Tuesday, November 30, 2010

Bila simpati Beraja Dihati...

JADILAH BEGINI.... menutup hidung tahan nafas bila mat bangla terkentut.

hikhik

Monday, November 29, 2010

Sport Toto Tempat Gambling... Cik?


Selain Fitness First dan Celebrity Fitness, fitness ni pulak cik terjah.. Di invite oleh ofismet sebagai special guess hari sabtu lepas.


Muka orang sedang menunggu. Citt, boleh boleh tak suke tunggu orang.
Jadi try datang lambat. cis, last2 terpaksa tunggu jugak dia..
takpe, guess artis terpaksa sabar menunggu, jgn lagak diva yea kawan kawan

Fitness ini berada di tingkat 6 Berjaya Times Square.
Datang la..

Peralatan yang ada. Equipment dia sikit tapi lengkap. boleh la nak rebut rebut ngan orang bila weekdays. boleh berlari atas treadmill smbil tengok star movie


view dari pandangan atas. Toilet dia kat atas. Lupa lak nak snap dalam toilet dia. Macam bese ada jamban, bilik mandi, sauna, bilik stim, hair dryer dan loker macam bese la.

Tempat ni comel je. kalau time ramai tak tau la berebut camane. Masa nie cik pi hari sabtu. weekend tak ramai orang katanya. Menurut kawan cik, kelas selalu dibatalkan. atas sebab musabab trainer selalu train tempat lain. Boleh ea camtu.

Fees dia sebulan RM100, tiada kontrak, jadi boleh terminate sesuka hati tapi kena bagitau awal la. Deposit bayar RM400, dan 3 bulan seterusnya takyah bayar. Dia tolak duit deposit tadi. pastu, towel tak disediakan. bawak dari rumah yea. Pastu, kalau korang tak kisah dengan nama dia atau sumber bisnes dia yang lain lain tu. sila join. Sebab fees dia agak murah berbanding fitness lain lain kannn..


Decision is urs..



Seoul Garden

Ada orang tanya DIET HANG LAGU MANA,?.. Tiada jawapan spesifik boleh diberi ketika ini. Dengan kerja cik sebagai promosi jualan restoren restoren di Sungai Wang :P . Agak payah untuk mengekalkan keseimbangan diet seperti selalu... muahahaha, kecut tengok penimbang 20sen merata tempat skrg nie.

Setelah menjelajahan di Sungai Wang, hari ini mari kite keluar dari confort zone ye adik adik (pondan). hehe.

Hari ini kita jelajah di IOI Mall pula. baru dua kali jelajah mall ni. Kalau tak kerana kawan cik bawakkan memang tak le cik pi. takde keta kannn. Asyik jalan menggunakan Lrt kannn. jakon jap tgk senibina IOI Mall.. macam Kelly Castle. haha.. sadis tul hidup aku tak penah jejak IOI Mall..

Ok, kita ke,



Seoul Garden. Berangan jap macam winter sonata. Jakon lagi Cik. apa yang pelik kat sini..sebab atas meja ada nie,

selalu nampak steamboat je kan. Ni steamboat sekali ngan kuali panggang. Sejibik macam kat korea. Bakar seberapa banyak kita nak.. heaven gilos. Jakon lagi sebab boleh main bakar bakar.haha. Lagi satu sila guna chopstik. kalau tak pandai buat2 pandai je lah. sebab sini sume guna 2 batang kayu itew.

Kat sini pelbagai variasi makanan laut, special marinate daging dan ayam, segala tauhu2, segala sambal tak pernah jumpa, segala sayur (kimchi pun ada. tak lalu weh) ABC wat sendiri, Aiskrim, dan free flow drink. Dengan harga Serendah RM34 seorang. Jamu lah korang sampai muntah. pendapat cik tentang restoren ini, kalau korang nak makan pi la makan. hahaha, No Komen sebenarnye. sume sedap cuma jgn amek sotong marinate.

Bila rasa diri ini sangat tua. Adegan berjalan jalan di shopping mall dikurangkan. dan marilah kite lepak kat kedai makan berjam jam dengan aktivit buat ketupat. wah, tambah lagi sebakul dosa. dan tambah lagi berat cik.. wahahahaha




Friday, November 26, 2010

Air Sedap


Ni air GUAVA n HONEY DEW ICE BLENDED. hanya di dapati di MAMAK VILLAGE.. Sedap gilos...
Disini dah jadi port terbaek wat ketupat kat Sungai Wang..

