Friday, June 17, 2011

Kesah Beg Tak Mesra Alam


Pagi tadi 710 bangun tido. agak lambat untuk buat bekal, mandi, pilih baju, mekap, dry rambut. Tengok jam kul 8 buat buat rilek lagi. Masuk ofis 830 nih.. Mujur la ofis tak pakai punch card. boleh kawtim ngan bos alasan datang lambat. tapi biasa dia takkan tanye deh. Bos = kamcing. Bos = member. heheh

Tengah siap siap tu, kepala nak cek touch n go ada ke tak. Kelebet zip satu satu. hah, takde.. gilak.. masuk bilik carik jeans yang pakai semalam. takde jugak.. Cik cepat gelabah kalau barang hilang. Malas nak carik sebenarnye. Sebab kalau tak jumpa perasaan boleh bertukar jadi moody then mula la nak marah sana sini. Eh, tak bley tak bley. Jangan bagi muka stress terpancar kat wajah. nanti cepat dapat kedut tua.

Pusing pusing carik, rupanya dalam beg jugak. Ni menyampah pakai beg banyak zip compartment nih. Sejak pakai beg ni selalu barang misplace. Adakah ini satu sumpahan. Siapakah pengguna beg ini dulu (kalau secondhand la, tapi ini baru punya). jeng jeng jeng.. Menyesal pulak beli beg ni..susahkan hidup cik je


Nak tunjuk beg tu sebenarnye. Jangan telek sangat 3 wanita nie.

Berkenan sebab kaler merah - favvy kaler, godang (besar)- boleh selindungkan lemak dari site tepi, ada sling- Ceh, konon muda remaja la kan pakai sling sling ni. Tapi menyusahkan tuan dia pasal banyak sangat tempat letak barang.

Ini beg cik yang dulu,


cap MNG kot. lupa dah. Tapi cik berkenan gila gila sebab dia langsung takde zip. Satu kompartment. boleh sling. Hah, ambek ko. Campak je semua benda dalam nie. Kalau cik lepak rumah kawan nak bawak baju salin sume cik sumbat dalam nie. Magik beg nie. Dia boleh kembang kuncup macam tuan dia jugak. Selesa gila. barang hilang tak kesah. selongkar je kat satu tempat.

Tapi dia dah lunyai. terpaksa tukar baru. Nak cari pengganti bukan senang. Bila dapat yang merah tu, cik kecewa. sebab dia tak boleh berkhidmat sama macam beg hitam nie.

Cik suka kalau beg tu boleh berkhidmat lama dan tahan lasak. Kau ada tak suggestion beg yang sesuai dengan cik. Kalau ada feedback ok

5 comments:

Mimy Hamid said...

aku pun suka beg ko gak..besar gabak mmg kesukaan ku..maklum la beg mekap sebeban kan..hehe

N a d i a said...

Beg hitam tu nampak funky sikit dari beg merah..

Tapi dari segi warna, beg merah lagi cun.

Cik selalu beli kat mana? Tengok brand kot, rasanya ada brand yang memang tahan lama dan besar dan syok gila pakai dan cantik bila bergaya. Hehehhe..

cik xxx said...

mimy,

ko mmg terkenal dgn mekap. aku mekap kat umah je (jimat). satu apa pun tak letak spare dlm beg.

beg ko cap apa weh?

cik xxx said...

nadia,

tak kire tempat. asal berkenan sambar je. yg merah tu cik beli kat sungai wang. cap TREAT (cap ayam je).

setahun 2 kali cik salin beg. tak suke byk2 beg. leceh nak sumbat brg byk kali. pakai sekali smpi lunyai.

nadia suke beg yg camnez?

aida-myasara said...

cik xxx cantik la beg merah nampak elegen jek tambah cik xxx pakai p keje santai :D