Thursday, March 31, 2011

Jangan Kau Panik Dalam Air k.. Dalam Hidup Pun Jangan

Kau jenis mudah panik? bahasa kasar nya gabra. Dan dan la pikir semua benda negatif bila satu bala menimpa kat kepala kau. pastu asyik asyik la blame orang tu orang ni, blame keadaan, blame masyarakat, blame Allah.. na-a..yang tu jangan k.. kau tu yang patut kena blame. yang kau panik apesal.

Setiap benda yang terjadi pasti ada penyelesaian. Takkan kau dok melangut fikirkan kenapa masalah tu terjadi. ce pikir macam mana nak setelkan. bukan kenapa?~ tapi bagaiman?~

Ok, topik lain nya.. cik banyak kali nak belajar berenang. tak lepas lepas. takat terapung tu boleh pulak. Bila nak kuak je terus rasa panik..adoi, kenapa harus PANIK PANIK PANIK

swimming pool kanak2..hikhik

At last, dok berkubang je.. hmm, berkira kira nak amek kelas nih.. Any suggestion?

Wednesday, March 30, 2011

Ini Lagu Mencarut.. Dont Judge Me

This song is best ever. How to impress to someone yang buat taik kat kita. Marah tapi still cool.. Hah, ambek ko Fuck U..

Lagu ni masa study lagi dah famous. tapi bese la mana masuk radio Malaysia. Kalau tiap kali sebut FUCK U nak di tuttttt kan.. tak jadi lagu la dia. Sebab sepanjang masa dia sebut FUCK kann.. ok, kita pandang di sudut positive here. lagu ni nak menunjukkan yang dia break up dan benci sangat sangat kat pasangan dia. sama jugak kalau orang melayu suke cakap 'dia kencing aku lahhh'. see, kasar jugak bunyi bahasa itu.

so what the difference with english words. No different. For me, bergantung cara individu menerimanya.

Kat Red box ada lagu ni tapi video klip dia je. takde version karaoke pulak. Shit shit shit la.. baru nak feeling nyanyi tuju ke someone kann...

Seingat cik, ada lagu maklum balas version perempuan jugak. tapi lagi power version lelaki ni..

Cik Sukeee... kau suke?

ps; kalau tak pernah dengar boleh download kat 4shared



Eamon - FUCK IT (I DONT WANT U BACK)

Whoa oh oh



Ooh hooh


No No No






[Verse 1:]


See i dont, know why, i liked you so much


I gave you all, of my trust


I told you, i loved you, now thats all down the drain


Ya put me through pain, i wanna let u know that i feel






[chorus:]


Fuck what i said it dont mean shit now


Fuck the presents might as well throw em out


Fuck all those kisses, it didnt mean jack


Fuck you, you hoe, i dont want you back






Fuck what i said it dont mean shit now


Fuck the presents might as well throw em out


Fuck all those kisses it didnt mean jack


Fuck you, you hoe, i dont want you back






[verse 2:]


You thought, you could


Keep this shit from me, yeah


Ya burnt bitch, i heard the story


Ya played me, ya even gave him head


Now ya askin for me back


Ya just another hag, look elsewhere


Cuz ya done with me






Fuck what i said it dont mean shit now


Fuck the presents might as well throw em out


Fuck all those kisses it didnt mean jack


Fuck you, you hoe, i dont want you back






Fuck what i said it dont mean shit now


Fuck the presents might as well throw em out


Fuck all those kisses it didnt mean jack


Fuck you, you hoe, i dont want you back






Oh oh Oh oh


Uh hun yeah


Oh oh Oh oh


Uh hun yeah


Oh oh Oh oh


Uh hun yeah


Oh oh Oh oh


Uh hun yeah






Ya questioned, did i care


You could ask anyone, i even said


Ya were my great one


Now its, over, but i truly mean im sad


It hurt real bad, i cant sweat that, cuz i loved a hoe






Fuck what i said it dont mean shit now


Fuck the presents might as well throw em out


Fuck all those kisses it didnt mean jack


Fuck you, you hoe, i dont want you back






Oh oh Oh oh


Uh hun yeah


Oh oh Oh oh


Uh hun yeah


Oh oh Oh oh


Uh hun yeah


Oh oh Oh oh


Uh hun yeah


[Until the end]


tang last ni, meaning to something ke? erk.. bagi org kawin je la rasa..

muehehe!

Tuesday, March 29, 2011

Seni Photo


Cik suka depan kamera. Posing takyah di ajar. memang reti sejak azali.

Cik benci belakang kamera. Tangan tak berseni. Tangan ketaq.. Wat orang sumpah seranah je bila cik snap.. Tu la, nape suh aku.. Angle pun tak reti nak budget. Tu pasal tak terfikir di kepala nak beli kamera ke DSLR ke.. sigh *

Kredit terima kasih daun keladi kat housemate cik. Dia la yang tangkap nie. Dah kalau tangan berseni. Tangkap orang gemuk pun boleh nampak kurus. Seee!..

Satu tips yang baru cik belajar.

Orang Gemuk jangan Tangkap gambar dekat dekat.. Nanti terperanjat tengok badan sendiri..

Hahahah!

Gosip Artis

Kau layan gosip gosip artis? Cik tak.. kadang kadang tu terjerumus jugak. kawan kawan cerita tak pun tertengok MELODI..

Sebab kalau cik layan sangat habis semua luar dalam cik seranah. Lagipun, ada kena mengena dengan hidup kita ke artis tu macam tu artis ni macam nie. Ada? kalau artis tu adik beradik kau. atau sepupu sepapat kau.. cik boleh terima. nak jugak dengar dia tu pasang sugar daddy ke tak. muehaha..!

Baik kau layan berita semasa. Yang lagi bersangkut paut dengan kau. Contoh Radiasi kat Jepun tu. kurang kurang kita tau tahap nuklear tu terkesan sampai Malaysia ke tak. Tapi tapi... Jangan layan berita tv3.. Kisah politik je berlambak. Tak habis habis la attack yang bernama pemimpin (KONON!) dengan scandal seks. Scandal duit masuk poket orang taknak pulak kau bongkar sampai liang lahat kann.. MANUSIA.. heh!

