Thursday, September 30, 2010

Jamban CM




Pernah jalan jalan kat Pasar Seni? tak tahu, Central Market (CM) kenal? cik bukan tahap jalan lagi dah. hari hari tempuh sini. paling cekai pun lalu tepi bangunan dia. pada yang jarang tempuh sini. CM adalah unik. Tapi pada orang yang ofis dekat dekat sini je CM bukanlah hebat sangat. Setakat omputeh snap2 gambar. Dah bape banyak gambar diorang cik jahanamkan. Tak terkira ok. buat peace di setiap gambar depa. haha. ok melawak. CM banyak jual kraftangan, lukisan, pastu ada foodcourt ala ala kopitiam. Semua lah ada. wayang je takde.

Ini bukan blog Travelog bercerita mana cik pi. Tapi nak cite pasal tandas. Mana ada toilet mesti cik nak singgah. Badan sihat memang camni. Banyak plain water masuk lagi banyak nak terkucil. Kadang
tengah lunch pun boleh nak terkucil padahal dah kencing sebelum kuar ofis tadi. Singgah jap mana mana. Sampai member kata 'Tangki ko bocor eh'. Apesal, tak normal ke selalu kencing weh.

Toilet CM cantik. kena bayar 50 sen je. Dah bayar takkan nak tengok je kann. Harus menggunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin. kalau kencing tu harus ke titisan terakhir. Yang bestnya pintu jamban dia macam pintu dapur baba nyonya. seronok koo.. semua kayu ukir.

Selalu masuk tapi tak terpikir nak snap. Hari tu terajin nak snap. Perhatian Pelawat jamban sekalian. ketepi! cik nak posing maut nih.


Tudung pink dalam cermin tu cameraman tuk hari tu

~ Tetibe rasa nak terkencing. Bye

Wednesday, September 29, 2010

Asma'ra


Asmara, tv3, Hari Selasa pukul 9 malam. Ganti Hotel Mania yang gempak je lebih tu. Apa yang hebat sangat cite Asmara nie. apa yang bagus sangat skrip cite ni. Ke pengarah dia sehebat Yasmin Ahmad. Ke cinematografi dia secantik karya karya Kabir Bhatia.

Oooooo... sebab hero baru mewarnai drama ni. patut laaaa.. hosmet cik suke betul dia ni. Katanya mamat yang bernama asmara ni hensem. ok la cik akui hensem jugak la. sampai nak tidur carik angle tuk pose. hikhik. tapi bakat ada kee? tettt.. Tunggu je la dia boleh boom ke tak.

Apesal cite melayu tak macam melayu dah. Nama Asmara la, Chinta la, Kasih la.. Dah takde nama melayu ke. ke penulis skrip drama kita orang indon. Nape tak letak nama Busuk, Benci, Perut, Limpa.. Ha, kan sedap tu.

:p

~ Hero pangkat adik adik memang tak IN ngan jiwa

Seperti Dulu YAng Rajin Membanting Tulang

Minggu ni semangat berkobar kobar buat keje. sambil tekan keyboard sumbat earphone kat tinga. Tak toleh kiri kanan dah. orang panggil pun tak dengar. kena jerit kuat kuat takpun tepuk meja kasi gegar. Kusyuk tahap apa tah cik minggu ni.

Minggu depan staff baru 5 orang nak masuk. lagi bertambah keje cik jadi cikgu sambilan. Mengajar budak budak hingusan baru nak belajar hidup. Pangkat adik je kot. Cancel nak ngorat. Nanti cik update kegatalan bersama staff baru. Ngehhhh!!

Ni kisah masyarakat,

sedang kusyuk cik keje, ada hamba Allah ni bertongkat masuk ofis cik. Tuju kat cik lah sebab dok dekat pintu merangkap receptionist kann. Staff lain ada nak layan, gasak suruh cik melayan sorang diri. berbalik kes hamba Allah ni tadi. Dia kuarkan kertas berlaminate tertera gambar dan mintak sumbangan. Cik bagi sumbangan jugak la dah dia duk tak kuar kuar.

Ni pendapat cik, bukan nak kondem orang macam ni tapii....

Pakcik, saya tahu pakcik buta. OKU. perlu dibantu. Tapi apakah derma yang orang ramai bagi tu sepenuhnya sumbangan IKHLAS. pakcik datang ofis ke ofis, rumah ke rumah mintak derma. seolah olah memaksa orang hulurkan duit. kalau orang tu kasi tapi tak ikhlas. apakah bentuk pahala itu.

Daripada pakcik mintak duit orang baik pakcik berniaga. Sebab saya tengok kaki pakcik masih boleh berjalan. masih boleh panajt tingkat 15 bangunan ni. Boleh tekan butang lift. Boleh ke sana ke mari. Pakcik ada keluarga kan, bengong lah keluarga dia yang bagi pakcik ni mintak derma. Otak ada taknak guna. Keje lah weh, bagi pakcik ni makan.

End

Satu Gambar Sahaja Di Pagi Raya

Percaya tak ini je gambar raya cik tahun 2010 dalam henfon. Hari tu kata TakNak raya kann. hah hambik, satu gambar di pagi raya. Dah la ada satu je pastu gelap pulak tu. Ni abang le yg tangkap ni. Ok takpe, memang cik low profile ape. mana boleh snap cerah sesuka hati kann.



Lokasi masa beraya rumah orang. Bersama adik gedebam macam cik jugak. Dah macam bodyguard tau dia ni. Rasa selamat je jalan ngan dia.


Kalau dulu cik la yg basuh berak dia. Jangan tak tau, cik beza 10 tahun ngan dia. Sekarang dah bujang. Ada misai, bulu kaki lebat, dada bidang.. Baru tingkatan 3. Dah pandai bergerpren dia ni. Gatai noo!

Kalau seberang jalan selalu nak pimpin tangan dia. sekarang maluu. 'Apa kakxxx ni, malu ar. org dah besar laa.'

Haha, akak lupa ko dah besar panjang. Jangan ko langkah bendul akak sudeh. kasi akak kahwin dulu hek.

Tuesday, September 28, 2010

Kehebatan Cinta Yang Buang Karan..bil api..semua lah

Terdengar lagu Kehebatan Cinta. Tetiba teringat ex scandal yg sorang tu. Bengong la, time time ni nak teringat. Banyak keje ni weh.

Masa tu berkarok lagu ni dengan dia. cik buat suara halus Fran, dia buat suara macho Jamal. Hahaha...

Ahh, buang karan je aku teringat dia. Dia adoo nak teringat kat cik. Kol? msj? Hampeh.. Ni mesti berscandal ngan pmpuan lain pulak. Persetankan lelaki yang tak suka komitment. Takmau komitment konon. Ahh, Biarkan dia terjun bersama labu labu nya. Blah ahh dari hidup cik

End

Baby Tua Baru Nak Kenal Dunia..pigi daa

Kat ofis panas hati, kat rumah panas hati. perasaan tension menyelinap seluruh badan. Kalau kat ofis ada MAKCIK CINA. kat rumah ada BABY TUA. Baby yang perasan comel lote konon.

Biar gelarkan dia sebagai minah. Baby macam geli pulak nak panggil. Minah ni budak praktikal dok menumpang. dek kerana kakaknya dok ngan cik jadi adiknya pun tumpang sekaki.

Mula mula macam ok. tidur kat bilik. Menganjak sebulan dah tidur depan tv pulak. tilam toto angkut skali depan tv. Tilam dan toto cik punya hokay. ok la fine. ko dok sementara. malas nak bawak barang sendiri. cik paham. Gunalah selagi ko nak guna.

Tidur bergelimpangan depan tv. kul 9mlm mula bentang. Dah la cik ni jenis baring tgk tv. ko nak amek space aku pulak. sekarang kena dok atas kerusi. Dok alim alim macam bertandang rumah orang. Pastu kalau tengok tv sampai lewat malam, dia dok pusing kiri kanan kononnya macam takleh tido. Nak sound aku le tu  tutup tutup la tv tu. Ah, gasak ar Tv aku.

Paling hangin bila susah nak workout ngan Jill pasal ruang tamu dah jadi bilik dia. Sape tak hangin weh, tak malam lagi dah bentang nak tidur. pagi kul 6 belum tentu dia bangun lagi. Waktu membakar lemak dengan selesa hampeh lah. sekarang cik workout dalam bilik. Bilik sekangkang kera je pun. tak selesa la. DVD player kat luar. Bila tanya nape tak tido dalam. katanya 'bilik bahang la kak'. Banyak cekadak ko kann. Dok free nak komplen lebih. Pi lepak beranda nak sangat sejuk.

Ni minggu lepas ari sabtu ajak teman pi klinik gigi. Giginya patah separuh. See, macam baby kan minah nih. Ok la, ko pun bukan tau jalan. Meh cik tunjukkan lagipun kakak dia takde. Dah balik teman dia tu sempat cik masakkan bubur tuk dia. Dr kata makan benda lembut je. see, cik baik hati jaga adik orang. Lepas tu cik kuar ngan kawan. Balik lewat. Sampai je rumah tak sempat lepas lelah dia ngekor dari belakang. kata gigi yang doktor tampal tu tercabut. Dok nganga mulut luas luas depan cik. Loh, ko ingat aku ni assistant dentist ke. Macam le aku tau mana satu gigi ko berlubang. Geli hokay. Dah le time tu cik nak tukar baju. tak reti reti nak kuar bilik. huh angin sungguh lah.

Nak pakai baju apa pun tanya orang. Bergayut tepon cakap kuat kuat nak bagi satu rumah hangin. Nak kuar dating pun mintak nasihat orang. Poyo ar ko. Pikir sendiri lah. benda simple camne nak hidup pun ko tak reti ke? pening la orang berperangai baby gini. Bila sembang pasal dia ngan Rumet, dia gelak gelak je. katanya, 'budak baru nak kenal dunia tu. biarkan je la'. Memang le, ko selalu takde kat rumah. ko taktau aku yg hari hari ngadap muka dia ni.

Ish, tak sabar tunggu dia habis praktikal. Lepas tu syuh syuh. Tak sabar nak rasa dunia ni aman.

End

Monday, September 27, 2010

Makcik Cina Bengong

MAKCIK CINA kat ofis baru masuk keje lepas cuti 2 minggu lebih. Cuti mengalahkan orang Raya okay. Dan dua minggu ni cik bekerja dengan aman harmoni. Bila la dapat momen macam tu lagi.

Tapi tiba dia balik je acum acum tak berhenti. Naik adrenalin cik tau. huh!

Dengar cite dia pi Everest. Ek eleh, sampai ke ke puncak tue? Ter acum acum ada hati pilih berholiday ke negara sejuk. Ingatkan dah naik tak turun turun. Everest kann. kot la beku hingus kat atas gunung tue.
cit, poddah!

(satu malaysia kann)

Geram

Tension tak dapat letak gambar dalam blog. Bengong betul pc office ni. nak install program baru tak boleh, nak download tak dibenarkan. nak add gambar kat blog lagi lah tak boleh. tu pasal takde gambar baru kat sini.

Erghhhh!

Friday, September 24, 2010

Weekend Di Kuala Lumpur

Fuyyooo, hari ni takde cite best melainkan keje. Entry tak banyak hari ni.

Sebab dalam kepala tengah pikir esok berlari larian kat taman. Mencuci mata tengok abang abang badan kenteel. kental tak semestinya bermuscle ketol okk. kental bermaksud isi isi mantap. Tiada lemak kalau ada pun masih kental. bukan lembik lembik air. Macam daging dan tulang bersatu :D.. tak sabar

Pastu tengok anak anak  kecik main kat playground di kelola oleh nenek dan atuk. Owh, heavenn.. Pastu menghirup udara nyaman dipagi hari. dah kul 10 tu menghirup aroma peluh yang....boleh imagine sendiri kan. korang tau bau peluh hapak yang dah kering kan. ha..

Ahad nye pulak ada open house. Ha, elok sangat lah tu.  Sabtu buang lemak Ahad ternak lemak sakan. Okk, CIK ko tahan nafsu yea. Rasa boleh mentekedarah JANGAN!

Jadi kepada sesiapa dapat jemputan open house tu. sedar lah diri yea. Hadiri jemputan tak bermaksud pulun semua makanan tuan rumah hidang. Tinggal tinggal lah orang belakang sikit.

Jangan bising kalau baju tak muat lepas raya sebab masalah ko sendiri bikin. hmm, mesej khidmat masyarakat dari cikk

Hepi weekend lah korang



Thursday, September 23, 2010

Percayalah Kepada KeAJAIBan

Mp3 Black boleh On semula. semalam off. Pengsan hagaknye. Hari ni boleh on. Bengong ar, kena jampi serapah dulu, hembus hembus, tiup tiup, usap usap, belai belai          kat dada okkk.. ni sah mp3 berjantina Jantaannn nih..

Tq lah Black. ko hidup balik. Tuan ko pun takyah susah susah usha mp3 baru kat low yatt. ko bukan tak tau yang tuan ko nih takleh serabut dalam orang ramai.

Maka diisytiharkan Larian hujung minggu ni ON. Mari kita lari. Dimana...di......

ko pikir lah sendirik...


Tanda Tanda Yang Perut Anda Dah Second-Hand

Tanda tanda yang perut anda dah Second-Hand;

1 - Tak boleh makan pedas seperti selalu

2 - Asyik asyik gastrik, walaupun sebelum ni tak pernah gastrik

3 - Nak kuar angin takleh kontrol walau di khalayak ramai, walaupun sebelum ni jarang kuar angin atas bawah

4 - Senang gile nak muntah, walaupun dulu ko adalah insan paling susah nak kuarkan isi perut.

5 - Makan tak seselera zaman 'nak membesar'

6 - pembuangan yang kadang sembelit kadang cirit

adakah perut semakin mengecil atau bagi maksud seiring usia. Dah tua lah tue.

huhuhu, takmau....

Ngompol


Masa raya hari tu kan. tengok tak cite NGOMPOL. sape tengok cite nie. Sape tak tengok tunggu je Astro Ria. Astro kan terkenal ngan cite ulang ulang dia. cite ni pasal artis popular ada rahsia peribadi yang amat memalukan. Iaitu kencing malam.

Hehe, zed zaidi ni kelakar plus poyo. memang padan ar ngan cite tu. Cerita bese bese je. lawak stereotaip. Tapi pengajaran yang cik dapat ialah baru ku tahu Ngompol itu bahasa jawa yang bermaksud kencing malam.

ooooooooooooooooo,

Wednesday, September 22, 2010

Kantoi Depan Lelaki Lelaki

Nak cerita pengalaman ni lepas Kura kura cite dia terkantoi ngan doktor masa tengok punggung doktor. see, aku guna perkataan punggung yea.

ni pengalaman cik,

Masa tu cik keje part time kat kedai video kat bukit bintang. Baru masuk keje nih. Staff fresh lagi la. Cik bekerja dengan 5 lelaki. cik sorang je pompuan.

Biasa la kedai video. Mana ada customer menderu sangat kan. Bukan macam kedai kasut ke fast food ke. Tahap keboringan adalah sangat maksimum. Sesi menengok orang kulu kilir adalah terapi terbaik.

Ada sorang mamat cina ni datang ke kaunter nak bayar Blue Ray. Cik terpandang anu dia. Ok lah, cik gelar itu bobo. Anu kedengaran kasar. hahaaha. Gila besar terbojol pulak tu. kalah Awal Ashaari punye. Dia pakai jeans ketat baju tuck in . sape sape je lah mata yang memandang, mata akan terZupp kat bobo dia dulu.

Terkesima terkedu... hahaha. Supervisor panggil pun cik tak dengar. beberapa ketika baru cik kembali ke alam nyata. cepat cepat setelkan hal cashier.

kasi cina tu blah dulu, supervisor dan beberapa staff laki gelakkan cik. hampeh!! Blushing sampai ke petang. Malu terkantoi.

Nak cakap benda ni tapi tak kesampaian,

'Aku tak gersang lah weh tengok bobo cina tu. aku terkedu je pasal bobo dia besar sangat. tak sesuai ngan badan dia yang kecik. Tertanya je. bukan tersangap. Dowh!' tapi ayat ni tak terucap. tak sampai hati nak cakap sebab sure cik kalah punya dengan gelakkan 3 lelaki selenge.

end

Tan Tin Tun Tu dari Komik Kan?

Cik tinggal bersama 4 orang berpewatakan berbeza. Dalam 5 orang ni. sorang ahli lama (rumet cik yg cik angkut dari rumah lama kami) dan 3 ahli baru. Dalam 5 orang ni jugak. 3 orang adalah ofismet cik. 2 lagi keje diluar bidang kuasa cik. Perasaan duk satu rumah ngan ofismet adalah Bowwringggg.

Adegan semalam, kat ofis

"Hah, Dora nak wat open House. yang Tan Tin Tun ni bila nak wat open house?" - kakak cantek

"Sape Tan Tin Tun?" - cik. Blur kannn

" korang lah." - Kakak cantek

Lor, belakang kami dia gelar Tan Tin Tun rupanya. Agak tak sedap bunyiknya. adakah kerana kami bertiga anak dara sunti. kalau gitu cik nak amek 'Tun'. sebab,

Tun cikxxx. agak sedap. seperti Tun Mahathir.


Seee.. ada Tun

Tun. perkataan last. Seperti adik bongsu dan cute dalam rumah. Walaupun...

Tan. JanTan Bunyiknya. Tin. Tin Coke kahh.. tak sedap

Apa apa pun, cik tak perkenankan Tan Tin Tun digunapakai. Bengong ar. kami bukan ber3 hokay. ada 2 lagi mahkluk tinggal kat rumah tu. Jadi kami

Tan Ten Tin Ton Tun



Time Time Ni La Dia Buat Hal

mp3 rosak...huhuhu
bengong la. time time ni la nak rosak. maka sunyilah hari hari ku dalam lrt pegi balik keje. dah base telinga biasa sumbat. Tak sumbat rasa lain matam pulak. adeh,

Lagi haru bila acara LARI tiada sumbangan lagu kat kepala. AHHHHHHHH...tidak.. nanti tak semangat la nak lari. dari 80km/j jadi 30km/j. org belajar keta lagi laju lari tahu. Malu la camni.

Alaaaaaa... camne nak settle masalah nih. harus cari jalan penyelesaian secepat mungkin nih!

'Black, ku mengharapkan miracle.. ko sembuh la sendiri. tuan kau malas nak cari baru.'

Tuesday, September 21, 2010

Buat Anak Cepat

Ah sudah! dah datang meroyan nie.

Rindu weh kat anak. Terutama Ameerul. Teringat ingat gila bayang dah nie. Anak buah panja atteh sorang tu baru 6 bulan umur nya. Baru pandai meniarap. kalau ada anak sendiri mau tak tidur malam nih.

Owh no, mesti kahwin cepat buat anak nih. Dah tidak tertahan lagi ni. Haruss.. eh eh silap Wajib.

siapa ada calon. bagi kat cik sorang. weeeee

Monday, September 20, 2010

AirMata Nur Salina



Tarikh siaran: 18 September
Waktu siaran: 10 malam

Saluran: TV3
Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra


Salina merupakan penyanyi kugiran untuk majlis perkahwinan di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi perbualan anak-anak muda tetapi hati Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani. Salina sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand. Selepas berkahwin, mereka berhijrah ke Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju. Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi.
 
Cik google gambar cite cerekarama ni tadi. Ter-masuk kat Blog sorang insan ni. Thanks ek. Cik copy secara sengaja. Sori tak mintak izin. Rajin anda mensinopsis bagai.
 
Sape tengok cite ni angkat tangan. Hoho, salut kat Erma Fatima. Tapi pelik nama dia dieja Eirma Fatima. Orang yang sama kah? Takpelah, abaikan ejaan tertambah i tu. Yang penting cite ni bukan sebarang cite melayu. Cite best woo. sape tak tengok google la sendiri kot kot dah ada diupload.
 
Zaman sekarang ni apa benda yang tak berlaku. macam macam kes kita dengar. Cite ni pun cik percaya Erma fatima ingin paparkan kes sebenar secara realitinya. Kisah seorang wanita yang melakukan sesuatu diluar batasan fikiran. seorang wanita yang menjadi mangsa keadaan dek kerana kesilapan memilih jalan hidupnya. Dan berakhir secara tragis. Si isteri menikam suami secara sengaja dalam keadaan waras dan sedar sebab suaminya menodai cinta yang disemai.
 
Ini lah baru cerita melayu. Cite yang diluar kotak (out of the box). Penonton tak boleh jangka ending cerita. Baru best. Dan seronoknya cik suka betul tengok cerita berakhir sad ending. Kalau asyik asyik happy ending boring dowh. Sebab realitinya kadang kadang sebaliknya. Pengorbanan adalah segalanya walau ianya pahit untuk dibuat. Mengatasi cinta juga tahu.
 
Salut kat Umie Aida pandai buat satu badan ketar ketar menanti hukuman tali gantung. Datin paduka sangat pandai berlakon. Dah berpangkat ni jangan la benti berlakon. sayang lar. Cik sukeee

Mesti Poksu Bengang..Bengang ker? Hoho

Cite raya tak habis lagi nih. Ada pulak suatu kesah tertinggal nak cite minggu lepas. Basi sikit la tapi cik nak gak cite. Ni kan blog cik. :D

Berbalik cerita malam menjelang hari raya. Cik ada cite balik Melaka kann. Cik sefamili tumpang bermalam kat rumah Poksu. Poksu ni adik paling kecik emak Cik. Mak cik kakak sulung dari 9 beradik. Selalunya tiap tahun famili balik rumah nenek. Nenek kan dah takde dan, memandangkan pergaduhan dan rampasan kuasa adik badik mak. Jadi Mak mendecide kita raya kat umah Poksu je. Cik sebagai anak hanya menurut perintah. Kang kata derhaka pulak.

Tapi bukan cite itu yang cik nak sampaikan. Cerita ini sebenarnya. Malam raya tu Poksu sonok menayang bodynya yang macam body builder tu. Tak la sangat, cik tengok masih nampak lemak sana sini. cuma perut dia tak boroi dah. Kalau setahun lepas macam bunting gajah. Yea sekarang lengan dia macam tertanam besi. Keras kenteel. Jalan Robocop. Hebat Poksu. Usaha dia tak sia sia pi Gym malam malam.

Dia bawak keluar whey protein dan segala supplemen tuk menaikkan muscle kat cik. Cerita yoyo o kat cik nih macam mana dia diet dan blablabla. Cik senyum. Dalam hati 'ye ye ye'..

Keesokan harinya, keluar beraya sama. Makcik pakcik cik semua terperanjat tengok cik dah kurus. Siap puji melambung nih. Kata dah kurus ada pape ke. Mana tak nye, diorang tengok cik setahun sekali. Raya lepas ngan raya ni beza berat 23kg. Mana tak nampak bezanya kann. Cik hanya mampu tersenyum manis.

Apalagi Poksu berbulu ar dengar orang tak puji dia sekali. Secara logiknya, memang Poksu dah kurus. Tapi dia bina muscle. Jadi kekurusan dia tak nampak sangat. Lagi pulak makcik pakcik cik selalu tengok dia. Jadi perubahan tu tak nampak sangat.

Bagi cik pujian itu tak membawa apa makna sangat sebab target cik bulan April tak kesampaian.
sila selak entry U Dah Kurus Mae untuk makluman lanjut. Yea yea, hakikatnya cik masih gemuk. Tapii, niat cik memeranjatkan orang kampung menjadi. Ngehh, terbeliak poksu orang puji cik lebih dari dia. Siap sepupu mintak petua apa cik buat boleh turun banyak.

Tu la, orang kata jangan yoyo o puji diri sendiri. Buat senyap sudah. Takyah suruh orang tengok perubahan kita. Biar orang perasan sendiri. Itu lebih baik kann. Jangan sampai orang cop 'POYO'..

Kahkahkah, dalam hati ada jahat. ngehhh

Al-Fatihah

Salam korang..
selamat pagi dan Seronoknyieee ISNIN.... kannn

Camane cuti Hari Malaysia korang?...
Ada seronok ka..
tau...masih mood raya kannn. Open Hose sini sinun lagi kann
Makan lah selagi boleh makan..
sape nak larang.

Pagi ni cik terima berita sedih ofismet meja sebelah cik.
Ayahanda nya telah pulang ke Rahmatullah pada Rabu lepas.
Innalillah wa-inna ilaihi raji'un..
Meningggal akibat strok dan terlantar selama 4 bulan.
semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang beriman. Amin..
sabar ye kak Ai, salut la kat akak. cerita sedih mata tak bergenang langsung.
cik tau akak tabah orangnya



Ni time dia, time kita tah bila...
Alhamdulillah pada siapa yang tahu ajal dia akan tiba.
yang sakit membawa maut.
Sekurang kurangnya sempat buat amalan sebelum tutup mata.

Yang tiba tiba sihat dan zapp terus ditarik nyawanya time eksiden.
takde orang ajar mengucap
tak sempat tinggal wasiat
tak sempat mintak maaf
mati katak ditengah jalan
Nauzubillah...

~ Orang baik selalu pergi dulu, Orang jahat selalu liat nyawanya. (ayat yang berlegar legar dalam kepala)

Thursday, September 16, 2010

Gol Seterusnya Perlu DiLaksanakan

Siapa raya tahun ni dia tak raya sangat sebab tahan nafsu makan dan kononnya jaga diet. Angkat tangan! Maka rugi lah korang. Raya setahun sekali. Kalau tak makan rendang time raya rugi la, makan rendang hari biasa takkan sama. Nak nak lagi rendang itik. korang pernah makan? sedap woo.. cik jumpa itik setahun sekali. tu pun kat Melaka. Dari arwah nenek ada sampai sekarang, itik akan jadi rendang tiap tahun raya. korang cuba ar makan.

Cik off diet sampai 2 hari raya. Raya ketiga dah balik KL. Selamat perut. Tapi still makan nasi. Bahaya woo sebab kuantiti tak jaga. Okk, tau cik ni hangat hangat tahi ayam jugak dalam diet. sebab tak tahan godaan. Ahhh, semua ni alasan. Otak tak set betul betul la nih.

Kembali setting diet semula. Start 20hb, nak ganti puasa pastu direct buat puasa 6. Yang pasti kalau puasa badan cik akan lemah gemalai. Jadi workout ringan ringan je. Jogging no no. kang pengsan sape lak nak angkat.

Habis puasa, start back to natural food. Tinggalkan Atkins. Cik tengah study beberapa diet untuk dijadikan bahan ujikaji. Sebab Atkins dah tak membantu cik dalam penurunan berat badan. Dah plateu. Jadi kena ubah cara diet lain pulak.

Nak tambah workout lain. Workout Jill, Jog, Tangga still On. Tengah cari exercise tuk perut, belakang badan dan bahu. Cik kan atas terlebar. Aduyai.

Gol seterusnya, turun lagi 10 kg. Harap yang ini menjadi lah. Gol puasa tak masuk gawang. Bola separuh jalan dan tak membanggakan. Tapi kali ni kaw kaw nak buat. Target hujung tahun kena dapat berat 70kg. Hehe

Tinggi : 163cm
Berat : 80Kg
Macam raksasa woo, terpandang kat tingkap lrt boleh pengsan tengok badan sendiri. Bukan tak bersyukur.. Alhamdulillah! tapi taknak badan gini. Nak lagi kecik. Hoho

Tengok lah badan terkini cik.. gemuk kann gemuk kann?

huwaaaa,









Wednesday, September 15, 2010

Ayah Tak Kebah Demam

Pagi tadi cek dahi panasnya tak surut surut. Risau lak cik. Takkan angin KL tak suai tuk ayah kot. Mak kata kalau demam gini mesti lama sebab ada kelenjar kat celah peha. Mengikut pengalaman lampau sikit lagi kaki akan naik merah dan bengkak sebab ayah ada gaut. Ada kes tahun bila tah, demam cenggini ayah admited spital. Doktor torih torih nya kaki dia. Adeh, seriyes seram dengar. Harap ini demam biasa je la.

Orang lelaki ni kalau sakit manjanya terserlah betul. Seriyes! Boleh beza perempuan sakit ngan lelaki sakit. Semalam mak dah tanya, nak makan bubur tak. Ayah geleng. Bila cik balik, tanya balik nak makan bubur tak. terus angguk. Eleh, nak bermanja ngan cik ler tu. Nak suruh anak layan dia sebenarnya. Pastu berHmm Hmm sakit. Tapi takpe, time cik sakit dia jadi 'doktor on call' cik. sekarang tugas cik pulak. Apa Ada hal.

Ayah, sabar ek. Petang ni lepas keje kita balik Pahang. Harap takde apa berlaku kat rumah tu. Cik terpaksa keje sebab kerja berlambak ni. Memang seriyes takleh amek cuti. Kalau boleh semalam lagi kita pecut balik Pahang.

Korang doakan ayah cik cepat baik ek

Tuesday, September 14, 2010

Orang Tua Demam

Ayah demam. Kena penangan angin KL kot. Nak kata keje berat kat umah cik tu. Rasanya makan tido tengok tv je. pagi tadi diketuknya bilik cik, kata badan panas menggila. cepat amek kain basah buh kat dahi.

Dah beli panadol siap salonpas lagi. harap petang ni balik keje dia dah kebah lah. sian bapak aku.

Marah along cik kalau dia tau ni. Tiap jam tepon tanya mak ayah gane dok Kl. 'wey, ini bukan sebarangan anak kay. anak mesti reti jaga mak ayah. Bukan anak tiri.'

~ Ya Allah, sembuhkan lah, permudahkanlah urusan hamba mu ini. Aminn

Monday, September 13, 2010

Perkembangan Raya

Hollaaaa..

Selamat membanting tenaga sesiapa yang keje hari ni. Cik keje.. ofis cik 3/4 orang hilang dari pandangan. Staff melayu 4 orang je. Ada teman kuar lunch kang :-D

Camane raya selama 3 hari korang. Cik Rabu balik Pahang, Khamis balik Melaka, Ahad balik KL. Pastu Rabu nanti lepas keje balik Pahang semula. Pasai cik angkut mak ayah adik balik KL sekali ni. Ada la kat rumah tu. Nak suh ayah drive sendirik balik Pahang. Takde deh. Ayah mata tak clear. Baik depa dok diam diam kat umah cik sampai hari Rabu.

Raya tak meriah macam dulu dulu pasai nenek dah 2 tahun meninggal. Ziarah rumah nenek kat kubur je le. Pastu raya umah sedara sikit sikit. Topik hangat tahun ni. Pertembungan kes percakaran mak pak sedara pasai harta. Mendengar je le. Malas masuk campur hal orang tua. Jangan sampai pegang parang dahh. Tak mau esok sok masuk Metro muka depan. Malu weh

Selain itu Sosilawati kena bunuh dan bakar sampai abu menjadi topik hangat. Nak komen ke? ok komen sikit lah. Cik kenal sosi ni gitu gitu je. Dia glamer sebab kawin ngan Nash, pastu cerai, pastu gaduh pasai harta, pastu tangkap khalwat ngan orang lain, pastu tunjuk surat nikah. Terlebih ngan cerita kontroversi. Produk dia, NV? apa tu apa tu, tak pernah beli ke pakai ke eh...Cik rasa, bagus la Nash bercerai ngan sosi awal awal. Ha, tengok. Ada hikmah sebalik kejadian. Tak la orang suspek si suami pedajal isteri sebab harta. ok, tutup komen. biar polis buat keje. Kang polis takde keje pulak.

Topik suam suam kuku tahun ni pulak bila ziarah umah mak pak sedara dan tanya kat cik pasal kawin. Ayat biasa dengar 'bila pulak ni?'. ok takpe, ayat standard. boleh terima. Tapi Ayat paling menusuk kalbu dan geram tetapi berbaur pemperlian paling tajam tahun ini,

Lakonan semula,
Pelakon; Syiqin (sepupu), Sham (abang pada Syiqin), Makngah (mak Syiqin)

' Syiqin lambat lagi. Diakan belajar. Lagipun dah la si Sham kawin hujung tahun ni. Tak boleh si Syiqin pun langsung sama. Sian kat kak xxx, dah la Sham langkah bendul. takkan si syiqin pun nak langkah bendul sekali' - Makngah (yang bukan mak sedara cik, cik bersedara ngan laki nye sahaja okk)

SIBUK!!

meh cik jawab,

' Bila pulak aku ber-adik beradik ngn anak ko? aku tak terpikir pun ko nak langkah bendul bagai. Along aku dah kawin lahh, abang aku pun dah kawin. adik aku kecik lagi. maknanya takde sape berlangkah bendul ngan aku. Yang ko sibuk sibuk bab aku tak kawin lagi tu apesal. Lagipun, duit belanja kawin aku nanti famili aku uruskan. Ko datang dok makan je. eh, ko takyah le sibuk sibuk hal aku belum sampai jodoh. Jaga tepi kain anak ko je sudah.'

