Monday, March 7, 2011

Anak Makngah Mulut Manis Sudah Selamat Jadi Suami Orang

Kenduri anak pakngah cik berlangsung 3 hari berturut turut. gilak ar.. penat tgk pengantin yang sama. Malam jumaat- akad nikah. Sabtu-belah perempuan. Ahad- belah lelaki. Kesian ke pengantin. muka dah supe telur tembelang. Senyum paksa sepanjang masa.

Tahun lepas pernah cik cite pasal keluarga pakngah ini. yang punyai isteri mulut kurang censor. Kalau rajin klik di entry dulu2 ini..
http://cikxxx.blogspot.com/2010/09/perkembangan-raya.html
Time tu cik marah sangat. Tapi sekarang dah cool. Sudah siap sedia apa nak buat kalau makngah sembur lagi kat cik. Tapi tidak. Dia sibuk. tak sempat nak teleng tengok cik pun. Hahaha... dasar mak pengantin memang gitu.

Bila makcik makcik berkumpul. Biasa la ayat tuju kat cik. 'ko bila lagi?'.. Kali ni cik jawab dengan senyuman manis. Dalam hati cik cakap 'Maaf, tiada jawapan tuk soalan anda. Nah senyum kambing aku derma kat ko'.
Biasa la makcik makcik. Mau tengok anak dara join the club sama sama. Boleh cite dalam kain suami. heh!

Sepanjang main kawen kawen ni, ada cite kontroversi. tapi tak nak membuka aib orang. biar le cik simpan sendiri. Alah, cite bese2 je. korang pun lalui benda yang sama kot. Tapi kalau cite hot hot tentang cik. heh, akan cik cite sampai ke liang lahat. walau mata korang rasa jelak membaca nya..

Haha..

nanti nanti la entry kendian..





No comments: