Wednesday, June 30, 2010

Perihal Mata

Mata merah, bengkak dan sepet. Dah la sepet lagi sepet dibuat nye. 
Mengambil langkah bijak, 
sepanjang Worldcup nak dekat final ni cik guna spec pi keje. 
Klu pakai lense alamat mencari nahas!

Dah la mata ni manja bebenor. 
Tang gelak kuar airmata, 
time ngantuk kuar airmata,
time excited pun kuar airmata. 
Time nangis lagi la yoyo o terkeluarnye.

Sabar ye mata, lepas Final nanti cik kasi kau rehat cukup2...

Demam Baru Nak Panas



Tutup kejap cite DIET. Mari kita layan cite BOLA..yeyehhh

Cik seumpama hidup di alam avatar. Dah tak tau mana Realiti mana fantasi. Rasa macam life malam2 lagi hidup dari life siang. life depan tv layan bola lagi best dari ngadap pc kat ofis.

Layan striker2 team bola lagi best dari layan muka mamat2 melayu. Hahaha..

Yang pasti sanggup tidur tunggang langgang dari termiss game cik suka.

Inilah dinamakan demam worldcup.. walau baru nak start demam panas

Cik Sukeeee..tehee

Tuesday, June 29, 2010

Tahap Konfiden Anda



Soalan Kepada Anda yang Berisi/Comel/Gemuk/Chubby dan seangkatan dengannya.

Berapa tahap confident Level Anda.
1-100% 
Kamu berada di tahap mana?

Dah Bagi Betis Nak Peha

Dey, ko suruh aku upload aku upload. Tak sabar2 nak pampang gambar kelah kat FB kann. Bile aku dah upload, banyak bunyi lak ko eh. Aku upload 20 keping je. semua aku letak gambar senonoh dan semunggah. ko tau tak bape lama aku nak upload tu. lama loh.. berpeluh peluh aku.

ko pulak senang2 bagi komen mengarah kat aku. 'xxx, yang ni tolong delete ek'...ha, yang ni pung'...'yang ni skali'.... weh, upload sendiri ar lain kali. banyak bunyi ar ko. aku bukan bibik ko ok. byk lagi keje lain aku nak buat nih.

last2 cik buat private only me. ha, amek ko. nak, ko upload sendiri. memberatkan FB aku je...
bye..

Monday, June 28, 2010

Sungai Tua Ulu Yam

Semalam Ke Ulu Yam

Momen yang hebat.....

Friday, June 25, 2010

YongTauFoo memanggil

Petang ni nak pi pasar Jelatek. Dah aim YongTauFoo murah abg tu. Siap ar kau cik sergah kang.
Hahaha,

Kalori? belasah la labu

Thursday, June 24, 2010

'Galaksi Sharp' kelakar giler!

Malam tadi tengok astro Ria. Cite game show terbaru tajaan Sharp. Tajuk dia GALAKSI SHARP. Pengacaranye Johan Raja Lawak. Mengekek tgk. Ala2 game jepun yg lucu dan membodohkan diri. tapi ni tak bodoh sgt, enjoy je pasal made in Malaysia.

Semalam peserta dia 2 kumpulan. Khai Af dan Nas-T satu group. Noh Hujan dan geng dia satu group. siap kena pakai costume. smlm tema watak kartun. ada jadi Goku, Ninja, Naruto.. semua sporting habis.

Pastu gamenye memang fresh, tau je la bile Johan melawak. Macam2 aksi dia suh peserta buat. Tak sangka Noh pak lawak gak orang nye. Game dia jawab soklan sambil beraksi, main pingpong, menari sailormoon. Hahaha, macam 3 suku dah tgk.


Pecah perut tengok depa. minggu depan harus tunggu depan TV lagi. Astro Ria, Rabu 900mlm kot..

Tips Hari Ini 2.. Air

Tau anda mesti dah muak baca artikel/tips2 pasal minum air kan. Tapi takpe cik nak cite jugak.
Ni apa yang cik amalkan. Pengalaman tak seberapa lah. Tapi mengikut kesesuaian dan situasi jugak. Kadang2 termiss jugak amalan ni bila time darurat.

1- Minum air sejuk lepas bangun tidur. ~ sebelum basuh muka atau kumur, tuk awet muda, tuk pembuangan lancar pun ye jugak, dan sunnah Nabi

2- Minum air peti, bukan air yang ada ais ~ meningkatkan metabolisma. tubuh bekerja kuat tuk menyuamkan air tersebut. kira2 camtu lar.

