Kat ofis panas hati, kat rumah panas hati. perasaan tension menyelinap seluruh badan. Kalau kat ofis ada MAKCIK CINA. kat rumah ada BABY TUA. Baby yang perasan comel lote konon.
Biar gelarkan dia sebagai minah. Baby macam geli pulak nak panggil. Minah ni budak praktikal dok menumpang. dek kerana kakaknya dok ngan cik jadi adiknya pun tumpang sekaki.
Mula mula macam ok. tidur kat bilik. Menganjak sebulan dah tidur depan tv pulak. tilam toto angkut skali depan tv. Tilam dan toto cik punya hokay. ok la fine. ko dok sementara. malas nak bawak barang sendiri. cik paham. Gunalah selagi ko nak guna.
Tidur bergelimpangan depan tv. kul 9mlm mula bentang. Dah la cik ni jenis baring tgk tv. ko nak amek space aku pulak. sekarang kena dok atas kerusi. Dok alim alim macam bertandang rumah orang. Pastu kalau tengok tv sampai lewat malam, dia dok pusing kiri kanan kononnya macam takleh tido. Nak sound aku le tu tutup tutup la tv tu. Ah, gasak ar Tv aku.
Paling hangin bila susah nak workout ngan Jill pasal ruang tamu dah jadi bilik dia. Sape tak hangin weh, tak malam lagi dah bentang nak tidur. pagi kul 6 belum tentu dia bangun lagi. Waktu membakar lemak dengan selesa hampeh lah. sekarang cik workout dalam bilik. Bilik sekangkang kera je pun. tak selesa la. DVD player kat luar. Bila tanya nape tak tido dalam. katanya 'bilik bahang la kak'. Banyak cekadak ko kann. Dok free nak komplen lebih. Pi lepak beranda nak sangat sejuk.
Ni minggu lepas ari sabtu ajak teman pi klinik gigi. Giginya patah separuh. See, macam baby kan minah nih. Ok la, ko pun bukan tau jalan. Meh cik tunjukkan lagipun kakak dia takde. Dah balik teman dia tu sempat cik masakkan bubur tuk dia. Dr kata makan benda lembut je. see, cik baik hati jaga adik orang. Lepas tu cik kuar ngan kawan. Balik lewat. Sampai je rumah tak sempat lepas lelah dia ngekor dari belakang. kata gigi yang doktor tampal tu tercabut. Dok nganga mulut luas luas depan cik. Loh, ko ingat aku ni assistant dentist ke. Macam le aku tau mana satu gigi ko berlubang. Geli hokay. Dah le time tu cik nak tukar baju. tak reti reti nak kuar bilik. huh angin sungguh lah.
Nak pakai baju apa pun tanya orang. Bergayut tepon cakap kuat kuat nak bagi satu rumah hangin. Nak kuar dating pun mintak nasihat orang. Poyo ar ko. Pikir sendiri lah. benda simple camne nak hidup pun ko tak reti ke? pening la orang berperangai baby gini. Bila sembang pasal dia ngan Rumet, dia gelak gelak je. katanya, 'budak baru nak kenal dunia tu. biarkan je la'. Memang le, ko selalu takde kat rumah. ko taktau aku yg hari hari ngadap muka dia ni.
Ish, tak sabar tunggu dia habis praktikal. Lepas tu syuh syuh. Tak sabar nak rasa dunia ni aman.
End
No comments:
Post a Comment