Friday, October 29, 2010

Geng Ngan Budak Terapi Terbaik Bulan Ini

Kadang kadang rutin hidup kita yang berulang ulang membosankan diri. Ketika keboringan mencelah tu kita ingin lari dari hidup kebiasaan. apakah terapi itu. Masing masing punya cara tersendiri bukan.

Ya, cik dah jumpa apa yang cik perlu carik sepanjang bulan ni. Terapi itu perlukan menyentuh, membelai, dan menghabiskan masa menjaga seorang bayi. Percaya atau tidak? cik baru sedar baru jap tadi. Sentuhan bersama budak budak boleh menyembuhkan penyakit hormon tak betul cik nie.

Bila tgk balik gambar gambar lama, yea... cik perlu balik kampung membelai budak budak...

Meerul, si budak kecik yang gila camera.


Betul kann ckp cik? budak ni serius kejar camera

Alia si mata heroin hindustan


Fahmi dan Fitri si Penyengeh


Main ngan budak lelaki lagi best dari budak perempuan. Budak lelaki cool. Bila cik lempang takkan cengeng. Budak perempuan sikit sikit nak ngadu. So gedix. Yea, Geng ngan budak laki lagi kena ngan jiwa cik.

~Arghhh, cepatlah minggu depan. Cik tak tahan dah nieee

Thursday, October 28, 2010

Kesah Ahkak 7E

Bawah ofis cik nie ada 7Eleven. Merangkap koperasi ofis lar.

Asal rasa kebulur je pi terjah 7E waktu waktu ofis hour. Lapar dowh. (erk tertangkap sudeh aku makan sampah sarap tika diet, tapi roti je laa) ~ sori IKA.hehehe

Citenya begini, kakak 7E yg jaga kaunter tu bersembang ngan adik staff bawahan dia.

Dik, ko ape kejadah nye tak rehat rehat lagi nie - Akak 7E

jap kak, saya tengah baca paper ni..huihh, teruk dia buat anak dia smpi gini kakkkk - Adik staff

Dik, akak ni lagi lar. Dah mandul camne nak dpt anak rhupenye.. seddih! - Akak 7E

dan cik terbeliak mata.

Motip ko terjerit pekik mengisytiharkan yang ko MANDUL? dan adik staff tu lelaki okk.. apekehal ko cite kat dia yg ko MANDUL? dan apa hubung kaitnya cite budak tu baca paper ngn cite ko takleh MENGANDUNG?

Tidak berapa paham situasi disitu...

apakah ada sambungan? haish, nyibuk je kesah orang

Bila Merah Beraja Di Hati

Bila pakai MERAH
org cakap 'Merahnyee makngah'
Makngah suke pakai merah ke, bang?




Bila pakai MERAH
Si hitam manis cakap 'Boleh la pakai, ko putih...'
ouh, Ning baizura tak penah pakai merah ea?



Bila pakai MERAH
org tanye 'ko nak pi perjumpaan UMNO kat PWTC ea'
owh, apakah aku kelihatan seperti wanita UMNO?



Bila Pakai Merah
Cik rasa berani,
Macam nak makan orang,
Macam hati-ini-jangan-kau-dekati,

Serius!

Cik giler mencintai MERAH CILI..
lagi terang lagi bagus.
Biar orang nampak kite.
Biar orang toleh 2 kali
sebab,
membuktikan kita tidak pura pura.

Try lar pakai merah


 
~ Atas tu kawan cik. comel kann. Ouch, dia hanya bersaiz S wokeh. S! cik jugek masih XXXXL.. Dush sejibik. tak rancang kami pakai merah. Tu pasai kegedikxan snap snap.




Wednesday, October 27, 2010

Nak Tengok Jugak!

Sabtu ni Piala Malaysia kat Bukit Jalil. Negeri Sembilan vs Kelantan. Siapa cik sokong? nope, tak sokong mana mana. Tiada kaitan di antara 2 negeri ini. Pahang dah out. Melaka? hmmm hampeh..


Rindu suasana nih

Cik suka tengok game live. Happening weh. Game atas padang dah tentu lah kann. Game kat sit penyokong pun tak kurang hebatnye. sumpah seranah maki hamun diorang boleh menghiburkan hati cik. huhu


Mercun, botol mineral tuju kat FRU yea. tu nasib kerusi takleh cabut tu

Abang FRU yang mantap. Kena tambah lagi anggota masa kat Bukit Jalil. Kot kot penyokong gaduh lagi ke. Tegakkan lah keamanan negara

~ kekanda di medan perang..adinda di medan sepi... sama sama berjuang..sama sama berbakti...lalalalala~

hahaha

Salute kat penyokong Kelantan. Serius Bersatu Habis

Kelantan ni sanggup bergolok gadai nak support. Serius menghidupkan Piala Malaysia. Tahniah Kelantan masuk Final. Sebab tu tiket naik jadi RM30 pun tak jadi hal. Sebab FAM sure penyokong kelantan akan beli punye. kannnn... environment dok kat kerusi kelantan memang best. Pengalaman tak dapat dilupakan.

Tapi, harus diingat. setakat sokong je kalau Pemain kat padang tu main tak berapa nak Yoyo o tak guna juga. Jangan lupa Negeri Sembilan pun kuat jugak. Ingat tak Final tahun lepas?

Pape pun, enjoy the game sabtu ni. Jangan ada kes buruk lagi yea. Penyokong dok diam diam tau.

~Walau bagaimana pun, sape nak bawak cik pi Bukit Jalil ni. huwaaaaaa, takde kawan. sape nak pi ngan cik.Angkat tangan!


huwawaaaaaaaa, takmau la tgk kat tv jeeee

Pernah Rasa RestNGo?

Yang korang selalu pakai tu TouchNGo bukan. pakai kat Tol n LRT tue.. dah usik sekali pastu boleh lari... ouh., meaning?...ha, pikir lain le tu.. ok clean up kan mind korang yg byk virus tuh. ini bukan blog lucah bebeh

Ini RestNGo, dah rehat rehat pastu boleh lari

Gambar serupa perempuan kesangapan.

owh apakah.. dude, cik tengah sakit ni tahan kerusi tu kuda kuda belakang cik. Sakit woo tapi sedap. :p

Ni kat BB plaza.,Tau? Sungei Wang tau? BBplaza ni kat sebelah Sungei Wang. Plaza yg tak happening. korang boleh tido tengah jalan mall. takde sape kacau ko. gerenti beb. Metrojaya yg besar gedabak pun boleh lingkup. Punya lah takleh buat sale kat BBPlaza ni. hahaha..

Motip. Ha, kerusi Gintell ni berada di BB la. Kalau masuk singgit dapat merasa 3 minit kudaan. Kalau 5 ringgit 15 minit kot. Masuk 10 ringgit dapat 30 minit. tak silap lar. Pi la usha usha kerusi ni. Tingkat 1 tak silap. Aih, cik ni sumenye 'tak silap'. nampak sgt pala blur kannn.

Jangan risau, kat sini takde sape akan tengok muka korang kesangapan. pasal takde orang lalu sini pun. Bila lagi nak try kann. Try la dah ada kesempatan tu. tempat lain selalu segan segan takut laki pandang dada kita goyang goyang kann..

Ni pasti gerenti puas hati. Datang bawak kawan yea. cik dapat komisen. huhu


Ya Allah perut kooo cik... Rindu nye rambut panjang. Menyesal? nope


Tuesday, October 26, 2010

On The Way Back To Normal Life

Muka masalah ke ni weh?..

Lepas entry terakhir hari tu. Cik muhasabah diri. Serius weh.. tak main main punye cite.

Ada kawan suh cik lari. Yess,, aku dah berlari. Still benda yg rasa terbeban kat hati ni tak hilang hilang

Ada kawan suh cik ke arah itu. Yess,, cik sedang ke arah itu. (cite ni biar je cik simpan sorang sorang, kang kata menunjuk pulak)

Ada kawan suh carik hobi baru tuk hilangkan tensi. Yess,, Cik dah jumpa hobi baru..

Tapi still hati ni berserabut. walau keserabutan tu terhakis sikit demi sikit.

Serius terperanjat bila timbang badan naik 1kg. Thankx IKa diariXXL bagi kaler merah kat nama CIK. Cik sukee kaler MERAH. Baru rasa nak sedar diri kannn..huhu..
Owh, masalah tidur dah settle,
Kembali Workout ngan Jill

good sign bukan

Cite kat Along. Dia kata, 'ko kena kawen ni baru hati ko ringan'.

'Ok, ko carik calon tuk adik ko ni. buleh? segera yea segera.'

Kalau itulah penyebab cik bengong sepanjang bulan ni.

Cik harap masa boleh putar balik. supaya cik tak tersalah pilih. Tapi, masa ke depan lagi ada lar..

~ Status terkini: single and available. Anyone? :-)

Tapi cik bukan desperate. Mungkin perlukan environment baru. Mungkin?


Thursday, October 21, 2010

Simptom?

Oktober. Apa ada dengan Oktober?

Mood Cik seriusly turun naik. Seolah hilang punca. Kejap kang hepi terlebih. kejap kang boleh nangis yoyo o. Harap bukan simptom penyakit mental.

Hormon pulak tak betul. Period lambat bulan nie. Darah keluar nak tak nak je. Pastu sakit macam macam nak hinggap.

Tidur tak lena. Selalu lewat tidur. Bangun kena awal. Tersengguk kat ofis harus lah kann.. Focus tah ke mana.. adakah simptom insomnia?

Makan takde selera. Sumbat jugak kat mulut mintak tenaga. Sayur tak pernah tinggal la. Tapi paksa telan sampai loya loya ar tekak.

Workout. ngan Jill stop terus bulan nie. cuma weekend cik paksa diri jog kat taman..see, exersice pun ikut mood ke? adoii,

Mula mula rasa nak bercinta lama lama rasa benci gila gila.. Better stay single. Eh, tak masuk dalam cite nie.

Ni bukan kes cintan cintun, Serius! bulan ni fizikal dan mental cik tak stable. Takkan simptom menapous kowt! eh jangan jangan. cik tak kahwin lagi nie. Bagi la nikmat tu dulu.

masalah besar? takde pun rasanye..

APEHAL NGAN AKU NIH... hilang punca weh... tolong la cite ape jadi kat cik nihh



Wednesday, October 20, 2010

Ngeng Punye Cik

Pernah buat keje gile. Buat dulu baru nak pikir? Ni hah contoh paling ngok ngek. Tapi fun..


Patut bangun mandi pi keje tapi cik... berada suatu tempat di pertengahan minggu. Hari Rabu yang hening

'Jom kita pi Genting!'

Dan yang lain kata 'Jom'...

Mari kita lupakan baju kerja yg telah di iron... mari kita amek EL bersama sama.. dan mari kita lupakan jalan ke ofis.. mari kita lupakan masalah diri seketika.

Moh la kita,
Genting Here We come...


Serius tak ramai orang, cik main game2 tu sampai taknak dah. Kalau pi weekend harus bosan menunggu berjam jam nak main satu game.


Pirateship ni naik 4 kali. Takyah turun beratur balik. Dok je kat situ tunggu next round.. Perasaan?... tak berperasaan!



Cik berduet ngan sorang kawan yang sama tak berperasaan macam cik. sume game main. Solero, cyclone, rollercoster, buai pusing2, flying dragon.. kami tak takut pada ketinggian.. Tapi solero dah tak laju. rasa menjunam slow slow jer.. ahh, tak thrill. tapi masih tak jejak pungggung. View kat atas 10 sec tu Terbaek! 2-si-penakut pulak main buai budak2..Dowh, tak thrill. rugi bwk diorang. Asyik duduk je tunggu 2-Tak-Berperasaan main.


