Friday, July 30, 2010

Jodoh Lambat ke Cepat Semua Dah DiTentukan

Biasa kita dengar Frasa Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Kadang kadang kita dengar cerita yang orang tu suka kat orang lain, bercinta dengan orang lain, Bertunang dengan orang lain, tup tup kahwin dengan orang lain. Wow, dugaan cinta yang dahsyat. Berapa cinta hadir dalam hidup dia sebelum berumah tangga. Mesti orang tu banyak pengalaman cinta kan.

Ada yang jodoh dia lambat. Macam kura kura. kura kura pun laju lagi kot. kenal, kawan, kawan lagi, cinta, tunang lama lama, dah 11 tahun kenal baru ready nak kahwin. tah tah delay lagi. Penat weh perempuan tunggu. Kematu tak di gunakan. eh, lari topik.

Ada yang jodoh dia cepat. Datang macam kilat. Berkenalan, bercinta, bertunang dan kahwin dalam tahun yang sama. Siap ada kata 'tah la weh, aku tak sempat nak pikir. Tiba2 dah kahwin'.

Motif cerita di atas sebab nak cerita pasal kawan cik yang nak kahwin esok kat kedah. senang je jodohnye. Terjumpa mamat ni kat kenduri kahwin, mintak no fon, mesej mesej, kol kol, first dating kat kedai mamak, dating 3 kali, bawak jumpa famili, semua setuju, then bersatulah mereka pada 31 July 2010. Awat cepat sangat, tak kenal hati budi ke?.. mereka ni jauh. PJJ (percintaan jarak jauh) memerlukan masa, tenaga dan wang ringgit tuk bercinta. Bila Dua dua hati dah ready, nak tunggu apa lagi.

First date mereka dikelilingi kawan kawan si perempuan. si lelaki tu cuak la, baru first dating dah di soal macam macam. Pastu second date pun dibawaknya kawan jadi peneman. Peneman tu cik la. Hahaha, memang tak sangka jodoh mereka kuat. sebelum 1st date tu cik gurau kata kat dia 'kalau ko reject dia ko kasi aku tau'..Haha, giler macam desperado. tapi melawak je la. 
 Wajib pergi kenduri mereka. Macam cik ni pengikat mereka berdua lah....!

Begitulah adatnya orang bertemu jodoh. Kalau lah dari kecik tahu dengan siapa dia kahwin takdelah si puteri runsing fikir di mana si puteranya. Anggap je putera raja tu tak turun lagi dari kayangan. sesat gamaknya.
Jadi jangan risau, yang bercinta belum tentu kahwinnya, yang solo belum tentu ber'andartunya...
Serah jodoh pada Allah tapi jangan lupa berusaha.
Jodoh tak datang bergolek dik


10 comments:

ShaEyna Shah My said...

Saya dh berusaha, tapi dia bukan untuk saya. kalo tak dh jadi orang kedah..ngehhh..ngehhhh ;)

~mrs azmi~ said...

betul! dan kahwin pun bukan penamat dugaan.. cuma permulaan utk perjalanan seterusnya. so, just enjoy every moment we have :wink:

myoliza said...

ya,cik,,
taniah pd kawan cik yg bertemu jodohnya,moga bahagia ke akhir hayat.
yg belum bertemu jodoh, berat jodoh, anggaplah rahmah Allah jua, hanya doa yg mampu dipanjat, moga hari2 kita diisi dgn usaha mencapai kecemerlangan dunia an akhirat kan. (muhasabah utk diri (akak) sendiri,huhu).

eiyja said...

yang bercinta belum tentu kahwinnya, yang solo belum tentu ber'andartunya... i like ur statement cik.....

cik xxx said...

shaeyna,
bakal jadi orang perak mungkin, atau pahang, atau perlis, atau byk kemungkinan mungkin

cik xxx said...

~mrs azmi~,
betul la, hidup ni hanya sementara. dlm sekejap tu enjoy je la. stress byk tak guna

cik xxx said...

myoliza,
akak jgn nangis, nanti cik nangis...
huhuhu jugak

cik xxx said...

eiyja,
iye? terima kasih, statement buat sendiri tu

myoliza said...

cik,
life goes on, mcm love quotes nii,..we were given two hands to hold, two ears to hear, to eyes to see, and two legs to walk but why only one heart..? bcoz the othe was given to someone else for us to find.

moga kita semua diketemukan pemilik hati itu.kan. insyaallah.

Mimy Hamid said...

yer betul tepat sekali...tak kira gemuk ke kurus ke..tak cantik ke...cantik...semua ada jodoh..like entry ko ni