3- Paling sikit 3 liter paling banyak 6 liter. Haritu orang Body anylisis tu kata cik kena minum 6liter. Tah la, macam tak terikut je nasihat dia.

4- Minum banyak waktu siang, kalau boleh jangan minum langsung lepas 8 malam.

5- Minum air sebelum makan. Setengah jam dari waktu makan. bantu melancarkan pencernaan. Jangan minum lepas makan.

6- Kalau anda selalu terlupa minum. Mula2 nak besekan diri tu, setengah jam skali mesti minum . Lama2 mesti biasa. klu Ketegaq sangat set je alarm clock

7- Sedia Rela kerap ke tandas. Think positif yang kencing itu adalah nikmat. Jangan tahan kang batu karang, anggap je ulang alik toilet satu pergerakan yg membakar kalori. Jangan kesah orang kata anda Ratu/Raja Toilet.

8- Nak minum air panas boleh, tapi cik no no to 3in1.. amek uncang green tea. Tawar hebeh tapi byk khasiat. kos beli 3in1 boleh shopping baju.

9- Ada kawan nasihat cik supaya minum dengan 3 kali nafas. Jangan sekali teguk. Nanti boleh dapat asthma. Dan jangan minum lepas workout atau angkat benda berat. Bagi cool dulu badan.

10- Seminggu sekali minum air berasaskan susu atau soya atau manis atau bergas. Gian gak skali skala. tapi dah set macam ni supaya cik tak kempunan. ALASAN KANN

Sekian.

Mamat Ni Curi Perhatian Cik

Cik Bukanlah Peminat fanatik bola. Tapi tau la bola sepak tu apa. cara main camana. Kenal la sikit2 player dia. Nak kata demam piala dunia tu tak la sangat. Tapi terjebak jugak bangun awal pagi nak tengok bola. Walaupun highlight kat tv1. Astro Supersport tak langgan pun. kang tak jadi keje.

Tetiba Mamat ni jadi perhatian. Cristiano Ronaldo. Main Tuk Portugal. Apesal tetibe dia berlegar dalam mimpi cik nih?!.. Lagi pulak Ngan si Fafau Hot tu selalu jerit2 nama cristiano. owh, hensem rupanya.. patut la

Takla hansem sangat tapi selepas dia menyengih after bola masuk gol masa portugal menentang Korea Selatan. Cik terus aim dia. Memang berlagak punya senyuman loh. Gol last tuk portugal. Hambek ngko, 7 ngan telur ayam. 
Senyuman tu macam berkata, 'ek eleh, belum seminit gol ke6 dah dapat gol ke7. Kacang giler lawan ngan Korea. macam main ngan budak sekolah je'
Ha, kire camtu la dia punya senyuman.
Memang...**** ar.

Tapi, bukan cik marah. Cik sukee..tetiba dia masuk dalam list player kegemaran cik.
HuHu...


Tak Senyum mcm bese je, Dah Senyum...ops tergoda plk

Wednesday, June 23, 2010

Tips Hari Ini 1...Makanan Kenyal

Pilih makanan yang kenyal teksturnya.

Supaya;
1- Mengunyah lama agar makanan tersebut hancur betul sebelum ditelan,
2- Dapat menikmati momen makanan itu,
3- Ambil masa yg lama untuk menghabiskannya,
4- Menunggu Otak menghantar pesanan yang anda sudah kenyang.
5- Sesuai tuk senaman muka. Walau anda duduk dan menghadap komputer atau aktif menyembang. Anda masih dalam mood exercise.

Contoh makanan; Roti Wholemeal, Chewing gam (Jgn telan sudah), Daging, beberapa jenis mee, keropok lekor liat yg dah sejuk dan byk lagi.
Tapi hati2 pemilihan makanan

* Adakah ini membantu. Cik yea. Semakin firm pipi belon ni

Risau..

Sejak dua menjak ni cik selalu fikir apa orang fikir kalau cik bagi pendapat tapi di salah anggap menjadi arahan.

Eh, korang faham tak ayat kat atas ni?

Tuesday, June 22, 2010

Apakah Tanda Sihat Bagi Anda


Cik berkeadaan sihat pabila;

1- Rasa cukup tidur bila bangun pagi. Tak mimpi apa2..tenang je

2- Bersemangat tuk workout dan siap2 pi keje

3- Naik tangga dengan nafas yg steady

4- Kaler air kencing ialah putih. Tidak banyak toksin dalam badan. Kalau kaler kuning mesti ada something wrong

5- Pembuangan mantop tanpa aktiviti meneran terlampau

6- Tiada bongkok sabut tika berjalan. Bahu tegak hasil workout ngan dumbell.