Kawan Cik gelarkan air ni AIR POTONG KAKI.. manis gilos... hahahaha

Thursday, November 25, 2010

Legend Of The Guardians


Semalam GSC Maxx buat free screening sempena perasmian panggung baru. Ada 3 cerita. Avatar, Guardian, dan satu lagi apa tah. Yang pasti sume 3D.

Owh, nak cite. Times Square sekarang ni dah takde Imaxx. GSC amek alih. So sekarang nie GSC ada 3 panggung. Tingkat 1, 3, dan 10..

Boleh boleh cik ngelak dari tengok 3D. sebab kuar panggung sure jalan huyung hayang mabuk todi.. Tapi dah orang ajak. kite pegi je la..

1st masuk panggung bekas imaxx nie. Gile besar hall dia. Macam ada award je rasa. Yang penting puas hati walau cite ni bukan favvy. anime, what u aspect.. kena pikir byk kali sape ni sape ni. muka same je sume.. owh, cam melalui suara je la..

Lagipun cik tak pandai imaginasi lebih2.. akan banyaklah soklan diajukan lepas tonton. Yang pasti terbaek. Credit thanx to AhMan. Tak sia sia terjumpa u kat Starbuck...muahaha, siap banje popcorn besar gedabak lagi.. kami tak habis mae..

Cik dok ngn kawan AhMan...... owh, awak sangat baik awak tau tak. even tak sembang byk smlm but i lioke... Owh, hati mengedix sudah kembali. Pada insan tertentu je la.. hehehe


Kami berempat tapi gambar ber2. Jejaka sila tunggu tepi..
specs buat pala pening :(


Cerita yang hanya tengok DVD..
gile ketinggalan



Kesah Kedai Jamban Lagi :p

Aritu kita dah tengok promosi restoren TBOWL... menyelerakan bukannn,..tak tahan tengok komen korang.....

Hahahaha.,

Kali ni mari kita saksikan kesah sebenar restoren ini..

Marihhh....

Muka hadapan kedai. Cik berada di Mamak Village. bersebelahan ngan TBOWL... Ada sit dalam dan luar. Euwww, berselera! mau lagi menyelerakan?

marihhhh

Set kerusi yang menarik bukan. Kalau letak kat tengah laman nie mesti cantik
takyah berebut berak waktu yang sama

Rasa rasa tengah makan nak terberak. Bukak menutup biru tu. Boleh makan sambil uk uk. :)


Pengunjung setia restoren ini. Eeh, macam ofismet cik ar..
"allu, u makan sini mae?"
Spy intipan terbaek di celah pokok daun... hehe
Sila lihat mangkuk kuning atas meja tu...
hmmmmm


Lagi pengunjung setia yang tak perlu di sangkal...
weh, apesal korang tak dok kat jamban hah?
rugi wooo
info terbaru,
gelas diorang atas meja tu pun bentuk jamban. cuma style panjang dan tinggi.
tuk punggung yang tirus kot..


Ni snap-an gambar sebelum order cik sampai. Sumpah masa makan kat Mamak Village tu muka cik ngadap depan je. tak toleh ke kiri langsung. Nasib ada pokok dedaunan jadi pagar antara dua restoren. Kalau tak maunya cik loya2 tang tu jugak.

~ Sape tokey kedai ni memang cik band siap siap.. Ko sangat pengotor... Ciss







Tuesday, November 23, 2010

Terlalu Kreatif Sampai........ Hurmmm

Semalam lepak kat Mamak Village Sungai Wang. kedai mamak yang punya ice blended sour sop paling sedap diabad ini. Harus try lain lepas ni. Takde menarik pun. kedai mamak bese2 yang korang boleh jumpa kat mana mana. cuma ini bersih gred A.

Yang kepelikan terserlah adalah restoren sebelah. cik dapati begitu ramai pengunjung tiba. Siap beratur tunggu giliran di serve. hmm, mungkin something interesting.

Nama kedai dia,

T.BOWL

Hidangan Istimewa,

wow, banyak pilihan disini


Burger-Istimewa-Dicalit-Tahi


Udang-Lemas-Dalam-Mangkuk-Jamban


Cacing-Kuning-Berserakan-Dalam-JambanPink


Cis-Kekuningan-Pasti-Cirit-Special

Antara komen Pengunjung Setia,


'Feel seperti makan di jamban rumah sendiri.. nyummmy' ~ Ah Man bukan nama sebenar


 ' Sedap sehingga Daging lekat di celah gigi ' ~ Mommy Swee Leng

' Mommy, saya nak terberak. Boleh berak sini?' ~ Swee Leng


Ada 3 Branch Di Malaysia, Korang boleh try..

