Friday, March 18, 2011

Kesilapan Teknikal Seorang Manusia.. Apa Kau Buat!

Cik sayang henfon cik. Walau cekai tapi berbangga punya henfon. Kau sayang henfon kau tak?

Kau pernah tersalah kol orang tak? tak pun tersalah hantar mesej...  cakap pung pang dengan konfiden last last dia kata 'wrong number' then terus kau cancelkan kol. Malu punya pasal..Ada? heh, tak gentleman la kau..ce cakap sori then bye then baru cancel... bila mesej pulak, kau ngumpat si A dekat si B terhantar msj kat si A. Hah, ambik kau. Masa bertemu PAGAR dengan LEMBU.. tercucuk hidung kau sendiri..nak ngumpat orang sangat kannn..hahaha

Masa mula mula cik guna henfon. Cap Nokia model 2210. uih tu hebat dah time tu. 8 tahun dulu punya cerita ni. Tangan melilau nak tekan butang mana. Dalam tengah test power henfon baru. cik taip perkataan 'sayang awak' then buat buat sent kat kawan cik, ANIS..

dulu mana tau message delivered berfunction. mana tau dah sampai ke belum. Kawan cik buat dek je. pup pap pup pap...

along cik kol. Dia kata..

awat gelenya sangat hantar mesej kat abg long nih. Kau tau tak tu laki aku- along

Lor, ape ni tak paham la..- cik

kalau kau gatai sangat carik yang seusia dengan kau. jangan laki aku pun kau nak cinta- along

E eh, ini sudah lebiy

Long, ko pehal.. tetiba serang orang nie. tak hingin la abang long...- cik

Dia cakap cik salah hantar mesej. SAYANG AWAK..

Gilak!

rupanya dalam contact cik tersusun nama begini

ABG LONG
ANIS
AZU

Tersalah sent la tu. hikhik!

Dont worry long, itu kesilapan teknikal semata. memang la sayang abg ipar sendiri tapi bukan in that WAY....Relaks la,  i dont love your husband. Simpan la. hak ko pun. In fact not my taste pun. Hitam legam pendek. heh memang tak la. Lagipun Takkan la nak compete dengan kakak sendiri kot. sebab tau kau mesti goyah punya kalau bersaing ngan cik. Cik kan lagi cantik dari kau. hek elleh.. takat abang ipar apa kelas. Takat laga laga siku mintak belanja makan boleh la. nak sayang cinta.. Doww, tak IN langsung.

Tak ke lawak tu  bila perasan mesej salah hantar. lain kali tangan tu jangan laju sangat. tau la ko expert bab tekan keypad ni. Lagi pulak sekarang henpon apa tu ANDROID?! canggih sangat kann..
tapi kesilapan manusia teknologi takleh block pun.

Kau kalau dah salah mintak maaf aje. bukan disengajakan pun.

Ini dulu punya cerita

ok bye!




1 comment:

EZAN IDMA said...

haha :p terslah pulak. weee