Unsur pemperlian itu disaksikan oleh famili dan suku sakat yang lain. Dah lah volume suara Makngah ni rosak. Ko bayangkan la betapa bergema nye sore nye memperli cik. Tergencat makan? huh tak selera weh makan kat umah dia. 'Dah dah jom balik' (dalam hati je la berani).

Cik tak pressure pasal kawin, famili tak tanya lebih lebih, orang lain pulak yang bengang cik membujang. Apa daa. akai letak mana. Bukan ke 'Jodoh di Tangan Tuhan'. Ada jodoh ada la. Takde jodoh tunggu je la. Adoi makcik makcik ni. Hingat perempuan dah kawin tu masalah settle ke?!. Dah la cerita pasal makngah tutt tu.

Topik yang cik sukee dengar pulak, kan raya setahun sekali. maka balik kampung pun setahun sekali. Ramai suku sakat kata cik kurus. kurus sikit la dari tahun lepas. Bukannya kurus macam model tuh. Padahal bentuk badan ni tak berubah pun. sebabkan perkembangan setahun punya diet. Depa kata cik kurus. Weee, cik sukee. Bese bese je ngan pujian. takde la kembang semangkuk. Cik kan down to earth. Jadi ayat bese ' mana ada, gemuk lagi nih'. cik taknak cite lebih pasal pujian ini. kang ada orang muntah.

Kisah diet pulak, cik akan start pose 6 dan pose ganti minggu depan. Balik je dari Pahang, cik nak kosongkan perut, mulakan workout, jog dan diet. Tengok hasilnya hujung tahun nanti. Setting harapan balik nih! hoho

Kisah lain, kadang kadang otak ni terimbas muka scandal lama. Kadang kat ofis zzupp, boleh plak dia lalu kat otak cik. Macam scanner tau. pastu Kadang tengah uk uk pun boleh teringat dia. Adakah kumerinduimu..Hampeh betul, dia takkan ingat cik deh. cik pulak yang emo teringat dia. Dah..yang lepas biarkan berlalu.

Back to Normal bebeh,
~ Rindu kat ahli blog semua... wee, bila korang nak update cite korang nih? cik nak baca

Wednesday, September 8, 2010

Umpama Kain Buruk Tak Diterima ...sobsob :-(

Mesej jam 930 pagi tadi,

Xxx, baju putih kain burok dok atas penyidai bulat kat ruang tamu pulak. Nak aku boh hanger ka? hahahaha - Rumet cik

Adakah rumah tak terima donation yang aku buat? - Cik

Hahaha. xpe la aku tulis 'KAIN BURUK' pahtu sangkut bawah sinki tu. - Rumet cik

Semalam kemas kain baju dalam almari. Mana baju taknak pakai nak campak masuk tong. Ada satu Tshirt putih cik donate kat dapur tuk buat kain buruk. Cik letak kat atas meja tepi microwave.

Sahur pagi tadi, tengok kain buruk tu dok atas iron board. Sudah sahur kain buruk tu dok atas katil kat bilik pulak. Cik letak balik atas meja kat dapur. Jam 930 terima mesej dari rumet yang kain tu dok atas penyidai bulat pulak.

Suddahh!! Kes kain berjalan sendirikk. Harus tepon wartawan Kosmo nih

* Weh hosmets! Tshirt tu dah ditabalkan sebagai kain buruk le. Jangan musnahkan niat suci murni aku tuk menderma di hari raya ini. Murni hatiku bak Tshirt putih kain buruk itewww..

~ Karam Singh Walia, ko boleh guna peribahasa cik

'UMPAMA KAIN BURUK TAK DITERIMA LAGI'

muahahaha

Tuesday, September 7, 2010

Kosong Kosong 0 - 0

Sedikit demi sedikit Cik dah boleh terima yang Ramadhan bakal berakhir

Sedikit demi sedikit Cik terima hakikat yang 1 Syawal pasti ditempuh

Dan dengan itu Cik nak susun jari tangan dan kaki

Dari anak rambut sampai hujung kuku kaki

Untuk meminta AMPUN DAN MAAF jika korang hangin dan terasa dengan Cik dan Blog Cik

Kot la umur Cik tak panjang ke

Atau blog ini dihentikan terus ke

Kira O-O ea,

Cik nak kurangkan dosa ni, korang tolong cik ea.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

maaf tiada duit raya tuk kalian.


Ya salamm



Monday, September 6, 2010

Iklan Raya Yang....

Sejak dua menjak ni banyak pulak blogger bukak entry pasal iklan raya tv3 tahun ni. Iklan yang macam sambut krismas tuuu. TV3 dah mintak ampun kat buletin utama dan iklan tu dah pun ditarik balik. pada cik, no komen pasal malas nak layan kes kes gini.

Tiap tahun raya kalau tengok tv bukan nak tengok cite sangat. tapi nak tunggu iklan. klu iklan tu dok ngadap betul betul. pastu komen ngan keluarga. Seronok. tapi iklan raya tahun ni tah hapa hapa. sekadar memenuhi iklan je. Tak best. Jiwa tak sampai bila ditonton. Macam iklan Petronas. cik selalu menanti apa pulak iklan dia tahun ni. Dengan masa panjang berjela dalam 2-3minit, dengan motif yg unik dan sampai mengalir airmata. Biasanya lah. Tapiiii, tahun ni kecewa...... iklan hitam putih cerita suami pening nak balik raya mana. Oh, tak boleh terima ar iklan cenggini. Apa motip sebenarnye hek. nak gelak tak lawak pun. Ingatan kepada P. Ramlee kah?. 

Cik rindu iklan dari Yasmin Ahmad. Sejak dia meninggal aura iklan tv berkubur sama. Dulu klu time iklan sure cik kuatkan volume tv. macam tahun 2005, sharifah amani dan iqram dizly. Bila iqram mandikan ayahnya yang tua dan buta. last last iqram menjadi suami amani. Best la iklan tu.

Pastu iklan tahun bila tak ingat, kisah janda dan 7 anak lelakinya. 'daging, hati, limpa, paru'. Melihatkan usaha anak anak cari daging tuk maknya. Pastu iklan 2008, pasal ayah yang parkinson. anak menantu sisihkan ayah di meja makan. ayat menyentuh hati bila menantu tegur anak dia 'eh, buat apa tu?' anak kecik dia jawab ' kakak dan adik makan kat meja. papa dan mama makan kat luar' 'papa jangan lupa pakai pampers tau'. Pergh, tersentuh jiwa weh. Janganlah mengeluh jaga mak ayah yang tua. sok sok turn kita pulak. kot lagi teruk anak wat kat kita nanti.