:P











Monday, November 22, 2010

Orang Terpenting Dalam Hidup Ini


saya nak jadi orang terpenting dalam hidup mak ayah saya
saya nak jadi orang terpenting dalam hidup adik beradik saya
saya ingin menjadi orang terpenting dalam hidup kawan kawan saya
saya ingin menjadi orang terpenting dalam kerjaya saya
saya ingin menjadi orang teramat penting dalam hidup suami saya (takdek calon).. mintak sorang?

kerana saya merasakan saya orang yang mudah dilupakan dalam hidup orang lain

dan

saya merasakan saya tidak diperlukan dalam hidup mereka ketika mereka susah

adakah

kerana saya tiada daya pemikat?
kerana saya tiada x factor (mcm artis2 tu)?
kerana saya orang yang boring untuk berdampingan?
kerana saya bukan orang yang boleh diharap untuk membantu?

Tolong

Tolong ingatkan dunia yang Cikxxx masih ada...

Thursday, November 18, 2010

Cik Suke Gambar Nie. Tepuk tepuk..

Ni macam angkat bakul sendiri lar. ye.. versi mempoyokan diri. sila kutuk ea..

suke lor gambar nie. supe orang lain. walau pun tak cantik mana..

kepada mata mata sepet, pipi tembam, hidung penyek. korang boleh tangkap gambar angle cenggini. InsyaAllah, korang nampak lain. pipi kurus, mata besar dari biasa, dagu kurang lapis. (walaupun tenung lama nampak macam wanita terencat sikit) hmmmmm..

owh, senyum tu buat senyum manja tau. sure korang berjaya buat aksi menggoda. dan sure pakwe2 korang puji melangit. silakan


Aksi muda remaja sweet-15 lah kunun..


~perasang

Maaf Para Dieters Sekalian

Cik tak cite pasal diet dah sekarang. sebab.... sebab.... sebab.... diet cik pun tah kemana... malu nak cite wehh.. diet yoyo o cenggini. korang carik la blog blog orang yang kuat semangat dan konsisten. Agar tak terkeluar dari landasan diet korang. Nanti kalau cik berjaya hilangkan lagi 20kg. Baru cik share dengan kamu kamu semua apa yang cik buat. k,

~Stop cite pasal diet tak bermakna cik takmau berdiet. still but not still...
hmmm :)

Ko Klu Tak Suke Org Tu Plis La End-Up Cara Baik

Hati manusia sukar diramal. Benar kann. Cinta tu pelik sangat. Kalau dah suka sangat kat orang tu.. Berbulan bulan angau kat dia. Tah apa suka tah pun taktau. nak kata hensem...nope. nak kata bergaya..jauh panggang dari api. nak kata kaya.. lagi lah tak. Nape boleh tersangkut ngan dia pun tak tau lar. Insan yang dikategori tak punya apa apa. haih, hati... hati.... (bukan kesah cik)

Tapi bila dah tak suka tu.. macam macam benda jadi benci. dulu suka bau dia, sekarang nyampah. dulu suka pandang muka dia, sekarang jeling pun tak sudi. Dulu suka angkat fon dia. Sekarang terus off fon. Ha ngko. penangan benci sudah mari. Tapi hati.. tak boleh menipu. benci macam mana pun kita rasa. Tu semua ego je. sayang tu tetap ada. Betul tak cakap cik! (bukan kesah cik jugak)

kepada perempuan perempuan di luar sana. ni nasihat cik. kalau korang tak suke kan seseorang. atau lelaki tu suka korang tapi korang tak suke dia. plis cakap baik baik ngan dia. slow talk omputeh kata. sebab, perempuan ni kalau buat taik. buruk betul rupanya. serius!

Tak perlu hamburkan perkataan menyakitkan jiwa dia. tak perlu merendahkan martabat lelaki. sebab lelaki ni lain matam sikit. sekali ego dia tercalar. macam macam dia boleh buat kat ko. kalau tak kenapa ada masuk sohkabar cite bf jirus asid kat muka gf. bf bakar gf.. dan sebagainya. itu gara gara cinta lah tu. lagi perit ada bomoh bomohkan. hantar santau la, hantar setan lar. ha takpun dia terus rogol ko. mau?!

Orang perempuan ni terkenal ngan sifat lemah lembut nya. kalau ko toleransi sikit. pasti lelaki tu paham. Dan plis la, kalau ko kategori perempuan cantik. Jangan main hati dan perasaan lelaki. tak kemana deh. plis jangan bagi orang label ko playgirl.

Wahai perempuan, jagalah maruah mu...

~Nasihat tak seberapa dari cik.










Makcik Cina Bengong 2

Dari pagi dia batuk tak berhenti. Batuk jenis yoyo o punye. yang stail loya2 nak muntah tu. Euw.. serius geli dengar. Dia ni jenis takde tangan nak tekup mulut takpun sayang-tisu-habis-punye-orang. owh, dia pasti ada tisu jamban. Euw....Walaupun dia dalam bilik kedap. Tatapi cermin bilik dia menghadap kat cik. Saiko jap kepala nie. fening fening...

Cik yg kat luar bilik dia boleh hangin. Jangan kan boss kecik yg bershare bilik ngan dia tu. Dari tadi tengok dia kerutkan kening. Hahaha, virus apa dah lekat kat kamu ha.. kesian kamu, boss kecik! resign je la. Genap setahun takut dpt penyakit mental je nanti.

Tepat kul 4 tadi bos besar bilik sebelah datang bilik makcik cina. membawa spray dettol. Tah ape tah cakap cina congceng congceng. Rasanya dia perli makcik cina pasal org lain tak selesa mulut tak cover dia tu. boss kecik dan cik berpandangan senyum sinis. Tak lut nye nasihat bos besar tu...

Sebab makcik cina mana ada perasaan. takde malu dia nih. ko buat la apa pun. Mungkin dia hidup dalam dunia bertagline I-seronok-buat-orang-uncomfortable..

Deh, tension dowh cik ngan org macam nie


Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA

sure korang takmau klik entry cik ni sebab just nak wish

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

semoga tahun ini kite berkorban apa adanya..

~cik tak balik kampung pun. stay KL sajork melayan airmata dengar takbir.
huahuahua

Jalan Jalan Carik Air Jatuh

Cik sukee main air. Dulu2 kat kampung suke sangat pi pantai. tahan ombak pastu.. balik tido kroh2.. yang pi tahan ombak apesal kann.. Sonok ko tahan ombak tapi tak benti. Disebalik kesukaan itu ada side effect main air laut ni. badan mengelupas, kulit bertukar tone, kalau pakai tudung tu pipi berbelang. Ish, tak best

Sekarang nie,..sejak zaman meningkat kewanitaan.. cik masih suke dengan air. tapi beralih ke air terjun pulak. sebab air terjun dalam hutan. matahari berselindung di balik celahan pokok. ok done. selamat kulit ku.

Sejak dok KL nie, Dah ceruk mana tah cik jalan jalan carik waterfall. ada tu sampai ke Gunung Ledang carik port baek. yang lain2 area KL ni Ulu Yam, Sungai Congkak, Sungai Rambai, Kanching kat Rawang, Sungai Gabai, banyak lagi kot. lupa dah..Rupa rupanya dekat ngan Ulu klang je pun ada. Kira belakang rumah je kot.

Kat belakang zoo negara ada satu hutan simpan. Dalam hutan simpan tu segala benda tersimpan. Nama dia Kemensah. Pernah 2 tahun lepas cik lepak kat kem Isi Rimba. Maen paint ball kat sini memang heaven babe. Takyah maen dalam padang dia pun takpe. Maen dalam hutan. Shit, serius adventure. pastu tido dalam kemah atap rumbia. bersedia bagi nyamuk hutan gigit. Jangan maen2 ngan hutan. Lalat dia pun kaler hijau. pastu pikir apakah itu lalat atau langau. serius konsiuf binatang dalam hutan tau.

Awal bulan lepas cik melepaskan tensi kat Teratak angah. Sebelum pergi imagine la air terjun 4 tingkat kot. sesampai je airnya macam lubuk je. macam kolam pool kat kondo kondo tu je. tak jumpa langsung air turun turun. dalam pala siap imagine nak wat massage bersama air. Haha, dah sampai kann, maka mandi aje la.. walau hati kuciwa


fesyen sebelum berendam
baju yg sama tiap kali acara rendam

Kami pi ramai, dok kat teratak tak berbumbung ni management Teratak Angah cas RM40 tak silap. ok la takpe, tempat dia agak bersih. kami pun ramai. untuk keselesaan jugak.


Acara berenang
Rugi, ada sape2 sini pandai berenang? meh ajar cik pasai cik reti terapung je. dari dulu sampai ke kertu gini. balik2 terapung sajork. bila mau berenang tah


Lokasi renang


Ada jalan2 refleksologi, ada pondok


ada tempat gayut2, ada pangkin tepi air
kat pondok kecik nun jauh tu ada karoke


tempat penyimpanan makanan
Lepas mandi makan, pastu mandi lagi, pastu naik makan lagi
ada macma2, special dish makaroni cheese
memang penternak lemak berjaya hari tu


bersama geng. sume sempoi. tengah tu tukang bawak keta
love u bro


kawan cik ni harus lah ada kannn
(sedang mengunyah. haha kantoi!)


Team ngeng. Ada lagi yg tak masuk nie.
Hepp, saje la tu takmau glamer

Kalau korang dok area hulu klang, pi la have fun kat Kemensah. Asyik indoor je boring kann. Kite berOutdoor pulak lar. Dekat je pun, keta senang parking. banyak kemudahan kat sini. tak risau kalau bawak anak anak. Bawak pakwe lagi tak risau. hehehe







Monday, November 15, 2010

RM10,000 FOR ME TO KEEP SLIM

Weekend tiada aktiviti di rumah sangat tak cool beybeh. Panas bontot. mana leh dok umah lama lama. mulut ni nak mengunyah je. Jalan terbaek marilah jalan jalan habiskan duit. Duit kann byk.. habis boleh carik lagi. hahahahaha

aksi kaki dan dada tergeliat

Asyik pelancong jepun je snap2 sini. cik pun teringin jugek.. klu malam lagi cantik. 'Tan, sila jalankan tugas photog anda'. bagusss, pandai pose sembunyik lemak belakang. Syabas tuk Cik. ;-).Sape lemak terlebih tu boleh guna aksi ini


Tan harus masuk dlm gambar juga


Tunggu Oder

Ada satu tempat makan kat BBPlaza yg sedap terutama mee kari n telur bistik dia. Hanya yg bekerja kat sgwang je tau port nie. Kalau orang lain tau memang hebat ar. nama dia SERAMbi. taktau nama dia gitu tapi tempat dia serius tersorok...dan seram..


masuk Contest DIGI walaupun bukan pengguna DIGI.. hmm


tekun siapkan slogan

Tu nak lukis orang bolat. pastu anak panah lukis org slim pulak. dah siap snap2 gmbr guna kamera DIGI pastu dia akan upload kat FB.

klu cik menang RM10,000 nak wat ape ngan duit tu

RM10,000 FOR ME TO KEEP SLIM


vote tuk cik vote tuk cik. mudah mudahan dapat pi slimworld.

muahahaha...


SKYLINE


Malam tadi nak tengok Unstoppable. Tapi boleh plak ea TGV Wangsa Walk kata 'arini takdek midnite..takde PERMINTAAN..yang ada cite ni je..tu pun dah 10minit maen'.. weh, korang mau balik keje awal kannn. tu yang sebenarnya.. eleh!

Adus, terpesong niat cik tuk menonton sebab geng cik mau tgk cite tak wajib tonton ini juga. Dah alang2 sampai katanya. ikut je lah janji dia bayar. hahaha.. Sit kami tepi 1st dari skrin. Mau tak terkehel nengok cite. Adus lagi..

Cite dia pasal elien menakluk satu bandar. Alien dia macam sotong. ingatkan mahkluk dari laut ke ape. tapi penonton akan paham la yang dia bukan sotong sebenarnye. Bapak giant punya. Bapak banyak punye

Si 'sotong' ni keje dia sedut manusia bawak ke kapal angkasa. Otak manusia berguna tuk transform tenaga alien2 nie. Betul ke ekplanation ni tah. Tapi tu la yg cik paham.

Scene paling takleh terima akal bila. sepasang couple ni dah tak tau mana nak lari dan redhoo bila alien tu sedut mereka. dengan adegan lagak perlahan sedang berterbangan semasa sedutan dijalankan mereka sempat BERCIUMAN. Wal lah, hebat sungguh cinta mereka. buekk!!

