*cerita ofis,
Selepas 2 tahun tiada acara ofis. Dengan alasan 'Financial Crisis', company telah baik hati mengadakan annual Lunch (macam annual Dinner korang yang best tu) di Nando's semalam. 2 tahun lepas di kenny Rogers. 3 tahun lepas khabarnya dinner kat hotel.
Bukan nak cerita sangat pasal Nando's. Tapi nak cerita perihal Big Bos cik. Pernah keluarkan entry pasal dia di Big Bos Jgn La Marah2 dan juga di TQ Kerana Pujian Tak Seberapa.
Dia ni asal Belgium. Umur 59. kahwin ngan perempuan Hanoi usia 24 (erk, lagi muda dari cik). Ada anak lelaki usia 3 tahun. Comel gile sebab darah campur. Bila dia jenguk branch KL pasti cik macam tersibuk jugak. Cik bakal menjadi setiausaha tak bertauliah dia. Suruh photostat, scan buku, email blabla, pi pejabat pos, taip surat menyurat,.. tinggal lagi tak wat air je (kot la terjadi Tea Lady pulak lepas ni). Tak cukup tangan nak buat.
Masa awal awal kemunculan cik kat ofis ni, suka dia panggil cik nama Gloria. sebab dia kata cik ni slang english philippines. Pastu usya cik ada bf dari sana ke tidak? haha, serius kecoh satu ofis. Kot yea pun slang cik oversea. yang ko kata dari philipines tu kenapa. Dah takde negara lain. Cakap la dari London ke. Best jugak cik nak bangga. pastu lama2 baru dia panggil nama betul cik.
Bila cik kerja luar, dia boleh usya cik 'ada jumpa bf baru tak kat sana?' (dalam BM je lah ye, kang korang tak paham pulak :p). macam tau tau je cik takde special. Tapi memang pun :-(
Suka tepuk bahu cik. tapi bukan sexual harassment la. suka bagi semangat kat cik suruh kurus. Bila cik makan salad dia senyum. bila dia intai cik makan cupcake dia kata "Euww, disgusting not good for ur health". Hehe, off diet la boss.
Walau kadang stress dengan short tempered dia, cik tetap suka hati bekerja dengan dia. Pandai jaga hati staff dengan lawak mr. Bean dia.
No comments:
Post a Comment