Monday, March 21, 2011

Perihal Orang Kurang Sensitip

Bila stress tanpa sedar cik makan terlebih had. yes, itu memang cik akui dari dulu. tapi habit ni tak dapat lagi cik tinggalkan dengan sepenuhnya. Tu la pasal badan cik cenggini je. Diet yoyo o pun tak jadi apa. Kau bayangkan waktu lunch dah makan nasi sepolestrin bangang ada hati lagi makan 5 keping roti butterscotch. Takde istilah kenyang time bermasalah. bahaya cik ni. Kalau tak berubat nampak gayanya sampai ke tua la aku gemuk. ok done.

Ini kesah perihal orang kurang sensitip pulak.

Dia Suruh cik beli lense. Kononnya kat KL contact lense tu murah. Dan, disuruhnya pos. Dan suruh pos laju wokeh! tak dan dan. apa ingat cik ni robot-ber-courier? ok fine, cik buat jugak memandangkan kawan kann.

Selang seminggu barang dah selamat sampai. Bila tanya bila nak bayar, dia boleh tanya 'belum bank in lagi. xxx nak urgent ke?'. ha ni memang nak kena lah nie. Weh, aku dulukan duit beli lense kau boleh tanye aku nak duit urgent ke tak! masa nak beli kau reti pulak guna mengURGENTkan kat aku yea. Time kau bayar liat pulak ek. Dan cik biarkan mesej tu tak berbalas.

Selang 4 5 jam gitu, dia mintak no akaun. Abih yang tiap tiap bulan kau bank in kat aku tu apa? bagi lah jugak no akaun tah keberapa kali. Paham pulak kau nak bayar yea?

Pagi tadi dia mesej kata dah bank in. Bila tanya berapa dia bank in? kau tau dia jawab apa?

'RM40 lah, harga lense tu kann?'

Eh ,hello.. ? memang la harga dia RM40, yang kos pos laju tu kau tak reti nak kira sekali ke?

Ini la malas tolong kawan nie. Memang la cik niat nak tolong. tapi tiap kali tolong cik kena keluarkan kos penghantaran tuk membantu orang beli lense murah punya pasal. Itu apa kejadahnya. Aku tak cas kederat aku dah cukup baik ok. Tapi tolong jangan paksa aku menderma kos yang aku rasa tak patut bayar. Adakah cik bersifat KEDEKUT disini?

Tiap bulan macam ni sengkek la aku wei.

jap, KO TAK PERNAH BELI BARANG ONLIE KE? ATAU KAU MEMANG INGAT POS MALAYSIA TU FREE-OF-CHARGE SERVICES..

orang macam ni apa yang patut kita cakap. Ayat paling cantik yang boleh cik bagi. Kawan baik a.k.a kawan kamcing jugak la

Any idea?

tolong cik,

2 comments:

KuraKura said...

"woii woiii apo kau ingat postal charge tu aku bayar dengan kenyit mata kat abang posmen ke? Sila bayar ye".

Kalau betul dia kawan baik ko, dia mesti tak terasa ape yang ko cakap.. Nak tolong pun hagak2. Kalau orang berkira sangat ngan kita, sila jangan tolong lagi pasni

intandayani said...

pndpat cik la ckp direct je kt dorg tu aku mls nk tlg da...tiap kali aku tlg aku gak yg kene kua kos courier..ape kes igt ni welfare ape...kang smpn dlm ati bley jadik gile...