Dulu banyak iklan dengan mesej yang menyentuh hati. Itulah pelengkap raya cik sebenarnya. Tahun ni macam tutt je. Takyah bukak tv la camni. Dengar radio sudeh. takpun pasang lagu raya sambil tunggu tetamu datang. Menyampah

Diet Yang Berjaya

Betul ke Jumaat ni dah raya?! Macam tak caya. Rasa baru hari pertama puasa. Nak raya dah ke? :-(


Dengan ini cik mengumumkan DIET is FAILED. Mission incompleted.


Berat terkini cik 80kg dari 85kg. Sebelum puasa kata nak hilang 10kg konon. Euk, tinggal semangat semata. Hanya hilang 5kg selama 3 minggu puasa. 5kg yang hilang ini mungkin berat air sahaja. Kelemak masih degil ditanggalkan. Semua ini kerana bulan puasa agak payah workout. Walau makan masuk ke dalam mulut di kontrol habis habisan. akan tetapi badan cepat lembik walau hanya berworkout ngan Jill. Stage 1 je pun... aduss! Yea tau ini hanya alasan. orang lain boleh je workout yoyo o.


Dengan sakit bertimpa timpa. kini batuk dan selemo masih bertahta. sek sek sedut hingus (batal puasa tak?)Auw,dan masih sakit bahu kiri. cadang nak check up lepas raya. Harap result nanti tiada tulang rapuh bila di XRay. Sekarang sakit pinggang pulek. Aish, terasa begitu tua badan ni. Macam nenek usia 50. :-(


Dan saiz cik seperti dulu kala. Tembam Gebu Montel Bolat Dan Berlemak. Nak tengok?













 





Nah,

Gambar ini diambil sambil 2 lelaki negro berjalan sambil memandang cik tak berkedip.




"whatz up dude. Never see girl cute like me, huh?"

~dalam hati je ler

Separuh Jalan

Semalam keluar shopping...kononnyee

Tau apa cik buat

Separuh jalan dan patah balik

Sebab mood shopping tiada

Tanda tandanya, proses memilih baju ayah ambik masa saaaangaaat lama

sukar membuat keputusan

dan kepala pening

dan sakit pinggang

tu dalam mall yang beraircond tu

tu belum pi Jalan TAR lagi

maunya, berlanggar bontot..

oh tidak! cik tidak akan ke sana

murah la camne pun....

boleh beli blah lepas raya tak?

Saturday, September 4, 2010

Janji Kekasih Yang Telah Dijanjikan


Janji kekasih dah tamat episodnya Jumaat lepas. :-(. Tak pernah miss tengok setiap episod. kalau miss pun cik bukak tv3.com.my. Disamping pelakonnya JUE AZIZ :-D jalan cerita not bad la. Ada motif tersirat. Sebagai drama melayu. Dalam bulan puasa pulak tu. sesuai benar la cite cite gini.

Sedih tengok hari hari terakhir Kirana (Jue Aziz) menghadapi hari kematian. Bagus dia ni. Dari budak perempuan tak tentu arah. merokok, minum, kaki pub, minah rempit dan berusaha berubah kenal sejadah, telekung, tudung. dan yang bagusnya perangai totally berubah 100% mengikut syariat Islam.

Realitinya, berapa ramai kat luar yang betul betul tobat macam si Kirana ni buat. Ada ke? yang pakai tuudung pun belum tentu sebaik macam Kirana. Tengok perangai si Rokayah (Almy Nadia) tu. Tudung je litup. Mengumpat... yang ammat! DAN berapa ramai bertuah sebab tahu hari kematian dia bakal tiba. kebaikannya sebab sempat nak tobat ke mintak maaf ke hapa. Kalau mati katak eksiden, nak mengucap pun tak sempat. Bila masa, waktu, tempat dan macam mana la cara mati kita yea?

Roomet Kirana, Ayu raudhah pelakon paling berkesan dan menyentuh perasaan cik lah. Compare ngan kakak dia si Rozita tu. Cik pilih dia. Pandai hayati watak. Kalau part sedih tu memang sedih betul. Buat sebak pastu airmata jatuh setitik dua. Huh, sampai tertusuk kat hati cik. Siap disiat siat lagi. Boleh cik nangis sekali. Ngeh,

Pastu susunan lagu dalam cerita ni pun sesuai dengan scene. pendek kata semua best lah. Jalan cerita, skrip Sharifah Abu Salem dan pelakon hebat hebat. Si Syah (Feroz Khan) rambut belah tepi dan Rokayah (Almy Nadia). Semua ngam menjiwai watak.

"Lor, xxx. ko nangis ke?" si Hosmet tegur cik dok tengah tengok cite ni semalam.

Tah kenapa sejak akhir akhir ni airmata cik senang benar menitis. Jiwa tengah sensitip nih. Jap jap tengok kalender. Ooooo, nak period rupanyeee,,,

Ko Tak Nak Raya Ea?

Hari ni hari Sabtu. Seharian cik duduk kat rumah. Hosmet lain semua keluar. Ada yang dating, pi shopping raya, buka puasa kat luar. Cik? hmm, kemas rumah basuh baju basuh cadar. Rumah bersih tiptop sekarang.

Rabu depan lepas keje naik bas balik kampung. Tahun ni sambut raya......kat pekan then balik Melaka. hmmmm. Kenapa cepat sangat raya. Cik nak sebulan lagi puasa boleh tak. Puasa adalah bulan paling best dan paling aman dalam hidup cik. lepas raya hidup mesti kacau bilau balik. tak suka nye tak suka nya.

Tak tau kenapa tahun ni macam malas nak raya. Persiapan raya....hmmm. Takde persiapan lagi. ok la, baju raya sepasang. itupun along belikan kain then tempah tanpa pengetahuan cik. Balik puasa hari tu tengok dah siap baju sepasang atas katil kat kampung. Cik pernah kata tahun ni tak buat baju raya. Ala, pakai je baju kurung pi ofis. orang kampung bukan tau pun tu baju raya ke tidak. Janji pi beraya umah orang pakai baju kurung kann. Pastu kasut ke beg ke pakai je yang lama. No baru baru tahun ni. Barang baru ke lama ke raya tetap jalan jugak kann

Lagi satu hal, ofismet berlumba lumba pi tukar duit raya kat bank. cik wat dunno jugak. Bila tanya cik jawab dah tukar. Padahal malas nak tukar duit raya. Ingat nak bagi duit merah kat anak buah yang tujuh tu then duit besar sekeping kat adik. Done. Kalau budak datang beraya bagi je duit kat tangan diorang. takde deh pakai sampul angpau ke hapa. Gila kedekut cadangan dalam pala cik ni.

