Friday, December 17, 2010

Boyfriend Tak Boleh Pakai.. Lelaki Watch Out Jumpa Cik

Mood Hangin...

Ni kisah Pak Guard bekas ex boyfriend cik.. Bekas ke? k la, kategori stok geli geli je kot. dia bukan security. Nama tu sempena kononnya dia boleh jaga cik. tapi ko nak imagine dia pakguard jugak. silakan.

Mesej 2 hari lepas di malam hari

Sombong btl la skrg pe kes

Setelah kol dan mesej tak dibalas sejak pagi. Weh, kau tau tak aku tengah keje.. ape kejadahnya campurkan hal ofis ngan peribadi..

Stil tak balas. Dan selang beberapa minit. Dia kol.

PungPangPungPang 5 minit dia cakap, cik diam. Still taknak letak tepon.

Pastu cik letak kol. Dia kol balik. cik ni jenis tak sampai hati tengok hp berdering. sayang kat bateri fon. angkat jugak la kol dia.

PungPangPungPang lagi.

Dey!
ko tak reti bahasa ea. Perempuan kalau dah bagi pelempang kat ko tu tandanya ko tak hormat dia sebagai perempuan, Tahu!

Tahu pulak carik aku balik. ko dah takde perempuan lain ke nak rosakkan.. cet, tak berlaki pun takpe la kalau perangai sejibik macam ko...

Tak sedih, cuma terkilan jumpa lelaki tak respect perempuan macam nie.

Cara layan lelaki macam ni. Jangan maki hamun dia. kite treat baek punya. cuma layan cara halus. kang di mandrem nya ko tak pasal2 pulak.

walau pun cik ni nampak desperado tapi takle rembat sume laki yang datang. perempuan perlu ada maruah yang mahal tahu. Biar yang berkualiti je dekat kat kite. Baru value couple tu up sikit. Entri ni nak bagi peringatan kat korang sebab korang kawan cik. memang nak bukak pekung di dada. Alhamdulillah cik jumpa ramai insan yang salah supaya cik akan menghargai 'insan yang betul' dalam hidup cik satu hari nanti.

~Jangan innocent sangat zaman ni. buat buat innocent takpe. tapi kita tau apa nak buat. sebab dunia ni banyak insan topengkan setan. Jangan ko terperangkap jadi setan jugak dah la..

No comments: