Thursday, December 30, 2010

KFC Malaysia Gempar... Jangan Makan KFC Esok



Kerana Esok Cuti PM kasi....

KFCM (KFC malaysia) atau KFC rasa spicy memang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Lagi pedas lagi sedap. muahahahahaha sebenarnya (refer to name Khairul Fahmi Che Mat) :) nice jadi tangan emas malam tadi. Selepas Safee Sali rajin sepak bola ke gawang.  kerana kau kau lah, Malaysia dapat cuti free Jumaat nie.

Tahniah Malaysia menang piala Suzuki. Lepas lawan indonesia 3-0 pastu semalam 1-2. tambah dua dua jadi 4-2.. 

Belek belek gak cite balik tabir si KFCM ni. Lahir 1989.. pangkat adik comel dia ni.. nice. Semalam nampak dia buat keje. jaga pintu gol dengan jayanya.. Lepas ni mintak bonus ea !.. 6 bulan gaji ke 12 bulan gaji ke... heheh..apa kau ingat keje Petronas.. :)

Orang perempuan kalau tengok bola sure tengok pemain kann.. bukan nak tengok game sangat. cik tak lar.. cik tengok dua dua. Kalau game hebat baru pemain hensem. kalau game macam pondan main. hensem mana pun pemain, tak terserlah okk...

Sokong semangat kesukanan Malaysia mahupun Indonesia di padang. Macam tu la.. main gaduh gaduh balik rumah laaaa...

Hasil google, 2 imej berbeza Khairul Fahmi.. penjaga gol Kebangsaan kebanggaan jap..



kini, nice


dulu, not so nice

Pendapat cik, rambut boleh menaikkan x factor seseorang. Orang dah hensem sure la ramai perempuan perhati. Mata sepet lagi... :) cuci mata jap.. niceeeee !

Tengok berita pagi tadi. reporter mintak dia ulas pasal game. OMG, Korean Look kecek kelate. Lagi menambahkan kecomelan kamu tahu tak.. 

to Fahmi, jaga gf leklok,mudah mudahan ke jinjang pelamin.. dan jangan lupa hidup di daratan... :)

Gomo Malaysia Gomo..

~kepada Orge Kelate Cik pinjam tagline korang jap

nice

Wednesday, December 29, 2010

Obses Dieters Marih Baca Nie

Lama tak kuar entry entry pasal diet. satu, sebab cik tak konsisten. dua, sebab WHY cik tak berapa kuat nak selim. Dan ketiga, sedang berusaha melepaskan hobi makan kepada hobi lain.

Dan yes, tak update diet tak semestinya cik dah give up wokehhh.. cuma feeling feeling simpan cite sorang je. korang yang badan besar berniat nak kurus tu teruskan usaha. Jangan Givap beybeh! wehoooooo

Antara tips tuk korang; (nak ikut boleh takmo ikut pun takde sape paksa) feel2 gosip artis je lah hek

1. Minum air kalorinya O bergelen gelen.

2. Makan makanan fresh. sayur buah ayam ikan daging

3. Workout smart not hard. biar berkualiti bukan kuantiti masa

4. Nak diet kena ada ilmu. Banyakkan membaca

5. Ketahui kemampuan diri

6. Jangan amek ubat diet. sekali korang stop, double triple kg ko naik

7. Harus tahu cara melawan nafsu makan. macam cik

8. Makan kerap kuantiti sikit. Bukan 2 kali tapi berpinggan pinggan

9. Banyakkan kaler hijau dalam makanan korang

10. kalau rasa badan tak cukup zat tuk workout, rajin2 lah makan supplemen

11. Excited baca pengalaman orang tuk keep on track

12. Amek tips tips yang perlu sahaja tuk badan korang. bukan ikut sebijik sejiban pe yang diorang buat. Setiap badan adalah berbeza. itulah pentingnya ilmu.

13. Kuatkan Otak dari segala godaan. InsyaAllah semua ok.


On the way kurus tu banyak godaan tu biasa. Kalau ko betul betul nak kurus. Ko kena kuat kat WHY je. macam cik perlu kurus sebab nak hilangkan asthma kronik. Tapi mental tak kuat lagi. tu pasal badan still cenggini. Macam blue hyppo yang comel (hahaha, comel tak tinggal :P)

Have a nice DIET korang... :)

2 Spesis Pelik Kat Ofis

Orang orang dalam ofis ni semakin pelik. Ni staff staff baru punya hal lah nie. Ada mamat mental dan minah poyo. semua semua ni stok sakit mata tengok sakit telinga dengar. Mari cik huraikan satu satu kesah diorang.

Kisah 1: Mamat Mental

Mamat ni usianya 35 tahun, solo, berjanggut ustaz dan kecil molek je orangnya. sape mau berkenalan tinggalkan nombor korang kat ruangan comment. InsyaAllah akan cik sampaikan kat dia.heheh! sebelum berminat sila kaji dulu latar belakang dia. Tiap pagi dia lepak depan 7E kat bawah ofis bersama sebungkus teh dan sebatang rokok. sambil merenung masa depan. sape2 tengok mesti akan toleh dua kali punya.

Tengah tengah keje dia akan pusing kerusi 90 darjah laju laju dan lama lama. Sound kerusi tu memecahkan kesunyian ofis. kadang kadang botol mineral jadi mangsa. di kopak kopak nya bagi mengeluarkan bunyi. lepas lunch hour dia bergendang pulak kat meja. Takpun hentak kaki. semuanya dengan motip mengeluarkan bunyi.

Ada sekali tu kawan meja sebelah cakap 'KO DEMAM EA ?' :))
Cik terpikir camne dia boleh bekerja disini. HR? sila jawab... khabar angin mengatakan dulu dia study kat oversea. tapi tah la, tensi belajar kot jadi cenggini.. misteri!

Kisah 2: Minah Poyo

Minah ni usia 23 tahun. Lepasan Medik dan tetiba juruskan diri area finance. HR? sila jawab.. cik dapat tau dia nak sambung master lepas ni. Dia ni dikelola oleh cik. Ada pape nak tanya akan refer kat cik la. antara ayat yang korang sendiri boleh pikir ape kena ngan minah nie.

'So akak kerani je macam saya ea? ada SPM je ea?', 'akak degree? ouh, company ni amek degree holder jugak lah yea?', 'saya sekejap je sini, bulan 4 nanti nak sambung master', 'akak takde boyfren ke? saya dah ada. kenal kat FB je', 'hah, pc akak kena virus? nasib baik pc saya tak kena'.. What The.. spesis macam ni masih hidup rupanya.

Selalu masuk lambat. Ko ingat ini perusahaan keluarga? ha, suka hati masuk ikut jam kau. antara mesej dia 'akak, hari ni saya masuk lambat. muka mak bengkak.' ok, So ! muka mak kau sakit. ko yang sihat ni masuk je lah ON TIME. Tak habis habis alasan mak dia sakit. tah yea tah tidak. Refer kat boss lar. refer kat cik pekehalnya.

Pastu time keje ligat bergayut ngan bf FB dia tu. bersayang sayang bermanja manja. Dey, ofis hour keje je lah. nak bercinta lepas keje. tak tahan sangat kol time lunch kang. profesional come first when it comes to work. Kalau tak mengganggu konsentrate cik takpe, ini dok depan muka cik wokehh! pang nak! angkat kol kuar dari ofis boleh tak. tak malu ke bagi telinga orang dengar kau berkasihan.

Ni antara dua orang spesis pelik kat ofis. Adakah cik bias? tak kann...
ini tiada unsur cemburu.. serius !




Tuesday, December 28, 2010

28 Disember 2010... Aku Masih Muda Okk

Hari lahir dalam erti kata sebenar adalah tarikh kita dilahirkan ke dunia. Jadi ulangtahun ini patut di sambut bersama mak. Ayah pun yea jugak. kalau ayah tak letak sperma kat mak. kita takde nye lekat kat rahim ibu. Jadi kita sebagai anak kena berterima kasih kat mak ayah.. (Mak, orang nak bagitau time kasih lahirkan orang...ayah, time kasih terbesarkan orang) heheheheh

Tepat jam 12 pagi mesej2 menderu masuk. Biasa la orang glamer :D... Pastu ada pulak ex ex yang kol.. Pe kes korang kol cik. haaa? (ini lah tanda bila kita orang baik, ex ex akan carik kita balik bila diorang rasa diri bersalah dan takleh hidup tanpa kita. KONON) ~ muntah la korang baca ayat cik nie... :P

Tengah bersiap pagi tadi, mak kol wish happy birthday. Tahun ni dapat ucapan spesial

" Selamat Hari Jadi anak mak yang ke-25. Dah tua, tak sedar diri lagi ke. bila mau kawen? Jangan garang sangat.... lelaki takut dekatttt... takut nak masuk meminangggg... "

hah, pang sebijik. Pagi pagi dah cite jodoh.. Ni ayat tak terucap. Nak puaskan hati, ucap kat sini je la..

" Mak ! part jodoh ni mana leh paksa. sebab tekanan sebeginilah orang terpaksa menggedix perlu kahwin walau orang rasa selesa je hidup membujang sekarang nie. Takde sapa larang orang nak buat apa. Takpe, satu hari orang cium katak. biar dia bertukar jadi putera raja. Nanti orang kawen ea"

ouh, tambahan.. lelaki zaman sekarang ni tak sama seperti lelaki zaman 10 ke 20 tahun ke belakang mak oii... Kualiti sudah low laaa.... mau kualiti kena sabar sikit... :)

Kondisi kesihatan cik tak stabil dari semalam. Sakit tekak, badan panas, perut gastrik. Ouh, mungkin nak membesar kot. beralih tahun. hehehe. Tapi ku gagahkan jua pi ofis semata nak tunggu wish wish dari alam maya dan ofismet. hehehe.. niat menyimpang biase la kann.. dari keje yang melambak lambak ni.

Cik wat kek batik. itu je yang termampu tuk menjamu ofismet, hosmet dan boss kecik yang nak benti hujung bulan nie. Harus pandai timing agar poket tak kuar banyak sangat. Hahaha, terserlah lagi sifat sebenar. Jadi lunch tadi pi farewell merangkap birthday cik. Ala, makan KFC bayar asing asing. tak effect mana pun. Nyesal cik kuar dari perut mak hujung hujung bulan gini. Takde sape nak belanje cik :(

Dan tahun ni jugak, cik terima wish paling banyak sepanjang hidup. Percaya tak? percaya lah kalau taknak percaya pun takpe. Dari rakan hosmet, ofismet, studymet, rakan alam maya FB Blog V*, dan rakan sosial..owh, tidak lupa jugak dari ex ex. hahaha, tak menang tangan ucap time kasih.. Korang memang rock la.. time kasih menyerikan hari jadi ku..

ok bai,
nak berganyut ngan scandals lama lama... seminggu ni free.


~muahahahahaa














Jue Aziz Kenapa Kau Jadi Macam Nie

Ko nak tayang apa babe !

Cik memang marah sebenarnya. Tapi hal ni serius memalukan kaum hawa. k la, cik bukan la baik sangat nak nasihat orang ni semua. Cik pun bukan la tertutup sangat. tapi ini dah melampau. Adeh, Jue... napa lah ko jadi begini... baju ko ni anak buah aku hak umo 5 tahun pun belum tentu muat pakai tahu.

