Wednesday, June 29, 2011

Berkawan Dengan Mat Salleh.. ehem ehem


Apa terlintas di fikiran kau kalau kau kawan dengan mat salleh.

Confirm. Confirm kepala perempuan melayu macam kita ni asyik pikir negative je pasal diorang. Sebab ada antara diorang ni berniat jahat. Nak nak lagi niger,, kannnn. tapi ni kes omputih..

Ada satu ni dok la berYM ngan cik. Dok jauh kat KK Sabah nun. keje engineer tak silap. Kau kena pandai speaking London bridge sikit dengan diorang. Kalau diorang tanya soalan sensitip jangan salahkan diorang sebab culture dia dengan culture kita macam langit dengan bumi.

Niat cik nak improve english. Nak tau sejauh mana bangsa omputeh ni paham apa yang cik cakap. (KONON). Selain itu.. Tiada niat terselindung.

Pasal INTERVIEW punya hal la ni. Bila gugup habis hilang sume consonent, vocal, grammar berterabur. So cik kena fluent kan balik speaking.hehehe

Bila cakap omputeh ngan kawan diorang kata cik mengada. Bila speaking dengan ofismate cina diorang bahan cakap melayu. Bila speaking ngan boss, Mr. Bean kemain lagi kenyit mata dengan cik. So celah mana nye cik nak improve kann.

Untung tau kalau kau jumpa omputih yang baik. Dia boleh sembang apa je kecuali seks. Seronok boleh tau life dia hari hari camne. Boleh tukar tukar pengalaman dengan dia. Yang cik jumpa ni ok (SO FAR LA). akan datang kalau dia buat taik dan nak masuk cite cite pasal seks. Cik say bye bye dulu..

Semua benda yang kita buat kena think bijak..kannnn

so, ada tak sape sape yang ada kawan omputih. bak sini satu.. Cik nak  kenai..

hikhik

Tuesday, June 28, 2011

Serabut Dengan Artis dan Wartawan Malaysia


Wartawan hiburan takde kerja ke apa. Dok laga lagakan artis. Lagi dikorek cerita lagi macam bangang pulak storyline dia.

Contoh paling bengong, Fasha Sendat. Adoi, sibuk cipta kontroversi nak maintainkan populariti diri. Blame sana blame sini. Buat kerja sendiri sudah lah. siapkan drama tu then blah carik hero lain.

Rugi duit beli paper tahu bila cik perlukan cerita informasi mencabar minda tapi wartawan dok serabut cite pasal artis artis bangang kat Malaysia nie. Space paper habis cite pasal dia je. Patut lebihkan cerita isu isu semasa.. Harga barang naik, pemimpin makan rasuah or else cerita orang kutip derma ke.

Patut lepas nie, wartawan hiburan bersara je la.. Masuk kelas balik belajar HOW TO IMPROVE URSELF BEING MATURE

Hadoi,

Kawan Dan Gemuk

Lagi pasal muka seiras

Mana mana pegi orang tanye, "kembar ke?"


Walaupun ukuran pinggang kami lebih kurang. tapi cik lagi berat dari dia..haish!


Walaupun kami berlainan identiti.. tapi kami suka tersenyum = sama


Perbezaan Wanita Saiz M dengan Saiz XXXL..sesuai la kan nama Cik XXX (bukan cik porno)


pun begitu, KAMI OK KAMI SEPESEN


Ada manusia gemuk yang bila dia gemuk dia malu nak jalan dengan kawan kawan gemuk sekali. Kenapa, sebab takut pandangan orang bila bakal di Buuuu, atau di usik..."sihatnya korang...".. oleh orang ramai. Then si gemuk tadi start cari kawan kawan yang lagi cantik atau kategori kurus dari diorang tuk dijadikan teman berjalan. ~ itu kawan berdasarkan rupa lah tu.

Ada manusia gemuk pulak. Dia pakai tagline "ADA AKU KESAH". lepas tu tak kesah langsung pakai baju macam kawan kawan kurus dia pakai. contoh legging, cardi ketat nak mamps, t shirt terbojol lemak perut. ~ Itu membinasakan diri namanya

Ada manusia gemuk pulak yang couple dengan pasangan dikatakan kurang sepadan. Girlfriend gemuk tak cantik + boyfriend kemain hensem hot market lagi muka = Euwww tak padan..~ Pada cik diorang adalah sweet couple. terima diri masing2 seadanya. Cinta saling melengkapi, bukan saling mencari perfectionis.

Ini nasihat untuk orang gemuk kat luar sana. Plis plis plis BE YOURSELF. Bila kau ikhlas dengan diri sendiri dan kau bijak bawak diri kat luar. kau akan dapat confident diri yang kau sendiri takkan terpikir.
Dan orang kat luar sana takkan melihat kau sebagai orang gemuk tapi melihat kau dengan feeling bangga. sebab personaliti kau sangat awesome. Diorang takkan tengok kau sebagai seketul lemak yang berjalan.

Begitu juga dengan berkawan. Kau jangan carik sebab luaran dia. kau selami dalaman dia. Dan kau akan jumpa beauty seseorang tu walaupun lemak badan diorang terjojol sana sini.

~ pada masa sama jangan lupa kuruskan badan. Tak la kau asyik2 blame diri and orang lain bila diorang cakap yang kau tu GEMUK.


Temuduga Terbuka untuk Jawatan Kerajaan


TAWARAN KERJA

Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu negara dalam membanteras jenayah dan kemasukan anasir luar.

Syarat-syarat:

2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-40 tahun




Kelebihan:

1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan
 (Kola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM200
6.
 Dobi RM60
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan    
  mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 30hb july 2011 di Jabatan Pertahanan Awam, Putrajaya.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri
 20 hari dari tarikh surat tawaran jawatan yang berkenaan.
 

Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)


~ ok, ini kelakar.. telek email macam betul padahal whatthehell... hoho

Monday, June 27, 2011

Ramai Cakap Kami Adik Beradik


Sebab muka kami seiras.
Badan pun lebih kurang.
Cuma tinggi rendah je..
Pelanduk dua serupa?.. no no no..
tang mana tah sama.

sebab kami golongan GEMS kot...
Pipi tersimpan lemak. tu pasal nampak sama.

Jadi orang gemuk muka lebih kurang

oh no, dah serupa down sindrome lak muka tala sama je kann..

~i Want my identity back :P

Kalau Kau Terrer(rist) Sekali Pun...


Lelaki baju hitam seluar pendek ni memang serius kelakar.

Main bowling je kot. 2 3 kali strike dah muka berlagak gile macam pemain kebangsaan. Kot iye pun PRO perlu lar jalan muka tala langit. Cik senyum manja dia boleh teleng tempat lain. Ai tak rugi sedekah senyuman. Yang rugi uuuu.

Cik perasan geng dia 2 orang lagi semua bawak bola sendiri. lempar bowling gaya pro. Tapi sayang. Dek kePOYOan muka masing masing hilang dah kehenseman. Daripada admire orang macam ni baik admire orang keje bowling nie. Down to earth je perangai. Confirm diorang lagi terror main.

~ Bowling not so IN dengan cik. kalau geng nak main cik hanya pompom girl.. Not so excited about lempar bola berat berat nih

Friday, June 24, 2011

Ofis Mental Hangat di FB






kesimpulan nyer sindrom2 tu da merebak di sepanjang kawasan mereka duduki,....


ini bukan cik yang cakap. Ini kawan cik yang cakap. hahaha

see, it was true story.. cik bukan mereka cerita tahu.. orang yang tak kenal mamat mental pun turut join bagi idea..

just lol!

Virus


Euwwww, makcik kerinting ni bawak virus lagi.. yark.. bersin tak tutup mulut, batuk ikut dan..  syuh syuh syuh, jangan hinggap virus kat cik. Selsema babi tu..

Cepat la kau blah dari sini.. Aku tak tahan menghadap muka kau hari hari.

Yang mamat mental ni lain hal pulak. Tiap petang ada je bunyi mengganggu cuping telinga cik. Bunyi pelik.. macam ahhhhhhh., ah ah ah.., ehuk,.. susah pulak nak terang bunyi dia camne.. tapi kau imagine la sendiri camne.

Mamat ni pun cik tak tahan jugak. Mental tak habis habis. ngeri woo dok belakang dia. dia selalu intai monitor cik. Apa dia belek tak tau la. Yang ni kena hati hati.. even kawan pun cik tak nak. Sebab dia mental (serius)..

Uwaaaa, cepatla keluarkan cik dari ofis mental nie..

Stress!

Resepi Ayam Perap Cik..


Ada orang tanye camne cik marinate ayam resepi MAK cik. so, ini lah rahasianya..

Ayam (cik beli bahagian dada ~ less lemak, isi kental)

lengkuas, serai, halia, bawang putih, bawang merah..~ kasi blend

ketumbar (goreng tanpa minyak), jintan manis, serbuk jintan putih, ~ semua kasi blend

cili blend.. garam and gula secukup rasa

Gaul semua tu then salut kat ayam tadi. Nak bagi rasa terserap tunggu 24 jam. baru best rasa dia.

Nak bagi tahan lama, lepas perap tu simpan kat esbok atas (sejuk beku). Boleh tahan 3 to 4 hari.

~ Daripada kau beli ayam BBQ yang instant kat Jusco tu (sebenarnye semua benda kau nak cepat kann). Baik kau buat je sendiri. Ingredient sendiri dan terselamat dari bahan kimia.

Have a good try!~


KL Gangster


Lepas keluar berita  filem ni capai 10 Juta, Cik nak tau jugak apa hebatnya cerita nie.

Lepas tengok semalam..hmm, expectation cik kat cerita ni tak menepati kriteria maksimum untuk mencapai 10 juta.. cik masih mencari kenapa cerita ni orang canang BEST SANGAT..

1. Mungkin sebab zizan bawak watak pak lawak.

2. Muka hensem Aaron aziz and nama dia naik sebab Nora Elena pun yea jugak kot.

3. Aksi gaduh bunyi macam filem tamil..dush dush dush

The rest, Cik kurang paham jalan cerita dia. Tak sempat paham scene ni dah keluar scene lain. Apa cite pun tak tau. kena potong oleh FINAS ker?

Cik kurang faham bahasa gangster dalam cite nie. Selain cakap jerit jerit (suara tengah marah), Lu Gua jugak banyak pakai. Yang peliknya, even melayu sama melayu pun nak cakap slang Cina melayu. hmm, bahasa jiwa bangsa. Tetibe!

Yang tak bestnya. Diorang berlakon kat petaling street. Belakang ofis cik je kot. tetiba takut lalu situ. Nampak sangat yang china town ni gangster berlambak. Jangan ada peluru sesat singgah kat cik sudah la. Kot la kannn.

dari 5 bintang cik boleh bagi 2 bintang je.

~ memandangkan ini cerita lama, tak eksaited pun nak tengok. sekadar layan heal stress.


to MIMY,

Dylan dog aku layan dengan kawan. Yang ni aku tengok sorang. Sebab member aku sume busy.. what a sedih life.. hahaha


Thursday, June 23, 2011

Trend


Masyarakat kita ni terkenal dengan budaya ikut mengikut. Asal dengar ada ubat mujarab je terus ramai berpusu pusu beli. So yang kurang menggunakan akal tu terus cuba tanpa usul periksa. Dengan harapan menjadi seperti Tukang promote a.k.a tryer pertama tu. Jadi boleh dikatakan disini, Orang kita suka dengar rumours dari fakta..

Contoh la, masa trend kopi dalam ada tongkat ali tu. Kemain banyak syarikat keluarkan produk kopi masing masing. Konon, penambah tenaga batin lelaki (tongkat ali) dan pemuas nafsu wanita (kacip patimah). Sebenarnye barulah tau, yang orang Malaysia ni kurang tenaga batin, Eh?..!.. tukang minum tu tak kaji ke berapa peratus tongkat ali/kacip patimah ada dalam minuman tu. tak sampai 5% tahu. Ntah ntah takde langsung khasiat tenaga batin tu. In the end, kopi apa je yang bertahan? Kopi takde cap ngan nescafe jugak lead kat pasaran. Tapi kopi cap JANDA ada lagi kann.. gasak la ramai yang menjanda lepas nie.

Lepas tu, apa lagi barang yang ikut trend? ha, ubat kurus. Konon bila kau makan berkotak kotak tu boleh jadi macam model dalam paper tu. pung pang lah sana sini gambar sebelum gemuk yang amat, gambar selepas kurus yang amat (kering tak sihat). Harga sekotak bukan sebarangan. Dia ni pun tala MLM jugak. Dari kilang nak sampai ke pengguna terakhir tu dia dah mark up siap siap. Lepas tu yang beli produk tu bodo bodo je bayar beratus. kalau pun kurus, lepas kau tak mampu beli ubat tu.. kau stop je amek. berat kau naik dengan jayanya. Tak percaya? test la.. perabihkan la duit kau riban riban. kalau kau tak pandai kurus tanpa ubat ubatan. Gemuk kau takkan kemana.

Masyarakat kita ni rapuh, hidup macam lalang. Kalau femes benda A sume orang datang kat A. Kalau femes benda B semua orang tayang muka kat B. Susah sangat ke masyarakat kita ni untuk berfikir secara logik dan ilmiah. Kenapa nak ikut trend yang kadang kadang tak masuk dek akal. Contoh dressing pun cukup la..

Senang cakap camni la.. Masyarakat kita ni malas berfikir. Bagi la tahi pun. kalau tukang promote tu kata tahi tu sedap. Semua orang sanggup makan. Congrats kat Promoter tu sebab sukses menipu orang bodoh zaman nie.

~ Dalam politik pun tak terkecuali..










Coleslaw kampung dan Ayam Marinate


Kau kalau hari hari telan makanan yang sama. Confirm cepat loya.. bukan takat muntah hijau, muntah darah terusss

Sooo, kita kena pandai improvise. Harus makanan tu nampak sedap, tekak pun sudi telan.


Hari ni cik buat coleslaw kampung and ayam marinate.

Coleslow ni cik letak kobis, kobis bunga (rebus jap kasi empuk), carrot cincang, bawang merah, cili padi (WAJIB). pastu letak mayo n pepper. Kacau. Lagi pedas lagi sedap

Ayam marinate pulak, cik pakai resepi mak. Macam resepi sate tapi tak kuasa deh cucuk lidi bakar atas api. Cik potong ayam dadu pastu masuk microwave. setel! marinate dah buat 3 hari lepas. taruk esbok atas.

Kau kalau nak diet sekalipun makanan tu kena la sedap. kalau tak ko tak hepi pastu perut tak kenyang. Serius. MAKAN ITU KEPUASAN. So Pikir pikirkan cara improvise makanan sendiri.

Ha, tak sempat?! ek eleh..jawapan standard. sempat sempat kan la diri anda diwaktu pagi. kata kan gerak keje kul 7, ko bangun la awal. takkan kuar kul 7 ko bangun 655 kot. Celah mananye ko nak masak. Pandai pandai la kau set timing sendiri kalau nak wat bekal pi ofis. Katakan kau ada anak. Bangun la kul 3 kalau itu timing yang dapat bagi space ko masak bekal.

So lagi seminggu nak habis bulan nie. cukup 30hb nanti cik akan announce yang sebulan tanpa fast food berjaya. Kau mesti cakap ini dugaan bengong an. tapi kau tak tau situasi cik kat sini. yang fast food merata merata. Even kau pi keje pun ada orang bagi flyers fastfood diskaun sana sini. Dan dugaan harga fastfood sama tala je dengan harga kedai biasa. So kenapa harus TAK pilih fastfood kann.

Kat rumah pulak Jusco hanyalah 5 jengkal dari rumah. Dan dalam jusco, fastfood mak aii meriah nak mamps. Adakah kau tidak tergoda kalau kau jadi cik. tettttt.. wrong.. kau pasti akan tergoda punya. So dalam kepala ni cik cakap yang buruk buruk je pasal fastfood. It works. Cik jengah pun tidak sekarang nie.

Pengaruh kawan. Ouw, ini lagi la amat kuat. Sometimes, cik set date dengan cakap.. nak sembang kita carik taman ke kerusi ke.. bukan sembang sambil makan aaa. kalau u lapar.. i pi teman je. Jangan paksa i makan sekali. See, it works. Kalau tengok wayang sekalipun. Jangan beli popcorn bagai. kita bawak diri je. Dengan alasan kang terkencing terberak maleh kuar pi toilet. Bley..

Ko buat la alasan bangang sekalipun. kalau itu dapat menahan nafsu kau dari bermaharajalela..

Eh Eh, maharajalawak dah final ek Jumaat nie..! (tetiba lari topik)






Dylan Dog - Dead of Night


Tengok poster bajet seram la cite ni.. hampeh.

Lawak kelakar lagi ada.

Dalam dunia ni, Manusia tidak lagi asli.. Manusia jugak berkongsi space dengan WereWolf, Vampire, Zombie, dan Mutan (taktau mix apa dengan apa) yang asalnya dulu manusia tapi dah terbahagi dengan pelbagai bentuk.

Werewolf kategori paling berkuasa dan jenis tak kacau hidup orang. Tapi pantang kalau orang lain tuduh dia pembunuh. Siap la kau kena gigit nanti

Vampire, Sukekan berparty. Darah dijual macam dadah. Diorang kalau tak dapat darah jadi macam drug addict, . Once minum darah diorang 10x kuat dari biasa. taring ofcoz wajib ada.. pastu suke cari pasal.

Zombie, insan paling kesian. Lepas manusia mati kena gigit or whatsoever..diorang dibangunkan balik menjadi zombie. Makanan diorang adalah worm, sampah n semua benda benda kotor. Paling best ada kedai jual sparepart (pasaran gelap mungkin) untuk zombie zombie yang nak ganti organ hilang atau buruk. (ok, ini tak terjangkau dek akal, best). Lepas tu ada kelab  zombie if ada yang tak boleh terima hakikat diorang adalah zombie. kelakar gila. Yang pasti zombie tak berfungsi sangat.

Hero cerita ni Dylan, seorang manusia. Jadi tugas DYLAN ni sebagai pendamai (Orang tengah) untuk kesemua makhluk2 ni. siap ada hubungan baik dengan semua makhluk ni. Diorang tak boleh mati sebab akan menjejaskan ekosistem dunia (KONON). So, Manusia, Werewolf, Vampire, Zombie harus hidup normal kecuali diorang ada kelebihan dan kelemahan masing masing.

Kalau kau jenis orang mementingkan realistik. Cerita ni bukan untuk kau. Sebab cerita ni mengarut yang amat. Tapi ia sesuatu yang unik if kau nak tengok apa akan jadi kalau semua ni hidup aman damai.

~Cik suke cerita nie


Wednesday, June 22, 2011

Hello Si Stalker..

I know u just a normal person. Nak usha blog orang tapi dok diam. Dalam hati teringin nak nasihat macam macam. Pastu komen tapi letak anony..,

Apesal? kau takut dengan bayang bayang sendiri ke.. Komen buruk takut, kang kena sembur balik. ea?

U better look your own life before leave a comment. Sebab life kau tu pun kadang lebih kurang sama je dengan cik.

If life cik ni kau banyak nak komplen, kau komplen dulu diri kau. Pastu kalau rasa kau betul baru komplen jugak pasal diri cik.

Sebab in the end of the day. Cik akan baca komen kau. yang baik cik amek, yang berbaur jelesy cik letak tepi.

DONE


Interview


Isnin lepas cik ada cakap ada interview kann SINI . 

Ini hari ni punya cerita. Interview 930am, kul 8 cik dah tercongok kat depan building dia. Bagi mengelakkan sesat, jem dan rushing. Ia bukan la kriteria elok pi interview.

Alamak tang mana nak duduk nie. Takde lak tempat lepak nak tunggu kul 9. Bawah tu ada kedai coffee je.. untuk duduk kat situ kena beli air dia..

So cik oder mineral water (MURAH). nan ado. alamak, kena oder Latte jugak ke ni.. okk, tengok menu apa boleh masuk tekak. done. Green tea satu..



Tak sedap. Green tea dia kaler kuning. Macam kencing kucing.. Euwww

Kau faham tak konsep green tea. Haruslah kaler hijau. Nama je kedai omputih. Tapi basic tea pun kau tak tau. Sedap lagi green tea cap Cosway aku woh!..

Tapi memandangkan nak interview so kena la baca pape yang patut. Sampai waiter coffee ni perli. Kata nak amek SPM ker.. cit, nasib baik kau hensem dik. Sweet charity je muka. Siap bagi 10% diskaun kat air tak sedap nie. diskaun for gudluck wish. Auwm.. ahkak sukeeeee!

Cit podah,. penat mengerah ayat apa nak cakap kat interviewer rupanya assessment je. aptitude test and group discussion. Hah, apa lagi, cik bantai cakap omputih bersepai sepai. Hambek kau. yang india kemain lagi enterframe bajet outstanding sangat la. Kau tak kenal la ni sape.. iNI CikXXX woh, berani berani la bangkang idea aku.

Done. 2 stage dah lepas. Sok sok dia akan kol lagi tuk 2 stage interview. Gila betul company nie. Sume atas atas dia foreigner. Yang HR tu india dari India. Hensem jugak. Ala ala Amir khan (tu je pun muka bollywood aku kenal) tapi english nan ado. apesal kau cakap belit belit, kemana hilang fullstop kau. Penat telinga cik nak focus. Mana tah orang kita. Diorang ramai keje kilang agaknye.

Dalam interview tu ada ramai candidate. Muka tala fresh grad je sume. Yang jenis muka cuak pi interview (lack of experience) pun ada. Ada mamat ni nak usha cik ke apa tah. Siap mintak no fon, ym,  FB bagai. Yea tau, kau tu comel macam aku jugak. Tapi cik datang sini nak carik keje. Bukan carik jodoh. 

Sila jangan spoil mood cik. Tapi lupa nak pesan kat dia. DIK, LENKALI PI INTERVIEW PAKAI KEMEJA LONGGAR SKT EK. SEKSA AHKAK TENGOK LEMAK TERSEMBUL... Hadoi,badan six pack pakai fit takpe jugak. Ini.....! pastu ada hati mengurat kakak kakak. Eh, ke muka cik nampak muda belia remaja.. Aum,., i like.. hah, kalau dapat keje ni kau nak masuk minang terus pun takpe. Cik redhoo..

Pastu cik lalu depan bangunan ini



Kenapa la cik tak aplai sini. Kot la boleh dok sebelah M Dzul (MHI)..oh, so sweet. 


Kau pagi pagi bukan bukak TV kann.. Tengok ke MHI.. ini dia M Dzul yang dok tengah tengah tu. 

Nampak sangat jenis low profile. Search dia kat google, gambar dia bersorangan pun tak de. 

Ok la M Dzul, Aii nak cari kot kot ada keje kosong kat TV3. Nanti kita terlanggar bahu kat kantin ek.. eh eh eh..

hikhik

Tuesday, June 21, 2011

About Salmon Oil


Updated dari pembelian SALMON OIL 2 June haritu. Klik SINI

Setelah ditest kepada diri sendiri. Dengan ini di announcekan nampak perubahan dari segi cik punya batuk, selsema, kahak dan demam. Untuk awal bulan dan sehingga hari ni punya cerita. Dada cik tidak menyimpan sebarang cecair (Mukus) untuk jangka masa lama.

Pagi tetap berhingus tapi lendir lendir tu mudah untuk dikeluarkan. Dan cik dapati tika jogging, mengah still ada tapi semput kurang. Soo, terbukti lah kot, salmon oil ni membantu. Even tak membantu sepenuhnya tapi still nampak perubahan dia.

Tuk pengetahuan kurakura, aku beli salmon oil 2 botol besar (100capsule) dan 2 botol kecik (30capsule) sekali harung. Semua sekali harga after sale aku dapat RM60++, so worth it la. Lepas ni kena konsisten makan fish oil la gamaknya. Tapi aku nak test power cap lain pulak lepas habis BIO-Life nie.

Instead of bergantung pada ubat hospital or ubat cap orang kampung, cik nak try guna alternative lain. Ngeri woo bila pikir badan bergantung pada ubat sepanjang hayat. Sampai bila kann. So, tahun ni cik cuba OUTkan terus asthma dari badan. Still learn how my body works. Hopefully membantu.

Nyesal dulu tak amek course pharmacist. Boleh aplikasi tuk badan sendiri jugak. Baru sekarang nak belajar apa function supplement, vitamin and mineral.


Mari Ubah Persepsi Tentang Asthma


Anda ada asthma? adakah asma anda

1 - Light light je
2 - Standard
3 - Heavily till feel half death

Orang kat luar sana mesti pandang remeh tentang asma. Sebab bila tengok cerita kat tv. kalau seseorang tu keluarkan sedut pam (INHALER) confirm penonton akan gelak sakai. Lawak ke penyakit asthma nie. LAWAK? LAWAK? LAWAK? tanya la diri sendiri

Pada cik yang bawak asma sepanjang hayat (MUNGKIN). Ini tidak lawak.
 Orang yang pikir lawak tu adalah orang yang tak rasa macam mana rongga pernafasan kau tersumbat. Yang tak pernah pikir macamana jadi ikan ditarik ke darat dan cuba untuk bernafas.
Yang tak pernah pikir pun yang kau akan mati sebab tak cukup oksigen untuk bernafas.

Liang pernafasan menguncup time attack

Asthma dirasakan tidak serius sebab ia ada ubat. sebab ia hanyalah masalah pernafasan dan ubatnya adalah oksigen. Dan tak mungkin oksigen kat bumi ni habis. Dan asthma itu sendiri orang tak panggil sebagai barah/kanser. Walau pun ada kes orang mati sebab asthma.

Apa yang cik lalui sepanjang hayat. Cik belum boleh berbangga bila berdepan dengan asthma. Apa yang cik rasa, pikir dan hadapi tentang asthma. Orang lain takkan paham. Tapi cik rasa, ayah cik saaangat memahami. Sebab bila cik semput, cik dapat rasa dia turut sama semput (RISAU) tengok cik separuh mati. Dialah insan paling memahami cik bila bercakap tentang asthma. Adakah lelaki yang sanggup jaga cik ambil alih tugas ayah cik. Mari sini datang isi borang.

Bukan saja hutang budi tapi jugak HUTANG NYAWA
camne nak balas ni ayah
SELAMAT HARI AYAH

Milestone tentang asthma cik,

Umor 2 tahun sampai 9 tahun
~ Semput akan datang time 2 3 pagi.. ayah akan jadi ambulan on call. kadang kadang tu satu pagi sampai 2 kali pi hospital semata mata bagi anak dia amik nyawa (Sedut gas)


9 tahun sampai sekarang
~ Berjinak jinak guna inhaler.. pelbagai bentuk, rupa dan function.. Sampai sekarang jadi hamba ubat..
~ Start umur 9 tahun.. badan dari cekeding membesar bagai johan (effect steroid)
~ Keluar masuk hospital, itu biasa

15 tahun sampai 17 Tahun
~ Bila nak exam besar je, harus masuk hospital (wad biasa)
~ Exam atas katil hospital, bayangkan nak conquer nafas dan brain nak jawab soklan peksa.. feuh, letih

18 tahun 23 tahun
~ Asthma paling menggila dalam hidup cik
~ Sampai terpaksa beli mesin nebulizer letak kat dorm (hospital bergerak)
~ Pernah koma, ICU, Intubate (bantuan pernafasan) -tak pernah kira tapi lebih 10 kali (Nyawa hujung tanduk) orang bacakan yasin pun pernah.
~ Pengsan muka biru banyak kali
~ Lagi gila time minggu exam (STRESS)
~ Alhamdulillah habis jugak belajar walau pun result cukup makan

24 tahun sampai sekarang
~ Belajar manage asthma sendiri tanpa bantuan sesiapa
~ 2 tahun lalu alhamdulillah tidak lagi masuk ward (good achievement)
~ But still tiap bulan amek stock inhaler kat hospital
~ Still main cucuk cucuk kat tangan

Cik anak yang degil. Kalau itu impian, cik akan dapatkan jugak. Macam cik nak berdikari kerja jauh dari keluarga. Kalau dulu ayah paksa cik study dekat dengan rumah. Yes, cik ikutkan. Tapi lepas study. Maaf, Cik nak cuba hidup sebagai manusia normal. Susah senang tanggung sendiri. Ayah kat kampung nauzubillah risaukan kesihatan cik. Pahit maung dok kat KL ni dengan asthma kronik sangat la azab. Tapi cik redha dan tempuh jugak walau pahit. Belajar bergantung dengan diri sendiri.

Cik start sembunyikan masalah kesihatan dari kenalan. Yang betul betul rapat je tau. Sebab mengikut pengalaman. Orang risau nak berkawan kalau tau cerita sebenar. Dan cik tak suka orang berkawan sebab simpati. Biar orang nak berkawan sebab diri cik, bukan asthma cik.

Apa kau rasa bila kaum kenalan kau mencop kau sebagai Orang Kurang Upaya. Segala aktiviti dianggap kau-takkan-boleh-buat-punya. Pernah sorang makcik nie dengan lantang nya cakap ' E eh, habis belajar rupanya. Ingatkan separuh jalan. Amek sijil ke dik?'.. apa muka aku ni boleh sampai amek SIJIL je ke? Degree la makcik... Pastu bila kau panjat pentas amek Scroll konvo. Lecturer lecturer kau bercakap sesama sendiri dengan berkata ' Ini la budak yang semput masuk ICU tu'.. Macam kan dahi ni ada cop 'SEMPUT'. ok, kau tak hadapi. Dan bila kau bercadang pi holiday, kawan kawan kau takut nak bawak kau sekali. SEDIH tahu.. Kau umpama bebanan orang lain.

Banyak kerja cik reject bila ditawarkan, sebab bila interview tu tengok environment keje dia menSTRESSkan, nope cik tak sanggup. Orang takkan paham kenapa cik tolak peluang sebab orang tak rasa Asthma menggila disebabkan stress. Haih, susah nak explain.

Diet and workout tak konsisten sebab nak balancekan asthma dan situasi. Tak dapat push diri macam orang sihat. Dan result dia pun macam Yoyo.. Sangat jeles bila orang sihat jalani diet. Result mantap badan cepat slim..ok jeles jeles. Bila orang jogging layan lagu.. Cik jogging layan breathing.. sebab kalau lain rentak heartbeat boleh dapat asthma attack.

Sentiasa pantau cuaca. Ok ini kelakar. Cuaca sejuk cik derita. Cuaca panas cik gembira..

Apa kau rasa kalau tiap kali holiday ada 2 tempat kau menginap? Hotel and hospital. Frustrated tahu. Benda buruk ni selalunya tak berbau. Bila cuti kat johor dapat rasa sekali fasiliti hospital Johor. Balik Kampung Melaka, dapat rasa belaian nurse kat ICU melaka. Ada sekali tu, cik holiday seminggu kat Jakarta. 2 hari jalan, 5 hari lepak kat ward. Ok, jakarta sangat debu. kalah KL. Balik pekan pun camtu jugak. Cuti seminggu mesti ada hari yang pi hospital. Pekan ada kilang kayu.. HABUK!

Siapa yang mintak kann.. Cik pun tak suka menyusahkan diri inikan pulak nak menyusahkan orang lain. Sangat sangat blame myself.. Tapi sebab asthma ni jugak cik menjadi orang yang kental. Berusaha menjalani hidup normal macam orang lain. Walau masalah lain datang cik akan usaha tangani sebab Asthma paling mengganggu dalam hidup cik.  Kau takkan paham apa yang cik rasa walau pun explain berjela jela. Sebab dalam kepala kau ASTHMA itu BIASA.. Tapi dalam kepala Cik ASTHMA itu boleh bawak MAUT..

Kalau diberi pilihan apakah penyebab MATI?.. cik akan ban ~sebab kematian :ASTHMA~.. please






Monday, June 20, 2011

Interview


Apa la yang kau belek belek blog nie. Takde update pun kau bukak jugak. Kau stalker eaaaaaa..
k takpela, mungkin kau jenis banyak free time.. klik lar klik lar.. Cik redhooo :D

Pagi tadi payah betul bangun gi keje. Badan sakit, peha sakit, tapak kaki nak pijak macam kena paku.. Gilak!, Letih woh.. semalam buat keje amal..

So, tengahari baru cik masuk keje. AL tak banyak lagi mau cuti kann.. Lepas ni perabiskan MC pulak la nampaknya.

Rabu ni ada lagi satu interview. Harapnya cik tak blur nak cakap omputih. padahal boleh je cakap fluent (KONON) tapi memandangkan gugup tiba tiba blank tak reti nak cakap pape. Isk, sekali bantai cakap melayu. Pernah sekali tu cik cakap melayu ngan big boss cik. Ternganga nganga mr.bean tu. Ouh lupa kau omputih. Ingatkan melayu berambut Richard Gere. hahaha

Tak harap tinggi pun dengan interview kali ni. kalau ada rezeki ada la. Kalau takde, kau cakap la sebest mana pun masa interview tapi kalau bukan rezeki kau memang kau tak dapat jugak. Cumanya, cik akan being natural. Tak perlu hipokrit masa interview. Kalau tau cakap tau. Kalau tak tau cakap je taktau tapi counter back balik dengan ayat ayat sedap. Gitu la,

Bz kepala otak sekarang nie. mana nak pikir masa depan, berat badan, semput, keje (nan Ado), famili, bakal boyfriend (dalam MIMPI) ..isk, esok esok kalau tambah pasal suami, mak mertua.. haih, cukup ke space Kepala otak ni nak pikir semua tu.

Kau yang dah kawen tu camne la kau hadapi ek. Jangan gila meroyan dah la.. Jangan stress bunuh diri dah la.. eceh ceh ceh.. salut ar jadi Perempuan... APA PUN BOLEH BUAT>...




Friday, June 17, 2011

Kesah Beg Tak Mesra Alam


Pagi tadi 710 bangun tido. agak lambat untuk buat bekal, mandi, pilih baju, mekap, dry rambut. Tengok jam kul 8 buat buat rilek lagi. Masuk ofis 830 nih.. Mujur la ofis tak pakai punch card. boleh kawtim ngan bos alasan datang lambat. tapi biasa dia takkan tanye deh. Bos = kamcing. Bos = member. heheh

Tengah siap siap tu, kepala nak cek touch n go ada ke tak. Kelebet zip satu satu. hah, takde.. gilak.. masuk bilik carik jeans yang pakai semalam. takde jugak.. Cik cepat gelabah kalau barang hilang. Malas nak carik sebenarnye. Sebab kalau tak jumpa perasaan boleh bertukar jadi moody then mula la nak marah sana sini. Eh, tak bley tak bley. Jangan bagi muka stress terpancar kat wajah. nanti cepat dapat kedut tua.

Pusing pusing carik, rupanya dalam beg jugak. Ni menyampah pakai beg banyak zip compartment nih. Sejak pakai beg ni selalu barang misplace. Adakah ini satu sumpahan. Siapakah pengguna beg ini dulu (kalau secondhand la, tapi ini baru punya). jeng jeng jeng.. Menyesal pulak beli beg ni..susahkan hidup cik je


Nak tunjuk beg tu sebenarnye. Jangan telek sangat 3 wanita nie.

Berkenan sebab kaler merah - favvy kaler, godang (besar)- boleh selindungkan lemak dari site tepi, ada sling- Ceh, konon muda remaja la kan pakai sling sling ni. Tapi menyusahkan tuan dia pasal banyak sangat tempat letak barang.

Ini beg cik yang dulu,


cap MNG kot. lupa dah. Tapi cik berkenan gila gila sebab dia langsung takde zip. Satu kompartment. boleh sling. Hah, ambek ko. Campak je semua benda dalam nie. Kalau cik lepak rumah kawan nak bawak baju salin sume cik sumbat dalam nie. Magik beg nie. Dia boleh kembang kuncup macam tuan dia jugak. Selesa gila. barang hilang tak kesah. selongkar je kat satu tempat.

Tapi dia dah lunyai. terpaksa tukar baru. Nak cari pengganti bukan senang. Bila dapat yang merah tu, cik kecewa. sebab dia tak boleh berkhidmat sama macam beg hitam nie.

Cik suka kalau beg tu boleh berkhidmat lama dan tahan lasak. Kau ada tak suggestion beg yang sesuai dengan cik. Kalau ada feedback ok

Iklan LIVE dingin pagi


so sweet bila pemandangan pi keje macam nie hari hari.. Cik sukee..

Advertising yang unik and idea fresh. Camni la nak tarik orang pandang and snap snap. hehehe

~ Lokasi LRT PASAR SENI
   Jam 840 am
 

berapa la gaji diorang nie.. dengan menjadi bahan tontonan

Thursday, June 16, 2011

Dapat Berita Kecewa

isk, sedih pulak hati ni

Rasa tergugat pun ada jugak

cik yang yoyo o carik keje lain

Orang lain yang nak blah dulu (ok, ini konsep rezeki masing masing)

Ini tak boleh jadi.. harus tingkatkan pencarian kerja

~ tengah kecewa gini nape perut lapar... nafsu nafsu... tapi kalau dapat aiskrim sedap nie lepas geram.. eh jangan jangan... kepala sila ikut arahan.. jangan ikut nafsu nafsu last last sendiri gak kecewa..

Doakan cik kuat menempuh kesedihan ini..

Farewell Dan Makan Bagai Irama Dan Lagu


Penat leher nak geleng TAK..

Meja cik depan pintu. Asal orang nak keluar lunch je diorang tanya "CIK TAK MAKAN?"

Aish, Sibuk je Farewell tengah tengah bulan gini.. Dah la buat kat KFC..fast food wokeh fast food.. Kau tak reti kira kalori ker.. Dengan minyak segala lagi.. KALORI...! tahu

Asal farewell je mesti makan. Ce farewell buat lain sikit. Kita pi titiwangsa jogging ramai ramai ke. kan berfaedah tu. Pastu last jogging tu salam laga pipi bagi peluh sorang sikit.. Aw, seksi!

Pelik sangat ke cik tak join diorang makan?. lantak la orang nak pikir apa.
Pi makan ramai ramai bayar asing asing..
tak effect wokeh tak effect!

ha, kang kumpul ramai ramai tu dok ngumpat jugak la tu.
Takpe, cik redhoo.. Ngumpat yang baik cik terima.
Ngumpat yang buruk pun cik terima.
Terima kasih la banyakkan pahala cik yang tersedia kurang nie

Anyway, cik tengah uji diri SEBULAN TANPA FAST FOOD.. kalau sukses nak buat SETAHUN TANPA FASTFOOD..
marilah kita bawak bekal pi ofis

oh nice sangat kalau dapat capai..







Masalah SAIZ

O.M.G ...O.M.G...

Ini ini problem besar..
Pada pendapat korang..
dalam masa 2 minggu start hari ini..
boleh kah kecikkan saiz badan??? (tak kesah berat turun ke tak tapi nak nampak fit)

Problem besar adalah, kawan cik tempah baju tuk committe. The problem is baju yang nak di beli tu hanya ada saiz sampai XL je..

Dalam kepala tengah fikir adakah XL itu BESAR ini..atau BESARRRRRR ini..
Ahhhhhhhh, tengok dalam almari tshirt bodo cik sume saiz XXXL..
Adakah...?

It was a nightmare kalau kena sarung jugak tapi badan macam balut nangka..


SEDANG BERMIMPI NGERI...

~ to think solution rite now i have to think positively

Wednesday, June 15, 2011

Au Aw Lesbian


Rumah bawah cik (tingkat 3) ada bela kucing comel. Tiap kali balik keje mesti terserempak dia. Tuan punya kucing cakap jumpa dia ni kat surau.. So nama dia Au Aw.

Cik tak suka sangat kucing, main main tengok boleh la.. Bela, bagi makan, mandikan dia.. Isk, komitment lor. payah kalau yang jenis berjalan macam cik. Lagipun semput tak mengizinkan bulu bulu kucing share hidup kat rumah.

Dia ni rajin naik atas. Apalagi kitorang bagi masuk rumah la..

Au Aw

Dia ni gatai ngn cik. Tapi betina.. Kucing lesbian kowt...Siap nak tarik rantai cik tau. Calar woo leher.. G.A.T.A.I!!!

Tapi dah tak comel sangat sekarang. hilang perut boroi. Isk, kering kering ni tak comel lor. Same goes to  lelaki. Eh? hahahaha. Au Aw, kau tak makan ker?


tak sempat sarung baju. 
terpaksa censored kang satgi ada lak yg sangap.. 
gambar blur konon unik la tu.

Gara gara leher calar balar, its payback time. Kau kena bergambar ngan aku.. tak dok diam hek. Hah, kasi cekik sikit leher dia. Woh, ! geram aku..

Cik kalau geram lain matam sikit pangai.. So yang comel comel out there. Kau jangan tayang muka kat cik. kang satgi cik jadi fans saiko kau.. mueheheheh!

Ada berani!

Pilihan Kedai Ketika Membeli Barang


Apa yang kau perlukan ketika ingin membeli satu satu barang kat kedai.

1. Layanan sekadar ada

2. Beli then bayar harga barangan (touch n Go basis)

3. Beli barang and bayar tapi ingin layanan Tiptop mcm Raja

Pada cik, ada sesetengah benda bila dibeli cik pandang layanan yang first class. Kau nak usha benda, compare harga, pendapat tuan kedai. Tak kesah la harga barang tu 50 sen sekalipun.. Kalau cik perlukan pendapat tuan kedai. Dia harus melayan cik hingga ke titisan terakhir. cewaaaah..

Tapi, kalau layanan macam sampah, tuan kedai tarik muka, cakap pun acuh tak acuh.. say bye bye la tuk kedai begini.. kau tak akan dapat profit 50 sen dari purse cik.

Pada pengalaman cik.. Sesuatu barang tu kita akan rasa berbaloi sangat sangat walau harga dia mahal berbanding kedai lain,  kalau time kita beli barang tu tuan kedai sangat welcome kehadiran kita, apa yang kita tanya dia menjawab soalan, Tak condem kedai lain atau burukkan cap lain, sentiasa tersenyum dan rupa paras hensem/cantik satu bonus selain intonasi suara best untuk didengar...

Hambik kau kriteria kedai yang cik suka.. adakah kriteria mengada ngada? im perfectionist dalam puaskan hati sendiri.

Pada cik. Cik akan rasa berbaloi bila apa yang kita perlukan di penuhi serta merta oleh tuan kedai.  Contoh hari tu cik beli henfon. Walaupun kedai tu cekai je nampak. Tapi bila cik tanya dan dia nampak sangat honest beri respon sampai cik paham.. Ouh, boleh jatuh cinta serta merta tahu. cik setuju beli kedai tu. Layanan dia tiptop habis. Walaupun kalau usha lagi mungkin dapat harga lagi murah tapi service buruk. nope. Cik tak akan pilih. Sebab tak puas hati.

Tapi kalau melibatkan services macam salun. Cik akan stick pada kedai yang ramah tamah dan service tiptop and hasil yang superb and harga berpatutan. confirm akan jadi pengunjung setia dia. Sampai promote kat member member cik. Cik ni kalau promote confirm orang percaya n possibility untuk berkata TIDAK adalah sangat sangat rendah. Bley?
salun sekarang cik ada nombor hair stylist dia if nak consult pasal rambut n kepala, ada FB dia, Email dia.. and kami rapat.

Macam tadi cik usha button batch (tah betul ke tak ejaan ni) untuk event kami. Sekali print logo and semua semua.. ada kedai murah ada kedai mahal.. Berdasarkan banyak kedai tu. Ada satu kedai ni, hampeh punya layanan (of coz kedai melayu n perempuan). Servis macam kan cik nak beli satu. Cik tanya banyak soalan of coz la nak amek berbundle bundle. Ini, dia pandang atas bawah pastu bengong punya jawapan. Dalam hati cik, kau hilang sorang customer hari ni.

To those yang berkecimpung dunia perbisnessan, plis la layan customer macam raja. Frasa Customer Always Right tu ada benar nya tahu. Kau nak amek duit dia. kau kena tahan perangai dia.. ngerti! instead of barang and servis berkualiti la.. Jujur tu penting..

K bye











Salad Kampung


Kat rumah cik suka create resepi sendiri..
tak payah pakai resepi google..
kau create je yang sedap dimata sedap di tekak..
masak dengan kasih sayang CONFIRM sedap..
tak caya? kau gi tengok TOP CHEF>>>

Ini cara cik buat salad... nak ikut, ikut..taknak ikut sudah...

BAHAN BAHAN -

1. Ayam bahagian dada (isi kental) dadukan pastu masuk oven.. no minyak, no salt, no msg..pure punye

2. Brokoli and Kobis Bunga celur (jangan lama)

3. Salad Cameron (specific punya salad),
Timun Jepun (yg kecik kecik tu),
Lobak (sagat),
Tomato (cincang)- kadang guna tomato ceri ..
semua potong ikut suka

4.  Cili benggala Hijau (dadu),
Cili Merah (gunting halus2),
Cili padi (hiris)

5. Kacang Botol or Kacang Peas (yang still dalam sarung dia tu) hiris

6. Rebus telur sebiji

CARA BUAT,

Kau campak semua dalam satu mangkuk.. letak Mayo cap Kraft (Real Mayo)..telur cincang sampai lumat.. letak pepper.. letak dried chili (yang macam Domino's punya tu.. Kau gaul sebati..

So tak IN dengan mayo lain.. Ladys choice, Kimball, etc . Mayo lain tekak cik rasa banyak MSG.. Pastu rasa telur nak muntah.. Ini sedap. Tapi susah gila carik cap nie. tak semua ada jual. Sekali Jusco pun yilek.. cik beli kat UO

Kau letak sikit je.. sesudu cukup.. ini lemak tahu..LEMAK...


Jadi lah SALAD macam nie..

Salad Pedas Gilak

Yang ni cik ada letak terung.. (celur pastu hiris).. Salad apa kalau takde cili.. taruk je banyak banyak.. bagi bangkit selera.. 

Salad ni bertujuan melawaskan berak.. confirm kau takkan lama lama dok jamban.. cik menyampah kalau amek masa tuk berak.. bagi 5 minit je dah.. bab sembelit sembelit pun takde..

~ To those yang tak makan sayur.. try salad nie.. Setelah kajian dibuat. orang yang tak makan sayur lepas cuba salad ni lepas lepas tu dia gian terhadap sayur..

Confirm,.. Ini bukan stereotaip punya salad.. Ini salad CIKxxx..

heh!

~ updated, menurut kata sorang blogger, cap mayo tu takde tanda halal.. so to those yg nak beli mayo..beli cap lady's choice k.. adios.. maafin kekhilafan ku







CINTA vs SUKA


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

:D

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

:D

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

'<

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

;)

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

:)

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

'<

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

:)

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama
kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata.
Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini
dalam hidup mereka.

~ Dicilok dari email zaman jepun tonggek.. tak tahu la betul ke tidak quote ni tapi to those yang mengalaminya..tahniah lah... pada cik CINTA and SUKA adalah subjektif.. setiap orang lain penilaiannya..

So chill!

Tuesday, June 14, 2011

LELAKI SALAH


Ah, bosan gila kerja...Hari hari kerja, kerja kerja hari.. ok rest jap layan blog

Ni ada lagi bangsa lelaki tak tau nak cakap apa. Mintak MMS gambar time malam, pagi, petang, tengahari..

Alasan bodo ialah...nak tengok muka cikxxx setiap ketika..
ada beza tak kecomelannya.. Time bila paling comel sekali..

Gilak..

Kang tengok sambil kesangapan pulak kang.. nope.. cik reject mesej tu mentah mentah..

Cik tau kau yang jenis badan besar ni payah nak carik jodoh (yang single and available). Tapi ini nasihat cik. kau jangan layan lelaki bersepah macam nie. Tak rugi pun kau tak layan. Bukan ada kepentingan lelaki macam ni kat hidup kau. Dia akan datang dan pergi macam AIR..

kita akan jumpa yang salah banyak banyak kali sebelum jumpa yang betul. Jangan takut melepaskan lelaki lelaki tak guna dalam hidup kau. Jangan rasa terkilan pun. Sebabnya.. Akan ada seseorang untuk kau. Cuma lambat dengan cepat je. Sementara jumpa lelaki lelaki salah tu. Belajar perangai diorang. Satu pengalaman hebat tahu. Kita takkan mudah ditipu oleh lelaki yang macam nie akan datang.

Sebab ramai lelaki cuma amek kesempatan atas kedudukan kau, for money, for sex, for fun, for touch n go.. so watch out. Jangan bagi diorang pikir KAU GEMUK KAU TAK HOT!