7- Muka nampak fresh walau jam dah 5 petang

8- Masih ada tenaga tuk outing lepas keje

9- Selesa bawak berjalan heel 3 inci

10- Mulut tak henti celoteh

11- Balik rumah lewat malam masih rasa tenaga belum habis digunakan

Cik nak tau apakah petanda badan anda sihat pula.
tinggalkan komen,

Aktiviti Hari Isnin, Harap Konsisten!

21062010 ISNIN

400am   - Tengok bola, layan mood kasi up pepagi
600am   - Rebus telur 2 bijik
630am   - Workout JM setengah jam
815am   - Naik tangga ofis 15 tingkat
930am   - Hot green tea (imagine Hot Chocolate) 
1230pm - Makan salad
1245pm - Pi Post ofc bayar bil
130pm   - Daki tangga ofs lagi
400pm   - Green Tea lagi
415pm   - kunyah roti wholemeal 2 keping (dinner awal)
630pm   - Jogging sejam keliling tasik lepas keje
1000pm  - workout JM setengah jam

* Anda boleh ikut diari camni?..jangan pengsan weh
* All u have to do is active
* Cik Target turun 5 kilo dalam 10 hari.

Boleh tak agak2

Monday, June 21, 2010

Aku Tau Kau Tak Suka Aku tapi Grow Up La Beb!

Ahad lepas gi kenduri kawan kat perak. Kawan ke? kategori kawan lah jugak walau tak rapat. Plannye pi 3 kereta. Last minit semua tak jadi. tinggal la satu keta ni je yg pi.

Dari KL ke perak amek masa 2 jam lebih. pegi balik dah 5 jam. Makan sekejap je. Tengok pengantin. salam mak pengantin pastu chow. Adakah berbaloi?

Hati ini tersentuh bila pengantin macam tak welcome cik datang. Sangat sayu layanan dia.

~:Surat buat N:~

Kepada N, 

Aku tau kita tak la rapat sangat. Walau tak rapat jodoh kita lama la pulak. jumpa kat Matrix, pastu U, pastu keje pun kita dapat ofis sama. Tapi sekarang ko dah blah dari sini. Tahniah kau dapat keje lain. 

Kita memang tak pernah ngam. Ada je pendapat bercanggah. Ada perang mulut yg mengguris hati.  Sejarah persahabatan kita memang tak best. Tapi aku tetap anggap ko kawan aku pasal kita satu geng. Walau kau kata end of relationship suatu ketika.

Walau pun macam tu kau jemput jugak aku ke kenduri kau. Tapi bila aku datang kau wat dunno ngan aku tapi ok pulak ko layan geng kita yg lain. 

Ingin aku tau MOTIF kau?!..

Agak menyesal aku datang. Kalau kau sengaja nak tunjuk aku, kau tu dah kawen and bahagia. aku rela dan mengalah. Aku tau ko jeles ngan aku dari dulu. Tak Boleh aku lebih skt dari kau kan. 
Sekarang kau dah pun kawen. Tahniah! kau dah lebih dari aku

Kita dah besar weh. Jangan perangai macam budak2. Malu kawan2 tengok. 
Geng tanya pasal perangai kau yang tak pro ni. 
Aku tak tau nak jawab apa weh.. jawapan 
'Tanye lah tuan punya badan apesal layan aku sebegini rupa.'

bye,

xxx


END


A untuk Ayah

~ Kecik2 cik akan demam bila dia outstation. peluk kain pelikat dia tika rindu.

~ Tido ngan dia sampai darjah 3

~ Jadi Driver On call ke hospital bila cik semput tgh malam

~ Heavy smoker suatu ketika dan dah berhenti atas nasihat isteri dan anak2 :-)

~ Tegas bila berhadapan dengan perkara serius

~ Garang ngan cucu cucunya, bekas army lah katakan

~ Akan beli lauk kegemaran cik dan suruh isterinya masak asam pedas

~ Ikut matanya yang sepet

~ Bak kata along, cik ni 'Panja Ayah' (manja ayah)

~ Akan cium pipinya setiap kali hantar cik kat stesen bas

semalam kol dia bagi wish.
cik, "Sayang ayah.... Selamat Hari Ayah..."
katanya "Eh yeke, hari ni hari bapa? Terima kasih.." sambil malu2 tapi mahu..