Pernah ar tanya kat kawan lelaki cik. comel tak Jue Aziz? dan pe pendapat diorang. 'boleh la.. part lain slim, yang part dada tu... nampak macam tak terbawak...' ha, amek ko pendapat lelaki. Dia tengok tang tu je. dah tau lelaki obses part2 tu jangan ar lagi nak show off.. dah dah, sume tau aset ko tu bernilai..

Jue, malu weh aku canang kat sume orang ko icon body yang aku nak. Tapi ko dah calar sedikit perasaan obses aku kat kau...

~ apa beza artis Malaysia dan Hollywood?
jawapan : tiada beza.. kurang kain, kurang benang, tayang tayang tetek


blah ar.... cik langgar bahu ngan korang pun sebelah mata cik tak pandang.
Pendapat cik byk Artis Malaysia otak sempit.



Hari Jadi Yang Ke....Tettttttttt

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada diri sendiri.. (time kasih mak sanggup beranakkan orang)

Esok cik cite apa yang jadi hari ini k... :D

ye, baru nak masuk 25



malu weh

Monday, December 27, 2010

Siapa Dia Nie..? Mak Ai Meletup Letup Semalam Kau Ea

Safee Sali..

Kau Jaga Kaki Kau leklok ea..

Aset tuu....

Wa caya Sama Lu beb..

Jangan Over Konfiden

Nanti Makan Malaysia..

Ouh, jangan pandang remeh pada kemampuan Indonesia tau

Go Man Go !


:)

~ tanda cik tak fanatik pada safee sali (ber Kau Kau sahaja - bermaksud kawan) :P

Cik Tertipu... :(


Ouh, Dok rumah time weekend sangat tak cool. cik panas bontot wokeh.. Ape je benda yang tak boring?..

Sabtu pagi2 lagi amek laptop lepak kat mekdi. Dok surf surf tu.. mamat tukang kemas meja mekdi pandang pandang jeling jeling. Awat, ada hutang ka?.. memang le berhutang. Cik bodo bodo dok situ tak beli mekdi. :p

Malamnya pulak, tahap keboringan cik tahap kritikal. ajak hosmet TIN pi KLCC. tengok wayang jum.. aku bohsanova.... uwaaaa !

Apa Je cer.. Gulliver's travel 3D je ada. takmo, mahai... hak cite biasa punya tinggal sit depan sekali.. cancell

Moh la kita tengok FAIR GAME. mungkin filem aksi yang masih diterima otak.. tiket rm13.. Ouh, mahal sekali TGV time weekend. Bakar KLCC !

Alih alih, filem bercakap dari awal sampai habis. cite pasal pergolakan politik kat US masa sibuk nak bom IRAQ. lebih tekankan pasal cite sorang wanita CIA ni. katanya based on true story.. ye lah sangat tu.. dalam banyak2 adegan ada pulak terselit nama KUALA LUMPUR. tumpang gembira jap. glamer gak Malaysia nie. cik bagi 1 bintang. jangan takde kannnn. 

Serabuk perot Serabut otak tengok cite ni. konon nak fun fun. last last kena pikir berat. Rugi RM13 dowh ! (sifat kedekut cik terserlah :P). Kuar je panggung, perhati yang tengok cite ni sume foriegner. hak pakai jubah2 hitam punya group. Adeh, salah panggung je rasa..

Nyesal tak kuar awal pastu seludup tengok cite kat Hall lain. sama jerk.. korang pernah wat jahat gini tak :P

~cik tak pernah.. hehehe

Saturday, December 25, 2010

Hujung minggu Ini

what a boring weekend. plan takde.. dok rumah panas bontot. dok luar kawan takde..

serius boring. pe nak wat nih..

ini pun wifi kat mekdi. tahap boring amat dasyat nih..

ada sape sape nak kawen ngan cik tak? boleh berasmaradana sentiasa

:P

Friday, December 24, 2010

Xmast Tahun Ni Nak Wish.... tettttttttttt

Sape sambut,,

Pandai Cakap Melayu tak... kalau tak pandai pi dok luar Malaysia... ko tak pandai memang sengal la... cik reti je ckp omputeh.. cuma tak show off je. kang kata english berhabuk pulak..


Dah beli ayam turkey lum? jom shopping petang nie. gila kau turkey besar saiz ayam biasa berharga RM100++... ko dok Malaysia kann.. makan ayam saje sudahh..


pokok hias hias ni dah beli lum.. Gila kau, pokok layu camni pun harga RM499... akai mana? pi tebang pokok sawit. cantik gak letak kat rumah..


Hadiah dah balut lum.. Murah murah sudahh.. janji ada.. to Santa Claus, i wish a HUSBAND. agak agak Santa perkenan tak wish ni. bangun pagi sok sebelah ada jantan.. :P



Pape perayaan pun. kitakan 1Malaysia... I wish you Merry Xmast...

Thursday, December 23, 2010

Toto Sport Fitness Guest Lagi...

Budget dengan sehari datang kat sini boleh workout bakar lemak la.... nan hada...

Tengok Jam la. 830 baru nak lokleh lokleh..
malam okehhh

Last last,

setengah jam di sini


tak smpi lima minit disini
serupa dikerumuni penghisap rokok tegar..
Tak IN ar ngn cik

Pembakaran lemak tanpa usaha. Er, malu nya nak cite.. budget badan peluh peluh tu lemak tanggal la.. motip?

Supaya kepala saiko cakap 'ye, sebenarnya supe tule ngan ko workout jugak. Berpeluh apa'... ada tak mainan minda macam ni. Rugi tak blaja Psycology dulu..

tapi sauna ni sesuai kalau ko tengah stres... release tensi jugak tau.

and the result,


Ada perubahan tak? ke sama je...
ke lagi mengembang

Nak dapat terus badan Jue Aziz tak dapat la.. santa claus pun tak perkenankan wish cenggitu.. tapi timbang ada la turun sekilo. Ni sure turun air punya. takde dehhh lemak la la tu boleh pecah. kannnnn

Patut la lari sakit pinggang. upper body besar dari lower.. so tak balance punya badan. Macam makcik 50an pun ada gak. Macam dah mengeluarkan 3ketul anak pun ada jugak.. :( sedihnya tak reti jaga badan. Kalau dari dulu sedar diri takde la badan mcm ni.


Terima kasih daun keladi invite cik...lagi..  kau memang best.
'Takyah la ajak orang lain pi gym. cik kan ada'...
nada tak malu.




~ Ajak join taknak, free free sume nak.. :P





Hitam Kaler Penyelamat... Kaler Kau?

Pink? Purple? euwwwww.... sangat tak IN tuk cik.. Berperasaan badan sangaaaaaatttt gemuk okk.. plus feel so gigirl...and gigirl looks sooo lembik. and lembik person so merimaskan. boleh?

Badan tengah mengembang bukan masalah.. Pedehal... tutup ar ngan baju hitam. sebelum dpt balik cutting badan selesa. Cik rasa kurang konfiden level sekarang nie..

dah la, gelak la... cik tak kesah.. :))

Arghh, nak outing pun takde mood sekarang ni. korang ada tak perasaan macam ni. Dah dah la makan mengarut ngarut pastu nak blame berat naik. memang shit shit lar .. wahai nafsu makan ! janganlah bermaharajalela lagi.. goooo syuh syuhhhhh !


hitam


Dah gemuk kena ar pandai cover pose..
kalau tak tersembul isi isi lemak


korang yang pernah gemuk dulu sure tau pose gini
amek beg cover perut
budget boleh tutup perut 5 bulan
kannnn
(kurusnye kawan cik...kau tak normal ea?! )



lipat tangan pun tak selesa
lemak mengembang dengan jayanya
(babe, jeles tgk kau pki baju merah.. aku pandang je baju aku kat almari tu )



syhhh, jangan cakap pape
yeye tau...
nak SEDAR DIRI balik la ni :(

Jangan Menjadi Kawan Yang Menjengkelkan..

kau kalau berkawan dengan orang. boleh tak berkawan secara adil dan saksama. Please sensitive pada keadaan sikit boleh tak. Paham situasi orang dan orang akan paham situasi kau.

Ini tak. bila bersembang kau je nak cakap. Jadi pendengar tak nak. ye tau. susah tuk kita pasang telinga. Tapi kalau kau je cakap dari pendahuluan sampai penutup. aku takyah ar bagi conclusion. duduk senyap sudah. but in the end kau akan tanya 'kenapa senyap ni?' ataupun 'pe pendapat kau?'. oh, sangat perlu ke pendapat aku. Bukan kau dah ada jawapan ke..

Ini pun sakit jiwa jugak. Kau kalau bercakap boleh tak tunggu sekejap sampai aku habis cakap. aku cerita hal belum habis titik noktah, kau dah nak menyampuk. Drop to conclusion terus. Dan macam kau boleh baca fikiran aku. Wat the Hey.. otak kau tu boleh detect perenggan terakhir ayat aku ke? wow ! lagi hebat dari censor..

Lagi satu, kau kalau nak bagi situasi tuk memahamkan aku. boleh tak bagi contoh ruang lingkup kehidupan kita. contoh yang mudah paham. Ye, aku tahu kadang kadang aku blur dalam beberapa situasi. tapi jangan expect aku paham hidup kau. kau tak cite dari A dah jump to M sampai Z. kau ingat orang bersituasi sama macam kau ke? orang lain ada life sendiri jugak nak dijaga.

Kau kalau bercakap boleh tak jangan jadi-manusia-serba-tahu. Oh, yang ni sangat pantang untuk aku. kau tahu cite cakap kau tahu. tak tahu cakap je kau tak tahu. takdenya aku nak kondem kau 'ouh, kau sangat ketinggalan zaman kau tahu tak?'.. ataupun sebenarnya kau seronok bercerita yang takde point tuk telinga aku dengar..

~ manusia

Wednesday, December 22, 2010

IKAN Mana Yang Tak Hot Hot Cili

 I ADMIRED U
I ADORE U



BUT



IN VERSION OF








JUE AZIZ
can ar?

:D

Kepada AnonyMous dan Silent Reader... Baca nie


Tujuan blog ni tuk suka suka. tempat luahkan perasaan. Walau pun tak berapa nak luah sebenarnya. Dan cik takmau langsung glamer. See, bukan blog buat duit pun. Iklan klik2 takde pun.

Tau Follower cik tak ramai. Dan tak semua yang nak klik blog ni. Blog bodoh bodoh je. Cik menulis bukan kerana nama. Nak baca cik tak halang.  

Just,... dalam ramai ramai ni, dapat cik rasakan semakin ramai stalker. Dikalangan kenalan rapat cik.. setahu cik ada sorang je wanita cik allowed baca. yang lain tu...nope... Rahsia..

'kepada kawan yang dah jumpa blog nie. Tahniah jadi silent reader aku. Jangan judge aku ea.. aku bukan wanita terbaik tuk dicontohi. Kira ko dah tau isi luar dalam hati aku. Nak komen silakan.. taknak komen dok diam diam.. aku tak allowed ko officially pun. tak kesah Ko detect aku melalui sumber mana sekalipun.. tapi satu je... aku jujur ke aku menipu ke.. jangan dok mengumpat pasal aku.'

