Wednesday, June 15, 2011

Salad Kampung


Kat rumah cik suka create resepi sendiri..
tak payah pakai resepi google..
kau create je yang sedap dimata sedap di tekak..
masak dengan kasih sayang CONFIRM sedap..
tak caya? kau gi tengok TOP CHEF>>>

Ini cara cik buat salad... nak ikut, ikut..taknak ikut sudah...

BAHAN BAHAN -

1. Ayam bahagian dada (isi kental) dadukan pastu masuk oven.. no minyak, no salt, no msg..pure punye

2. Brokoli and Kobis Bunga celur (jangan lama)

3. Salad Cameron (specific punya salad),
Timun Jepun (yg kecik kecik tu),
Lobak (sagat),
Tomato (cincang)- kadang guna tomato ceri ..
semua potong ikut suka

4.  Cili benggala Hijau (dadu),
Cili Merah (gunting halus2),
Cili padi (hiris)

5. Kacang Botol or Kacang Peas (yang still dalam sarung dia tu) hiris

6. Rebus telur sebiji

CARA BUAT,

Kau campak semua dalam satu mangkuk.. letak Mayo cap Kraft (Real Mayo)..telur cincang sampai lumat.. letak pepper.. letak dried chili (yang macam Domino's punya tu.. Kau gaul sebati..

So tak IN dengan mayo lain.. Ladys choice, Kimball, etc . Mayo lain tekak cik rasa banyak MSG.. Pastu rasa telur nak muntah.. Ini sedap. Tapi susah gila carik cap nie. tak semua ada jual. Sekali Jusco pun yilek.. cik beli kat UO

Kau letak sikit je.. sesudu cukup.. ini lemak tahu..LEMAK...


Jadi lah SALAD macam nie..

Salad Pedas Gilak

Yang ni cik ada letak terung.. (celur pastu hiris).. Salad apa kalau takde cili.. taruk je banyak banyak.. bagi bangkit selera.. 

Salad ni bertujuan melawaskan berak.. confirm kau takkan lama lama dok jamban.. cik menyampah kalau amek masa tuk berak.. bagi 5 minit je dah.. bab sembelit sembelit pun takde..

~ To those yang tak makan sayur.. try salad nie.. Setelah kajian dibuat. orang yang tak makan sayur lepas cuba salad ni lepas lepas tu dia gian terhadap sayur..

Confirm,.. Ini bukan stereotaip punya salad.. Ini salad CIKxxx..

heh!

~ updated, menurut kata sorang blogger, cap mayo tu takde tanda halal.. so to those yg nak beli mayo..beli cap lady's choice k.. adios.. maafin kekhilafan ku







3 comments:

Ayu said...

Cik....Dah brape lame cik diet?brape kg dah reduce?

Mimy Hamid said...

macam caesar salad lak...aku pernah try buat gini..tapi tak pedas cam ko la

erin zuraini said...

x lari kew rase dye bl cmpur ngn terong??