Itulah Ayah Ku...

En. Manan

Saturday, June 19, 2010

Bukan Niat Membalas Derita

SLAM menyelam sudah 

Masa ni halwa telinga selalu mendengar lagu tangkap leleh yg dinyanyikan Band Melayu. Masa tu lagu cintan slow sangat mendapat perhatian. Slam, Sting, Scoin, Scan, Spoon, Senario dan kump yg semua nak nama start S macam cendawan tumbuh. Haha..

Cik dengar lagu ni tika dalam keta balik kampung. Masa ni abang drive. Klu dia pegang stereng, kaset dan radio adalah hak mutlak. nak atau tidak. kami sekeluarga terpaksa mendengar lagu2 pilihan dia.5 jam dalam keta dok la putar kaset lagu yg sama. Bergegar gendang telinga weh!.Serius momen dulu2..

Lama2 sedap lak lagu ni. Walau tak femees sangat dalam radio masa tu tapi lagu ni tetap layan. Tingat zaman WWF tumbuk bantai ngan abang. 

Bukan Niat Membalas Derita
Ke mana
Menghilangnya purnama
Semalam indahku lihat bercahaya

Apakah
Terlindung di balik mega
Atau aku kah terkurung di ruang gelita

Seandainya
Kau ku nanti masih teruskah sinari
Andai tiada dapatkah aku ketahui
Resah hati kian hari lukanya terhiris kian parah
Nantikan kasihmu kini kian gerhana

Dalam hiba kulihat kejora bersinar
Kucuba berpaling tak terdaya
Cahayanya terangi segal

Bukan pula niatku membalas derita
Namun ku terpaksa meleraikan
Keperitan yang tak terhingga
Oooo...

Tak ku sangka
Dikau kembali jua
Mengharap cinta kini tiada
Izinkanlah
Aku terus disana
Kecapi bahagia
Selamanya

Friday, June 18, 2010

TakMau Beli Spec Dah Lepas nih

Selamat pagi korang..
How are u? ada baik ka?..

Hehe, ingat tak semalam cik cite Peng'usya-an sunglasses lepas keje. Inilah hasilnya. cap cekai je.. Tapi asli lagi bermutu. Yang penting menutup mata cik yang sepet lagi kecik ini tika panas. Pertama Kali beli spec Ori. Soo kampung kan! Ketinggalan zaman pun ada. Haha..

Kredit thanx kepada member cik, Axxx. Kerana menjadi consultant sepanjang pembelian. Dia yg kata OK cik, KO la cik,.. Haha..

Hasil usaha kami berdua, cik beli jugak Spec ni bersama free sepasang 1 month CLense dan sepasang 1 Daily use CLense. Suke betul dapat free gift bagai. Poyo ar!

 Exklusif Tuk Tatapan Umum..
~Jangan Muntah Weh~

Thursday, June 17, 2010

Usya Spec Mata Itam

Petang ni cik nak beli sunglasses lah. Pasal every weekend cik ber'outdoor. Matahari makin terik, panas satu hal lah kan. Naik keta pandang depan sampai mata berair tahan silau. Habis cair mascara, eyeliner, eyeshadow cik. Tak cantik ar asyik2 tgk cermin, tacap sana tacap sini. 

Dari member pikir cik poyo asyik suluh cermin, sampai lah asyik2 bukak bedak nak tacap muka. Baik cik beli sunglasses. Barang kehendak dah jatuh ke tahap KEPERLUAN dah ni.

Planing nye cik nak beli yang ada UV protection and polarized yg dapat melindungi mata. Janji original dan berkualiti. Tak pikir sangat pasal branded. Sebab beli ikut kesesuaian. Kalau branded tapi macam hanger dok kat muka. Branded boleh jadi Bundel pulak kang.Lagipun branded2 tak mampu bayar lah.

Nape tak beli yg RM10 inggit satu tu? Bukan sama jeke? bergaya jugak aku tengok? Pasal.... 
Bahaya wooo.. 

Spec tu tak djamin boleh melindungi mata anda. Anda tau ke cermin apa yg depa letak kat spec tiruan itu.Anda pikir tak akibatnya akan datang kat mata nanti. Ha,, jangan carik musibah! Silap haribulan dapat kanser pulak.

Jadi tunggu jelah mata cik di tinted kan oleh sunglasses. 

