Kecik kecik dulu cik paling benci orang cakap 'Owh, ni la anak bongsu en Manan..manja nye diaa..' ..
Hoi, aku bukan manja wokeh. tak gangster ah!. Oleh itu siang malam panjatkan doa supaya cik punya adik dan title bongsu bukan menjadi hak milik cik.
Alhamdulillah, doa termakbul pabila mak disahkan mengandung. Genap cik umur 10 tahun dapat adik. Cik bersyukur sangat. Hari dapat adik tu ayah menjadi Very Important Person pasai terpaksa pergi 2 hospital. Nak jengok anak dan mak. anaknye semput masuk spital pekan (cik lah tu). Dan Maknya operate perut kat hospital Kuantan. Kulu kilir lah si bapa menjenguk. Saje cik nak uji ayah yg mana dia lagi sayang. kuikui
Lepas seminggu baru cik dapat tengok adik dalam incubator. Dua bulan dia kat dalam tu. kesian! cinonet sangat time tu. Tah hidup tah adik aku ni. Dia lahir tak cukup bulan dengan 1.1 kg. Botol air mineral pun berat lagi tahu. lahir ikut tingkap pulak tu. kesian, macam tak normal time tu.
Memandangkan mak ayah dulu sibuk berniaga kat kedai. Hidup remaja cik dipenuhi menjaga adik tersayang. siang malam pagi petang ngan dia. Dah jadi mak muda tau. Susah jaga dia ni. umur setahun tak pandai cakap lagi, makan bubur umur 1 lebih, berjalan start 2 tahun lebih. Tulang lembik. sikit sikit nak terkehel takpun patah. Oleh kerana kelembikan dia, bila dia jatuh je ayah salahkan cik. Nangis woo, bukan salah kita tapi di persalahkan jugak. Masa tu pikir mak ayah tak sayang kita dah. pastu pikir nak lari dari rumah. huhu..
Takhta 'panja' sudah dirampas sepenuhnya oleh adik cik. Dia lah panja intan payung mak ayah. Perhatian semua kalih kat dia. Semua yang dia buat betul. Semua yang dia nak akan dapat. Makin berbulu ar a.b.a.n.g cik. Tambah sorang lagi musuh dia.
Sekarang adik dah pun umur 15. Besar panjang dah dia. makin tinggi kalah kakak dia. sama sama mata sepet. Mak ayah berjaya menumbuh besaran dia dengan jayanya. Banyak ikut baka ayah. Angin nye, cerewetnye sejibik klon ayah. Kalau baka mak macam along dan a.b.a.n.g. Tinted sikit. heheh,
Nak PMR tapi relek je tak bukak buku. Bila tanya sedap jawapannya 'Takde masa ar, akak' Banyak ko tak mase hek. Pi CC main game, main bola, rewang motor boleh pulak. Ada masa pulak. Hmm, ko jangan bagi akak membebel eh! sampai mak kol akak suh tepon ko panggil balik sebab ko main bola sampai senja then tak angkat kol mak. Akak kat KL okay. kena gak kol ko suh balik umah. eh, asal cik terbebel kat blog pulak hek
Walau degil mana dia, walau lancang mana mulut dia. Cik tetap sayang dia sebab cik tak lagi bertitle bongsu. Benci tau. Haha, ambik ko dapat title tu sampai bila bila pasai mak dah tutup kilang dah. kuikui,...
Seronoknye jadi kakak pasai boleh membebel, boleh garang, boleh suruh itu ini, boleh ungkit mengungkit supaya si adik rasa bersalah. Tapi, bebel bebel akak ko ni. apa yang ko nak InsyaAllah ditunaikan. Sape tak sayang adik oi..
*Motip - mesti dia tension pasai kakak dia nak balik hujung minggu ni. Siap ar kalau akak tengok bilik bersepah.
No comments:
Post a Comment