Thursday, November 11, 2010

Hilang berat 12.24kg sebab diet makanan ringan

WICHITA - Seorang profesor pemakanan di Universiti Kansas State, Mark Haub hilang berat badan hampir 12.70 kilogram (kg) apabila dia mengambil makanan ringan seperti kek krim, snek, biskut dan bijiran selama sepuluh minggu, lapor sebuah akhbar semalam.
Haub hilang berat badan sebanyak 12.24kg daripada berat badan asalnya 91.3kg
Dia mengurangkan pengambilan kalori dengan mengambil kurang 1,800 kalori berbanding 2,600 kalori dengan memakan kek Twinkie setiap tiga jam.Haub turut memakan bijiran Kellogg's dan biskut Oreo dan minum dua kali sehari kopi espreso.Dia juga mengambil pil vitamin dan makan kacang hijau dan snek Doritos.
Sebelum dia mengambil makanan itu, Haub menganggap dirinya seorang pengguna yang memakan makanan berkhasiat seperti pisang, buah beri dan bijiran. - Agensi

~ Sape nak ikut diet cara ni. sila angkat perut!

2 comments:

myoliza said...

cik,...ade BERANNN, cuba ,..hehe
huhu,,x der pun sumber protein,carbs dia,..boleh kurus gak, tp dia guna sifir kalori input & output,..;D

rumusannya, diet adalah, makanan=kalori intake, active=kalori output,..yg penting kena check BMR diri sendiri,kan.
diff people , diff result. ;D

~NuJie~ said...

salam cik xxx,,
saya foloo n link ye...sebagai pembakar semangat.. :))