 Sesuai ke ngan muka cik yg bulat ini?
spec pinjam



Brokoli Si Daun Keras





Mula Jatuh hati dengan brokoli. Kasi Kukus atau rebus sat. Pastu nyum nyum depan tv. Sangat Heaven.

Tapi awat kat JJ harga mahai sangat. Macam la tanam kat oversea. Kat cameron berlambak je






* Ok, Nak sihat jangan banyak bunyi. Invest sikit apa salah nye. Dulu beli McD mahai tak bising pulak yerk.

Wednesday, June 16, 2010

Melentur Buluh dari Rebung. Dah Jadi Buluh still tak lentur2..

Tadi cik berdiri kat tingkap. Tertengok pekerja kontrak wat bangunan depan ofis. Kesian. Menggunakan tulang 4 kerat tuk sesuap nasik. Mesti diorang dapat gaji hari. ada kerja ada gaji,kan..

Masa kecik2 dulu cik suke tgk org keje;

1- Cashier. Sonok dia kira duit laju2. Duit tebal2 letak dalam laci. Yang singgit letak tempat singgit. yg RM10 letak kat 10. ikut kaler. Best. Pastu tekan laci ada kuar bunyi Ting!. Dah besar baru tau yg duit dlm laci tu bukan duit dia :-(

2- Konduktor Bas. Sonok tgk dia ketip2 tiket pakai punch. Giler cekap dia punching. Pandang tmpt lain pun boleh. Pastu duit inggit2 lipat panjang2 then letak celah jari. beg sandang mesti ada nak letak syiling. Dulu Cik tersuke sorang abg konduktor hensem. Saje je bagi duit inggit supaya nak dengar dia cakap kat cik "Duit kecik takde dik?"..Cik sukee..

3- Cikgu sekolah. Suke tgk cikgu datang bawak 2 bijik buku then masuk kelas murid2 semua diam. Pastu dapat 'Selamat Pagi Cikgu!'. Amek kapur tulis apa nak ngajar hari ni. Kapur berlaga ngan papan hitam ada bunyi stret2! yg memilukan gusi. Pastu Cikgu cakap 'Hari ni Wat Keje Sendiri'. Owh sangat senang jadi cikgu tika itu.

4- Buat Kuih. Dulu kecik2 cik adik beradik dikerah tuk menolong mak ayah jaga kedai. Pasal Dulu kami ada kedai makan. Mak tak upah sesape melainkan harapan kami 4 beradik. Genap 9 tahun cik dah pandai kelim karipap (yg tepi2 karipap tu). Mak ajar tangan kanan, cik guna tangan kiri. Kidal okay! tapi dah cuci tangan sebelum wat kuih. Berdulang2 karipap. kadang 3 jam baru siap. Ada sekali tu cik cakap kat mak "sok dah besar orang takmau wat kuih. Keje ni susah. Tak glamer.". Agak2 mak terasa tak time tu.

Masa kecik2 rajin carik duit poket. Tapi dah besar ni macam malas pulak. Mengharapkan duit gaji semata. Habis bulan habis gaji. Jeles tgk Officemate cik ramai yg cari side income.

Bagi la idea kat cik tuk menambahkan pendapatan. Pendapat anda?

puasa 2

puasa hari ke2..
agak lembik hari ni

Tuesday, June 15, 2010

Tips Kevin Zahri

Kevin Zahri: Tip of the day: success in health is really a personal definition .. All depends on ur own goals, lifestyle n history ..
by Facebook
Betul, Cik setuju sangat. Jangan hiraukan sangat orang keliling anda kata anda still gemuk atau berisi. Yang penting anda tahu apa yang terbaik untuk tubuh anda. Sihat dan cerdas.
Ada orang kata kurus tu cantik. tapi adakah ia sihat. ada orang kata berisi tu cantik. Tapi adakah gemuk mendatangkan penyakit. Ia sebenarnya hak individu. Kita jangan hiraukan sangat cakap org sampai men'stresskan diri tuk kurus. Biar kita diet sebab diri sendiri.
Yang penting lifestyle buruk tu buang jauh2. Bandingkan sejarah bentuk badan anda dulu dan sekarang supaya sentiasa menghargai diri sendiri. Tapi jangan rasa selesa bila fikir sejarah lampau. Masa depan juga harus dalam genggaman. 
Pujian tuk diri MESTI supaya kita sentiasa positif.
Berseronoklah Dengan Diet Anda. 

