Thursday, November 18, 2010

Ko Klu Tak Suke Org Tu Plis La End-Up Cara Baik

Hati manusia sukar diramal. Benar kann. Cinta tu pelik sangat. Kalau dah suka sangat kat orang tu.. Berbulan bulan angau kat dia. Tah apa suka tah pun taktau. nak kata hensem...nope. nak kata bergaya..jauh panggang dari api. nak kata kaya.. lagi lah tak. Nape boleh tersangkut ngan dia pun tak tau lar. Insan yang dikategori tak punya apa apa. haih, hati... hati.... (bukan kesah cik)

Tapi bila dah tak suka tu.. macam macam benda jadi benci. dulu suka bau dia, sekarang nyampah. dulu suka pandang muka dia, sekarang jeling pun tak sudi. Dulu suka angkat fon dia. Sekarang terus off fon. Ha ngko. penangan benci sudah mari. Tapi hati.. tak boleh menipu. benci macam mana pun kita rasa. Tu semua ego je. sayang tu tetap ada. Betul tak cakap cik! (bukan kesah cik jugak)

kepada perempuan perempuan di luar sana. ni nasihat cik. kalau korang tak suke kan seseorang. atau lelaki tu suka korang tapi korang tak suke dia. plis cakap baik baik ngan dia. slow talk omputeh kata. sebab, perempuan ni kalau buat taik. buruk betul rupanya. serius!

Tak perlu hamburkan perkataan menyakitkan jiwa dia. tak perlu merendahkan martabat lelaki. sebab lelaki ni lain matam sikit. sekali ego dia tercalar. macam macam dia boleh buat kat ko. kalau tak kenapa ada masuk sohkabar cite bf jirus asid kat muka gf. bf bakar gf.. dan sebagainya. itu gara gara cinta lah tu. lagi perit ada bomoh bomohkan. hantar santau la, hantar setan lar. ha takpun dia terus rogol ko. mau?!

Orang perempuan ni terkenal ngan sifat lemah lembut nya. kalau ko toleransi sikit. pasti lelaki tu paham. Dan plis la, kalau ko kategori perempuan cantik. Jangan main hati dan perasaan lelaki. tak kemana deh. plis jangan bagi orang label ko playgirl.

Wahai perempuan, jagalah maruah mu...

~Nasihat tak seberapa dari cik.










2 comments:

Mimy Hamid said...

pengalaman aku jugak..bila suka kemain...tak suka jeling..kang cngkil bijk mata baru tau..coiiiiiii

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

Tapiii tapiiiiii ade jugak laki gile talak yang tak paham bahasa.. Cakap lembut salah.. Cakap kasar laaaaagi dia tak paham..