Wednesday, April 14, 2010

Dua Dua Reject ?

Sepanjang minggu ni cik bz mencari bilik kosong. Cik nak pindah. Cik memerlukan environment baru. udara baru, debu baru, nyamuk baru. eh taknak!

Tadi lepas keje cik berkejar bersama Housemate tgk rumah.
Ini Yang cik dapat;

rumah 1: Nun di tingkat 12

~ First impression, 'ok, bilik besar. takde deposit. ngam dah ni'
~ kata penjaga rumah tu "bilik sebelah ni couple P**gK*d, tapi we all do MYOB"....okkaay :-)
~ katanye lagi " Sorry, Im smoking.." smbil berasap mulutnye.... ooooowhhh :-}
~ Katanye "Once a while my boyfriend back here" ..... hmmm :-]

beralih ke rumah ke2 : Tingkat 2 je

~ First impression, 'wah, penyambut tetamu umah ni macam model. slim, langsing, tinggi.. Model ke hapa. segan lak aku'
~ 'Bilik kecik sgt, cik sorg pun dah sendat'
~ kata penyambut tetamu tu "kadang2 bf dtg bilik saya. tapi dun worry 'dia' tak kacau org" ..
:-{
~ Katanye lagi selepas ditanye " yg bilik sebelah tu pun once in a month bf dia dtg sini"... :-[


Dua2 reject, kenapa? Lu pikir la sendirik....

soalan tuk hari ini,

1 - Adakah perlu rumah bujang wanita melayu/Islam dimasuki makhluk asing yg bukan sama jantina dan bukan muhrim?

2 - Adakah lifestyle org Malaysia sudah bagus sebegini? kekeliruan identiti dan kebaratan

3 - Apakah Cik sebenarnya yg masih kekampungan? kolot mungkin @ katak bawah tempurung

*Budaya Kita masih menjadi hak milik kita ke...

8 comments:

myoliza said...

tindakan yg bijak cik,..akak pun org kampung,..yg pasti cik masih WARAS, syabas!..moga dpt umah yg lebih baik dan berkah yerr,..chaiyok! chaiyok!

cik xxx said...

myoliza,
Betul la kak. tu la, nak pindah hujung bulan ni.
Tapi rumah pun tak dpt lagi. Doakan cik dpt rumah yg suai ngn jiwa.
tQ :-)

syahreena said...

Hai...saya link blog awak ekk...saja nk tambah kawan..nnt leh jln2 blog saya ekk..sy pon cam awak gak...dlm proses kuruskan badan... :)

cik xxx said...

syahreena,

salam kenal. Tahniah bakal jadi mak dara. Semoga apa yg dirancangkan menjadi kenyataan.
Ni nak kurus tuk hari sejarah lah yea.
tapi jgn pulak lepas jadi mak dara berat naik, maklumla tgh bahagia.

nanti cik singgah belog awk
gudlak tu u
:-)

Dzulfikri zulkiflE said...

fuiyoo..camni ke org skarang..haish,kitorg kat skul nak tego dak pmpuan lam kelas pun malu..coz kitorang laki sume ensem2..:p

cik xxx said...

zul,

poyo lar.

tu la, cik reject sume umah tu.
memang tak la cik nak sewa.

Benda2 ni sume terjadi zaman skrg.
cuma tak expose kat paper je.
Sok2 ada la jadi isu.

ko jgn wat camni lak dik!

cza said...

cik, dunia dah akhir zaman. semua dah tak kisah halal haram. mintak2 kita dijauhkan.

cik xxx said...

cza,
Ya Allah, mintak dijauhkan lah.

Bukan Cik nak ckp cik ni baik alim. tapi masih tau lagi mana elok mana burok. rasa tak sedap ati sesuatu baik elakkan terus..

kadang terpikir, berapa nilai diri kita di mata org

ada sape2 tepikir tak?