Puasa

Hari Ni Cik Berpuasa..
Baru nak ganti..Dah nak dekat pose tahun ni...
Hai ini Pompuan bila mau berubah dey

Monday, June 14, 2010

Tuk Kali KeDua

Lelaki berbulu mata lentik, lebat dan panjang sangattt seksi..

Auuw, 

Tak kesah la budak kecik ke lelaki dewasa ke..cik akan pandang dua kali tak berkedip u know... lelaki bermata lentik di luar sana. u better watch out..

Haha...

Sungai Gabai Melemaskan Cik

Semalam kelah kat Sungai Gabai Hulu Langat. Sape penah pi. Ni first time cik pi. Pasal aktiviti2 outdoor ni kureng sket. Budak baru nak blajar keluar dari kepompong. haha..

Owh, kat situ ada gelongsor batu yg ramai le pi terjun. Cik takmau, ada member ni tolak cik kebawah jugak. weh, tak ready ok. Cik hampir lemas. even berpimpin tangan pun. terbatuk2 cik dan terus semput.

Bangun pagi ni lengan kanan cik lebam ngko.. gara2 sentapan kuat member semasa menyelamatkan cik dari lemas.. whuuaaa, sakit gile

* gelak la, tau disitu air paras pinggang jerk

Friday, June 11, 2010

Penantian dan Cinta Pandang Pertama

Saat jatuh cinta pandang pertama pada dia. Terpikat. Dia sangat menawan, smart, katik, lebar dan bau badan nya...ahhhhh.. boleh buat angau,

Bila bersama cik, dapat rasakan kami serasi.. sesuai ngan cik yang comel dan seksi. :-P

Setelah 6 purnama menanti bersama rindu menusuk kalbu. Maka dia datang membawa cinta yang murni. Cinta yang tulen bak riben di leher.

Cik berdoa agar cinta ini setia disisi. Jika jodoh ini sekerat jalan. Di lain masa pasti cik menemui cinta lain di hati. Muahaha..

Selamat datang wahai Chloe ku. Berkurun lamanya daku menunggu mu....

Thursday, June 10, 2010

Budak Setan Tak Berapa Nak Setan Lar


Semalam tengok cite ni,

Apa Yang Best:
1 - Bila Ayu mengeluarkan perkataan yg ada huruf R. Scene sedih jadi kelakar.
2 - Romantik Kasha menjadi. Takyah kuar ayat romantik. cukup sekadar memek muka.
3 - Babak Ayu (lisa surihani) kena pukul memang ekstrim. percaya masa ni Lisa sakit giler.
4 -Bila Kasha dpt surat warning dari naib canselor then kata ' kan saya dah kata, mak bapak saya dah takde'.
Terus teringat novel ahadiat tu.

Apa Yang Kureng:
1 - Bile watak Ayu diganti ngan pelakon lain. Macam kosong je pelakon pmpuan ni bawak.
2 - Bile scene tak sempat nak feeling, dah masuk scene lain. Sgt terkejar2 dari 1 scene ke scene yg lain. 
3 - Penyudah yg tak berapa nak tragis. 

Apa Yang Sepatutnya:
1 - Nape tak panjangkan durasi cite ni 3 jam mcm cite hindustan. Mesti lagi puas tgk.
2 - Kalau watak Ayu lepas eksiden diganti ngan Fazura. Mesti Lagi cun,
3 - Sape yg belum baca novel Lagenda Budak setan, baik tonton dulu movie ni.

Keluar panggung sambil kata 'Ok la cite ni'. Cik ni high expectation sgt kot. Susah nak jumpa cite yg betul kena ngan jiwa cik. Kecuali 30 Days of Night. Memang power!

* Sape yg nak tgk kat GSC Times Square ahad ni, ada pelakon2 dia kat sana kul 2ptg. nak tgkap gmbr ngan Farid kamil boleh la :-)

Pagi Yang Kelam Kabut

Cik bangun kul 7.15. 

Ish, kelam kabut mana nak siap bekal, nak cuci rambut lagi..makan masa okay...Workout tak sempat. Sangat Banyak alasan ini wanita. Workout tak perlu alasan lah!!. Ini Mesti, Wajib!!. 

Kenapa still tak leh follow diet komando nih. ish,,,!! 

* Kecewa ngan diri sendiri

Wednesday, June 9, 2010

Auww, Heaven dan Seksi..



Jika anda peminat chocolate. Auh, Coklat sangat heaven yea. Ferrero Rocher come to mummy, bebeh!!. selain boleh meningkatkan nafsu (cerita lain). Ia juga dapat mengembalikan mood gembira, anti kemurungan dan anti stress  Bila anda sangat teruja ngan coklat maka anda akan makan tanpa had. Auh, ini bahaya!!

