Monday, August 30, 2010

Luar KL

Cik berada di luar KL tika ini.
Cik berada di kampung. yeayyy!! jangan jeles korang.

pape pun keadaan kembali normal pada Rabu tanggal 1 Sept.

Tunggu cik ea.....

Sayang korang..mmmuahhhh!~

Thursday, August 26, 2010

REPO MEN Hebat!

Asal malam rabu je cik tengok wayang. masuk ni 3 minggu turut turut tengok wayang. Aihh..! Dengan partner yang sama tapi kali ni kembali ke GSC Times Square. GSC sini paling tiptop dalam banyak2 GSC cik pi.

Tengok cite ni,

Jude Law oh My,

Tak pandai cerita, korang baca la sipnosis yang dah di copy nie,

In the future humans have extended and improved our lives through highly sophisticated and expensive mechanical organs created by a company called "The Union". The dark side of these medical breakthroughs is that if you don't pay your bill, "The Union" sends its highly skilled repo men to take back its property... with no concern for your comfort or survival. Former soldier Remy is one of the best organ repo men in the business. But when he suffers a cardiac failure on the job, he awakens to find himself fitted with the company's top-of-the-line heart-replacement... as well as a hefty debt. But a side effect of the procedure is that his heart's no longer in the job. When he can't make the payments, The Union sends its toughest enforcer, Remy's former partner Jake, to track him down.

Kalau korang jenis geli geli tengok organ atau darah. Tak yah le tengok cite ni. Kalau korang thriller extreme macam cik, Yang jenis habis cite habis imaginasi. Yang malam dah tak ingat pape dah. Ha pi le tengok cite ni. Cik bagi 5/5 bintang walau aksi lawan macam game. Poyo.. tapi part belah badan orang memang maveles.

Kononnya ni cerita tahun 2025, masa tu organ palsu merata dalam badan dan boleh di censor. Tak mampu boleh buat installment. Tapi kalau tak bayar, comp tu carik ko balik. kerat tubuh amek balik organ palsu ko. Macam ko tak bayar keta, bank amek keta ko balik.

Tak mustahil akan datang organ palsu ni diguna pakai. Bukan jantung, hati, buah pinggang saja. Boleh buat mata (dah takyah tukar lense kaler, boleh tukar on the spot), telinga (mana yang pekak pasal dengar mp3 kuat kuat), anak tekak (boleh nyanyi lagi sedap dari siti), kepala lutut, Otak pun boleh. Asal ko ada duit boleh buat semua ni. Takde duit ko buat ansuran.

Dari sisi cik, semakin canggih teknologi dibuat semakin malas manusia menjaga kesihatan. Muda muda lagi dah banyak penyakit. Organ rosak apa ada hal ko boleh ganti. Seperti jangka hayat hidup kita sendiri tentukan.

Ko nak? cik tak nak. Jaga lah kesihatan.

Wednesday, August 25, 2010

Dah Pi Hospital

Terima kasih kawan kawan bebelkan cik semalam. Terutama pada Kura kura. Bebelan kau berkesan beb. Hari ni macam nak demam pulak. Ni harus balik kampung nih

Tuesday, August 24, 2010

Tangan Kanan Cik Hampir Putus

Bahu belah kiri masih sengal. Semalam tambah lagi satu penyakit. Penyakit yang macam carik sendiri. Semalam balik keje, tengok rumet berusaha bukak pintu bilik gara gara terlock dari dalam. Lagi mengharukan cik hanya bawak kunci rumah dan bukan kunci bilik.

Kami berganding bahu berusaha bukak pintu. Amek kerusi panjat nak bukak tingkap atas pintu. Dapat je bukak cermin tu zappp.. tangan kena kipas syiling. Korang tau apa rasa dia. Rasa macam tangan kanan PUTUS.

Sebal, sengal, bebal, kebas..Arghh, sakitnya Allah aje yang tau. Pucat weh tengok darah. Tak sampai lima minit tangan bengkak kebiruan. Adakah tangan bakal cacat? rumet cik berusaha letak minyak gamat. Siap nak bawak pi klinik kot kot putus urat ke ape. Cik takmau pi klinik. Wat gelak doktor je kata kena kipas syiling.

Ok, cik kool. Basuh tangan letak minyak gamat. Sempat lagi tendang pintu bilik. Ikhtiar akhir kalau cara lembut tak menjadi. Boleh pulak bukak lepas makan tangan aku!

Buat tak layan perasaan. Atas katil amek bantal tekup muka. Buat buat tidur. Buat tak tahu. Pain killer terbaik tuk hilang sakit. Dah nak buka puasa baru bangun. Tangan masih kebas.

Hari ni pi keje macam bese. Apa barang MC MC kann. Keje melambak okk. Ni sekarang tekan keyboard rasa kulit macam kena siat. Buat buat kuat je nih. Jangan layan sangat sakit. Nanti badan jadi manja. Hero kena kuat kena gagah. Apa ada hal kalau hanya bahu sengal dan tangan calar balar lebam kebiruan macam lepas kena dera.

Takat orang toleh 2 kali dalam lrt tengok tangan cik. Eleh, tak pernah tengok tangan orang ke? dan Handyplast? takde dalam kamus hidup cik. Dok balut lagi luka lambat baik. Elok biarkan aje dia pedih. Yeah, raya nanti pasti dapat kesan parut paling cantekk abad ini!!

Monday, August 23, 2010

Sengal Ar Kau

Bahu belah kiri cik dah 4 hari lenguh. Tahap dia sampai boleh terjaga dari tidur. Sengal je rasa. Adakah hantu dok kokkong atas bahu macam cite SHUTTER. Adakah.... weh, aku tak buat jahat ngan mana mana lelaki okkay.. Lagipun ini bulan pose. Bulan murni mana ada hantu. setan kena gari.

Rasanya ini gara gara workout lebih kot. Tapi angkat dumbell 5 paun je. Apa barang. Ada orang tu angkat 15 kg tak sakit pun. Yang cik pulek lebih lebih. urut manja manja dah. Tapi..... Korang ada petua tak. Meh kongsi ngan cik tuk menghilangkan kesengalan ni.

PS2 Zaman Jepun Tonggek

Dulu kecik kecik main sampai senja sangat heaven. Balik sekolah tukar baju pi ngaji. Balik ngaji kul 3 cenggitu dah boleh main. Panas terik membawa kulit hitam legam tak amek peduli. Dok kat kampung macam macam benda boleh buat. Taktau lah korang main ke tak aktiviti ini dalam hidup kecik korang.

Teng Teng. amek kayu mati buat lokasi game. Pastu carik kaca botol ke pinggan ke yang pecah. lagi berat lagi bagus. Lagi berkaler lagi bagus. Dijadikan untuk melempar. Sebelum main haruslah jampi serapah kat kaca tu dulu. kononnya bawak tuah. Kalau kalah salahkan kaca tu. hehe. Salah sendirik tak nampak.

Getah. Getah ikat banyak banyak macam tocang. Cara game, 2 orang pegang hujung hujung. sorang lagi kat tengah. dok terlompat lompat ikut tali. hanya permainan budak pempuan. Yang laki tak geng. Kalau sekarang still main. Harus kurus. tehee

Brick game. Dalam tu susun batu bata, kereta kotak, kereta kebal. Kalau budak ada game ni dah kira kaya sangat lah tu. Zaman dulu mana ada PS2, PSP ni semua. Dulu brick game mahal tahu. yang RM40 pun ada. kalau kawan cik panggil maen ' xxx xxx, jom maen batu seremban'..Terjerit depan pintu. cik jawab ' Takmau, saya nak maen brick game.' Tu kira berlagak dah tu.. haha

Patung kertas. setiap kali ada keluaran baru harus pegi kedai Ah Seng bawak RM1 nak beli patung kertas. sekeping 20sen je. Nak buat koleksi kena beli semua edition yang takde lagi. siatkan baju, kasut, beg, dan topi. Pastu maen ngan kawan. Sorang sorang pun layan. Tukar-tukar baju, tukar kasut. sudah main simpan dalam beg. penuh satu beg koleksi patung kertas. Patung Barbie mahal masa tu. Tak mampu. Sekarang ada lagi ke patung kertas ea?


patung kertas

Pastu kalau nak lukis orang kat kertas. Lukis penuh dari rambut sampai kaki. kat leher tu harus letak pangkah kecik. Tujuan takut orang kat gambar tu hidup. Tak boleh, nanti berhantu. Poyo, kecik kecik dah amalkan khurafat gini. Ikut mazhab mana ntah.

Ni sekali je buat dalam hidup. Zaman tu musim tengkujung. Kampung cik banjir. Air harus melimpah kan. Selalu cik dengar cakap jangan maen air. Air tu kotor, ada sampah, ada tahik. Yea cik akur. Tapi satu hari tak tertahan lor. Tipu along kata kalau ayah tanya cik pi kedai. Jam kul 12. Cik ikut kawan kawan membawa pelampung pi umah kawan satu lagi. berendam dalam air banjir. Dalam paras leher. Banyak kali tersedut air banjir. Euwww. Seronok tak hingat dunia lah. Galak tul time tu. . kul 5 macam nak balik tapi macam best pulak berendam. Pastu dari jauh tengok ayah bawak hanger jerit suh balik. Pucat ngko ikut bontot ayah balik. Takut kena hambat je. Sampai rumah cik kurungkan diri tanda protes kat bilik air sampai kul 8. Sesape nak guna bilik air kena gi umah jiran. kecut perut time tu. Budak tau salah memang cenggini. Haha..

Seronok jadi budak budak zaman tu. Takyah pikir bayar hutang. Takyah pikir kerja berlambak. Yang pikir cuma kerja sekolah, pi ngaji, jom maen, basuh kasut, lapar amek pinggan. Yang lain lain mak ayah tentukan.
zaman kecik kita dah berlalu. Zaman tua kita bagaimana pulak yea. Adakah seperti tok tok kita sekarang?

Siapa Cintakan Kamu?



Setelah mengharungi hari hari sedih sebelum puasa tempoh hari (Dah! taknak pikir dahh) . Cik kembali bersemangat menjalani hidup. Hidup kini penuh dengan wasatiah. Cik kembali berdiet komando, workout sangat heaven, penimbang menjadi sahabat, hujung minggu di rumah, dikelilingi kawan, disayangi keluarga dan hampir setiap hari telefon kampung. Done. Cik happy.

Pernah sekali cik tanya housemate. 'akak percaya pada CINTA? akak cintakan bf akak?' amek kau. terdiam... Jawapan yang cik dapat. 'Tah la, akak lebih sayangkan dia. taktau lah tu cinta ke bukan. Belum lagi sampai tahap sanggup buat apa sahaja. Masih ada separuh hati.'.. see, CINTA tak dapat dibayangkan. tapi SAYANG boleh kita bayangkan.

Kadang kadang kita hanya ada rasa sayang. Rasa sayang sebab kita dah imun hidup dengannya. Kalau dia takde macam pelik je hidup. Sebab hari hari menghadap muka dia, mesej dia, kol dia. Kalau sehari takde boleh demam. Tapi adakah kita sebenarnya cintakan dia.

Ini cerita kawan cik. Naim, 31 ialah seorang lelaki metroseksual yang menemui cinta pertama dengan Nani. Berkawan, bercinta dan lebih dari itu selama 11 tahun. Baru baru ini terjumpa dia balik. Muka macam orang mati bini. Sah ada masalah. Katanya dia kini hampir 90% breakup coz she has someone else.

Dulu kala pernah cik tanya. 'kenapa u tak kawen Naim?' balasnya 'I tak sedia dengan komitmen. Memang sunyi hidup solo tapi I tak sedia tuk ada famili'. See, berapa ramai lelaki bergirlfriend tapi tak sedia berumahtangga. At last, perempuan rugi masa tunggu lelaki macam ni. Nak paksa lelaki nanti kata 'perempuan desperado'. Nak tunggu tapi sampai bila. Nak tunggu ke? Memang tak la. Betul la keputusan si Nani tu.

Ada orang cakap biar jodoh tu datang sendiri. Buat apa nak carik. Memang le dah kalau ko tu terlebih laku. Pada yang tak laku camne pulak. Situasi masing masing berlainan. Dan hidup pun lain lain. Selalu pikir 'Siapa cintakan Aku? siapa dia siapa dia. Cepat la datang'. kedengaran seperti desperado bukan. Tapi itulah perempuan. Ingin disayangi dan dicintai.

"WHO LOVES U, WHO LOVES U NOT"

Friday, August 20, 2010

Nenek Kebayan Berkenan..Huish!

Dulu cik pernah study matrikulasi kat kolej swasta. Kolej ni terletak betul betul tepi sungai pahang. View memang cantik ar. Petang petang pi tepi sungai dok meja batu. kononnya nak study. Tengok air sungai mengalir, angin sepoi bahasa dan bergossip. Fuh, memang heaven momen tu.

Cik blajar kat situ tak sampai setahun. Matrik 2 semester je. Tak sempat pun jatuh cinta ngan budak kolej kt situ. Ewah, macam aku hot market kann. Eh, entry ni takde kena ngena ngan cinta. Okk, back to track. cik nak cite pengalaman yang tak mungkin dilupakan sampai cik alzheimer kot. Ni pengalaman sendiri tau.

Bermula lah kesah,

Semester 2 baru bermula. Masa ni lepas cuti raya. Cik ditempatkan kat dorm 2. satu dorm 6 orang. Katil double decker. cik tido bawah. Dorm 2 nak ke toilet kena langkah 3 dorm lain. Toilet tu tengah hostel. Antara hujung bertemu hujung hostel ada pintu masuk. pintu depan dan pintu belakang. Pintu belakang menghadap sungai. anda boleh imagine?..

Satu malam cik nak terkencing. kul 2 cenggitu. kadang berteman, kadang sorang kalau tiba time berani. Kebetulan hari tu 1st day masuk sem 2. masing masing tido mati. Tak sampai hati nak kejut. cik pi la sorang. ok, dah kencing. Nak balik dorm tu perasaan lain matam mari. Pintu belakang tak tutup. Fuhh, ada satu angin sejuk lalu bahu kiri cik. Tindakan refleksi manusia. Cik toleh belakang. Orang kata jangan pandang belakang. Degil kann.

Ok, takde pape berlaku. cik sambung tido. Tepat jam 4, rasa leher ni macam ada orang cekik. Dari tido terus mata cik membutang. Nak kejut kawan takde suara. hanya boleh gegar katil je. nyawa ikan dah time tu. Nampak je muka rumet terus cik pengsan.

Tuptup, bukak mata cik kat hospital. ICU. ayah kata cik koma 3 hari. sapu air yasin baru nampak perubahan positif. Kalau tak terlentang macam mayat hidup. siap cucuk intubator kat kerongkong. bukan cik yang bernafas tapi mesin. Doktor kata boleh hidup 50-50 je. Bergantung pada cik nak sedar ke tak nak. Meraung ar mak. Along pun tahap gaban meraung time tu.

Di sudut medikal, cik ada semput. Doktor klasifikasi asthma attack mengejut. tahap serius ngko. Boleh undang maut. Di sudut spiritual pulak. Cik kena sampuk. Ada benda menyinggah. Badan lemah tu yang semput dan blabla... taknak cite detail kang korang takut.

Yang bestnya. Pengalaman cik sepanjang koma. 3 hari dok alam lain. Ada nenek kebayan suh ikut dia masuk hutan. Cik ikut ar. Dia kata dia penjaga tempat tu. Dulunya kolej tu sebuah rumah tumpangan. Ada kes bakal pengantin (lelaki) bunuh diri kat kipas pasal belah perempuan batalkan majlis nikah. Banyak lagi cerita urban legend pasal tempat tu. Cite sikit sudah.

Hari last kat alam tu. Cik baring dalam tanah setinggi 6 kaki. Tak ditimbus ngan tanah lagi. Cik nampak orang dok keliling lubang tu dan baca talkin. 'Siapa Tuhan kamu...blablabla'...  Berbaju putih berserban tok aji.

Pastu tiap kali orang datang melawat cik, depa sembang ngan cik yang koma ni dan ada nangis nangis. Nangis depa tu masuk dalam alam cik. Cik boleh dengar tahu. Lagi kuat nangis lagi jelas cik dengar.

Lepas sedar dari koma cik suka termenung. Pastu ada rasa benda lalu lalang kat ekor mata. Bila toleh takde pape. Kadang tertangkap bayang hitam. Bayang kucing hitam saiz besar. Macam benda tu berupa jadi kucing. Bila termenung, ayah kata kepala cik terhangguk hangguk macam nenek kebayan menggigil. Hampir seminggu camtu ayah bawak cik berubat. Sape tak risau anak gini rupa.

Setelah pulih semangat ayah hantar cik balik hostel semula. Tiba kat pintu gate. Pakguard yang cik panggil pokcik tu tanya. 'Ada jumpa nenek kebayan tak?'... Mau tak meremang bulu roma. Dia dok menyinggah kat badan cik ni. Katanya pokcik tu lagi. 'Dia selalu pinjam orang sini buat teman. Dia takde kawan.' . Bley, nak pinjam pinjam orang pulak. Lagi pokcik kata. 'Nenek tu baik, dia pulang balik orang ke tempat asal. Takde simpan terus.'

Ahh, takde baek baek nya. Nyampuk orang sampai susahkan mak ayah aku. Sampai kawan kawan takut dekat. Takde istilah baik makhluk mahkluk gini. Mamat hensem taknak lak sampuk aku. Huh!
Itu la pengalaman kena sampuk. Korang ada. Korang takde kannn

Jap jap ni bulan pose kann.. hantu kena gari ikat kann.. ngeeee

Buang Tebiat DiPagi Buta

Jam 3 sudah bangun. Kejut si Hosmet yang tido depan tv. Suruh tido bilik. Dalam mamai cik mintak maaf kat dia sebab nak guna ruang tamu. Gasak ko hangin ngan aku. Dah sound malam sebelum kannn. Ada bilik tido kat bilik ar.

Berworkout dengan Jill 1 jam. Peluh mercik sangat heaven. Dah lama tak workout di pagi yang hening. workout petang tenaga takde la. Angkat dumbell macam nak mati. Pagi baru poweroot.

Pastu sediakan salad dan rebus telur tuk sahur. Pup pap. siap makan. Baru kejut hosmet lain. Cik baik hati. Ingat kejutkan korang. Korang hada nak kejut aku kalau aku tak sedar sahur. Takde kann. Lagi kata 'La, ingat ko dah makan'. Makan hape nye kalau aku baru bangun. Ok abaikan cerita ini.

Rendam baju satu baldi. Pertama kali basuh baju di pagi buta. Pup pap. Siap sidai. Pastu mandi pulak. Pastu keluarkan bahan puding jagung. Buat kuih dipagi hari. Korang ada..?! pup pap. Siap. Masuk peti. Done petang ni boleh potong. Juadah special petang ini.

Jam baru 630. Tidur balik sodap nih. Set alarm 730am. Tet tenettt... Siap siap pi keje.

Itulah Tebiat pelik cik pagi nie. Harap bukan petanda mati. Korang ada?!

Thursday, August 19, 2010

Bau Macam Softlan ke Downy Cenggitu...

Masuk ni dah dua kali. Dah dua kali tau..
' xxx basuh baju pakai sabun apa?'
'sabun? bese bese je. nape?'
' Bau macam softlan ke downy cenggitu. Tahan sampai ke petang ea bau dia'...

Oh apakah perasaan ini. Patutkah cik marah. ke nak sedih. Ni perfume aku lah weh. Setelah berabad tuk mendapatkannya. ENTITI BUKTI DI SINI . Bersengkang mata menabung semata mata nakkan perfume ini. Alih alih orang kata bau cik macam SABUN?!!!

Mahal lah weh. Dah lah 75ml je. Harga boleh dapat 2 perfume original tahu. Boleh kata bau dia macam sabun. Adakah cik yang taste terlalu tinggi atau hidung ofismet ni yang berkerak.

arghhh, Baik guna shower gel cap palmolive. calit calit pastu pi keje.

The Last Airbender


Malam tadi tengok The Last Airbender. Cerita dah basi. Lama kat panggung baru nak tengok. Strategi tunggu wayang setiap Rabu amat berbaloi. wink... Tengok dengan kawan cik yang minggu lepas tu. kami tengok aksi action kamir lagi. Sebab dia tak suka cite hantu.

Moral di sebalik cerita, macam mana hebat pun anugerah kau. Kalau kau tak praktise kau tak kemana. Paham tak apa cik nak sampaikan. Walau kau riak dan rasa terlalu hebat dengan kelebihan kau. Kalau kau tak gunakan dan tajamkan kelebihan itu. Kau orang yang rugi.

Sebelum tu berbuka kat Foodcourt Pavillion. Taknak berbuka kat luar dah lepas ni. Banyak dosa kering tengok gelagat orang. Komen mulut haruslah kann. Ish, mulut ni tak reti diam. Ada je tengok tak kena. Nak nak lagi tengok perempuan melayu Islam pakai singlet ngan seluar pendek pangkal peha. Hampir menampakkan bulu yang ada. Hagak hagak la..Cik bukan baik sangat tapi sindiri mau ingat la. Ha,kann. Kat blog nak sambung bebel!!

Dah dah..sesungguhnya aku berpuasa. Ya Allah, kuatkanlah iman hambamu ini. Aminnn...

Wednesday, August 18, 2010

Menu HMI (Hujung Minggu Ini)

Dah 8 hari berpuasa. Yeah cik puasa penuh. Tepuk tepuk! korang yang dah cuti tu. alolo... siannyiee.. nasib ar..ahaks

Dan sepanjang 8 hari ni jugak hanya sekali cik membeli kat bazaar. KUIH TOPI aka cucur. Gara gara teringin sangat terpaksa beli 2 hinggit. Tamakkann! Tapi... diet tatap diet. cik amek sebijik dan yang lain housemates makan. Kuih tu bergoreng. Makan minyak sangat. Dok tekap ngan tisu still rasa bersalah telan.

Kuih kat bazaar tak sedap sebab rasa macam tak ikhlas je depa bagi orang makan. Buat tak semunggah. Masak sendiri jugak puas hati.

Maka feel masak sudah mari. Jiwa terloncat loncat tuk wat aktiviti dapur hujung minggu ini. Siap surf tenet tengok resepi. Dah macam orang ber'laki-anak pulek. Ahh, persetankan.

 Antara juadah dalam kepala sekarang,


Puding Jagung
simple jeh, pejam mata pun leh buat

 
Ayam BBQ
Tengah pikir nak bakar kat mana. adakah hanya dalam micorwave sahajo

Berger Mini Malaysia
Nak wat sambal giler pedas
sure hosmets kuar masuk jamban nanti
tehee

Spagetti Bolognese
Request by hosmet
'Hang beli bahan naa, aku takdak budget'

 
Donut

Perasan tak banyak yang bergoreng dan manis. Urghh, kuatkan lah iman ku. cik nak rasa secubit setiap satu menu ini. Takpe kan.

* Terapi memasak menghilangkan stress. Yang Untung hosmets cik ar. Perut kenyang suka hati.
'Hangpa makan banyak banyak na. Badan tu kasi montel dari cik. Muahaaa!!!'

Aku Dalam Teka Teki

Tersentap dengar lagu ni kat Sinar.fm tadi. Wann macam perli aku jerk. Huh,!


Ke mana lagi nak kubuang langkah

Ke arah hilang terdengar mentari

Nun di hujung lautan terpancar jua

Semuanya

Telah pun aku langkahi

Sudah aku renangi

Namun di hati masih mencari



Sedangkan sungai ada muaranya

Begitu juga bumi dan paksinya

Tetapi hatiku kosong terbiar

Pasangannya

Dalam cahaya ku mencari

Bagai teka-teki

Di manakah cinta



Menerangi jiwa yang gelap gelita

Membuai aku yang terlena

Pesona antara yang nyata

Hadirlah kau hilangkan rindu

Dengan wajahmu di mataku

Biarlah bersatu



Biarpun hanya sekali

Namun kan terbukti

Biarlah menjadi rahsia abadi


Kobis kePUTIHan

'weh, aku berbuka kat luar. Hang masak la sayor yang aku bawak tu.' - rumet cik

'Tu ha. Memang aku nak wat sayor campur pun. ko bawak ape weh.' - cik

sambil keluarkan sayur dari peti.
'Ada karet, kacang boncis, kucai, sawi pendek, kobis keputihan.' - rumet cik

' sayor lain aku mau, kobis takmau.' - cik

'Baek!. Hang masak lebih sesedap rasa naa. Buleh aku makan sahor nanti.' - rumet cik

* Tahukah anda kobis bulat (kePUTIHan) adalah tidak elok untuk perempuan. Nak nak lagi anda seorang isteri. Kobis boleh mengundang keputihan yang ekstrim. Ce anda makan coleslow kat KFC. Resultnya sangat hebat keesokan harinya. Lagi best datang sekali bau bauan. Cubalah!

Tuesday, August 17, 2010

Duk Dengan Orang Lain Perlu Ketabahan

Tinggal dengan kawan serumah menguji kita untuk bertolak ansur. Belajar untuk tidak terlalu pentingkan diri. Nak nak lagi ko tu perempuan. Dulu serumah duk 2 orang je sekarang dah jadi 5 orang memang sangat  menguji.

Bukan cerita nak berkira sangat tapi memang takleh gi kalau,

1- Tandas 1, mandi pagi berejam jam. Orang lain nak terkencing ke terberak ke terpaksa menahan. Org lain pun nak mandi sebelum pi keje juga.

2- Basuh baju tapi macam baju dia sorang je nak basuh. Tak muat sidai. Terpaksa toleransi tunggu turn esok esok dan esok.

3- Bilik ada tapi tidur depan tv. Ko tahu tak aku nak workout pagi pagi ngan Jill. Perlukan ruang please!

4- Bila tengok tv ada pengarah lain kat luar. Dok potpet lepas scene tu jadi apa.

5- Pasal tv jugak. Jadi pengomen setia. Mengeluarkan terlebih perasaan. contoh, menjerit, excited, menengking, marah.. tak perlu yea tak perlu.

6- Pasal tv lagi, tukar channel yang kita tengah tengok. Takpun channel yang dia sorang je boleh layan. Apalagi, amek bantal masuk bilik ar.

Moral of the story, tau la sebelum ni aku jarang ada kat rumah tapi ingat sikit ek. Tv, dvd, astro tu aku punya. Tuan barang ada hak keatas barang tersebut. Nak kata banyak, memang dalam rumah tu semua barang aku. ko masuk cuci kaki je. Yang mengangkut penat bagai aku..Aku Aku Aku... Tahu.. Sila toleransi kepada tuan barang disitu.

Bab lain ok.

Rahsia Diet Mr Bean

Baru beberapa ketika tadi Mr Bean aka BigBoss datang kat meja cik.

' I found a new diet for you. Its a secret' - Mr Bean

tarik earphone dari telinga..

'Really. How ar?' - cik

' Every morning you eat mushroom and some tomato cut into small piece. put olive oil a bit. No fry. ' - Mr Bean

' I see. Did you ever try?' - cik

' ya, see ' - Mr Bean sambil tunjuk perut

'Hahahaha' - cik

Mungkin dia baru start diet kot. Perut dia makin boroi sejak benti merokok. Nak bagi menu diet baru kat cik konon. I start earlier la Bos

Monday, August 16, 2010

I Love U, Tangga (Jejaka Indonesia?)

Kul 11 tadi mengantuk yang amat. Ahh, perdajalkan pc dan IE yang selow. Tinggalkan kerja yang melambak. Bangun dari duduk keluar dari ofis lalu tekan punat Lift. Masuk Lift tekan tingkat 6. Ofismate cik tanya nak kemana. 'Nak turun jap'. Gila general jawapan. Haha

Keluar tingkat 6 tuju ke tangga. Naik tangga dari tingkat 6 ke 15. Masuk ofis sambung keje. Bley,

Nafas turun naik, peluh memercik comel. Hilang mengantuk hilang stress. Auww, cik sukeee... tehee,

Lepas ni asal ngantuk je, asal tension je harus wat macam ni. TANGGA cik sayang kamu...

:-)

Terima Kasih Daun Keladi Korang

Assalamualaikum..
Hai blogger. Walau sekarang pc ofis guna IE dan menyelowkan cik tengok blog blog korang tapi cik tetap cek walau tak dapat tinggalkan komen disitu. Percaya lah cik tatap baca. :-)

Terima kasih pada yang selalu baca blog SIMPATI DIRI DULU. Terima kasih pada kak Hana, kawan kawan blog dan anonymous (silent reader). Korang kawan kawan maya cik paling best lahh!. Ada jugak orang baca blog ni. Tah apa apa perempuan ni merepek still ada orang baca. Cuma catatan biasa. Nukilan Cik yang normal yang mengharungi hari hari biasa macam korang jugak.

Ko jangan kata silent reader cik adalah kawan cik kat luar yang kenal. Weh, jangan baca la weh. Korang jangan tau luar dalam isi hati aku. Syuh syuh! sila baca blog lain yang lagi best dari blog aku. Jangan risau, aku tak kutuk korang kat sini. Yang pasti, sorang je kawan cik yang baca. yang lain di HARAMkan tahu.

Tahniah pada NURUL AIN kerana menjadi penview ke-10,000. Nanti cik pass hadiah ek. Tengah pikir nak bagi apa. Paling lewat pun sebelum raya. Sori buat kamu ternanti.

Friday, August 13, 2010

Kueh Wajib Telan

Bila menjelang Ramadhan kat bazaar dah jadi macam pesta kuih. Macam la hari lain korang tak jumpa kuih kan. Sampaikan kuih kuih ni khas keluar time puasa je. Korang mesti ada favourite kuih masing masing. Bila time puasa tekak akan teringin makan kuih tu je.

Betul la Malaysia ni kaya ngan makanan. Mr Bean (bigbos cik) pun akui. Dia sanggup fly away dari vietnam semata mata mengidam nasi kat Malaysia. Macam kat Vietnam takde nasi kan! 'I fell in love with Malaysian food' katanya. Negara lain takleh challenge variasi makanan macam Malaysia. Semua makanan kita nak pulun. Janji Halal.

Seperti biasa setiap Ramadhan akan cik makan kuih ini,


Tiap tahun makan sekali dua je. Nikmat kuih ni bila masuk peti ais, tuhan saja yang tahu. Sedapnye!!! Tau tak kuih apa ni? ni NEKBAT. kuih lama dari pantai timur. Tapi sekarang kat KL pun ada. Dia ni bahulu tawar makan ngan air gula. Tapi cik ngidam yang ayah belikan kat bazaar kampung. Beli sendiri kat KL tak sedap. :-(



Ni nama dia LOMPAT TIKAM. Ha ngko, sambil melompat sambil tikam orang. Ahha, atas dia santan (rasa masin) yang bawah tu pandan (manis) dimakan ngan air gula. Ni kuih pahang. Tak silap cik kalau lompat tikam kelantan dia ada yang hijau tu, pulut kaler merah, santan cair dan air gula. Lain matam sikit rupanya. Cik tak pernah beli kuih ni pasal ayah buat sendiri. Dulukan, sebelum berbuka cik letak kat peti ais, kul 10mlm baru makan. Sejuk je kat mulut. Yawww!!. Ayah buat tuk jual lagi tahun ni. Balik kampung harus dimakan.



Tak jumpa gambar exactly yg cik nak. Tapi ni ala ala lah... Namanya AIR PISANG. tapi ni gambar Sira Pisang. lain. :-( Takpe anggap je sama. Harus ada dalam menu berbuka. dalam seminggu 2 kali jugak buat. Takde jual kot. Kalau ada pun jarang jumpa. Ni resepi ayah turun temurun. Bahan dia letak pisang emas/lemak manis, bunga cengkih, asam boi, daun pandan, air dan gula. Jangan masak lama, nanti pisang lembik. Pastu masuk peti ais. Makan sejuk. Rasa dia macam pisang bersama aiskrim asam masin yang cair. Ya-a-aww! nikmat. Cik pernah wat kat KL, housemate cik pelik katanya tak pernah makan. Gasak la korang, cik sukeee. Ayah, nanti balik tolong buatkan ek.

Kenapa keluar entry terliur di petang ini? sebab cik mencari kuih kat bawah ni tak jumpa jumpa. Last makan masa sekolah rendah dulu. tak pernah terliur sampai sekarang baru nak mengidam balik. Cik penggemar kuih lama. Kuih baru tak pandang sangat. segala jenis lepat, bengkang, telinga keling dan seusia dengannya cik sukee. Yang baru macam puding ke hapa ke, sebelah mata tak pandang. Kuikui,

sapa tau KUIH TOPI ni. tak tau nama betul dia :-P. Rasa sama macam kuih telinga keling tapi tekstur dia lembut dan tepi2 dia rangup.




* Kata diet!! eh, memang la diet. Balik kampung baru nak makan kuih kuih ni. sebijik takpe kan?
   Mak, orang nak Balik!!!!

Cerita Bulan Puasa Tahun 2000

Cik dilahirkan dalam keluarga bisnes. Lepas ayah pencen je terus bukak kedai makan kat pekan. Jadi cik dibesarkan dalam keadaan makanan pasti cukup. Walau ada keje ada gaji, umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tapi apa yang dijual kat kedai kami boleh makan.

Setiap menjelang puasa, cik, along dan abang haru biru. Adik tak wujud lagi kat bumi. Dia kan 'yang terlewatkan'. Anak pencen tak merasa semua yang kami rasa ni. Kami balik dari sekolah terus tukar baju dan tolong mak buat kuih untuk jualan petang. Takde rehat rehat deh. Nak curik tulang tidur pun tak dapek.

Tapi dalam banyak banyak bulan puasa. Tahun 2000 la paling takleh lupa. Masa tu Tingkatan 3. Kebetulan puasa jatuh masa cuti sekolah hujung tahun. Masa tu along ngan abang keje kat KL. Service depa tolong kedai dah ditamatkan. Tinggallah cik sorang. Adik kecik lagi jadi tenaganya takleh digunapakai. Jadi Mak ayah kaw kaw kerah tenaga cik sorang.

Masa tu bukak 2 cawangan. satu kat kedai, satu lagi kat bazaar. Cik yang mintak sebenarnya. Nak timba pengalaman. Kat kedai mak jaga. Meja kat bazaar cik conquer sorang. Disebabkan cik legally penjual kuih kena lah amek injection tuk kebersihan makanan kat majlis daerah. Jadi Toksah risau la sape beli kuih ngan cik. Dijamin bersih.

Jarak antara rumah cik ngan kedai ada la dalam 7km. Kul 8 pagi dah gerak ke kedai tuk persediaan kuih. Juadah Ramadhan masa tu semua kami buat sendiri. Takde deh bagi orang luar hantar kuih. Leceh. apa barang amek komisyen je kan. Tak thrill ar.

Antara juadah yang dijual Nasi ayam, rojak mee, laksa, laksam, mee sup, mihun sup, mee goreng, mihun goreng, kuetiaw goreng, lompat tikam, cucur udang, karipap, temosa, puding siam, puding jagung, kuih sagu, seri muka, batang buruk, buah melaka, kasui, apam, tepung bungkus, air tebu, air soya. Rasanya ada lagi kot. Lupa dah.

Kami bertiga buat semua jaudah ni. Tak pernah pakai pembantu. Mak kata susah nak train orang luar. Baik anak sendiri. Berhempas pulas lah kami 3 beranak. Tenaga macam terlebih Allah bagi masa tu. Kami boleh siapkan semua sebelum jam 4. Walau sedang berpuasa dan berdiri sepanjang hari. Boleh pulak siap. Betul lah Allah memurahkan rezeki hambanya yang rajin berusaha. Rezeki bulan Ramadhan.