Makan makan beli kat bawah. murah dan sedap. kat atas tu apa yg sedap. mahal pulak tu. Ada ke megi cup RM5.50. tak berkhasiat!



Tan Tin Tun tak pi keje harus lah pelik kann. Satu ofis tanye apesal tak datang. Ada aku kesah! Akibat aktiviti ngeng yg tak di planning tu datang keje Khamis meja menimbun keje. Pastu pakGuard cik pun marah nape sanggup tinggal keje semata pi Genting. 'u takkan paham dear.'

Serius bulan ni hormon cik tak betul. Semuanya Malas. Malas nak keje, Malas nak tidur, malas nak mandi, malas nak makan, malas nak workout, malas nak sembang... tah lah weh, angin meroyan ke hape. But thank kwn2 sanggup EL temankan cik Chill out kat Genting.



~ pakGuard = ?

Monday, October 18, 2010

Nape Ngan Cik Sekarang Nie

Aku tak tau siapa diri aku sekarag nie

Bley?!!

Friday, October 15, 2010

TBL3 Kelola Ika di Diari XXL... Cik Joiiinnn

Dah seminggu join contest paranormal menurunkan berat badan nie...

Tapiiiii.....

Langsung tak berusaha menWORKOUTkan diri..

Owh, Apakah diet ku ini.. ok la, makan kontrol eksesais yilekk tak guna jugak wokehh

Latest berat maintain 81kg..

Terima lah hakikat yang cik ni tak berusaha langsung

Maaf pada ahli kumpulan ku...

weeeee


Tanjak Pengantin Lelaki

Peringatan;
Ini bukan blog travel yea. Bukan cik nak menunjuk ke mana cik pi dan update di sini.
Cuma nak cite benda ni jer..


Pose Maut Kegedikxan

First time woo pakai tanjak pengantin. Sebelum ni nak try tapi malu nak mintak. Nasib baik pengantin lelaki ni member cik. Si pengantin jugak tolong snap kan.. harap pengantin pmpuan tak iri hati melihat kemesraan kami. huhu

Eleh, depa dah selamat jadi suami isteri pun. tak berperasaan nafsu pun ngan dia...


Kimia aka Chemistry

Lagu Melda Ahmad ni buat cik tersenyum lahh

KIMIA

aku mula jatuh hati kepadamu


setelah kau kata cinta padaku

masing-masing dulu punya pasangan

akhirnya kita bersama

pertama kali kita bersua bertentang mata

terasa ada kimia di antara kita



kau kucup pipiku

kau bisikan cintamu

kau kata baby I love you

kau cairkan hati ku



bahagia,

kurasa,

disaat kita berdua bersama

memandang bulan terang

menyaksi bintang-bintang

kau seru akulah pelangi cintamu



kau kucup pipiku

kau bisikan cintamu

kau kata baby I love you

kau cairkan hati ku



bahagia,

kurasa,

disaat kita berdua bersama

memandang bulan terang

menyaksi bintang-bintang

kau seru akulah pelangi cintamu
 
~ nak dengar pi carik kat 4shared naa...

Rumah Buka Raya 1 zulkaedah, walaupun....

Tan Tin Tun buat rumah terbuka tuk pertama kalinya, rumah anak dara okk.. anak dara mana sanggup buat open house tanpa dikelola mak ayah... tetttt

Menu tuk hari itu, dari hujung sana air sirap Tun, Tembikai Tan, Segala Puding Tin, Kek Batik Tun, Nugget Tun, Nasik tomato ayam merah Tan, Acar Tun, Nasi impit kuah kacang Tun, Bihun Singapore Tun..

Seee, byk juadah cik yang buat. pedas gilos gasak ar.. cik suke ikut tekak sendirik jeee.

Tetamu datang tanpa henti dari kul 1ptg sampai kul 10. Walaupun begitu, ada ofismet tanpa segan silu datang kul 10. Nampak sangat lapar..kannnn.


Yang tudung krim tu Tan, tudung Hitam Tin, tak bertudung Tun.. selebihnya ofismet yg dtg awal tu.ngehh!!


Tetamu terakhir datang jam 930malam. Sampai tetamu layan diri sendiri lah. Serius penat weh. Tapi seronok sebab makanan kami budget cukup cukup. Siap ada tapau bwk balik lagi. Ayam 5 ekor selamat masuk perut tetamu..

~ mission accomplish. Dah kawin sok mesti tingat open house anak dara nih.. weeeee

Thursday, October 14, 2010

Gila Ah Panahan Nih

Tak pernah pernah dalam hidup cik ada penyakit nih..

INSOMNIA..

Serius tak lena tidur sejak Rabu minggu lepas sampai malam tadi.

Sampai rasa macam nak beli ubat tidur kat farmasi.

Dan hidup selama seminggu ni agak porak peranda.

Perasaan campur baur

Harap2 minggu depan kembali seperti biasa


Tuesday, October 12, 2010

Cinta Angau Rindu

Macam ni ke rasa CINTA...ANGAU...RINDU...

Adeh terseksa batin.

Rasanya betul dah kot pilihan ni. Tapi yang mengerikan tu tak sempat nak pikir. semua berlaku sekelip mata. jumpa, kenal, bercinta, then seterusnya....hehehehehe

agak terharu bila ini betul2 two-way-loving. Bestnye rasa..

Moga2 betullah dia orang nya yang cik tunggu tunggu..

~ Doakan yang terbaik tuk cik yea kawan kawan

Borang KPLI dah keluar.. nak aplai ke?



Semalam ramai kawan pi BSN beli no pin tuk borang KPLI. Mesti BSN sangat terkenal masa masa gini. Ada tu kawan cik aplai 4 5 kali dah tapi tak pernah dapat dapat dan masih tak putus asa aplai lagi. bagus lah, usaha tangga kerajaan. Yang macam cik ni memang haram le nak dapat. Aplai pun idak kann.

Cik tak pernah aplai segala borang tuk menjadi cikgu. Sampai ayah cik marah lah, dia kata orang berduyun2 nak keje gomen jamin masa depan dan sebagainya ko buat bengong bengong ko je. Pastu Cik wat muka tak berperasaan. ngeh!

Sebab cik memegang jawapan klasik kenapa takmau jadi cikgu;

Tidak Dianugerahkan Sifat Menjadi Cikgu.
Kurang sabar, cepat naik hangin, pemarah bukanlah ciri ciri seorang cikgu terlatih. Pernah tu ajar adik matematik. Cik yg nangis ajar dia tak dapat dapat. Bila naik darah tu mula la kuarkan perkataan tak sepatutnya. Jahatkann.. jadi better ko blaja kat tuisyen dari ko blaja ngan kakak ko. settle

Punya Sifat Keibuan Tak Semestinya Boleh Mendidik Anak Murid.
Cik suka budak budak. kalau kawen sok nak anak lelaki comel comel mcm cik (uwekk! berangan sudeh). Mendidik anak sendiri tak sama mendidik anak murid. Anak orang okk. Kang piat telinga sikit dah mak bapak piat tinga cikgu balik. Sape nak jawab tu. Tu pasal budak2 sekarang degil. pasal cara didikan sekarang 'treat anak as friend' sangat bengong. berkesan lagi org tua dulu dulu mendidik anak pakai sebat. Sudah, didik anak orang sangat tak IN ngan cik!

Jadi Cikgu Perlu Jadi Perfect Luar Dalam.
'keje apa?' 'saya cikgu'..tengok atas bawah. wohoo, gini cikgu? dengan rambut hilite, baju kadang terseksi, perangai ada nakal sikit? ini ke contoh yang baik tuk anak murid. Nope. sangat tak IN imej tuk jadi cikgu okk. Kena jaga perangai baik hati kat sekolah dan luar sekolah lagi. Letih den. Sebab tu cik tak jadi cikgu. sebab tau cik bukan contoh yang terberapa nak baik sangat.

Cikgu sekarang berbeza macam langit dan bumi ngan cikgu dulu. Sebabnya contoh2 kat atas ni lahh. Anak murid tak jadi orang sebab cikgu pun tak berapa nak betul lah. Macam mak KETAM ajar anak berjalan. Mungkin kedengaran kolot. Tapi Cik percaya profesion cikgu ni kerja yang murni.

Jadi kepada sesiapa merasakan korang berciri ciri cikgu yang mampu mendidik generasi akan datang, teruskanlah niat suci aplai KPLI. Tapi yang selenga2 menggedik nak jadi cikgu sebab takde keje lain lagi dah. Hah, korang memang sengal..

~ Cik xxx bukan Cik Gu

Monday, October 11, 2010

Opss Perasaan

Cik mula percaya pada pepatah

MAKAN TAK KENYANG MANDI TAK BASAH TIDUR TAK LENA

tettttt

Friday, October 8, 2010

Esok Open House.. Jemput Datang

Esok 9hb kan.

Wohoho, esok hosmet Tan Tin Tun buat open house woo..

tau, esok dah habis Syawal. Tapi nak jamu kawan2 makan. tak salah kann

First time dalam hidup nih buat open house tanpa dikelola mak ayah.

Cane le jadiknya yea..

akan di update nanti

Tungguuu

~ Risau kot kot tetamu datang tuan rumah tak bangun tido lagi. kui

Kisah Rambut Lagi

Yang pasal rambut ni. cik gunting hari Rabu. Stress punya pasal ngan rambut mak lampir kann. cik amek annual leave semata mata nak oter rambut wokeh.. Rugi sehari leave cik. huh..

Pastu semalam amek MC pasal demam menyirap sampai kepala. Ni sah demam sebab rambut. Hari ni baru cik masuk keje selepas 2 hari bersenang lenang kat rumah.

Tu pasal ofismet baru nak terperanjat. Wohohooo..

Semua Nak Terperanjat.. See

Pagi ni datang ofis semua ofismet terperanjat. Sampaikan staff yg tak pernah tegur sapa ngan cik pun bersapa sapaan pagi ni.

'OMG, what happen to your hair?'

Apesal potong rambut sependek nih? Apesal, u stress ke? U datang period mae?..

so, apa yang korang nak cik jawab..

'Well, people changed. Boring with my last style hair. loh'

Ada cik kesah korang nak cakap apa. Pembawa rambut nya cik. Yang menanggung pun cik. kalau korang confident membawa personaliti diri sendiri then apa salahnya. kannn..

quot ni ofismet sebelah cik bagi,

HARITU BEYONCE, HARINI VICTORIA BECKHAM, ESOK APA PULAK

cik sambung,

ESOK RIHANNA...

ada berani!

Thursday, October 7, 2010

1Pahang....Go Pahang...

Semalam lepas gian. tengok bola kat stadium cheras. Piala Malaysia, Pahang lawan Kuala Lumpur. Dan Pahang 1-0. weee. cik sukee. Walau pun cik berdarah campuran Pahang dan Melaka. Bukan pio pahang la. tapi Pahang tatap jua di hatiku.

1Pahang. Go pahang..

~ Jumpa kawan baru. macam ok macam tak ok. biar masa penentu segala


Cik Sukee Penampilan Sekarang.. Skrg Pueh Hati Den

Nak tgk sangat rambut makcik aka rambut Rosmah Mansor macam Kura Kura cakap. Walaupun pahit cik terima kritikan kutukan membina dari kalian. Cik pasrah...

dah supe Juon dari tepi. Macam Mak Lampir pun iyea

serius cik akui memang macam orang tua okk. malu nak kuar rumah. Tekanan perasaan! Ini tidak boleh jadi. harus buat sesuatu. Maka, semalam pi oter. tapi bukan saloon Michael Leng cibai tu. Buat keje tak semunggah. Fobia okk. tak tido malam cik.

Mula mula cik pi Rinser Saloon kat Taman Sri Gombak yg disuggest oleh Mimy. sanggup ni naik cab pi sana. tapi nasib tak menyebelahi cik. Rinser Saloon tak bukak lagi lor. dia bukak malam je. menurut kata owner kedai sebelah. Oh, damn. serius banyak dugaan pasal rambut ni. ok takpe, cik balik rumah carik salun kat belakang rumah jerk.

Cik menggadaikan kepala kat salun tak bertauliah. Serius kecut time ni. takut dia buat cibai jugak mcm si Joshua tuh. Cik tanya dari A sampai Z memikirkan tukang gunting dia budak muda belia dan cinonet. Betul ke budak ni boleh gunting rambut aku kann..
tapi takpe, keadaan terdesak. Cik rela.... Potong lah rambut ku..


Bersama Hair stylist kedai tak glamer, Sha.. Comel si Sha ni. Nak buat kawan lah lepas ni.

Hasil dia not bad. Cik sukee wokehh. kalau ada tak puas hati hasil guntingan boleh cakap time time tu jugak. Then Sha oter.

Moral of the story, jangan pandang rendah salun gabak kat belakang umah korang tu. walau salun tak fames dan terkenal dan orang takut nak masuk. Memang dia ni takde certificate gunting rambut macam salun Michael Leng tu tapi dia ada skill. Dan ini adalah salun melayu ok. Michael Leng tu siap tampal certificate Sasson From UK kat dinding. Tapi serve macam hampeh. Buat cincai habis. Duit berhabis result hancur.
Ini moral yang cik dapat sepanjang 3 hari menanggung derita pasal rambut.

Lepas seronok berambut baru ada hati lagi pi shopping. tadaa, baju ni cik beli. sukeeee

end

Tuesday, October 5, 2010

Ko Lagi Nak Men-Stress-kan Aku

Baru sat tadi staff cina sapa cik pasal rambut.

'U buat kat mana mae.. perm tak jadi mae.."

Sibuk!

aku tau ar rambut aku.

cik kata sibuk dlm hati pasal, rambut ko lagi tak lawa sebab bergulung gulung 4 penjuru. konon cantik la tu. 3 tahun keje sini 3 tahun jugak style rambut cenggitu. Memang ar original pasal ko blow guna cara lama lagi.

yang hak gulung bulat2 sebelum masuk tido. sok pagi guna hair dryer.

Lagi not up todate. ko nak bising rambut aku pulak

ahh

Tukar Gaya Tapii....

Bosan woo rambut yg sama, dalam setahun ni tak ubah pape, tak trim, tak buat treatment, tak syampoo atau apa saje berkenaan rambut kat saloon. Raya tahun ni pun tak bergaya ngan rambut baru. selain budget hampeh. mintak pendapat Mimy (blogger meletop) dan sahabat handai. Ok on, nak potong.

Kalau tak ikat satu, buat jambul ayam, takpun pusing siput babi tapp pakai sepit. Done. Masalah paling ketara rambut ni lurus, nipis n melekap kat kepala. Kebulatan terserlah. panjang paras atas pinggang. Tekad nak potong pendek supaya nampak muda belia remaja. weee

Tataplah gambarku tanpa di censored. maleh dah nak tutup mata segala. lihatlah dunia siapa Cik XXX

Byk kali mamat kedai tu tanya cik buat rebond ke rebond ke. Ni original lurus okk. Snap lepas dikerat

sedang di perm tuk dapatkan volume rambut. kata melayunya nak rambut tebal.

Di color. Gaya Dato' siti dan  Jambul terkeluar

Hasil lepas perm n color. rambut penyek kann.
Masa ni berGaya baju Kaftan. see salun pun pakai kaftan.

Lepas color 2 kali. higlight pulak. total 3 warna kat rambut. Nak nampak stylo punya pasal.

Hasil yg tak memuaskan. lihat memek muka ku.
color out. cut pun out. Dowh.!
Siap je, cik menjerit kat mamat belakang tu.
'Joshua, what have u done to my hair!!!'
Hair stylist, Joshua said 'Ok la amoi....'
Pala hotak ko

Hasil yg tak seberapa. Budget lari, style lari. Gaya makcik wohh
Memek muka hangin satu badan

Nama kedai ni Michael Leng
Di suggest oleh sorang blogger. cik datang sini sebab;

kononnya Hair stylist dia semua lelaki berkaliber.
Kononnya Dapat cuci mata 4 jam di sana sebab lelaki2 hensem mcm pelakon taiwan.
Kononnya Ada sorang tu macam Lee Hom. Smart betul dia.
Kononnya kawasan familiar Sungei Wang floor LG dekat ngan parkson.
Klu nak pi bawa cash secukupnya sebab swap card tak laku kat sini.

Dannn... hari ni stress giler kat ofis gara2 rambut kembang semangkuk. Kering dan kusam. Curl hampeh sebab ini rambut degil. dia lurus balik.

"Joshua, i want make over back. or else return my money back"

Esok harus ke sana oter semula.

cit

Monday, October 4, 2010

INSAP

setelah sedas penumbuk kat muka bila tengok gambar sendiri semalam cik memasang azam baru. azam yang mungkin lapuk bila sesetengah ikut blog ni.

Iaitu, cik mula diet hari ini. Macam bosan je dengar kann.

yea yea, cik insap. keluar air mata darah sekali tau. huhuhu...sadis betul tgk pmpuan baju kuning tu. lemak sana sini tersembul..

Sunday, October 3, 2010

Berat Naik Di Bulan Syawal. Salahkan Siapa?

Biarkan Gambar Bercakap (lets picture talk)


Gambar terkini dengan bangganya mempersembahkan,


Apakah kesalahan didalam gambar ini,

1- Pegi rumah orang beropen house tetapi bergambar macam rumah sendiri

2- Gambar terkini yang memalukan

3- Penyalahgunaan kain baju kurung. satin tak sesuai untuk badan gemuk.

4- Lepas ni jangan pakai satin berkilat lagi. nak pakai tunggu kurus.

5- terakhir yg bermakna, tengok gambar baru sedar diri badan dipampam setelah sebulan beraya.

Giler ahh

Lagi sekali pampangan gambar memalukan.
CIK INSAP LAH WEYHHH

Friday, October 1, 2010

luka lama kena gores

kan bulan pose haritu tangan kena kipas kann. Tangan Kanan Cik hampir Putus rajin baca.

Baru upload gambar.

Ni la keadaan dia sehari selepas kejadian. Tu guris kat jari telunjuk. Dalam luka dia weh, macam pisau ko letak kat situ pastu ko hunus dalam dalam. Nak bengkok sakit ni.

Pastu kat pergelangan tangan. tak luka tapi berdarah kat dalam. Ni tangan membengkak nih. bukan tangan gemuk. (haha, tak ngaku lagi gemuk)
Pose jarak dekat.

Kini tangan ni meninggalkan parut paling cantik. siut betul. Hilang seri ketika sarung cincin nanti. Jangan bakal kasi kurang hantaran sudeh

Caring ke BusyBody?

Caring dan busy body adalah dua perkara berbeza.

Jangan semua benda nak ambik berat. Jadi rimas tau. setiap cerita nak tau dengan detail. tanya sikit sikit sudah. Pastu kalau cerita hal orang briefly cerita dari A sampai Z. Get your own life lah. Kita ada hidup masing masing yang byk benda nak jaga. Jaga kain sendiri dulu sebelum jaga kain orang.

Sesuatu tak cool ok asyik mendengar keburukan orang dari mulut dia. Yang buruk tu simpan sendiri sudah.  Jangan jaja perihal orang. tak baik tau.

Teringat kat Rogayah dalam Janji Kekasih. macam dia SEJIBIK!!

~ Tengah rimas dengan sesetengah orang yang menggali setiap cerita buruk orang.