Esok famili cik datang KL. Semua turun. Dari keluarga basic sampai keluarga kembang kembangan. campur famili along dan abang. Tambah tolak Uih... 14 orang.. Segerombolan betul...! Ini semua gara gara Sepupu cik nak kawin. Yea umur muda dari cik. dan lelaki.. Gelenya gatai! ok ok tak, jodoh dah sampai. what to do kann. Kawin je lah.
Tapi kenapa orang lain yang nak kawin orang lain pulak dok sibuk carik baju baru. Mesti WAJIB berbaju baru di majlis kenduri orang ke? pakai baju kurung yang pi ofis hari hari tu tak boleh ek. Nanti ada orang tegur ke? Tak paham betul dengan konsep pemikiran orang melayu di majlis kawin orang melayu. See,? berapa banyak melayu disitu.
Agak agak kalau kau berbaju kurung lama ada makcik tegur camni ek?
' eeh, ni baju yang slalu bawak pi ofis tu kann.. patut la lusuh.. takde duit nak beli baju baru ke? tak hormat majlis betul?'
ek, macam tu ek! ada? ada?
Ni, cik punya mak dok sibuk tempah baju dan mulut pun sibuk suruh cik beli baju baru. Cakap 'Jangan asyik lanyak itulah baju ofis itulah baju jalan..'
Lohhh..
mak mak memang suka meremehkan benda benda kecik ke?
adoi, rimas ar.. cik bukan jenis membeli baju kurung pun. bukan sebab SAIZ. ada je saiz jual yang dah siap.. Cuma cuma, takde perasaan ingin memiliki baju kurung banyak banyak. Cilok along punya sudah! dia banyak koleksi..
Jimat
Heh!
Lagipun, cuba fikir logik. Kita datang kenduri orang tu cuma datang makan je. keluar keta mengadap panas terik mentari. mekap pun boleh cair. Cari kerusi. Duduk. Makan.. Dah siap makan.. Carik mak pengantin salam. Dapat doorgift. Pastu balik. kalau sedara mara tu. Lepas makan pi dok tepi acara mengumpat APA YANG TAK KENA tentang majlis kawin tu bersama sama makcik2 lain. HEh, melayu! nak tolong basuh pinggan, kang staff katering tak keje pulak. Habis buat apa je, KETUPAT la lagi baik.
Maka, perlukah baju baru? kalau 1Syawal mungkin perlu. kalau setakat kenduri kawin orang. tak kot. bukannya kita yang dok kat pelamin tu. spent duit tuk blaus kemeja tshirt lagi baik..
3 comments:
aku la tu berbaju baru...pada aku bukan kemestian..tapi feel dia lain..pastu aku pakai gi keje pulak...sama je..sblm ko paki gi opis..pakai gi majlis dulu...untuk orang yg ke opis always berbaju kurung ...aku setuju
Heehhe..
Bila beli baju baru, dapat bawa ke opis plak..
Tapi kalo orang ke opis jarang bebenor pakai baju kurung, mungkin terasa membazir di situ.. hehehe
hahahah aku pun sama macam kau.. selalu pow baju kakak or sepupu aku.. tak pun pakai baju kurung zaman 10 tahun lepas.. wahhh sesak giler bunyi!!
alaa kau beli je baju 1-2 yang memang khas untuk majlis kawin2.. asal ada je majlis, ko pakai baju tu..
-KuraKura-
Post a Comment