Tuesday, March 29, 2011

Gosip Artis

Kau layan gosip gosip artis? Cik tak.. kadang kadang tu terjerumus jugak. kawan kawan cerita tak pun tertengok MELODI..

Sebab kalau cik layan sangat habis semua luar dalam cik seranah. Lagipun, ada kena mengena dengan hidup kita ke artis tu macam tu artis ni macam nie. Ada? kalau artis tu adik beradik kau. atau sepupu sepapat kau.. cik boleh terima. nak jugak dengar dia tu pasang sugar daddy ke tak. muehaha..!

Baik kau layan berita semasa. Yang lagi bersangkut paut dengan kau. Contoh Radiasi kat Jepun tu. kurang kurang kita tau tahap nuklear tu terkesan sampai Malaysia ke tak. Tapi tapi... Jangan layan berita tv3.. Kisah politik je berlambak. Tak habis habis la attack yang bernama pemimpin (KONON!) dengan scandal seks. Scandal duit masuk poket orang taknak pulak kau bongkar sampai liang lahat kann.. MANUSIA.. heh!

Nie, sejak akhir akhir ni gosip manusia keliling cik punya la banyak. manusia itu begini..manusia ini begitu. Tala bawak mulut ke mulut memang la sedap. Tapi kau pernah terfikir tak kesahihan dia. kau nampak dengan mata kepala kau sendiri tak?. Lagi satu, kita tak rasa apa yang dia rasa. bab menuduh memang pandai. Tapi itu hak dia. jalan hidup dia. biar dia tentukan sendiri. Kau jaga tepi kain kau sudah. Jangan sampai terlondeh.

Takut kemudian hari kau digosipkan lagi teruk dari kau gosip orang tu sekarang. What Goes Around Comes Around..

Ok bye..






No comments: