Tuesday, June 21, 2011

Mari Ubah Persepsi Tentang Asthma


Anda ada asthma? adakah asma anda

1 - Light light je
2 - Standard
3 - Heavily till feel half death

Orang kat luar sana mesti pandang remeh tentang asma. Sebab bila tengok cerita kat tv. kalau seseorang tu keluarkan sedut pam (INHALER) confirm penonton akan gelak sakai. Lawak ke penyakit asthma nie. LAWAK? LAWAK? LAWAK? tanya la diri sendiri

Pada cik yang bawak asma sepanjang hayat (MUNGKIN). Ini tidak lawak.
 Orang yang pikir lawak tu adalah orang yang tak rasa macam mana rongga pernafasan kau tersumbat. Yang tak pernah pikir macamana jadi ikan ditarik ke darat dan cuba untuk bernafas.
Yang tak pernah pikir pun yang kau akan mati sebab tak cukup oksigen untuk bernafas.

Liang pernafasan menguncup time attack

Asthma dirasakan tidak serius sebab ia ada ubat. sebab ia hanyalah masalah pernafasan dan ubatnya adalah oksigen. Dan tak mungkin oksigen kat bumi ni habis. Dan asthma itu sendiri orang tak panggil sebagai barah/kanser. Walau pun ada kes orang mati sebab asthma.

Apa yang cik lalui sepanjang hayat. Cik belum boleh berbangga bila berdepan dengan asthma. Apa yang cik rasa, pikir dan hadapi tentang asthma. Orang lain takkan paham. Tapi cik rasa, ayah cik saaangat memahami. Sebab bila cik semput, cik dapat rasa dia turut sama semput (RISAU) tengok cik separuh mati. Dialah insan paling memahami cik bila bercakap tentang asthma. Adakah lelaki yang sanggup jaga cik ambil alih tugas ayah cik. Mari sini datang isi borang.

Bukan saja hutang budi tapi jugak HUTANG NYAWA
camne nak balas ni ayah
SELAMAT HARI AYAH

Milestone tentang asthma cik,

Umor 2 tahun sampai 9 tahun
~ Semput akan datang time 2 3 pagi.. ayah akan jadi ambulan on call. kadang kadang tu satu pagi sampai 2 kali pi hospital semata mata bagi anak dia amik nyawa (Sedut gas)


9 tahun sampai sekarang
~ Berjinak jinak guna inhaler.. pelbagai bentuk, rupa dan function.. Sampai sekarang jadi hamba ubat..
~ Start umur 9 tahun.. badan dari cekeding membesar bagai johan (effect steroid)
~ Keluar masuk hospital, itu biasa

15 tahun sampai 17 Tahun
~ Bila nak exam besar je, harus masuk hospital (wad biasa)
~ Exam atas katil hospital, bayangkan nak conquer nafas dan brain nak jawab soklan peksa.. feuh, letih

18 tahun 23 tahun
~ Asthma paling menggila dalam hidup cik
~ Sampai terpaksa beli mesin nebulizer letak kat dorm (hospital bergerak)
~ Pernah koma, ICU, Intubate (bantuan pernafasan) -tak pernah kira tapi lebih 10 kali (Nyawa hujung tanduk) orang bacakan yasin pun pernah.
~ Pengsan muka biru banyak kali
~ Lagi gila time minggu exam (STRESS)
~ Alhamdulillah habis jugak belajar walau pun result cukup makan

24 tahun sampai sekarang
~ Belajar manage asthma sendiri tanpa bantuan sesiapa
~ 2 tahun lalu alhamdulillah tidak lagi masuk ward (good achievement)
~ But still tiap bulan amek stock inhaler kat hospital
~ Still main cucuk cucuk kat tangan

Cik anak yang degil. Kalau itu impian, cik akan dapatkan jugak. Macam cik nak berdikari kerja jauh dari keluarga. Kalau dulu ayah paksa cik study dekat dengan rumah. Yes, cik ikutkan. Tapi lepas study. Maaf, Cik nak cuba hidup sebagai manusia normal. Susah senang tanggung sendiri. Ayah kat kampung nauzubillah risaukan kesihatan cik. Pahit maung dok kat KL ni dengan asthma kronik sangat la azab. Tapi cik redha dan tempuh jugak walau pahit. Belajar bergantung dengan diri sendiri.

