Cite raya tak habis lagi nih. Ada pulak suatu kesah tertinggal nak cite minggu lepas. Basi sikit la tapi cik nak gak cite. Ni kan blog cik. :D
Berbalik cerita malam menjelang hari raya. Cik ada cite balik Melaka kann. Cik sefamili tumpang bermalam kat rumah Poksu. Poksu ni adik paling kecik emak Cik. Mak cik kakak sulung dari 9 beradik. Selalunya tiap tahun famili balik rumah nenek. Nenek kan dah takde dan, memandangkan pergaduhan dan rampasan kuasa adik badik mak. Jadi Mak mendecide kita raya kat umah Poksu je. Cik sebagai anak hanya menurut perintah. Kang kata derhaka pulak.
Tapi bukan cite itu yang cik nak sampaikan. Cerita ini sebenarnya. Malam raya tu Poksu sonok menayang bodynya yang macam body builder tu. Tak la sangat, cik tengok masih nampak lemak sana sini. cuma perut dia tak boroi dah. Kalau setahun lepas macam bunting gajah. Yea sekarang lengan dia macam tertanam besi. Keras kenteel. Jalan Robocop. Hebat Poksu. Usaha dia tak sia sia pi Gym malam malam.
Dia bawak keluar whey protein dan segala supplemen tuk menaikkan muscle kat cik. Cerita yoyo o kat cik nih macam mana dia diet dan blablabla. Cik senyum. Dalam hati 'ye ye ye'..
Keesokan harinya, keluar beraya sama. Makcik pakcik cik semua terperanjat tengok cik dah kurus. Siap puji melambung nih. Kata dah kurus ada pape ke. Mana tak nye, diorang tengok cik setahun sekali. Raya lepas ngan raya ni beza berat 23kg. Mana tak nampak bezanya kann. Cik hanya mampu tersenyum manis.
Apalagi Poksu berbulu ar dengar orang tak puji dia sekali. Secara logiknya, memang Poksu dah kurus. Tapi dia bina muscle. Jadi kekurusan dia tak nampak sangat. Lagi pulak makcik pakcik cik selalu tengok dia. Jadi perubahan tu tak nampak sangat.
Bagi cik pujian itu tak membawa apa makna sangat sebab target cik bulan April tak kesampaian.
sila selak entry U Dah Kurus Mae untuk makluman lanjut. Yea yea, hakikatnya cik masih gemuk. Tapii, niat cik memeranjatkan orang kampung menjadi. Ngehh, terbeliak poksu orang puji cik lebih dari dia. Siap sepupu mintak petua apa cik buat boleh turun banyak.
Tu la, orang kata jangan yoyo o puji diri sendiri. Buat senyap sudah. Takyah suruh orang tengok perubahan kita. Biar orang perasan sendiri. Itu lebih baik kann. Jangan sampai orang cop 'POYO'..
Kahkahkah, dalam hati ada jahat. ngehhh
No comments:
Post a Comment