Monday, July 12, 2010

Twilight: Eclipse - Komen Dari Sisi Cik


Filem ketiga Twilight Eclipse bermula tayangannya khamis lepas. Hari Jumaat malam Sabtunya cik tgk cite ni di Alamanda. Tiket selling fast. Dapat sit 3 dari bawah. Betapa mendongaknya tgk cite ni. Mata hitam cik pening dok lari kekanan ke kiri tengok skrin besar. huhu,

Cite OK. Lagi best dari New Moon. Kalau New Moon cik rasa Edward adalah seorang hero vampire lembik yg tak larat pertahankan Makwenya. Siap nak bunuh diri sebab rasa makwe dia dah mati. Nak jaga awek sorang siap mintak bantuan keluarga. Ada barang pakwe macam ni kan.

Berbalik cite Eclipse. Kali ni banyak aksi dan romantik. Kalau korang bawak pakwe masuk panggung kira dia tak boring sangat la. perempuan pun mesti sonok sebab byk adegan romantik. sebab dua2 aksi ini balance. Banyak adegan cinta tiga segi Edward, Bella dan Jacob. Nampak Edward makan hati ngan Bella bila bersama Jacob.

Scene paling best bila ayah Bella risau bertanyakan perihal dara anak gadisnya. then Bella cakap 'He's old school'.. haha, so sweet. Nampak sangat yg diorang tak berasmaradana lagi.

Anyway, moral of the story. Bukan hati lelaki je boleh bercabang cintanya. Perempuan pun sama. Boleh mencintai ramai lelaki pada satu masa. Well Done Bella.

End

No comments: