Monday, May 31, 2010

Update Berat Bulan Mei

Mr Bam merajuk taknak wat KDMB (Kelab Diet Mr Bam) lagi dah. Dihentikan sementara waktu katanya. Cik sedih..huhu...Tapi takpe, perjuangan harus diteruskan walaupun semangat berdiet agak kurang bulan ni.

Nak cerita berita BURUK dulu. Kenapa lah hai ko Cik. Banyak makan benda yang tak sepatutnya. Banyak outing then makan tak hengat, banyak miss workout, banyak miss tangga lebih sayangkan lift dan sebagainya. Yea, itu sepatutnya bukan alasan. Diet jangan banyak alasan. huhu, simpati diri sekarang!!

Bulan ni penurunan merosot sangat drastik. mungkin bulan lepas dah turun sangat banyak kan. Berat terkini 82kg turun hanya 2 kilo. Hwuaaaaa.. Eh eh, jangan menyesal. Still turunkan?

Nak cerita berita GEMBIRA pulak. Badan Cik makin firm. Yeyeh!! walaupun berat tak turun sangat tapi kulit yg menggelembir semakin menegang. Terima Kasih Jillian. I love u lah!!.

Perkembangan yg positif ni cik dapat sebab:
1- Cik balik kg, kakak ipar yg 3 bulan tak jumpa kata cik dah ada pinggang. hahaha
2- Baju cap scarletplus saiz 20@18 dah bertukar ke 14.
3- Dah boleh pakai shirt saiz L@XL@free size. klu dulu XXXL pun sendat.
4- Boleh pakai Belt kat luar. Suke sukee.
5- Sudah Berani pakai baju kaler putih.
6- Saiz pinggang terkini 32. dulu 38@36
7- No hal Pakai heel@wedges 3inci. Dulu nak tercabut kepala lutut.
8- Baju kurung LadyFirst,dulu saiz XXXL sekarang XL. pi test je tak pernah beli.

Banyak lagi sebenarnye. Tapi taknak mempoyokan diri. hahaha..

 Cik bersama baju ala2 kot labuh dan belt, jeans saiz 32 dan wedges 3inci.
 Apesal ko posing gini Cik, Motip?

Innalillah...

Salam Takziah kepada Abang Long sekeluarga kerana pemergian abah tercinta ke Rahmatullah. semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin....

* Abg Long abg ipar cik paling sporting n cool in da world.

Sunday, May 30, 2010

Belek Gambar Cik

Belek gambar dulu2..
takde la dulu sgt, tahun lepas kot.
Tembam betul minah ni. Pipi mengembang habis macam belon.
Tengok la kelemak dibawah dagu tu. Fuh!!
Serius simpati diri.

Bersama Faizal Yusof

Dah terasa macam dalam cite ManjaLara pulek
Tapi serius Cik tatap comel..

huhu

Friday, May 28, 2010

Soalan Maut Hari Ini

Cari apakah peliknya gambar ini..


adakah;
a) Kereta putih tersalah parking,
b) sampah sarap tak masuk dalam tong,
c) Tidak kelihatan ada nya tong sampah, atau
d) Tiada jawapan seperti diatas.

Jawapannya ialah;

Kasi Zoom Sket

tadaa...














Patut ar depa buang merata rata.. Apa manusia daa

* Lokasi : Kediaman Lama Cik

Thursday, May 27, 2010

Orang Bandar Balik Kampung

Balik Kampung hohoho Balik Kampung
Hohoho balik kampung hati girang....lalala

Babai korang, Cik tinggalkan anda dengan perasaan sedih.
Jangan merinduiku.. 
Happy long weekend.
Mwuaahh.

*uwekk, perasan dowh

AYCM hari 10

 26052010 Rabu

300am - Telur rebus 2 + jacob craker 2
720pm - air 1liter
740pm - ayam dara goreng disiat + salad + tomato ceri + brokoli

* Mood kurang baik

Wednesday, May 26, 2010

Sakit Hati

Hati agak terasa minggu ni pabila plan weekend ke suatu tempat tak jadi.
Ha, kan. dah kata kalau plan yoyo o memang tak jadi nye.
wat sakit hati limpa jantung jerk!

AYCM hari 9

25102010 Selasa

500am - salad + tomato ceri + telur 2
720pm - air 1liter
740pm - bihun goreng + salad + yongtaufu

* Agak lembik puasa hari ni

Tuesday, May 25, 2010

My Baby You..

 sape ni sape ni?

Hati sesak je minggu ni. Usus jantung limpa tertinggal  kat kampung. Hati juga meronta2 ingin berjumpa dengan
Zikry Ameerul Shah yg berkerut2 tunggu Ateh dia balik ni. Haha..

Hoho, tak sabar nak balik weh.. Juga rindu pada anak2 buah yg lain Zikry NorFahmi, Zetty Zulaikha, Zuheira Sara, Zamarul Adam, Zikry NorFitri dan Zuheira Alia (takde dlm gambar)..

Sume2 ateh sayang. Anak Along dan Zam. Campur2 sume 7 org. Siap ar duit raya tahun ni.

I wish I have own baby. Balik keje ada budak berdiri depan pagar sambil menyanyi ~Ummi... Ummi.. Ummi,..lalala~ haha

* Motip cite : Lari jap tghr tadi pi Bukit Jalil beli tiket tuk khamis ni..lalala

The 'No Rice' Diet?

 We have all heard about this one. People staving away from rice (or nasi) in the hopes to lose weight. Now it works for some and probably doesn’t work for others but whatever the outcome, at the end of the day, its not rice at fault. Let me explain:

Why It Works

Now as all know that weight loss is about about calories – eating more than you need will lead to weight gain. Now cutting our rice completely can make up about 500-600 calories per day (probably a decent average for most Asians or Malaysians). So cutting out say 500 calories per day workout to be 3,500 per week or 15,000 calories per month. When converted to kgs, that’s 0.45kg or 1.95kg respectively. So clearly, as long as you are creating that kind of calorie deficit, you will lose weight

Why it Does Not 

There are two problems with the “no rice” diet. If you replace your rice with say breads, fruits or pasta, you are in fact not changing anything at all as they all are carbohydrate sources. The idea of getting rid of rice is all about getting rid of carbohydrates. Period! Secondly, rice is our staple food! For how long can you completely ignore rice. Sooner or later most people will go back to rice and if they don’t watch the quantity of rice, they will surely regain the weight again!
Verdict: The problem is not rice. Its the amount of rice or calories we consume. Rice is an important source of energy but again, we Malaysians eat too much rice. In a single serving you only need about a fistful of rice. That’s it! It is your choice to go on a “no rice” diet but at the end of the day, you need to make a decision that is based on know-how and not what is popular.

souces: Kevin Zahri Blog

* Anda tentukan diet anda

AYCM hari 8

24052010 Isnin

PUASA

430am - TAK bangun sahur
720pm - air masak 1liter
730pm - isi ayam dara disiat2 + salad + tomato ceri + brokoli, Cupcake


* Huh, kek!!! aduyai

Monday, May 24, 2010

Kurang 6 Saiz

Cik suka pakai Jeans. Selain selesa, senang nak bergerak dan takyah basuh hari2. Oit, pecah rahsia. Cik  kurang bermasalah sebagai pengguna jeans, Badan cik kan bawah kecik atas besar. jadi masalah terbesar adalah mencari baju, bukannye jeans.

First jeans cik cap ayam je. kadang beli kat Giant tak pun Kuantan Parade. murah la, cutting pun laki nye. Pastu beralih ke jeans feminin sikit. Tuff Jeans dan Ladylike. Suke sebab cawat dia besar dan strechtgable betul ke cik eja, betul2 letak kat pinggang. Harga ada bawah RM50, klu nak best sket up to RM109.90 pun ada. Tapi jeans jenama ni bila lama2 pakai dia membesar la. pastu tak sedap dah nak pakai.

Haritu housemate tegur, jeans cik pakai dah macam rappers hiphop. haha. betul la..dalam 5 jeans yg cik ada, tinggal 1 ni je mampu disarung. tu pun tang punggung londeh2. Tali pinggang tak leh tinggal. Betapa nazaknye jeans tu tapi still pakai. haha,

Semalam pi Sogo. Niat dihati nak gi jejalan je. tersangkut gi beli Jeans. Tak mampulah pakai Levi's bagai. Selain tak mampu, faktor tak muat jugak membelenggu diri. Kaki ni tetiba je berkenan ngan cap Applemints. Capai Jeans kaler biru muda pi fitting. cerah. Motip~ biar kaki nampak balance ngan badan. Test 3 jeans, tada cik berkenan ngan satu ni.

Terus gi bayar walau poket mencungap tunggu hujung bulan. Harga after less 50% RM51.90. Lagi best jeans ni saiz 32 pastu lower cut.Tak pernah pakai bawah pusat. Haha,. sebelum ni sarung saiz 38 takpun 36.

*Boleh la dari takde, kan

Kaki MLM Jangan Cuba Datang Dekat

Budak lelaki sekolah lama datang usya2 cik. Then kami semakin rapat dalam fon. lapan tahun tak jumpa. tu Dalam sembang2 tu seronok giler keluar cite lama kat sekolah dulu. Best dapat jumpa kawan lama,kan. Umur dia tua setahun dari cik. Cik gelarkan dia 'Mamat'

Then janji nak jumpa hari sabtu. katanye ada tiket free tengok konsert.Dipaksanya pakai baju putih. Jumpa kat Times Square dalam tengahari cenggitu. Pelik, ada ke konsert siang. tapi cik gi jugak nak tau pe cite walau hati tak sedap. Cik sampai lambat. memang sengaja kasi dia tunggu lama.

Ok, orangnye tak banyak berubah. Dengan chubby nye, hitam manisnya... bukan kategori hensem sangat lar. Tapi apa ada pada rupa, kan. oklah borak2 segala. pastu dia ajak gi tingkat 14. cik dah berkerut. apsal lak nak gi tgkt 14. bukan mall sampai tgkat 10 jeke.

Ikut jugak la walau kaki berat melangkah. dalam lift cik tak sedap hati. pastu dia jumpa kawannye yg full dress in corporate. siap blezer tali leher bagai hari sabtu ko.

Malas nak cite, dgr je rakaman perbualan mereka

Mamat bersalaman ngan kawan dia dengan aksi salaman luar biasa. Macam dah satu group ar
Mamat : apa apa kat sini bang?
Kawan : Ntah, abg taktau. nak tau kena tgk masuk dalam  lakonan
cik kerut2
Cik : ada apa ni?
Mamat : taktau la, saya pun 1st time datang sini. klu 1st time asal salam ngn abg tu mcm dah bese. Nak tipu aku la tu
isteri kawan : abe, pi amek tiket kat MAKI.. agak dah, cibai!! B***!!

cuit mamat suh ke tepi,
Mamat : Ada ape awk?
Cik : Konsert apa pelik sgt ni? saje uji
Mamat : Adala, awk masuk dulu baru tau
Cik : saya klu tak pasti memang saya tak hingin tgk. ape bendenye ni?
Mamat : ni satu peluang awk. Klu awak tak masuk tak tau
Cik : Then cerita ar kat saya sekarang. memang la saya taktau awk dok ulang2 ayat yg sama
Mamat : ni satu team... kasi hentam bertubi2 sampai dia takleh jawab
Cik : Team ape
Mamat : Dia slalu wat event kat luar,..
Cik : Kasi Clear? event pe
Mamat : Event yg buat awak seronok
Cik : Eh, apa yg awak cakap ni? dok kalih2 cite. bagi terang boley intonasi semakin tinggi, cik cepat menuju ke lift.
Mamat : Nak gi mana?
Cik : saya nak balik
Mamat : okk, camni.. ni satu peluang. Klu awk lepaskan memang awak rugi gile.
berkerut marah..hilang keayuan n kemanjaan cik
Cik : awk jgn main2 ngan saya.
Mamat : mana Ada?
Cik : Saya pantang org tipu saya.
Mamat : okk, ni satu bisnes..
Cik : Ha, then cakap awal2 kan senang..yg dok pusing2 awk igt saya bodoh! takde mata nak tgk?
Mamat ; awak? dah start pegang lengan cik
Cik : Hey, dgr sini. saya dah cukup bisnes yg leh buat saya kaya. Hidup saya dah terlebih hepi. tak perlu awk nak tunjuk saya bisnes awk. Dgr sini. Jangan cari saya lagi.
Mamat : apa ni awk.saya tak paham.
Cik :Saya memang cukup pantang org menipu
Mamat : Mana ada saya tipu. memang hampeh la jantan ni
Cik : Aku putus kawan ngan ko pun aku tak kesah lah!! Marah menggunung
Lari terus masuk lift.

Dia kol byk kali. sejam lepas tu dia anta mesej kata Sampai hati wat dia camtu. tinggalkan dia sesorang.

* Cik prepare peluru siap2 kalau berjumpa ngan spesis MLM cenggini. Memang setan ar. Nak paksa2 org join event dia. Penipu pulak tu.
* Sejak dua menjak ni Kaki MLM yoyo o cari cik. Yg selalunye kawan2. Tolong la, aku bukan anti kau. Tapi aku anti MLM. Nak kawan ngan aku boleh. Tapi jangan bagi virus MLM tu kat aku. 
* Moral of the story = seseorang yg join MLM, dia cari kawan dengan agenda tersembunyi. persahabatan akan dicemari MLM dan seterusnya putus sahabat.
* Ada aku kesah tak jaga hati ko..takde la aku kesah pasal ko lagi byk menyakitkan hati org kat luar sana

panjang ke? gasak ar

END

AYCM hari 7

23012010 Ahad

930am - salad + tomato ceri + tuna + cheese, keropok ikan
430pm - yongtaufu
700pm - Aiskrim sundae cone McD
900pm - keropok lekor Tganu

* Perhatikan diet ketika weekend. Agak hancur dan terbabas. Lagi2 kalau keluar jejalan.

AYCM hari 6

22052010 sabtu

730am - green tea
800am - salad, telur 2 biji
1000am -biskut jacobs sekeping
130pm - chicken black peper, sayur campur
330pm - air lemonad
830pm - bihun goreng, pasta bolognese sengap

workout - 30mins
pembuangan - sekali

* Sebelum AF setat ngap bihun goreng yg pedas dan sedap..heaven nyee

Friday, May 21, 2010

Bakal Dumbell Ku..


Cik tengah meng'usya dumbell tuk dijadikan teman workout. Sekarang cik workout routine dumbell guna botol mineral 1.5L. Ok, jangan gelak. Tau sangat kreatif. Tau jugak merbahaya masa workout. Juga kelihatan seperti sgt kedekut mengeluarkan duit beli alatan sukan.

Tapi anda taktau sebabnye. Dulu berkira2 nak beli dumbell pasal taktau camane cara nak bwk balik rumah. Dulu rumah cik nun dihujung tanjung. Tingkat 5 dan perlu turun bukit dan mendaki tangga. Pulak tuh ber'transport bas dan lrt ketika itu. Jadi terpaksa mengkreatifkan diri cari benda lain tuk di'dumbell'kan.

Sekarang cik dah pindah. Seronak gila takyah naik bas. Perasaan suke bertambah2 lagi boleh pi keje lambat. huhu. Sebab tu baru pasang niat memiliki dumbell sebenar.

Sekarang cik nak cari Dumbell set dalam area 5lb @ 2 kilo. Kat mana boleh dapat yg berpatutan yea?. cik dah google tapi tak tunjuk harga lah. cik nak la usya2 dulu. Nanti tak terperanjat time bayar,kan. Rancangan membeli hujung bulan ni.

Kepada berpengalaman, boleh tak kasi ilmu sket pasal dumbell.


Tulun tulun

AYCM hari 5

21102010 Jumaat

700am - telur separuh masak 2
930am - Dtox Tea
1230pm - salad + tomato ceri + chicken slice toast
330pm - Green Tea
730pm - YongtauFu

Workout : 30minit & tangga
Pembuangan :  :-(

AYCM hari 4

20052010 Rabu

700am - telur goreng 2
1030am - Dtox tea
1240pm - terung pedas + labu msk lemak + ikan goreng
130pm - bubur pulut hitam sikit + puding roti se'ngap
330pm - Wafer NAPE LAH HAI KO CIK
830pm - mihun goreng

Workout : 30min with JM
Pembuangan : 2 kali

* Cik tak sihat, amek halfday. Mata cik berpinar2, ubatnye balik tidur.
* Agak melampau kehancuran diet ari rabu

Thursday, May 20, 2010

Dipecat Kerana Bertubuh Gemuk


GAMBAR menunjukkan tubuh Lance Padersen yang dipecat kerana dianggap oleh majikannya memiliki tubuh yang gemuk.



BRISBANE - Seorang lelaki, Lance Padersen mendakwa dia dipecat daripada bekerja di sebuah kilang gula pada Isnin lalu kerana memiliki tubuh yang gemuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 57 tahun pada mulanya bekerja sebagai pemandu trak angkat susun di kilang Golden Circle itu tetapi ditukarkan ke bahagian makanan dan minuman pekerja.Padersen berkata, selepas menjalani satu pemeriksaan kesihatan, pihak pengurusan kilang tersebut menyatakan dia tidak cergas untuk bertugas di bahagian baru itu.Menurutnya, pihak pengurusan kilang memberi alasan kesihatan seperti tubuhnya yang terlalu gemuk dan penyakit lutut yang dihadapinya.

Padersen yang telah bekerja selama 14 tahun di kilang itu memfailkan aduan pemecatan tidak adil di sebuah agensi pembela pekerja kelmarin.Dalam aduan itu, dia menyatakan majikannya tidak memberi sebarang amaran mengenai tahap kesihatannya.

Seorang pegawai Kesatuan Pekerja Kebangsaan Australia, Duncan Pegg berkata: "Dia lebih daripada layak untuk melakukan pekerjaan asalnya."

Bagaimanapun, ulasan yang diberikan oleh syarikat Heinz Australia yang memiliki kilang itu ialah: "Pihak Golden Circle mempunyai kewajipan bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan untuk semua pekerja kami. Justeru, kami tidak mampu untuk terus menggaji Padersen."

Pemecatan itu menyebabkan hidup Padersen sukar kerana dia dan pasangannya masih mempunyai hutang bank yang perlu dibayar.

* Gemuk menyusahkan diri sendiri bukan

One Two Three...Freddy is Coming

 Freddy bertangan Edward Scissorhand

Malam semalam tgk A Nightmare on Elm Street kat Klcc. Produser Michael Bay..huhu, macam syok je cite ni.

Ok la cite dia, byk adegan terperanjat menjadi dibantu sound effect. Cumanya cik boleh tau ape babak seterusnya. Takyah tengok yoyo o pasal dah tau apa jadi lepas tu. Kasi thrill la lagi. Baru best. Biar penonton terkencing. Tehee,

Kalau sesape follow Nightmare ni, cite dia banyak version. Dulu2 time sekolah pun dah kuar jugak cite ni dengan hantunye freddy kruegger jugak. Pendapat cik cite dulu lagi seram lah.

Masa kat wayang, tiba2 cik tersentuh. Tiba2 perasaan simpati keluar. Link sit yg cik duduk tu semuanya org sihat2 (termasuk cik lah). Bukan nyampah tgk tapi kesian. Mungkin tukang jaga tiket Tgv tu saje letak kami sihat2 satu link. Kebetulan je kot.

sebab kesian:
1- Dok statik, tak mampu gerak byk pasal sit TGV sangat kecik hokay. Nak sandar menggelongsor jgn mimpilah.
2 - Tangan mesti kedepan, takpun peluk tubuh. supaya muat2 dlm sit.
3 - Berlaga bahu ok
4 - kurang menikmati cerita sebab keadaan tak selesa.

Apa yg cik pelajari mlm tadi ialah:
1- Masyarakat Malaysia semakin membesar. Dahlah makin rendah makin melebar pulak tu.
2- Hebatnya lifestyle zaman moden kini sampai kesihatan pun dipandang remeh.
3- Alhamdulillah, walaupun cik gemuk tapi boleh lagi silang kaki kat wayang takpun dok menggelongsor menghayati cerita. Ok, sit muat2 tuk cik tapi cik boleh lagi gerak2 betul kedudukan. tak perlu tangan sentiasa peluk tubuh nak kasi fit kat sit.

*Apakah perasaan anda wahai si gemuk. Pergerakan terbatas, tak selesa, tak confident, kehidupan sosial juga terbatas. Apakah ini yg anda inginkan daripada kepuasan makan tanpa had dan kemalasan bersenam.
Fikir fikirkanlah sebelum anda dan anda dihinggapi penyakit yg tak diingini.

Sungguh Bersimpati Diri Dulu

AYCM hari 3

19052010 Rabu

700am - telur rebus 2
900am - Dtox Tea
1230am - salad + Tomato ceri + chicken slice
330pm - Green Tea
700pm - Ikan goreng + veggi delite Subway

workout :pagi workout 1/2jam

Pembuangan : 2 kali. Alhamdulillah


* Menahan godaan nasi kukus ayam dara kat area umah cik. ish, tak boleh jadik. Cik mesti tahan nafsu skrg...

Wednesday, May 19, 2010

AYCM hari 1

agak terbabas diet cik..
haluuu, WAKE UP BEBEH...

17052010 Isnin

kononnye nak puasa tapi nan ado pabila perut sakit menggila.

Jadi bfast air kosong kul 10 pagi.

700am - yilekk
900am - Dtox tea   
120pm - paru masak pedas + sayur petola
330pm - Green tea
600pm - wafer choc capucino
630pm - nasi kukus ayam dara NASIK!!!
900pm - brownies + air buah

workout - dengan rasa bersalah main dumbell 1/2 jam
Pembuangan - 3 kali. OK GOOD,perut keadaan baik

* Weh, ni perut hantu ke hape, menggila makan. sedor lah wahai Cik berat ko masih belum di zon selamat ..
* Niat diet hari 1 = fail tahap taik cicak kobeng

         

AYCM hari 2

18052010 Selasa

700am - telur rebus 2
900am - Dtox Tea
1230pm - salad + tomato ceri + chicken toast
230pm - Green Tea
700pm - sup sayur sawi + ayam

workout : naik tangga ofis
pembuangan : 1 kali. GOOD

* Cuba menahan godaan Hot&Roll. Alhamdulillah, berjaya ditepis

Tuesday, May 18, 2010

Entry Emosional

Apesal la manusia macam ni ada kat dunia.
Makcik cina kat ofis cik. hoho, sangat beremosi bengang kalau cite pasal makcik nih. usia 30an kot ntah2 40an. sungguh tak semunggah ini perangai. Makcik ni dok belakang cik yg muka dia menghadap kepala cik

Dah tau Kau tu ada sinus a.k.a resdung, dok pulak keje dalam aircond. sila lah prevent penyakit kau tuh. pakai baju tebal ke, ini cik tgk asik pakai baju takde lengan. Memang le acum acum tak benti. Dah lah Bersin ikut sedap hati kau je. Sgt takde sensitiviti perasaan org lain. Ape Kau ingat baru jadi HR boleh wat suke hati mak bapak ko ke. Huh!

Apesal cik marah sangat! Pasal! Tak tutup mulut hokay. Bersin ke Batuk ke Buang Hingus ke dia ikut sesedap rasa je. kedekut tisu betul, takpun dah jadi OKU, tangan kudung sebab tu takleh tutup mulut.

2 tahun setengah cik sakit hati. Hari2 dok dengar bersin dia yg kuat. cepat2 pasang headphone kuat kasi gegendang pecah. pastu kalau dia bersin cik bagi sigh bunyi tak suka. Boleh dia wat dunno lagi. Dahi cik berkerut dah pasal hari2 tension ngan dia. Eiiii, geram lah.

Masa kes H1N1 dulu, boleh dia hantar email kat 1 ofc perbezaan tanda2 Sinus n H1N1, ek eleh terasa lah tu. Abih ko terasa still bersin tak tutup mulut. klu lah PC dia bernyawa mesti dpt serangan H1N1 dulu. Bengong.

Puas la org yg teliti soal kesihatan jaga diri, pap pap datang ofc stil takleh prevent jugak. still berisiko dapat penyakit gara2 makcik sorang nih. Lagi2 pulak antibodi tak kuat mcm cik nih.

Tahun lepas ada tragedi cik ditegur oleh makcik ni sebab minum air Slurpe cap SevenE.

makcik cina : Haiya, apesal u minum ini air..so tak healthy u know. Lagi2 u ada asthma. u tau tak air ini so   
manis.boleh buat badan u lagi gemuk
cik xxx : iye... u punya sinus how ar? dah baik?
makcik cina kalih2 cite lain.

Ada benarnye nasihat tu tapi kau tak cermin diri dulu nak nasihat org. Kau pun gemuk jugak aku tgk. Kau pun tak jaga kesihatan jugak aku tgk. Hey, aku ada asthma pun tak mengganggu ketenteraman org. Aku semput pun tak nyusahkan kau. Tapi sinus ko tu menyusahkan aku. Tahu!! Jadi cik abaikan nasihat tak guna dia tu. Cik terima nasihat dari org yg sepatutnye je.

Masalah yg tak setel kecuali cik blah dari company nih.

* Entry bukan bersifat perkauman

Tangan Yang Menggapai

Penderaan Kanak-Kanak

Masa Zaman Pemerintahan Dr Mahathir, asal ada launching kempen baru je mesti keluar skali lagu-lagu kempen. lagu Fikirkan Boleh, Kuala Lumpur, Mari Membaca, byk lagi lah. Macam lagu Tangan Yang Menggapai ni sempena wujud talian TeleDera. 

Secara psaiko nye, kepala kite mudah menangkap irama dari perkataan yg tak punya apa2 makna. Jadi info cepat sampai. Salut la Dr Mahathir, memang sampai betul mesej kepada rakyat masa tu. Tapi sekarang...hai, nan ado..

Penderaan kanak2 semakin menjadi2 skrg ni. siap tahap berani bunuh. kesian. Macam mana lah nasib budak2 ni dimasa depan. hai dunia.

Tangan Yang Menggapai

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Ke manakah hilang perikemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan
Atas kesedaran mari kita pastikan
Kisah yang sedih tidak berulang

Jeritan suara titisan air mata
Tiada siapa yang endah
Tangan yang menggapai akan layu terkulai
Seluruh harapannya berderai

* Lagu ni boleh cari kat 4shared. Tapi versi lain lah, bukan mcm videoklip kat Tv tu

Monday, May 17, 2010

Apo Kono Eh Jang

serius zaman jepun tonggek punya lagu

Lirik Apo Kono Eh Jang - Ally Noor & Mastura

( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak boghi makan lai
( L: )
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih
( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko
( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah
( P: )
Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam
( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu
( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...
( P: )
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...
( L: )
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh
( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu
( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan
( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo
( P: )
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti
( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah
( P: )
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...
( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih
( P: )
Apo kono eh jang...

* 'Ah.. Omak ni..Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do. Buek malu yo...' Haha, lirik teringat
* Lagu lain best 'Abih Camno', 'Alahai Anak Omak'
*Cik berdarah campuran Melaka. Buleh cakap Melako dongan den.
*Layan..zzz

Kesian Pengemis..

Ni bukan pengemis yg buat2 jadi pengemis.Bukan juga income dia sehari boleh disamakan dgn gaji seorg doktor. Pengemis camni cik blh trace. Terus cik jadi kedekut. Taknak derma singgit dua pun. Mengenyangkan perut dia dan agent dia je. huh!

Ni pengemis yg betul2 mengemis tuk sesuap nasi.
Kesian.

Pengemis kat Lrt.
Dia dok tgh jalan org pejalan kaki. 
Ada tu nampak botol mineral yg dalamnye air kaler kuning. air kencing mungkin..
Pastu ditogoknye masuk mulut. Bukan geli tgk tapi kesian.
Mungkin mentalnya tak berapa sihat, nak tegur pun takut.
Tapi insan berhati manusia sanggup ke biarkan dia mati kebulur.
Kadang2 ada org bagi dia air mineral. Dapatlah dia air bersih hari tu.
Kadang2 dapat polisterin, nasi mungkin.
Kadang2 ditadahnya tangan, dapatlah seringgit dua.
sungguh kesian...

Pengemis mintak sedekah kat Fast Food.
Cik tunggu kawan kat KFC. Pastu ada pengemis dtg kat meja sebelah. Laki tu geleng2 kepala malas layan. Dia tadah tangan mintak sen. Pastu datang pulak kat meja cik. cik terus kasi. Tgk gayanya macam mental. Pekerja KFC dok halau2 dia. Betul, menganggu ketenteraman awam dengan bau hancingnya. Makwe kat meja sebelah siap tutup hidung kata hilang selera makan. Pakwenye dok gelak2. Pernah tak anda fikir apa yg jadi kat dia sebenarnye?..
kesian,

Pernah tak anda terfikir apa yang pengemis fikirkan.
Pernah tak anda ambil tahu kenapa dia jadi macam tu..
Pernah tak anda fikirkan hari ni dia makan apa.
Kesian..

*Jabatan Kebajikan Masyarakat Please

Friday, May 14, 2010

Big Bos Jangan La Marah2

Lokasi : Ofis
Masa : 5 petang
Aktor : Big Bos omputeh yg kami gelar 'Mr Bean' pasai muka mcm mr bean tapi versi Tua.

Staf berjawatan besar kat ofis masuk bilik mesyuarat. Bilik meeting yg senyap sunyi tiba2 bergegar suara bos tengking marah staf. Siap tum tam tum tam tepuk meja. Dengar sampai luar.

Cik yg dekat ngan bilik mesyuarat terperanjat sakan lah. Ish, macam marah aku pulak. Jantung laju dowh.

Haih, sejak dia benti merokok ni menjadi jadi pulak short temper dia. Gile punye marah mcm kena tembak wo..

*Sir, I think u shud smoking back lar. I fed up to see u scolding like this like that everywhere. haiya.....

Mama Aku Ingin Pulang..


Oleh Nike Ardilla
 
Mama oh mama
Aku ingin pulang
Ku rindu padamu
Dulu tak mendengar nasihatmu
Mama maafkan anakmu

Mama oh mama
Aku ingin pulang
Ku rindu padamu
Dia yg ku cinta telah berdusta
Kini tinggalkan anakmu

Hidupku kini tiada arti
Bagaikan burung di dalam sangkarnya
Ku ingin bebas dari derita
Mama tolonglah diriku
Dari belenggu cintanya

Cincin emas melingkar
Dia berikan dulu
Untuk apa kalau ia tak cinta
Gaun bersulam sutra
Dia berikan dulu
Untuk apa kalau ia tak rindu

Keringlah sudah airmataku
Mama aku ingin pulang
 
* Mama lagi...
* Takde kena mengena ngan lagu pun

tapi Motip,
nak balik kampung malam ni..yahuuuu!!

Thursday, May 13, 2010

Diet Cara Cik... Ketahanan Mental

Nak Senang cite cik letak point. Memudahkan anda baca jugak, kan...

Sebelum nak berdiet kenalah kebalkan mental dulu. Bila cabaran datang kite boleh tangkis.. Cik kasi tips tuk mengawal mental;

1 - Niat. Niat kena betul ek. Pada sesiapa bujang klu nak kurus tuk cari bf baik lupakan aje. once dah dpt bf, berat boleh naik bertan tan tahu! Cik nak kurus tuk hilangkan asthma. Skrg dah terkawal. 

2 - Kutukan. Jadikan kutukan/perli/gelak ketawa org kat kita sebagai cabaran. Sifat down/merendah diri tak kemana deh. "Gemuk nyieee, baru anak dara dah gemuk. belum berlaki lagi tuh" Kata seorg pakcik yg mulut takde sensor. 'hamboi2, pakcik tak tgk cermin ke, perut ko boroi jugak aku tgk', berani dlm hati je.

3 - Yoyo O. Jangan hangat2 tahik ayam. Nanti result pun hangat2 jugak. Berat boleh turun dan naik macam yoyo. Ini cik pernah alami. Tak mau tak mau! 

4 - Target. Set target berat anda. Bila, berapa kg, kenapa, bagaimana. Susun strategi kasi kemas. Tulis semua kat 1 tempat. Klu rajin buat carta perjalanan diet kat manila kad . tampal besar2 kat bilik. Lagi rajin beli white board lekat kat dinding. boleh main cikgu2..huhu

5 - Idola. Pilih seorang idola anda. Anda nak badan macam dia. Anda nak bergaya mcm dia. Anda nak Bf dia. eh, cite lain. Cik suka Jue Aziz. Taknak kurus takde shape tapi nak chubby2 gebu gitu. haha, tapi taknak Zizie Ezette. opps!

6 - Semangat. Kekalkan momentum diet anda. Cari jalan tuk masuk landasan segera kalau terbabas. Klu cik terbanyak makan, cepat2 pi jalan blog kawan2 diet. Kasi bakar semangat.

7 - Pelawaan. Kadang2 situasi memaksa kite makan sebab nak jaga hati. klu kawan2, kita boleh cakap direct yg kita in diet. Klu kedai makan kite boleh pilih makanan. Tapi kalau pi Rumah saudara. Takkan nak berlagak diva kata tak makan itu tak makan ini. Jadi perkara ini takleh di elak. Apa yang mampu dibuat. Makan sekadar merasa bukan mentekedarah.

8 - Nafsu. Jangan makan dengan penuh nafsu. Mungkin baru bagi anda. tapi ye, pengalaman cik, klu kita makan bernafsu kata 'sedapnye sedapnye..tak pernah aku makan sesedap nih'.. boleh mengakibatkan berat naik 2 kali ganda. Ini mainan psiko. Jadi hati2. Makan takde nafsu lebih baik. Niat makan pun penting, mengalas perut dari lapar.

9 - Menyesal. Jangan menyesal klu anda terlanggar pantang. Sikap kesal itu lagi membuatkan anda makan byk sebelum berfikir. Teruskan saje ngn diet anda tanpa byk fikir.

10 - TakNak. Klu ada kawan pelawa makan, cakap taknak. Klu rasa terlalu kasar ayat taknak tu, kata kat dalam hati je. Pedulikan kata2 perli kat belakang tu. Sifat tegas dan disiplin mencerminkan result anda nanti.

11 - War2 kan. Jangan malu bagitau org yg anda sedang berdiet. ada org takut, kot2 diet beria tapi berat tak turun jugak. Nanti org kutuk. Hei, yg dietnya anda. Yg bawak badannya anda. Buat apa nak malu. Cerita kat org sekeliling supaya klu anda tak sedar mentekedarah, ada org tolong ingatkan. Kan bagus tu.

12 - Teringin. teringin nya nak makan tu...nak makan ni.. Fikir secara rasional. Lama sgt ke anda tak makan benda tu. Klu baru lagi baik lupakan. Janji kat diri anda 'klu berat turun byk ni aku nak makan benda tu sbgi hadiah'. Jadi kita makan tanpa rasa kesalan. 

13 - Stress. Tak perlu stress dan was2 dalam jalani diet. klu risau memanjang nanti berat tak turun. cayo lah cakap den. Diet Smart Not Diet Hard.

* Opps, terbanyak pulak

Mawar Putih Untuk Mama

 Nyanyian Sharifah Aini...Wann nyanyi pun sedap


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh.. mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
*Kepada Sabariah Noordin.. Org saaayang dan rinnndu mak

Wednesday, May 12, 2010

Branded

Adakah barang berjenama satu keperluan atau kehendak atau kepuasan atau suke menunjuk kat org yg kau tu terlebih mampu.. atau memang tak mampu tapi hanya menumpang harta org. tettttt...

Contoh ayat yg menjengkelkan;

1 - " Saya ni ada seluar Levi's 3 helai je, kakak saya jeans dia sume Levi's. Ada 6 kesemuanya"

2 - " Pakai selipar je? ni kan nak kuar lunch. Klu saya sarung Crocs je"

3 - " Smlm i dinner kat Palace of the Golden Horses. Sedapp, gi lah cuba"

4 - " Pki kembara jeke. Igtkan Merz, paling cekai pun Honda ke"

5 - " Hey, nanti calar beg i ni. LV tu, ori hokay!"

5 - " I klu shopping masuk butik2 je. I suke shopping kat KLCC takpun Pavi. Lain2 tempat macam tak berkenan lah."

Eh, hello..

sedarilah;
~ Kau rasa kau mampu ada org lagi kaya dari kau
~ Kau rasa branded boleh kasi byk kawan, teruskanlah
~ Janganlah butakan mata ngan kemahalan brg tu, Walaupun mahal tapi buruk..tetap buruk
~ Ada cara nak tunjukkan kekayaan kau, nak belajar meh dtg jumpa Cik

* Ya Allah, semoga aku tak terjurumus dengan sifat riak, keji lagi hina. Amin..

Tuesday, May 11, 2010

Pagi Yang Tak Indah Lah

Pagi tadi Lrt wat hal. Dari wangsa maju 740 smpi 805 baru lalu 1 tren. Padatnye org toksah cakap ar. tepat 820 baru dpt naik.

kiri kanan depan belakang cik adalah lelaki. kire cik terperangkap 4 penjuru la. Memang giler sesak hokay. nak bernafas pun tak sempat. 

Bila situasi begini adalah jantan nak ambik kesempatan. Cik berdiri setegak mungkin supaya tak terlaga ngan sesapa. tiba2 merasakan sesuatu yg pelik kat belakang cik...Apakah itu.... jeng jeng jeng. arghh, sgt tak selesa. klu pun bersesak2 jgn lah ditonjolkan lagi benda tu. soo geli hokay. lagi pulak di gesel2nye...hey, sexual harasment lah!.. cik kedepan skt part bawah badan. 

Sampai kat Ampang Park cik jeling ke belakang. Nak perati sape yg membuat onar ini. hensem, tapi disebab perangai ko tu yg haprak.. terus muka tu nampak bangkai. Memang gila la ini jantan. Klu iye pun kemaruk perempuan pi la carik pelacur ke hapa. ni sah gile sex. 

Nak kata cik sexy arini, cik pakai baju kurung loose. Nak kata cik cantik, idak le cantik comel cute tu ada la sket. Tapi I Tell U ar, jantan gini dah tak kire dah lepas nafsu kat mana. Gersang memanjang..

Dah la masuk ofc kul 9, keje pulak byk tergendala dek system bengong nih.. haih, pagi yg tak indah lah..

Monday, May 10, 2010

Cuti kat Sri Mersing...

percutian yg tak dirancang, jumaat petang kul 6 kawan ajak 'jom pi Mersing'..Cik terus kata 'On,,set jom'. Pasai otak semakin tepu dok KL lama2..haha,

Inilah plan gila2 tuk tahun 2010, Mersing dipilih sebab suami member yg sorg tu stay kat sana. merangkap Pakej menziarah sekali la..

Inilah gambar2 terhasil sepanjang 2 hari 1 malam.. layan.,,,

pagi sabtu, dgn tak mandi nye ikut depa beli nasi lemak. 
Dah macam poster cite Mukhsin pulok

Merenung jauh memikirkan nasib diet Cik sepanjang berada di sini

sawah padi tak berapa nak jadik
apesal gedik sgt minah nih

Suke tau posing gini..

Lepas mandi Yang Penting...
khas tuk blog..
hahaha

Lepas dinner kat D'rimba, dipaksa menyanyi..
tau la sore sedap jgn la push2 cik..
org ramai hokay, nasib sume tak lari.
lagu Seribu Mawar
sume terpegun kelantangan sore cik..
wal lah..

* Kadang2 apa yg kita rancang tak jadi, then sakit hati. 
   Kadang2 yg tak dirancang tu yg best..biar terus jadi then happy2...

DVD WORKOUT

Malas betul kena bersiap tuk pi jogging. Pastu malas betul pi sorang2. klu geng ada pun bukannye tiap kali nak jog dia sentiasa di sisi. Pastu lagi, alasan takde masa. Blk keje dah lewat tak kan nak pi jog kul 7 mlm kot. Weekend pulak macam sayangkan bantal dari segalanya.

Pi Gym, lagi lah hai.. memerlukan kos yg banyak. Lagi pulak, gim yg hebat2 tu kena ada kontrak bagai. paling singkat pun setahun. hui, takut tak boleh commit. Pastu nak letak beskal tak begerak kat umah, mahai weh. Lagipun umah tingkat 4, idak le larat bawak naik ke atas.

Ha, macam2 alasan mengelak dari workout. Bese la tu, nama pun manusia. dari sifat tak pernah puas... terkenal jugak ngan sifat berusaha cari banyakkk alasan. ok, apa penyelesaiannya?

Workout kat rumah lar.. selain jimat masa jimat jugak wang ringgit anda. Lepas ada niat tuk workout kat rumah apa pulak kite kena buat?

Cari DVD2 yg menyemangatkan diri tuk workout. cari la yg senonoh sikit dan terbaru. Bukan DVD tahun jepun tonggek punye hek. DVD rakamannya tahun 2000 ke atas kira okay la. Kalau DVD lama sangat, nafsu nak workout boleh luntur jam2 tu jugak.

Memandangkan banyak request tanya pasal DVD workout JM (Jillian Michael) yg cik buat tu. Cik letak entry ni.

Kalau korang rajin an, sebenarnye cik dah bagi hint kat part comment entry sebelum ni pasal kat mana nak cari DVD ni. Mungkin korang bukan rajin sgt nak tgk entry2 sebelum kan, jadi cik merajinkan diri kasi link dia skrg.

DVD JM ni susah nak carik kat pasaran Malaysia. Cari lah kat speedy ke Video Ezy ke.. memang hampeh la di adakan. Yg banyak DVD erobik zaman jepun tonggek, takpun step poco2 dikelola wanita2 indo. Yg boleh tahan sikit pun DVD ajar kite step menari. kire berselera la skt. takpun DVD Paula Abdul. Jadi, apa yg kite perlu buat...

Cik surf tenet. cari2 punye cari, jumpa satu blog ni. Ada la sorang hamba Allah ni bisnes copy DVD JM then jual (hui, byk untung tu..selain dapat pahala la dapat tolong org buang lemak). Walaupun copy tapi dia siap compile sume workout JM. Boleh pasang kat Lappy dan sesetengah player DVD boleh main jugak. Bagaimana dengan 'hakcipta terpelihara', cik tak boleh komen. sila tanya kat penjual DVD ini.

Nah, terhenjut2 la korang kat ruang tamu ber workout ngan JM. Macam org gila? ala yg tgk pun seisi rumah je. klu malu jugak pi dok diam2 kat bilik.Tupun klu space lebar la. Jgn lupa kunci pintu..

Lihatlah hasilnye nanti, sure puas hati. Jgn gila workout sampai muscle ketak2 pulak. nanti takut kawan nak dekat. hahaha

* Link si jual DVD,  JM DVD
klu dia tanya tau mana, sebut2 la nama Cik Xxx. mesti dia kasi diskaun..hehe

Thursday, May 6, 2010

Apehal La Ko Nie Cik..

Tadi lunch cik kuar pi atm. cucuk2 kuarkan RM******, nak pindah duit dari akaun HLB ke Maybank. ok, cucuk duit dah setel.. pi plak kat cash deposit, tekan2 masuk duit...hah!! duit tak cukup?! biar betik..suh mesin kire 2x tuk kepastian.

Tanpa berfikir panjang, terus ke kaunter tuk membuat laporan. ok, isi borang..staff tu blablabla..ok setel.
Then pi blk kat cash deposit nak masuk RM byk tu. Pastu, slot menunjukkan.....Eh, apasal cukup pulak! apasal tadi tak cukup?..

kesahnya,
RM50 dan RM10 bercampur.. tadi pi tgk kat amount note RM50 dikire je. memang le tak cukup. tak cmpur lagi note RM10... Yg 2nd time pandai pulak mata ni tgk amount kat bawah skali...

Adoyai, nape la ko Cik. buang masa pi report bagai, confident pulak tu kata Atm tak cukup bagi duit.

Perlukah Cik:
a) Pi balik Maybank cancelkan report then termalu sendirik
b) Just call then bercakap ngan person in charge tapi hbskan kredit fon
c) Wat dunno je

readers sekalian, apakah jawapan di atas

* 'Sumpah aku malu berurusan ngan kerani tu lagi. Tadi yoyo o. Mesti dia pening carik kemana hilang duit aku tu'
:-P

Asthma ke Semput ke Lelah ke Penat....

Pengalaman cik menjadi penghidap asthma. mungkin biasa bagi sesetgh org tapi pengalaman yg tak seberapa ni boleh dikongsi dan dibaca. Redha dan bersyukur sgt dapat teruskan hidup normal setelah beberapa kali nyawa di hujung tanduk.

kesahnye,
cik dapat semput dalam umur 2 tahun gitu. cik ni baby yg sihat sejak lahir. ceritanye cik main air baldi then tertangkup. kepala bwh kaki atas. bape lama ntah. Nasib baik mak cepat angkat, tak kang jadi arwah mcm 'budak lemas dlm akuarium' tu.

Masa tu, ayah cik la paling risau sebab cik ni anak kesayangan dia. selalu lah dia 'On Call' tiap kali sakit. ulang alik hospital kul 3 4 pagi dah bese bagi dia. klu cik tak larat berjalan dia dukung. masa kecik2 la. Gamaknye kesian tgk cik nyawa2 ikan. smpi blaja tinggi pun dia still risau. klu cik masuk wad, dialah org pertama yg cemas. sanggup tido kat spital klu cik kritikal.

Sepanjang hidup cik, kuar masuk wad tah berapa byk. taknak kire kononnye pengalaman pahit gitu. first masuk wad darjah 5. Time tu klu tgk org lain ada pelawat tapi katil cik kosong, mula air mata genang. huhu..

Hospital mana? semua hospital cik dah test. area pahang, huh jgn ckp la. byk kali wehh. Segamat, Melaka, KL, kat jakarta pun cik dah merasa. kire kat mana cik tinggal kat situ lah penginapan hospital. Haha, macam percutian cik bedah pulak! sampai MA hospital P**** cakap " awk ni menakutkan saya lah, nampak je awk dtg kami dah cuak. perkara pertama kena wat kol doktor bertugas. Semput awk tahap blh maut u know". Cik senyum kambing je le

ICU ada la dalam 10 kali. betul2 wat family sanak sedara sakit jantung. lagi pulak doktor berapa kali cakap cik ni hanya hidup 50 50. Takke meraung mak ayah dengor. 'Intubated' dah 5 6 kali kot. tapi tiap kali doktor tanye, cik tipu kata baru 2 kali intubated. Klu cerita hak betul nanti doktor geleng pala.

doc ask: "why so critical ur asthma huh?"
my heart say: ' i also dunno lah doc, its attack suddenly smpi i cant breath. Mcm kena cekik. wat to do.'
sape yg nak sakit teruk2 gini.iyea tak

*intubated tu yg masuk tube pernafasan, mesin bantu kite tuk bernafas. bese letak kat ICU tuk org dah nazak. dan besenye patient tu memang koma lah. jarang patient sedar dia sumbat menatang ni. nak lagi info sila google

pakcik cik pernah ckp, ni masa first time cik bukak mata dari koma. dia kata

pakcik : "xxx, doktor kata ko nie kuat semangat. kuat tuk hidup. cepat bagi tindak
balas. tu ko sedar cepat. macam tu la..." sambil mengesat airmata.

wal lah, mcm dlm drama pulek.. paling lama cik koma 3 hari. Nilah salah satu sebab nape cik nak berat normal. Alhamdulillah, asthma terkawal skrg.

* Motip penceritaan? = sok ada appointment kat IPR (Institut Perubatan Respiratory), yeyeh dapat MC..

end

"U Dah Kurus Mae..."

Ha, ni cite skrg. Time dulu jgn harap cik dapat pujian mcm ni. Eh, pujian ke? belasah la labu..
Tapi bile ofcmate cina tegur gini, tiba2 hati kat sebelah jantung cik ni mengembang pantas. Eh, adakah ku semput. oh tidak... Cik sukee rupanyee..

Hahaha, tapi kembang kembang jugak..jgn badan ni ngembang balik udah..tak larat cik main yoyo yg berat nih.

20kg dah hilang. Lagi 20kg payah lak dia kuar. Yela, lemak tepung lama berkampung sepanjang hayat dlm badan cik. Nak dihalau mcm kilat, idak le dia nak pegi serta merta. supe la cite yg dok umah setinggan,kan. kerajaan nak wat jalan n halau depa macam kilat, idak le depa nak kuar? sama la konsepnye ngan Lemak.

Target sebelum raya ni Cik nak berat 63kg dan tunjuk kat Poksu cik kat kg. Yoyo o nih cite dalam tepon dia pi Gym. dari berat boroi 98kg skrg dah hensem ke 70Kg. siap ada muscle ketak2 katanya. lagi poyo siap MMS gambar mcm malek nor dia kat cik. Geli ar cik tgk. 

Takpe poksu, cik low profile. Tak sukee tayang2 badan ni sume. ko akan terperanjat landak tgk cik dipagi raya nanti. Hahaha

* Adakah ini entry pembalasan. oh, tidak.. hanya pembakar semangat je.

Wednesday, May 5, 2010

Pemenang KDMB April

 

     Terima kasih kepada Mr Bam menganugerahkan kemenangan kepada cik. Walaupun terlewat daftar (lambat jumpa blog Mr Bam) tapi kelab ni telah menjadi pemangkin tuk cik terus berdiet. Bukan hadiah yg dikejarkan, tapi keazaman yg cik inginkan. kalau selama ni cik diet main2 hasilnya macam yoyo. turun naik sesuka hati. Tapi sekarang alhamdulillah, selalu dalam landasan walaupun sesekali terbabas tapi cepat2 masuk track balik.

     Cik tak mengharapkan turun 19kg dlm jangka masa singkat. Tak bermimpi pun. Igt tak cik wat pendaftaran bulan lalu dan set target lepas 3 bulan ialah 85kg. 3 BULAN!..tak sangka pulak sebulan cik dapat berat tu. Klu tau cara diet Atkins ni suai tuk cik dah lama dah cik jadi Jue Aziz... Hikhik. Jadi kepada sesiapa berdiet rancangkan usaha dan target anda dgn detail.

     Entry sebelum ni cik dah cerita kenapa berat turun mendadak.. Klu ter'rajin nak baca klik la apa yg patut ek. 

     Perjalanan masih jauh...CIK XXX jgn perasan pulek ko tu dah kurus. still diet & workout hokay. Jangan lalai dengan Pujian, Jangan pengsan kerana Kejian.

* Harun, saya tabik ar kat awk konsisten turun tiap bulan. Cane awk maintain hek?
 Cik risau bulan depan pe cite nih..
* Terima Kasih Mr Bam nak kasi hadiah. Wat susah2 je. Nanti cik anta mesej kat FB. kat ofc kena blok daa..

Tuesday, May 4, 2010

Kawan Apa Erti Sayang

Apa gunanya hidup berkawan;

Teman kita ketawa, adakah teman kita duka
Teman kita senang, adakah teman kita susah
Teman yang boleh menerima dan memberi seadanya

Bila kita memberi dan mengharapkan balasan yg setimpal. Jgn mengharap segunung harapan.
Kerana tak semua apa yg diberi kita dapat balik tika menerima.
Kelak nanti kita yg kecewa..

JM tu ape ek

Okay,


JM yg slalu cik sebut tu maksudnya JILLIAN MICHAEL. dia ni trainer tuk biggest loser US tu. cik workout ngan dia ni la.

ada org tersalah baca yg JM tu JUS MATE.. no no no, salah tu. klu ni cik sebut JM5 hek.

okay, nak wat keje..

* marilah kite membanting tulang hari ini

Monday, May 3, 2010

Perlu Ke Secara Terperinci?

Apakah dosaku,

Berat turun byk salah, turun sket salah, tak turun langsung lagi salah. Apalah yg mengganggu fikiran.
Ada kata.... tipulah..., eh boleh caya ke?!, ..ni mesti amek ubat kurus, sebab nak kejar 1st prize la tu.., turun byk tak bahaya ke?,..dan blablabla. tak kesah melalaui blog ke, secara lisan ke
okay, begini.. cik terangkan apa yg cik buat bulan lepas secara terperinci.

week 1 = 4.6kg. start diet atkins, memang normal klu turun byk sebab badan start menerima diet baru. cik kan gemuk air. so, yg byk tu berat air beserta skt lemak.
Week 2 = 0.2kg. sebab cik terlampau sonok turun byk n set kat pala 'apa ada hal makan lebih sket, kan aritu turun dgn jayanya'. then impak balik kg. Nah, rasakan pembaziran 1 minggu.
Week 3 = 5.0kg. sebab cik teruskan Atkins betul2 n workout ngn JM pagi dan malam.
Week 4 = 3.0kg. kurang sket penurunan sebab cik mengalami gastrik agak perit. seminggu kurang workout. turunpun sebab kekurangan air mungkin.
Week 5 = 6.2kg. minggu paling sibuk. masih kekalkan Atkins+JM+ say no to lift+ sibuk uruskan pindah rumah. Byk menggunakan tenaga dan kekalkan makan 3 kali sehari.


* Cik tak kesah pun apa org nak kata.
* Yg penting cik paham dan alert ngan tubuh sendiri. blaja bahasa tubuh dan bagi apa yg tubuh nak.
* Mungkin bulan April turun dgn jayanya dan bagaimana pula bulan Mei. Masih risau hokay. Tak seronokpun apa yg cik dapat skrg klu berat tak turun secara konsisten. sedar diri perjalanan masih jauh.
* Tujuan blog ni pun cik gunakan sebagai pemangkin tuk cik bersemangat teruskan diet. klu sorg2 nak je tersasar dari landasan then tak msk blk track.
* sape2 nak jeles tu jeleslah, tapi teruskan ngn diet anda.


'DIET SMART NOT DIET HARD...'

Apakah Jenis Gemuk Anda

Bagaimana Mengenali Jenis gemuk anda?

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :-

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN
– Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.
GEMUK DAGING – Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

* Nak tambah, gemuk air memang berat boleh turun dengan mudah..tapi pada masa yg sama boleh juga naik dgn cepat.

Cik Gemuk Air n Gemuk Angin.
~ lengan yg mengelebeh skrg
~ perut mudah kembung, masuk angin dan jika tak kentut atau sendawa perut mudah mengeras.