Pastu ada scene tu, laki negro nak keluar dari bangunan menaiki kereta. Bawak Ferrari Hitam hokey. keluar je dari basement, alien penyek keta dia. haha, sayang keta mahal2. motip ko nak tunjuk Ferrari kenapa. siap zoom kat lambang keta lagi. ooo tau dah, berguna tuk spesis macam cik yang buta jenama keta. Mungkin pengarah nak tunjuk mewahnye keta negro tu. Takpun sebenarnye keta tu keta pengarah. hahaha

Neway, boleh layan cite nie walau pelakon dia nmpk berlakon. Cik Cite tak masuk akal ni kureng sikit. agak tak logik di situ. tapi dah free... sonok je...

:) bagi 2 bintang



Andai

petikan dari mana tah

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...


Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...

Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...

Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...

Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...

Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...





Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...

Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...



MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,



"Kau sangat comel pada mataku"

"Kau dah seperti adik kandungku"

"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"

"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"

"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"

"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"



TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?



Andai seorang lelaki itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...



BERANIKAN diri untuk BERUNDUR

GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR

TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!



Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami

Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri

Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki

Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki...



Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,

Andai seorang lelaki itu datang...

Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...
 
~ Ingatan tuk diri sendiri jugak! :)

Update Terbaru Tentang...O

Keje berlambak. Eleh, org lain keje berlambak jugak. Cite cik ni normal la kannn. Takpe.. nak jugak bagitau.

Update pasal ofis cik,

@ Makcik cina suke bersin tu dah ada bilik sendiri. yehuuu.. kurang stress. cik dah bagi stress tu kat boss kecik yg berkongsi bilik ngn makcik cina. gasak ko lar dapat virus resdung cina (bukan bersifat perkauman, tapi memang pun. Ngan cina ni sorang. pengotor habis!) euwww

@ 4 staff baru dikelola oleh staff senior. cik pegang sorang. pmpuan. Budak medik nak try wat finance. Ajar cepat dapat tapi terAdvance lah pulak. benda tak diajar pndi2 pulak buat kepala sendirik. Lesing kang baru tau. Dik, ko tu sementara jerk. Guna pulak SPM je.takyah le keje rajin sgt. Gaji tala tu jugek.
~owh, mentang2 ko budak medik ko pndg rendah kat cik ea. Apa ko igt cik ni sama position ngn ko ker? plez la. cik sengaja takmau show off je yg cik ada degree Finance wokehh!

@ Dalam masa 2 minggu 2 staff lama telah blah dari company ni. Dua2 dapat audit firm. Dah rezeki. Cik bila laie..alahai mesti kena blah jugak gini. Takleh jadi. Mau gak org wat FAREWELL besar2-an tuk cik. takmau heh bertapa kat company ni lama2.

@  Teman sembang cik dah pindah meja. Tiada lagi port pusing belakang tuk bergosip. Boring gilos

@ walaupun nampak macam byk keje. FB, jalan2 blog org, YM semua berjalan seperti biasa. Hehehe HEAVEN beybeh! kat ofis lain taktau ar..tapi ofis cik semua boleh bukak. tggal lagi tak brani bukak bluepages jerk. malu kat staff lelaki kat belakang. kang kata cik gersang pulak.

hahahahaha :D









Friday, November 12, 2010

Apa Fungsi Kamera Pada Cik

Dulu dulu cik akan mengelak dari lensa kamera. Konon konon low profile la. Padahal takut tgk diri dlm gambar. gebu macam pau. tak cantik lar. tak slim lar. Tu cite dulu lar.

Sekarang punya hal, selepas pandai sikit bergaya nie (sikit je ok) menggeletiskan diri selinap kat gambar2 orang. Gedik weh..

Nampak ar beza dulu dan skrg dari segi perangai. dulu serius tak konfident. nampak org nak snap gmbr je cik cepat cepat chow. takpun tayang tapak tangan. aksi 'talk to my hand'..

Bengong ar. tapi skrg satu je teman2 cik heran.

'ko suke bergambar tapi apsal ko tak beli camera sendirik?'

wohoo, pedas. meh cik jawab kat sini

' Aku takde seni mensnap gambar, tangan shacking snap gmbr org.
Aku takmau beli camera dengan alasan aku nak save budget.
Dan klu aku ada camera sendiri harus tak byk gmbr aku dlm gmbr'

Rugi bukan?

Buat ape, yea tak... jadi strategi cik sekarang tempek saje muka kat sume camera org.

Mari!!!!