Bagi mindset yang KAU GEMUK KAU TETAP HOT..! market kena tinggi babe.. Confident tu penting. Maruah tu jaga. Jangan bagi diorang rasa KAU TAKUT KEHILANGAN DIA...nope, ini salah sama sekali. Mula mula tu jangan tunjuk yang kau terlalu suka kat dia. Dia takkan hargai kau, dia akan amek kesempatan kaw kaw punya. Jangan dalam HUBUNGAN-TAK-PASTI kau dah curahkan segala jiwa raga.. gilak ar tu

yang berbadan besar tapi dah kawin.. alhamdulillah la.. untung korang sebab mudah dapat jodoh..
yang berbadan besar tapi single... kau ada masa lagi cuci mata lelaki yang lalu depan kau.. auw, awesome moment tau!

~ Apa la yang kau tengok kat aku nie.. perut terlebih, lemak goyang goyang.. tu pun ada orang minat gak.. haih, tak paham betul.. (muntah darah ar kau baca statement cik nih :P)

Tips Melepaskan Diri Dari salesman/pemintak derma/flyers people


Jalan mana mana mesti ada salesman datang kacau atau peminta sedekah atau nak bagi flyers kann,

Ini apa yang cik buat..

Salesman,
~ Kita sebagai pengguna ada hak untuk buat keputusan beli barang/services dia atau tidak.. jangan tertipu dengan janji manis tukang mulut manis tu..
~ Kalau orang hulur kad kredit suruh aplai cakap je yang ' Dah berlambak kad credit.. yang ini pun saya dah ada ' . For sure dia takkan cakap banyak dah
~ Same goes with broadband
~ Kalau produk kecantikan, dia akan aplai sikit (contoh calit kat tangan tanpa permission)... sila larikan tangan anda.. Anda ada hak untuk tidak mencuba produk dia.. (agak sedikit kurang ajar promosi cara ini) Cik ban siap siap..
~ Ini lagi bengong.. Peraduan gores dan menang. Plis la jadi cerdik sikit.. kena ingat tiada yang percuma zaman sekarang nie. Dia akan korek duit kau sebelum dapat hadiah yang dijanjikan. Tapi sebenarnya anda bayar lebih dari harga barang tu. Set dalam kepala anda yang takkan deh bertuah dapat hadiah nie kecuali lucky draw dinner ofs anda. Kau gores Kau Sadis!

Peminta Sedekah
~ Tengah rancak anda berborak bersama teman. Datang pakcik buta bersama seorang celik  - baju compang camping menjual tisu , budak sekolah tahfiz (konon) datang jual kismis, jual buku islamik tapi harga dia mark up gila gila ( konsep menderma jugak) .... ke meja anda.
~ Tak bagi derma kang dia akan berdiri berjam jam lamanya kat meja anda.
~ Ini Ini.... derma secara paksaan
~ Anda berhak geleng atau berkata TIDAK.. sebab kita perlu ikhlas menderma. tapi apakejadahnya kalau dia siap buat resit paksa orang derma fix amount contoh RM10, RM20, RM50..pastu anda mendapat surah al fatihah yang dilaminate.. Apakah itu konsep derma yang sebenar?
~ Menderma harus ikhlas. Tapi kalau anda betul betul niat dengan ikhlas...boleh je derma.. mungkin hati anda suci dan bersih walaupun tahu itu konsep menipu (sebahagiannya). Takpe,, amal jariah harus dalam Islam.
~ Pada cik, biar tangan cik yang menghulur dulu..bukan tangan yang meminta.. sebab ikhlas itu penting dan perlu

Flyers people
~ ini tak serius mana
~ tapi jadi serius kalau flyers tu dia tuju kat kau sorang sebab flyers ini flyers kuruskan badan.. hahaha
~ Agak rasa terhina tak? ataupun kau memang tak berperasaan..
~ pastu lalu kedai healthy food.. Dia bagi flyers restaurant dia.. "instead u eat fastfood why not u try our restaurant"..agak bangang marketing macam nie.. orang gemuk rasa terhina tahu :P
~ okk, kalau flyers produk lain.. kau amek la kalau kesian tengok dia orang lalu lalang wat dunno huluran kertas tu. lepas lepas tu kau campak tong sampah. tak susah kannn.
~ Tapi kalau kau sayang, nak sumbat dalam beg pun takpe. its up to you
~ tapi salute la cara diorang nie. tak pernah putus asa.
~ baru sat tadi dapat flyers kat lrt. beli kereta 0 downpayment.. 'nak beli ke tak nak beli ke tak.." heh, nan ado cik beli skrg.. keta tidak diperlukan :P





Monday, June 13, 2011

I sound stupid when i speaking


Baru tadi cik sedar yang english cik bila speaking lintang pukang habis grammar. Sampai stranger tu cakap 'please go to class learn english'....

ouh, satu tamparan wanita disitu..

sebenarnye, cik tak boleh gugup. Kalau gugup habis idea and otak pegi lain.. lidah jugak kebas time nie.

Balik balik ofis, dapat email dari bos kl... ajar when to use is, are, and give a perfect AYAT to describe the company. ' ok, ini cik memang malas buat panjang panjang. sebab tu banyak je short form.. gila punya pasal nak kejar dateline. lagipun cik tulis camtu pun orang faham wat (mode malas)

Bila dapat semua problem tentang bahasa omputih ni. I should talk english frequently for now. Kalau menulis pandai for sure speaking pun kena gaya LONDON BriGDE sikit kann. Bajet bajet paris hilton ke...

Punya lah nak develop my english.. masuk teksi tadi cakap ngan driver tu gaya gaya orang pangkat MANAGER .. " Ampang Park Please.. hurry eh hurry.. im in the middle of something"

Tak tau la abg india tu paham ke tak..? Ah gasak... orang bajet bajet hot memang cenggini.. konon orang yang keje gaji 5 angka la.. Padahal whatthehell... tak mampu pakai kereta pung.....

:p



Friday, June 10, 2011

Aiskrim Sedap

Ini ini ini.... bukan cerita rekaan..

Tekak cik kata aiskrim ni sedap..

ko cedok cedok jumpa buah.. walaupun cocktail sahaja bukan fresh fruit tapi ia tetap sedap..

Gara gara terpengaruh dengan iklan la nih..

tapi takpe sedap... Bukan macam tutti Frutti tu.. tak SEDAP LANGSUNG... hihi , marah tak habis lagi nie..

:P

ini dia aiskrim nye..


Makan dengan perasaaan.... eleh salad jugak.. salad = makanan sihat. :P muehehehe

~ Dieters jangan band cik.. hikhik

Waktu Muda Jangan La Wat Benda Pelik


Aritu Cik pi Jusco..
Macam la 1st time pi jusco kann!
Macam orang lain tak pernah jejak Jusco kann!
Statement.. hahaha

tengah tengah jalan menuju ke heaven..

Cik ternampak ini...

gambar agak blur..
Ini seorang lelaki belum akil baligh..
tapi dah sunat kot
budak tingkatan nie..


oo lupa, cuti sekolah..
waktu berjimba ek?

Apa yang pelik tentang budak nie?


tadaaa.. kasut power rangers
PINK
Ingat power rangers tak.. 5 hero colorful lawan raksasa 
kaler pink ngan kuning dalam dia perempuan kann?
budak ni mesti terjebak nih...tak syak lagi


hah, dekat lagi.. 
Ada tompokan hitam kat muncung depan kasut nie.
dik, Kau beli mana ek? akak nak satu.. kaler merah ada?

Budget stylo la tu?.. ke budget budget K-pop..?
Sedar lah dik, esok esok menjangkau 20an kau akan malu gila bila pikir zaman gonjeng kau dibodohkan dengan kasut ini.

Macam kita la dulu dulu... rambut kerinting mengerbang hantu kak limah budget cantek sangat dah!

Jalan paling selamat.. jangan ikut fesyen.. ikut la pada personaliti kau.. jangan ikut zaman.. nanti nampak saangaat buruk..

sebelum keluar rumah telek diri masing masing dulu k..

Untuk adik nie, sori akak snap snap.. toleh belakang jugak ek kau dengar bunyi kamera. 
Fon cik ni pun satu. Tak reti senyap time snap. Celah mana tah setting SOUND dia... 
Susah la jadi detective macam nie....


hikhik


'Kau Bila Lagi?'

Ini Sedutan Dari FB

klik tembam tuk baca lebih clear

Apa tidak kena dengan perbualan ini,

1. Budak kecik dari baby ada akaun FB.. tak nampak tu profile picture.. Hebat!!!

2. Mak mak moden tayang anak kat FB.. and add status " My son dah pandai mengagah... ouch!" " My Daughter dah pandai baca buku" "My sweet baby pandai makan bubur"...etc ~ what do you think about that?

3. Nak bagitau yang I am happily-ever-after after married (before married im not, maybe?)

4. Soalan ' Kau bila lagi?'..sangat tak relevan.. Kalau orang tu dah sampai jodoh kawen la dia...

5. Kalau Malaysia ni beradat 'Perempuan MEMINANG Lelaki' rasanya takde la kot andartu terlajak kawen lambat kann.. Masalahnya perempuan tunggu lelaki masuk minang. Adakah soalan ini sesuai dituju kat perempuan? fikir fikirkan...

~ Kesian kat kawan aku ni. di gasak soalan paling bodoh.. Weh korang korang a.k.a member.. kan dah tau yang dia tak jadi bertunang aritu!! pegi tanye 'kau bila lagi?' apesal.. takde sensitiviti langsung. cet!

KungFu Panda... PO

PO, saya saya saya.. jatuh cinta sama awak


Setelah penantian 3 minggu cik nak tengok cite ni tapi takde sape nak teman. Semalam is a payback time. Cik layan cite ni sorang.

Sekarang puas hati cik dapat tengok perut boroi dia.. comel gila...

Budak budak ramai tengok cite ni. Mentang mentang la cuti sekolah.. Sebelah cik adalah budak darjah dua. Dari seremban. Datang ngan family. Mulut tak reti lah diam. Eh, budak budak sekarang ni memang kuat bersembang ek? tak takut stranger ek?.. isk.. ada ke dia panggil cik (mak)CIK.. Gila apa.. tak nampak cik muda belia nih..

Pastu kakak dia kat sebelah (tingkatan 2 dah pandai sikit la telek orang kannn. Dia panggil cik (KAKAK) then terus adik dia sambung panggil cik KAKAK pulak.. ha, kan nice tu...

Soalan paling bengong cik bengang.. " akak tak sedih ke tengok wayang sorang sorang?" WTH.... kau boleh tak jangan tanya soklan sensitip.. Dah akak sorang je minat panda ni. kawan kawan akak mana minat?
"akak bawak la anak akak".. ini lagi bengong.. "akak tak kawin lagi lar.."...

Dok la tanye macam macam. Dah dah... dok diam diam.. layan je cite ni. Aku bayar 10 henggit nak layan PO bukan layan ko..

Tapi tapi tapi... kat mana ek nak carik teddy bear Panda nie. Comel giler. Tang perut tu asset paling best nak peluk. Buat tidur malam ku menjadi lena nih...

Kau tau tak, panda PO ni di inspirasi dari siapa.. tau..? tau..?




sama tapi tak serupa



Tang perut sama... auwm, nak peluk abang ADAM (PO) lehh?


Dia ni pengacara cerita makan tak hingat dunia


Alolo, comel gila dia nie... are u single?

Adam dan PO bagai irama dan lagu.. tak dapat dipisahkan persamaan perut boroi... 

Gara gara Adam, cik tengok cite Man vs Food. Tapi takut gila tengok dia makan. Perut full pun boleh sumbat sumbat lagi. Jangan kau mati sebab terlebih makan sudah. Pi check colestrol ko pih..

Gara gara PO, cik layan kartun. Gila kau pi wayang tengok kartun. tapi disebabkan kecomelan perut dia dengan mata eyebag dia.. cik gagahkan jugak invest beli tiket wayang....

Bukan kah mereka sama.... 


hikhik (mode gatai)

Thursday, June 9, 2011

Ahhh Tak kire..

Memandangkan hold lama baby kesayangan cik nie.

Takde sape sudi teman cik.

Petang ni jugak cik nak gi tengok dia..

Biar la.. sorang pun sorang la..

Tak tahan dah menanggung rindu kecomelan dia..

Biar biar... layan sorang pun ok what..!

Jangan cakap cik kegersangan wokeh..






sayang, tunggu kedatangan cik wokeh..

akan ku belai perut boroi mu

lalalalaa

Double Chin (dagu berlapis)


Ramai yang tidak suka akan kewujudan ‘dagu berlapis’ kerana ia membawa maksud seseorang itu gemuk atau obese. Bagi perempuan yang mengenakan tudung, kewujudan dagu berlapis pasti akan menjadi semakin ketara kerana pemakaian tudung itu sendiri akan ‘mencekak’ dan menolak kulit di bahagian yang berkenaan ke hadapan, membuatkan mereka seolah-olah memiliki “dua dagu”.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Dagu Berlapis’ atau ‘Double Chin’? Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher. Secara umumnya, untuk menyingkirkan Dagu berlapis ini, seseorang itu perlu menurunkan paras lemak badan secara keseluruhan.
Walaubagaimanapun, 5 langkah-langkah berikut boleh diamalkan untuk menyingkirkan dagu berlapis yang dimiliki dengan lebih efektif.
  1. 1.
    Kawal pengambilan kalori (defisit kalori). Untuk menurunkan paras Body Fat, kita kena memastikan yang body fat itu digunakan sebagai sumber tenaga alternatif secara optimum dan bukannya otot (catabolism). Dan untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga alternatif, kita kena memastikan yang bekalan tenaga harian (Daily Calorie Requirement) adalah kurang dari yang sepatutnya, namun janganlah terlalu rendah. Pastikan juga pengambilan makanan (macronutrien) adalah seimbang.
  2. 2.
    Kardio, bersukan, bersenam. Apabila badan kekurangan sumber tenaga yang sepatutnya (muscle glycogen) badan akan mula menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga alternatif. Sumber tenaga ini (lemak) tidak terhad diambil dari satu-satu bahagian sahaja kerana apabila badan membakar lemak, ia akan mengambil lemak dari seluruh badan. Boleh jadi ia adalah lemak dari bahagian tangan, kaki, dada dan bawah dagu. Perut (bagi lelaki) dan punggung (perempuan) adalah 2 tempat terakhir (paling liat) di mana badan akan ‘mengorek’ lemak badan. Maka, anda masih mempunyai peluang untuk menyingkirkan lemak di bawah dagu dengan sedikit mudah.
  3. 3.
    Kunyah gula-gula getah. Otot muka perlu dilatih untuk menjadi ‘kuat’ agar boleh membakar kalori secara teratur. Salah satu daripadanya ialah dengan mengunyah gula-gula getah (pilih yang sugarfree). Ubah mentaliti bahawa mengunyah gula-gula getah adalah kerana manisnya. Jika boleh, sebiji gula-gula getah hendaklah dikunyah berjam-jam lamanya, sehingga muka menjadi kebas (baru berhenti). Namun janganlah disalah anggap kerana ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka sebenarnya TIDAK MEMBAKAR LEMAK, tetapi hanya membakar kalori. Lemak badan hanya dibakar secara intensif dengan banyaknya ketika kardio.
  4. 4.
    Senaman muka. Berdiri di hadapan cermin dan sebut A – E – I – O – U, gerakkan secara perlahan, namun cuba cekangkan otot muka (platysma) ketika menyebutnya. Kemudian masamkan muka (mencebik) untuk beberapa saat, sambil diselang selikan dengan senyum yang amat lebar. Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali di hadapan cermin, setiap pagi, selepas menggosok gigi.
  5. 5.
    Senyum dan ketawalah selalu. Selain dari mewujudkan suasana yang lebih ceria dan harmoni bersama orang-orang sekeliling, senyum dan ketawa juga sebenarnya merupakan senaman-senaman kecil muka yang boleh dilakukan setiap hari. Tahukah anda, sekurang-kurangnya 15 otot terutamanya di bahagian muka akan bekerja sekiranya anda ketawa?
Semoga tip-tip ini membantu anda dalam meningkatkan lagi keyakinan diri, disamping tidak perlu lagi gusar akan kewujudan dagu berlapis yang mungkin akan mempengaruhi imej anda. Selamat mencuba!

~ Di cilok dari Kevin zahri