Monday, September 6, 2010

Iklan Raya Yang....

Sejak dua menjak ni banyak pulak blogger bukak entry pasal iklan raya tv3 tahun ni. Iklan yang macam sambut krismas tuuu. TV3 dah mintak ampun kat buletin utama dan iklan tu dah pun ditarik balik. pada cik, no komen pasal malas nak layan kes kes gini.

Tiap tahun raya kalau tengok tv bukan nak tengok cite sangat. tapi nak tunggu iklan. klu iklan tu dok ngadap betul betul. pastu komen ngan keluarga. Seronok. tapi iklan raya tahun ni tah hapa hapa. sekadar memenuhi iklan je. Tak best. Jiwa tak sampai bila ditonton. Macam iklan Petronas. cik selalu menanti apa pulak iklan dia tahun ni. Dengan masa panjang berjela dalam 2-3minit, dengan motif yg unik dan sampai mengalir airmata. Biasanya lah. Tapiiii, tahun ni kecewa...... iklan hitam putih cerita suami pening nak balik raya mana. Oh, tak boleh terima ar iklan cenggini. Apa motip sebenarnye hek. nak gelak tak lawak pun. Ingatan kepada P. Ramlee kah?. 

Cik rindu iklan dari Yasmin Ahmad. Sejak dia meninggal aura iklan tv berkubur sama. Dulu klu time iklan sure cik kuatkan volume tv. macam tahun 2005, sharifah amani dan iqram dizly. Bila iqram mandikan ayahnya yang tua dan buta. last last iqram menjadi suami amani. Best la iklan tu.

Pastu iklan tahun bila tak ingat, kisah janda dan 7 anak lelakinya. 'daging, hati, limpa, paru'. Melihatkan usaha anak anak cari daging tuk maknya. Pastu iklan 2008, pasal ayah yang parkinson. anak menantu sisihkan ayah di meja makan. ayat menyentuh hati bila menantu tegur anak dia 'eh, buat apa tu?' anak kecik dia jawab ' kakak dan adik makan kat meja. papa dan mama makan kat luar' 'papa jangan lupa pakai pampers tau'. Pergh, tersentuh jiwa weh. Janganlah mengeluh jaga mak ayah yang tua. sok sok turn kita pulak. kot lagi teruk anak wat kat kita nanti.

Dulu banyak iklan dengan mesej yang menyentuh hati. Itulah pelengkap raya cik sebenarnya. Tahun ni macam tutt je. Takyah bukak tv la camni. Dengar radio sudeh. takpun pasang lagu raya sambil tunggu tetamu datang. Menyampah

3 comments:

ain gojes said...

cik xxx, hadiah saya jgn dilupa ye....hehehe.. =)nk claim hadiah kt orang lain pulak..

cik xxx said...

eh, cik tak lupa.

klu cik pos lepas raya bley tak, ain. org pos kata dia dah cuti raya :p

ain gojes said...

ok,bole cik xxx..nnti saya bagi address opis,senang sikit.selamat hr raya cik