Nie, sejak akhir akhir ni gosip manusia keliling cik punya la banyak. manusia itu begini..manusia ini begitu. Tala bawak mulut ke mulut memang la sedap. Tapi kau pernah terfikir tak kesahihan dia. kau nampak dengan mata kepala kau sendiri tak?. Lagi satu, kita tak rasa apa yang dia rasa. bab menuduh memang pandai. Tapi itu hak dia. jalan hidup dia. biar dia tentukan sendiri. Kau jaga tepi kain kau sudah. Jangan sampai terlondeh.

Takut kemudian hari kau digosipkan lagi teruk dari kau gosip orang tu sekarang. What Goes Around Comes Around..

Ok bye..






Kasut Paling Over Orang Tengok


Cik suke merah. Tapi kadang kadang orang akan tegur kalau cik pakai merah. Katanya seksi.. Adoi, seksi ke seksa. Gasak... Cik suke merah. Baju ke kasut ke beg ke. Dah lama dahh.. cuma jarang jarang pakai. takkan tiap tiap hari cik salin merah je kannn... boring lah..

Merah cik pakai kalau cik tengah sedih, atau perlukan supportive perasaan.. Cik hanya perlukan


MERAH

dan akan rasa ALL WILL BE FINE...

Saturday, March 26, 2011

Pelajaran Hari Ini...Pesanan Khidmat Masyarakat

pelajaran hari ini, kalau kau pergi mintak kerja kat mana mana karier fair. cakaplah english slang malaysia kerana kau tu sedang berada di tanah air. dan jangan lah terlalu konfiden yang kau akan dapat kerja tu dengan suara yang lantang bersama slang english philipina kau sebab berkotak kotak orang pass resume kat situ.
                                                                                                                                                                                                                                                                   
kalau kau tengah membeli baju dalam. tolonglah menjaga kelakuan seorang wanita. sila bersopan santun ketika meminta nasihat salegirl. perkataan kasar lagi manampak kau sungguh annoying di mata orang. kau tau tak yang salegirl tu rasa nak ketuk je kepala kau. sila hormat pelanggan lain. orang lain pun ada dada berbuah jugak.bukan kau sorang je pakai bra.  

ok bye.

--------
susah jugak update blog guna phone..adoi

Thursday, March 24, 2011

Sejauh Mana Kau Touch Up Muka Kau

Holla,

kurakura dah kembali dari kawin.. yeay, lepas ni boleh main sakat sakat balik..

terima kasih kurakura. aku ingat kau dah pencen. Rupanya kau kembali dengan ayat ayat yang menyentap jiwa aku.. cik Sukeeee....

ok, tutup kisah mengembangkan hidung orang tu. huh

----------------------

kau pilih berapa di kategori perempuan mana;

a) perempuan pantang keluar rumah tanpa mekap 3 inci
b) perempuan keluar rumah dengan mekap nipis. janji nampak seri
c) perempuan keluar rumah dengan secalit lipstik
d) perempuan tak pakai mekap langsung (ura ura natural beauty) tapi nan ado
e) perempuan tak pakai mekap langsung tapi memang dia natural beauty (tak tipu)

hah, pilih kategori kau..

Cik kategori B. Memang cik keluar pi keje siap pakai foundation, bedak, eyebrow, eyeliner, blusher dan lipstik. kadang kadang tu lip balm saje. Kalau keluar berjimba, cik pastikan mekap sedikit tebal dari biasa. Dan gatai tangan taruk mascara. Kalau keluar beli barang dapur, cik suka tak pakai mekap walau secalit. pastu cik pakai spec. Lebih santai dan nak cepat sebenarnya.

Sejarah cik berkecimpung dengan mekap ni. Along cik la. Dia memang kaki mekap. Bak kata poksu cik.
'ko long, bab melawa, mekap, bergambar..serah la kat ko.. masak? nan ado!'
hahaha..

Mengikut pengalaman cik. Start kat matrik lagi cik main mekap mekap nie. Kau bayangkan belajar guna eye liner liquid. ketaq tangan nak lukis atas mata. Berlagak takmo blaja guna Eyeliner pensil konon kaler tak terang. Comot pun comot la. Sampai kawan kawan tegur, cik wat dunno je. Lantak la, janji aku pueh hati. Sebab bagi cik. Nak pandai mekap kena start experimen muka sendiri. Mekap kalau orang ajar grooming camane pun. kalau kau tak praktis tak jadi apa wokeh. Nak nak lagi mekap 2 3 kali je setahun. Tang bila nak pandai kann.. pastu bising tak reti mekap. Dah memang kau tak praktis kat muka kau.

Pastu blusher pun sama. Dulu pakai macam pipi kena lempang. merah menyala. Tapi sekarang tidak lagi. Pipi kelihatan bak pauh dilayang. peach berseri je pipi cik. hahaha..hah, muntah!

Eyeshadow tak pakai sebab mata cik kategori sepet. dan kalau pakai confirm comot sebab mata suka sangat berair. kau bayangkan, time mengantuk dia berair. time gelak pun nak berair. Time nangis jangan cakap la. Lagi la berduyun duyun airmata kann..

Lipstik, Cik stick to kaler kaler natural. Nampak macam tak pakai tapi pakai. Cik suke cap ZA. tapi sekarang macam dah takde kaler tu. Pastu lipbalm cik suke sangat SKIN FOOD.. kaler kat bibir ikut kaler darah. kalau time sejuk kaler pink. time panas kaler oren.. Ouch, seksi u..

hehe, jadi perempuan perempuan di luar sana. Belajar belajar la grooming muka sendiri kalau rasakan diri tu bukan la natural beauty sangat. takmo la keluar muka selekeh kann. Tak IN la nama perempuan melayu..

Ok bye!



Monday, March 21, 2011

Blur Masuk Toilet

kau penah kepala blur sampai pi toilet nak bawak handwash tapi terbawak botol air tak?

cik pernah,

Baru sat tadi ni ha...

Gilak keBLURan hari ni

adoi,

tapi kepala cik pikir bukan pasal masalah member tu bank in duit lense. bukan bukan..itu a pisces of life je.

tapi benda lain..


adoi, tensi... apa lagi nak kunyah ni ea...hmmm

Perihal Orang Kurang Sensitip

Bila stress tanpa sedar cik makan terlebih had. yes, itu memang cik akui dari dulu. tapi habit ni tak dapat lagi cik tinggalkan dengan sepenuhnya. Tu la pasal badan cik cenggini je. Diet yoyo o pun tak jadi apa. Kau bayangkan waktu lunch dah makan nasi sepolestrin bangang ada hati lagi makan 5 keping roti butterscotch. Takde istilah kenyang time bermasalah. bahaya cik ni. Kalau tak berubat nampak gayanya sampai ke tua la aku gemuk. ok done.

Ini kesah perihal orang kurang sensitip pulak.

Dia Suruh cik beli lense. Kononnya kat KL contact lense tu murah. Dan, disuruhnya pos. Dan suruh pos laju wokeh! tak dan dan. apa ingat cik ni robot-ber-courier? ok fine, cik buat jugak memandangkan kawan kann.

Selang seminggu barang dah selamat sampai. Bila tanya bila nak bayar, dia boleh tanya 'belum bank in lagi. xxx nak urgent ke?'. ha ni memang nak kena lah nie. Weh, aku dulukan duit beli lense kau boleh tanye aku nak duit urgent ke tak! masa nak beli kau reti pulak guna mengURGENTkan kat aku yea. Time kau bayar liat pulak ek. Dan cik biarkan mesej tu tak berbalas.

Selang 4 5 jam gitu, dia mintak no akaun. Abih yang tiap tiap bulan kau bank in kat aku tu apa? bagi lah jugak no akaun tah keberapa kali. Paham pulak kau nak bayar yea?

Pagi tadi dia mesej kata dah bank in. Bila tanya berapa dia bank in? kau tau dia jawab apa?

'RM40 lah, harga lense tu kann?'

Eh ,hello.. ? memang la harga dia RM40, yang kos pos laju tu kau tak reti nak kira sekali ke?

Ini la malas tolong kawan nie. Memang la cik niat nak tolong. tapi tiap kali tolong cik kena keluarkan kos penghantaran tuk membantu orang beli lense murah punya pasal. Itu apa kejadahnya. Aku tak cas kederat aku dah cukup baik ok. Tapi tolong jangan paksa aku menderma kos yang aku rasa tak patut bayar. Adakah cik bersifat KEDEKUT disini?

Tiap bulan macam ni sengkek la aku wei.

jap, KO TAK PERNAH BELI BARANG ONLIE KE? ATAU KAU MEMANG INGAT POS MALAYSIA TU FREE-OF-CHARGE SERVICES..

orang macam ni apa yang patut kita cakap. Ayat paling cantik yang boleh cik bagi. Kawan baik a.k.a kawan kamcing jugak la

Any idea?

tolong cik,

Friday, March 18, 2011

Kau Nak Kenal Dengan Along Tak?

Ini la gambar along cik. Ala yang tergugat bila rasa adik dia mau kacau suami dia tu.. Heh, lawak sampai sekarang.



Kami berkongsi minat yang sama. Iaitu membebel.

dan kami berkongsi kaler bijik mata yang sama. Hazel Brown. ;)

dan kami berkongsi mak ayah yang sama. Itu memang patut pun.

Pape masalah cik suke kongsi dengan dia sebab dia tak kondem dulu. Dia pendengar yang baik jugak la. pastu baru membebel. Tho dia cengeng tapi dia kuat semangat. Eh, camne tu..

sape lagi cantik? ce teka jarak umur kami? hehehe



Kesilapan Teknikal Seorang Manusia.. Apa Kau Buat!

Cik sayang henfon cik. Walau cekai tapi berbangga punya henfon. Kau sayang henfon kau tak?

Kau pernah tersalah kol orang tak? tak pun tersalah hantar mesej...  cakap pung pang dengan konfiden last last dia kata 'wrong number' then terus kau cancelkan kol. Malu punya pasal..Ada? heh, tak gentleman la kau..ce cakap sori then bye then baru cancel... bila mesej pulak, kau ngumpat si A dekat si B terhantar msj kat si A. Hah, ambik kau. Masa bertemu PAGAR dengan LEMBU.. tercucuk hidung kau sendiri..nak ngumpat orang sangat kannn..hahaha

Masa mula mula cik guna henfon. Cap Nokia model 2210. uih tu hebat dah time tu. 8 tahun dulu punya cerita ni. Tangan melilau nak tekan butang mana. Dalam tengah test power henfon baru. cik taip perkataan 'sayang awak' then buat buat sent kat kawan cik, ANIS..

dulu mana tau message delivered berfunction. mana tau dah sampai ke belum. Kawan cik buat dek je. pup pap pup pap...

along cik kol. Dia kata..

awat gelenya sangat hantar mesej kat abg long nih. Kau tau tak tu laki aku- along

Lor, ape ni tak paham la..- cik

kalau kau gatai sangat carik yang seusia dengan kau. jangan laki aku pun kau nak cinta- along

E eh, ini sudah lebiy

Long, ko pehal.. tetiba serang orang nie. tak hingin la abang long...- cik

Dia cakap cik salah hantar mesej. SAYANG AWAK..

Gilak!

rupanya dalam contact cik tersusun nama begini

ABG LONG
ANIS
AZU

Tersalah sent la tu. hikhik!