Cik start sembunyikan masalah kesihatan dari kenalan. Yang betul betul rapat je tau. Sebab mengikut pengalaman. Orang risau nak berkawan kalau tau cerita sebenar. Dan cik tak suka orang berkawan sebab simpati. Biar orang nak berkawan sebab diri cik, bukan asthma cik.

Apa kau rasa bila kaum kenalan kau mencop kau sebagai Orang Kurang Upaya. Segala aktiviti dianggap kau-takkan-boleh-buat-punya. Pernah sorang makcik nie dengan lantang nya cakap ' E eh, habis belajar rupanya. Ingatkan separuh jalan. Amek sijil ke dik?'.. apa muka aku ni boleh sampai amek SIJIL je ke? Degree la makcik... Pastu bila kau panjat pentas amek Scroll konvo. Lecturer lecturer kau bercakap sesama sendiri dengan berkata ' Ini la budak yang semput masuk ICU tu'.. Macam kan dahi ni ada cop 'SEMPUT'. ok, kau tak hadapi. Dan bila kau bercadang pi holiday, kawan kawan kau takut nak bawak kau sekali. SEDIH tahu.. Kau umpama bebanan orang lain.

Banyak kerja cik reject bila ditawarkan, sebab bila interview tu tengok environment keje dia menSTRESSkan, nope cik tak sanggup. Orang takkan paham kenapa cik tolak peluang sebab orang tak rasa Asthma menggila disebabkan stress. Haih, susah nak explain.

Diet and workout tak konsisten sebab nak balancekan asthma dan situasi. Tak dapat push diri macam orang sihat. Dan result dia pun macam Yoyo.. Sangat jeles bila orang sihat jalani diet. Result mantap badan cepat slim..ok jeles jeles. Bila orang jogging layan lagu.. Cik jogging layan breathing.. sebab kalau lain rentak heartbeat boleh dapat asthma attack.

Sentiasa pantau cuaca. Ok ini kelakar. Cuaca sejuk cik derita. Cuaca panas cik gembira..

Apa kau rasa kalau tiap kali holiday ada 2 tempat kau menginap? Hotel and hospital. Frustrated tahu. Benda buruk ni selalunya tak berbau. Bila cuti kat johor dapat rasa sekali fasiliti hospital Johor. Balik Kampung Melaka, dapat rasa belaian nurse kat ICU melaka. Ada sekali tu, cik holiday seminggu kat Jakarta. 2 hari jalan, 5 hari lepak kat ward. Ok, jakarta sangat debu. kalah KL. Balik pekan pun camtu jugak. Cuti seminggu mesti ada hari yang pi hospital. Pekan ada kilang kayu.. HABUK!

Siapa yang mintak kann.. Cik pun tak suka menyusahkan diri inikan pulak nak menyusahkan orang lain. Sangat sangat blame myself.. Tapi sebab asthma ni jugak cik menjadi orang yang kental. Berusaha menjalani hidup normal macam orang lain. Walau masalah lain datang cik akan usaha tangani sebab Asthma paling mengganggu dalam hidup cik.  Kau takkan paham apa yang cik rasa walau pun explain berjela jela. Sebab dalam kepala kau ASTHMA itu BIASA.. Tapi dalam kepala Cik ASTHMA itu boleh bawak MAUT..

Kalau diberi pilihan apakah penyebab MATI?.. cik akan ban ~sebab kematian :ASTHMA~.. please






2 comments:

Anonymous said...

akak dia tuuuu, amacam kau ambik salmon oil.. ade perubahan ape2 ke?

last nite aku pergi tesco, ada offer.. 3botol salmon oil brand bio-life dalam RM80+.. boleh laa bertahan dalam 3 bulan..

saje nak share info.. mana tau kau nak beli lagi



-cik adik KuraKura yang pemalu~

Mimy Hamid said...

asthma ni penyakit mak aku...cuma lucky adik beradik tak kena...inhaler kena standby la