Tuesday, August 24, 2010

Tangan Kanan Cik Hampir Putus

Bahu belah kiri masih sengal. Semalam tambah lagi satu penyakit. Penyakit yang macam carik sendiri. Semalam balik keje, tengok rumet berusaha bukak pintu bilik gara gara terlock dari dalam. Lagi mengharukan cik hanya bawak kunci rumah dan bukan kunci bilik.

Kami berganding bahu berusaha bukak pintu. Amek kerusi panjat nak bukak tingkap atas pintu. Dapat je bukak cermin tu zappp.. tangan kena kipas syiling. Korang tau apa rasa dia. Rasa macam tangan kanan PUTUS.

Sebal, sengal, bebal, kebas..Arghh, sakitnya Allah aje yang tau. Pucat weh tengok darah. Tak sampai lima minit tangan bengkak kebiruan. Adakah tangan bakal cacat? rumet cik berusaha letak minyak gamat. Siap nak bawak pi klinik kot kot putus urat ke ape. Cik takmau pi klinik. Wat gelak doktor je kata kena kipas syiling.

Ok, cik kool. Basuh tangan letak minyak gamat. Sempat lagi tendang pintu bilik. Ikhtiar akhir kalau cara lembut tak menjadi. Boleh pulak bukak lepas makan tangan aku!

Buat tak layan perasaan. Atas katil amek bantal tekup muka. Buat buat tidur. Buat tak tahu. Pain killer terbaik tuk hilang sakit. Dah nak buka puasa baru bangun. Tangan masih kebas.

Hari ni pi keje macam bese. Apa barang MC MC kann. Keje melambak okk. Ni sekarang tekan keyboard rasa kulit macam kena siat. Buat buat kuat je nih. Jangan layan sangat sakit. Nanti badan jadi manja. Hero kena kuat kena gagah. Apa ada hal kalau hanya bahu sengal dan tangan calar balar lebam kebiruan macam lepas kena dera.

Takat orang toleh 2 kali dalam lrt tengok tangan cik. Eleh, tak pernah tengok tangan orang ke? dan Handyplast? takde dalam kamus hidup cik. Dok balut lagi luka lambat baik. Elok biarkan aje dia pedih. Yeah, raya nanti pasti dapat kesan parut paling cantekk abad ini!!

6 comments:

Anonymous said...

wooii ko giler ke? badan nak guna lama lagi weehh.. pe barang pegi klinik.. pegi spital terus kasi x-ray.. ko jangan duk buat bengong laa wehh.. kang kena jangkitan kuman terus kena potong.. tak kan aku nak panggil Cik Cacat lak pasni..

nope.. serious! pegi laa jumpe doktor.. please.. ko takyah ahh nak tunjuk macho.. nak macho biar bertempat! jangan buat keputusan bodoh! kang menyesal tak sudah..

oergi lah!!! jangan degil macam babun! tolong laa.. aku merayu nih..

-KuraKura-

myoliza said...

cayalaaah cik, betul2 mcm hero.save the planet.sakit pun macho. ;D

cik xxx said...

kurakura,
yea yea, aku dgr nasihat ko.
aku amek halfday arini. nak pi spital lah ni.
jari aku pulak membengkak. taip guna sebelah tangan je nih.
badan macam nak demam weh..
argh, sakit telinga baca bebelan ko.

myoliza,
dah tiada hero nye kak. tak tahan sakit dah nie.

Alyssa said...

cik xxx..seriaunya sy dengar....
harap2 cik x apa2..
semoga cepat sembuh...

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

padan muka! wat bengong lagi.. hero kepala lutut dia.. hahh aku siap sambung bebel ni.. takde maknenyer aku nak belai2 ko.. kalau kau ade kat depan confirm aku tarik telinga ko pergi spital..

haa pastu bile doktor kasi ubat tuh makan! jangan wat perhiasan.. ni bebel sebagai seorang kawan di blog ni..

NoVemBerLaDy said...

hermm... ingat x nk g hospital dah...
jgn nk macho2 sgt..
x chomey hokey..!!!