Dont worry long, itu kesilapan teknikal semata. memang la sayang abg ipar sendiri tapi bukan in that WAY....Relaks la,  i dont love your husband. Simpan la. hak ko pun. In fact not my taste pun. Hitam legam pendek. heh memang tak la. Lagipun Takkan la nak compete dengan kakak sendiri kot. sebab tau kau mesti goyah punya kalau bersaing ngan cik. Cik kan lagi cantik dari kau. hek elleh.. takat abang ipar apa kelas. Takat laga laga siku mintak belanja makan boleh la. nak sayang cinta.. Doww, tak IN langsung.

Tak ke lawak tu  bila perasan mesej salah hantar. lain kali tangan tu jangan laju sangat. tau la ko expert bab tekan keypad ni. Lagi pulak sekarang henpon apa tu ANDROID?! canggih sangat kann..
tapi kesilapan manusia teknologi takleh block pun.

Kau kalau dah salah mintak maaf aje. bukan disengajakan pun.

Ini dulu punya cerita

ok bye!




BreakFastFood Jam7

Bersarapan pagi kat luar pada jam 7 pagi atau masih enak diulit mimpi? kau pilih...!

Untuk weekdays, mungkin boleh diusahakan. Memang bangun pagi nak pi keje kann.. tapi tuk weekend oh no.. kederat bangun tuk jogging. Yes, boleh amalkan. tapi tuk bangun gosok gigi semata satu hidangan set Mekdi.. Baik lupakan saja niat tu.

Pagi tadi buang tebiat satu rumah kuar awal semata nak rasa feel western food kat Mekdi. Konon!

Semata vaoucher free memiliki 2 set breakfast dengan hanya membeli hidangan RM5 ke atas.. eksaited gila masing masing nak sarapan.

Mari sama imagine yea.  2 hotcake (pancake atau melayunya lempeng yg boleh buat sendiri kat rumah) 1 keping daging berger, secawan air kopi,1 harsh brown (atau begedil) boleh dimiliki dengan harga RM9.70.. WTH! beli nasik lemak dapat 5 bungkus ko. ok, jangan kedekut disini.. cuma ingin kelogikan.

dan set free breakfast itu adalah begini rupanya


roti beger, telur hancur tasteles dan 1 daging beger (bawah telur)
not bad la sbb free

itu cik letak black paper satu guni tu. klu tak letak tak boleh telan woo.. bukan breakfast mencapai piawaian cik sebab no HOT!

Apa yang cik dapat simpulkan kat sini. Orang malaysia kaya kaya. Mekdi dibanjiri orang ramai semata inginkan BreakFast Food terkemuka. Beratur macam  time lunch ko tau. meja pun tak cukup. Can u imagine makan pagi je dah spent RM10..

Wow, Orang Malaysia terlebih mampu dan terlebih berat badan..

amazing!
tepuk tepuk bangga

Thursday, March 17, 2011

Dalam Memilih Seluar Sesuai

Masih lagi dalam mood shopping. Bila mood macam ni. apa yang dibeli semua macam best je nak pakai. Rasa seronok dan tahap tak dan dan meluap luap lah.

Bukan nak kondem mana mana cap seluar. tapi orang kata ukur seluar di punggung sendiri. Bukan berdasarkan cap atau harga. Tapi keselesaan dan paling penting muat ke tidak ngan punggung kau.

 Ini pengalaman cik. Dulu dulu cik gile penggemar jeans cap Ladylike. Time study dulu memang hardcore fans kat cap ni. Senang nak carik. murah pun murah. paling penting high waist. rasa terletak je kat punggung.

Tapi bila dah keje ni. Punggung macam makin kecik pulak. Flat pulak tu. Tak match dengan upper body.(haih, ok usaha lagi kecikkan tang atas). Ladylike tidak lagi sesuai untuk punggung ku (bukan bercakap tentang pinggang di sini). Bila test tang punggung ada lompang lompang. boleh muat satu lagi punggung. ok ni mengarut. haha.. Tapi serius weh. Cik dah tak boleh pakai Ladylike.

Then cik beralih seluar Applemint. kena cari low waist then tang peha fit fit sikit. Baru selesa pakai. Pastu sekarang berjinak jinak dengan Romp jeans pulak. Ok rupanya seluar dia. Masih mengekalkan cari yang low waist. Takde pulak cangkung nampak lurah tak sepatutnya. makesure baju labuh la. Lagipun Baju singkat2 tidak lagi IN untuk umur seperti cik.

Bila tang slack. Cik tak suka pakai jenis kain lembik licin tu. Tak serap peluh.hahah. Cik suke kain jenis khakis (betul ke tak eja ni?). Dan cik prefer cap PDI, Giordano... Pernah skali tu cik beli kat FOS. Seluar dia tang pinggang dah cun. Dan seperti biasa bermasalah dengan punggung. Adoi, takmau la nampak macam seluar pinjam. Jadi hanya menatap seluar seluar kat FOS tu. Nak beli hanya dalam mimpi je la. Same goes to ScarletPlus or apa apa brand pun. Adoi,

Korang mesti ada pengalaman beli seluar kann.. baju ke apa ke.. Dah kalau badan terlebih berat memang bermasalah kan. nak nak lagi jenis badan tak balance macam cik.

Ce cite, mau baca




Merong Mahawangsa/Mahasuasa


Apa yang dapat cik simpulkan..

1- tak malu nak bawak filem  malaysia kat luar negara. cinematografi cantik. mix bahasa. dan mix pelakon.

2- cite ni epik. ada sikit sikit Pirates caribbean. unsur unsur Ong Bak. lawan lawan macam  Troy. Not bad at all tuk filem  melayu.

3-  Jehan Miskin tak dibagi dialog. alolo, kesian..

4- Kamawas gilak best. dapat peluk puteri china.. hehehe

5- merong not bad.. even Hang tuah masih melekat dalam  diri dia.

Cik takleh bagi bintang. sebab berbaloi tengok wayang. tapi lepas habis macam  ..erk, taktau nak komen apa..

:)

Wednesday, March 16, 2011

Amoi Dan Kedai Baju

Sekarang ni mood shopping.. walaupun poket nan ade..

Suka beli barang sorang sorang. Hati tenang. Suara boleh simpan. Takde sape nak tunggu kita. Pasang mp3 lalak lalak.. heh, heaven gila..!

