai pastu malam nak sarung lagi. heh, memang tak ahh.

Jadi cik pakai le spec. Ada orang kata macam cikgu skolah, macam makcik, macam datin (erk, datin pakai spec ke?)...yang pasti banyak versi komen cik dengar. owh, ada tu puji cik comel. hahaha

Yang tak tahan pakai spec ni, tak pasal2 orang tengok cik ni kaum kerabat lain. Bukan lagi melayu. hoho, ini sudah lebih. Adakah berbeza pakai spec dan tidak?

Semalam cik pi Jusco, beli barang dapur. Sorang2 laju je arah tujuan. Dengan laju bawak troli pi kat telur. Budak cina ni pup pap pup pap promote telur cap baru. cong ceng cong ceng. Cik geleng pala. Pastu lari pulak ke tempat air yogurt. makcik cina ni pung pang pung pang cakap cina gak. Promote air terbaru. cik geleng lagi. pi kat sayur mayur, nenek cina pung pang pung pang.. " aunty woo, i melayu. cakap melayu lor..." sambil tepuk dahi nenek pun berkata "haiya, u melayu kaa..itu mana mau calik cheese?" ..Loh, Cik dah serupa pekerja Jusco dah (Jusco sila bagi tips mempromote barang ko) menuding jari arah cheese.

Ada macam cina ke? yilek, kaler tinted jugak. makan belacan jugak weh!

Abih camne kalau baka ayah banyak sangat. Moyang belah ayah cina. Tapi ni dah 4 keturunan harus Baka melayu semua. Tapi serius, dulu2 masa keje part time kat Sungai Wang. Penat nak cakap yg cik ni melayu tulin. siap tanya asal usul pun ada. Hey, korang tak nampak ke yg cik ni sawo matang. Aduss,

Ayah dan adik cik pun melalui benda yang sama. Pi kedai, cina cong ceng ngan depa. Hai, mata sepet sangat kah?

* Rugi tak pandai cakap cina. Kalau tak mesti dah tackle pakwe cina sorang. Lalalala


No comments: