Friday, April 30, 2010

Update Berat Bulan April KDMB


Setelah berhempas pulas selama sebulan berdiet,
Inilah hasilnye beserta gambarajah di bawah..

NickName : Cik xxx
Berat : 84kg
Tinggi : 163cm
BMI : 31.6 ( prvs 38.3) still obese
Total Penurunan : 19kg (103kg-84kg)
Target Lepas ni : 75kg

BUKTINYA,





Adoyai, byk lagi nak kena turun nih




Thursday, April 29, 2010

Tahukah Anda Versi Cik

Tahukah anda;

1 - Semasa naik tangga, bernafaslah macam biasa seperti anda berjalan atau duduk. Cara ini dapat mengurangkan anda mengah/pancit/berpeluh

2 - Adap ketika bersin, ambik tisu ketika berada di dlm ofc. selain mengelak dari H1N1, Bunyi bersin yg kuat juga mengganggu ketenteraman staff lain dan emosi seseorang

3 - Berkawanlah seberapa ramai yg anda suka kerana bersosial juga seperti mengembara. Jauh perjalanan luas pandangan. Kebaikan ramai kawan, boleh baca isi hati org

4 - Senyum dan ketawalah seikhlas hati. Dapat menggembirakan org keliling juga mengubah mood diri

5 - Kaki2 MLM/ Direct selling bertujuan lain bila berkawan dengan anda. Jadi Hati2

* Terlintas tika ini...

Sebelum Dan 'Belum' Selepas

sempat snap b4 pi keje

Adoi, perut takleh cover lor

Cik: 'Ada Perubahan Ke? Aku tengok Sama Je..'
nan Ado..

Ni sume gmbr Sebelum
Gmbr Selepas sblm raya nanti hek

* Gmbr pada 27042010

AYCM 18

28042010 Wed

630am - Telur goreng 2, letak mayo+ kobis tengah telur..mcm mkn beger
830am - Dtox tea
130pm - Ikan bakar, brokoli sohun
630pm -mihun 3 sudu, kopi 2 teguk, goreng pisang separuh


* Ni malas dtg umah pakcik nih..dipaksanye cik makan.. haih musnah diet walau sesuap ye. sori Makngah, mkngah masuk tandas cik cepat2 pi buang air kopi 3/4 kat sinki. Bukan biadap cuma terpaksa disiplin..
 

Nape lah Ko Tenet

Mata agak juling 2 hari ni gara tenet wat hal.. benci tau!
Keje sume terbengkalai, office berkeadaan tekanan, hati panassssz jerk..
TM boleh cakap line tak bape elok smpi 3hb.. adoyai, bz tahap landak la minggu depan.

owh, cik pindah umah sabtu ni kat Wangsa Maju. Sapa mau tulun?

Wednesday, April 28, 2010

TAG UNTUK ANDA YANG INGIN KURUS



Tag ni adalah dari Mr. Bam. Cik cuba jawab ek. harap dapat full mark. Huhu..
STEP 1 - Jawab semua soalan di bawah
STEP 2 - Copy Logo Kelab Mr. Bam dan link kan ke blog ini..
STEP 3 - Tag kepada 10 kawan anda yg anda tau dia ingin kurus..Kalau ada ramai yg nak kurus, lebih 10 pun boleh:P


Soklan 1
Sudah berapa lama anda berhasrat ingin kuruskan badan? Dan kenapakah agaknya?
Jawapan: Lama. Tapi seriusnya sejak 3 tahun lepas. Sebab;
1- Nak hilangkan semput kronik cik ni.
2- Nak chubby n cantik macam Jue Aziz. haha,..
3- Nak sosial secara sihat macam org lain.

Soklan 2
Target anda..agaknya by 2011, adakah berat anda masih seperti sekarang, atau sudah mulai turun? Berapakah sasaran anda agaknya ketika itu?
Jawapan: by 2011 paling berat 63kg(BMI ideal), paling comey lote 55kg (klu dpt la).
sekarang dah nampak turun. Mestilah nak turun lagi. Cik cantik tau bile kurus. org cakap la, bukan cik.

Soklan 3
Apakah usaha yg anda lakukan sekarang untuk mencapai target anda..
Jawapan: Huih, banyak. Dulu diet low kalori, masuk gym, jogging ber lap-lap,crash diet, jamu ratu, sendayu tinggi, guna yusmira halia, pakai bengkung, stres hari2 timbang, makan JM5..mcm2 la,
Sekarang workout ngn Jillian, diet Atkins, dan sentiasa happy. stress2 berat tak turun lar.  

Soklan 4
Adakah usaha-usaha anda tersebut telah menampakkan hasil? Berapa kg kah berjaya turun?
Jawapan: Ha, org kata diet smart not diet hard. skrg berjaya menanggalkan separuh lemak dgn diet yg menyeronokkan.. lagi separuh nak kasi buang.

Soklan 5
Adakah dengan menyertai Kelab Diet Mr. Bam membantu anda mencapai target anda.
Jawapan. Betul. Membantu sangat pasal rasa diet beramai2. klu diet sesorang rasa cepat je nak makan coklat kat peti ais tu.

Adakah cik menjawab soalan?

Cik taG kat sume yg baca entry ni. yg agak2 berat tak ideal tu. yg berat dah ideal tapi gatal2 nak wat pun silakan

Tuesday, April 27, 2010

AYCM 17

 27042010 Tue

620am - Workout bersama Jillian
700am - coleslow, telur rebus 2 biji
900am - dtox tea
100pm - ikan bakar, brokoli campur
600pm - salad garden KFC

* Hari ni cik menggunakan tangga manual bukan lift or eskalator ke destinasi, tergugat tgk kak Myoliza naik tangga sampai tgkt 14..huhu, Jom lawan kak
~Rumah tingkat 5 takde lift, ni memang takleh elak le..hari2
~Menuju ke rumah, bukit bukau..bertangga curam...ni pun hari2
~kasi up lagi aktiviti, tangga lrt...kacang je
~office tingkat 15,....huhuhu, basah ketiak weh 2x, pagi n lunch..

kawan ofc pakat kerut2 tgk cik arini.... lebih hangat dari biasa
Hahaha....



AYCM 16

26042010 Mon

700am - coleslow kobis+carrot
900am - dtox tea
100pm - ikan goreng, paru, tauge goreng
300pm - green tea
600pm - sup sayur ayam

* Cik kembali lagi!!! dalam siri 'Apa Yang Cik Makan'
* Kenapa? sebab hari2 terakhir bulan 4 cik kena lari pecut dalam diet. Huahuwa
* Mr Bam, nanti take note ek. Cik tengah berusaha nih

Monday, April 26, 2010

Bukan Menghina Cuma Membina

Masalah Cik paling ketara;

1 - Disebabkan ada keta cik malas betul bergerak menggunakan kaki. soo malas tika ini.

2- Rumah di tingkat Ground floor tika ini, disebabkan asthma kronik jadi management Uni suh dok bawah je. Motip, senang nak usung pi spital. hahaha, soo makcik dlm gmbr ni.

3- Baru tak barulah gambar ni. Tika ini berat cik telah mencapai 103kg. Wah, still bergaya lah. Masa ni sape nak tukar tayar keta cik bagi free je. Takde sorang pun ndak.

4- Masalah kritikal cik, kelemak berada di sekitar lengan, perut dan belakang badan. Atas besar bawah kecik. Macam buah Epal. Sgt tak balance. Ada shape tapi mcm huruf V. Time ni snap gambar tuk audition. Haha, lawak la.


Argh, sgt tension la masa2 ni. Ada la jerit 'Help me Help me". Tapi sorang pun tak dgr. Kini cik dah halfway ke destinasi. Walau tak byk gambr tika kritikal dulu. kini semua haruslah jadi kenangan. Tak larat bawak badan cenggini.

Join kelab Diet Mr Bam



Tadi dapat mesej dari Mr. Bam. Mengingatkan bahawa hujung bulan bakal tiba. Berat perlu ditimbang. Arghh, ada perasaan sedikit tension di sini ya.

Cik ralat sangat nih; coz

1- Minggu lepas cik gastrik kronik. Siap muntah2, ngko!
2- Perjalanan Atkins yg kurang memberangsangkan. cik boleh wat lagi baik!
3- Godaan makanan yg kadang2 terbabas.
4- Kurang berpuas hati dengan pencapaian diri.

Help me Help me...huwaa

Saturday, April 24, 2010

Dia Idola Cik Dulu dan Mungkin Selamanya

Sejak cik ektif berbloging ni jarang cik taruk gambar. nape takde gambar? pasai...cik takde kamera nak snap snap. Takde tepon canggih mcm blackberry tu...cerry berry ada la 2 3 ari lepas. Yg ada cuma Chokia je. tu pun model lapuk2 nye. Tapi takpe, oneday cik udgrade bile org sponsor.  Boleh posing mcm gambar kat bawah ni.

Apa la yg best sangat dgn Dia ni. Tak la fames sangat. Bidang dia ceburi pun mcm bese2 je. Tapi kenapa cik minat dia? Pasai, sukee sgt tgk dia dari hujung rambut sampai ujung kaki. Cik rasa dia perfect even mesti la ada tak perfect kan. Cantik kan subjektip.

Sejak dia masuk Malaysia Most Beautiful, mata cik dah terpanau..hahaha, cik 'straight women' ek. No no bengkang bengkok. Cik minat tang body dia. Manja dia pun mcm comel. Cik pun comel jgk ape. Eh, macam sama pulak.

Hagak2 cik kurus nanti ada mcm dia tak.. :P




Kenal tak?

 Jue Aziz.. Nama dah dekat2 ngn Cik nih..

Thursday, April 22, 2010

Perut Oi Perut Kenapa Engko Sakit,

Macam mana aku tak sakit. Tuan aku salah makan...

Ha, pernah dengo lagu bangau oh bangau? sama dengan la ngan lagu kat atas ni. Cik Sakit perut. arghh, 2 hari perut mengelodak. Rabu mlm balik keje cik muntah muntah kat bus stop. tak peduli dah org tgk. Tgk le, ada cik kesah. Yg sakitnye aku, darurat..takpe le

Member rumah cik dtg amek. Nak naek bas idak le. kang terburai isi perut kat bas. 1 bas lak hangin tgk cik.
Pi jumpa doktor. Doktor cakap cik gastrik. ek, gastrik boleh muntah2 ke. sepanjang 25 tahun ni takde lagi kes gastrik. cik kata le food poisoning dan angin. Doktor tu boleh gelak pulak. "saya doktor ke awk doktor". Erk, cik tersalah cakap ke.Dapat MC sehari lagi.

Gamaknye, perut cik ni dah 2nd hand lah. kawan yg dok makan satu meja seblm kejadian takde pape pun. cik yg makan skali pulak ada pape. Mengandung! oh no, cik masih bujang hokeyy..

Tak nak update food dairy pasai update benda yg sama je. tgk la senang2 cik update.

*cane nak buang angin dalam badan. Makan ubat tak jalan. Tak tertanggung rasa perut ni mcm tuttt jerk

Tuesday, April 20, 2010

Alasan tak Post 'Apa Yang Cik Makan'

Kesibukan yg tak seberapa minggu ni.
Dengan itu cik kurangkan post entry baru ek.

Cik dalam misi mencari rumah.
Maka Cik tak mampu mengisi update2 diet.
tapi jgn risau cik masih di landasan komuter. eh, lrt putra lah laju sket.

*Ada satu rumah dapat kat Sec2 Wangsaa Maju.
Harap2 cik berjaya pindah hujung bulan ni.
Doakan Cik .

Monday, April 19, 2010

Berjaya Meloloskan Diri Dari Lubang Dia

Igt tak cik ada crite pasal en dot3x (mamat) minggu lepas.pasal kuar minum2 lepas keje tu. Semlm cik kuar ngan dia lagi.

Orgnye kelakar, romantik, byk cakap, boleh kata mcm bertih jagung lah. pi makan2, pi muzium tgk kerande ape hal meeting kat keranda, pi jalan2, dan byk lagi. 


Ptg pulak pi Shah Alam, apa hal bawak cik pi tasik dalam hujan2 gini. Tgk org ramai. Rupanye, mamat ni ada udang sebalik mee. Dia ni org MLM. Haiyok, klu dari tadi cakap kan senang. Memang trang tang2 cik tak kuar ngn dia.


Dia tak cakap pape, cite pasal bisnes pun tak. Melihat situasi masa tu, cik dah tau pasal bisnes dia, event dia, tayang keta besar, org2 nye.. 

Dia tinggalkan cik sesorang pasal gi solat. Cik kuarkan hp then mesej bebyk kat kwn2 yg jenis rajin membls msj. Lepas dia dtg je, hp cik byk masuk msj. cik wat2 serius membacanye. Membiarkan dia dok lelama kat sebelah. Pastu cik Purak2 koling.


Cik : Ko kat mane?..aku kat Shah Alam...lambat lagi nak balik...awat weh?...lor, kunci pendua tu aku dah amek, kan aritu kunci aku hilang...asal lak kunci ko tggl dalam?....habis aku kena balik skrg ke?....lor, ko nak travel tak pack baju sesiap pagi tadi.....ha, oklah...aku blk skrg..ko tggu le depan pintu smpi aku sampai..ok chow!


Aku kasi alasan kena rush blk umah. mukanye kelihatan kecewa tapi tak membantah. pastu dia pi toilet jap. eleh pi kol upline la tu kata aku tak jadi. Dalam keta perasan air muka dia byk berubah tapi poyo wat takde pape. pastu suh tgk album gmbr kat dashboard. huh, jgn harap cik bukak. tak sudi weh.

Cik berjaya meloloskan diri dari lubang dia. Huhu, pesanan tuk ko wahai mamat,

Sumpah aku takmau kawan ngan ko dah. Kwn tak ikhlas. bukan aku benci MLM tapi tujuan berkawan tu dah dicemari ngn MLM. kau igt aku ni lurus bendul? Kau boleh teruskan dunia kau, tapi jangan suruh aku masuk dunia kau. Babai..End

Q&A bersama Cik

Ni email dari kawan Cik. tapi ni dah 3 hari lepas. Sori ek lambat jawab. Nama dia Syuk. Cik cuba jawab ek.

Question
thnx cik sbb sudi msg..
hmm syuk nak sgt kurus cam 5 tahun lepas...
tggi syuk 161cm..
berat skrg 70kg...
syuk penah try minum jusmate 5..
tp turun 3kg je dalam masa 2 bulan...
x berkesan pownn...
syuk hrp cik ley tlg syuk...
syuk nak ikut diet cik...
sudi x cik tlg syuk??
syuk dah  try diet low carbs nih to slalu kantoi...
asyik terpakse mkn nasi je sbb g knuri la...kgkawan ajak mkn aa...
adoih...cne ni cik....


Answer
 klu ikut BMI, syuk ni overweight je.
Nak bagi nasihat cik tak pandai sgt. Tapi ikut pengalaman cik,

1- JM5 ada bagi cara diet ikut saranan Dr rozmey. ada ikut tak. klu ikut btl2 boleh turun. Cik makan JM5 thn lepas, boleh turun smpi 10Kg. tapi tak tahan mahal sgt so cik berubah ke Atkins.

2- kenal pasti badan syuk ni gemuk ape, kan ada gemuk daging(pejal), gemuk air, gemuk angin (selalu kuar angin tu). then baru syuk cari diet apa yg sesuai. ada diet low carbo-Atkins, low fat-normal diet, diet ikut darah..dan byk lagi.

3- 3 kg dalam 2 bulan ~ kadar metabolisme seseorg tak sama, klu berat turun lambat cuba postmotem blk apa yg syuk wat sepanjang 2 bulan tu. btl tak pemakan n exercise yg syuk wat. biar turun lambat tapi konsisten. misalnye, setiap 2 bulan pastikan turun 3kg. klu setahun dah 18kg. byk tu!

4- Tips pi kenduri kawen, kawan2 ajak mmg susah kite nak tolak, cik pun.
kwn amek pinggan, syuk amek pinggan. kwn amek nasi, syuk JGN amek. kwn amek lauk, BARU syuk amek lauk. tapi awas, buat pilihan tepat. amek daging jgn kuah, amek ayam jgn minyaknye, elakkan dessert, elakkan air manis, jadi ratah lauk berdaging sahaja. so syuk still boleh enjoy makan ngn kwn2 kat kenduri. pedulikkan kwn2 perli tu.

5- Banyakkan membaca pasal artikel or pengalaman org berdiet. InsyaAllah, syuk sentiasa berada di landasan. Klu diet sengsorang rasa cepat je nak give up..iye dok

Entry Tanpa PerDieTan 2

Lepas breakfast sabtu lepas, kami pi JJ tgk Fafau.
Tgk Hot fm wat sandwich, tgk sandwich susun panjang2. Lepas seminit dua, dok perut diorg lapar la pulak.
Last2 decide melalak kat karoke smbil makan2. Cik telah mempengaruhi mereka masuk karoke for the first time. huhu

Mlm nye pulak cik tido umah kawan yg satu lagi tu.. terisi betul weekend cik

:-))

Sunday, April 18, 2010

AYCM 15

17042010

700am   - telur rebus 1
1015am - sesudu mihun singapore, sambal bilis, sesuap lempeng
330pm   - telur goreng, timun timunan
830pm  - sesuap roti canai
 
18042010

830am - sesudu me goreng n nasi goreng, sardin
300pm - ayam masak merah, sayur campur
830pm - sambal bilis, carrot, kubis

* Disebabkan weekend, kwn2 memaksa merasa makanan mereka. Utk menjaga hati cik rasa makanan diorg. dgn syarat secubit atau serasa je. Perlu disiplin tiptop dlm situasi ini. Cuba elak minuman man

Saturday, April 17, 2010

Entry Tanpa PerDieTan

Kawan2 bujang ofis cik datang kerumun umah cik semalam. Cadangnye sorang tu nak tgk rumah yg cik dok skrg ni. If okay dia nak stay sini. Alih2 ramai pulak yg mengikut. Cik sukee. seronok tetamu datang umah ni. Memang happening gile mlm tadi.

Pi pasar malam, borong ape yg patut. cik beli sayur je. Last2 kat umah, diorg pelawa makan itu ini. Cik yg action hanya beli sayur tadi terjoin sama. Ranap lagi diet! tapi jgn risau, cik rasa kat lidah je. bukan se'Ngap. Awas erk. tapi... jam telah menunjukkan 930pm tika itu. boleh makan lagi ke. huhuhu

Pagi ni, dengan semangatnye bangun awal. Jam 6 dah tercongok kat dapur ~cit, macam mak2 sediakan sarapan tuk anak da. Cik wat sambal bilis ngan mee hoon singapore, air teh o. Igt nak tambah lempeng tapi sarapan macam dah byk. Takpe, kang diorg tak cukup cik boleh wat lempeng pulak.

Yang 4 dara pingitan nih tak bangun2 lagi. Wah, dok umah org tak hagak2 tidonye. Ni nak letak alarm kat tinge ke hape ni. planing kang nak pi JJ, si member sorang tu yoyo o nak tgk Hot Fm si Fafau tu. Cik ikut aje. No problem selagi takde hal penting.

Sok pe aktiviti ek.  

Cite la Camne Ngan Weekend Korang? Asik update pasal Diet je, bosan la..

Friday, April 16, 2010

AYCM 14

 16042010

700am - telur rebus 2 biji
130pm - ikan pedas, bayam msk air
700pm - coleslow

* mlm ni ada girls party kat umah cik. kwn2 bujang kat ofc nak overnite. Tgk DVD, gosip mosip, gelak2, makan2..opsss! 
sape nak join?

Thursday, April 15, 2010

AYCM 13

15042010

700am - telur goreng 2, mayo, pepper
130pm - ayam masak sup, pucuk ubi msk air, timun
600pm - tea o takdak gula
700pm - ikan temenung 2 ekor


*Cik jumpa en Dot Dot Dot lepas keje.. ahaks, dpt kawan baru

Wednesday, April 14, 2010

Dua Dua Reject ?

Sepanjang minggu ni cik bz mencari bilik kosong. Cik nak pindah. Cik memerlukan environment baru. udara baru, debu baru, nyamuk baru. eh taknak!

Tadi lepas keje cik berkejar bersama Housemate tgk rumah.
Ini Yang cik dapat;

rumah 1: Nun di tingkat 12

~ First impression, 'ok, bilik besar. takde deposit. ngam dah ni'
~ kata penjaga rumah tu "bilik sebelah ni couple P**gK*d, tapi we all do MYOB"....okkaay :-)
~ katanye lagi " Sorry, Im smoking.." smbil berasap mulutnye.... ooooowhhh :-}
~ Katanye "Once a while my boyfriend back here" ..... hmmm :-]

beralih ke rumah ke2 : Tingkat 2 je

~ First impression, 'wah, penyambut tetamu umah ni macam model. slim, langsing, tinggi.. Model ke hapa. segan lak aku'
~ 'Bilik kecik sgt, cik sorg pun dah sendat'
~ kata penyambut tetamu tu "kadang2 bf dtg bilik saya. tapi dun worry 'dia' tak kacau org" ..
:-{
~ Katanye lagi selepas ditanye " yg bilik sebelah tu pun once in a month bf dia dtg sini"... :-[


Dua2 reject, kenapa? Lu pikir la sendirik....

soalan tuk hari ini,

1 - Adakah perlu rumah bujang wanita melayu/Islam dimasuki makhluk asing yg bukan sama jantina dan bukan muhrim?

2 - Adakah lifestyle org Malaysia sudah bagus sebegini? kekeliruan identiti dan kebaratan

3 - Apakah Cik sebenarnya yg masih kekampungan? kolot mungkin @ katak bawah tempurung

*Budaya Kita masih menjadi hak milik kita ke...

AYCM 12

14042010

700am -telur 2 biji
100pm - subway salad veggi with chicken toast, mayo, byk black pepper
830pm - telur goreng 1

* suke la makan subway, walau mahal tapi fresh. lagi2 tang cili hijau cameron tu. sedap, rangup, ngap2..

Tuesday, April 13, 2010

Siapakah Cik Dulu

Untuk membangkitkan semangat cik yg sedikit rapuh ini diatas berita kurang gembira smlm.
owh, beritanya.. berat cik turun 200gm...
huiii byk tuuuu!!
kan...

tapi takpe, cik tak sedih. memang diet cik huru hara minggu lepas.

Bila tgk gambar ni, terubat hati kuciwa ini..
siapakah cik sebelum 'sedar diri'

~



~


~


~



~


~


tadaaa!!!!




wah,
~ tak hengat!
~Cik berjaya bersimpati diri skrg..
~ perlu kurus tuk kehidupan yg normal
~ TQ Allah

AYCM 11

Setelah menempuh minggu yg paling sibuk minggu lepas.
Diet dari khamis - isnin (smlm) hancur. Gara2 tembok Penyekat agak rapuh.
arini cik kumpulkan semangat. Bangun dari kejatuhan tuk kembali wat proses induction.
Juga menerima berita kurang menggembirakan hati.


Here I am, diet tuk hari ni

13042010

700am - telur 2 biji
130pm - tomyam campur (ayam, udang, sotong)
700pm -ikan temenung bakar (kecik2 4 ekor), kangkung masak air

Monday, April 12, 2010

AYCM 10

taknak cerita menu tuk 12042010.
stop hari ni tak bermakna cik berhenti diet.
:-(

Sunday, April 11, 2010

AYCM 10

09042010

7OOpm - telur rebus 2 cicah sambal bilis
130 pm - sup cendawan, ayam percik
530pm - air sunquick (manis!)
700pm - ayam madu rangka


* cuba mengekalkan diet di kampung. dok rasa cubit2 org mkn. agak2 rasa kat lidah je.
* carbo mungkin terlebih sudah, sebab ayam madu tu manis skt.
* air sunquick sebab pi umah org. dah saji air tu nak wat camno..

10042010

700am - ayam masak merah 2 ketul isi
130pm - daging kari, ayam goreng rempah
700pm - air laici
1000pm - ayam goreng sate 1ketul

* tghr cik pi kenduri kawen, gatah lauk tapi kuantiti byk.
* terperasan sayur takde dalam menu cik. diet juga sedikit hancur
* cik cuba telan plain water byk2, supaya cik lupa perut lapar. berkesan jugak..
* Exercise juga tidak. tapi cik byk bergerak.
* kg hot hot cili peper..panas, bermandikan peluh.
* 2 hari ni cik tido siang..alamak!!!

11042010

700am - ayam goreng sate 2ketul, timun2
130pm - pau sardin
700pm - ayam pedas

* pau sardin? tu kan roti, roti tu tepung, tepung tu carbo..ye, tapi takde pilihan. cik dlm bas then berhenti rehat. perut cik keroncong. perlu mkn. tapi cik bijak. amek isi sardin. klu isi kacang lagi rasa bersalah
* perasan perut cik cepat rasa kenyang. makan sikit dah taknak. bagus2



Thursday, April 8, 2010

AYCM 9

08042010

700am - Telur rebus 2 biji
830am - tea D'tox
130pm - ayam masak paprik
300pm - Forrero Rocher (isk,lagi!..melampau nih)
700pm - Sate ayam 10 cucuk bersama timun tanpa kuah kacang dan nasi impit




* pagi tak sempat workout, sori Jillian
* Malam ni balik kg, doa2 diet tak hancur..aminn
* sate ayam tipu, byk kulit dari isi..kulit kasi buang aa..

AggapanKu Tersalah Paham

Nape le ngan Cik ni. sejak semalam cik salah faham.

SITUASI 1: Mlm tadi

kat TV ada trek selebriti. Si Aril tu shoot kat BB. perbualan antara 2 housemate

cik : Nape le shoot kat BB, mcm tak de tmpt lain.
mateA ; dia 'tabesapi'
cik : haaa, apa dia?
mateA : tabesepi!

5 kali jugak le kwn dok ulang2. cik siap ngadap muka dia nak tau pe dia ckp sbnrnye. setelah di tukar intonasi baru cik paham.

Igtkan cite cerekarama "takbir sepi" ke hapa.. rupenye "tak bese pi"

kepada mate1,
cik bukan tak dengaq tapi cik tak paham. hang tukaq intonasi baru cik clear.


SITUASI 2: Baru terjadi tadi kat CM

Lepas makan lunch cik dan ofcmate melencong tgk2 brg. pastu,

mateB : akak nak gi kedai beg 'tuk upedet' tak
cik : ooo, harijadi dia ke?
mateB : berkerut tanpa berkata apa2.

dlm lif lps kejadian,

cik : takde beg yg bekenan ke 'tuk adik' akak?
mateB : bila pulak akak kata nak beli beg tuk dia,
cik : tadi?
mateB : akak kata tgk kedai 'tu update' ke tak!

gelak la gelak..bunyik nye sama je.

Mana cik tau akan jadi begini.

Belajar cakap 'TakNak!

Berapa ramai antara kite tergoda dengan pelawaan kawan2. Terutama bab makan.

" Cik xxx, meh la rasa.seeedaappp!!!"

wah, dgn hati yg bersalah kite men'try jgk le mknn dia. kang tak makan kecik ati. Rasa bukan sikit2 nih, memang mentekedarah.

after makan, penyesalan telah berlaku. ini akibat mengikut nafsu, tak guna akal..
Org kata tak elok nyesal lepas makan. nanti lemak akan berganda dua kat badan. hahahaha..
mitos mungkin. mainan psikologi.

Blaja cakap "Taknak!" bukan taknak merokok. tapi tolak makanan yg kite rasa tak perlu di cuba.

Atau klu nak jaga ati org sgt, amek la secotek (phm dok perkataan nih)
Tak salah rasa, setakat terasa kat lidah udah. Tak mau byk2..
Org kata jgn kang kempunan pulok.

klu susah sgt nak ckp taknak, ce guna perkataan lain;
1- "takpelah, perut aku penuh ni. tak boleh nak sumbat mana dah" ,
2- senyum manis sambil menggeleng dgn manja, tanpa perkataan
3- buat lambaian tangan seperti Pak Nil macam macam tue.

Pedulikan klu kwn2 tu perli2.
ckp kat hati ~Yg diet aku, Yg bawak badan Aku. Biarla aku nak kurus. Ada aku naik tangga ko nak pimpin. tak kan..


Hope membantu

* Contoh terdekat, cik semalam makan Egg tart yg dipromosikan oleh ofcmate. terpaksa cik makan tanpa rela. tapi demi kau, cik makan jugak.

Wednesday, April 7, 2010

Tips Diet Tuk Penghidap Asthma

Sape ada asthma? angkat tangan....

Khas tuk korang yg semput tapi nak kurus sebab berat badan telah mencapai BMI 25 ke atas.

Adakah korang suke peha lebar, Bile korg jalan org tgk tang punggung, perut buncit boroi, bahu lebar, dada...owh, tidak..

takut kan..

ok, ape2 pun. Asthma bukan halangan nya. Jgn sebab asthma, takut buat sesuatu tuk kurus.ni tips cik nak kasi berdasarkan pengalaman:


1. Jangan bagi alasan tak buat exercise langsung
Malas la tu. Jangan berfikir fikir nak mula Workout. Just buat je sblm sempat berfikir. tengah workout perasaan malas akan terus hilang..
Pengalaman: Dari cik sekolah rendah hingga kolej. akan excuse bila tiba bersukan. sebab kenapa? sebab kononnye exercise wat cik lagi semput. *hanya berlegar dalam kepala ni, dah set gitu memang la semput sonok datang.

2. Pilih makanan yg sesuai dgn penyakit anda
Setiap penghidap asthma mempunyai alahan yg berbeza. Ada yg alergik sesetgh makanan, cuaca, habuk, bulu binatang, sejuk atau panas dan stress. Jadi kenali apa yg menyebabkan asthma. senanglah untuk anda mengatur diet yg sesuai.
Cik tak blh makan benda2 sejuk. Contoh makan limau terlampau, tembikai dan dll. *owh, skrg diet atkins, jadi buah boleh tinggal terus.

3. Jangan miss ubat anda
Makan ubat ikut jadual. Yg makan pil tu jgn miss pulak. dah la berdiet takut effect pulak sakitnye. Yg guna inhaler tu, jgn lupa bwk ke mana saja. terutama tgh workout. asthma dtg tanpa diundang. Atau yg ada nebulizer kat rumah tu, prepare siap2 kasi taruk ubat sume. bile semput kronik dtg, nah terus je sedut nap tu.
kerana terlalu obses diet cik pernah smpi pengsan akibat asthma *jgn ikut perangai cik dulu2.

4. Exercise ikut kemampuan
Badan anda, hanya anda sendiri yg faham. Pada badan yg berat sgt tu, bile tgh aerobik jgn pulak yoyo o mcm org kurus beraerobik. stamina berbeza2. jadi buatlah mengikut kemampuan. yg penting kite move. asthma juga dpt dikawal.

5. Jogging2 anak, bukan berlari
klu tak larat jugak just berjalan laju. kang lari ada yg ter'dpt sakit jantung pulak.

6. Jgn terlalu lama dalam Sauna, Bilik Wap, kolam Air Panas dan seangkatan dengannya
Penghidap Asthma sebenarnye tak boleh terdedah kepada keadaan yg drastik. mengikut pengalaman cik, suhu yg panas akan melajukan denyutan jantung. dan ini boleh menutup liang pernafasan penghidap. Serupa mcm skt jantung jgk.. Walaupun sauna salah satu kaedah membuang lemak2 tapi dinasihatkan 5- 15 minit shj. masih boleh buat tapi minimakan masa mengikut kemampuan. agak2 jntg laju tu baik hentikan.

7. Elakkan diri dari selesema, batuk dan demam
Bila selesema, salur pernafasan akan terganggu, badan tidak selesa dan akan menyebabkan asthma. Byk aktiviti tak blh buat sebab dada bunyi berdesit then dtglah asthma. senang cite jgn biarkan kahak berada kat tekak. Jadi tiap2 pagi mandi, sila batuk dan buangkan lendir2 yg ada.

8. Jangan give up
Walau byk percubaan diet tapi tak berkesan. sila cuba lagi. set matlamat kurus utk kesihatan. Biar lambat asal sihat. InsyaAllah, dapat je berat ideal, asthma tu pun boleh hilang bersama lemak2 kental. bykkan bersabar.

Ada sebab kenapa kite dijadikan begini. Alhamdulillah dgn dugaan yg Allah turunkan.

Cik hanya berkongsi apa yg cik amalkan. Penghidap asthma kat luar sana,
jgn biarkan hidup anda diselubungi asthma....

AYCM 8

07042010

600am - Workout with Jillian
700am - telur separuh masak 2 biji
130pm - ayam msk kicap, kangkung, tauge, paru masak cili sikit, hati masak kicap 3 keping.
630pm - egg tart (bape carbo ni weh, dgn tepung nye, manisnye..ish!)
800pm - salad garden KFC

* 2 hari ni badan cik lemah gemalai. naik tangga mcm tak larat je. kurang tenaga. Mungkin effect kurang makan kot. Jln menyelesaian, cik makan lunch lebih skt. kang tak larat lak kejar bas.
* tekak semakin menolak lauk yg masin2 ni. cik perlukan rasa yg natural skrg.
* perlukah ke subway petang ni?

Tuesday, April 6, 2010

Berita Gembira Semalam Lepas Makan Coklat

Cik pi timbang. berat cik sgt byk turun. patut la ramai tegur. nak tau? tunggu hujung bulan ni......
teheeeee

AYCM 7

06042010

600am - workout with Jillian
700am - telur rebus 2 biji
130pm - ayam goreng, kangkung msk belacan
300pm - forero rocher sejibik
815pm - telur goreng

* coklat lagi. yea, klu sedih cik makan coklat. mengubat kesedihan juga menceriakan hari cik.
ni mitos atau tidak tak pasti. coklat boleh membuatkan seseorg gembira. juga bernafsu. oppsss topik lain ek.
* mlm mkn telur lagi. kenapa? sebab dapur cik takde pape. dapur tak berasap. kuikui

Monday, April 5, 2010

AYCM 6

05042010

700am - telur separuh masak 2 biji
130pm - ikan jaket goreng, sayur kangkung, ulam raja
300pm - forero rocher sebijik
700pm - ayam black pepper

* takde perasaan makan ikan jaket tu, hanyir bau ikan lama. tak lalu cik. Masuk ni dah 2 hari berturut turut cik dpt makanan yg mcm S*** je. hmm, apa la nasib..
* label coklat kat belakang nih tulis carbo 6g. jadi tolak tambh cik makan arini kire oklah kot. hope carbo bawah 20g lagi.
* perasaan cik sedih, kena jgk mkn coklat skt. supaya hati tenang gembira.

Sunday, April 4, 2010

AYCM 5

04042010

730am - telur goreng mata 2
230pm - tomyam
800pm - ayam black paper

*boleh mintak tomyam ayam dia kasi tomyam ngn ayam semata. dah lah mahai. wei, tokei kedai, ko pernah makan tomyam takde sayur ka. takat letak bawang ngan serai, kat uma cik pun ada. takkan nak kasitau taruk kobis, lobak, dan bla bla bla. cit podah!!

AYCM 4

03042010

730am - telur separuh masak 2 biji
900am - telur goreng 1
130pm - ayam black paper quarter kecik
430pm - ayam masak rendang isi seketul, limau suam kosong
830pm - salad veggie delite subway, mayo, pepper

* dugaan weekend, lagi pulak outing ngn member2.
* even cik tak workout, tapi 3 hari ni cik aktif ber'outing aktiviti mlm2. kire bergerak bakar lemak jugak kan.
* Badan rasa ringan

Saturday, April 3, 2010

Apa Yang Cik Makan 3

02032010

700am - telur 2 biji
130pm - toasted twister kfc tanpa air gas
630pm - salad segar mayo

* kenapa kfc takde garden salad. kat menu ada tapi order takde pulak. cik rosakkan diet smlm dgn mkn toaster twister. roti pita-tepung, ayam-bersalut tepung & thouland island-dah sah2 hi carbo
* sorri diet, cik terpaksa membuat keputusan segera di hadapan kaunter kfc kerana cik beratur lama dan hampa garden salad tidak dijual. hasilnya cik pilih twister tu yg close to salad.
* salahkan siapa?

Friday, April 2, 2010

Penting menikmati sarapan


SELEWAT mana pun anda bangun tidur, pastikan anda makan sesuatu. - Gambar hiasan.


INGIN ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

"Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei.

Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.

Berat badan dan mood

Siew Wei berkata, memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.

"Tidak menghairankan, jika diberi sarapan yang kaya dalam karbohidrat yang kompleks seperti roti jagung, minuman bijirin penuh dan sarapan bijirin penuh, akan meningkatkan paras glukos otak," kata beliau.

Makan untuk turunkan berat badan mungkin satu konsep yang paradoks kepada sesetengah orang. Namun begitu, kajian telah membuktikan bahawa makan sarapan pagi membantu membendung selera anda untuk hari berkenaan di samping mempertingkatkan metabolisme . Ini sudah pasti membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan.

Siew Wei berkata, peningkatan metabolisme bermula dengan pembakaran maksimum jumlah kalori untuk menjana aktiviti anda.

Adakah anda seorang penggemar karbohidrat yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan? Sarapan pagi adalah masa terbaik untuk mengambil karbohidrat memandangkan anda mempunyai masa sepanjang hari untuk membakar dan menggunakannya sebagai tenaga untuk badan dan otak untuk bekerja. tetapi, pastikan untuk memilih bijian penuh yang tinggi serat.

Pengambilan karbohidrat waktu pagi adalah 'lesen' untuk anda tanpa menjejaskan usaha menguruskan badan.

Siew Wei berkata, mereka yang meninggalkan sarapan pagi juga dilihat cenderung memilih makanan yang mengandungi tinggi kalori pada waktu makan berikutnya. Untuk jangka panjang, ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik.

"Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

"Hasilnya mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi setiap hari adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan," kata beliau.

Rutin pagi

Satu lagi kajian oleh Universiti Texas, El Paso di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mengambil sarapan pagi boleh meningkatkan pengeluaran leptin, sejenis hormon yang menyekat selera.

Bagaimanapun kajian Nutrisi Dewasa Malaysia (2003) menunjukkan bahawa satu daripada 10 orang dewasa Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.

Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.

Alasannya? Daripada 11,371 pelajar sekolah rendah, 45 peratus berkata, mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana tidak mempunyai masa, 22.2 peratus tidak lapar manakala 17.6 peratus tidak berselera.

"Tiada selera atau tiada masa untuk sarapan pagi adalah sama dengan 'saya tidak mempunyai masa untuk bersenam' sebagai alasan," kata Siew Wei.

"Jika anda mahu membiasakan semula diri untuk bersarapan pagi tetapi 'tiada selera' menjadi halangan, mulakan dengan sesuatu yang sedikit dan senang untuk disediakan dan tumpukan perhatian untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin pagi," katanya.

Tiada istilah lambat untuk sarapan pagi! Sarapan pagi ditafsirkan sebagai hidangan pertama pada hari anda yang perlu diambil dalam tempoh satu jam selepas bangun daripada tidur.

"Jadi, walaupun anda bangun hampir waktu makan tengah hari, makanlah sesuatu. Ia masih dianggap sarapan pagi," kata Siew Wei.

Sesetengah kita mungkin memilih untuk menunggu waktu makan tengah hari dan mengambil kedua-duanya sekali. Siew Wei menasihatkan agar ini tidak dilakukan.

"Sarapan pagi adalah permulaan pengambilan makanan selepas 'berpuasa' waktu tidur, jadi sekiranya anda bangun lewat, jangan tunggu untuk hidangan makanan selepasnya. Makan dulu sesuatu.

"Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan," katanya. - Bernama


* Jadi makanlah Breakfast, jgn terus brunch. bahaya tuk kesihatan