Time membeli mestilah menang memakai..kalau beli taknak menang bodoh lah jawabnya. Kau tak payah dicop sebagai pengguna lah. Cop tikus cukup.

Adalah satu kepantangan bagi cik bila usha baju kat kedai. Kedai tu tulis sign 'No Fitting'..  WTH! Logik tak nak beli baju tapi tak boleh try..

'kenapa takleh try?' - cik

'Free size mae' - amoi

So? - cik

Free size memang tak boleh try - amoi

how come? macam  mana i tau baju ni fit dengan i ke tak? - cik

lagipun sudah murah mae - amoi

apa kena mengena murah dengan try baju? - cik

i taktau. ini arahan bos -amoi

kata kat boss u, u dah lost 1 customer. Baik bukak kedai makan. customer nak test makanan kena bayar. think logic la. of coz beli baju kena test dulu. klu macam  ni baik i beli online je. tak de beza. - cik

amoi sengih kerang busuk

~ Cik anti tahap maksima bila kedai jual baju tapi tak bagi customer dia test. Ape kejadahnya.

ada tu kedai kasut pun tak bagi test power kasut.

Tak ke BANGANG tu!

ok bye


Tuesday, March 15, 2011

Romp Jeans Tuk Budak Gemuk

Dari semalam  kena perli dengan housemate. 'uih bau kedai!'...

la ni nak blk keje dah.. sempat lagi ngusik 'bau kedai bau kedai'

Gilak!

ini gara gara cik beli jeans baru.. Heh, Romp jeans.. murah kalau nak compare kan dengan Levi's. Mahal kalau nak compare ngan duit cik yang kecik kecik nie..

Kau tau, terperanjat beruk tengok Romp ada jugak saiz cik. Ingatkan tuk kaki kaki keding je. Kau tengok la budak budak zaman sekarang pesen tak cukup zat badan kann.. pastu pakai skinny jeans cap Romp. tolak guna jari  memang jatuh budak budak ni..

Menggatal nak test tiba tiba e eh..muat siot.. tapi saiz xxL la.. jangan mimpi amek saiz S sekarang nie. pastu kaki straight cut je. Jangan mimpi jugak pakai jeans ikut kaki. pastu lower cut.. ish, memang cik sukeee sangat sangat lah..

Dan tahap tak dan dan cik, macam  biasa lepas beli mesti pakai. Eh, malam  tadi rasa nak pakai tuk tido je.. tapi mengikutkan kewarasan fikiran..cancel kan aje..

Tup tup, hari ni bergaya pi keje pakai jeans baru..

Mwuah la Romp.. tak sia sia aku carik pelosok Rome semata seluar jin...



Harus carik lagi..


Hadiah Pengantin Paling Hebat.. Woww

Tiap kali kenduri kawin, tak kira la sepupu ke kawan kawan ke.. pening kepala pikir nak carik hadiah apa. takat pinggan mangkuk.. barang letrik.. hmm, macam  dah biasa sangat. mesti pengantin pun takkan ingat apa yang kita bagi.

Tapi cik pernah bagi lesung batu kat kawan baik. Memandangkan nak start dok sendiri dan pindah rumah baru. Satu lambang permulaan dunia baru dan suruh dia rajin ke daput lepas dapat suami kann.. and dia ingat hadiah cik sampai la ni..,lesung batu berharga tahu time buat sambal belacan.. :)

Ni salah satu contoh hadiah yang pengantin akan ingat sampai hujung nyawa... heheh! hadiah sepupu cik yang cik cite tu.

Lombokan hadiah yang mungkin akan di pakai dan mungkin akan diberi balik pada kawan2 yang kawin atau bagi kat mak suh simpan dalam  stor dan akan dikeluarkan time raya.

Perhatikan selembar benda putih yang menegak tu..

hehehe

mari kita zoom

marih!


Nak baca satu satu wish ni sila klik tuk tembam


Hehe, gambar pengantin dihitamkan bagi tidak menglamerkan dia lagi.. ala, dah kawen pun. saham  sudah jatuh lor.. tak sampai hati nak komen wishing diorang nie. semua tahap dvd lucah.. tapi tilam  VONO ni saaangaat berguna.. :P

Tapi takpe, yang paham  ayat2 ni berapa kerat je kannnn


Muehehe! gilak ofismet2 dia nie

EPO the best way for maintain kitaran period

Dulu dulu, masa berat cik bertambah dengan jayanya. Masa ni jangan harap la berat akan turun atau berat statik satu angka. Dia akan naik naik dan sampai paling tak tercapai akalku 103kg. Time ni period cik sangat tak teratur. Ikut dan dia nak datang ke tak nak. Pastu sign datang tu takde langsung. tup tup je kuar darah.

The worst part is period pain dia sangat la hardcore. Cik guling guling pun tak jadi apa.  Tetap sakit. Letak tunku  pun tak berkesan jugak. Jangan kau mimpi makan pain killer ke hapa. tahan je kat situ. Fuh, lepas period pain menyakitkan tu mesti keluar segumpal darah. Daging actually kan? Gilak experience kaum  wanita ni kann.

Tipu la kalau cik tak risau period dok main main je dengan tubuh kann.. Lepas cik lose weight sikit sekarang nie. Period jadi teratur. tiap bulan mesti datang dan the best part is cik tak rasa period pain dah sekarang. U know why? sebab cik telan EPO. Memang terasa sangat beza dia sebelum  dan selepas amek EPO.

Satu, period datang boleh dijangka. Ada tanda tanda dia bagi dulu. contoh sakit belakang dan sengal badan. Kedua, hari pertama dan kedua period cik tak rasa pain langsung. Boleh gi joging dan buat aktiviti yang cik suka. ketiga, flow period sangat smooth. Takde ketul ketul yang keluar. hak ketul ketul ni la buat sakit perut kan.. period pain tu la.. kalau darah kuar elok je takde la rasa sakit. Rasa seperti hari hari biasa cuma pakai pad je.

Side lain yang cik rasa. kulit lembut sepanjang masa. Takde masalah tangan kering ke kasar ke. kulit muka pun stay moisture dan berseri. Percaya? tak caya? terpulang... so far cik maintain makan sebab jangka masa panjang sesuai tuk awet muda. :) (klu kurus mesti lagi nampak muda kann..haih kurus kurus kurus)

Jadi, kepada sesiapa yang masalah hormon ke, kulit menggerutu ke.. cuba EPO.. tapi makesure konsisten la.. apa benda yang kita buat pun kena sabar. kalau hari ni makan nak dapat kesan esok memang tak dapat la.


Ok bye





Monday, March 14, 2011

Pujian, Perlian, Tahap Konfiden Anda Menerima Sesuatu

Adakah anda seorang tak terima pujian? atau takut untuk menerima pujian?

setiap kali orang puji mesti kau pikir lain. ' eleh, nak perli aku lah nie'

ada? ada?... eleh, mesti ada punya..

kenapa jadi begini. Mesti ada sebab punya.

situasi 1

sebenarnya tahap konfident kau adalah di tahap bateri fon dah nak kong. sikit sikit bunyi beep beep beeeeeppppp. Dalam kepala kau tu hanya bersedia mengolah ayat pujian orang kepada negatif.

'e eh, akak nampak lain la hari ni.. cantik tudung..' - Pujian ikhlas nie

' yeke? ke macam indon. Tudung nie tak kena dengan akak kannnn' - Tuan badan rasa perlian..

See, kepala fikir negatiffff je.. ce cakap

' yeke? terima kasih. akak tak berani pakai tudung ni sebenarnya. rasa lain matam.' - kan lagi elok jawab sebegini. si beri pujian juga tak rasa bersalah.


Situasi 2,

 Bila di tengah orang ramai. setiap kali anda lalu ada orang merenung anda. tak muka, pandang baju anda..

kau mesti pikir 'eh, apa tak kena dengan baju aku yea? ada yang tak kena ke? ke muka aku banyak jerawat?'

ada? mesti ada punya. tahap kenegatifan fikiran anda adalah sangat hardcore. Apa lah salah mata orang untuk melihat. bukannya anda tak berbaju. atau jika berbaju pun berlurah dendam. tidak bukan?

kenapa tak pikir macam nie ' eh, mamat tu pandang aku la. mesti sebab aku ni cute. berseri. baju aku pakai ni menyerlahkan lagi ketrampilan aku. well, time kasih yea mamat'

situasi 3,

Bila kau masak dan kau rasa tak sedap pun sebenarnya tapi tukang makan puji kau melambung. Hakikatnya memang termasin termasam termanis dan sebagainya.

Itu hanyalah penyedap kata untuk menjaga hati tukang masak supaya dia tak terasa yang masakan dia realitinya memang tak sedap atau biasa biasa sahaja.

Jangan lah kau terima pujian itu sebagai

'eh, memang aku pandai masak. sok aku masak lagi naaa..'

oh noo, ko dah di tahap konfiden level sangat tak boleh blah dah nie. Anak tekak kau mana. tak leh rasa sendiri ke masakan kau sebenarnye tak sedap. atau kau tak dapat menilai orang memuji atau penyedap hati sahaja.

MORAL of the story.. pandai pandai lah menerima pujian. menimbang tara dan mengolah apa maksud sebenar pujian itu. Ikhlas atau semata penyedap kata.. jangan terlebih down atau over perasan k

~ tak hidup dek pujian tak mati dek kejian~

Bye

Sampai Bila Weh..

Tang korus wat cik tak tahan tuh..
Adoi, sampai bila, kapan dong....

Arghhhh!


Mari kita layan lagu jiwang. kali ini dari kumpulan LELA..

Marih!!!


sampai bila

Di antara kita akukah yang bersalah
Hinggakan kau pergi tanpa kata-kata
Mungkinkah caraku melukakan hatimu
Maafkanlah daku oh sayangku

Di manakah janjimu itu
Yang kau ingin bersama
Ke manakah kasih sayangmu itu
Yang sedang dilemma rindu

Sampai bilakah aku harus menanti
Sampai bilakah aku harus menangis
Sampai bilakah aku harus menanti dirimu
Sampai bilakah cinta kita begini

Ku mengharapkan kepulanganmu
Ke manakah arah cintamu itu
Yang telah kita bina bersama
Untuk kita berdua


Kembalilah wahai oh sayangku
Ku kirimkan doa dan restu
Kembalilah sayang pada janjimu
Dirimu tetap ku tunggu

~adeh, tak sabar tak sabar~

Wednesday, March 9, 2011

LED Monitor Bak Cinema

shit shit shit..la..

ha, kan mula mula je dah hangin. Company cik baru tukar LED monitor baru. Dan yang terkena adalah cik. Sebelum ni pakai monitor gedabak je. alah monitor zaman jepun tonggek tu. 14" je kot. Sekali dia mau tukar LED hambek ko 20" terus. lebar tahap gaban ar. Mula mula dapat monitor ni terus mau adjust font. Bukak internet kecikkan page segala bagai dulu. Gilak. kalau original size font dia. orang dok 1000 meter pun boleh nampak apa cik bukak.

Dah la tempat cik tak strategik. Depan pintu wokeh. Boss ni saje je kannn.. ke dia dah aim lama yang cik bukak tenet macam macam. Bluwek ar ko BOSS. gila suruh keje 8 jam tanpa henti. kau nak suh pekerja ko mental cepat? ha!..

Memang la ofis ni bakal pengumpul orang orang mental.

Adeh!

Tuesday, March 8, 2011

Terima Kasih Pengikut Pengikut Ku Sekalian

Dah cecah 100.. Terima Kasih sebab sanggup tahan mata baca blog yang best nie.

Heh!

Monday, March 7, 2011

Apa Korang Jawab Kalau Orang Cakap Kau M.A.T.U.R.E.D

Sabtu lepas beronggeng kat kenduri belah perempuan kat area Cheras. Tengah tengah gosip ngan famili tu. Lalu sorang pakwe dan cik rasakan kenal yang amat muka dia. Member sekolah cik dulu. Wow, makin smart woo..Lahiriah Cik yang pemalu. Memang takkan tegur orang dulu. Bagi hint hint suruh dia nampak cik. Yeah, berhasil. Dia datang kat meja. Sembang lebih kurang. Agaknya malu kot mak ayah cik yang tengok dia tak berkelip. Dia balik semula kat meja ngan kawan kawan dia.

Pastu Dia text cik, Auw..

'hehe, tak sangka jmp xxx kat cni. xxx nmpk len..hehe' - Dia

'Lain, da makin bergaya' - Dia lagi

'blh ke nnt kite minum2..no prblem.. hehe,mane ad ansem. bese je. xxx tu mmg matured giler da. hehe. da makin mnawan.hehe' - Dia lagi

'Matured la. bukan tua. hehe.kawen? tgu xxx dl la..hehek' -Dia lagi..

Matured di sini mungkin pujian dan mungkin perlian. Nak tunjuk yang cik semakin T.U.A. Atau memang membawa maksud yang cik semakin berG.A.Y.A. Well, think logic la. umur 17 dengan umur 26. banyak beza weh. Even lelaki pun nampak pendek dah nampak tinggi sekarang. Same goes to perempuan. Dah pandai mekap sikit sikit. apa kau mau tengok cik tak makan dek zaman?..Sunburn-bulat-tembam-berlengas sentiasa? Heh,

Tapi serius, pakwe ni makin smart bergaya. Dulu dalam kelas memang kamcing la. Cik mana ramai kawan perempuan pun. cik Tak suke renyahkan kepala otak dengan berkawan set set gosip girl. Buget dapat pakwe hensem pastu gila glamer. Owh, bukan pilihan hidup yang cik cari. Kawan ngan geng lelaki yang mulut boleh tahan tapi confirm tak ngutuk belakang.

yang bestnya,.dia tak lupa nama panggilan kami masa sekolah dulu. Panggil nama manja kat rumah k. Cik panggil dia wan. Then dia panggil cik, XXX (bahye show of kat sini) ..haha, dulu pernah lelaki tegur. Korang bercinta ke. Manjanya panggil nama.. ngek ar..hehe, but i like

tak terserempak kat kampung, kat KL lak boleh terjumpa. Adakah ini jodoh? adakah!...Tengah siasat adakah dia belum berpunya.

hikhik, gatai..

lalala, dia ajak minum.. lalalala.. eh tak, belum lagi.. ala, wan.. cepat la text me balik..

Muehehe!








Anak Makngah Mulut Manis Sudah Selamat Jadi Suami Orang

Kenduri anak pakngah cik berlangsung 3 hari berturut turut. gilak ar.. penat tgk pengantin yang sama. Malam jumaat- akad nikah. Sabtu-belah perempuan. Ahad- belah lelaki. Kesian ke pengantin. muka dah supe telur tembelang. Senyum paksa sepanjang masa.

Tahun lepas pernah cik cite pasal keluarga pakngah ini. yang punyai isteri mulut kurang censor. Kalau rajin klik di entry dulu2 ini..
http://cikxxx.blogspot.com/2010/09/perkembangan-raya.html
Time tu cik marah sangat. Tapi sekarang dah cool. Sudah siap sedia apa nak buat kalau makngah sembur lagi kat cik. Tapi tidak. Dia sibuk. tak sempat nak teleng tengok cik pun. Hahaha... dasar mak pengantin memang gitu.

Bila makcik makcik berkumpul. Biasa la ayat tuju kat cik. 'ko bila lagi?'.. Kali ni cik jawab dengan senyuman manis. Dalam hati cik cakap 'Maaf, tiada jawapan tuk soalan anda. Nah senyum kambing aku derma kat ko'.
Biasa la makcik makcik. Mau tengok anak dara join the club sama sama. Boleh cite dalam kain suami. heh!

Sepanjang main kawen kawen ni, ada cite kontroversi. tapi tak nak membuka aib orang. biar le cik simpan sendiri. Alah, cite bese2 je. korang pun lalui benda yang sama kot. Tapi kalau cite hot hot tentang cik. heh, akan cik cite sampai ke liang lahat. walau mata korang rasa jelak membaca nya..

Haha..

nanti nanti la entry kendian..





Kau Kalau dengar Lagu Jiwang Memang Menusuk Jiwa kannn

Aishah - Antara Cinta Dan Kasih



Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi

Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa


Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa


Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

~ Kalau sekadar teman tapi tak bawak ke jinjang pelamin.. ah,, memang buang masa la.. Dok diam diam tunggu jodoh..

Suke betul layan lagu lagu bawak maksud ni..

Haih!

Thursday, March 3, 2011

Mesti Berbaju Baru Pegi Kenduri Kawin Orang. Kau Yang Dok Atas Pelamin Ke?

Esok famili cik datang KL. Semua turun. Dari keluarga basic sampai keluarga kembang kembangan. campur famili along dan abang. Tambah tolak Uih... 14 orang.. Segerombolan betul...! Ini semua gara gara Sepupu cik nak kawin. Yea umur muda dari cik. dan lelaki.. Gelenya gatai! ok ok tak, jodoh dah sampai. what to do kann. Kawin je lah.

Tapi kenapa orang lain yang nak kawin orang lain pulak dok sibuk carik baju baru. Mesti WAJIB berbaju baru di majlis kenduri orang ke? pakai baju kurung yang pi ofis hari hari tu tak boleh ek. Nanti ada orang tegur ke? Tak paham betul dengan konsep pemikiran orang melayu di majlis kawin orang melayu. See,? berapa banyak melayu disitu.

Agak agak kalau kau berbaju kurung lama ada makcik tegur camni ek?

' eeh, ni baju yang slalu bawak pi ofis tu kann.. patut la lusuh.. takde duit nak beli baju baru ke? tak hormat majlis betul?'

ek, macam tu ek! ada? ada?

Ni, cik punya mak dok sibuk tempah baju dan mulut pun sibuk suruh cik beli baju baru. Cakap 'Jangan asyik lanyak itulah baju ofis itulah baju jalan..'

Lohhh..

mak mak memang suka meremehkan benda benda kecik ke?

adoi, rimas ar.. cik bukan jenis membeli baju kurung pun. bukan sebab SAIZ. ada je saiz jual yang dah siap.. Cuma cuma, takde perasaan ingin memiliki baju kurung banyak banyak. Cilok along punya sudah! dia banyak koleksi..

Jimat

Heh!

Lagipun, cuba fikir logik. Kita datang kenduri orang tu cuma datang makan je. keluar keta mengadap panas terik mentari. mekap pun boleh cair. Cari kerusi. Duduk. Makan.. Dah siap makan.. Carik mak pengantin salam. Dapat doorgift. Pastu balik. kalau sedara mara tu. Lepas makan pi dok tepi acara mengumpat APA YANG TAK KENA tentang majlis kawin tu bersama sama makcik2 lain. HEh, melayu! nak tolong basuh pinggan, kang staff katering tak keje pulak. Habis buat apa je, KETUPAT la lagi baik.

Maka, perlukah baju baru? kalau 1Syawal mungkin perlu. kalau setakat kenduri kawin orang. tak kot. bukannya kita yang dok kat pelamin tu. spent duit tuk blaus kemeja tshirt lagi baik..

Wednesday, March 2, 2011

Baru Baca Perenggan Pertama..dah tau jawapan apa,

Merujuk website DPLI

PENGENALAN : MtesT
: HURAIAN KOMPONEN MTeST
Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
Rasional
Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji (ooo, tersangaat lah terpuji. Semua suka kawan ngan cik. Serius!), positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru (Honestly, tak terpikir pun nak jadi cikgu. Yang jadi cikgu tu set2 drama queen perangai baik depan student. belakang?). INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi (Ini masalah bagi cik. ada kang makpak budak2 ni saman cik), disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Ngeh! cik sengih lebar lebar..

Haruslah HIPOKRIT menjawab soklan exam nanti. tala tala berlagak baik baik kucing dalam dewan peksa.

:)) belum pun isi borang dah berfikiran jauh

GOODJOB cik!


Tuesday, March 1, 2011

Cinta Tak Bersyarat

Tak ada sedikitpun sesalku

Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu


Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu



Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki


Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat


Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat

Kumpulan Element ni kalau nyanyi memang terus tertusuk jantung cik ah.. huhu, sayu jap tingat memori lama.

Masa lagu ni hot cik masih lagi budak hingus kat U. Pernah berkawan jap dengan lelaki kerja pejabat lawyer. Suka kol cik. Cik layan kan aje. Memang nampak dia desperate carik calon isteri. Agaknya dia pikir hampir kertu kot.

Cik Budak hingus lagi time tu. takkan cik 20 dia 29 dah nak kawin kot. Nak kena parang ngn ayah cik! habis duit orang tua tu hantar blaja tinggi tinggi belum pun habis sem 1 dah nak kawen. Gilak ah.

Dengan berat hati. Cik lepaskan dia dan katakan cik tak bersedia tuk komitment apa apa. Masa berkawan tu dia bagi lagu nie. CINTA TAK BERSYARAT. Cik dengar tapi tak feeling sangat. Sekarang baru fikir yang 'oooo, dia cintan kat aku rupanya dulu dulu'. Lembs kannn cik masa tu.

Pastu last dia kol. Cik end up cara baik. Cik bagi dia lagu TEMAN TAPI MESRA....

'~aku punya teman... ah ah ah... yg baik hati..ah ah ah ~ '

hahaha, baik punya lagu sentap hati orang. Dia tak dapat terima. Dia ingat cik ada orang lain kat U. Padahal, kawan laki pun yilek. Sapa mau kawan ngan budak gemuk tak pandai bergaya kannn. Selang beberapa minggu cik try kol dia balik. Dengan harapan hati dia dah terubat dan boleh terima cik sebagai kawan.

Owh,sedih. suara perempuan jawab.

'The number u have dial are not in service.'

ok fine. Kau ada isteri rupanya.
 :P

Kau tukar no fon.. salah cik ke? tak kannn..

Hati tak boleh dipaksa Jaz..

Opps, ter cakap pulak nama dia

:)

abg jaz dah kawin ke? dok mana skrg? anak bape orang?

Aplai Aplai

Weh, pehal pulak cik beli no pin DPLI.. tak penah penah terlintas difikiran nak menghambakan diri menjadi cikgu. alih alih, dengan tindakan refleksi 10 saat. cik membeli jua no pin tuk borang DPLI kat BSN tadi.

Apakah?..

Nak mengajar orang, diri sendiri pun kucar kacir

Nak mendidik anak orang, adik sendiri pun tak terdidik

Nak bagi contoh yang baik, cik bukan lah elok sangat perangainya..

Adeh,

Stigma cik tentang imej cikgu adalah saaaangat kolot. Untuk menjadi cikgu perlulah manusia yang berilmu, ikhlas mengajar, berwatakan baik baik alim... supaya ilmu yang diberi mudah sampai kat anak didik..

Cik?

Bab bab simbah mulut berAsid pandai ar.. ataupun menjuihkan ayat ayat pedas.

Kau mintak ilmu kannn, sekali ajar je.. Tak pandai, gasak ngko lah.. aku penat mengajar wokeh!

Hahaha, bley?

Gara gara 2 orang cakap 'Aplai je, tak rugi apa pun'

Baik, cik tanamkan azam.. ' ala, isi je la macam aku mau audition Jangan Lupa Lirik...suka suka je kannn'

Lama weh tak fotostat sijil cop bagai segala. Nak tadah muka orang mintak sain otograp lagi..

Ish, maleh nya maleh nya...

jap.. Website DPLI pe erk

wakakaka,