Peringatan sebelum pape buruk jadi lepas nie.

bye

Tuesday, December 21, 2010

Sisi Gelap Capricorn... Anggap Je Paham Bahasa Indo


kalau semua pmpuan capricorn berbadan Coneyl Jay ni
maunya bintang lain jeles
:)

Potensi Positif:

praktis, realistis, berhati-hati, rajin, ambisius, cermat, tekun, hemat, bertanggungjawab, dapat diandalkan, mengejar kehormatan (of coz, klu tak maunya lelaki lenyek cik), memiliki standar yang tinggi (satu lagi cik pendengar yang baik)

Potensi Negatif:
gengsi, terobsesi dengan status (ek? cik single.. kamu mahu cik?), terlalu mengontrol (bergantung pada keadaan) atau memperalat orang lain (untuk kebaikan takpe kann) dalam memburu kekuasaan, gila kerja, terlalu serius, kolot, tidak percaya diri, suka depresi (patut ar asik2 pusing ja kepala nie)

Peran favorit kalangan Capricorn:
presiden, eksekutif (nak finance executive..), ayah, orang tua yang bijaksana (tua?)

Dasar harga diri:
karir, tradisi (a.k.a kolot), status, apa yang dapat anda sumbangkan pada dunia (recycle bin :p)
Ingin memperoleh pengakuan melalui:
sikap serius, disiplin, kerja keras, dedikasi, keterampilan dalam suasana formil (nope, cik suka melawak k)


Benar-benar hidup pada saat sedang:
berkuasa, meraih prestasi, membina struktur yang mapan (belum ada yang tercapai)
Mencurahkan semangat dalam:
profesi, kewajiban, tanggung jawab, pertimbangan praktis, mencapai puncak dalam bidang apa saja (termasuk bidang..tettttt)



Hal-hal yang diutamakan:
status, kekuasaan, wewenang, keahlian, struktur (satu lagi... penting diri sendiri dulu)

banyak tak betul ar... hanya cik tahu diri cik...

cik is unexpected person

Cinta Ku Terarah Kat Lelaki Jepun :*... Real Punya Cite

dear TLs
Please be reminded that our Japanese client are visitng from 21-23 Dec.

As requested, all staff are compulsory to dress in office attire.
 
Dapat MEMO ni semalam. sejak bila pulak ofis ni ada dress Code. Habaq mai?.. Setahu cik, diorang pakai ikut dan je. yang melayu ok la berbaju kurung, pakai jeans pun still nampak casual. yang india ngan sari takpun punjabi.
 
Yang cina ni cik tak tahan tengok. Perempuan, ngan skirt pendek baju takde lengan berkasut boot. takpun pakai singlet. tak jumpa lagi la pakai tube. kalau tak maunya buat bobo lelaki ofis ni tegak. Ape? ko nak pi pub ke ! kategori cantik di mata tapi tak sesuai bawak ofis lor. yang lelaki lagi tak tahan. Ada tu, pakai baju pi menoreh, suar jeans koyak atau khakis pastu berselipar. serupa macam gambar kat bawah nie. Gambar ni kita ok la selipar cantik. ni selipar jepun wokeh... imagine yang bawak pi jamban tu. Ha, seluar pun dia lipatnya serupa harung banjir. kes ni sorang je la. yang lain tu kategori waras lagi kowt. takat jeans n tshirt kolar still kasual what.
 
 
 selekeh.. ko takde duit nak beli baju ek? kesian
ke ko kedekut sebenarnye

Tetapi, hari ini. Tak tau cik perlu nangis atau gelak. Yang si selekeh serius orang takkan kenal. Siap kemeja, slack hitam, kasut dan berstokin okk. Baju ber tuck IN. ko ada? betul2 ikut dress code. nasib ko tak pakai blezer n ber tai bagai. Mengalahkan big boss. kalau tak sure cik tukang gelak dulu.


Gini la rupanya mamat tu hari ni
jgn mimpi cik tergoda dgn u..
cet!

Kekdahnya lelaki lelaki selekeh ofis cik nie. dalam setahun 2 kali je kot diorang pakai baju senonoh. itupun kalau ada client besar datang. dan di sound oleh HR supaya ikut dress code office. Ikutkan hati short pant pun diorang mau pakai. Adeh, selekeh gilos..

Cik seperti hari hari yang lain. sentiasa kemas dan cantik. bertambah comel lagi hari ni. Dengan harapan boleh mengurat jejaka Jepun tu.. :P

~ pst pst.. client jepun tu dah mai.. Young, Smart, Tough, Sweet, Look Intelligent and Handsome. Macam Takeshi Kineshiro lak tengok. Auwmmmm !

bye, nak gi ngorat dulu

Monday, December 20, 2010

Cik Nak Jadi Superstar.. Ko Ada

Dulu kecik kecik suka nyanyi depan cermin ngan botol bedak kononnya mikrofon. Imagine ala ala artis kat stage


Artis tunggu turn nak perform. artis pun tunggu turn ko tahu.

Budget konon cabut nombor giliran tuk anugerah Juara Lagu :)


Debaran sebelum naik stage.. butterfly in my stomach la.. See, artis pun pandai speaking tau. kau ada?


Alih alih orang lain yang nyanyi. Adoi :(


Dan lagi.. feeling giler


Hanya mampu berposing je la :(


Dan menunggu turn jika di beri belas kasihan

So tak IN pi karok ramai ramai. tak puas pegang mic. Last last semlm dan sabtu pi RED box berdua dan melalak sampai pengsan

:P





SURE diHEBOHkan

Lagi 2 jejaka tak IN dalam gambar

3 Tahun kot tak pi SureHeboh.. Sampai nama dia pun dah bertukar JomHeboh. Kan? ke cik je yang tak alert.. agak kurang ke tempat ramai orang dan merimaskan ketiak.

Kalau takat nak beli barang dalam plastik kain berharga RM10, cik tak pegi kot. Tapi sebab nak jumpa geng geng pala angin ni.. cik gagahkan jua.

Puteri lilin mana leh dok lama bawah panas terik. :P korang jeles ar tu.. tapi serius weh.. tak nampak tu merah padam dah muka.. euwww, sun burn.. tak IN ar.. tak sampai sejam cik dah ajak sume balik. Ko nak tengok konsert? korang stay ar. cik nak balik jugak..

alih alih sume ikut balik.. kuasa veto jangan main main..

~ jangan simply borong barang RM10 kat Jomheboh. Tengok expired date dulu.. Diorg kan org bisnes. Mana mau rugi mae !



The Soul To Take


Lama sungguh tak tengok Thriller kat panggung. Dan ini genre paling thrill dan sesuai tuk cik yang kurang berperasaan ini. Dan thriller sahaja yang boleh wat cik terkujat kat tempat duduk.

Cite Omputeh ni pasal roh roh... kalau bidang perubatan dia kata split personality. tapi sebenarnya satu badan punyai 2 atau lebih roh. kira dia pinjam badan cenggitu.

Last2 cite ni cik boleh pulak tertidur.. tapi tau gak laa ending dia camane.. Jangan espect dia seram macam cite Elm Street (Freddy Krueger) tu. Walaupun pengarah dia sama tapi impak kali ni kurang sikit.. pape pun boleh layan. cik bagi 2 setengah bintang.

Kak Limah Ce Cita Ce Cita...

Setelah dengar feedback kawan kawan, cik ngagahkan diri tengok cite ni jugak.. muahahaha.. memang suka tgk cite lambat. Lagi nak habis cite tu baru excited nak tengok. :p

Ingatkan lawak bodoh tak terima akal tapi rupanya memang bodoh pun. Nasib baik dia selit unsur perlian paling berjaya pada tahun ini. Mamat Khalid memang berani ar. salute to him.... kalau nak dibandingkan cite David teo yang boleh agak lawak slapstik dan ending yang tak berapa kesan jiwa. Cite ni at least penonton bawak something kuar panggung. Macam unsur perli tuk gomen.

Paling tak leh blah, bila Johan bawak radio kat jamban.. tersirat yang nak disampaikan tu nak perli orang yg hanya mampu karoake box (jamban) jerk. hahaha :)).. terasa gak cik sebab dulu2 layan karoake jamban je... skrg dah up to Red Box, Superstar, Green Box.. :p

Masa tengok cite ni. Cik jumpa couple annoying. Memang sesuai ar diorg berdua. Yang Bfnya gelak macam do...nut... excited nak mampos. tgk iklan pun nak gelak. satu panggung dgr sore dia je. yg gfnya pulak. sore suh bf dia diam sgt lah kuat wokehh.. woi, korang baru 1st time tengok wayang ke.. JAKON ! mengganggu gugat ketenteraman awam sungguh..

~ teng kredit to kawan cik. TQ banje.. nanti banje lagi ye...



Friday, December 17, 2010

Perempuan Suke SusahKan Diri Kann

Menjadi kebiasaan adat dok kat KL nie. Orang ramai dan traffic jam. Salute la kalau sape dok sini tapi tak tensi.. alah bisa tegal biasa. apa ada hal takat jam jam nie. kannnn.. Dan, ramai lah alternative penduduk kota yang berkereta mahupun tak mampu berkereta menjadikan public transport sebagai medium tuk smpi ke ofis setiap hari. Kononnya nak elak sesak.

Cik guna Lrt putra ulang alik pi keje. dan tempat2 sepatutnya lepas keje dan weekend. hehe.. canggih gilos sebab takde driver.. ko ada? hahahaha

ni nak cite pasal penumpang2 perempuan dalam lrt;

Bawak beg kiri kanan depan belakang
Ni spesis bawak beg, bahu kiri handbag , belakang beg laptop, bahu kanan beg recycle jusco (bekal mungkin), tangan kanan jitjit beg ofis (macam lawyer, tapi macam je), tangan kiri jitjit sokabar ngn nasik lemak. cik tak kesah kalau tindakan ko tu tak menyusahkan orang. tapi makan ruang banyak wokeh. pastu berdiri tak diam. beg2 ko tu termasuk badan ko tu bergesel kat orang sebelah menyebelah. ko ada otak pikir la. pe kata ko bawak TROLI jj pundat sume brg2 ko tu kat satu tempat. cik sure sume paham situasi ko. Nasib baik la kita ni dikurniakan 2 bahu. kalau tak maunya dia nak sangkut lagi agaknya.

Pakai heel 4 inci
Tau ko nak tunjuk kasut mahal. takpun nak cover kerendahan ko tu. tapi bila ko berdiri huyung hayang tak stabil dalam lrt pe kes. nak tunjuk ko mampu pakai kasut heel halus pun biar la ko selesa. pastu tak pasal2 terpijak kaki orang. sakit siut... jadi nak naik lrt tu pakai la berpada pada. ko naik keta lain cite.

Pakai baju tak tutup lurah
Ha, ni lagi satu kes. perempuan melayu ke cina ke india ke.. please la pakai baju tutup dada sikit. nak nak lagi yang tang tu agak berisi. ko nak tunjuk aset pun biar bertempat. apa ko pakai macam tu nak goda boss ko kat ofis ke?.. pastu dalam tren ko duduk dan depan ko pakcik tak cukup inci pandang pandang dada ko. ko tau pulak marah. sakit hati.. ni perempuan tak berapa nak cun je wat camni. dedahkan aset yg dia rasa menarik. RASA je la :p

Perempuan bila bertemu Geng
Dia kalau sorang sorang nampak baik je. alim alim kucing je. Bila jumpa geng dia.. Ya Allah, mengumpat sikit punya kuat. ko nak bagitau satu tren ea ape gosip terbaru kat ofis ko. slow slow sudah..

Budak Budak perempuan baru nak kenal dunia
Ha, ni kes sama macam kat atas. cuma masalah tuk perempuan belum akil baligh lagi. standard sek men takpun budak kolej. jap, cik nak tanya la. memang trend sekarang ni ea cakap lantang kuat kuat macam nak marah. contoh ayat biasa ' kenapa ko lambat' tapi ayat budak2 ni 'ko apahal lambat dowh.. aku tunggu lama sial..deeeehhhhhhhh'. dengan kuat dan lantangnya.. terkujat cik. ingat budak gaduh ke hape ke.. Rosak budak2 ni ek.

Nak nasihat tak bape pandai sangat tapi sindirik mau ingat la. Sensitif boleh tapi sensitip pada keadaan. Sure orang pun selesa ngan ko. Pasal ko alert kehendak orang lain.

bye


Boyfriend Tak Boleh Pakai.. Lelaki Watch Out Jumpa Cik

Mood Hangin...

Ni kisah Pak Guard bekas ex boyfriend cik.. Bekas ke? k la, kategori stok geli geli je kot. dia bukan security. Nama tu sempena kononnya dia boleh jaga cik. tapi ko nak imagine dia pakguard jugak. silakan.

Mesej 2 hari lepas di malam hari

Sombong btl la skrg pe kes

Setelah kol dan mesej tak dibalas sejak pagi. Weh, kau tau tak aku tengah keje.. ape kejadahnya campurkan hal ofis ngan peribadi..

Stil tak balas. Dan selang beberapa minit. Dia kol.

PungPangPungPang 5 minit dia cakap, cik diam. Still taknak letak tepon.

Pastu cik letak kol. Dia kol balik. cik ni jenis tak sampai hati tengok hp berdering. sayang kat bateri fon. angkat jugak la kol dia.

PungPangPungPang lagi.

Dey!
ko tak reti bahasa ea. Perempuan kalau dah bagi pelempang kat ko tu tandanya ko tak hormat dia sebagai perempuan, Tahu!

Tahu pulak carik aku balik. ko dah takde perempuan lain ke nak rosakkan.. cet, tak berlaki pun takpe la kalau perangai sejibik macam ko...

Tak sedih, cuma terkilan jumpa lelaki tak respect perempuan macam nie.

Cara layan lelaki macam ni. Jangan maki hamun dia. kite treat baek punya. cuma layan cara halus. kang di mandrem nya ko tak pasal2 pulak.

walau pun cik ni nampak desperado tapi takle rembat sume laki yang datang. perempuan perlu ada maruah yang mahal tahu. Biar yang berkualiti je dekat kat kite. Baru value couple tu up sikit. Entri ni nak bagi peringatan kat korang sebab korang kawan cik. memang nak bukak pekung di dada. Alhamdulillah cik jumpa ramai insan yang salah supaya cik akan menghargai 'insan yang betul' dalam hidup cik satu hari nanti.

~Jangan innocent sangat zaman ni. buat buat innocent takpe. tapi kita tau apa nak buat. sebab dunia ni banyak insan topengkan setan. Jangan ko terperangkap jadi setan jugak dah la..

Nanah Nanah Yang Meninggalkan Parut Tegar

Spesial tuk KuraKura.. aku tau ko nak gelakkan aku lepas ni.. tapi CIK REDHOOO...


Tangkap kat leher je. kang tunjuk kat muka kau tak selera makan pulak

Satu ujian yang perit berkenaan kulit. Cik dapat rasa apa yang orang resdung rasa. Gatal Merenyam seluruh muka. Dan rasa pedih-yang-tuhan-je-tau. Tu la, cik tak pernah pedulik bila orang cite masalah resdung atau jerawat sebelum ni. Nah, sekarang Allah bagi rasa jap. Jadi yang kat luar sana, jangan lah rasa bongkak kalau korang rasa kulit korang paling berseri-tiada-masalah atau kutuk orang yang ada bijik2 jerawat.

Minggu lepas pi keje tanpa sebarang mekap bagaikan nenek kebayan menunjukkan muka sebenar. Owh, komen.. semua maki hamun tahu... 'e eh, awat ngan muka hang?' 'dimana mata galak ko' ataupun 'sejak bila ko mati laki nih'.. takpe cik redhoo lagi. kang touchup mekap lagi naik nanahan itu.. owh, perit.

Yang tak tahan tu, leher tumbuh bintat merah bijik2.. dari jauh ada la macam love bite. WOW, rakusnya lelaki menyangapkan cik.. deeeeh..... dalam mimpi kowt. kalau love bite sebenar pedih2 alang gini.. baik elakkan terus.. ouh, jangan menghampiri ZINA ye kawan2.. dah halal nanti takpe :p

Baru je makan ikan tadi selepas menfobiakan diri selama 2 minggu. ce cek tengok naik lagi tak bintat2 lepas nie. Ke sebab MAK cik masak je naik alergik..

 'nope, orang tak salahkan mak k'

Narnia.. Dah Part 3 RupaNya... Jauh Betul Ketinggalan


Sudah terjebak ngan cite cite imaginasi tinggi.. cik mana IN sebelum ni. Gara gara kawan cik le ni. Takpe, cik layankan aje.. sekarang cik IN..

Sekurang kurangnya dapat asah kuasa imaginasi cik yang tak berapa nak ada ni. Letih nyah nak imagine benda tak ada kat bumi Allah ni. I am more a reality perspektive. Hahaha...

Something new tengok Narnia. Tahniah kat pengarah dia kerana bagi cik paham walau part 1 ngan 2 tak tengok. Berbaloi invest 7 ringgit kat movie nie.

Owh, seorang budak boleh bertukar menjadi naga rupanya.. :P wow, impressive..

The Social Network... throw 'The' Just Facebook


I am Genius. U?

Mark Zuckenberg sedang mencipta sejarah. Iaitu menjadikan Facebook is everything. Dan sape hardcore gunakan Facebook akan ada stalker kat belakang. ko nak? cik takmau... beringatlah add status kat FB..


Thursday, December 16, 2010

Mood Moody Moodest

Tak suka berduka. tak suka tak saka. Spoilt my December beybeh.. tapi apakan daya. kita hanya merancang. sejak 3 hari lepas sedih, sadis, kecewa, blur, mood lari tah mana merasuk diri..

Tengah taip entri ni pun nak genang airmata. tah pape tah mata nie.

K la, nak sambung keje n kenang nasib. bye

caption tak melambang emosi

Wednesday, December 15, 2010

Allah Nak Balas La La ni jugak. Padan Ngan Muka Ko Cik

Minggu lepas cik menyendiri sebab muka ku naik alergik. malu weh nak appear kat blog. kang ko kata cik Hantu kak limah pulak.. gatal merenyam dia Allah saje yang tau. pedih lagi kena tahan. pastu tangan gatal nak menggaru. demi kesihatan dalaman cik lak kan aje.

Tak pernah pernah alergik tau. tiba tiba naik jerawat nanah sekitar muka dan leher. Dan mula la cik menggelupur pi klinik tapi doktor cakap cik kena chicken pox..

'Dey. doktor... aku tau ko india.. tapi ko paham tak yang aku cakap ini kes alergik.. chicken pox satu badan.. aku kes lain..aku bukan doktor pun tau lor' ada ke patut dia bagi cik antibiotik je..

lalu cik meraung carik krim alergik kat farmasi. hamik ko, cik lumur macam pakai bedak sejuk.

Dan akibat takut berparut punya pasal, cik beli pulak Bio Oil yang harga dia tak berapa nak masuk akal tu. Bau mcm krim syurah je.. busuk berbau. harga hebat.. cik pejam mata je bayar kat kasher. kalau result dia tak berkesan harus cik bakar kilang Bio Oil. Wuit, kilang dia kat mana eh?




Friday, December 10, 2010

Kau Berani... Cik Bran..

Tanda telah menjejakkan kaki ke sini.. ko ingat 'jalan jalan carik makan' je boleh. cik pun buleh tau

Dalam sejarah bawak camera pi KLCC. korang ada? perasan pelancong jap


Indahnya klu boleh panjat jambatan tu malam malam. sure bergegar bila tiupan angin kencang


Bermanjaan dengan Tan. pembikinan filem 'Kami Bukan Les' bakal berada di pawagam berdekatan anda


Nak manja tiada tempat tuk bermanja. Nak peluk tiada siapa yang sanggup. jadi tongkat dagu tunggu pinangan..

Nah ciuman manja tuk korang sempena mood DECEMBER cik...
Sayang korang..

~ I feel Romantik.... muawahhhhhhh ! :*

Wednesday, December 8, 2010

Kawin Je Keje Nye... Owh, Ku Rela LepasKan Kau Pergi

Tanggal 4 Dis bersaksikan Felda Kelapa Sawit, Kawan Cik si Tik bertemu jodoh dengan jejaka bernasib baik. Di sekalikan dengan abangnyaa yang sibuk nak kawen jugak. hehehe

Eksklusif ditemani kawan sekampung menyentet di rumah pengantin sehingga majlis selesai. 

 Sebelum puteri mendapatkan puteranya. kuning persalinan bak orang istana. make up pun terbaik. cik sukeeeee..... rambut cik kejung di hari kejadian. buat rosak gambar. cet tak selesa !
Pasangan kelabu tu abang pada Tik. 'ini ke pilihan ko abe weeeey, dulu aku usha ko sikit pung abe tok pandang... ' (ok gurau, tiada hati dan perasaan pun) hehehehe 

  Pengantin peace...Comel nye pengantin nie. ke ko buat buat comel agar tak terserlah ketuaan mu... haha...

Dah tengok pengantin, mesti lapar perut kann. Haruslah melantak. Saje je makan lambat. bagi tetamu chow dulu supaya cik dapat tambah lauk macam rumah sendiri. Aiskrim dalam gambar ini mungkin third atau fourth round. tu belum bapak pengantin tolong amekkan extra bila cik tipu tak makan lagi.. :P

Owh, bapak dan mak mertua tak jadi ku. hancur punah harapan ku tuk menjadi menantu hantu mu. Biarku membawa diri hati yang lara ini ke seberang lautan. Agar hatiku terubat. Hahaha, ada hati jugek ! ini semua gara gara cik ngam kancing gigi gilos dengan mak pak Tik. Masa study dulu selalu bertepuk tampar ngan abang Tik.. eh, pecah lak rahsia.... :P


Adegan bersembang sama si pengantin,

best tak kawen ~ Cik
Tak best lagi. malam kang InsyaAllah. ~ Azm
Bodo la, soklan aku lain dowh. takpe malam ni aku kol korang ~ Cik
Malam ni kami off segala fon yg ada kat rumah ni ~ Azm
Pesanan buatmu Cikgu Azm, 'aku tau ko poyo. sepadan ngan Tik. Ko jaga dia baik baik. Ko ikat dia kemas kemas agar dia tak menggatai ngan orang lain. Kasik can kat aku lak. Bertuah sebenarnya ko dapat kawan aku sebab kawan aku baik. Macam aku jugak'

:)

Tujuan entry ini ditulis nak letak gambar ini sebenarnya. Penting ! ... Agar dunia tau yang cik xxx jugak nak kawen. hahaha.. 

~ pengantin ketepi ketepi.. gergasi sudah kembali... lalalalala


Kawin sudah ko TIK (bukan nama sebenar tapi separuh)
TAHNIAH