Jam 4 ayah hantar cik ke Bazaar Ramadhan seperti dijanjikan. siap susun kuih barulah boleh duduk sambil tunggu orang datang beli. Lapar tak pikir sangat time tu. Tapi dahaga toksah cakap lah. Dengan panas terik bawah payung besar. Pastu sebelah kanan cik tengah membakar satay. boleh agak lah hellnya tekak cik time tu. kalau rasa nak terkencing pulak suruh makcik meja sebelah jagakan sat. pastu cik lari pi toilet.

Jam 7 time nak bukak puasa selalunya berbuka sorang sorang kat bazar tu lah. Dua hari pertama sedih jugak tengok meja kiri kanan ada partner. Cik pulak budak perempuan yang keseorangan berbuka. Tapi tak layan perasaan sangat. Makan je apa yang ada pastu kemas tuk balik. Jam 8 cenggitu mak ayah dari kedai datang amek cik tuk balik rumah. Dalam sebulan tu hari Isnin adalah hujung minggu kami. Rehat.

Sesi malam selepas mandi. Adegan kira mengira. masuk bilik mak pastu kunci pintu. Takut adik masuk nanti siat duit kertas. Mak tanya 'berapa hinggit jualan hari ni?'. Masa tu jenis tak pandai menipu, takde la reti songlap duit ke hapa. Bagi semua kat tangan mak. Mak kira kira pastu setelah tolak modal itu ini last skali mak kasi RM20 kat tangan cik. Hoho! Pastu sambung balik wat keje ngan uli karipap dan buat daun pandan tuk acu puding siam. kadang tengah kelim karipap boleh tertidur.

Penat? Penat lah weh,. Walau penat tapi seronok. Sebab pengalaman macam ni tak semua orang dapat. Lagi pulak zaman remaja. Mak selalu kata cik matang dari usia. Tau tanggungjawab (hah kembang la tu). Dan cik berhak dapat gaji sebab ini betul betul KERJA. Bukan sekadar tolong mak masak kat dapur. Ini lebih teruk dari katering tahu.

Member kat sekolah dulu kata cik ni loaded. Maklum lah orang senang. Mak berniaga. Nak beli apa je dapat. Tapi korang ada pikir tak aku bersusah payah banting tulang bekerja tapi ko mengular liat lagi atas katil. Pernah pikir tak time korang jumpa kawan kawan aku tengah kupas bawang satu besen. Its payback lah. Aku takde masa tuk diri sendiri, korang dapat zaman remaja. Aku dapat duit dari hasil aku bekerja. korang sengkek sebab korang harapkan duit ayah kasi. Adil kan. (tak berkesempatan cakap isu ni kat kawan sekolah dulu)

Dan sebab itu, dulu dulu cik mampu beli walkman original (yang gedabak) cap SONY hasil dari himpunan gaji ketika darjah 6. Dan tiap tiap minggu mesti beli kaset original artis pujaan. Masa tu NSync, Westlife, Five, BackstreetBoys, Spice Girls, Moffats, Gil, dll sangat fofular.

Bila teringat balik zaman tu. Heaven lah. Memori yang tak semua orang ada. Hanya anak orang berniaga je paham apa yang cik alami ni.

:-) END

Thursday, August 12, 2010

Jatuh Cintan With Adam

Pernah tengok Man vs Food kat Astro Food Channel? Cik Sudah jatuh cinta dengan host dia Adam Richman. Usia 36, asal US kot. Best la dia dalam ni. Tengok tengok la perut dia. Macam teddy bear. hmmmm...

Hati bunga bunga bila tengok cite ni. Walau episode dok ulang je.

Dulu dia vokalis dalam satu band. Tapi tak search pulak band ape. Malas! tak banyak bezakan. Maintain cute.

Alolo.. macam baby. Come to mamma... tehee


Suka buat muka tau.

Hish, tergoda cik. cubby, ada perut, comel, baik hati, lawak,..kalau bf cik gini harus tak dilepas pelukan.. :-)

Rendang je si Adam ni. senyuman nampak jujur je. Pastu mata pun nak senyum skali. Auwww,

Tonton lah Man vs. Food. Tapi jangan ikut perangai makan dia. Buruk bebenor dan suka membazir. Masa nak batle ngan Food kena exercise dulu. Siap tekan tubi sebelah tangan. Kuat stamina Adam ni. Pastu pi lawan ngan makanan. Hahaha,

The Sorcerers Apprentice dan Bukak Posa

Dalam sejarah berbuka puasa. Cik dan kawan berbuka sambil tengok wayang. Bley?..first day puasa kooo... hahaha, orang sibuk ke bazar takpun masak kat rumah. kami gogeh gogeh ke Times Square. tayangan kul 6. Boleh kira ngan jari bape org melayu kat dalam hall. Nak lagi cerita, perempuan melayu pakai tudung sorang je. Kawan cik lah tu. hahaha. takpe dia cuti puasa semalam.

Kami gian tengok wayang. Dah lama tak tengok bersama (Sebelum ni pasangan lain ~sobsob, dah dah jangan ingat orang yang takde). Kami memang geng pasal hobi tengok wayang. Tapi satu je la, dia tak layan cite hantu. Erk, dah la cik pelayan hantu. Takpe, kita tengok action kamir. Cik layan jugak.

Kami tengok cite ni,

Tau, cite dah basi kot. patut la semalam tak sampai 20 orang je. Cite ok. Pasal ahli sihir bernama Merlin dan protege2 nya. Dalam ramai ramai pelakon cik hanya kenal Nicholas Cage. yang hero lelaki tu tak kenal. Dia kelakar la. Muka, suara dan aksi macam kartun. Layak berlakon cite Scooby-Doo.

Sebelum tengok wayang tu kami dah suruh member kat Times Square belikan tiket. So takyah beratur beli tiket bagai. Jimat masa. Kami amek tiket dan soalan cepumas dia  'Korang tak puasa hek?'.. Jawapan bernas cik. 'puasa. Tengok. saya beli garden salad ngan mineral botol besar. Nak seludup masuk panggung'.

*Aktiviti seperti biasa walau berpuasa. Ada cik Kesah... TAKK
~ petang ni nak Jog kat Tasik Dato' Keramat. Sape nak ikut!!

PenView ke-10000 Dapat Hadiah

view yang ke 10000 blog cik akan mendapat hadiah misteri.

sesiapa yang terview dan mendapat angka bertuah tu akan dapat grand prize dari cik.
cara caranya adalah;

1- Print screen dan emailkan kepada cik sebagai bukti anda men'view
2- Sertakan nama, alamat dan no tepon
3- 10001 tidak diterima

Berminat? rajin rajin la view ek

Wednesday, August 11, 2010

Berita Buruk KeDua Di Ofis

Cis! buat sekelian kalinya. Dapat memo terbaru pasal cuti raya.

FYI,
9 Sept - paid leave


10 & 11 Sept - Hari Raya


13, 14 & 15 Sept - who want to take leave, then need to apply annual leave


16 Sept - Malaysia Day


17 Sept - paid leave
 
Ofis buat hal lagi di hari yang mulia ini. Tadi pasal mozilla, ni pasal cuti pulak. Hari tu kata cuti ofis 13,14,dan 15hb is a paid leave. 17hb is compulsary leave, maknanya tolak cuti tahun. Ok done, dah plan cuti siap siap. Macam seronok kononnya raya seminggu seperti tahun lepas jugak. wehuuuu, Dah beli tiket bas, Dah plan nak wat ape cuti raya lama lama. Tup tup, pedajal kami yang nak beraya sakan nih.
 
Boleh pulak senang senang tukar cite macam ni.
~30hb/8 is a paid leave. cuti apa tu cuti apa tu. Weh, aku nak keje lah..Apesal ofis nak tutup pulak. Sambut merdeka 31hb lah...
~16 Sept is paid leave. Ni apehal, raya ke8 baru nak kasi cuti. orang dah tutup balang kuih lah..
 
Kang cakap racist ada yang marah. Mr Bean pun satu. Takde sensitiviti kaum langsung. Apekehal raya ke4 masuk keje. raya ke7 suh balik kampung semula. Atte, raya cina boleh pulak ko kasi direct seminggu. Raya Melayu? ko perkotak katikkan. Tahu la bos KL cina tapi jangan la buat kami macam ni. Tahun lepas ko kasi tahun ni ko tak kasi...Arghhhh!!!!
 
Setelah bertegang urat ngan bos. Siap menggunakan cerita tiket flight ofismate sabah sarawak dah beli. Dengan persetujuan semua, cuti itu tidak ditarik balik. TIDAK AKAN DIUBAH. grrr!!!
 
Maka, seluruh orang melayu di ofis kelihatan sugul sahaja mukanya. sila lah beli tiket balik KL awal. Jangan bermimpi ko beraya lama di kampung. Tak guna amek annual leave kalau cuti ko tinggal sekangkang kera.
 
* Otak ligat memikirkan solution. Adakah perlu mengambil MC? :-)
 

Dia Buang Mozilla dan Ganti Ngan IE. Bley,!

Ciss.. tau ni first day puasa tapi nak membebel jugak. Tak la angin sangat tapi sakit hati je. Tengok, permulaan ayat dah menggambarkan perasaan. ciss lagi!

Pc cik kat ofis dah dibuang mozillla lalu digantikan dengan Internet Explorer. katanya...! Ini kerana polisi baru ofis ini bagi mengelakkan traffic jam. PC yang berusia sedekad diguna pakai yang boleh dicampak ke laut dan perlu menggunakan IE. Boleh bayangkan tak kesengsaraan yang cik alami. Lambat tahap .... bukak tenet. bila loading boleh pulak pc ni hang. ngut ngut macam kura kura. Time guna mozilla masalah ni tidak berlaku. Erghhh,

Jadi, kesimpulannya tiada lagi Facebook (walau dah dikunci cik masih tahu bukak secara haram), susah nak tengok blog korang, susah nak upload gambar, tiada lagi Virtualfriend, Myrakan, My*.. opss, tercerita pulak.

Cukup pasal kegeraman ini... tak kurang pahala puasa cik hari ni kan? cik ngumpat ngan korang je. kat ofis cik diam.

Tuesday, August 10, 2010

Anonymous (Dari Lubuk Hati) Jerkah Cik

Belek entry dulu dulu dalam blog ni membuatkan hati cik sebak. Tengok gambar tepi tu lagi la sedih. Apesal awal tahun dulu cik kemain lagi nak kurus. semangat berkobar kobar. ribut datang melanda pun cik boleh tepis. tapi sekarang macam lalang. Berpantang jugak tapi pantang jumpa. Nak nak lagi jumpa coklat. terus kaut.

Ya Allah, apa nak jadi ngko ni CIK!. Apesal tak ingat akhirat ni. Makan macam esok hari kiamat. Perasan tak perut ngko mengembung balik. Perasan tak lengan ko mengembang balik. Perasan tak belt ko pakai sampai lubang terakhir. perasan tak perasan tak!?? ke buat buat tak perasan!

Nak berjalan pun mengah. bawak wedges 4 inci naik tangga pun tak larat. kalau dulu heel 3 inci ko boleh berlari tau. Apesal ni apesal ni. Tu la, hadap makan lelebih pastu workout malas. Jogging jangan cakap la. terpandang taman mata ni boleh kalih kat tempat lain. Pandang makanan boleh lak mata ko tak berkedip iyee.. pandangan bernafsu lagi.

Di mana janji janji ko dulu. Target sebelum birthday ko nak berat angka depan 6* pastu konon nak badan macam Jue Aziz.. Dimana Haaah! Tinggal lagi 4 bulan setengah. Berat ko 85kg lagi, nak capai 6* lagi 20++ tahu. Ngko ingat sempat ke? Hah Cik?!!

Cepat la ko bangkit dari mimpi. Aku takut ko terlambat je. ko nak ke di hinggap penyakit. Dah la ada semput, pastu ada baka diabetis, hypertension, kegemukan terlampau. ko nak keluar masuk hospital lagi? hah!! nak ke nak ke?

Aku cakap sebab ko ni cepat lalai. Cepat terbuai dek pujian. Cepat tersungkur dek kejian. Jentik sikit nak nangis. Tolak sikit jatuh longkang. Jiwa tak kental langsung. Tak pikir jangka panjang. Asyik pikir nak senang je. Pastu ikutkan hati sangat. MANJA!!!! ingat, IKUTKAN HATI MATI IKUTKAN RASA BINASA. hABIS NAK IKUT APA? IKUT AKAI AR!

Ha, tengok kan aku dah membebel. NgKo ingat ko sorang je boleh membebel? Cepat la sedar weh. Tak tahan tengok badan ko yang macam tong air ni.



* Mula diet komando bermula esok. Sila tahan mental dan fizikal. Aku tak suka orang cengeng. BlaBlaBlahh

Esok Puasa Bermula Pengorbanan

InsyaAllah esok puasa. hmm, kejap je dah nak puasa. Rasa baru je raya dah nak raya lagi. okk, kena puasa dulu baru boleh raya.

Puasa itu kan nikmat. Sesiapa yang susah betul nak tinggalkan hobi makan. Makan tak hingat akhirat. Mentekedarah macam sok nak mati. Boleh lah cover sikit perangai buruk tu bermula esok. Semoga permulaan puasa ini menjadi jalan terbaik tuk mulakan diet. Diet korang rabak ke, diet korang lompang ke. boleh dibetulkan sepanjang Ramadhan ini.

Cik pun sama. Hehe, nak nasihat orang. Diri sendiri pun tak betul. Antara planing sepanjang Ramadhan ini; jangan gelak ek,

1- Target berat turun 10kg. sekarang 85kg( naik 3kilo OK) jadi Target berat 75kg

2- Sebelum sahur workout bersama Jill 30-1jam, guna tangga naik ofis, 630ptg jog kat taman tasik. balik rumah terus berbuka.

3- Sahur dan berbuka amek protein dan lebihkan sayur. no minyak, no lemak

4- Jangan lupa makan supplemen

5- Air kosong sahaja dibenarkan, air panas nak minum green tea je

6- Tgk tv sila memegang dumbell. Lengan bagi kecik yea cik

7- Tak dapat Jue Aziz saiz sebenar dapat Jue Aziz saiz xl pun dah bagus.

8- Seminggu sebelum raya nak beli jeans yang saiznya 29, sekarang 32

9- Nak pakai baju kurung siap saiz L.

Agak melampau tak target cik tuk Ramadhan ni? tak kan tak kan.. harap boleh konsisten lah. Pasai ramadhan je boleh jaga kalori in dan lebihkan kalori out. lagi pulak setan kena ikat. Takde sape jadi batu api melainkan diri sendiri. Minda kena positif. Hati kena bersih. badan kena kuat. Jangan pengsan sudah.

Ya Allah, bulan puasa adalah bulan mulia. Semoga puasa ku tahun ini di terima. Amin ya rabbal 'a lamin.

* korang, malam ni jangan lupa niat puasa tuk sebulan. Ha lagi satu, dah mandi wajib lum?

Monday, August 9, 2010

Hidup Wanita Bernama Zai

Ini kisah seorang wanita bernama Zai. Dia ni perangai lain macam sikit. Dari sekolah sampai sekarang selalu buat hal. Malam malam lari ikut jantan. Tak balik balik rumah. Pastu susahkan ayah ngan kaum kerabat pi cari dia. Alih alih jumpa dalam semak kat belakang sekolah tengah malam buta pasai siangnya ayah dia marah sebab ikut jantan sana sini.

Belajar tak pernah minat. Habis tingkatan 3 terus berhenti. Umur 17 ikut lelaki kawin kat Siam. Balik kampung perut dah memboyot. Hasil perkahwinan tak di daftarkan tu dapat dua orang anak. Pastu dia bercerai. Kini wanita ini berusia 32 tahun. Anak sulungnya dah tingkatan dua dan di jaga oleh maknya. Yang kedua duduk ngan dia.

Lama tak dengar cerita dia, tup tup dengar nak kawin. Dengan cina baru masuk Islam yang dia kawan selama 8 tahun. Duduk sekali taktau dah berapa tahun. Yang terperanjatnya, dah ada anak perempuan ngan cina tu. Anak dia dah besar. Dah berlari pun. di jaga oleh mak pada lelaki cina tu. Pandai cakap cina sahaja.

Pada hari pernikahannya, Berwakil walikan oleh bapak sedaranya sebab ayah dah meninggal. adik lelaki pulak meninggal eksiden. Majlis tu diadakan oleh kaum kerabat cina tu. kerabat si perempuan hanyalah pakcik dan kakak perempuannya sahaja. Mak dan kakak yang lain taknak datang pasal marahkan dia.

Lelaki cina tu akad nikah sampai 4 kali sebab lidah pendek nak sebut bismillah pun tersangkut. Nasib tok imam veteren dan penyabar orangnya. Majlis tu pulak dijalankan di rumah cina tu sendiri. Nampak betapa supportnya keluarga cina itu.

Bapak saudara dia cakap, tak baik la keluarga dia wat macam ni. Zai dah insaf. Nak bina masjid dan taknak buat benda jahat lagi. Kita sebagai keluarga kena la bagi semangat kat dia sebab benda baik ni. Ini tidak siap nak pulau bagai. Tak elok la macam tu.

Berdasarkan kisah benar di atas, cik taknak komen lebih lebih. Lu pikir la sendiri...

Balik Kampung Mesti Mengidam Serupa Hantu Raya

Hi korang. rindu tak rindu tak.. Eleh, taknak ngaku. cakap je la rindu kat cik. :P

Jiwa, hati, otak telah di servis minyak pelincir baru. Khas dari kampung. Untuk dijadikan perisai menempuhi hari hari seterusnya di rantau orang. Walaupun redha untuk menghadapinya seorang diri. cewah ayat jiwang pulek petang ni. Baru balik dari kampung memang gini rhupenya..

Setelah 3 hari setengah kat kampung. Penat woo, penat tenaga, penat layan anak buah, layan anak tekak lagi. wuish, macam tak cukup lak 3 hari. Harus hari Merdeka nanti balik lagi. Tapi balik tuk persiapan raya pulak.

Dah macam orang ngidam. 'mak, nak tu?' 'ayah nak ni'..orang tua cik ngikutkan aje la.. senarai makanan selamat dalam perut.

1- Bubur jagung,
2- My Mom Asam Pedas,
3- Durian gred DD,
4- Nasi lemak Nasi minyak,
5- Rambutan sekarung,
6- Ayam panggang,
7- Serunding,
dll....

Heaven makan bersama famili tersayang. Nikmat tak terperi. Dok jauh ni orang makin sayang. Bak kata along. 'Eleh, ko takde mak masak gitu gitu je. sikit sikit tingat kat ko. Ko ada, semua mak nak masak. Poyo..' Haha, sedikit jeles di situ. 'Long, ko nak mak masak yoyo o dok jauh la. ni dok sejengkal. Satu taman pulak tu. Mak muak tengok muka ko hari hari . Hahaha' Gelak jahat di situ.

Tahniah kat a.b.a.n.g sebab menang kuiz kat radio THR. RM800.10. walau ratus2 AJE tapi dah boleh buat duit raya tu. Kelakar dengar suara ko kat radio. Macam pokcik menang power root...hahahaha. Dahlah guna nama ayah. Berlakon suara pokcik 50-an..

Adik cik ada kem kat sekolah. Pandai dia nak lari dari cik. Siap kata kat mak 'yea, nasib baik org pi kem, mak. takde la dengar kak xxx membebel bergantang. Pening ar dengar dia membebel.'. Ewah ewah, hingat mak tak menyampai. Berdesing je telinga akak ni dengar. Takpe, merdeka nanti ko takleh lari dari mulut lancang akak. siap ko

Ayah cik dua kali beli rambutan kat kebun orang. semata mata cik buat statement ' tahun ni tak makan lagi buat rambutan.' haha, sengaja nyusahkan ayah sendiri. cik kan panja kedua ayah. siap gaduh mulut semalam sebab dia bagi rambutan sekarung suruh bawak KL. 'ayah, cane nak bawak ni. orang naik bas la. kalau naik keta boleh la. umah orang bukan depan stesen bas. camne nak bawak byk gini. dengan serunding, nasi impit, ayam perap lagi. asam pedas lagi. orang tak kebulur la dok sana. cukup makan nyee, tengok badan ha tak kurus kurus'. terasa jiwa orang tua tu. Nak keluarkan balik tak sampai hati. bawak jugak la rambutan sekarung tu. Sori ayah, terlepas lak mulut lancang nih.

Bestnye balik kampung. Tengah solo ni takde masalah. Tiap kali balik mesti tuju umah mak kita. sok sok dah kawin nak kena balik umah mak mertua lagi. Alaaaa....,

Thursday, August 5, 2010

Jangan Rindui Aku

Malam ni balik kampung

Kenapa; Hatiku tertinggal di tanah tumpah sejak 2 bulan lalu
Tujuan; Nak makan masakan mak sampai muntah darah dan membawa hati yang lara
Pengorbanan; Amek cuti, tinggalkan blog, tinggalkan rumah sewa, tinggalkan kesedihan yang berada di KL.


BABAI SEMUA, 
ku tahu tiada siapa merindui ku.....
daa...

Cik Anonymous Mungkin Terasa

Terima kasih kepada 3 pengomen yang sudi komen tuk entry perempuan sebelum dan selepas kahwin. Dapat feedback yang berlainan dari ke tiga tiga tu dan terpanggil nak buat entry ini. Cik Anonymous, kenapa tak letak nama. Cik nak tau jugak siapa anda. :-)

Terima kasih atas nasihat yang di beri. Bukan nak kata cik ni independent woman bila dah kahwin nanti. TAKK. Bukan itu maksud cik. Cuma cik bagi review untuk sesetengah perempuan yang kadang kadang ter'over dependent kat suami dia. Dan.. nampak dia sengaja nak tunjuk yang dia tu berLaki 'Dah laku dan Kau bila lagi'. jenis tak boleh langsung buat keputusan sendiri dan semua nak harap laki dia. Ha, kira macam tu la. Buat biasa biasa sudah. Tapi ini setiap topik nak cerita bab suami dia. Adus,

Yang lain lain tu memang adat berumahtangga. Masing masing ada tanggungjawab. Saling lengkap melengkapi. Kalau lepas kahwin semua serah kat isteri baik takyah kawin, kann. Maaf pada Cik Anonymous kalau entry tu rasa tersinggung.

Ye ye saya tahu dunia ni bulat. Tapi dalam peta kertas leper, ada penghujung. Hehehe,...

Akak Jual Nasi Lemak Jeles?

Kadang kadang pagi cik breakfast berat kat ofis. Beli sarapan kat area ofis cik ni. Tak la selalu tapi dalam seminggu pasti ada sekali pi beli. Turun je Lrt akan tuju kat van suami isteri ni sebab sambal dia pedas kaw terangkat. Dan menu biasa cik beli mihun goreng. selalu mintak sambal lebih kaw kaw punya.

Selalu akak nasi lemak ni ramah tamah dan cik pun melayankan aje. Abang nasi lemak, suami pada akak tu pun ramah jugak.Orang utara. mendengar loghat mereka. Tapi terperasan sejak sebulan lalu akak tu dah tak mesra alam seperti biasa. Tak pandang pun muka cik. Cakap pun taknak. Pelik jugak, apehal kan. Tapi rasanya adegan ini yang buatkan dia mencebik kat cik.

Di suatu pagi,

" Bang, bagi mihun sambal asing kasi lebih ek" - cik

" okay.....dik dok bawah payung nih, panas tu" - abangnasi lemak

" takpe, panas pagi vitamin c" - cik

" yea la, orang putih melepak. tak macam abang ni. kulit gelap, takde sape ndak dah" - abang nasi lemak

cik senyum walau dalam hati rasa macam pelik pulak ayat dia.

Perbualan ini didengari oleh isterinya. Adakah perbualan ini berunsur godaan. cik rasa tak. Salah ke bermanis mulut. Takkan akak tu jeles kot. Laki dia yang ter'over ramah kan. cik berbasa basi je. Kalau pasal gelaran jadi masalah, cik panggil dia 'akak' dan 'abang'. sepadan la tu walau pun usia lewat 40an. Takkan nak panggil 'akak' dan 'pakcik' pulak. Adakah perbualan itu nampak cik menggatal. Bagi pihak cik Tak Rasanya.

* Haih, dah terbuat hati seorang wanita terluka ke? Lepas ni taknak beli mihun kat gerai dia dah

Wednesday, August 4, 2010

Perempuan Sebelum Dan Selepas Kahwin

Perempuan ni banyak ragam. Sampai kadang kadang lelaki susah nak handle. Sebab tak faham perempuan sebenarnya nak apa. Bagi hint lain tapi hendakkan lain.

Memang tertulis perempuan ni dibekalkan dengan 9 nafsu. Maka banyak la dia punya songeh. Dah menjadi tanggungjawab lelaki melayan kerenah perempuan. Sebab lelaki ni ketua segala hal. Sebab tu akal lelaki 9 dan nafsu 1. Jadi dia boleh handle perempuan.

Tapi yang tak pahamnya, bila perempuan ni masa bujang dia kemain independent nya tapi dah kahwin jadi dependent pulak;

1 - Memandu kereta. 
Time bujang dulu kemain kulu kilir bawak keta sorang sorang. berani bawak keta malam malam. Balik lewat pun tak kesah. Apa ada hal. Tapi bila dah kahwin, kedai sejengkal pun ajak laki teman. Memandu malam tak boleh, silau tinggi la, takut hantu la. Langsung tak boleh bawak keta. Kenapa, lesen kau dah mati ke? Pi renew la..

2 - Takut Berseorangan di rumah sendiri. 
Time bujang dulu housemate balik kampung. Duduk rumah sorang sorang. Tengok tv sorang sorang. makan sorang sorang. Apa ada hal. Hidup jugak. Tapi bila dah kawin. Tepon kawan bujang ajak teman kat rumah sebab laki pi kursus. Takut tidur sorang katanya. Kenapa, rumah kau banyak hantu ke? pi panggil seekers pih...

3 - Tak Boleh Buat. 
Time bujang dulu semua benda buat sendiri. cucuk duit, bayar segala bil, urusan bank, cari orang repair atap rumah bocor, call gas petronas. Apa ada hal. Semua beres. Tapi bila dah kawin semua harapkan laki. 'bang, bila nak itu...' 'bang bila nak ini...'. Daripada kau perempuan, membebel apa kata kau buat sendiri. cepat siap. yang dok tunggu laki kau buatkan kenapa. Banyak lagi keje lain dia nak pikir dan nak handle. Bahagi la sama rata tanggungjawab tu.
4 - Sukar Buat Keputusan. 
Time bujang dulu sekecil hal hingga sebesar hal buat keputusan sendiri. Paling kurang pun tanya pendapat orang dulu. Tapi bila dah kawin sekecil kecil hal dan sebesar besar hal tanya suami. Hal besar dan melibatkan keluarga takpe. Ini hal hal seperti 'Boleh tak ayang makan dengan ofismate tghr ni?' 'Boleh tak i masak lauk kesukaan i malam ni?' 'Boleh tak saya bagi sedekah kat pengemis tepi jalan ni?'.. jangan bodohkan diri boleh tak. Ada sesetengah hak kita buat keputusan sendiri tanpa keputusan suami.

Bukan cemburu tengok perempuan lain dah bersuami. Cuma kadang kadang pelik fikir perangai perempuan. Mengada ngada terlebih had. Sampai macam tu sekali bila dah bersuami. Manja dengan suami terlampau sangat. Kalau nak tunjuk yang anda bahagia boleh, tapi dengan cara profesional boleh tak?.. jangan membodohkan diri dengan perkara remeh temeh.

* Menjadi perempuan independent atau dependant adalah hak masing masing.


Tuesday, August 3, 2010

Wanita 240kg Meninggal Dunia


GAMBAR fail menunjukkan Victoria Lacatus diusung dari sebuah ambulans di Bucharest pada Februari lalu.
 
BUCHAREST, Romania - Seorang wanita berusia 25 tahun yang memiliki berat badan 240 kilogram (kg) dan melahirkan bayi perempuan lima bulan lalu, Victoria Lacatus meninggal dunia kelmarin.

Beberapa saudara wanita itu menyatakan dia mati akibat serangan jantung selepas mengalami demam panas dan masalah pernafasan.

Doktor-doktor di hospital Craiova memberitahu, jantung Locatus berhenti berdenyut dan mereka berusaha untuk menyedarkannya semula selama 30 minit namun tugas itu sukar kerana masalah obesitinya yang ekstrem.

Locatus yang setinggi 1.6 meter melahirkan seorang anaknya pada 18 Februari lalu.- AP

* Menunjukkan obesiti boleh memendekkan umur. Adakah anda sedar diri?....sila simpati diri sekarang

A.D.I.K

Kecik kecik dulu cik paling benci orang cakap 'Owh, ni la anak bongsu en Manan..manja nye diaa..' ..
Hoi, aku bukan manja wokeh. tak gangster ah!. Oleh itu siang malam panjatkan doa supaya cik punya adik dan title bongsu bukan menjadi hak milik cik.

Alhamdulillah, doa termakbul pabila mak disahkan mengandung. Genap cik umur 10 tahun dapat adik. Cik bersyukur sangat. Hari dapat adik tu ayah menjadi Very Important Person pasai terpaksa pergi 2 hospital. Nak jengok anak dan mak. anaknye semput masuk spital pekan (cik lah tu). Dan Maknya operate perut kat hospital Kuantan. Kulu kilir lah si bapa menjenguk. Saje cik nak uji ayah yg mana dia lagi sayang. kuikui

Lepas seminggu baru cik dapat tengok adik dalam incubator. Dua bulan dia kat dalam tu. kesian! cinonet sangat time tu. Tah hidup tah adik aku ni. Dia lahir tak cukup bulan dengan 1.1 kg. Botol air mineral pun berat lagi tahu. lahir ikut tingkap pulak tu. kesian, macam tak normal time tu.

Memandangkan mak ayah dulu sibuk berniaga kat kedai. Hidup remaja cik dipenuhi menjaga adik tersayang. siang malam pagi petang ngan dia. Dah jadi mak muda tau. Susah jaga dia ni. umur setahun tak pandai cakap lagi, makan bubur umur 1 lebih, berjalan start 2 tahun lebih. Tulang lembik. sikit sikit nak terkehel takpun patah. Oleh kerana kelembikan dia, bila dia jatuh je ayah salahkan cik. Nangis woo, bukan salah kita tapi di persalahkan jugak. Masa tu pikir mak ayah tak sayang kita dah. pastu pikir nak lari dari rumah. huhu..

Takhta 'panja' sudah dirampas sepenuhnya oleh adik cik. Dia lah panja intan payung mak ayah. Perhatian semua kalih kat dia. Semua yang dia buat betul. Semua yang dia nak akan dapat. Makin berbulu ar a.b.a.n.g cik. Tambah sorang lagi musuh dia.
 

Sekarang adik dah pun umur 15. Besar panjang dah dia. makin tinggi kalah kakak dia. sama sama mata sepet. Mak ayah berjaya menumbuh besaran dia dengan jayanya. Banyak ikut baka ayah. Angin nye, cerewetnye sejibik klon ayah. Kalau baka mak macam along dan a.b.a.n.g. Tinted sikit. heheh,

Nak PMR tapi relek je tak bukak buku. Bila tanya sedap jawapannya 'Takde masa ar, akak'  Banyak ko tak mase hek. Pi CC main game, main bola, rewang motor boleh pulak. Ada masa pulak. Hmm, ko jangan bagi akak membebel eh! sampai mak kol akak suh tepon ko panggil balik sebab ko main bola sampai senja then tak angkat kol mak. Akak kat KL okay. kena gak kol ko suh balik umah. eh, asal cik terbebel kat blog pulak hek

Walau degil mana dia, walau lancang mana mulut dia. Cik tetap sayang dia sebab cik tak lagi bertitle bongsu. Benci tau. Haha, ambik ko dapat title tu sampai bila bila pasai mak dah tutup kilang dah. kuikui,...

Seronoknye jadi kakak pasai boleh membebel, boleh garang, boleh suruh itu ini, boleh ungkit mengungkit supaya si adik rasa bersalah. Tapi, bebel bebel akak ko ni. apa yang ko nak InsyaAllah ditunaikan. Sape tak sayang adik oi..



*Motip - mesti dia tension pasai kakak dia nak balik hujung minggu ni. Siap ar kalau akak tengok bilik bersepah.

Monday, August 2, 2010

Kenduri Kawan di Ayer Hitam Kedah Dan Jalan2

Wow, mata berat. Nak wat keje kekurangan mood. Baru tiba KL jam 530 pagi tadi. Dapat tido sejam dan terus pi keje.

Walau penat tapi puas. Puas sebab dapat hadiri kenduri kawan. Momen paling hebat bila kita sampai di rumahnya, si kawan pandang muka kita dan tersenyum dan sangat men'welcome kita sebagai tetamu.  Cik terharu.

That's what i want. Nothing more nothing less. Thats what friends for, share happiness and sadness in our life. (apesal cakap omputeh pulak, berjangkit ngan Mr. Bean la nih)

Enjoy gambar yea,

 Raja sehari 31 July, dah bersuami ye ko, Ani. ..Aim, jaga kawan aku baik baik. 
Jangan nakal sangat tau. Ops!
Mekap ko gempak Ani. Sape mekap kan yea. Nanti aku kawen nak mekap camni jugak ye.
*berangan.

Rumah Ani tepi bendang. Harus di'snap. Lantak pi org kampung tengok kami macam jakon. 
'Yea, makcik! umah kami takde bendang!'
dari depan, Asni (kawan cik), Asno(kawan Asni) dan Cik

Nak tunjuk kawan baru semasa disana
Dari kiri Asno, cik, MatNor (bakal suami Asno merangkap driver hari itu). 
Terima kasih babe's

Lepas pi kenduri kami salin baju dan terus berjalan ke kota Alor Staq.

Balik kami singgah kat kuala Perlis.
Macam sosej biasa kan, tapi ni sosej pelbagai perisa. Ada cheese, ayam panggang, ketam, udang, sayur dll. Fav cik, perisa Tomyam. pedas dan sejibik mcm makan tomyam. di bakar pastu makan ngan sos. 
Harga antara RM1-1.50. Murah weh.. 
sosej dingap sebelum sempat sampai kereta. Whahahaa..
Hari sabtu pi beli. Ahad datang lagi. serius sedap. 
KL tak jumpa deh. Silalah ke Kuala Perlis.

Sambil tunggu sosej masak, kami snap kat Muara ni. 
Ramai berdating, luah perasaan, tgk laut dengan angin menderu. Momen romantik....
wah, Lama tak mandi laut ni. Gian sudah mari. Tapi sini orang tak mandi lor.
Lagipun geng mandi dah tiada.sobsob



Makan ikan bakar sebagai santapan malam. 
Ikan Geruk Bakar, tomyam campur, kailan ikan masin, sotong goreng tepung(tak sempat snap), nasi 3 orang makan, air buah- oren 1 jag, sup sayur (tuk Matnor yg berdiet). 
Dan kesemua hanya RM74. Mana nak dapat kat KL weh.. 
Giler heaven. Makan sampai kena bukak kancing seluar.

* Diet? tak pedulik walau Matnor sedang berJM5. Tak mengganggu cik mentekedarah dgn rakus. hoho


Ahad pulak, pergi Padang Besar berwindow shopping. makan laksa KakSu, Pastu beli sosej pastu lepak umah Matnor. Takde gambar pasal malas nak bukak kamera. Bley?..

Kuih kat Perlis sedap sedap, antara fav cik pulut udang .Cik perasan kat perlis makanan murah murah.
Nasib tak keje sana klu tak mesti lagi montel. Dok KL nafsu makan kena tahan pasai makanan mahai mahai. .
Momen hebat hujung minggu. Terima kasih kawan. nak datang sana lagiiii boleh?..