Terbaru; Aksi Farewell ofismet tghri tadi..
ni buat2 muka baik nie


Aksi sebelum naik bas..
orang ramai kiri kanan nih.. siap dpt pewwwit lagi
seronok dpt pewwitttt..hahahaha

aksi layang layang terbang seberat 80kg
ko berani? cik apa ada hallll..


praktis posing gedix cenggini
motip? mau pose gini masa OUTDOOR WEDDING nantiiiiiiii
Dengan baju pengantin kaler merah

pedulik hape cik kalau bakal suami kaler gelap.
Ada cik kesah!

hahahaha


Thursday, November 11, 2010

E M I N E M ker m&m coklat ;D

Dulu masa sekolah, cik suke betul dengar lagu omputih. Dengar pastu hayati pastu carik lirik pastu print pastu hafal. Masa tu banyak betul masa menghafal bagai. Budak sekolah, mana nak pikir ape sgt kann. duit banje mak ayah kasik. hutang piutang pun takdek lagi. hehehe

Asalnya niat konon nak senang jawab paper English. Ngeh! SPM teruk gak. tak dpt A pung... tapi kepujian lar. So western time tu. Lagu melayu tak pandang langsung. Exist? Scoin? Spin? Sting? Senario? apa tu.. sape tu.. apa lagu diorang. Heh, tak pandang lar.. cekai punya local artis.

Pastu menganjak dewasa baru lar nak blajar2 lagu leleh melayu. Baru lar nak hafal lirik depa. sebab suke karaoke. Dalam karaoke byk lagu melayu jiwang lama. hahahaha

Tadi dengar lagu ni kat radio. Serius masa sekolah cik hafal lagu nie. Lagu rap pertama yang cik hafal sejibik sejiban. Korang ada? sampai sekarang boleh nyanyi lagi tau. Ternyata teknik menghafal waktu sekolah lekat kat pala hotak. Ilmu je kurang lekat. sebab hafal tuk exam. habis exam terus buang kat recycle bin. hehehe


Eminem - "Cleanin Out My Closet"




Where's my snare, I have no snare in my headphones, there ya' go, yeah, yo', yo'...



Have you ever been hated or discriminated against, I have, i've been protested and demonstrated

against, picket signs for my wicked rhymes, look at the times, sick is the mind of the

motherfuckin' kid that's behind, all this commotion, emotions run deep as ocean's explodin',

tempers flaring from parents, just blow 'em off and keep goin', not takin' nothin' from no one,

give 'em hell long as i'm breathin', keep kickin' ass in the mornin', an' takin' names in the

evening, leave 'em with a taste as sour as vinegar in they mouth, see they can trigger me but

they'll never figure me out, look at me now, I bet ya' probably sick of me now, ain't you mama,

i'ma make you look so ridiculous now...



[CHORUS]



I'm sorry mama, I never meant to hurt you, I never meant to make you cry, but tonight i'm

cleanin' out my closet, {one more time}, I said i'm sorry mama, I never meant to hurt you, I

never meant to make you cry, but tonight i'm cleanin' out my closet...



I got some skeletons in my closet and I don't know if no one knows it, so before they thrown me

inside my coffin and close it, i'ma expose it, i'll take you back to '73, before I ever had a

multi-platinum sellin' Cd, I was a baby, maybe I was just a couple of months, my faggot father

must have had his pantie's up in a bunch, cause he split, I wonder if he even kissed me goodbye,

no I don't on second thought, I just fuckin' wished he would die, I look at Hailie and I

couldn't picture leavin' her side, even if I hated Kim, I grit my teeth and I'd try, to make it

work with her at least for Hailie's sake, I maybe made some mistakes but i'm only human, but i'm

man enough to face them today, what I did was stupid, no doubt it was dumb, but the smartest

shit I did was take them bullets out of that gun, cause id'a killed 'em, shit I would have shot

Kim and him both, it's my life, i'd like to welcome y'all to the Eminem show...



[CHORUS]



Now I would never diss my own mama just to get recognition, take a second to listen who you

think this record is dissin', but put yourself in my position, just try to envision witnessin'

your Mama poppin' prescription pills in the kitchen, bitchin' that someone's always goin'

through her purse and shits missin', going through public housing systems, victim of

Munchausen's syndrome, my whole life I was made to believe I was sick when I wasn't 'til I grew

up, now I blew up, it makes you sick to ya' stomach, doesn't it, wasn't it the reason you made

that Cd for me, ma, so you could try to justify the way you treated me, ma, but guess what, your

gettin' older now and it's cold when your lonely, and Nathan's growing up so quick, he's gonna

know that your phoney, and Hailie's getting so big now, you should see her, she's beautiful, but

you'll never see her, she won't even be at your funeral, see what hurts me the most is you won't

admit you was wrong, bitch, do your song, keep tellin' yourself that you was a mom, but how dare

you try to take what you didn't help me to get, you selfish bitch, I hope you fuckin' burn in

hell for this shit, remember when Ronnie died and you said you wished it was me, well guess

what, I am dead, dead to you as can be...



~ tapi sekarang nan ada.. Nak hafal lirik2 ni bukan keje cik. Banyak lagi benda kena pikir kat pala nie. Capacity juga semakin merosot akhir2 nie.

Hahaha, tingat ar waktu muda remaja dulu...


Hilang berat 12.24kg sebab diet makanan ringan

WICHITA - Seorang profesor pemakanan di Universiti Kansas State, Mark Haub hilang berat badan hampir 12.70 kilogram (kg) apabila dia mengambil makanan ringan seperti kek krim, snek, biskut dan bijiran selama sepuluh minggu, lapor sebuah akhbar semalam.
Haub hilang berat badan sebanyak 12.24kg daripada berat badan asalnya 91.3kg
Dia mengurangkan pengambilan kalori dengan mengambil kurang 1,800 kalori berbanding 2,600 kalori dengan memakan kek Twinkie setiap tiga jam.Haub turut memakan bijiran Kellogg's dan biskut Oreo dan minum dua kali sehari kopi espreso.Dia juga mengambil pil vitamin dan makan kacang hijau dan snek Doritos.
Sebelum dia mengambil makanan itu, Haub menganggap dirinya seorang pengguna yang memakan makanan berkhasiat seperti pisang, buah beri dan bijiran. - Agensi

~ Sape nak ikut diet cara ni. sila angkat perut!

Berghet Bater Pudeng

Ko pagi pagi dah nak mengumpat kannn.. haha, perangai paling heaven bagi setan berkeliaran. Ngeh!

Ingat tak ofismet cik yg branded sesangat tu. Sume cite takmau kalah.
Pagi ni dia bawak resepi baru kat ofis.
Dia ni spesis pelat Lisa Surihani. Contoh 'Margi Menargi!'..ataupun 'Gerghak Gerghi!'....
Dengan Bangganya mempersembahkan....

Cik tanya, 'apa ni. kuih baru ker?'
'Aah, 'Berghet Bater Pudeng'!'
erk, tak pernah makan. ko baru create ker
Tergeliat lidah aku dengar ko sebut. takyah sebut byk kali boleh tak. -kutuk dalam hati je la. :P..
'First time buat ni, sedap tak kak?'
ko nak suh aku puji kannnn
'yea, dik. sedap. lain kali buat lagi. Bagi ahkak lagi yea.'

Selang beberapa minit,
sehingga cubitan kuih terakhir
ngeh. ko cakap je puding Rhgoti. Sure cik pernah makan.
Takyah le nak seWestern sangat. Ko sembang ngn org melayu je pung. asal kampung je pung.
Lagipun ko kan pelat. Malu weh nak ckp omputeh.
Malu nak dengar..
hehehehehehehe


Haih........

Monday, November 8, 2010

Romantik Bertukar Ganas

Bila ko mekap beriya, pakai spec mata, liptik liptik bagai. 
Meng imaginekan ko nampak cantik, kecik dan kurus di dalam gambar.
Dan dalam mood angin sepoi sepoi bahasa...
Semuanya musnah di makan gambar...

Feel romantik kat pantai hancur semata demi rambut. Angin sepoi bertukar ganas mencengkam


Rambutku kejung kena letrik

~Owh, cik tukar kaler rambut kepada blue black. Yg perang tu nampak macam bohsia-kat-rumah-mandi-air-karat. So tak IN ngan kulit cik. hmmm :)

Wednesday, November 3, 2010

Kerja Kosong

Cik perlukan keje lain secepat mungkin. ada keje kosong tak kat tmpt korang. bagi cik satu. Tahap kritikal nak environment baru.

owh, desperatenya aku tika ini... :P

Monday, November 1, 2010

Doa Pagi Ini

Harap Bulan ini Cik tak kecelaruan hati, kecelaruan identiti, kecelaruan jiwa..

Please.. give me some air...

Aminn