Shopping raya tak dibuat langsung. tiada mood ke arah itu. Orang lain sibuk beli belah cik sibuk beratur beli tiket wayang. Cik menyampah tengok orang kulu kilir memilih kat mall. Kalau dalam LRT tu cik boleh paling tempat lain. punye la menyampah tengok orang bawak beg plastik shopping. Bodoh ar, itupun nak jadi bahan benci. Aku ni meroyan ke hapa weh?

Pukul 5 pagi tadi along hantar mesej tanya dah berapa jenis beli kuih raya. Dia bab bab loghat ni nombor satu. Beriya iya bab persedian raya nih. Macam tak Dan tunggu siang. Ha ni lagi satu hal. Cik baru beli tart nenas sebalang je. itupun pasal ofismet tanya tak nak tempah ke tahun ni. ok la, cik beli tu pun teringat ayah suka tart nenas. kalau tak, tak beli kot. Usya kuih raya pun belum lagi ni. Bila nak pi beli ni weh. Eh, aku nak raya ke taknak raya nih. Aduyai!

Petang tadi lama sembang along dalam fon. Along tanya taknak tukar langsir rumah mak ke? boleh cik jawab "takyah la long. yang nak raya kita, rumah langsir lama pun takpe. esok dah buruk baru kita tukar eh. kita basuh je pastu gantung balik." Eh, malas gila aku tahun nih? cerita lain pulak. along tanya mak, nak cat rumah ke tak, mak kata tunggu cik kawin baru kita cat. nak raya ni tak payah. Along balas, "hmm tah bila ko nak kawin, xxx! mak harapan tinggal harapan je la" Boleh pulak cite kat cik dalam tepon. Weh, tersiat hati cik weh.

Selalu tiap tiap tahun seminggu sebelum raya mesti pi buat rambut. Wajib berambut baru sempena raya. Tapi... tahun ni. tiada rancangan ke arah itu. no potong, no treatment, no highlight, no rebond or wavy. Okk, stail rambut tahun lepas. cuma semakin panjang. Akan ku biar rambut panjang original terlepas. kalau rimas ikat satu. kalau kat dapur buat sanggul mak enon sudah.

Apa penyakit melanda cik ni. Ish, malas bebenar wat persiapan raya. Apa yang dah merasuk cik tahun ni? Nak ikutkan takde cerita buruk berlaku pun. Cuma mood raya super duper tak berperasaan tahun ni. ok, senang kata tak nak raya le. Nak dalam mood puasa jee...

Sedihnya nak tinggalkan bulan ni. Dah 10 malam terakhir pun. Tika entry ni di karang berjuraian air mata. punya la sedih menghadapi hujung ramadhan.

~Mood Sedih~

Friday, September 3, 2010

Branded Girl

Apa reaksi anda kalau ayat begini di beri kat anda? ENTRY BRANDED DULU KALA

Antaranya,

Petang ni Atie nak pegi Jusco...(berlagu ekor di belakang ayat sambil menyambung) sebab atie ada voucher 140 ringgit semuanya. Nak shopping apa yea?

Beg ni Bf Atie belikan...(berlagu ekor lagi) kata bf Atie ni satu satunya design kat Malaysia...

Brownies ni Atie dan Bf Atie yang buat. Walnut dia bukan walnut biasa tau? (pertanyaan yang ingin dijawab sendiri). Walnut ni kawan Atie kat oversea belikan.. Tu rangup.

Aduyai, pening ada orang macam ni dalam hidup. Kadang tak amek port pun. tapi telinga ni nak campak mana. dah memang lekat kat kepala.

Paling kurang sopan pun cepat sumbat earphone kat telinga.

'Maaflah, ahkak tak pandai pakai branded dik. ahkak malu pakai branded. tak mampu wehh.. kalau ahkak pakai branded pun ahkak tak cite kat orang. Sampai ada orang aim bau ahkak macam sabun dik'

~ merendah diri amalang mulia

Thursday, September 2, 2010

OMG! Betul Ke Ni Weh

Baca lah puisi ini,

Memang nak mengungkit memang nak mengata
Ketidakpuasan hati ku sangat lama
Tetapi tak mengharap balasan dan cela
Sebab aku hanya insan biasa

Sejak 36 purnama ku di sini
Kiranya seperti 3 abad menanti
Ku tahan sabar ku tahan hati
Baru hari ni kau nak bersimpati

Siapa sanggup jadi kuli
Jadi Receptionist jadi sekretari
Jadi penyambut tetamu berbelah bahagi
Walau jawatan ku bukan begini
Ku sanggup jua walau sejemput kau bagi gaji

Tak banyak apa yang ku pinta
Hanya rintihan hati sekangkang kera
Minta CPU baru diganti segera
Agar IE tidak lagi menganggu kerja

Hari ini dalam sejarah
orang IT datang menziarah
Ingatkan nak bising atau marah
Rupanya menghantar CPU merah

Terima kasih daun keladi
Walau hanya beri CPU bukan naik gaji
Aku bersyukur walau 6 hari cuti
Rupanya cuti hikmah diberi

Yeay yeay Yeah
Hari ini dalam sejarah hidup
Memandang skrin penuh terduduk
Penuh fokus penuh sujud
Macam nak cium bos di hujung

Maaf terleka seketika update blog
kerana terlena dek komputer cabuk
Jangan lah merintih jangan lah merajuk
Nanti cik bagi entry banyak banyak tajuk


~ Ahaks

Wednesday, September 1, 2010

Sakit Bukan Segala Galanya

sakit datang bertimpa timpa. mula mula sakit bahu kiri. lepas tu tangan kanan kena kipas syiling. Balik kampung sabtu lepas kena gastrik. 2 hari muntah. dua kali pi wad kecemasan. dan dua kali kena inject. satu kat bahu, satu kat tangan. pas tu drip air. balik KL semalam dalam keadaan demam pulak. Dalam bas tahan demam sambil peluh sejuk pucat lesi. Tadi pi klinik doktor kasi nabulizer pasal ada semput dan kasi MC sehari. weh, aku demam menggila la. bukan main main nih.

Semua terjadi dalam jangka masa dua minggu tanpa henti.. Sesungguhnya Allah menguji dengan sakit. Ketabahan adalah segalanya tika ini.

Segala nikmat ditarik tika sakit, cuti tidak bermakna lagi, nafsu makan tidak bermakna, balik kampung juga tidak bermakna, setiap detik hanya fikir bila nak baik. Alhamdulillah, petang ni kebah sikit.

Terima Kasih Allah