Gantikan Tomato Cherry menjadi snek anda. Sedap dimakan begitu sahaja. Basuh dulu la tapi. Boleh juga di tabur sedikit pepper jika mahu. Nah, sihat dan sedap.

Momen paling seksi tika gigi memecahkan bulatan tomato di dalam mulut. Auh, sangat heaven.

* Ingat, jangan kasi perut dalam mode lapar.

Sekian

Adegan Pagi

Kerana Terperanjatkan berat naik 2 kilo. Dan hati tersentap. Cik menkomandokan diri ke diet asal. Dan tiada simpati diri sekarang!!

Pagi tadi bangun awal siapkan bekal Lunch dan berworkout ekstrim bersama JM.

Run Bebeh Run!!!

* Owh, pagi ni cik berlari bersama sepatu tinggi mengejar tren. Tika itu seorg pakcik menggelakkan cik. Cis..

Tuesday, June 8, 2010

Apa!!!!

Berat naik 2 kilo..apa kes?

Herbalife: Boleh Percaya Ke?

Semalam cik MC. Demam campur semput. tak la demam sangat. mungkin penat sangat kot. 2 minggu berturut turut balik kampung, pastu tiap malam weekdays pulak kuar. tido tak cukup. Badan ni bentan agaknye. So semalam pulun rehat cukup2. sekarang, Cik Dah Kembali!!!!

Ahad lepas org Herbalife tarik cik tuk Bodyscan Analysis. Free, ok lah cik ndak. Ni nak appear yang penting je.
BodyFat : 41.6%
Physique Rating : Obese level 1
Kcal : 1552
Metabolic Age : 50

sekali ganda umur cik. Tua weh, Haha...

Katanya, cik perlu minum 6000ml air kosong sehari. Giler ke hapa, cik minum 3L/hari dah mcm nak mati. Suh minum 6L. Cik cuba hari ni tapi jangan dapat title 'Miss Toilet' kat ofis sudah.

Lepas tu standard la dia promote Herbalife. Katanye, rugi la dah tau produk ni tapi tak try. 1 month gurantee 100% refund if takde perubahan langsung. Katanye lagi, dia takde masa exercise tapi still dapat body shape yg dia nak. Takde Masa workout? Malas? still dapat shape? Ha, ni serius tipu.

Biasa la MLM, Anti tak anti la. Tapi jgn percaya bulat2.

* Still in process diet naturally. Akan datang tak pasti

Monday, June 7, 2010

Entry Hari Ini

Lelaki bulu mata panjang lebat dan lentik adalah sangat seksi...

Auww

Thursday, June 3, 2010

Manusia Tak Pernah Puas

1- Yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk
2- yang single nak couple, yang couple nak putus
3- Yang miskin nak kaya. yang kaya nak lagi kaya
4- yang baik nak blaja jahat, yang jahat nak ke pangkal jalan
5- Yang duka nak gembira, yang gembira tak ingat dunia.
6- yang sakit nak sihat, yang sihat nak merasa sakit
7- Yang slow nak pantas, yang pantas mendabik dada
8- yang SPM merendah diri, Yang Degree belum tentu lagi
9- Yang perempuan ikut hati, yang lelaki pertahan egois

macam-macam

Kes Gedoboh

'Dik, akak tengok dah macam baju pinjam.. jangan pakai lah baju ni. Gedoboh betul'

Ni akak ofis cik punya ayat. giler dia marah tengok cik masih lagi pakai baju kurung tu. Memang lasa loose tapi tak gedoboh. org tegur baru pasan. Baru sedar yang semua baju2 cik dah macam baju pinjam.Terutama kurung dan kemeja. 

Masa xxxL dan sebelum diet tak pikir belanjawan tuk baju baru. Bila dah mengecik sikit ni baru termengah2 kuar shopping baju. Gaji kecik weh. Sesak dada kuar note kasi cashier. Perasaan beli baju baru tak best ok. Bukan seronok membeli tapi terpaksa. Feeling dia sangat lain. Macam kes paksa rela la.

Sejak dua menjak ni selalu pulak cik balik kampung. pi Tukar baju kurung ngan along. Nasib badan along macam sama. Dia amek baju cik, Cik amek baju dia. Macam kes sistem barter ar. tapi hampir semua kurung cik semua baju dia. Huhu, nak kurung baru time raya ar. Along macam sponsorshipment cik. Tq Long.

Along semakin besar. Banyak baju dia tak muat sebab tang bawah  mengembang pastu tinggi skt dari cik.  jadi baju yang takleh pakai di rotate ke cik. Katanye, Org dah beranak pinak memang camtu. tambah lagi baru lepas bersalin. Tujuan? nak kata org dah kawen tak kesah gemuk ke! (*_'). Apa daa

Ni peringatan kepada yang sedang berdiet. Terutama sekali badan XXL dan ke atas. Anda yg sedang berdiet dan telah nampak hasilnya. bagus! sila teruskan. Tapi ada satu masalah yang anda mesti fikir. Perlu! Wajib! Kepada yang sesak macam cik ni. Sila menabung dari sekarang. Supaya boleh menikmati nikmatnye shopping baju baru. 

Cik tak dapat deh perasaan nih. nak bayar jeans RM51.90 pun terketar2 tangan.

* gedoboh = besar

Wednesday, June 2, 2010

Persia Mcm Kucing Parsi


Apesal rasa macam tengok cite Hindustan?!!.. Tetibe kannn

Cite okay walau keluar panggung awal. Terima kasih kat Ah Man kasi tiket free. Cik enjoy. Owh, heroin dia cantik tapi suara tua ar..ayoyo

Tuesday, June 1, 2010

Dumbell Bukan DumbAss

Haha, sangat happy hari ini. :-)...
Dumbell sudah berada di genggaman cik. Baru beli semalam. Agak payah pencarian ye. 

Cari kat Fitness concept Pavilion. Dumbell yg cik nak tggl sebelah jerk. Apa barang sebelah. tak kaw ar muscle tak naik sgt an.. Berlari jugak carik kat KLCC. fuyoo..giler banyak pilihan..

Cik berkenan ngan yang ini
Adus, jatuh cinta dah weh... adjustable dumbell 7.5kg sebelah. harga 1 set RM198. Alamak lari budget ar. Tapi... nak beli jugak satu hari nanti. Last2 cik amek yg 5lb punye. Harga ..jap2 tgk resit jap.....Harga dia RM44.60 sepasang. Kaler Merah ko.. Agak2 RedMummy marah tak. Warna kegemaran dia tuh..

Bermula lah perjalanan cik membina otot di sekitar upper body. Takmau lembik2 takmau.

* Misi, kasi balance upper n lower body. Boleh?


Transnasional Yang Spoil!

Camana cuti hujung minggu anda yang lepas? ada best atau tarak best. Cik bese2 je. Selain tidur ngan Ameerul Shah dan mandi bersama. Tiada apa yang menarik.

Ni Cik nak cerita kesah perjalanan balik kampung yg panjang dan berliku. Kesah bas yang melemahkan semangat balik kampung cik. 

Dia lah yg telah membuat onar

Sebab tiket bas lain ke kuantan dah habis, beli tiket Transnasional. Naik kat Bukit Jalil tepat 230ptg. ok bagus, sgt sharp ini bas. pastu dia singgah kat hentian putra. Ok la. Pastu dia singgah kat Greewood, Gombak. Benti nak dekat setengah jam. 340 still kat KL lagi. Apa kes!! Pastu terkedek2 jalan macam itik. Bese perjalanan 3jam stgh jadi  5 jam ko!! HEy!!. Silap besar la amek ini bas. Dengan keadaan bas yg uzur. Tempat duduk dua dua..sempit tuk badan mcm cik hokay. orang saiz S pun belum tentu selesa.

Sumpah takmau naik bas ni lagi. Inilah pertama dan terakhir cik naik transnasional.

Pilihan Utama Cik sekarang dan mungkin selamanya
1- Utama Ekspres - Vip sit. Terus sampai depan rumah. Jarang benti makan lama2. Driver yang baik.
2- Plusliner - Vip sit. aircond sesedap rasa. Mesti tak sampai 3 1/2 jam dalam bas.
3- Mara Liner - Vip sit. Tiket bas yg keras. Bas baru.

Cik pentingkan keselesaan. Baru mood balik kg tu membuak2. Nak angkut barang byk2 pun takde hal.
Biar mahal takpe janji selesa.

Dahlah sampai Kuantan kul 7 pastu amek bas tempatan pulak nak blk rumah. Sampai hari dah gelap. 830 sampai rumah. Memang spoil ar mood haritu. tapi tgk muka mak terus hilang penat.

* Mak, orang balik lagi minggu ni hek!