Wednesday, April 7, 2010

Tips Diet Tuk Penghidap Asthma

Sape ada asthma? angkat tangan....

Khas tuk korang yg semput tapi nak kurus sebab berat badan telah mencapai BMI 25 ke atas.

Adakah korang suke peha lebar, Bile korg jalan org tgk tang punggung, perut buncit boroi, bahu lebar, dada...owh, tidak..

takut kan..

ok, ape2 pun. Asthma bukan halangan nya. Jgn sebab asthma, takut buat sesuatu tuk kurus.ni tips cik nak kasi berdasarkan pengalaman:


1. Jangan bagi alasan tak buat exercise langsung
Malas la tu. Jangan berfikir fikir nak mula Workout. Just buat je sblm sempat berfikir. tengah workout perasaan malas akan terus hilang..
Pengalaman: Dari cik sekolah rendah hingga kolej. akan excuse bila tiba bersukan. sebab kenapa? sebab kononnye exercise wat cik lagi semput. *hanya berlegar dalam kepala ni, dah set gitu memang la semput sonok datang.

2. Pilih makanan yg sesuai dgn penyakit anda
Setiap penghidap asthma mempunyai alahan yg berbeza. Ada yg alergik sesetgh makanan, cuaca, habuk, bulu binatang, sejuk atau panas dan stress. Jadi kenali apa yg menyebabkan asthma. senanglah untuk anda mengatur diet yg sesuai.
Cik tak blh makan benda2 sejuk. Contoh makan limau terlampau, tembikai dan dll. *owh, skrg diet atkins, jadi buah boleh tinggal terus.

3. Jangan miss ubat anda
Makan ubat ikut jadual. Yg makan pil tu jgn miss pulak. dah la berdiet takut effect pulak sakitnye. Yg guna inhaler tu, jgn lupa bwk ke mana saja. terutama tgh workout. asthma dtg tanpa diundang. Atau yg ada nebulizer kat rumah tu, prepare siap2 kasi taruk ubat sume. bile semput kronik dtg, nah terus je sedut nap tu.
kerana terlalu obses diet cik pernah smpi pengsan akibat asthma *jgn ikut perangai cik dulu2.

4. Exercise ikut kemampuan
Badan anda, hanya anda sendiri yg faham. Pada badan yg berat sgt tu, bile tgh aerobik jgn pulak yoyo o mcm org kurus beraerobik. stamina berbeza2. jadi buatlah mengikut kemampuan. yg penting kite move. asthma juga dpt dikawal.

5. Jogging2 anak, bukan berlari
klu tak larat jugak just berjalan laju. kang lari ada yg ter'dpt sakit jantung pulak.

6. Jgn terlalu lama dalam Sauna, Bilik Wap, kolam Air Panas dan seangkatan dengannya
Penghidap Asthma sebenarnye tak boleh terdedah kepada keadaan yg drastik. mengikut pengalaman cik, suhu yg panas akan melajukan denyutan jantung. dan ini boleh menutup liang pernafasan penghidap. Serupa mcm skt jantung jgk.. Walaupun sauna salah satu kaedah membuang lemak2 tapi dinasihatkan 5- 15 minit shj. masih boleh buat tapi minimakan masa mengikut kemampuan. agak2 jntg laju tu baik hentikan.

7. Elakkan diri dari selesema, batuk dan demam
Bila selesema, salur pernafasan akan terganggu, badan tidak selesa dan akan menyebabkan asthma. Byk aktiviti tak blh buat sebab dada bunyi berdesit then dtglah asthma. senang cite jgn biarkan kahak berada kat tekak. Jadi tiap2 pagi mandi, sila batuk dan buangkan lendir2 yg ada.

8. Jangan give up
Walau byk percubaan diet tapi tak berkesan. sila cuba lagi. set matlamat kurus utk kesihatan. Biar lambat asal sihat. InsyaAllah, dapat je berat ideal, asthma tu pun boleh hilang bersama lemak2 kental. bykkan bersabar.

Ada sebab kenapa kite dijadikan begini. Alhamdulillah dgn dugaan yg Allah turunkan.

Cik hanya berkongsi apa yg cik amalkan. Penghidap asthma kat luar sana,
jgn biarkan hidup anda diselubungi asthma....

No comments: